Friday, September 23, 2011

Bahagia Bukan Milikku 2

BAB 2

“Encik Iskandar, kami perlukan jawapan dari encik sekarang ni.” Pertanyaan dari Pegawai Polis yang bernama Ismail itu menambahkan kekusutan kepala Iskandar.

"Boleh tak bagi saya berfikir sekejap?" Jerkah Iskandar kepada pegawai itu.

"Encik sila beri kerjasama. Saya hanya menjalankan tugas." Ismail menjawab tegas. 

"Arghh!" Iskandar terjerit kecil. Tubuh Zaira yang sedang duduk menangis disebuah kerusi dipandangnya tajam.

Fikiran Iskandar berkecamuk dengan usul Ismail tadi. Bengkak hatinya memikirkan masalah itu. Kalau aku tak tolong tadi mesti aku tak tersepit macam ni. Iskandar masih mundar mandir diperkarangan Balai Polis Dang Wangi.

Setelah lima belas minit berlalu, Iskandar akhirnya membuat keputusan untuk menelefon orang tuanya.  Dalam setengah jam kemudian, Puan Zaiton dan Encik Habsyah tiba dari kediaman mereka di Ampang.

"Is, apa semua ni? Kamu ada buat salah ke Is?" Puan Zaiton bertanya sesampainya didepan Balai Polis Dang Wangi. Dia dan suami masih tidak diberitahu tujuan mereka dipanggil kesitu.

"Puan, Encik..." Ismail mencelah antara tiga beranak itu.

"Saya Habsyah, isteri saya Zaiton." Encik Habsyah memperkenalkan diri. Tangannya turut menggenggam huluran dari pegawai yang bernama Ismail itu.

"Begini Encik Habsyah, Puan Zaiton..." Ismail berjeda seketika. Mata pasangan suami isteri itu tidak lepas dari merenung wajah Ismail yang sedang bersuara. Sejak dirumah tadi hati Puan Zaiton sudah berdebar apabila mendapat panggilan dari anak ketiganya itu.

“Anak Puan dan Encik ditangkap basah tadi didalam kereta.” Ismail memberitahu.

“What? Is?” Encik Habsyah terkejut. Bulat matanya memandang Iskandar inginkan jawapan.

“Dengan siapa encik dia buat kerja terkutuk ni?” Puan Zaiton yang cuba berwajah tenang bertanya pula.

“Itu…” Ismail meluruskan jari telunjuknya kearah seorang gadis yang duduk sejak tadi sambil menangis.

“Is tak salah umi.” Iskandar berkata tegas. Puan Zaiton merenung tubuh gadis yang bernama Zaira Zulaika itu berulang kali.

Pakaian seksi. Kasut entah ke mana, mungkin tertinggal dalam kereta anaknya tadi. Wajahnya comot dengan make up yang cair akibat dibasahi air matanya. Rambut pula sedikit kusut. Mungkin tidak sempat mengemaskan diri selepas bergumpal dengan anaknya.

Tubuh Iskandar pula direnung. Butang baju kemejanya terbuka dua butang di bahagian atas. Mungkin sempat dibuka oleh Zaira. Rambut juga sedikit kusut. Agaknya puas bergomol tadi.
Puan Zaiton menggeleng tiba-tiba. Cuba menghalau pergi fikiran jahatnya sebentar tadi tentang anaknya dan gadis itu.

“Umi, papa. Is tak kenal dia!” Jari Iskandar menuding ke arah Zaira. Wajahnya tegang memandang kedua ibu bapanya mengharapkan kepercayaan mereka.

“Macam mana Is nak umi percaya sedangkan keadaan kamu berdua menunjukkan sebaliknya.” Rendah suara Puan Zaiton. Encik Habsyah menggosok bahu isterinya perlahan.

“Is tak kenal dia pun. Is cuma nak tolong dia tadi!” Tinggi suara Iskandar ingin menerang perkara sebenar.

“Is, umi tak sangka anak umi berperangai macam ni. Dah buat salah pandai kamu nak melarikan diri.” Sayu suara Puan Zaiton.

“God, please. Papa, papa percayakan Is kan?” Iskandar duduk pula disebelah Encik Habsyah meminta simpati papanya pula.

“Is, memang papa percayakan kamu tak buat semua tu.” Encik Habsyah tenang berbicara. Wajah Iskandar berubah kelegaan. Akhirnya ada juga yang mempercayai kata-katanya.

“Tapi…” Encik Habsyah mengambil nafas. Iskandar menjadi tidak keruan semula.

“Kamu harus bertanggungjawab untuk apa yang dah berlaku. Papa setuju dengan cadangan Encik Ismail tu.” Encik Habsyah merenung anak mata anaknya.

“Is tak buat apa-apa kenapa pula Is yang kena bertanggungjawab?” Iskandar bangkit kembali dari duduknya. Wajah papanya dipandang garang, tidak suka dengan kata-kata papanya tadi.

“Iskandar. Behave yourself. Kenapa cakap macam tu dengan papa?” Puan Zaiton yang berdiam mula tidak senang dengan nada yang digunakan oleh Iskandar dengan suaminya.

"Gosh, I can't belive this! Umi dengan papa nak Is bertanggungjawab macam mana?" Iskandar masih meninggikan suara kepada kedua orang tuanya.

"Is, cuba bertenang dulu." Encil Habsyah cuba meredakan kemarahan anaknya itu.

"Hey perempuan mari sini!" Iskandar sudah menarik tangan Zaira untuk bersemuka dengan ibu bapanya.

"Kau cakap dengan mak bapak aku, aku tak pernah sentuh kau pun!" Iskandar menjerkah Zaira yang masih menangis supaya berterus terang.

Zaira langsung tidak memandang kedua ibu bapa Iskandar. Arahan Iskandar juga tidak diturutinya. Dia semakin kuat menangis. Puan Zaiton yang melihat wajah murung Zaira mula berasa simpati terhadap gadis itu.

"Is, jangan berkasar dengan perempuan Is." Puan Zaiton menegur akan kekasaran anaknya itu.

"Kita selesaikan perkara ni elok-elok Is." Encik Habsyah bangun ingin mendakap tubuh anaknya.

"Benda boleh selesai sekejap je kalau papa dengan umi percayakan Is!" Iskandar membentak kuat. Terkejut Encik Habsyah dan Puan Zaiton.

"Papa cuma nak kamu bertanggungjawab je apa yang telah terjadi. Selesaikan perkara ni secara rasional Is." Encik Habsyah masih cuba berlembut.

"Papa, rasional ke kalau macam ni? Tak logik papa!" Iskandar menepis tangan Encik Habsyah yang mendarat dipergelangan tangannya.

"Iskandar!" Puan Zaiton memanggil anaknya kuat. Geram dengan tindakan kurang ajar anaknya itu terhadap suaminya.

“Umi pun nak Is bertanggungjawab dengan perempuan tu? Nak sangat Is menikah dengan perempuan jalang mana tu? Umi nak macam tu ke?” Iskandar menengking Puan Zaiton pula.

“Memang. Umi nak kamu bernikah dengan dia malam ni jugak!” Kemarahan Puan Zaiton tidak terbendung lagi. Sudahlah anaknya itu membuat onar dengan memalukan dia suami isteri begitu. Ini nak berkurang ajar pula. Berombak dada Puan Zaiton mendengar cemuhan Iskandar terhadap gadis yang bernama Zaira itu.

“Umi!” Iskandar memandang wajah uminya tidak percaya.

“Encik, tolong uruskan prosedur perkahwinan mereka.” Puan Zaiton bangkit dari kerusi dan berjalan ke arah kaunter. Tubuh Iskandar terduduk dikerusi mendengar bicara uminya.

“Kamu kena bertanggungjawab Is. Jangan jatuhkan maruah keluarga kita dan maruah Is sebagai lelaki.” Encik Habsyah sempat menepuk bahu anaknya. Mulut Iskandar terkunci untuk membantah.

“Puan, tak perlu buat semua ni.” Zaira yang sedari tadi tidak mampu bersuara, bangun mendapatkan Puan Zaiton yang sudah berada diluar.

Encik Habsyah masih dikaunter berbincang dengan Ismail. Iskandar pula masih melekat dikerusi. Tidak tahu apa yang sedang difikirkan lelaki itu.

Puan Zaiton merenung wajah gadis yang sedang bercakap dengan dirinya itu. Tidak tahu kenapa sejak melihat wajah itu tadi, dia terasa seakan pernah melihat gadis itu. Seperti wajah itu wajah yang terlalu dirindui untuk dilihatnya. Terasa perasaan halus yang melegakan benaknya tadi saat mereka diperkenalkan.

Walaupun sedikit kecewa dengan berita penangkapan Iskandar dengan gadis itu, namun dia jadi tidak mengerti kenapa dia jatuh kasihan pada gadis polos itu. Apa aura yang digunakan oleh gadis dihadapannya itu? Puan Zaiton mengeluh panjang.

“Zaira, saya tak tahu apa yang terjadi antara kamu berdua. Saya nak tahu perkara sebenar, saya harap awak jujur.” Puan Zaiton bertanya lembut pada gadis yang berdiri dihadapannya itu.

“Demi Allah Puan, anak Puan tak sentuh saya. Tak ada apa-apa yang berlaku antara kami.” Zaira memandang tepat anak mata Puan Zaiton.

“Tapi kenapa kamu berkeadaan begini?” Tanya Puan Zaiton curiga.

“Saya..saya..” Zaira tidak menghabiskan kata-katanya. Air matanya kembali mengalir mengenang perlakuan Fadhli terhadapnya tadi.

“Zaira, Iskandar perlu bertanggungjawab.” Puan Zaiton berkata. Hatinya jatuh kesian melihat wajah duka Zaira.

“Puan, tak Puan.” Zaira mengesat air matanya dengan belakang tangannya. Wajah Puan Zaiton dipandang.

“Macam mana kamu nak berhadapan dengan dunia luar sana dengan apa yang dah terjadi?” Puan Zaiton bertanya. Ikhlas dia tidak mahu gadis itu dikecam kerana ditangkap khalwat. Apa akan jadi pada masa hadapan gadis itu. Bagaimana dia mahu berkahwin nanti.

“Mungkin ini suratan hidup saya Puan..” Zaira berkata perlahan. Wajahnya sugul sekali.

“Saya tak tahu kenapa. Tapi saya nak awak sudi terima Iskandar menjadi suami awak dan menjadi menantu saya.” Puan Zaiton sudah menggenggam jemari Zaira. Wajahnya mengharap agar Zaira setuju.

“Saya….” Bicara Zaira tidak terluah. Semua berlaku dengan pantas.

Perlu ke aku kahwin dengan lelaki itu? Tetapi kalau taka pa aku nak buat selepas ni? Aku tak nak abang Fadhli jumpa aku. Ya ALLAH Kau bantulah aku. Aku benar-benar tersepit. Kenapa hidupku perlu begini ya ALLAH. Aku tidak mengeluh, aku cuma memohon rahmat-Mu. Bantu aku ya Rabb. Zaira bertafakur didalam diam. Kepalanya berat dengan semua yang baru terjadi.

“Umi, umi nak Is nikah dengan perempuan ni kan?” Iskandar yang tiba-tiba muncul di pintu balai polis memandang wajah Puan Zaiton dan Zaira silih ganti. Encik Habsyah yang mengekornya dibelakang menepuk bahunya sekali mengingatkan anak itu bahawa Puan Zaiton itu adalah uminya.

“Is setuju nikah dengan dia malam ni kalau itu yang umi nak.” Iskandar mengendurkan nada suaranya.

“Tapi Is nak perkahwinan ni takde siapa pun yang tahu. Rahsiakan dari pengetahuan Kak Yuna, Kak Yuni dan Andi. Orang luar pun tak patut tahu!” Iskandar bersuara tegas. Dia telah membulatkan hatinya untuk setuju dengan arahan uminya itu.

‘Alhamdulillah.’ Bibir Puan Zaiton mengucap syukur perlahan. Hatinya benar-benar lapang dengan persetujuan anaknya itu. Dia tidak tahu kenapa dia sangat berpuas hati dengan keputusan anaknya itu.

Zaira yang mendengar kata-kata Iskandar kaget seketika. Dia hanya mampu mematung disitu. Apakah ini kesudahan cerita hidupnya. Bertindih perasaannya untuk menerima semua itu. Hatinya menjadi lebih berdebar mengenangkan satu lagi perkara. Bagaimana perkahwinan ini boleh berjalan nanti? Ya ALLAH bantu aku.

No comments:

Post a Comment