Friday, September 23, 2011

Bahagia Bukan Milikku 7

BAB 7

"Setan!" Fadhli menjerit kuat.

"Tak guna punya betina."Jeritnya lagi.Fadhli menghentak tangannya pada jeriji besi dihadapannya.Dia menyeringai kesakitan dan mengusap tangannya yang pedih akibat hentakan itu.

"Hei, tak boleh diam ke?"Suara garang seorang lelaki bermisai tebal disuatu sudut membuatkan Fadhli memandang lelaki itu tajam.

"Sekali lagi kau buat bising kau kena!"Lelaki bermisai itu memberi amaran sekali lagi sebelum berlalu.

"Binatang!"Fadhli menjerit selepas lelaki itu berlalu.Nafasnya turun naik menahan amarah.

"Tak guna kau Zaira. Aku akan pastikan kau takkan terlepas lagi lain kali." Fadhli duduk diatas tilam simen yang menjadi tempatnya berbaring.

Hatinya semakin sakit mengingatkan peristiwa malam itu yang menyebabkan dia terperangkap didinding batu itu kini.Fadhli mendengus marah.

Hentakan dikepalanya oleh Zaira menyebabkan dia rebah tidak sedarkan diri.Saat dia terjaga didapati tangannya sudah digari.Rupa-rupanya kelab malam itu telah diserbu oleh pihak berkuasa malam itu.Dia terperangkap kini.

Mujur saat dia ditangkap, dia hanya didakwa mabuk dengan alkohol.Kegiatan sebenar dia di kelab malam itu masih tidak dikesan polis.

Teringatkan Mummy Lizzey, dia menjadi sakit hati. Ibu ayam itu langsung tidak mahu mengikat jaminnya.Mummy Lizzey turut tertangkap malam itu dan mereka dikenakan denda sebanyak RM 4000.00 atau penjara empat bulan.Mummy Lizzey yang memang banyak kaki diluar sangat mudah untuk melepaskan diri.

"Mummy, kau kena selamatkan aku."Fadhli menangkap tangan wanita yang berusia awal 40-an itu kuat.Tangan lelaki-lelaki disekelilingnya ditepis kasar.

"Kejap aku nak cakap dengan dia!"Fadhli terjerit sedikit pada lelaki-lelaki berbadan tegap itu.

"Takpe encik.Saya kenal dia. Kami nak bercakap sekejap."Mummy Lizzey memberitahu pegawai polis itu.Mereka mengangguk dan bergerak menjauh sedikit.Gari ditangan Fadhli masih tidak dirungkai.

"Kau kena lepaskan aku dari sini."Fadhli membuat muka kasihan pada ibu ayam itu.

"Hei, aku takde duitlah!"Mummy Lizzey bersuara keras.

"Kaki kau banyak dekat luar tu. Kau ikat jaminlah aku sekali.Tolonglah aku."Rayu Fadhli lagi.

"Aku dah cakapkan, dekat luar aku-aku.Kau-kau.Aku takkan campur."Mummy Lizzey menuding jari ke dada Fadhli.

"Habis kau nak biar aku masuk lokap?"Tanya Fadhli marah.

"Nasib kaulah."Mummy Lizzey mendengus kasar.Wajahnya dipaling dari menghadap wajah Fadhli.

"Hei, perempuan kau nak aku bocorkan rahsia kau dekat polis?"Fadhli mula menggunakan ugutan.

"Kau dengar sini Fadhli. Kalau kau bocorkan rahsia aku, aku pun akan buat benda yang sama. Kau nak sama-sama terperangkap dalam lokap tu?"Mummy Lizzey menghadap wajah Fadhli dengan riak muka yang marah.

"Kau dengar sini, aku masuk lokap tu pun sekejap je.Tapi kau... mungkin kena hukum gantung."Mummy Lizzey berkata dengan nada berlagak.Sengaja ingin menakutkan Fadhli.
Wajah Fadhli berubah. Benar juga kata-kata perempuan tu. Silap-silap dia akan ke tali gantung nanti.

"Kau dengar sini. Aku rasa better kau tunggu je dalam lokap tu. Sekarang ni operasi kau tu pun hampir kantoi dengan polis. Kau kena bersihkan nama kau jugak. Kalau kau ada dalam lokap, kau akan selamat kalau geng kau tu tertangkap."Mummy Lizzey bersuara lagi memberi pendapat kepada Fadhli.

Fadhli terdiam berfikir.Betul juga. Aku tak boleh menonjolkan diri sangat sekarang ni. Mujur hari ni dia hanya ditangkap kerana mabuk. Dadah juga tidak dibawanya malam itu.Kalau tidak, memang dia takkan selamat.

"Dah, kau berehatlah dulu dalam lokap tu. Jumpa empat bulan lagi sayang."Mummy Lizzey melarikan jari telunjuknya pada pipi Fadhli dan turun ke dada lelaki itu.Bibirnya tersenyum sinis.Fadhli mendengus saat diperlakukan begitu.

"Baik, aku akan cari kau empat bulan lagi." Fadhli berkata saat Mummy Lizzey berlalu bersama-sama beberapa lelaki yang mengekornya.

"Tak guna punya perempuan tua. Disebabkan kau aku ada dekat sini!" Fadhli merengus marah mengingatkan keengganan ibu ayam itu untuk mengikat jaminnya.

Wajah Zaira seakan terbayang dimatanya. Mengingatkan gadis itu, menambahkan lagi sakit hati dia. Disebabkan gadis itu juga dia terperangkap disitu. Niat dia untuk meratah tubuh adik sepupunya itu juga tidak kesampaian.

“Mohd Fadhli Bin Rostam.”Jeritan kuat dari pegawai diluar menggamit telinga Fadhli. Dia mendekat pada palang besi dan menyahut panggilan itu.

“Ada orang nak jumpa kau.” Beritahu pegawai bermuka bengis itu. Dua lelaki disebelahnya hanya bermuka ketat gaya seorang polis. Mungkin mereka hanya berpangkat konstabel jika dilihat pada lencana yang terlekat pada bahu mereka.

Pegawai itu membuka pintu, seorang lelaki yang mengiringinya masuk dan melingkarkan sepasang gari pada tangan Fadhli.Kemudian tangan kanan dan tangan kirinya diapit oleh dua orang lelaki dan mereka berjalan mengikut langkah pegawai bermuka bengis tadi menuju ke sebuah bilik perjumpaan.

“Itu orang yang nak jumpa kau.” Kata pegawai bengis itu sambil mengarahkan dua pembantunya merungkaikan gari ditangan Fadhli.

Fadhli tersenyum melihat gerangan wanita yang menjadi pelawatnya itu.

"Seorang je mummy?" Fadhli bertanya di balik cermin kaca. Suaranya bersambung dengan telefon yang menjadi penghubung dengan Mummy Lizzey diluar.

"Yelah. Kau nak suruh aku bawak segerombolan pulak datang sini. "Balasan Mummy Lizzey benar-benar sinis. Fadhli hanya tersenyum geram.

"Ada apa kau datang jumpa aku? Kau nak jamin aku ke?" Fadhli terus ke topik sebenar. Malas dia mahu memandang wajah tua tak sedar diri ibu ayam itu lama-lama.

"Jangan berangan. Aku takde duit nak jamin kau." Mummy Lizzey berkata tegas.

"Dah tu.." Fadhli kuatkan suara. Dia makin menyampah.

"Aku ada jumpa beg tangan perempuan yang kau bawak malam tu. Kau nak suruh aku buat apa dengan beg tu?" Mummy Lizzey memberitahu.

"Apa? Beg perempuan tu ada dengan kau?" Fadhli bertanya tidak percaya. Harapannya untuk mendapatkan Zaira seakan kembali  bersinar. Kepalanya ligat merencana rancangan.

"Mummy, kau simpan dulu beg tu. Apa isinya?"Soal Fadhli dengan muka ceria.Mummy Lizzey mencebik melihat reaksi gembira Fadhli.

"Ada IC, surat beranak dan beg duit dia. Duit tu ada lah dalam RM 80.00 macam tu." Mummy Lizzey menambah.

"Kalau macam tu, kau tolong simpan beg tu baik-baik. Aku keluar nanti kau bagi dekat aku." Ujar Fadhli. Buat masa ni hanya itu yang dapat difikirkannya. Tindakan lain akan diambil selepas dia keluar dari penjara itu semula.

"Huh, siapa perempuan tu? Buat apa simpan barang dia. Semak je." Mummy Lizzey membuat muka.

"Mummy, dia tu penting. Kau tolonglah simpan dulu. Jaga elok-elok barang tu." Fadhli memohon simpati Mummy Lizzey. Wajah wanita itu dipandang dengan harapan yang menggunung tinggi.

"Tengoklah kalau ada lagi beg tu waktu kau keluar nanti." Akhirnya Mummy Lizzey setuju juga. Tapi sengaja juga dia mahu meresahkan hati Fadhli.

"Kau jangan mummy. Kau simpan elok-elok tau. Benda tu penting tu." Fadhli berkata tegas meyakinkan Mummy Lizzey.

"Yelah-yelah." Jawab Mummy Lizzey dengan muka bosan.

"Thank you mummy. Kau memang terbaik." Fadhli menghadiahkan senyuman buat Mummy Lizzey.

"Dah aku nak balik dah ni." Mummy Lizzey sudah mahu beredar.

"Ingat tau mummy. Simpan barang tu. Thanks sudi melawat aku." Sempat Fadhli berpesan dan berterima kasih.

"Sama-sama." Balas Mummy Lizzey sebelum bangun dari kerusi. Terusik juga hatinya tadi mendengar ucapan terima kasih dari bibir Fadhli. Baik juga lelaki itu, fikirnya. Ah, persetankan itu semua. Dia harapkan pertolongan aku, mestilah dia tunjuk baik. Hati Mummy Lizzey menolak sangkaannya tadi.

Mummy Lizzey berjalan laju. Seorang lelaki berbadan tegap setia menantinya diluar dengan sebuah kereta Waja. Mummy Lizzey berlari anak masuk ke kereta. Selepas itu, lelaki itu terus memecut laju meninggalkan perkarangan penjara.

Fadhli dibawa semula ke dalam kurungannya. Senyuman dibibirnya masih tidak lekang.Sampai didepan pintu kamarnya untuk tempoh 19 minggu itu, tubuhnya ditolak kasar. Dengan wajah bengis, polis-polis yang mengiringnya mengunci semula pintu besi itu.
Fadhli meludah. Sakit hatinya dilayan begitu. Mentang-mentang ini tempat kau. Tunggu aku keluar nanti. Hati Fadhli membentak. Dia duduk di atas tilam simennya. Fikiran dia tidak disitu. Otaknya ligat merencanakan sesuatu untuk menemui Zaira nanti.

"Arghh!" Fadhli menjerit lagi.

"Kau takkan selamat lagi lepas ni!" Fadhli berkata lagi seorang diri.Tanganya dihentak ke permukaan simen yang keras. Melepaskan rasa marah yang terbuku didalam hati. Kemudian dia meledakkan ketawa kuat.

"Hoi diamlah. Memekak je kau!" Jerit satu suara dari bilik besi berdekatan.

"Sibuklah kau!" Fadhli balas dengan herdikan.

Dibalik jeriji besi itu, gema ketawa Fadhli yang kuat bersahutan dengan beberapa suara lelaki yang menjadi jirannya dipenjara Sungai Buloh itu memarahinya kerana membuat bising. Fadhli langsung tidak menghiraukan mereka. Dia sudah seperti orang gila ketawa seorang diri.

Sekali-sekala mulutnya menyumpah seranah Zaira. Sudah seminggu dia berada disitu. Ada tempoh 19 minggu lagi untuk dia habiskan dipenjara itu.

"Aku keluar dari sini nanti tahulah nasib kau Zaira. Aku takkan lepaskan kau lagi. Kau tunggu Zaira. Aku akan cari kau!" Fadhli meludah ketepi. Hatinya penuh dendam kepada adik sepupunya itu. Dia akan mencari gadis itu saat dia keluar nanti. Itu tekadnya.

No comments:

Post a Comment