Friday, September 23, 2011

Bahagia Bukan Milikku 4

BAB 4

Sudah dua hari Iskandar tidak pulang ke Desa Damansara. Dia bermalam di rumah rakannya, Izzat yang dikenalinya sejak zaman sekolah rendah lagi. Banyak kisah yang mereka kongsi bersama. Termasuklah soal hati dan perasaan. Izzat sekarang turut mengetahui tentang perkahwinan terpaksa sahabatnya itu selepas diberitahu oleh Iskandar sendiri sejak malam pertama di rumahnya.

Izzat sangat terkejut mendengar pada mulanya mendengar cerita Iskandar. Tidak sangka sahabatnya itu telah menjadi suami orang dalam masa yang singkat begitu. Izzat memandang tubuh Iskandar yang tersandar di sofa. Pasti fikiran lelaki itu serabut sekarang ni.

"Is, lepas ni macam mana? Bila kau nak buat urusan pendaftaran tu?" Izzat bertanya setelah melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan Iskandar. Dia sudah dimaklumkan oleh lelaki itu yang dia diberi tempoh semingu untuk menyelesaikan urusan pendaftaran perkahwinan mereka serta membuat surat beranak baru dan kad pengenalan baru untuk Zaira.

"Biar lah dulu." Iskandar menjawab acuh tak acuh.

"Eh, mana boleh macam tu bro. Karang kena denda lain lagi. Baik kau settlekan cepat-cepat tak payah pening kepala." Izzat menasihati Iskandar.

"Ish, peninglah kepala aku ni. Minggu depan kena naik mahkamah pulak pasal hal ni. Malu aku. Dahlah aku ni lawyer, lepas tu kena bicara pulak." Iskandar merungut.

"Sabarlah Is. Ini sebahagian ujian yang ALLAH turunkan dekat kau. Kau jangan cepat melenting." Izzat lembut menasihati Iskandar. Lelaki itu terdiam memikirkan kebenaran kata-kata Izzat itu.

"Bila nak buat kursus kahwinnya?" Izzat bertanya lagi.

"Yang tu pun nak kena settle minggu ni sebelum naik mahkamah. Ingat aku ni robot ke nak buat semua benda tu." Iskandar membentak semula.

"Cool bro. Macam ni lah. Baik kau balik sekarang ni, dan pergi settle cepat-cepat. Tinggal berapa hari je lagi ni kan. Kau dah bazir dua hari dah ni." Izzat memberi cadangan.

"Ah satu lagi aku nak tanya. Macam mana kau boleh bernikah jugak malam tu? Sedangkan bini kau tu langsung takde pengenalan diri kan?" Izzat menyoal ingin tahu.

"Kadi yang nikahkan aku tu cakap boleh. Tu yang dia bagi tempoh seminggu untuk aku settle urusan kad pengenalan dia tu. Lagipun umi dengan papa aku ada sekali. Sah lah jadinya." Iskandar memberitahu.

"Habis bini kau wali dia siapa?" Izzat bertanya lagi.

"Pakai wali hakim sebab dia dah takde saudara-mara. Tok kadi tu lah yang jadi wali dia." Terang Iskandar lagi.

"Kau tak tanya asal usul bini kau tu?" Izzat pelik dengan maklumat yang diterimanya.

“Buat apa? Aku tak hingin nak tahu pasal dia! Mak aku yang nak aku kahwin sangat, biar dia dapat menantu macam tu.” Iskandar tiba-tiba membentak geram.

“Tak tahu lah aku nak cakap apa dah.” Izzat memutuskan untuk tidak memanjangkan cerita. Iskandar bersandar semula ke sofa. Izzat hanya menggeleng.

"Berapa lama kau nak tinggalkan bini kau tu sorang-sorang dekat rumah? Dah lah tu Is. Pergilah balik tengok dia." Izzat menepuk paha rakannya itu apabila melihat Iskandar masih tersandar ditempat duduknya. Tidak langsung berniat untuk pulang ke rumah.

"Biar lah dia." Iskandar berkata tegas.

"Jangan macam tu Is. Ingat, dia tu anak orang. Jadi bini kau dah pun. Entah dia makan ke tak kat rumah tu. Sakit ke apa. Pergi lah tengok dia. Kesian dekat dia. Dia tu kan dah jadi tanggungjawab kau Is. Apa kau dah sedia ke nak jawab kat akhirat nanti kau abai dia macam ni? Sudah lah Is. Pergi lah balik. Settle semuanya elok-elok. Ada hikmah disebalik semua ni." Kata-kata nasihat Izzat yang panjang lebar itu membuatkan Iskandar terdiam dan berfikir.

Iskandar masih tidak memberi respon. Dia tergeleng sahaja dengan kerenah rakannya itu. Kemudian dia bangun dari sofa berniat untuk menunaikan solat Zohor. Waktu pun sudah hampir habis ni.

"Kau nak ke mana Zat?" Soal Iskandar kalut.

"Solat. Jom lah kita jemaah sekali." Izzat mempelawa. Iskandar tersenyum.

"Aku menyusul karang. Tunggu aku ya." Izzat tersenyum lega mendengar jawapan Iskandar. Doanya didalam hati semoga Iskandar sedar akan tanggungjawabnya itu.

+++++++++++++++++++++++++++++

Iskandar memulas tombol pintu rumahnya. Ruang rumahnya kelihatan suram. Langsir masih tidak disingkap untuk membenarkan cahaya matahari menjengah ke dalam rumah. Diperhatikan keadaan rumah. Masih sama seperti hari ditinggalkan dulu. Dia berjalan ke dapur meletak bungkusan nasi yang dibelinya tadi ke atas meja.

Sejak masuk tadi dia tidak nampak kelibat Zaira. Mana dia? Entah-entah dia keluar? Ish, perempuan ni tak dengar cakap aku langsung. Siap kau! Iskandar mula hangat dengan ketiadaan Zaira didalam rumah itu.

"Zaira!" skandar melaung nama itu kuat. Senyap sunyi sahaja.

“Zaira!" Jeritan Iskandar makin kuat. Masih tiada sahutan.

Zaira yang tersandar ditepi pintu ke ruang balkoni di dapur sudah menyedari kehadiran Iskandar dirumah itu. Tubuhnya yang terasa begitu lemah membuatkan dia tidak berdaya menyahut panggilan Iskandar.

Zaira mengerling ke batang payung yang tersandar ditepi pintu. Zaira menarik nafas dalam mengumpul tenaga untuk menjatuhkan payung itu supaya Iskandar dapat mendengarnya. Dalam usahanya itu, Zaira dapat juga menjatuhkan payung itu ke dinding kabinet dapur.

Iskandar pantas menapak ke dapur apabila terdengar bunyi sesuatu. Dia ternampak tubuh Zaira yang tersandar lemah ditepi pintu. Segera dia mendapatkan tubuh isterinya itu. Wajah pucat dan lemah itu dipandang dengan wajah terkejut.

"Kau kenapa?" Soalan Iskandar tidak dijawab. Zaira begitu lemah untuk membalasnya.

Iskandar berdiri semula dan membuka peti sejuk. Air mineral didalam botol dituang ke dalam gelas. Kemudian dia mendapatkan Zaira semula. Bibir gelas itu dihalakan pada bibir Zaira. Rakus Zaira meneguk air itu. Iskandar mendengus kecil.

Tubuh Zaira dipapah ke ruang tamu dan didudukkan tubuh itu diatas sofa. Iskandar berlalu ke biliknya dan pintu almari bajunya menjadi sasarannya. Puas menyelongkar almari baju, dia mencapai sehelai t-shirt kolar bulat dan sehelai seluar tracksuit. Sehelai tuala bersih juga diambil lalu dia menapak mendapatkan Zaira semula.

"Berapa hari kau tak mandi ni? Kau pergi mandi." Iskandar meletakkan pakaian tadi diatas paha Zaira yang masih berpakaian sama pada malam dia menikahi gadis itu. Gadis itu hanya memandang lemah pakaian itu. Tidak berniat pun untuk bangun melakukan apa yang di arah Iskandar tadi.

"Bangunlah. Takkan mandi pun kau nak aku mandikan." Iskandar melepas geram. Tubuh Zaira ditariknya. Tubuh gadis itu tidak memberi respon langsung. Malah tubuhnya turut terikut arah tarikan Iskandar tadi membuatkan dia jatuh terduduk diatas lantai.

Zaira hampir mengalirkan air mata. Dia benar-benar tidak mampu bergerak. Kalau setakat berlapar dia mampu lagi bertahan dua tiga hari. Ini langsung tak minum, badannya tak mampu lagi menahannya.

Iskandar rasa bersalah. Dia benar-benar lemah ni. Macam mana aku nak buat ni? Takkan aku pulak nak mandikan dia? Ish! Erm, bagi dia makan apa-apa dulu lah. Iskandar berfikir. Kemudian dia melangkah ke peti sejuk untuk mencari sesuatu yang ringan untuk dijamah oleh Zaira.

Sebiji epal merah dan susu UHT dalam kotak diambil. Selepas membasuh epal dan memotongnya kepada beberapa bahagian, Iskandar menapak semula mendapatkan Zaira. Gadis itu kelihatan sedang memejamkan mata. Iskandar meletakkan pinggan diatas meja kopi sedikit kasar untuk membuatkan gadis itu tersedar. Perlahan Zaira membuka mata.

"Kau makan ni." Iskandar mengunjuk pinggan tadi dihadapan Zaira.

"Takkan nak aku suap jugak!" Keras suara Iskandar. Lambat-lambat Zaira mengambil sepotong epal dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Iskandar hanya memerhati tingkah Zaira yang dirasakan sangat lambat itu.

"Dah sekarang kau pergi mandi." Iskandar memberi arahan selepas Zaira menghabiskan lima potong epal didalam pinggan. Malah gadis itu kelihatan sudah bertenaga semula. Zaira bangun dengan tenaga yang masih bersisa menuju ke bilik air yang ditunjuk oleh Iskandar bersama pakaian tadi.

Selesai membersihkan diri, Zaira melangkah keluar dengan siap berpakaian. Dia berjalan lemah mendapatkan Iskandar yang masih berada di ruang tamu. Tiba disitu, kelibat Iskandar tidak kelihatan. Bunyi lagaan kaca didapur menggerakkan kaki Zaira ke ruangan itu untuk mencari punca.

"Makan ni." Iskandar memberi arahan apabila mendapati Zaira sedang berdiri dipintu dapur. Tanpa kata Zaira melabuhkan punggungnya dikerusi menghadap pinggan nasi yang terhidang diatas meja. Tak berani dia mahu membantah.

"Lepas makan kau kemas semua ni balik." Iskandar memberi arahan lagi sebelum berlalu keluar dari dapur. Zaira hanya memandang dengan ekor mata tubuh suaminya itu. Sesudah mengaminkan doa, Zaira terus menjamah makanannya. Berselera sekali dia menikmatinya. Maklumlah sudah dua hari dia tidak makan satu apa pun.

Zaira bersyukur dalam diam. Dia lega Iskandar masih mengambil berat akan dirinya walaupun lelaki itu menunjukkan perhatian yang tidak seberapa. Zaira sudah berpuas hati untuk itu. Alhamdulillah diucapnya perlahan sambil mulut tetap menjamah makanan.

+++++++++++++++++++++++++++++

Pukul 6.00 petang Iskandar berniat keluar semula. Dia mahu pergi ke pasaraya untuk membeli pakaian untuk Zaira. Sebelum keluar dia mendapatkan saiz gadis itu, senang untuk dia membeli nanti.

"Dada kau saiz berapa?" Dingin sahaja suara Iskandar.

"Maksud encik?" Zaira menyoal semula dengan suara tersekat-sekat.

"Dada kau. Tu bra yang kau pakai tu saiz berapa? Cup apa?" Iskandar menguatkan sedikit nada suaranya.

"Er, 34 cup B." Malu-malu Zaira menjawab. Apa kena pulak nak tanya saiz bra aku ni? Jangan-jangan dia nak promote body aku tak? Nak buat macam apa yang abang Fadhli buat. Zaira mula memandang wajah Iskandar dengan muka takut. Dia berharap sangkaannya itu tidak benar.

"Encik, kenapa encik nak tahu?" Takut-takut Zaira menyoal.

"Kasut kau pakai saiz apa?" Iskandar langsung tidak menghiraukan soalan Zaira tadi. Dia meneruskan soalannya tentang saiz kasut gadis itu pula.

"Er, saiz 6." Zaira mula terfikir mungkin Iskandar ingin membeli pakaian untuknya. Sebab tu dia tanya saiz dekat aku ni. Zaira berkata didalam hati. Lega hatinya jika begitu.

"Aku nak keluar. Kau jangan keluar ke mana-mana. Kalau loceng berbunyi, jangan sesekali buka pintu." Iskandar mengingatkan Zaira sebelum dia melangkah keluar. Zaira hanya mengangguk.

"Kalau lapar tu, makan jelah apa yang ada. Jangan nak menyusahkan aku nanti dengan sakit-sakit kau tu." Iskandar berpaling semula sebelum menutup rapat pintu rumah. Zaira sekali lagi mengangguk. Hatinya sedikit gembira dengan perubahan Iskandar dua hari sebelum itu.

Iskandar sudah sampai di pusat membeli belah Sogo. Dia berjalan-jalan di bahagian pakaian perempuan untuk mencari pakaian buat Zaira. Dia sedang memerhatikan deretan bra yang tergantung. Ada pelbagai jenama. Dia jadi segan untuk membelek pakaian dalam kaum perempuan itu. Iskandar menggamit seorang salesgirl yang berada tidak jauh darinya. Gadis itu kelihatan muda lagi. Mungkin lepasan SPM.

"Ya encik boleh saya bantu?" Ramah gadis itu menegurnya. Iskandar tersenyum.

"Dik tolong tengok saiz 34 cup B kejap." Iskandar meminta bantuan.

"Okay kejap ye encik." Tersenyum gadis itu sambil bergerak ke rak yang tersusun bra pelbagai warna itu. Iskandar hanya memerhati.

"Encik beli untuk siapa ni? Mesti isteri encik kan?" Gadis itu cuba beramah mesra dengan Iskandar. Tangannya masih lagi mencari saiz yang diingini oleh Iskandar. Iskandar hanya mengangguk mengiakan pertanyaan gadis itu.

"Encik nak jenis yang macam mana? Push-up elok untuk perempuan muda ni." Gadis itu lembut memberitahu.

"Push-up? Arr, apa tu?" Iskandar mengerutkan dahi. Gadis itu tersenyum lawa. Hampir tergelak pastinya.

"Push-up ada besi macam ni. Ni bagus sebab dia naikkan breast isteri encik nanti." Terang gadis itu sambil menunjukkan bra ditangannya pada Iskandar. Iskandar membelek tag harga bra itu. Terkejut matanya memandang pada harga RM113.90. Mak oi, biar betul. Baju dalam saja dah harga macam ni.

"Eh, kenapa mahal sangat ni dik?" Iskandar bertanya.

"Ini brand Triumph memang mahal sikit encik. Tapi brand ni bagus. Tahan lama pulak tu kalau nak dibandingkan dengan brand lain." Terang gadis itu lagi. Iskandar hanya mengangguk.

Gadis itu menyambung lagi penerangannya berkenaan bra. Penerangan panjang lebar gadis berambut ekor kuda itu langsung tidak masuk ke telinga Iskandar. Dia jadi bosan untuk mengambil tahu berkenaan pakaian dalam perempuan itu. Dia dah lah nak cepat. Banyak lagi barang nak beli ni. Iskandar cepat-cepat memotong kata-kata gadis salesgirl itu apabila gadis itu kelihatan langsung tidak mahu berhenti.

"Dik, dik..Tak payah terang apa-apa dekat saya. Macam ni lah. Adik tolong pilihkan untuk saya boleh? Adik ambillah push up ke, back up ke topup up ke asalkan benda tu boleh pakai." Gadis itu tergelak kecil mendengar kata-kata Iskandar.

"Baik encik. Ni encik nak beli berapa? Warna apa?" Gadis itu masih tersenyum semasa bertanya.

"Ambil lapan. Dengan panties sekali. Warna apa adik pilih jelah. Nanti letak dekat kaunter ya." Iskandar memutuskan tanpa berfikir panjang. Lantaklah bukan dia yang nak pakai.

"Encik, ambil resit dulu ya." Iskandar mengangguk dan menanti gadis itu mencatat sesuatu diatas resit.

"Er dik. Saya nak mintak tolong sikit boleh?" Iskandar bertanya. Rasanya dia perlukan bantuan gadis itu untuk mencari pakaian buat isternya.

"Apa encik?" Tanya gadis itu lembut.

“Saya nak mintak adik tolong pilihkan baju perempuan boleh?” Iskandar menyoal dengan penuh harapan.

“Err..” Gadis itu tergagap. Matanya mengerling ke sekeliling. Mungkin takut agaknya.

“Please dik. Saya tak tahu sangat bab-bab baju perempuan ni. Sekejap je. Please.” Iskandar merayu lagi agar gadis itu bersetuju.

“Erm okay lah. Tapi tak boleh lama sangat. Saya takut nanti bos marah.” Akhirnya gadis itu mengangguk setuju. Kemudian mereka beringingan ke tempat pakaian wanita pula.

Hampir 45 minit Iskandar melilau mencari pakaian untuk Zaira. Gadis salesgirl tadi bersama membantunya hanya setengah jam. Kemudian dia kembali ke tempatnya takut dimarahi oleh bosnya. Iskandar mengucapkan ribuan terima gadis itu. Dengan bantuannya, dapatlah dia beli hampir tiga pasang baju. Blaus warna ungu dengan seluar slack hitam, long sleeve biru dengan sehelai jeans hitam dan t-shirt tiga suku warna kuning dan slack rona khakis.

Iskandar ingin mencari baju tidur pula. Tidak banyak pilihan yang ada di Sogo. Ah pakai jelah seluar track dengan t-shirt. Iskandar mengambil tiga pasang lagi baju yang boleh digunakan untuk pakai waktu tidur.

Kemudian dia pergi ke bahagian kasut pula. Dua pasang kasut diambil dari jenama Santa Barbara. Sandal nipis dan sepasang kasut tumit setengah inci menjadi pilihannya. Malas dia membelek harga. Saranan dari jurujual dipersetujuinya dan terus dia membayar harga kesemua barang yang dibelinya itu.

Sebelum meninggalkan pasaraya Sogo, dia pergi ke tingkat 6 untuk membeli makanan untuk dia dan isterinya nanti. Dua bungkus nasi ayam sudah berada ditangannya bersama beberapa beg plastic Sogo yang lain. Penuh tangannya menjinjit kesemua beg itu.

Ketika berjalan ke tempat letak kereta, beberapa orang yang berselisih dengannya menoleh ke arahnya kembali. Agaknya dalam fikiran mereka itu mesti tidak percaya yang dia, seorang lelaki boleh bershopping sakan macam tu. Ah, lantaklah apa orang nak fikir. Gumam Iskandar sendirian sambil menuju ke keretanya.

Sebelum memandu pulang, sempat dia berhenti di butik First Lady yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman. Hampir 30 minit dia membelek baju muslimah di butik itu. Selepas membayar harga tiga pasang baju kurung yang diambilnya, baru dia memandu pulang ke Damansara Height.

+++++++++++++++++++++

Zaira bangun berdiri dari sofa yang diduduknya ketika terdengar bunyi tombol pintu yang dipulas. Tak lama kemudian tersembul wajah Iskandar dibalik pintu dengan tangan yang penuh dengan segala macam beg plastik. Iskandar melangkah masuk dan mencampak barang tadi di tepi sofa. Bungkusan nasi ayam diletakkannya diatas meja kopi. Tubuhnya duduk menyandar disofa kemudiannya melepaskan lelah.

“Er, encik. Encik nak air? Saya buatkan.” Zaira yang sedari tadi mematung mula memainkan peranannya. Seolah seorang pembantu rumah melayani majikannya. Iskandar mencelikkan matanya dan merenung wajah Zaira yang kelihatan takut-takut.

“Hurm, ambilkan fresh orange dalam fridge tu.” Arah Iskandar selamba. Zaira cepat-cepat berlalu ke dapur. Tak lama kemudian gelas berisi fresh orange diunjukkannya kepada Iskandar.

“Airnya encik.” Iskandar menyambutnya perlahan. Air itu diteguknya dengan hanya satu nafas. Licin.

"Tu semua barang-barang kau." Iskandar menghalakan jari telunjuk kanannya ke arah beg-beg plastik yang terdampar di tepi sofa. Zaira turut melarikan matanya ke arah itu.

"Kau ambil barang-barang kau ni masuk bilik tepi bilik air tu." Arah Iskandar lagi sambil menuding ke pintu yang tertutup rapat di tepi bilik air.

"Mulai hari ni, kau guna bilik tu. Jangan nak buat semak kat ruang tamu ni." Zaira masih diam membisu mendengar segala kata-kata Iskandar.

"Kau faham tak ni?" Tinggi suara Iskandar apabila langsung tidak mendengar reaksi Zaira.

"Faham encik." Cepat-cepat Zaira mengangguk.

"Kemas semua ni." Kata Iskandar sebelum bingkas berdiri untuk berlalu ke bilik tidurnya. Zaira membersihkan gelas yang digunakan Iskandar tadi. Setelah itu semua beg plastik tadi diambilnya lalu dibawa masuk ke ruang bilik yang tidak pernah dijejakinya itu.

Zaira menekan suis lampu. Ruang yang gelap itu terang. Dia mula menyelusuri anak matanya ke segenap ruang bilik yang akan jadi ruang peribadinya nanti. Rak buku bertingkat menyandar ke sudut dinding. Banyak buku yang tersusun disitu. Terdapat sebuah meja belajar dengan kerusi menghadap tingkap bilik. Keseluruhannya, bilik itu kelihatan kosong tanpa apa-apa perabot lain didalamnya.

Zaira tersenyum kecil. Beg plastik ditangannya diletak di atas lantai. Dia berjalan ke tingkap dan menyingkap langsir biru yang menjadi tabir. Dia berpusing dan mengamati lagi ke segenap ruang bilik itu. Mungkin ini bilik bacaan Iskandar. Seperti bilik ini jarang digunakan kerana terdapat habuk di buku-buku yang tersusun rapi. Simpul Zaira sendiri.

Cukup lah untuk ini walaupun tidak bertilam empuk. Aku sudah cukup selesa diberi kesenangan begini. Syukur ya ALLAH untuk rezeki ini. Kau jauhkan lah aku dari rasa tamak dan  bangga diri. Aku tidak mahu menjadi hamba-Mu yang tidak bersyukur. Zaira bermonolog dalam diri.

Fikiran Zaira melayang kembali ke zaman remajanya yang membesar di sebuah rumah tumpangan di Lorong Changkat, Bukit Bintang. Terlalu banyak bezanya dengan keadaannya sekarang. Dia bersyukur dengan nikmat Allah itu. Kedaifan tempat tinggalnya dikala itu membuatkan air matanya menitis dipipi tanda syukur tidak terhingga ke atas kesempatan yang diberi oleh Yang Maha Kuasa untuk dia menikmati kesenangan yang tidak seberapa hari ini.

Zaira duduk dilantai membuka beg plastik satu-persatu. Senyuman terukir dibibirnya, Iskandar membelikannya beberapa pasang baju kurung. Baju-baju yang lain juga turut dibeleknya. Akhir sekali, beg pakaian dalam yang dirungkai membuatkan wajahnya berona mereah seketika. Timbul tanda-tanya dihatinya bagaimana Iskandar membelinya tadi. Malu bila difikirkannya.
Wajah Zaira bertukar hampa setelah kesemua beg plastik itu diselongkarnya. Dia hampa barang yang dicari tiada. Disebalik kesemua pemberian Iskandar, itu masih terdapat kekurangan yang dirasakan oleh Zaira. Kenapa Iskandar tidak membelinya? Perlukah dia suarakan kepada Iskandar tentang itu? Zaira berbelah bagi. Dia sangat menginginkannya.

No comments:

Post a Comment