Friday, September 23, 2011

Bahagia Bukab Milikku 9

BAB 9

“Tun buat apa tu?” Encik Habsyah yang sedang membaca surat khabar diwakaf dihalaman rumah menegur isterinya yang kelihatan termenung di tepi pokok bonsai tanamannya.

“Tun..” Encik Habsyah memanggil lagi. Jauh lamunan isterinya itu hingga tidak mendengar panggilannya.

“Ye bang. Nak air?” Puan Zaiton bertanya kalut apabila tersedar. Encik Habsyah hanya menggeleng melihat reaksi isterinya itu.

“Tun menungkan apa tu?” Encik Habsyah melipat surat khabar ditangannya. Tumpuannya terarah pada wajah mendung isterinya kini.

Puan Zaiton mengeluh kecil. Dia bangun bergerak merapati suaminya. Punggungnya dilabuhkan disebelah suaminya.

“Apa khabar dengan anak menantu kita tu kan bang?” Puan Zaiton memandang sekilas wajah suaminya. Kemudian dia menghalakan semula pandangannya ke depan. Merenung kejauhan dengan fikirannya jauh mengenangkan Iskandar dan Zaira.

“Pandai-pandailah budak Iskandar tu. Dia dah besar. Cukup akal fikiran.” Encik Habsyah berkata tenang. Encik Habsyah menarik cermin mata yang tersangkut dibatang hidungnya.

“Tun, abang nak tanya.” Encik Habsyah memandang sekilas wajah isteri disisinya.

“Apa dia bang?” Soal Puan Zaiton.

“Kenapa Tun bersungguh nak Is kahwin dengan Zaira? Ada apa-apa yang abang patut tahu ke?” Soal Encik Habsyah lembut. Puan Zaiton melepaskan keluhan.

“Tun sendiri pun tak tahu bang. Tapi Tun rasa Zaira tak bersalah. Zaira budak baik. Tun yankin dengan perasaan Tun tu.” Puan Zaiton bersungguh dengan tuturnya.

Benar, dia tak tahu kenapa dia rasa ingin sekali melindungi Zaira yang mungkin teraniaya malam itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berperasaan begitu. Mungkin naluri sesama jantina membuatkan dia jatuh kasihan kepada gadis malang itu. Tambahan apabila melihat wajah Zaira, seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Seperti gadis itu dekat dengannya.

“Salah ke keputusan Tun tu bang?” Soal Puan Zaiton lemah.

“Abang sendiri pun tak tahu. Mungkin semua ni sudah ketentuan ALLAH.” Balas Encik Habsyah bersama senyuman. Cuba menenangkan hati isterinya yang walang.

“Bang, Tun percaya Is boleh jaga Zaira dan Zaira boleh buat Is bahagia.” Ucap Puan Zaiton bersama satu keluhan dilepaskan.

“Insya-ALLAH Tun. Kita berdoa banyak-banyak untuk anak menantu kita.” Ucap Encik Habsyah. Bahu isterinya ditarik rapat kesisinya. Mereka berdua terus merenung ke dada langit yang cerah bersama fikiran yang sarat memikirkan tentang dua nama itu. Iskandar dan Zaira.

Aryuni Mentari yang sedari tadi bermain dengan kucing peliharaannya diruang tamu memerhati ke laman rumah. Tubuh tua umi dan papanya diluar menarik perhatiannya. Sejak dua menjak ni dia perasan kedua ibu bapanya itu seperti menyembunyikan sesuatu darinya.

“Umi dengan papa ni kenapa ye? Macam ada something fishy je diorang ni? Bila aku tanya laju je jawab takde apa-apa. Aku kena siasat ni.” Aryuni bercakap kepada dirinya sendiri.
Apa yang dibual oleh kedua orang tuanya itu? Aryuni terus mengacah bola benang pada kucing parsi kesayangannya yang bernama Andrew itu. Matanya masih ditala ke halaman rumah.

++++++++++++++++++++

“Assalamualaikum.” Aryuni menyapa.

“Eh, waalaikumussalam.” Encik Habsyah membalas. Serentak kepalanya dan isterinya berpaling mencari wajah yang memberi salam.

“Yuni, ingat siapa tadi.” Ujar Encik Habsyah. Cepat-cepat Puan Zaiton menyeka bawah matanya yang basah.

“Umi dengan papa buat apa kat sini? Dating ye..” Aryuni mengusik. Tangannya dipaut pada kedua bahu orang tuanya itu dari belakang. Punggungnya sudah selesa berlabuh diwakaf yang sama.

“Eh Yuni ni.” Puan Zaiton menampar perlahan lengan anak keduanya itu.

“Habis, berpeluk-peluk dekat luar ni bukan namanya dating? Ingat nostalgia lama ke umi, papa?” Aryuni masih galak mengusik kedua ibu bapanya itu.

“Andrew mana? Tinggal dekat dalam rumah macam tu je?” Puan Zaiton berpaling memandang wajah Aryuni. Wajah kerisauan dipancarkan memikirkan Andrew yang ditinggalkan berkeliaran dalam rumah.

“Yuni dah simpan dalam cage dia. Babies and wife dia dah panggil.” Ujar Aryuni selamba. Puan Zaiton tenang semula. Lega mendengar jawapan anaknya itu.
Kalau anak dia membiarkan kucing-kucing itu berkeliaran, habislah rumahnya nanti berbau dengan segala macam bahan buangan mereka.

“Hari ni tak buka klinik ke Yuni?” Encik Habsyah mencelah perbualan antara anak dan isterinya itu. pelik juga melihat anak daranya masih berada dirumah. Sekaran ni bukan sudah tengah hari ke?

“Dah buka papa.” Jawab Aryuni.

“Habis ni tak pergi klinik ke? Dah pukul berapa ni?” Soal Encik Habsyah lagi.

“Petang sikit papa. Hari ni Ryan datang awal.” Beritahu Aryuni tentang jadualnya di klinik veterinary yang dibukanya bersama Dr. Ryan. Lelaki cina yang dikenalinya sejak belajar di Royal Veterinary College, di London  lagi. Klinik haiwan yang terletak di Damansara itu sudah tiga tahun beroperasi.

“Oh.” Encik Habsyah dan Puan Zaiton mengangguk.

“Umi dengan papa sembang pasal apa ni? Dari tadi Yuni tengok macam ada masalah je.” Aryuni memulakan misinya untuk mengorek rahsia.

Wajah Puan Zaiton tiba-tiba berubah. Cepat-cepat dia menjawab tidak mahu anaknya itu bertanya lebih lanjut. “Sembang apa?” Kekalutan pada wajahnya terpancar. Aryuni terperasankan itu.

Aryuni tiba-tiba meletakkan jarinya ditubir mata uminya. Genangan air mata itu masih dapat dilihatnya. “Umi menangis ke tadi?” Cepat-cepat Puan Zaiton melarikan wajahnya. Aryuni sudah merasa pelik. Wajah umi dan papanya dipandang dengan reaksi ingin tahu.

“Umi ni Yuni. Merajuk dengan papa tadi sampai menangis-nangis.” Encik Habsyah menyelamatkan keadaan. Jemari kanan isterinya digenggam kemas.

“Papa buat apa dekat umi sampai umi menangis? Kesian umi?” Aryuni bersuara seperti memarahi papanya. Lantas leher uminya dipeluk manja seakan mahu memujuk uminya itu.

“Umi dah tak merajuk dengan papa.” Puan Zaiton menampar lembut tangan yang melingkari tubuhnya. Wajahnya tersenyum.

“Umi kalau papa ada buat umi menangis lagi, report dekat Yuni tau. Tahulah macam mana Yuni nak ajar papa nanti.” Aryuni berkata dengan nada yang sedikit tegas. Seolah memberi amaran kepada papanya.

“Betul ni Yuni?” Puan Zaiton bertanya. Seronok pula bermain dengan anaknya itu. diikutkan sahaja jenaka Aryuni.

“Betul umi. Nanti Yuni cubit papa kuat-kuat.” Aryuni menjeling sekilas wajah Encik Habsyah. Lelaki itu hanya tergelak kecil.

“Janganlah Yuni. Dengan umi pun papa tak tahan kena cubit, ni nak tambah cubit Yuni pulak. Habislah badan papa nanti.” Encik Habsyah sudah buat muka sedih.

“Tahu pun takut papa ni. Umi jngan menangis lagi ye. Sayang umi.” Aryuni menghadiahkan ciuman dipipi kanan uminya itu. tergelak mereka bertiga dengan telatah masing-masing.

Puan Zaiton berasa lega. Aryuni tidak lagi memanjangkan pertanyaan mengenai perkara tadi. Encik Habsyah turut melepaskan nafas lega.

Bagi Aryuni, walaupun keceriaan terserlah pada wajah kedua orang tuanya itu, dia percaya mereka berdua ada menyembunyikan sesuatu daripadanya. Aryuni membiarkan sahaja perkara itu tergantung begitu. Sampai masa nanti, pasti dia akan dapat tahu juga. Bisik hati Aryuni perlahan.

“Eh, jam sudah pukul berapa Yuni?” Puan Zaiton tiba-tiba berkata. Tubuh Yuni dibelakangnya tertolak sedikit akibat dari tolakan tubuhnya yang bangun secara tiba-tiba.

“Pukul 12.30 tengah hari. Kenapa umi?” Wajah Aryuni berkerut memandang uminya. Encik Habsyah juga sama.

“Jomlah kita masuk dalam. Makan tengah hari.” Puan Zaiton tersenyum memandang kepada suami dan anaknya.

“Abang ingat apa tadi. Buat terkejut abang je.” Encik Habsyah bersuara lega. Risau juga dia melihat wajah gelabah isterinya tadi.

“Maaf bang.” Puan Zaiton tertunduk. Malu dia dengan kekalutannya tadi.

“Jomlah umi, papa. Tu Mak Odah dah panggil.” Aryuni menunjuk pada wajah pembantu rumah mereka yang sudah tercegat dihadapan pintu rumah memanggil mereka.

“Jomlah. Papa pun dah lapar sangat ni.” Encik Habsyah bangun dari duduknya.
Aryuni turut turun dari wakaf. Tangan kedua orang tuanya dipimpin. Dia ditengah-tengah diantara Encik Habsyah dan Puan Zaiton.

“Jom makan.” Aryuni bersorak. Tangan umi dan papa yang bersatu dengan tangannya ikut terangkat ke udara. Mereka bertiga berjalan seiringan melangkah ke dalam rumah.

“Jemput makan Tun, Habsyah, Yuni.” Mak Odah menjemput tiga beranak itu menjamu makan.

“Mak Odah tak join sekali? Panggillah Kak Suti sekali.” Aryuni mempelawa pembantu rumahnya untuk makan sekali.

“Kejap lagi Yuni. Mak Odah nak pergi sidai baju dekat luar.” Mak Odah menolak lembut. Segan dia mahu ikut turut serta.

“Hati-hati Mak Odah. Panas kat luar tu.” Aryuni tersenyum. Mak Odah senyum sebelum berlalu ke pintu belakang.

Sudah dua puluh tahun dia bekerja dirumah banglo dua tingkat milik Encik Habsyah. Selama dia bekerja disitu, tidak pernah sekali pun majikannya itu memberi layanan buruk kepadanya. Mak Odah dan Sutinah sudah dianggap seperti keluarga. Walaupun Sutinah baru lima tahun bekerja di banglo ini, namun gadis Indonesia itu turut dilayan dengan baik.

Mereka bukan setakat makan sekali dengan keluarga majikannya itu, malah kalau keluar 
bersama pun sudah seperti satu keluarga. Majikannya tidak pernah membezakan dia dan Sutinah sebagai orang gaji dirumah itu. Dia bersyukur mendapat majikan yang tidak sombong begitu.

Di meja makan, Puan Zaiton, Encik Habsyah dan Aryuni makan dengan penuh selera. Sambil-sambil itu, mereka besembang santai tentang beberapa topik. Kebanyakannya menjurus kepada kehidupan Aryuni yang akan mencecah umur 30 tahun tidak lama lagi.

“Dr. Ryan dah lama tak datang sini?” Soal Encik Habsyah bersahaja.

“Busy sikit sekarang ni papa. Mungkin tak lama lagi nak buka satu lagi klinik.” Aryuni membalas.

“Wah, baguslah macam tu. Murah rezeki kamu. Alhamdulillah.” Encik Habsyah tersenyum.

“Insya-ALLAH pa. Masih dalam perancangan. Mungkin untuk klinik tu Yuni tak berkolaborasi dengan Ryan lagi.” Aryuni meneruskan bicara.

“Eh kenapa pulak macam tu?” Soal Encik Habsyah. Puan Zaiton disisi hanya menjadi pendengar perbualan anak dan suaminya itu.

“Klinik tu adik Ryan yang nak buka. So, kira tu klinik keluarga dioranglah. Kalau Ryan ajak Yuni masuk share, Yuni tak kisah. Setakat ni belum ada apa-apa keputusan lagi.” Tutur Aryuni. Encik Habsyah terangguk faham.

“Oh. Nanti cakap kat Ryan, kalau perlukan apa-apa pertolongan cakaplah dengan papa.” Encik Habsyah berpesan.

Memang Encik Habsyah menyokong anaknya membuka klinik haiwan dulu. Malah dia turut memberi sedikit sumbangan kepada kedua anak muda itu dulu. Ryan sudah dikenalinya, malah keluarga pemuda cina itu turut menjadi kenalannya.

Dia tidak kisah untuk memberi apa-apa bantuan. Anak bangsa hendak memajukan diri, memang patut mereka ini dibantu dan dibimbing. Kalau tidak yang tua memberi tunjuk ajar, siapa lagi? Bukankah mereka ini juga yang akan mentadbir negara suatu hari nanti? Fikiran Encik Habsyah berbicara.

“Baik papa.” Aryuni mengangguk. Mereka meneruskan suapan sehingga licin pinggan masing-masing.

Selesai makan Aryuni meminta diri. Dia ingin ke kliniknya memandangkan jam sudah pun menunjukkan pukul satu. Memandu dalam waktu tengah hari ni, pukul dua nanti baru dia akan sampai ke Damansara.

“Hati-hati bawa kereta tu.” Pesan Puan Zaiton kepada Aryuni.

“Baik umi, pa. Pergi dulu.” Aryuni bersalaman dengan orang tuanya. Selepas itu, laju kereta Honda Jazznya memecut diatas jalan raya.

Lambat sahaja kereta bergerak diatas lebuhraya persekutuan diwaktu puncak begini. Aryuni yang memandu mengeluh perlahan. Bosan dengan jalan di Kuala Lumpur yang selalu jammed.

Tiba-tiba dia teringtkan adiknya, Iskandar. Handsfree yang tersimpan dalam dashboard diambil lalu disambung pada Iphonenya. Nombor telefon Iskandar dicari dan dia terus mendail nombor adiknya itu.

“Assalamualaikum.” Aryuni memberi salam apabila panggilannya bersambung.

“Waalaikumussalam.” Jawab Iskandar ceria. Antara keempat-empat adik beradiknya, dia memang rapat dengan kakaknya Aryuni Mentari. Dengan kembar Aryuni Mentari iaitu Aryuna Purnama, dia tidak terlalu rapat kerana kakak sulungnya itu sudah pun berumah tangga.

“Is buat apa tu? Dah makan?” Soal Aryuni dengan nada ceria.

“Tengah makanlah ni. Kak Yuni kat mana ni?” Soal Iskandar. Sudah lama benar dia tidak berbicara dengan kakaknya yang seorang ini.

“Kak Yuni sangkut dalam jammed ni. Nak pergi office.” Terluah nada kecewa dari bibir Aryuni.

“Biasalah kak, KL.” Iskandar berkata. Aryuni hanya mencebir.

“Kau dekat mana ni Is? Apsal dah lama tak balik rumah umi? Dekat sebulan dah ni akak tak nampak muka Is.” Aryuni bertanya. Itu tujuan dia menelefon adiknya itu. sudah hampir sebulan dia tidak berhubung dengan adiknya itu.

“Oh, Is busylah kak. Takde masa nak balik.” Iskandar memberi alasan. Teringat dia akan hal perkahwinannya yang masih menjadi rahsia antara dia dan kedua orang tuanya.

“Is ni pun. Kerja pun kerja jugak. Eh, akak lupa birthday Is dah lepaskan?” Aryuni baru teringat tarikh lahir adiknya yang berlalu. Langsung tidak teringat dia selama hari ni.

“Is ni siapalah yang Kak Yuni nak ingatkan…” Suara Iskandar sudah berubh. Seperti berjauh hati.

“Akak terlupa sangat-sangat Is. Yang kau pun Is pun bukan nak telefon akak. Sorry tau Is. Happy belated birthday my dear brother.” Aryuni terasa bersalah. Suaranya dimanjakan berharap Iskandar akan memaafkannya.

Kakaknya yang seorang ni yang sering menjadi orang pertama memberi ucapan kepadanya, boleh menjadi orang terakhir pula tahun ni. Sudah empat minggu berlalu baru hari ni nak ingat. Tak patut betul. Kak Yuna dan Andi pun dah wish. Hadiah dari mereka juga sudah diterimanya. Iskandar mencebik mendengar pujukan Aryuni.

“Malas layan akak.” Iskandar merajuk.

“Adik akak ni, dah tua-tua pun nak merajuk.” Aryuni masih mencuba.

“Orang mudalah. Okaylah orang maafkan akak untuk tahun ni. Kalau tahun depan buat lagi siaplah akak.” Iskandar mengalah. Sempat dia menggertak kakaknya itu.

“Yelah. Is baliklah rumah hujung minggu ni. Kita sambut birthday Is dengan umi and papa.” Bicara Aryuni. Fikirannya merancang untuk meraikan hari lahir adiknya itu bersama keluarga nanti.

“Er, Is tak tahulah.” Suara Is kedengaran gagap tiba-tiba. Aryuni merasa pelik.

“Kenapa pulak?” Soal Aryuni.

“Is banyak kerja kat office. Mungkin tak dapat balik.” Iskandar memberi alasan. Kalau boleh dia tidak mahu lagi pergi berjumpa umi dan papanya itu. Rasa marah masih berbaki dihatinya.

“Is, apa ni. Sebelum ni boleh je balik sekejap hujung-hujung minggu.” Aryuni macam sudah mahu marah.

“Tengok nantilah kak. Is bukan tak nak balik. Memang takde masa.” Iskandar berkata tegas.

“Sekejap pun tak boleh ke Is? Kita sambut dengan family kita je.” Aryuni masih cuba memujuk. Dalam masa yang sama, dia merasa hairan dengan adiknya itu. Banyak alasan pula bila diajak pulang ke rumah orang tua mereka. Ada seduatukah yang terjadi. Galak otaknya berfikir.

“Nantilah Is bagitahu macam mana. Okaylah kak. Is letak dulu. Nak jumpa client ni.” Iskandar mengelak untuk berbual lebih lama dengan kakaknya itu. takut nanti terbongkar pula perkara yang tak sepatutnya kakaknya itu untuk tahu.

“Okaylah. Nanti bila-bila call Kak Yuni balik.” Aryuni berpesan. Selepas menjawab salam dia menamatkan panggilan.

Jalan raya sudah tidak jammed seperti tadi. Kenderaan masih bergerak walaupun perlahan. Aryuni menumpukan semula matanya pada jalan raya. Dalam keadaan jammed begini, macam-macam boleh jadi kalau alpa.

Walaupun begitu, fikirannya masih memikirkan tentang perbualannya dengan adiknya tadi. Apa yang berlaku sebenarnya ya?

Iskandar pula selepas menekan butang merah, terus mempamerkan wajah masam. Rakan kerjanya yang turut makan sekali  berasa pelik.

“Kau kenapa ni Is?” Soal Khairil sambil mulutnya masih mengunyah makanan.

“Nothing.” Jawab Iskandar sepatah.
Khairil menjungkit bahu mendnegar jawapan Iskandar. Tahu benar dia yang Iskandar tidak mahu mengulas panjang tentang itu. Dia meneruskan suapannya seperti biasa.

Selesai mereka berdua makan dan membuat bayaran, mereka terus bergerak ke pejabat mereka diseberang jalan. Kepala Iskandar masih sarat memikirkan perbualannya dengan kakaknya tadi. Rasanya banyak perkara yang dia harus selesaikan ni sebelum segalanya terbongkar. Iskandar berbisik perlahan.

No comments:

Post a Comment