Monday, October 31, 2011

Bahagia Bukan Milikku 18

BAB 18

“Hello…” Dalam mamai-mamai Iskandar menekapkan handphonenya pada telinga.

“Iskandar Tuah!” Tempikan dari hujung talian membuatkan mata Iskandar membesar. Handphone dijarakkan dari telinga untuk melihat siapa yang membuat panggilan. Dahinya berkerut melihat nama yang dikenalinya itu. Kenapa pulak dah ni?

“Erk, kenapa ni?” Soal Iskandar terpinga-pinga.

“Kau balik sekarang!” Tengking Aryuni lagi. Turun naik nafasnya menahan marah.

“Apa ni kak? Balik mana? Bisinglah kak Yuni ni orang nak tidur!” Dengus Iskandar kerimasan. Dahlah tidurnya diganggu begitu.

“Kau balik sekarang rumah kau. Akak ada dekat sini!” Balas Aryuni tegas sebelum menamatkan panggilan. Matanya masih tajam memandang Zaira yang tertunduk dihadapannya.

Iskandar terkejut beruk mendengar kata-kata akhir kakaknya itu. Matanya terjegil luas. Otaknya sudah dapat menagkap maksud kata-kata kakaknya tadi. Jika kakaknya marah-marah begini, pasti kakaknya sudah tahu akan rahsia yang disoroknya selama ini. Terkocoh-kocoh Iskandar bangun dari baringannya.

Dia mencapai seluar jeans yang tersangkut dipenyidai dan menyarungnya. Kemudian, katil Izzat didekati mahu mengejutkan lelaki itu.

“Zat…” Izzat membuka mata apabila terasa kakinya digoyang berkali-kali.

“Kau nak ke mana ni?” Soal Izzat terpinga-pinga melihat Iskandar yang sedang bersiap dihadapannya. Dia bangkit dan duduk diatas tilam.

“Aku kena balik sekarang.” Balas Iskandar tegas.

“Kenapa? Ada apa-apa jadi dekat Zaira ke?” Tanya Izzat.

“Kakak aku ada dekat rumah. Sorry aku tak sempat kemas semua ni.” Iskandar menunjuk pada tempat tidurnya yang berselerakan. Resah suaranya.

“Takpe kau pergilah balik.” Izzat membalas dengan tangannya menggaru kepala yang masih mamai. Iskandar mengangguk. Izzat mengekor langkah Iskandar yang keluar dari bilik.

Izzat membukakan pintu dan grille buat sahabatnya. “Apa-apa call aku.” Pesan Izzat semasa Iskandar menyarung kasutnya.

“Aku pergi dulu. Thanks Zat.” Iskandar menepuk bahu Izzat perlahan. Izzat membalas dengan anggukan. Kemudian, Iskandar terus berjalan laju menuju ke lif untuk ke tempat parkir keretanya.

Dalam kepalanya sudah bermacam andaian yang bermain diminda. Adakah Zaira akan dipengapakan oleh Aryuni? Iskandar resah sendiri. Dia memecut laju keretanya selepas menghidupkan enjin kereta.

Izzat yang separa sedar tadi mula dapat berfikir dengan waras. Jika kakaknya ada dirumahnya, bermakna kakak Iskandar sudah tahu pasal Zaira lah? Izzat mula kalut dengan telahannya itu. Hatinya akhirnya mengiakan, setuju dengan andaiannya itu. Dia menutup semula pintu rumahnya. Selepas itu dia menapak ke bilik tidurnya semula.

Mata yang mengantuk tadi mula segar bugar. Jarum jam diatas meja kecil tepi katilnya dipandang. Sudah pukul 6.25 pagi. Baik dia pergi bersolat dulu. Izzat berjalan ke penyidai mencapai tuala mandinya, lalu dia bergerak ke bilik mandi mahu membersihkan diri. Dalam hati berdoa yang Iskandar baik-baik sahaja dirumahnya.

Pemanduan Iskandar laju membelah jalan raya yang masih lengang. Degup jantungnya usah dikata. Seperti mahu tercabut sahaja. Dia ingin cepat sampai ke rumahnya. Memikirkan pelbagai perkara yang mungkin sedang berlaku antara kakak dan isterinya itu.

'Zaira tak apa-apakah?' Ada suara dari hatinya yang paling dalam berbisik. Kebimbangan memikirkan isterinya itu. Namun dia cuba menidakkan suara itu.

Pedal minyak ditekan rapat ke permukaan lantai kereta. Kedinginan embun pagi masih tidak mampu menyejukkan tubuhnya yang mula berpeluh kecil.

Tak sampai lima belas minit, Iskandar sudah memarkir C-RV ditempat parkir khas miliknya. Keluar sahaja dari kereta, dia terus berlari anak menuju ke pintu lif. Punat naik ditekan berkali-kali berharap yang pintu itu segera terbuka untuk membawanya ke atas.

"Cepatlah!" Keras suara Iskandar memarahi objek tidak bernyawa itu. Rasa lambat sahaja lif bergerak turun dari tingkat lima belas itu.

Terbuka sahaja pintu lif, dia terus menerkam masuk dan menekan butang tingkat sepuluh. Dia resah menanti pintu lif terbuka.

"Ting!" Iskandar terus berlari anak keluar. Kunci rumah dalam poket digagaunya. Sampai dihadapan rumah, dia segera memasukkan anak kunci pada mangga dan pagar grille. Dia masuk dan membuka pula pintu kayu. Pintu grille dikunci semula.

Selepas itu dia terus menapak ke dalam rumah dari celah pintu kayu yang sudah ditolaknya tadi. Langkah kaki terhenti dan matanya terpaku memandang pada Aryuni yang sedang duduk disofa. Zaira pula berdiri ditepi dengan wajah kecut. Kedua-dua gadis dihadapannya itu sedang memandangnya kini.

"Apa semua ni Is?" Soal Aryuni tenang. Tangannya masih kemas memeluk tubuh diatas sofa. Renungan matanya pada wajah adiknya tetap tajam menikam.

Iskandar menelan liur kelatnya. Dia menoleh ke belakang dan merapatkan semula daun pintu yang masih ternganga. Kemudian dia berpaling semula mahu menghadap dan berdepan dengan kakaknya.

Perlahan-lahan Iskandar mendekat pada sofa. Kakinya berhenti pada sofa berangkai dua. Kedua tangannya diletakkan pada kepala sofa yang membelakanginya itu. Wajah Aryuni dan Zaira dipandang bersilih ganti.

"Kak, kita solat dulu. Dah nak pukul tujuh ni." Iskandar menjeling sekilas pada jam yang tergantung didinding.

"Hurm." Gumam Aryuni perlahan. Dia ikut menjeling pada jarum jam.

"Kak Yuni, telekung akak Is bagi dia pinjam. Takpe ke?" Iskandar menoleh seketika pada wajah kakaknya.

Mula-mula Aryuni buat muka terkejut. Pandai-pandai pula Iskandar bagi barangnya kepada orang lain. Namun selepas memikirkannya semula, dia mengendurkan semula raut wajahnya. Apa salahnya jika gadis itu guna untuk buat sembahyang. Dapat juga dia pahala. Getus hati Aryuni.

"Pergilah solat dulu. Akak tunggu sini." Aryuni memberi arahan memandangkan dia masih dalam tempoh cuti. Seketika kelibat Iskandar dan Zaira sudah hilang dibalik pintu bilik yang berlainan.

Aryuni mula rasa pelik apabila mendengar bunyi dua daun pintu yang ditutup serentak. Bukan tadi perempuan tu mengaku isteri Iskandar ke?

Sepuluh minit kemudian, Zaira melangkah semula ke ruang tamu. Iskandar sudah pun berada disitu bersama kakaknya. Zaira cuba bertenang menahan debar didada.

Iskandar sudah mengambil tempat bertentangan dengan Aryuni. Dia menyandarkan tubuh pada sofa berangkai dua yang diduduknya. Manakala Zaira berdiri seperti tadi saat sebelum Iskandar sampai. Kepalanya menunduk ke bawah sambil kedua tangannya meramas jemarinya.

Now tell me everything.” Ucap Aryuni tegas.

Iskandar memandang wajah Zaira buat seketika. Terbetik rasa kasihan melihat wajah luluh gadis itu. Namun segera dinyahkan dari pangkal hati bila egonya menang dengan bisikan syaitan yang tak henti-henti. Nafas panjang ditarik dan dilepaskannya perlahan.

“She’s my wife.” Senafas Iskandar berbicara. Wajah kakaknya dipandang tepat. Bersabung pandang kedua beradik itu yang diperhatikan oleh Zaira ditempatnya berdiri.

“Apa semua ni Is? Kau cakap apa ni?” Tangan Aryuni sudah tidak memeluk tubuh lagi. Dahinya mengedut. Kedua tangannya didepa luas dengan kasar. Kepalanya ditoleh pada wajah Zaira sebelum memandang wajah Iskandar semula.

“Is dah kahwin atas permintaan umi dengan papa.” Suara dingin Iskandar mula bercerita. Makin bertambah kerutan didahi Aryuni.

“Kau kena tangkap basah?” Aryuni menebak. Zaira dan Iskandar masing-masing terperanjat dengan soalan dari bibir Aryuni itu. Memang tepat!

“Jadi betullah korang kena tangkap basah?” Aryuni menyimpul sendiri bila melihat reaksi Iskandar dan Zaira yang seolah mengiakan pertanyaannya. Biar betul? Astarghfirullah al-azim! Detik hatinya tidak percaya.

It’s accidentally happened.” Iskandar menghembuskan nafas beratnya. Berat hati mahu bercerita. Aryuni mendiamkan diri. Dia cuba bertenang setenang mungkin. Tidak mahu melenting tiba-tiba. Pasti ada penjelasan disebalik semua ini.

“Malam tu Is nak balik rumah ni macam biasa….” Iskandar memulakan ceritanya. Aryuni tekun mendengar. Zaira juga hanya menjadi pendengar dan pemerhati sedari tadi. Walaupun dia subjek utama, namun dia terasa seperti orang asing saat ini.

“Malam bila kau nikah?” Sampuk Aryuni.

“Malam genap umur Is 28 tahun.” Wajah Iskandar tiada riak. Dingin sahaja. Aryuni hanya mengangguk.

“Lepas tu?” Aryuni mengisyaratkan supaya Iskandar meneruskan ceritanya.

Dengan terpaksa, Iskandar menyambung lagi kisah yang telah berlaku malam hari jadinya itu. Sekali-sekala anak matanya mencari wajah Zaira yang berdiri. Bila mata mereka bertemu pandang, cepat-cepat Zaira melarikan anak matanya. Begitulah setiap kali.

“Kenapa kau setuju jugak?” Soal Aryuni sangsi. Tidak percaya yang semudah itu Iskandar akan menurut kata-kata umi dan papa mereka. Dia kenal sangat dengan sifat keras kepala lelaki itu macam mana.

Look kak Yuni. I don’t have a choice to say no!” Balas Iskandar keras. Berkerut dahinya menuturkan ayat itu.

“Kenapa pulak tak? Ini soal masa depan kau? Kau berhak tentukan sendiri!” Bidas Aryuni pula. Geram pula hatinya memikirkan kesanggupan umi dan papanya menikahkan Iskandar dengan gadis yang tidak dikenali itu. Wajah Zaira dipandang geram.

“Itu umi kak Yuni. Siapa Is nak melawan cakap umi? Cakap papa?” Sayu suara Iskandar berkata. Wajahnya tertunduk merenung karpet bulu yang dipijaknya.

 Aryuni terdiam lama. Benar cakap Iskandar, siapa mereka mahu melawan cakap kedua ibu bapa yang telah melahir dan membesarkan mereka? Allahuakbar! Aryuni tersedar dengan keterlajakannya tadi.

Dalam diam Zaira mengkagumi keperibadian suaminya itu. Seorang anak yang taat. Tapi sayang, kerana dia lelaki itu telah jauh dari kedua ibu bapanya. Jiwanya semakin kuat merasa bersalah.

"Jadi penerimaan kau macam mana?" Soal Aryuni semula setelah agak lama mereka mendiamkan diri tadi. Kasihan juga dia melihat wajah kusut Iskandar. Patutlah sejak kebelakangan ini, lelaki itu nampak terbeban sahaja. Ajak balik rumah pun ada saja alasannya. Fikir Aryuni sendirian.

"Is tak tahu." Iskandar meraup wajahnya ke belakang bersama keluhan berat yang dilepaskan.

Tiba-tiba Iskandar kalut mengangkat wajahnya. Jam dipergelangan tangannya ditelek. Terkejut melihat waktu yang sudah menjangkau hampir pukul lapan pagi. Dia perlu bersiap sekarang ke tempat kerja.

"Kak Yuni, kita stop pasal ni. Harap akak dapat rahsiakan perkara ni dari adik-beradik kita. Is tak nak siapa-siapa pun tahu." Iskandar berkata sambil berdiri.

"Kak Yuni tak habis lagi ni Is!" Aryuni menekan ayatnya. Cepat pula Iskandar mahu melarikan diri.

"Dah pukul 8.00 pagi kak. Is nak pergi kerja. Kak Yuni pun nak pergi kerja kan?" Soal Iskandar lagak tenang. Bukan sengaja dia nak lari, tapi memang hakikat dia perlu bersiap sekarang.

Aryuni berpaling pada jam bulat yang tergantung didinding. Baru menyedari kebenaran kata-kata adiknya itu. Alamak, dia perlu masuk klinik awal hari ni memandangkan biliknya masih tidak dikemas elok semalam. Dia juga ikut berdiri.

Iskandar menapak terus ke bilik tidurnya bila melihat Aryuni juga sudah bangun dariduduknya. Pasti saja dia kalut kerana waktu sudah lewat benar. Iskandar terus berjalan laju ke bilik air dalam biliknya mahu mandi.

Tak sampai sepuluh minit dia sudah siap. Dengan hanya bertuala, dia melangkah keluar dari bilik air terus ke meja solek. Botol deodorant Nivea Man disembur ke bawah lengannya. Selepas itu, rambutnya disapu dengan gel dan disikat rapi. Selesai mengemas diri, dia mendapatkan almari baju.

Sehelai kemeja berwarna putih diambil dan disarung ke tubuh. Mujur sahaja sudah berseterika. Sehelai seluar slack hitam yang tergantung diambil dan disarung ke kaki. Selesai mengemaskan pakaian, deretan necktie pelbagai warna dalam suatu ruang dalam almari dibelek.

Iskandar mengambil necktie berwarna biru gelap berjalur warna emas dan dibelitkan ditengkuknya. Dia bergerak ke cermin meja solek semula mahu merapikan diri. Selepas berpuas hati dia terus mencapai briefcase diatas meja kerjanya. Laju kakinya melangkah keluar bilik.

Zaira sedang menuang air ke dalam cawan dimeja makan semasa dia berjalan ke ruang tamu. Aryuni masih dibiliknya nampaknya. Iskandar menapak terus ke meja bila dia sudah meletakkan briefcasenya diatas sofa. Dia duduk dikepala meja. Zaira cepat-cepat menyapu peanut butter pada sekeping roti dan diletakkan didalam piring dihadapan suaminya.

Iskandar hanya membaca doa didalam hati dan laju dia menyuap roti tadi ke dalam mulut. Dalam hati sempat dia memuji Zaira yang sempat menyediakan sarapan buatnya.

"Nak roti lagi encik?" Soal Zaira yang masih berdiri. Iskandar cepat-cepat menggeleng.

"Pergi ambil stoking dalam bilik." Arah Iskandar. Zaira mengangguk dan pantas berlalu.

Dia bertembung dengan Aryuni dilaluan ke bilik tidur Iskandar. Kakak suaminya itu hanya memandang tajam ke arahnya. Dia jadi takut untuk menegur.

"Kak, jemput sarapan." Suara Zaira sedikit bergetar.

"Hurm." Aryuni hanya menggumam dengan wajah dingin.

Zaira pantas berlalu ke bilik untuk menyempurnakan tugasannya tadi. Dalam hati sempat mengomel akan kedinginan kakak iparnya yang persis dengan Iskandar.

Aryuni sempat menjeling ke belakang memerhati gerak-geri Zaira sebelum gadis itu menghilang dibalik pintu kamar adiknya. Niat hatinya yang mahu menjenguk bilik bacaan tadi terbantut bila melihat Zaira yang melangkah ke bilik tidur Iskandar. Andaian pertamanya tadi berjaya disangkal dengan keadaan itu.

"Makan kak." Jemput Iskandar apabila berpaling ke belakang melihat tubuh kakaknya yang sedang berjalan.

"Sorrylah sarapan tak seberapa." Kata Iskandar saat Aryuni sudah menarik kerusi mahu duduk. Riak muka kakaknya itu masih seperti tadi. Tegang sahaja.

"Hari-hari bini kau bagi makan roti macam ni je ke?" Soal Aryuni sinis.

"Takdelah kak.  Biasa ada bihun goreng ke, nasi goreng ke... Hari ni dia tak sempat." Nafi Iskandar. Aryuni hanya diam sebelum menyambut huluran roti yang disapu dengan peanut butter oleh adiknya.

Hati Iskandar berdetak laju. Dia berharap yang Aryuni tidak terkesan dengan penipuan yang sedang dilakukannya. Tidak tahu kenapa dia mahu berselindung mengenai kedinginan perkahwinannya itu dari pengetahuan kakaknya.

"Kenapa Zaira solat dekat bilik bacaan tadi?" Aryuni masih ingin mendengar jawapan pasti.

"Oh, tadi kan Subuh dah nak habis." Iskandar pantas menjawab bila alasan itu yang melintas dibenaknya. Aryuni terdiam lama sebelum mengangguk. Iskandar kembali menarik nafas lega.

Iskandar dan Aryuni sama-sama berpaling bila mendengar derap langkah kaki yang sedang berjalan.

"Letak dekat beg tu." Iskandar cepat memberi arahan bila matanya dan Zaira bertautan. Zaira mengangguk dan mengikut apa yang disuruh.

"Okaylah kak. Is dah lambat dah ni." Iskandar segera bangun selepas meneguk habis air milo dalam cawannya. Dia berjalan pantas ke sofa.

Matanya sempat menghantar isyarat pada Zaira yang berdiri disofa supaya tidak bersuara. Walaupun tidak mengerti kenapa, Zaira hanya turutkan sahaja. Dia tiada kuasa untuk bersuara.

"Akak tak nak pergi klinik ke?" Iskandar menegur Aryuni sedang dia duduk menyarung stoking dikaki.

"Akak pun nak gerak dah ni." Rengus Aryuni sebelum menolak kerusi kuat ke belakang tanda protes. Menghalau pula adiknya itu.

Aryuni bergerak ke pintu utama. Iskandar mengisyaratkan kepada Zaira supaya mengambil briefcasenya. Seperti tadi, dia masih terpinga-pinga akan tujuan Iskandar berkelakuan begitu. Namun dia ikutkan sahaja. Dia mengekor langkah Iskandar ke pintu rumah yang sudah dibuka oleh Aryuni.

"Kak Yuni jangan singgah rumah Is ye malam ni." Kata Iskandar.

"Kenapa pulak?" Aryuni menjegilkan biji mata.

"Malam ni Is ada plan dengan Zaira." Iskandar berpura-pura meleretkan senyum memandang wajah isterinya.

Tanda tanya dibenak Zaira makin bertimpa-timpa. Dia makin pelik dengan suaminya itu. Kenapa pulak dah ni?

Aryuni mencebikkan bibir. Matanya menjeling sekilas melihat senyuman mesra adiknya itu buat isterinya. Nampak bahagia sahaja adiknya itu. Mungkin benarlah tindakan umi dan papa menjodohkan mereka. Desisi hatinya dalam diam.

"Semalam kenapa kau tak balik?" Soal Aryuni keras bila teringatkan ketiadaan lelaki itu tadi. Mungkin adiknya itu sedang menipu. Hatinya masih sangsi.

"Er, malam tadi kitorang gaduh sikit." Iskandar tertunduk bila berkata begitu. Zaira pula semakin keliru.

"Sebab tulah Is nak pujuk balik isteri Is malam ni." Iskandar mengangkat wajah dan tersenyum. Spontan tangannya menarik bahu Zaira rapat pada tubuhnya. Pandangan penuh tanda tanya diwajah isterinya dibalas dengan senyuman yang melebar.

Aryuni yang memerhati dari tadi mula mengangguk. Rasa was-wasnya tadi semakin berlalu pergi melihat senyuman dibibir Iskandar. Dia berpuas hati dengan jawapan Iskandar.

"Jomlah kak. Is dah lambat sangat ni." Iskandar mengerling jam ditangan yang sudah terarah pukul 8.15 pagi. Lewatlah dia ke pejabat nanti ni.

Iskandar mencapai kasut kulit hitamnya didalam almari kasut. Dia menyarungnya pantas. Aryuni juga sudah berdiri diluar grille dengan handbagnya.

"Kunci rumah elok-elok." Pesan Iskandar semasa mengambil briefcase ditangan Zaira. Isterinya tu hanya mengangguk.

Iskandar menjeling sekilas pada Aryuni yang masih memerhati. Dia menghulurkan tangan kepada Zaira. Mahu memantapkan lagi lakonan yang sedang dimainkannya. Zaira teragak-agak mahu menyambut.

Iskandar menjegilkan anak mata menyuruh Zaira menyalami tangannya. Lambat-lambat Zaira bersalam dan tunduk mencium tangan suami dalam genggamannya itu. Hatinya berdebar kencang dengan sentuhan yang bermakna itu.

"Bye, assalamualaikum." Iskandar melambai selepas menarik grille rapat semula. Zaira hanya memandang dan mengangguk kecil melihat dua tubuh manusia itu berlalu ke lif.

Tangannya terketar-ketar mengunci pintu grille. Getaran didadanya yang kuat tadi semakin berkurangan sesudah mengunci pintu rumah. Dia menyandar pada pintu yang tertutup rapat itu. Tangan kanannya diletakkan didada kiri.

Kenapa suaminya itu bersikap pelik tadi? Apa yang dia cuba buat? Sentuhan tadi, tak pernah dia mencium tangan lelaki itu sejak bergelar isteri. Astarghfirullah al-azim. Perasaan Zaira semakin bertindih dengan kejadian-kejadian yang menimpanya. Apa tujuan lelaki itu sebenarnya? Dalam fikirannya terbayang peristiwa petang semalam. Sesak otaknya dengan pelbagai persoalan.

Dalam pada masa yang sama, hatinya benar-benar tersentuh dengan layanan Iskandar tadi terhadapnya. Mungkin benar Iskandar sudah membuka ruang buat dirinya? Terima kasih ya ALLAH atas rasa ini. Doa Zaira perlahan. Dadanya ditekan kuat. Benarkah perasaannya ini?

Bibir Zaira makin melebarkan senyuman dengan telahannya itu. Agak lama juga dia berdiri disitu baru dia tersedar kembali dari menungannya. Mungkin lelaki itu sudah mahu menerimanya sebagai isteri. Rasa syukur tidak terhingga terbit didalam dada walaupun semuanya berlaku tiba-tiba.

Zaira tersenyum riang dengan andaian yang melakar dibenaknya. Dia berjalan ke meja makan. Kerusi yang biasa diduduknya ditarik. Teko air yang masih panas diangkat dan dia menuang milo ke dalam cawan kosong. 

Zaira mengambil sekeping roti Gardenia didalam plastik. Dia mencelup roti yang dicarik ke dalam cawan sebelum menyuapkannya ke dalam mulut. Pagi itu terasa indah sekali membayangkan 'plan' yang disebut oleh suaminya tadi. Apa yang dirancangkan oleh suaminya itu ye? Benaknya mula membayangkan yang indah-indah antara dia dan Iskandar. Hari itu, senyumannya tak lekang dari bibir menanti kepulangan Iskandar dari kerja.

12 comments:

  1. hopefully is dpt terima zaira dlm hidupnya...
    sian nasib zaira jika is masih kekal ngan sikap lamanya... next n3 plzzzzz

    ReplyDelete
  2. best la novel nie...
    writer, boleh x kalau post entry tiap2 hari..
    suke la bace novel nie :)

    ReplyDelete
  3. waa....best...best..best..
    cepat sambung lagi...
    xsabar nak baca next entry...
    harap is akan cepat jatuh cinta dekat zaira..
    next!!!

    ReplyDelete
  4. btul3x... tak sabar rasanye nk tunggu episod setrusnya.. jatuh cinta hbis dah ngat citer ni.. kak rajin2 update ye kak... sygggggggggg aka..huhu ^_^

    ReplyDelete
  5. hope zaira x kan dikecewakan oleh is mlm nti..jgnn is suruh zaira berlakon bile ade family die sudah lah..sian sgt kt zaira..

    ReplyDelete
  6. @Aida Sherry: Yeah...xkan selamanya Zaira akan berduka? satu masa pasti ada sinar buat dia...trskan mengikuti..

    @Anonymous: thanks atas sokongan anda...sy akan cuba post entry scpt mngkin ok..

    @blinkalltheday: thank u sis krn sntiasa memberi komen utk entry2... apa sbnrnye rncangan is ye?? ish berdebar zaira tggu mlm ni..hehe..

    ReplyDelete
  7. apa ye iskandar nak buat?huhuhu jgn la marah. hurm rasa mcm boleh agak, grenti dia nak mtk zaira berlakon depan kakak dia nti ni. mesti zaira sedih n frust nanti ni...

    ReplyDelete
  8. Bdebar2 i nk tggu plan is haks

    ReplyDelete
  9. betul ckap yong jiao xiu tu.. bimbang klau2 is suruh zaira belakon dpn family je...
    sian kat zaira...
    writer bagi entry panjang2 sikit ye :)

    ReplyDelete
  10. Bila nak diterbitkan? Lama dah tungguu.... :(

    ReplyDelete
  11. biler nk kuar nie...xsabar..dah lama baca ½way nie..cepat cepat la kuar novel nie..pls...

    ReplyDelete