Thursday, October 13, 2011

Bahagia Bukan Milikku 14

BAB 14

“Kau serius ke ni Is?” Izzat menyoal lagi untuk kepastian.

“Hurm.” Gumam Iskandar mengiakan jawapan. 

“Tak menyesal?” Iskandar menoleh ke sisi. Wajah Izzat dipandang tajam.

“Kau nak ke tak sebenarnya ni?” Soal Iskandar geram.

“Hehe.. It’s up to you Is.” Sengih Izzat sambil tergaru kepala. Masih musykil dengan sahabatnya yang seorang itu.

Terkejut juga dia tadi apabila dipelawa oleh Iskandar untuk bertandang ke rumahnya. Wajah lelaki itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Macam dipaksa sahaja berkeputusan begitu. Ya mungkin juga terpaksa. Agaknya Iskandar dah naik muak dengan permintaannya yang mahu diketemukan dengan Zaira. Fikir Izzat sendiri.

Mereka membisu sepanjang perjalanan ke Damansara Height. Iskandar memandu tanpa suara. Izzat tidak berani lagi hendak bertanya itu ini. Antara mereka ditemani suara penyanyi-penyanyi dan deejay radio yang berkumandang di radio sehinggalah mereka sampai diparkir kondominium mewah Desa Damansara.

“Jomlah, tak nak naik ke?” Soal Iskandar dingin apabila sudah keluar dari perut CR-V miliknya. Izzat terkulat-kulat membuka pintu.  Masih berbelah-bagi mahu mengikut Iskandar naik.

“Kau ni cepatlah jalan.” Iskandar berpusing sambil bercekak pinggang. Memarahi Izzat yang masih jauh lima langkah dibelakangnya. Dia sudah sedia menanti dipintu lif.

Izzat membesarkan bukaan kakinya mendapatkan Iskandar. Bibirnya tersengih sahaja tanpa kata. Mereka berdua menapak masuk ke dalam lif yang sedia terbuka. Iskandar menekan butang lif tingkat 10.

“Er, Is. Wife kau dah tahu ke aku nak datang ni?” Soal Izzat bila mereka berjalan keluar dari lif. Iskandar hanya menggeleng. Bertambah rasa tidak sedap hati.

Iskandar mengeluarkan kunci dari kocek seluarnya. Kunci manga dan grill sudah dibuka. Izzat yang memerhati menarik nafas dalam sebelum Iskandar memulas tombol pintu. 

“Masuklah.” Jemput Iskandar. 

Izzat mengangguk dan terus meliarkan anak mata ke seluruh rumah. Matanya sedang mencari figura gadis yang bernama Zaira. Jadi tidak sabar pula dia hendak melihat isteri rahsia kawannya itu. 

Iskandar juga meliar anak mata ke ruang tamu dan dapur. Zaira tiada disitu. Anak kunci rumah dan kereta diletakkan diatas meja makan. selepas itu dia menapak ke bilik yang didiami Zaira. Izzat sudah diarahkannya duduk diruang tamu.

Zaira terkejut ketika Iskandar menguak pintu biliknya. Bila masa lelaki itu balik langsung tidak sedar. Mujur dia sudah mengenakan baju selepas mandi tadi. Jika tidak, sia-sia jadi tatapan suaminya itu walaupun lelaki itu berhak.

Iskandar menutup daun pintu. Wajah Zaira kelihatan kaget. Timbul andaian negatif dibenaknya apabila Iskandar berbuat begitu. Dia menelan liur yang terasa kelat.

“Ada tetamu dekat luar. Pergi sediakan apa-apa yang patut.” Dingin suara Iskandar memberi arahan. Zaira mengangguk teragak-agak.

“Make sure kau tak tersalah panggil aku encik dekat luar. Just panggil aku Is. Nanti senyum je. Jangan cakap apa-apa kalau dia tanya apa-apa dengan kau.” Iskandar memberi peringatan. Zaira mengangguk lagi tanpa mengetahui motif Iskandar menyuruhnya berbuat begitu.

“Dah, cepat keluar.” Arah Iskandar. Zaira bangun dari silanya. Dia mengikut tubuh Iskandar yang sudah membuka daun pintu untuk keluar.

“Izzat, kenalkan Zaira.” Iskandar menegur Izzat yang sedang membelek majalah disofa. Izzat mengangkat wajah. Bibirnya tersenyum sebagai tanda pengenalan. 

“Hai, saya Izzat.” Izzat perkenalkan diri. Dia sudah berdiri menghulur tangan.

Zaira tundukkan sedikit kepala. Salam dari Izzat tidak disambutnya. Izzat yang memahami menjatuhkan tangan ke sisi.

‘Huh, pura-pura baik.’ Iskandar mengutuk didalam hati melihat perlakuan Zaira. 

“Duduklah Zat.” Iskandar menghalau hening yang bertandang. Zaira tertunduk sambil senyum kecil kepada Izzat sebelum berlalu ke dapur. Ekor mata Izzat tak lepas dari memerhati gerak geri isteri kawan baiknya itu.

"Weh, berapa umur bini kau tu?" Izzat menyiku Iskandar yang duduk disisinya disofa.

"Mana aku tahu." Iskandar menjungkit bahu. Matanya turut dileretkan memerhati Zaira yang bekerja didapur.

"Cantik bini kau bro." Izzat memuji. Iskandar mendengus kecil.

"Aku bet umur dia muda lagi. Mungkin 19 tahun." Teka Izzat.

Iskandar diam. Agak tepat tekaan sahabatnya itu. Masakan dia tidak tahu. Sewaktu urusan mahkamah dulu kad pengenalan Zaira berada ditangannya. Malah dia yang menguruskan membuat kad pengenalan dan surat lahir gadis itu. Sememangnya dia mengetahui umur isteri yang dinikahinya itu.

"Aku tanya ni kau dengar tak?" Izzat mencuit pinggang Iskandar membuatkan lelaki itu melatah kecil.

"Kau ni!" Marah Iskandar.

"Kau tu berangan apa? Bini dah depan mata yang nak mengelamun lagi kenapa?" Sengaja Izzat mengusik. Akibatnya, dia mendapat jelingan tajam dari anak mata Iskandar. Izzat tersenyum kecil.

"Jemput minum." Perbualan Izzat dan Iskandar terganggu dengan kedatangan Zaira bersama sedulang minuman ditangan. 

Penuh tertib Zaira menuang air Sunquick oren yang dibancuhnya ke dalam gelas. Satu untuk Iskandar dan satu untuk Izzat. Dalam tidak sedar, Izzat senyum melihat gelagat Iskandar yang memerhati tingkah laku Zaira itu.

"Minum dulu. Saya nak masak kejap dekat dapur." Zaira meminta diri. Izzat hanya mengangguk.

"Is, aku bagi  markah 10 per 10 dekat bini kau ni. Cantik, sopan, lemah-lembut. Cukup package sebagai isteri mithali. Apa lagi yang kau cari Is?" Izzat berkata perlahan.

"Kau tak kenal dia lagi Zat." Iskandar berkata sinis.

"Come on bro. Kau ni pesimis sangat. Kau sendiri pun tak kenal dia hundred percent lagi." Balas Izzat menyindir.

Iskandar mencapai gelas diatas meja kopi. Air Sunquick oren yang sejuk diteguknya rakus. Wajahnya nampak tenang, tapi mindanya keras memikirkan kata-kata Izzat itu.

“Cuba kau tengok tadi. Macam mana kau boleh kata dia tu pelacur sedangkan dengan aku tadi pun dia tak bersalam.” Izzat menuturkan fakta yang dilihat depan mata. Berbisik dia ditelinga Iskandar.

“Huh, perempuan tu pura-pura baiklah Zat.” Dengus Iskandar kasar.

Iskandar menafikan sekeras-kerasnya. Dia tahu kata-kata Izzat itu kemungkinan besar memang benar. Sudah terang lagi bersuluh, gadis itu mempunyai pelbagai bukti untuk menyangkal dakwaan dari mulutnya yang lancang itu.

Zaira masih perawan dan itu dibuktikan sendiri oleh kawan yang dipercayainya, Dr. Diana. Malah Zaira tidak tinggal solat dan saban waktu dia akan mendengar alunan bacaan Yassin dari bibir gadis itu. Semua itu mengukuhkan lagi kebenaran kata-kata Izzat.

Mujur sahaja dia tidak ceritakan segalanya pada Izzat. Jika tidak pasti lelaki itu akan mentertawakan dirinya yang cepat sangat membuat konklusi. Kewibawaannya sebagai seorang peguam dan egonya sebagai seorang lelaki pasti akan tercabar.

"Is.. Is.." Izzat menepuk perlahan bahu temannya itu. Iskandar menepis dengan mengangkat bahu.
 
“Look at her body Is.” Izzat mengerling ke dapur. 

“34-24-36.” Sambung Izzat sambil tersenyum penuh makna melihat tubuh Zaira dari jauh. Dia sengaja mahu mencabar hati Iskandar.

Namun usahanya hampa. Iskandar masih beriak selamba seperti tiada apa-apa. Takkan tak terdetik rasa cemburu langsung dihati lelaki itu bila dia buat begitu. Getus Izzat dalam hati.

“Family kau dengan Zaira macam mana?” Lama mereka terdiam sebelum Izzat bertanya semula. Iskandar terkedu mendengar soalan Izzat. Patutkah dia beritahu?

“Erm…” Iskandar teragak-agak. Izzat masih memandang wajah Iskandar disisinya. Menanti jawapan dari bibir lelaki itu.

“Sebenarnya adik-beradik aku tak tahu pasal aku kahwin ni.” Iskandar memilih untuk berterus-terang. Tak ada gunanya dia rahsiakan dari Izzat. Lambat laun Izzat akan mengetahuinya. 

Langkah selamat juga dia berterus-terang. Buatnya Izzat terjumpa dengan kakak kembarnya, dan bertanya pasal Zaira. Tak ke naya? Habislah rahsianya nanti.

“What?” Izzat terkejut. Naik satu oktaf nada suaranya.

“Serious Iskandar?” Izzat meminta kepastian.

Iskandar mengangguk lemah. “ Hanya umi, papa dan kau yang tahu pasal ni.”

Izzat menekup mulut tanda tidak percaya. What is going on with this guy huh? Bermacam-macam persoalan bermain dibenak Izzat.

“Kenapa kau rahsiakan dari diorang Is?” Izzat berbisik perlahan.

“Jom masuk bilik aku.” Iskandar bangun dan melangkah ke bilik tidurnya. Izzat bangun mengekor.

Zaira didapur agak kalut melihat tubuh dua jejaka tadi yang meninggalkan ruang tamu. Ke mana pula mereka mahu pergi? Dari tadi dia mengintai-ngintai kelibat dua lelaki itu dari dapur. Sakan berbisik entah apa.

Namun dia turut merasa lega. Dia jadi tak senang duduk tadi apabila terperasankan mata tetamu suaminya itu yang tak lepas melihat dirinya. Pandangan yang dihadiahkan seperti menelanjangkan dirinya. Dia benar-benar tidak selesa.

Zaira membalik-balikkan nugget ayam didalam kuali. Sikit sahaja lagi hendak masak. Nafas panjang disedutnya perlahan sebelum dihembus keluar.

“Apa maksud kau tadi Is?” Soal Izzat semula selepas Iskandar menekan tombol pintu biliknya. Iskandar mengambil tempat di meja kerjanya manakala Izzat menghenyakkan punggung di sofa panjang.

“Sebenarnya lepas je kes malam tu, aku dah tak jumpa mak ayah aku.” Izzat semakin terkejut dengan kenyataan itu. Biar benar?

“Kenapa pulak Zat? Takkan kau marahkan lagi mak ayah kau tu?” Izzat meninggikan suara.

“Look here Zat. It’s happen accidentally. It’s difficult to me to forgive them.” Iskandar meraup kepalanya kasar. Semakin rimas dengan asakan soalan dari mulut Izzat.

“Sampai bila pulak kau nak simpan bini kau macam ni?” Izzat mengerutkan dahi.

“Aku tak tahu. Aku takde jawapan untuk tu!” 

“Is, tak boleh ke kau let go benda yang dah lepas. Just live happily with Zaira.” 

“Kau tak faham Zat dan kau tak akan pernah faham. Try to put yourself in my shoes!” Bentak Iskandar bersama hentakan kecil pada meja.

Izzat terdiam. Iskandar juga membungkam. Membiarkan kedua-duanya melayan fikiran masing-masing. Mata Izzat merenung sahaja pada tubuh Iskandar. Lelaki itu sudah banyak berubah. Dia semakin lupa pada janjinya dulu.

"Cuba kau cakap dengan aku Is. Zaira tu tak cantik ke?" Soal Izzat.

"Eh Zat, aku malaslah cakap pasal dia. Just drop the subject.” Iskandar sudah berdiri. Mahu melarikan diri dari topik yang sedang dibincangkan.

"Kenapa keras sangat hati kau ni is? Apa yang berlainan sangat Zaira tu sampai kau langsung tak nak pandang dia?" Izzat tetap menggesa. 

"Ke kau ni ada problem batin?" Sengaja mencabar kelelakian kawannya itu.

"Eh, Zat. Kau ingat aku ni pelahap macam jantan-jantan kat luar sana tu? Main taram je jumpa perempuan mana-mana? Ingat aku takde taste ke?" Iskandar membentak geram.

"Kau nak cakap yang Zaira tu bukan taste kaulah?" 

"Aku bukan macam kaulah Zat. Kau tahu tak yang Zaira tu pelacur? Kau tahu tak pelacur tu apa? Aku tak hadap perempuan macam tu lah untuk berdamping dengan aku. Aku bukan macam kau, tibai makan je depan mata walaupun benda tu haram!" Iskandar menghambur marah.

Tersentap Izzat mendengar kata-kata Iskandar itu. Sudah lama mereka tidak mengungkit perkara itu. Kata-kata itu membuatkan memori lama mula terlayang dimata. 

Nafas Iskandar turun naik. Sakit hatinya diprovok begitu oleh kawan sendiri sampai dia tidak sedar mulutnya terlepas cakap mengenai perkara yang satu tu. Izzat sekadar mengeluh kecil.

"Aku tak maksudkan begitu." Tenang suara Izzat.

Iskandar terdiam melihat air muka Izzat yang sudah berubah. Walaupun suaranya tenang namun diwajahnya menggambarkan duka itu. 

'Ah kenapa aku boleh ungkit benda-benda yang dah lepas ni.' Iskandar serba salah. Baru tersedar atas kelancangan bicaranya.

"Kau kena ingat Is kenapa kau diuji macam ni. Itu bahagian kau, bahagian aku pun ada. Kita kena redha dengan kifarah yang ALLAH turunkan pada kita ni Is lepas apa yang kita dah buat dulu." Tenang Izzat berkata. Menghambat rasa pilu dijiwa atas kesilapan lampau.

Iskandar diam. Kelu untuk berkata lagi. Kedua-duanya membungkam. Mungkin sedang merenungi diri masing-masing. 

"Zat, kita tutuplah cerita pasal ni." Iskandar bersuara setelah sekian lama. Hatinya turut menyetujui kata-kata Izzat tadi. Mungkin ini balasan untuknya selepas apa yang dilakukannya dahulu.

"Takpelah Is. Aku balik dululah." Izzat bingkas bangun. Iskandar kaget.

“Eh Zat, kita makan dululah.” Izzat sudah menghilang disebalik pintu bilik tidurnya.

Zaira yang sedang menghidang dimeja makan terkejut melihat langkah longlai Izzat dari bilik Iskandar. Bertambah terpinga-pinga apabila Izzat berdiri merenung wajahnya.

“Saya balik dulu Zaira.” Izzat cuba mengukir senyum walau tampak hambar.

“Er, tak makan dulu?” Soal Zaira. Matanya memandang ke laluan bilik mencari kelibat Iskandar.
“Takpelah saya kena balik cepat ni. Ada hal.” Izzat menggoyangkan tapak tangannya tanda tidak mahu.

“Awak tolong tutup pintu ye. Kirim salam pada Iskandar.” Izzat sudah menyarungkan kasutnya.

Zaira mengangguk. Dia yang sedang berdiri dihadapan pintu menoleh ke belakang semula. Berharap yang Iskandar akan muncul untuk menahan tetamunya itu.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Zaira menutup grill dan pintu. 

‘Apa yang berlaku? Mungkin diorang bergaduh agaknya.’ Fikir Zaira sendiri. Dia menapak semula ke meja makan. Hidangan yang terdedah diatas meja ditudung dengan tudung saji.

“Kifarah.” Getus bibir skandar perlahan didalam bilik seorang diri. 

Sudah begitu lama perkara itu tidak diungkit antara mereka. Terbayang wajah sahabat mereka ketika belajar dulu, Dalton. Begitu banyak cerita lama yang tersingkap kembali. Iskandar mengeluh kecil. Dia menghadiahkan Al-Fatihah buat Dalton yang telah pergi.

Teringatkan Izzat yang datang bersamanya tadi, Iskandar cepat-cepat berlari keluar. Wajahnya kalut mencari kelibat Izzat di ruang rumahnya. Zaira turut pelik melihat suaminya begitu.

“Izzat mana?” Soal Iskandar resah.

“Dia dah balik.” Tanpa menunggu lama, Iskandar terus meluru ke pintu utama selepas mendengar jawapan Zaira.

Dia menyarung sandal yang terdampar diatas lantai dan terus berlari laju ke lif tanpa menutup pintu dan grill semula. Zaira yang terpinga-pinga berjalan ke muka pintu. Dia menarik grill rapat dan menunggu sahaja disitu. Kemungkinan besar Iskandar akan balik semula sebentar lagi.

Izzat sudah keluar dari perut lif. Baru dia teringat dia tidak membawa kereta ke sini. Dia mengeluh kecil. Dia termenung lama dikawasan parkir. Rasa bersalah pula bila memikirkan kejadian tadi. Dia tadi memang sengaja mahu mencabar Iskandar. Bukan apa, dia tidak mahu Iskandar terus menyalahkan umi dan papanya. Menyalahkan takdir atas apa yang berlaku.

Tidak sangka akibat keselambaannya tadi telah membuatkan lidah Iskandar tergelincir sebegitu. Menungannya membawa pada peristiwa sewaktu umurnya awal 20-an dulu. Masih jelas lagi kenangan yang cuba dilupakan oleh mereka berdua itu.

Izzat mengeluh kecil. Wajahnya diraup berkali-kali. Dia bangun dari duduk mencangkung tadi. Sudah berkira-kira mahu turun ke tingkat bawah dan mengambil teksi untuk pulang ke rumahnya. Langkahnya dibawa malas ke pintu lif.

“Ting!” Pintu lif terbuka. Wajah Izzat kaget sebentar. Iskandar dalam perut lif kaget dan kaku juga.

Izzat mengendurkan semula wajah tegangnya. Dia buat selamba dan terus masuk ke dalam perut lif. Iskandar disebelah menelan liur kelat. Tak tahu nak mulakan perbualan macam mana.

“Zat, aku hantar kau balik.” Iskandar terpaksa juga memulakannya. Sekali-sekala dia menjeling wajah Izzat dari sisi.

“Takpe, aku balik sendiri.” Dingin jawapan Izzat.

“Janganlah macam ni. Aku yang bawak kau datang sini. Biarlah aku yang hantar balik. Please..” Rayu Iskandar. Dia sudah berpaling mengadap batang tubuh kawannya itu.

“Tak payahlah Is.” Izzat masih menolak. Tidak sekalipun dia memandang pada wajah Iskandar.

Iskandar terdiam. Hujung bibirnya digigit perlahan. Memang Izzat terasa hati dengan kata-katanya tadi. 

“Zat, look. Aku minta maaf sangat pasal tadi. Aku tak sengaja. Aku tak berniat pun sebut pasal benda tu semua.” Iskandar mengalah akhirnya. Dia yang mulakan, dialah yang harus meminta maaf.

Tapi dia bukan sengaja. Salah Izzat juga yang memprovoknya tadi. Hati Iskandar membantah kecil. Wajah Izzat dipandang lama.

“Ting!” Pintu lif terbuka.

Izzat menonong keluar malas melayan Iskandar. Dia masih terkilan dengan perkara tadi.
“Zat, please Zat.” Iskandar memanggil dari belakang. Langkah Izzat dikejarnya untuk sama seiringan.

“Aku betul-betul minta maaf. Kita lupakan perkara tu okay?” Rayu Iskandar lagi.

Izzat menghentikan langkah tiba-tiba. Iskandar terlajak ke depan. Dia menapak semula dua tapak ke belakang mencari wajah Izzat.

“Aku tak nak cakap lagi pasal hal tu. Dahlah, kau pergilah naik. Aku boleh balik sendiri.” Wajah Izzat tegang menuturkannya.

“Zat…” Mendayu suara Iskandar. Makin serba salah jadinya.

“It’s okay Is. Kau naiklah.” Izzat menekan.

“Aku tak sukalah macam ni!” Iskandar membentak sedikit.

“Aku maafkan kau. Dahlah, tak payah cakap pasal ni lagi. Aku balik dulu Is. Jaga diri elok-elok.” Izzat tetap dengan keputusannya. Kakinya sudah mula melangkah pergi.

Iskandar memandang dengan wajah hampa. Untuk ditahan, dia tahu Izzat akan tetap berkeras dengan keputusannya. Langkah Izzat dipandang sepi sehinggalah tubuh lelaki itu hilang dalam perut teksi. Selepas itu Iskandar melangkah semula ke pintu lif untuk naik ke rumahnya.

Zaira yang dari tadi menanti didepan pintu terkejut melihat wajah mendung suaminya. Langkah kaki lelaki itu terus dibawa ke bilik tidurnya. Zaira mengunci semula pintu dan grill.

Zaira melepaskan nafas berat perlahan. Meja makan yang bertutup dipandang sepi. Siapa pula yang nak makan nugget yang digorengnya. Dia mengangkat tudung saji. Kerusi ditariknya perlahan dan dia duduk sambil terus merenung pada hidangan diatas meja.

Tidak lama selepas itu, dia mengambil seketul nugget dan menyumbatnya ke dalam mulut perlahan-lahan. Dari satu hingga ke dua dan seterusnya. Otaknya tetap bekerja keras memikirkan hal Iskandar dan Izzat tadi. Dia syak pasti ada kaitan dengan dirinya.

Zaira menggeleng tiba-tiba. “Hish merepek aku ni.”

Boleh pula dia fikir yang Izzat dan Iskandar merupakan pasangan kekasih. Izzat tinggalkan rumah tadi sebab marah dengan Iskandar yang dah berkahwin senyap-senyap. Mengarut betul fikirannya. Astargfirullah al-azim! Istirghfar Zaira perlahan.

Iskandar pula terus merebahkan tubuhnya diatas tilam selepas mengunci pintu biliknya. Kepalanya mula diasak dengan peristiwa lama yang dibangkitkannya tadi. Entah bila dia tertidur dengan kepala yang menyembam pada bantal.

1 comment:

  1. best!
    hurm kisah lama apa ya?
    kebal betul hati iskandar tu, tak terasa ke bila izzat sebut saiz body bini sendiri? siap la nanti kena jilat ludah sendiri bila dah falling in love gan zaira nti.

    ReplyDelete