Sunday, October 2, 2011

Bahagia Bukan Milikku 13

BAB 13

"Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sepuluh tahun, tiga sebatan dan denda sebanyak RM6,000.00 ke atas tertuduh, Lim Tan Fok."

"Tokk! Tokk! Tokk!
"Mahkamah bersurai."

Sidang mahkamah mula hingar bingar selepas barisan para hakim melangkah keluar. Kedua-dua pihak yang berusaha untuk memenangi kes dalam pembicaran itu mula bersalaman. Iskandar menyambut ucapan tahniah kepadanya dengan senyuman.

Iskandar menarik nafas lega. Akhirnya Lim Tan Fok dijatuhkan juga hukuman. Langsung tidak diberi peluang oleh Hakim untuk membuat rayuan. Dia bersyukur sangat-sangat. Nasib mangsa kes tersebut akhirnya terbela. Alhamdulillah..

Iskandar mula menyusun kertas-kertas diatas meja lalu dimasukkan ke dalam briefcasenya. Ucapan tahniah yang diucapkan kepadanya dibalas dengan terima kasih dan senyuman manis. Dia masih leka semasa seorang gadis merapatinya.

Gadis cina yang sudah berdiri disebelahnya dipandang dengan senyuman.

"Tahniah." Tangan Iskandar bersatu dengan gadis cina tersebut. Gadis itu sudah basah wajahnya dengan air mata.

"Tahniah Puan Eng. Everything will be fine after this." Tangan Iskandar beralih pada wanita cina yang sebaya dengan uminya itu.

"Thank you Encik Iskandar." Puan Eng menepuk bahu Iskandar. Terharu dengan segala susah payah Iskandar yang telah membela anak perempuannya.

"Kemenangan akan sentiasa berpihak kepada yang benar." Puan Eng mengangguk setuju dengan kata-kata pembela anaknya itu.

"Thanks a lot Encik Is. I can't pay your kindness to me in this life." Suara Eng Xue Yun masih tersedu sedan dengan sisa tangisnya.

"It's nothing Xue Yun. Moreover, it's my responsibility. I hope you can move on with your life after this." Iskandar memberi kata-kata semangat pada gadis itu. Kasihan dia dengan gadis cina yang baru berusia 20-an itu. Mengalami nasib sebegitu pada usia yang masih mentah.

Eng Xue Yun menunduk. Ibunya yang sentiasa menemani disisi memaut erat bahunya. Kemudian mereka berbicara berdua dalam bahasa Mandarin. Mungkin Puan Eng sedang memujuk anaknya itu. Iskandar sekadar melemparkan senyum bila mereka memandangnya.

"Thanks again. I hope we can keep in touch with each other." Puan Eng memegang kejap bahu Iskandar. Wajahnya begitu berharap.

"Definitely yes madam." Iskandar memberi kepastian. Dia juga mengharapkan perkara yang sama. Puan Eng dan anaknya sudah tersenyum ceria.

"Come, let me send you home." Iskandar menjemput. Dia memang sentiasa menjaga hubungan baiknya dengan clientnya.

"No it's okay Encik Is. My brother waiting for us outside." Puan Eng menolak lembut. Terlalu banyak kebaikan Iskandar pada keluarganya. Tak terbalas rasanya budi pemuda Melayu itu.

"Kalau macam tu, saya balik dulu. Kita berhubung lagi nanti." Iskandar menarik briefcasnya yang tersandar dikerusi. Mereka berjalan seiringan keluar dari tempat bersidang.

Puan Eng sudah melambai pada adiknya yang menanti. Lelaki itu merapati mereka bertiga.

"Thanks Encik Is. My niece talked a lot about you." Lelaki itu berjabat mesra dengan peguam anak saudaranya itu. Iskandar menghadiahkan senyum.

"Nice to meet you sir." Iskandar sekadar merendahkan diri. Selepas seketika dia meminta diri untuk berlalu.

"Please take care of yourself Xue Yun." Iskandar mengingatkan gadis itu. Berharap kejadian itu tidak berlaku lagi. Eng Xue Yun mengangguk laju.

"Okay, bye. Take care." Iskandar melambai dan terus melangkah ke keretanya yang tersadai di parkir yang tersedia.

Didalam kereta, dia mengeluarkan handphonenya. Nama Izzat dicari. Dia mahu meraikan kejayaannya itu dengan sahabat baiknya itu. Handphone dilekapkan ke telinga menanti suara Izzat bergema dihujung sana.

"Izzat, buat apa tu?"

"Assalamualaikum.." Sindir Izzat. Terkejut juga diterjah terus begitu. Biasanya sahabatnya itu akan memberi salam terlebih dahulu. Pasti ada perkara penting yang hendak diberitahu.

"Waalaikumussalam. Hehe.." Iskandar sudah tersengih malu. Tangan kirinya yang bebas sudah mengurut belakang tengkuknya.

"Ada apa call aku ni sampai tak menyempat bagi salam?"

"Er, kau busy tak petang ni?"

Izzat memandang jam dilengannya. Baru pukul 3.00 petang. Masih ada dua jam sebelum habis waktu kerja. Mujurlah dia tiada kelas petang ni. Boleh juga menyiapkan kerja-kerja lain yang masih tergendala.

"Aku tak buat apa. Kenapa?" Izzat bersuara selepas lama mendiamkan diri.

"Keluar jom." Suara Iskandar kedengaran ceria.

"Erm, sekarang ke?" Kuat Izzat bertanya.

"Kau tak boleh keluar sekarang ke?"

"Tak boleh beb. Dua jam lagi. Aku dahlah takde kelas petang ni."

"Then jumpa pukul 5.00 petang nanti."

"Hah jumpa dekat PJ. Senang aku nak balik rumah nanti." Izzat membuat permintaan.

"Yelah. Okay bye. Salam." Iskadar menamatkan panggilan. Dia masih tersenyum. Tidak sabar mahu berkongsi cerita dengan kawannya itu.

Sekarang ni nak buat apa sementara tunggu Izzat ni? Lamalah pulak lagi nak pukul lima. Iskandar merungut didalam hati. Tangannya mengetuk-negtuk permukaan stereng kereta yang masih pegun disitu.

'Ah, alang-alang aku pergi lepak kat tempat Izzat jelah.' Iskandar mendapat ideal. Pantas handphonenya ditekan mahu menghantar message pada rakannya itu.

+ Aku lepak tempat kau. Nak ushar awek-awek UniKL :> +

Selepas menekan punat 'send', Iskandar mula meghidupkan enjin CRV. Kemudian dia terus memandu dari perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke Jalan Sultan Ismail.

Iskandar mengambil handphonenya yang berbunyi.

+ Ikut kaulah. Jangan nak mengushar sangat. Ingat sikit bini dekat rumah tu. +

Balasan message Izzat itu hanya mengundang ketawa kecil dibibir Iskandar. Terlayang wajah Zaira dimatanya. Apalah yang gadis itu sedang buat kini.

Dua puluh minit kemudian Iskandar sudah sampai diperkarangan bangunan UniKL yang tersergam megah. Dia membelok mahu mencari tempat parkir. Nasibnya baik bila jumpa satu parkir yang masih kosong. Tanpa membuang masa Iskandar memarkir disitu.

Enjin CRV masih belum dimatikan. Matanya meliar keluar memandang manusia-manusia yang berjalan ke sana sini dengan urusan masing-masing. Apabila matanya menangkap tubuh-tubuh genit perempuan, dia tersenyum kecil. Teringat message nakalnya tadi untuk Izzat. Iskandar tergeleng sendiri dengan kata-katanya itu.

Iskandar melepaskan nafas. Tidak tahu hendak buat apa sementara menunggu Izzat. Siaran radio ditukarnya. Mencari siaran Suria FM. Petang-petang begini lebih seronok melayan celoteh Linda Onn diudara.

Iskandar merendahkan baringan kerusinya. Berniat mahu memejamkan mata buat seketika. Masih ada sejam lebih. Dia memejamkan mata sambil menikmati alunan suara penyanyi Alyah yang sedang mendendangkan lagu hitnya, Kisah Hati.

++++++++++++++++++++

Iskandar terjaga apabila deringan handphonenya berbunyi lantang minta dijawab. Nama Izzat yang tertera membuatkan Iskandar pantas menekan butang hijau. Matanya ditenyeh dengan belakang tapak tangan.

"Hello." Iskandar menguap.

"Kau dekat mana?"

"Dalam kereta. Aku parking tepi belah kiri ni."

"Kau buat apa dalam kereta?" Izzat hairan.

"Hehe.. Terlelap pula." Iskandar menjawab selamba.

"Baguslah. Takdelah student-student aku ni jadi mangsa kau." Izzat terus ketawa selepas berkata begitu.

"Ceh." Iskandar mencebik. Macamlah dia tu tu teruk sangat sampai gadis-gadis UniKL ni akan jadi mangsa dia. Huh. Dengusnya geram.

"Cepatlah. Aku dah lama tunggu ni." Iskandar mengeraskan suara. Melampiaskan marahnya. Sekejap sahaja marahnya itu. Dia tahu Izzat sekadar bergurau.

"Okay, tunggu situ." Izzat sengih sebelum menekan butang merah. Kemudian dia mula berjalan laju mendapatkan Honda Civic Type R putih kesayangannya.

Iskandar menoleh apabila terdengar bunyi hon dibelakang. Izzat memberi isyarat supaya mengikutnya. Selepas Izzat berlalu, Iskandar mengundurkan kereta. CRVnya mula dipandu mengekor kereta sahabatnya itu.

Kereta sudah banyak berpusu-pusu diatas jalan raya memandangkan waktu pejabat sudah berlalu. Perlahan sahaja gerakan kereta yang dipandu oleh kedua-dua lelaki itu. Sekali-sekala mata mereka memandang ke kereta satu sama lain bagi memastikan mereka masih mengikut dan diikut.

Setengah jam kemudian mereka sudah tiba di Restoran Fendi Ikan Bakar di Kelana Jaya. Sengaja Izzat memilih restoran itu kerana dekat dengan rumahnya di kondominium D' Aman Crimson. Dalam lima belas minit sudah boleh sampai.

CRV hitam dan Honda Civic Type R putih sudah diparkir elok. Kedua-dua lelaki segak itu melangkah keluar dari perut kereta masing-masing.

"Pandai kau pilih tempat ni ye." Iskandar memerli sahabatnya itu yang memilih tempat 'baik' punya untuk mereka melepak.

"Mestilah, tengok kakilah bro." Izzat bangga diri. Kemudian meletus ketawa dari bibir mereka.

"Dahlah. Jom makan." Izzat menarik tubuh Iskandar masuk ke dalam restoran yang mula penuh dengan pelanggan.

Kedua-duanya mengambil tempat. Tdak lama kemudian datang seorang pelayan wanita datang mengambil pesanan. Wajah gadis itu kelihatan berpeluh-peluh. Mungkin penat dengan tugasnya.

"Bagi saya koktel mangga and set nasi putih + ikan siakap bakar." Iskandar membuat pesanan.

"Lawan tauke nampak?" Izzat menjungkit keningnya. Iskandar hanya buat tak tahu. Gadis pelayan yang memerhati hanya tersenyum kecil.

"Adik bagi abang bandung cincau. Lepas tu abang nak ikan pari ye dik. Buat sedap-sedap tau dik." Izzat mengenyit mata pada gadis itu. Malu-malu gadis itu mengangguk sebelum berlalu.

"Kau jangan nak jadi romeo sangat Zat." Iskandar menjeling. Izzat gelak kecil.

"So ni apa mimpi kau ajak aku makan ni?" Izzat mencari wajah Iskandar.

Iskandar mengeluarkan kotak rokok dari poketnya. Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak dan diselitkan antara bibirnya. Tangannya mula memetik lighter yang diacu pada muncung rokok. Perlahan-lahan asap kecil mula melayang ke udara. Iskandar menyedut dalam lagi.

Izzat yang melihat hanya menggeleng kecil. Sahabatnya itu mula merokok selepas setengah tahun bekerja di firma guaman itu. Iskandar memberi alasan dia tension dengan kerja yang melambak-lambak. Rokok yang dapat kurangkan kerunsingannya.

Mula-mula dulu, dia selalu juga menegur. Lama kelamaan dia jadi bosan. Dibiarkan sahaja lelaki itu dengan tabiat barunya. Iskandar langsung tidak pernah mendengar kata. Waktu belajar dulu tidak pula lelaki itu mahu merokok. Izzat masih memerhati tingkah Iskandar yang menghembus asap tar itu ke udara.

"Kau dah tempah batu nisan Is?" Izzat bertanya selamba.

"Woi, kau cakap apa ni?" Iskandar terjerit kecil. Terkejut dengan soalan tidak disangka-sangka dari bibir kawannya itu. Aku tak nak mati lagi woi.

"Kaulah. Bukan kau minta mati cepat sekarang ni? Batu nisan dah tempah ke? Kalau belum biar aku orderkan." Izzat masih beriak bersahaja.

"Apa kau ni bro. Bab-bab mati ni kau jangan buat main. Naik seram aku dengar." Iskandar membetulkan duduknya yang lemau bersandar tadi. Dia tegakkan badan diatas kerusi. Matanya tepat memandang Izzat.

"Tahu pun. Habis yang kau merokok tu tak seram pulak." Izzat menekan kata-katanya.

Iskandar diam tidak menjawab. Rokok dijarinya disedut dalam-dalam sebelum dihembus asapnya. Izzat mengipaskan tangan dihadapan mukanya. Tidak tahan dengan bau asap rokok yang menusuk lubang hidung.

"Nanti aku berhentilah." Mendatar suara Iskandar.

"Jangan nanti-nanti. Sampai bila kau punya nanti tu?" Izzat masih memberi nasihat. Iskandar mengangguk sahaja.

Perbualan mereka terganggu dengan kedatangan pelayan tadi menghantar minuman yang dipesan mereka. Iskandar lega. Sekurang-kurangnya Izzat tak dapat panjangkan lagi hal ini.

"Minum Zat. Hari ni aku belanja." Iskandar sengih. Mangkuk koktel mangga ditarik rapat ke arahnya.

"Mimpi apa kau belanja aku ni?" Soal Izzat sinis.

"Takde apa. Saja." Jawab Iskandar acuh tak acuh.

"Hurm?" Dahi Izzat berkerut. Tidak puas hati dengan jawapan sahabatnya itu.

"Tak.. Aku sebenarnya nak celebrate pasal aku menang kes ni." Iskandar mengunyah sambil bercakap.

"Oh really? Tahniah Is. Hebat jugak kau ni ye." Izzat memuji. Bibirnya mencicip minuman yang dipesannya.

"Hehe, tengoklah siapa. Iskandar Tuah." Iskandar menepuk dada. Izzat membalas dengan cebikan. Berlagak pula anak pakcik Habsyah ni. Gumam Izzat halus.

"Takdelah. Aku just nak celebrate je. Alhamdulillah kes tu selesai. Tertuduh kena penjara sepuluh tahun, denda and sebat." Bersemangat Iskandar bercerita.

"Dia memang patut kena semua tu." Izzat mencelah sekali-sekala. Selebihnya dia hanya mengangguk mendengar cerita Iskandar itu.

Tak lama kemudian, menu yang dipesan oleh mereka berdua pun sampai. Selepas membaca doa, Izzat dan Iskandar terus melantak dengan penuh selera. Sama-sama lapar kerana tengah hari tadi mereka sama-sama tidak makan tengah hari.

Sekali-sekala riuh mulut mereka bercerita. Entah macam mana topik perbualan mereka mula berkisar pada hal poltik negara. Masing-masing bersemangat mengemukakan pendapat sendiri. Sudah macam ahli DUN pula bersembang begitu.

Iskandar langsung terus melupakan Zaira. Izzat pula langsung tidak mengungkit. Sengaja memberi peluang kepada Iskandar menjadi Iskandar yang dulu. Sudah lama dia tidak melihat sahabatnya itu bersemangat semula.

Mungkin Iskandar terlalu memikirkan tentang permasalahan rumah tangganya. Izzat mengeluh kecil. Entah sampai bila sahabatnya itu akan berkeras begitu. Insya-ALLAH dia akan cuba menyedarkan Iskandar. Dia berharap sangat yang Iskandar akan menerima isterinya itu nanti seadanya.

Maghrib itu, mereka berjemaah bersama di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra. Selepas itu, masing-masing meminta diri untuk pulang. Mereka berpisah di parkir perkarangan masjid tersebut.

Iskandar merasa sedikit lega hari ini. Jiwanya seakan terlepas dari bebanan yang besar. Himpitan yang dirasakan didadanya sebelum ini seakan hilang bersama gelak ketawa yang terlepas dari bibirnya semasa bersama Izzat tadi.

Iskandar memandu pulang bersama kegembiraan diatas kejayaannya. Tiba-tiba fikirannya mula teringat pada isteri yang ditinggalkan seorang diri di kondonya itu. Memikirkan Zaira, terasa seperti ada tekanan yang menekan dikepala. Sakit kepa dibuatnya memikirkan hal rumah tangganya yang masih sirna. Iskandar mengeluh buat kesekian kalinya.

Adakah dia yang terlalu ego? Iskandar masih menimbang-nimbang dengan akalnya. Banyak suara yang bertikam dalam dirinya. Dia tidak tahu yang mana satu yang dia mahu ikut.

Sampai dirumah, dia menuju ke dapur ingin membasahkan tekak. Gelas yang digunakannya ditinggalkan begitu sahaja diatas meja kaunter. Kemudian dia melangkah longlai ke dalam kamar tidurnya. Matanya sekadar menjeling pada daun pintu bilik Zaira. Memandang pada cahaya yang kelihatan dari bawah pintu memberi jawapan pada dirinya yang Zaira ada didalamnya. Mungkin sedang bersolat ketika waktu ini.

Dia makin masak dengan tingkah isterinya itu sejak dia semakin kerap lekat dirumah. Usai solat Maghrib akan terdengar halus suara isterinya itu mengalunkan bacaan Yassin. Dia kagum dengan gadis itu. Bacaannya lancar walaupun tanpa senaskhah Yassin. Hati kecilnya sudah mula yakin yang Zaira bukanlah seperti yang disangkanya.

Namun, ditepis kasar suara yang terdetik dihati. Dia tidak mahu tersungkur dengan hati yang mula terusik dengan kehadiran gadis yang bernama Zaira itu. Cepat-cepat Iskandar berlalu ke bilik air. Tidak mahu terus terbawa dengan bisikan-bisikan yang makin menyesakkan dada.

Selepas Isyak, Iskandar langsung tidak keluar dari biliknya. Dia memerap didalam bilik bersama laptopnya. Kerja yang mahu dibuat tidak menjadi. Hatinya berperang dengan rasa egonya. Semuanya berkisar mengenai Zaira. Iskandar makin tidak tahan dengan mainan jiwanya.

Sudahnya, malam itu pukul 9.30 malam dia sudah berbungkus diatas katil. Mata dan mindanya dikerah supaya tidur. Kepenatan yang dirasakan pada tubuh badan membantu usahanya itu. Tidak sampai setengah jam, Iskandar sudah tertidur lena bersama dengkuran halus yang memecah kesunyian.

Zaira melangkah keluar dari biliknya selepas menunaikan solat Isyak. Matanya memandang pada bawah pintu bilik Iskandar. Masih gelap. Pasti belum balik lagi. Fikirnya. Zaira menuju ke dapur mahu memanaskan lauk-pauk masakannya tengah hari tadi.

Matanya menangkap pada gelas diatas meja. Kepalanya menoleh semula ke belakang. Encik Is sudah balik. Tidur awal benar dia malam ni? Tak nak makan ke? Benaknya berfikir.

Kakinya tetap dibawa ke dapur. Lauk-pauk tetap dipanaskan. Manalah tahu Iskandar akan bangun malam nanti untuk makan. Nanti mengamuk pula lelaki itu jika dia tidak panaskan lauk.

Zaira tidak berniat untuk makan malam. Perutnya masih kenyang. Tengah hari tadi dia makan agak lewat kerana leka membaca sebuah buku yang terdapat di rak didalam biliknya. Menarik sekali buku tersebut. Ada juga benda yang dia boleh buat setelah selesai melakukan rutin hariannya.

Sesudah menghidangkan lauk yang dipanaskannya diatas meja, Zaira menangkup tudung saji diatas meja. Matanya sekali lagi memandang ke laluan bilik. Mana tahu Iskandar melangkah keluar tiba-tiba.

Setelah pasti yang kelibat Iskandar tidak akan muncul, Zaira bergerak menutup suis lampu. Dia menuju ke bilik tidurnya mahu menghabiskan bacaannya yang tergendala tadi. Dunianya yang suram dilupakan buat sementara waktu saat novel Inggeris bertajuk Leap Of Faith karya Danielle Steel berada ditangannya.

Zaira terus leka dengan bacaannya. Tidak sedar yang waktu sudah menginjak ke tengah malam. Sedar-sedar jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam. Zaira menutup mulut yang menguap mengantuk. Suis lampu bilik dipadamkan. Esok sahaja dia sambung habiskan. Zaira tidur pulas selepas membaca doa tidur. Malam terus menganjak pagi bersama mimpi yang mengiringi tidur hamba ciptaan-Nya.

7 comments:

  1. found your blog! hehehe
    next...next...next....
    hehehe xcted ni.
    oh lembutkan hati iskandar tu...hope dia dpt npk zaira gan mata hati dia sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  2. tgk dah lama belog ni. dr april lagi rupanya. try type kat tenet cari tajuk novel ni tp yg kuar yg lain plk. thanks cz gtau belog add,. masa adden ckp ada blog,try google.sebab excited sgt nak tgk. cri tak jpa, ari ni tgk blk kot adden ada letak balik link blog adden. selamat ada.thanks again.

    ReplyDelete
  3. oh ya lupa nak cakap sirna tu maksud dia malap ;-)
    jd cikgu bm jap.

    ReplyDelete
  4. ada typo sikit lagi. Danielle Steel. sy pun minat baca novel danielle steel jgk sama la kita.
    sorry ye jgn marah sebab klo blh biar novel ni blh publish.

    ReplyDelete
  5. oh thanks miss Yong...
    btw mmg blog ni dah lama, cuma tak post psl BBM je...tq sebab berminat...
    about that sirna part, saya memang maksudkan dengan malap...nanti saya check blk manuskrip..
    actually BBM di ada dilamar penerbit utk publish..
    so saya sedang berusaha menyiapkan manuskrip..
    saya akan cuba betulkan manuskrip dr semasa ke semasa..
    and thank u again...
    pray 4 me ya... =)

    ReplyDelete
  6. Bila ya BBM nak diterbitkan? Dah lama tunggu ni.. :(

    ReplyDelete