Friday, September 23, 2011

Bahagia Bukan Milikku 8

BAB 8

"So, amacam marriage life bro?" Izzat menyoal Iskandar saat mereka sama-sama melepaskan lelah selepas bermain tenis tadi. Penat masih belum hilang lagi diwajah masing-masing.

"Same like before." Jawab Iskandar selamba. Dia mengelap wajahnya yang basah dengan tuala kecil yang tersangkut dibahu.

"Come on bro. Dah hampir sebulan. Takkan takde apa-apa?" Tanya Izzat kembali. Dia sudah melabuhkan punggungnya dikerusi rehat yang terdapat diluar gelanggang. Iskandar masih berdiri dan melakukan sedikit pergerakan senaman.

"Kau nak aku ada 'apa-apa' apa?" Soal Iskandar semula tidak faham dengan maksud sahabatnya tadi.

"Bro, takkan kau takde rasa langsung dekat bini kau tu? Dah dekat sebulan duduk berdua." Izzat tersengih kecil. Iskandar mencebik. Faham dengan maksud Izzat.

"Sorry bro. Aku bukan lelaki macam tu. Kau sendiri pun tahu aku bukan bercinta dengan perempuan tu. So, aku takkan sesekali ada rasa untuk dia." Iskandar berkata tegas. Kemudian dia mengambil tempat disebelah Izzat. Air mineral dalam botol diteguk rakus.

"Kau jangan berlagak sangat Is." Izzat menepuk bahu Iskandar mengingatkan cakap lepas kawannya itu, takut nanti termakan diri sendiri.

"Bro, boleh tak stop cerita pasal ni? Aku rimaslah." Iskandar cuba menukar topik. Rasa menyesal pulak berita ini dikhabarkan pada sahabatnya itu. Tak habis-habis nak mengungkit pasal tu. Bukan nak menenangkan aku. Rungut Iskandar didalam hati.

"Okay..okay bro. Sorry." Izzat mengangkat sebelah tangannya rapat ke telinga. Faham dengan nada dan wajah Iskandar yang tidak senang dibangkitkan dengan soal rumah tangga yang baru dibinanya.

"So, lepas ni kita nak buat apa?" Soal Izzat.

"Makan jom. Aku lapar gila." Iskandar menggosok perutnya. Izzat menelek jam dipergelangan tangannya. Sudah pukul 6.45 petang.Baik mandi dulu dekat sini.Lepas solat Maghrib boleh terus pergi makan.Izzat berkira-kira sendiri.

"Kita mandi dulu bro. Nanti boleh singgah Maghrib sebelum makan." Cadang Izzat.

"Bolehlah. Jom." Iskandar bersetuju. Nasib baik kelengkapan mandi ada tersimpan dalam beg kecil yang dibawanya.

Kemudian mereka bersama-sama melangkah ke bilik air yang disediakan disitu untuk membersihkan diri. Selesai sahaja, mereka memandu ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Maghrib.Mujur mereka sempat. Dapat berjemaah sekali dengan para makmum dalam masjid itu.

Selepas itu, keduanya bergerak dengan kereta berasingan untuk mencari kedai makan.Mereka berhenti di sebuah restoran Melayu yang terletak di Bangsar.Dekat sikit dengan rumah masing-masing dari sini.

“Is, bila kau nak bawak aku jumpa dengan wife kau tu?” Izzat memulakan soalan selepas mereka duduk disebuah meja dalam Restoran Rebung.Iskandar yang sedang menghisap rokok melepaskan asapnya perlahan ke udara.

“Kenapa kau nak jumpa dia?”Soal Iskandar bersahaja.

“Yelah, aku nak tahu jugak siapa dia tu. Mana tahu nanti aku terjumpa dekat luar, aku termengorat pulak dia tu… Naya kau..”Izzat sudah tersengih panjang.Iskandar menyedut dalam rokok dijarinya.

“Zat, kau nak ke perempuan macam dia tu?”Iskandar memandang wajah Izzat sekilas.Puntung rokok ditangannya ditonyoh ke dalam ashtray.Izzat mengerutkan dahinya.

“Is, kau sendiri dengar apa yang Diana cakap kan? Kau sendiri cakap dengan aku pasal tu.” Izzat mengingatkan Iskandar tentang keputusan ujian yang dilakukan oleh sahabat mereka berdua, Diana tentang keadaan Zaira.

“People make mistake Zat. Tak semestinya ujian tu betul.Aku tetap tak percaya.”Iskandar berkata.Matanya menghala ke peti televisyen restoran tersebut yang sedang menayangkan Buletin Utama.

“Apa yang buat kau tak percaya Is?” Soal Izzat ingin tahu. Dia benar-benar ingin tahu apa yang tersirat dihati sahabat baiknya itu. Iskandar banyak berahsia sejak kebelakangan ini.Malah, dia masih tidak diperkenalkan lagi dengan isteri express sahabatnya itu.

Perbualan mereka terganggu seketika saat seorang pelayan datang menghantar makanan yang dipesan.Iskandar menyudahkan hisapan rokoknya.Aroma bau masakan tomyam yang terhidang membuatkan perut keduanya menjadi lapar.

“Kau baca doa bro.”Izzat mengarah kepada Iskandar.Iskandar hanya menyeringai. Dia lantas menadah tangan membaca doa makan. Dengan lafaz bismillah kedua-duanya berselera menikmati hidangan yang masih berasap itu.

“Balik semula pasal tadi…” Izzat memecah sunyi.Teringat soalannya yang masih tidak dijawab oleh Iskandar. Iskandar menyedut sedikit air sirap bandung ditepinya. Wajah Izzat dipandang sambil mulut masih mengunyah lebihan makanan didalam mulutnya.

“Apa yang buat kau tak percaya pada iseri kau tu?” Izzat terus ke tajuk utama.Lama Iskandar terdiam berfikir.Peluang itu diambil oleh Izzat untuk membaca air muka sahabatnya itu.

“Kalau kau nak tahu Zat…” Iskandar berhenti seketika untuk mencicip sedikit minumannya.Izzat tetap setia menanti.

“Waktu pertama kali aku jumpa dia, sebenarnya…” Iskandar mengeluh kecil.Berat hatinya untuk membuka rahsia pada sahabatnya itu.Setakat ini Izzat hanya mengetahui yang dia berkahwin kerana ditangkap basah sahaja. Segala maklumat lain masih dirahsiakannya.

“Is, kau boleh percayakan aku. Kita kenal dah lama. Tapi kalau kau rasa kau masih tak nak cerita dekat aku, takpe. Kau jangan cerita okay. Aku tak paksa kau.” Luahan Izzat itu menyebabkan keluhan kedua lahir dari bibir Iskandar.

Bukan dia tak percayakan Izzat. Dia tersangat percaya kepada sahabatnya itu. Susah senang dia memang dikongsikan dengan Izzat. Lebih baik aku ceritakan pada dia. Sekurang-kurangnya dapat legakan sikit perasaan aku ni. Detik Iskandar.

“Zat, waktu aku kena tangkap basah tu… Keadaan Zaira tak menunjukkan yang dia tu macam orang baik-baik.” Terluah juga kata-kata itu dari mulut Iskandar. Izzat yang mendengar mempamerkan wajah pelik.

“Maksud kau?” Tanya Izzat ingin tahu.

“Dia… Cara dia berpakaian sangat menjolok mata. Aku rasa dia tu pelacur.” Iskandar memperlahankan hujung ayatnya. Bimbang terdengar oleh orang disekelilingnya.

Izzat kali ini benar-benar terpempan dengan kenyataan Iskandar.Sudu ditangannya terlepas dari pegangan menyebabkan beberapa mata memandang ke arah mereka.Iskandar menebalkan muka berpura-pura senyum kepada orang yang memandang. Selepas seketika barulah keadaan reda semula.

“Is, macam mana kau boleh cakap yang dia tu pelacur?” Topik Zaira yang diperbualkan semakin hangat.Izzat semakin berminat untuk mengetahui kisah selanjutnya.Suapan dimulutnya sudah dihentikan bagi menumpukan perhatian yang penuh pada Iskandar.

“Sebab cara dia berpakaian tu lah.” Jawab Iskandar pendek.Izzat terdiam lama.

“Is, takkan mudah-mudah macam tu je kau cakap dia pelacur? Kau tak siasat dulu?” Izzat bertanya.Nada suara tetap diperlahankan. Mujur meja mereka agak terlindung dari meja lain.

“Kalau kau kat tempat aku, mesti itu jugak yang kau cakap bila tengok dia.” Iskandar lemah bersuara.

“Habis umi kau tak cakap apa-apa?” Izzat tanya lagi.

“Itu yang aku pelik. Macam mana umi aku boleh terus suruh aku kahwin dengan perempuan tu.” Iskandar mendengus kuat tatkala mengingatkan akan paksaan uminya itu. Marahnya masih berbaki buat wanita yang telah melahirkannya itu.

“Bro, mungkin umi kau ada jawapan dia sendiri kenapa dia nak kau kahwin malam tu.” Izzat cuba menghilangkan rasa baran Iskandar. Iskandar melepaskan nafas perlahan.Wajahnya tidak setegang tadi.

“Kau ada tanya dia apa-apa?” Soal Izzat.

“Tanya apa?” Iskandar tidak faham.Pinggan yang sudah licin ditolak ke tepi.

“Apa-apa pasal dia. Tak tanya dia macam mana dia boleh end up macam tu malam tu?” Izzat cuba memperjelaskan lagi maksud soalannya.

“For what? Aku tak nak tahu pasal dia!” Iskandar menjawab tegas.

“Profesional sikit bro. Kau sebagai peguam, takkan simply-simply kau nak judge orang macam tu?” Izzat cuba berdiplomasi. Dia menyedut minumannya sementara menunggu bicara Iskandar yang tampak makin gelisah dengan topik perbualan mereka.

“Aku sendiri tak fahamlah Zat. She’s so mysterious.” Iskandar mengeluh perlahan.Wajahnya diraup bagi menghilangkan sedikit tekanan.

“Sebab tu kau kena tanya dia. Cuba siasat latar belakang dia.” Kata Izzat lembut.Iskandar terdiam lama.Dia tunduk menekur muka pada permukaan meja.Buntu fikirannya memikirkan kata-kata Izzat itu.

“Is, you already 28. Kenapa kau tak terima je Zaira and live happily ever after?” Izzat menyoal.

“What? Kau ingat ni fairytale macam dalam wayang tu? This is my life Zat. Aku takkan sia-siakan hidup aku macam tu je!” Bentak Iskandar sedikit kasar. Sedikit terkejut dengan saranan sahabatnya itu.

“Kalau kau tak cuba  mana nak tahu.” Izzat membalas.

“Then bila aku tak suka, kau nak aku lepas tangan macam tu je? Tu cara orang yang tak bertanggungjawab Zat. Aku bukan lelaki macam tu.” Tekan Iskandar lagi.

“Is, sebab aku tahu kau lelaki bertanggungjawablah aku sarankan kau bertanggungjawab pada dia. Dia dah jadi isteri kau pun sekarang. Bawah tanggungjawab kau. She has nobody except you.” Izzat masih cuba memujuk.

Iskandar membungkam semula. Otaknya masih memikir baik buruk cadangan Izzat.

‘Tidak, aku tak boleh sia-siakan hidup aku macam ni je. Zaira bukan wanita yang layak untuk aku. Dia tak layak untuk jadi pendamping aku. Dia perempuan kotor. Dia kotor. Pelacur!’ Hati Iskandar membentak keras. Mengingatkan dirinya supaya tidak sesekali menerima Zaira dalam hidupnya. Dia mengeluh berat.

“Sudahlah Is. Jangan fikir sangat. Kau tenangkan keadaan diri kau, berdoa banyak-banyak. Minta bantuan Dia untuk kau buat keputusan. Aku doakan yang terbaik untuk kau.” Izzat cuba mententeramkan fikiran Iskandar yang tampak makin berkecamuk. Dia tahu Iskandar masih tidak dapat menerima perkahwinannya. Tapi sampai bila? Kawannya itu harus disedarkan segera. Itu sahaja yang dia dapat bantu.

“Jomlah kita balik. Kesian bini kau kat rumah tu sorang-sorang.” Izzat mengerling pada jam ditangannya. Sudah pukul 10.30 malam. Apalah yang isteri sahabatnya itu buat dirumah. Entah makan ke belum.

“Aku malas lagilah nak balik.” Iskandar bersuara lemah.

“Is, tak baik macam tu. Kau kena ambil tahu jugak keadaan dia walaupun kau tak suka.” Izzat memberi nasihat.Lambat-lambat Iskandar mengangguk.

Izzat melambai kepada pelayan. Selepas membuat bayaran, mereka sama-sama bergerak ke kereta masing-masing. Izzat masih setia memberi nasihat kepada sahabatnya itu.

“Ingat Is, kau buatlah yang terbaik. Jumpa lagi nanti. Assalamualaikum.” Izzat sempat berpesan sebelum menutup pintu kereta. Iskandar masih menyandar pada CRV hitamnya. Masih berbelah bagi untuk pulang ke kondonya.

Sepuluh minit kemudian, baru Iskandar menghidupkan enjin kereta. Dia memandu tanpa arah tujuan. Hati masih berat untuk pulang ke rumah. Keretanya berlegar-legar dijalan raya tanpa arah. Kepalanya sarat memikirkan tentang kehidupan barunya dan juga kata-kata Izzat yang ada kebenarannya. Saat jarum jam menunjukkan pukul 12.00 malam, baru dia memecut laju menuju ke Damansara. Dia sampai dirumah lima belas minit kemudiannya.

Iskandar menapak perlahan ke dalam rumahnya. Keadaan rumah sudah gelap. Pasti Zaira sudah tidur. Iskandar berhenti dimeja makan apabila ternampak meja makan yang tertutup dengan tudung saji. Dia tersenyum kecil melihat juadah makanan diatas meja yang tidak berusik.

Pandai juga Zaira memasak. Memang mendengar kata dia ni. Getus hati kecilnya. Iskandar meneruskan langkahan kakinya. Bilik tidur Zaira dituju. Tubuh Zaira yang terbaring diatas lantai berlapikkan toto nipis dipandang sepi. Toto itu diberinya seminggu yang lalu kasihan memikirkan keadaan gadis itu yang tidur tidak berlapik.

Iskandar menutup semula pintu bilik Zaira. Dia melangkah ke bilik peraduannya.Selepas membersihkan diri dan menukar pakaian, Iskandar berbaring diatas tilam setebal sebelas inci itu. Nafas kelegaan dihembus perlahan. Dia mengaminkan doa tidur yang dibaca. Perlahan-lahan matanya terpejam rapat.

No comments:

Post a Comment