Wednesday, October 19, 2011

Bahagia Bukan Milikku 15 & 16

BAB 15


Iskandar mengeluh berat. Sudah dua hari Izzat mendiamkan diri. Segala kiriman SMS dan panggilan yang dibuatnya langsung tidak dihiraukan oleh lelaki itu. Benar-benar makan hati lelaki itu dengan kata-katanya.


Konsentrasinya di pejabat terganggu dengan masalah yang timbul. Kenapalah hidup dia jadi kacau sebegitu. Semuanya bermula sebab Zaira! Tiba-tiba Iskandar menyalahkan gadis yang tidak berdosa itu.


Dia menarik kasar tie yang terikat dilehernya. Dengusan nafas kasar kedengaran berkali-kali keluar dari lubang hidungnya. Dia benar-benar rasa berserabut. Badan yang keletihan disandarkan pada kerusi pejabatnya. Matanya dipejamkan buat seketika mahu menghalau kekacauan hati supaya pergi walau buat seketika.


Sedang dia enak berehat, tiba-tiba kedengaran ketukan pada daun pintunya. Lemah sahaja Iskandar menyuruh masuk.


"Ada apa Syikin?" Soal Iskandar apabila kepala Asyikin sudah terjengul.


"Encik Is tak apa-apa ke? Saya mengganggu ke?" Soal Asyikin kebimbangan. Dia lihat wajah Iskandar benar-benar kusut dan berserabai.


"No it's okay. I'm fine." Iskandar menegakkan tubuhnya. Cuba meyakinkan gadis itu.
"So, anything?"


"Oh, this is from Mr. Khairil." Asyikin meletakkan sebuah fail diatas meja. Dahi Iskandar berkerut.


"Mr. Khairil cakap dia tak dapat nak handle kes ni. So dia minta saya tanya Encik Is samada Encik Is berminat tak nak takeover." Jelas Asyikin bersama segaris senyuman.


Iskandar mengambil fail tersebut lalu diselak-selaknya. Mencari profile penting kes tersebut sebelum dia membuat keputusan. Kalau kes berat malas pula dia mahu handle.


"Bukan kes ni dah tutup dua tahun lepas?" Soal Iskandar. Rasanya dia tak lupa pasal kes langgar lari ni.


"Family mangsa dah mohon buka balik. Diorang tak puas hati dengan keputusan hakim dulu." Iskandar mengangguk-angguk mendengar penjelasan Asyikin. Tangannya masih membelek fail ditangan.


"Kalau macam tu.... Saya ambil kes ni." Asyikin lega dengan keputusan peguam yang diseganinya itu. Sebenarnya dia sudah malas ditolak ke sana ke mari bagi mencari peguam yang bersetuju untuk ambil kes ini. Sudahlah keluarga mangsa mengharapkan pada bantuannya untuk mendapatkan khidmat guaman dari firma yang sama.


"Semua maklumat ada dalam fail tu. Mr. Khairil cakap kalau tak faham boleh tanya dia." Asyikin menyampaikan pesanan.


"Kenapa dia tak takeover je? Bukan dulu dia yang handle?"


"I don't know Encik Is. Family mangsa ni pelik sikit.  They are a little bit nasty. Dah kena tolak rayuan pun masih tak puas hati. Diorang bawak kes ni ke tribunal..." Asyikin tidak meneruskan kata bila melihat anggukan dikepala Iskandar yang mengerti.


Iskandar membawa tangannya ke mulut tanda berfikir. Lama dia diam sebelum bersuara. "Kalau macam tu takpelah. I'll handle this case."


"Thanks Encik Is. Anything you can ask me or Mr. Khairil." Asyikin tersenyum. Isyarat mata dari Iskandar meminta dia beredar difahami. Dia menundukkan sedikit kepala sebelum berlalu dari pejabat lelaki itu.


"One after another.." Iskandar melepaskan nafas beratnya. Kepalanya diraup ke belakang sekali.


Jam ditangan diteleknya. Baru pukul 2.40 petang. Balik awal lah hari ni. Tak larat nak duduk office ni lama-lama. Bisik Iskandar didalam hati. Gagang telefon diatas meja dicapai lalu dia menekan nombor sambungan Asyikin.


"Yes Encik Is?" Soal Asyikin.


"Puan Hanum ada lagi ke?" Soal Iskandar. Dia ingin berjumpa dengan majikannya itu untuk memohon balik awal.


"Dah balik dah." Beritahu Asyikin. Iskandar menghembus nafas. Puan Hanum takde, maknanya dia kena berjumpa dengan Mr. Francis lah.


"Mr. Francis?" Tanyanya lagi.


"Tak masuk office hari ni. Kenapa Encik Is?"


"Saya nak balik awal hari ni. Kepala berat sangat ni." Maklum Iskandar lemah.


"Oh, kalau macam tu saya maklumkan dekat kak Nida jelah." Asyikin berniat memberi bantuan.


"Hurm, awak tolong cakap ye. Thanks Syikin." Iskandar tersenyum ikhlas.


"Takde apalah Encik Is. Lagi pun Encik Is bukan pernah balik awal. Puan Hanum mesti tak cakap apa-apa punya." Asyikin turut tersenyum dihujung talian.


"Lagi pun saya rasa Encik Is memang patut berehat. Encik Is nampak kusut sangat." Tambah Asyikin tanda prihatin.


"Ketara sangat ke?" Soal Iskandar terkejut.


"Hurm." Asyikin mengangguk.


"Kerja banyak sangat Syikin. Okaylah, saya balik dulu. Anything urgent just calls me okay." Iskandar meminta pamit.


"I will. Rehat cukup-cukup okay Encik Is. Bye!" Ujar Asyikin beserta kuntuman senyum.


"Hurm." Gumam Iskandar sebelum meletakkan kembali gagang ditempatnya.


Dia mula mengemas meja yang berselerakan. Mood untuk bekerja sampai ke malam sudah tiada. Dia perlukan rehat sekarang ni.


Tie yang dirungkai tanpa menariknya keluar dibiarkan sahaja. Setelah berpuas hati dengan keadaan bilik, dia mengambil briefcasenya didalam laci. Kemudian dia melangkah keluar dari ruang tertutup pejabatnya.


"Awal balik hari ni Is?" Soal setiausaha majikannya, Hasnida yang kebetulan lalu dihadapan biliknya. Pasti wanita lewat 20-an itu sudah dimaklumkan oleh Asyikin.


"Hurm, penat sikit." Ucap Iskandar lemah sambil mengunci pintu bilik dari luar.


"You memang nampak berserabut sangat. Take a good rest Is." Kata Hasnida sebelum berlalu ke mejanya.


Iskandar sekadar mengangkat tangan pada pekerja-pekerja Messrs. Hanum, Francis & Co. yang melambainya. Agaknya mereka pelik dengan kepulangan awalnya ke rumah hari ini.


Kereta CR-V hitam mula dipandu laju keluar dari perkarangan bangunan firma guaman itu. Tiada tempat lain yang bermain difikrannya saat ini. Dia ingin ke UniKL mencari sahabatnya Izzat. Antara mereka harus diselesaikan segera.


Sedang dia memandu tiba-tiba handphonenya berdering nyaring minta diangkat. Siapa pula yang mengganggu dia tatkala ini. Iskandar membiarkan dulu. Sampai dilampu isyarat berwarna merah, Iskandar mencari handphonennya dalam beg sandang yang berada dikerusi belakang.


Iskandar mengeluh melihat skrin handphone yang tertera nama kak Yuni. Apa lagilah yang kakaknya yang seorang itu mahukan. Dengus Iskandar perlahan ketika ringtone handphonenya berkumandang sekali lagi. Dia menyambung handsfree yang tersangkut dicermin pandang belakang.


"Assalamualaikum." Sapa Iskandar.


"Waalaikumussalam." Ceria Aryuni menjawab.


"Ada apa kak?"


"Amboi, kau ni Is. Akak nak telefon sekarang ni dah tak boleh ke? Nak kena tunggu ada hal baru boleh telefon?" Aryuni menyindir pedas.


"Takdelah kak. Is busy ni." Alasan Iskandar hanya dibiar diangin lalu oleh Aryuni. Dia langsung tidak percaya.


"Kau ni bila nak balik rumah? Lama sangat kau takde." Aryuni ke tajuk asal tujuannya menelefon.


"Kenapanya?"


"Andrew rindu dekat kau." Spontan Iskandar tergelak dengan kata-kata kakaknya itu.
"Biarkanlah dia." Iskandar masih dengan sisa ketawanya.


"Susah betul cakap dengan kau ni dik. Kau baliklah minggu ni Is..." Aryuni merayu.


"Ke kak Yuni yang rindu dekat orang ni?" Iskandar bersuara mengusik. Dia ingin mengikut rentak kakaknya itu. Dapat juga dia melegakan tekanan dia buat seketika.


"Tak kuasalah akak." Aryuni mendengus. Hanya bergurau dengan adiknya itu.


"Eleh yelah tu." Iskandar sengetkan lagi bibirnya dengan senyuman mengejeknya.


"Kau balik tak? Akak nak ajak kau pergi satu tempat ni."


"Mana?"


"Adalah... Rahsia. Kau balik dulu baru kak Yuni cerita." Aryuni memberi kata dua. Ceh, macamlah aku nak tahu sangat. Desis hati Iskandar bersama cebikannya.


"Tengoklah dulu kak Yuni. Is tengah drive ni." Sengaja Iskandar membiarkan tanda tanya bermain dihati kakaknya itu. Rasakan.


"Janganlah macam tu Is.... Kau cakap je kau nak apa. Nanti akak belanja kau nak?" Aryuni tidak jemu memujuk. Cuba melobi adiknya pula.


"Menarik..." Komen Iskandar.


"Boleh ye? Bolehlah adik sayang...." Aryuni makin melunakkan suara. Dia perlukan sangat bantuan adik lelakinya itu.


“Kak ada polis ni. Letak dulu, bye!” Iskandar menekan butang merah. Sejurus selepas itu dia gelak sakan dalam kereta.


Agaknya kalau orang sebelah nampak dia, pasti kata dia gila. Ketawa seorang diri. Memang melucukan. Sengaja dia menamatkan panggilan tadi. Padahal tiada polis trafik pun yang menjaga lalu lintas.


Iskandar menukar laluan. Niatnya untuk ke UniKL dibatalkan dulu. Dia mahu pulang ke rumah. Mungkin malam nanti sahaja dia ke rumah Izzat untuk berjumpa lelaki itu. Dia masih senyum dengan gurauan yang dikenakan kepada kakaknya tadi.


Zaira baru selesai mandi. Tubuh yang kepenatan tadi terasa segar semula. Dia malas membawa pakaiannya bersama ke dalam bilik air. Lagi pun bukan ada sesiapa pun di rumah. Iskandar pasti akan pulang lewat lagi hari ni. Selama hampir dua bulan ni, belum pernah Iskandar ada di rumah waktu-watu begini pada hari bekerja.


Zaira mengelap rambut separas bahunya yang basah dengan tuala ditubuh. Tersingkap menampakkan pahanya saat dia menarik hujung tuala ke kepala. Zaira masih leka mengelap tubuhnya yang membelakangi pintu biliknya. Tidak risau langsung dia dengan sebarang kemungkinan yang tak dijangka.


"Ting!"


Iskandar menapak keluar dari pintu lif bila lif berhenti ditingkat sepuluh. Kunci rumah yang berada dalam poket seluar dikeluarkan sambil berjalan.


Dengan cermat Iskandar menarik pintu grille. Selepas menutup semula, tombol pintu kayu diacu pula dengan kunci. Hati-hati dia membuka tidak mahu menimbulkan sebarang bunyi. Niatnya mahu mengintip apa yang Zaira lakukan bila dia tiada di rumah.


Iskandar memerhati keadaan dalam rumah yang senyap sunyi. Mana Zaira? Detik hatinya. Kepalanya terjenguk ke ruang memasak melalui ruang kaunter. Zaira tiada juga disitu. Nak kata keluar rumah, tak pernah dia tinggalkan kunci rumah buat gadis itu. Mungkin ada dalam biliknya.


Dia meletak briefcasenya atas sofa. Peti TV yang gelap membuatkan dia berfikir seketika. Perempuan ni tak pernah tengok TV ke? Tak pun dia takut nak tengok sebab aku tak pernah cakap apa pun pasal TV. Hah, biarlah kalau dia fikir macam tu. Good for her. Iskandar senyum sendiri.


Malas memikirkan itu, dia berjalan ke laluan bilik tidur. Jasad Zaira mesti dicari. Entah-entah membongkang tidur petang-petang begini. Iskandar terus memulas tombol pintu seperti biasa. Tidak pernah dia mengetuk dahulu bilik isterinya itu.


Iskandar terpempan saat daun pintu dikuaknya. Batang tubuh Zaira dihadapannya membuatkan dia kaku seolah terbang nyawa dari tubuhnya. Berdetak-detuk debaran dijantungnya. Dia kelu untuk bersuara. Anak mata yang membulat terus dipaku pada Zaira.


Zaira juga maha terkejut bila tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar. Dengan masih dalam keadaan berkemban dia terus pusing menghadap muka pintu. Bertambah terkejut dia bila melihat batang tubuh Iskandar sedang berdiri terpacak merenungnya dengan pandangan yang sukar dimengertikan.


Saat dia berpusing tadi hampir terlucut tuala yang melekat pada tubuhnya akibat terkejut. Mujur sempat dia menarik semula. Dia tidak tahu apa yang Iskandar nampak. Zaira benar-benar kaku berdepan dengan Iskandar kini.


Kuasa apa yang merasuk, Iskandar bertindak berani menapak ke hadapan. Dia terpana dan terkesima melihat tubuh Zaira dalam keadaan mengghairahkan itu. Air liur yang tersekat dikerongkong ditelannya dalam-dalam.


'Gulp!' Kerongkong Zaira terasa kering. Tergamam dia bila Iskandar makin dekat dengan dirinya.


Jarak mereka semakin dekat. Zaira kaku. Tidak berani buat apa-apa. Samada mahu melarikan diri atau terus diam berdiri. Jika dia diam bererti dia menyerah. Wajahnya sudah berpeluh-peluh memikirkan segala kemungkinan yang bakal terjadi. Menggeletar rasa tubuhnya.


Iskandar tidak membuang pandang langsung ke lain. Anak matanya tajam dan galak menikam anak mata Zaira. Bisikan-bisikan kecil dalam hatinya yang membantah dengan tindakan luar kawalnya ditepis pergi. Yang terbayang dimindanya kini tubuh Zaira disebalik tuala singkatnya itu.


Zaira mengetatkan pegangannya pada kain tualanya. Walaupun takut, anak matanya seperti dikuasai dengan renungan tajam Iskandar. Dia tidak mampu mengalihkan pandangan dari pandangan suaminya itu. Jantungnya bertambah laju mengepam darah.


Ya ALLAH selamatkan aku. Hanya kalimah itu yang menerpa minda. Walaupun dia tahu Iskandar berhak ke atasnya, tapi dia takut. Dia benar-benar takut kini apabila jarak tubuh mereka hanya tinggal setapak sahaja lagi.


Iskandar mengangkat tangan kanannya ingin menyentuh pipi Zaira. Degupan jantung Zaira semakin kuat memalu. Berdebar-debar dan kakinya terasa lemah untuk melarikan diri. Hampir sahaja hujung jari Iskandar pada pipinya, cepat-cepat Zaira memejamkan mata. Kepalanya dilarikan sedikit kebelakang. Dia benar-benar gerun.


Jari kasar Iskandar terus mendarat pada pipi isterinya. Halus dan lembut dirasakan pipi gadis itu. Walaupun dia nampak wajah ketakutan Zaira, tapi naluri lelakinya tetap memberontak ingin meneruskan niatnya.


Zaira tidak berani membuka mata apabila merasa jari-jari kasar Iskandar bermain dipipinya. Tangan itu semakin berani beralih pada bahagian tengkuknya. Tubuh Zaira semakin kuat rasa seram sejuk. Mata Zaira terjegil apabila terasa ada tangan memaut pinggangnya. Dia terkejut apabila tubuhnya dengan tubuh Iskandar sudah melekap. Lemah lututnya saat itu.


Iskandar dapat merasa gigilan pada tubuh Zaira. Saat dia menarik tubuh giur sterinya itu rapat padanya, dia dapat rasa tubuh gadis itu memberat. Mujur sahaja tangannya kuat memaut, jka tidak pasti Zaira sudah terjelopok diatas lantai.


Dengusan nafas panas Iskandar menampar wajah Zaira yang berpeluh. Wajah Zaira benar-benar pucat saat ini. Iskandar masih merenung tajam pada anak matanya. Dan dia tiada kekuatan untuk melarikan mata dari panahan berahi suaminya itu.


Tangan Iskandar semakin berani menjalar apabila langsung tiada tolakan dari Zaira. Dia menyentuh leher jinjang Zaira dengan sepenuh jari tangan kanannya. Cuba menarik wajah Zaira dekat dengan wajahnya.


Sebelah tangan Zaira memegang erat tualanya yang terikat. Yang sebelah lagi melekat pada dada suaminya. Akibat sentuhan Iskandar pada lehernya, dia spontan memegang tangan kanan Iskandar. Cuba menahan tindakan lelaki itu. Dia tidak sanggup menyerahkan diri begitu sahaja pada lelaki yang mengahwininya tanpa rela. Zaira menggeleng laju.


Riak wajah Iskandar berubah. Membengis mukanya apabila mendapat halangan begitu. Iskandar mendengus kasar. Dia tidak peduli. Apa-apa pun hajatnya mesti ditunaikan. Dia tidak tahu kenapa terlalu meluap-luap keinginan batinnya tika ini.


Kasar Iskandar menarik leher Zaira sehingga membuatkan bibir mereka bertemu. Iskandar mengambil kesempatan itu untuk terus mengucup bibir mungil isterinya walaupun Zaira cuba menjarakkan wajah.


Zaira semakin rimas bila bibirnya dicium kasar oleh suaminya. Dia cuba menolak dan melarikan wajah. Namun tangan Iskandar dibelakang tengkuknya menghalang. Saat itu, Zaira mula terbayangkan wajah Fadhli yang cuba membuat dajal kepadanya dulu.


Zaira meronta. Semakin lama semakin kuat sehingga cantuman bibir mereka terlepas. Iskandar mendengus marah. Dia menarik makin kuat tubuh Zaira rapat padanya. Belakang kepala Zaira dipaut dengan kedua-dua tangannya. Bibir mereka bercantum sekali lagi dengan rakus.


Hati Iskandar makin membuak-buak ingin bersama. Dia jadi marah apabila Zaira mengelak tadi. Tercabar rasa ego lelakinya bila ditolak begitu. Itu yang membuatkan Iskandar langsung tidak bersimpati dengan Zaira.


"Encik tolong.." Nafas Zaira mencungap. Dia cuba bercakap bila bibir mereka terlepas. Iskandar tidak membalas. Dia merapatkan semula wajah mereka. Tidak mahu memberi peluang pada Zaira untuk berkata-kata.


Zaira kelemasan. Sebelah tangan yang bebas diguna untuk menolak dada bidang Iskandar. Lelaki itu semakin berang bila Zaira buat begitu. Dengan bengis dia menolak Zaira rapat hingga ke dinding. Sakit kepala dengan hentakan kecil itu menyebabkan air matanya bergenang.


Dengusan nafas Iskandar makin kasar. Dia benar-benar dikuasai nafsu. Air mata Zaira tumpah. Dia tidak sanggup diperlakukan begitu oleh suami sendiri. Iskandar tanpa belas kasihan membenamkan bibirnya pula pada leher Zaira yang terdedah.


Zaira terjerit kecil. Laju air matanya mengalir dipipi. Demi ALLAH dia tidak rela Iskandar menuntut haknya tanpa kerelaannya. Minda Zaira semakin bertindih dengan bayangan Fadhli.


Zaira semakin lemah dalam pelukan kejap suami sendiri. Dia tidak rela. Bayangan kejadian dengan Fadhli dulu bertindih dalam kepala. Sungguh, dia tidak sanggup menjadi habuan lelaki-lelaki keji seperti Fadhli. Sekuat tenaga dia menolak kepala Iskandar menjauh.


Zaira jadi kelam kabut. Dimatanya kini bukan wajah suaminya tetapi wajah Fadhli yang menyeringai galak penuh nafsu. Zaira tergeleng-geleng dengan air mata yang semakin lebat.


Iskandar mendengus lagi. Kali ini dia menangkap pergelangan tangan Zaira. Sentuhan tangan Iskandar membuatkan Zaira hilang kawalan diri.


“Lepaskan Zaira bang.” Zaira menarik tangannya kuat. Dia terduduk memperosokkan diri diceruk dinding.


“Tolong jangan apa-apakan Zaira abang Fadhli.” Zaira semakin kuat merayu. Tangannya memaut rapat kakinya yang terdedah.


Kata-kata dari mulut Zaira itu membuatkan Iskandar terhenti. Dia tidak jadi meneruskan niatnya tatkala nama Fadhli meniti dibibir Zaira. Otaknya mencerna kembali nama itu. Dia ingat kini nama itu yang pernah disebut oleh isterinya. Nama yang disebut dalam igauan mimpi buruk isterinya.


Kini dia mula nampak dengan jelas wajah ketakutan isterinya itu. Iskandar beristighfar kecil. Bagaimana dia boleh hilang kewarasan tadi? Iskandar mula simpati melihat wajah Zaira yang ketakutan memandangnya. Nafsu yang merajai hati lenyap begitu sahaja.


Dia cuba mendekat untuk menenangkan gadis itu. Bukan niat dia hendak memperlakukan Zaira sebegitu. Dia tidak tahu kenapa keinginannya memberontak kuat tadi apabila melihat keadaan Zaira yang menggoyah imannya.


Iskandar melingas pandangan ke sekeliling bilik. Tatkala ternampak sehelai selimut yang terletak elok diatas bantal dan toto, Iskandar mengambilnya. Kemudian dia bergerak mendekati Zaira kembali.


Zaira merapatkan lagi dirinya pada dinding. Dia masih ketakutan melihat Iskandar cuba dekat dengannya. Iskandar membalut tubuh Zaira dengan selimut ditangannya. Esakan Zaira berlagu-lagu. Kehairanan melihat riak wajah suaminya yang mula kendur.


Iskandar bertinggung dihadapan Zaira. Air mata masih bersisa pada pipi Zaira. Bayangan Fadhli makin hilang dari pandangan mata. Dihadapannya kini dia lihat wajah penuh penyesalan suaminya. Zaira menarik rapat selimut supaya kemas menutup tubuhnya.


‘Maafkan aku.’ Kata-kata itu hanya bergema dalam hati. Rasa malu yang mula menapak dihati membuatkan dia pantas bangun berdiri dan meninggalkan Zaira menenangkan diri. Kakinya terus menapak ke bilik tidurnya dan terus masuk ke dalam bilik air. Air pili dipasang kuat. Kasar tangannya membasahkan wajahnya. Berkali-kali dia menekap air ke wajahnya. Hatinya beristighfar. Menyesal atas keterlanjurannya tadi.


‘Kenapa aku boleh buat macam tu? Kau sedar tak Is yang perempuan tu pelacur? Pelacur!’ Ego yang membelit jiwa menyuarakan kata. Perasaan malu, tercabar, cemburu dan macam-macam lagi mengetuk tangkai hati. Pening kepalany. Dia merenung lama wajahnya yang terbias didalam cermin bilik air.


“Arggghh!” Iskandar terjerit kecil melepaskan tekanannya.


+++++++++++++++++++++++++++++++


Zaira masih mematung didalam biliknya. Sejurus sahaja Iskandar keluar dari bilik tadi, dia terus mengunci pintu bilik. Tergesa-gesa dia mengenakan pakaian pada tubuhnya. Dia benar-benar takut andai Iskandar berpatah balik.


Selesai Iskandar mandi dan bersolat, dia mengenakan sehelai t-shirt lengan panjang kelabu dan jeans biru pada tubuhnya. Selesai mengemaskan diri, dia memulas tombol pintu biliknya. Langkah kaki terhenti. Lama dia berdiri dihadapan pintu biliknya termenung dengan memandang pada daun pintu bilik Zaira.


Dia pasti gadis itu masih dalam keadaan ketakutan didalam sana. Iskandar menyusun langkah ke ruang tamu. Kunci kereta dan rumah yang ditinggalkan diatas sofa dengan briefcasenya tadi diambilnya. Tangannya menimbang-nimbang kunci tersebut. Masih berfikir samada mahu menjenguk Zaira atau tinggalkan begitu sahaja.


“Ahh..” Nafas berat dilepaskan. Iskandar berjalan ke pintu rumah dengan keputusan yang sudah dibuat. Biarkan sahaja Zaira reda dulu. Pintu rumah dan grille dikuncinya rapi demi keselamatan isterinya itu. Terdetik juga perkara itu dalam jiwanya.


Iskandar melarikan CR-V Facelift diatas jalan raya meninggalkan kawasan kondominiumnya. Dia tidak tahu ke mana harus membawa diri. Dia benar-benar buntu. Tertekan memikirkan bnyak perkara. Dan semuanya banyk berkaitan dengan Zaira.


Iskandar menumbuk kasar stereng keretanya. Dia benci dengan keadaan dirinya itu. Dia perlukan seseorang saat ini untuk meluahkan rasa. Sudahlah hubungannya dengan Izzat pincang sekarang ni, dengan siapalah dia hendak mengadu.


CR-V dipandu laju diatas jalan raya yang masih lengang. Masih belum habis waktu pejabat, memanglah.  Iskandar semakin kebuntuan. Selepas menimbang, dia berpatah balik melalui jalan yang dilaluinya tadi. Dia ingin ke Kelana Jaya. Hanya itu saja tempat terbaik hendak dituju walaupun sahabatnya itu masih tiada tanda-tanda memaafkan dirinya.


Selepas sahaja memarkir kereta di parker pelawat di kondominium D’ Aman Crimson, Iskandar terus naik ke tingkat tujuh bangunan kondo tersebut. Dia tahu Izzat masih belum pulang waktu ini. Biarlah dia menunggu sahaja didepan rumah lelaki itu memandangkan lelaki itu masih mengelak untuk berjumpanya.


Zaira masih tertoleh-toleh pada daun pintu kamarnya. Dia menyorokkan diri ditepi meja belajar yang terdapat didalam bilik itu. Lututnya dipaut rapat ke dada. Dia masih ketakutan. Matanya sentiasa mengawasi daun pintu bimbang terbuka dari luar.


Lama Zaira berkeadaan begitu. Iskandar langsung tidak menceroboh ke biliknya. Mungkin Iskandar tidak sedar tadi. Mungkin lelaki itu tidak berniat begitu padanya tadi. Semua ni salah dia sendiri. Kalau dia memakai pakaian didalam bilik air tadi pasti perkara ini tak terjadi. Dia memarahi dirinya didalam hati.


Sumpah, lepas ni dia takkan sesekali berkemban begitu di dalam rumah yang dihuninya berdua dengan suaminya itu. Dia tidak mahu kejadian tadi berulang lagi. Zaira duduk bersila. Naik lenguh tubuhnya yang mengerengkot bagai udang bakar sedari tadi. Dia terasa selamat kerana dari tadi Iskandar tidak langsung mencuba memulas tombol pintu bilik yang dikuncinya dari dalam.


Zaira menundukkan wajah. Cuba melupakan peristiwa ngeri yang dilaluinya sejak dulu. Tapi dia tidak mampu. Semua itu berlegar bebas diruang mindanya. Ya ALLAH kalaulah aku boleh lupakan semua ni. Rintih Zaira perlahan. Dia menarik semula lututnya rapat ke dada. Saat ini dia teringat peristiwa di rumah tumpangan di Lorong Changkat yang dihuninya dulu. Kejadian tadi seperti berulang seperti yang pernah dilaluinya dulu.


Bezanya peristiwa itu tidak jadi padanya. Dia cuma menjadi saksi yang tak mampu memberi pertolongan.


“Tolonglah lepaskan saya abang Rostam.” Zafirah merayu abang iparnya itu supaya melepaskan dirinya.


“Kau diam!” Rostam menempik dengan wajah bengis. Dia menarik pergelangan tangan adik iparnya itu dengan kuat.


“Tolong mak Zaira. Tolong saya kak..” Air mata Zafirah berjuraian laju memandang wajah kakaknya Zaleha yang terjelopok dan anaknya Zaira disudut dinding.


Zaleha hanya menggeleng. Dia tidak mampu buat apa-apa. Tubuhnya sakit-sakit disepak terajang oleh Rostam tadi semasa dia cuba menyelamatkan Zafirah dan Zaira. Zaira disisinya hanya menangis kuat. Sedih melihat keadaan ibunya dan makciknya yang dikasari oleh pakciknya.


“Lepaskan saya!” Zafirah masih cuba melepaskan diri. Dia terduduk melawan daya tarikan dari tangan Rostam. Dia tidak rela diperlakukan begitu.


“Hei, kenapa kau ni tak faham bahasa sangat hah?” Suara Rostam kuat menengking. Tangannya kuat mendarat pada pipi kanan Zafirah. Sakit hatinya bila adik iparnya itu melawan begitu sekali.


Zafirah terjelopok ke lantai akibat tamparan itu. Dia meraung-raung meminta tolong. Tangannya menggawang ke arah Zaleha dan Zaira.


“Tolong saya kak…” Rintih Zafirah lagi. Zaira yang melihat hanya mampu menangis. Dia tidak mampu menolong ibunya itu. Dengan tubuh kecilnya apalah yang dia boleh buat. Hendak melawan tubuh pakciknya yang empat kali ganda lebih besar darinya.


Mujurlah Zaleha melindungi tubuhnya tadi saat pakcik Rostam mahu memukulnya. Akibatnya Zaleha yang menjadi habuan sepakan kaki pakcik rostam. Gerun dia melihat keadaan itu. Wajah sedih ibunya dipandang penuh simpati.


“Ikut aku. Lepas ni kau akan jadi kaya kau tahu tak!” Rostam menarik sekali lagi tangan Zafirah. Tarikan kali ini berjaya mendorong tubuh Zafirah mengikut gerakannya.


Zafirah sudah lemah. Dia tidak mampu melawan lagi kudrat Rostam. Tubuhnya diseret oleh Rostam melalui daun pintu yang terbuka luas.


“Korang tengok apa?” Rostam menjerkah penghuni dan pengunjung rumah tumpangan itu yang sedang berkerumun memerhati drama keluarganya itu.


Ada yang hanya berbalut tuala, ada yang hanya berboxer dan ada yang hanya bertutup dengan gebar. Mereka hanya memandang tanpa melakukan apa-apa. Tiada seorang pun yang sudi menghulurkan tangan untuk membantu wanita malang yang diheret oleh lelaki bernama Rostam itu.


Siapa yang berani dengan Rostam? Siapa yang tak kenal dengan lelaki bengis itu? Semua warga kota mengenali Rostam yang menguasai Lorong Changkat yang penuh dengan debu-debu kotor itu.


Rostam menarik tubuh Zafirah ke sebuah bilik yang sudah ditunggu seorang lelaki bermisai dimuka pintu. Lelaki tersebut sudah tersengih-sengih menanti habuannya yang dibawa oleh bapak ayam bernama Rostam itu.


“Kau buatlah apa yang patut.” Rostam melepaskan tangan Zafirah yang terduduk dilantai. Air mata masih tidak kering dari pipinya. Apalah nasibnya selepas ini ditangan lelaki bermisai dan berperut boroi dihadapannya itu.


Lelaki itu menyerahkan satu sampul ke tangan Rostam. “Ni habuan kau.” Katanya sambil menyeringai sengih. Rostam makin lebar tersenyum menerima sampul berisi itu.


“Aku chow dulu.” Rostam mengerling sekilas wajah tidak bermaya adik iparnya. Selepas itu dia menghadiahkan pandangan penuh bermakna pada lelaki bermisai tadi. Perut boroi lelaki itu ditepuk sebelum dia melangkah pergi dari situ.


Lelaki bermisai itu mencangkung. Bahu Zafirah yang terduduk dipautnya supaya berdiri. Zafirah menggeleng. Tidak sanggup menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu.


“Tolong lepaskan saya.” Rayu Zafirah dengan wajah basah.


“Jangan risau sayang, malam ni kita akan berseronok.” Lelaki bermisai itu menjilat bibir. Tubuh Zafirah ditariknya untuk masuk ke bilik yang ditempahnya.


Di muka pintu bilik satu lagi, Zaira terpaku melihat tubuh ibunya yang ditarik oleh lelaki tidak dikenali.


“Makkkkk!” Mulutnya menjerit memanggil emaknya. Zafirah sempat menoleh memandang sayu wajah anaknya sebelum dia hilang disebalik pintu neraka itu.


Orang ramai yang memerhati dari tadi mula masuk ke bilik masing-masing. Mereka  memandang simpati tubuh kecil Zaira yang menangis hiba dihadapan pintu. Namun apa yang mereka boleh buat? Mereka meneruskan kerja mereka dan meninggalkan Zaira yang masih meraung dilorong bilik-bilik tumpangan gelap dan suram itu.


Air mata Zaira mengalir lebat dari tubir matanya. Bayangan peristiwa lama cuba ditepis pergi dari fikirannya. Dia mengesat-ngesat hidungnya yang berair dengan hujung baju lengan panjang yang dipakainya. Ya ALLAH hilangkanlah penderitaanku ini. Doanya didalam hati bersama sendu yang dalam.


++++++++++++++++++++++++++++++

BAB 16


Izzat terkejut sesampai sahaja dia didepan pintu rumahnya. Tubuh Iskandar menyandar ke dinding sambil berpeluk tubuh dan memejamkan mata. Tertanya-tanya hati Izzat dengan kedatangan lelaki itu. Dia memerhatikan seketika tubuh tegak Iskandar. Kelesuan yang terbias menggambarkan betapa lelaki itu dalam keadaan yang sangat kusut.


‘Sampai ke rumah dia cari aku.’ Desis hati Izzat.


“Eherm..” Izzat berdehem kecil ingin menyedarkan Iskandar yang mungkin lena dalam keadaan begitu.


Iskandar membuka mata. Melihat Izzat didepan mata, dia terus menegakkan badan. Senyuman cuba dipamerkan buat temannya itu. Izzat hanya merenung tanpa membalas kembali senyuman Iskandar.


“Lama kau sampai?” Soal Izzat berbasi-basi. Dia sebenarnya sudah lupakan perkara dua hari lepas.


“Tak juga.” Iskandar meraup wajahnya ke belakang.


“Jomlah masuk.” Pelawa Izzat. Tangannya sudah mencucuh anak kunci pada pintu grille. Selepas itu pintu kayu berukir itu pula. Dikuak seluasnya.


Iskandar mengekor langkah kaki Izzat ke dalam rumah. Dia dijemput duduk di sofa kelabu diruang tamu, sementara menanti Izzat yang ke bilik tidurnya.


Izzat terus menuju ke dapur selepas keluar dari biliknya. Peti ais dibuka. Dia mengambil dua tin minuman sejuk dan dibawa ke ruang tamu untuk tetamunya itu.


“Nah.” Izzat menghulur satu tin minuman kepada Iskandar. Lelaki itu mengambilnya. Izzat mengambil tempat pada sofa satu tempat duduk. Tin minuman dibuka lalu diteguknya. Iskandar turut meneguk minuman ditangannya.


Izzat menekan butang Power pada remote control TV. Suasana sepi antara mereka tadi mula riuh dengan suara-suara dari peti TV. Mereka berdiam buat seketika. Masing-masing sedang menyusun ayat untuk memulakan bicara.


“Kau...” Serentak mereka bersuara dan serentak juga mereka terdiam. Masing-masing mahu memberi laluan untuk mulakan kata. Mereka tergelak kecil dalam duduk bertolak-tolak itu.


“Kau sihat?” Izzat akhirnya mengalah.


“Alhamdulillah. Kau?” Balas Iskandar. Masih dalam senyuman. Izzat hanya mengangguk.


“Tapi aku tengok kau ni macam tak sihat je?” Izzat cuba merancakkan keadaan yang terasa janggal antara mereka.


“Hurm, macam ni jelah aku ni Zat. Takde apa yang berubah. Cuma aku stress sikit.” Lemah Iskandar bersuara. Jelas benar tekanan yang dialami dari nada suaranya itu. Lemau sahaja.
Izzat meneguk lagi minumannya. Mereka diam sekali lagi. Melayan fikiran masing-masing.


“Zat, pasal haritu. Aku betul-betul minta maaf.” Iskandar merenung lama wajah tampan temannya.


“Is, aku tak marah. Dahlah. Kita lupakan jelah pasal tu. Tak perlu nak diungkitkan lagi.” Izzat tenang membalas. Dia memang maksudkan kata-katanya itu. Haritu dia cuma terkilan dengan kata-kata Iskandar.


“Kalaulah kita dapat putarkan masa Zat...” Terdengar bunyi keluhan dari bibir Iskandar. Matanya merenung peti TV sehingga tembus ke lipatan sejarah hidup mereka dahulu.


“Is, kita ni manusia biasa je Is. Hanya ALLAH yang berkuasa menentukan segalanya. Jangan kita sebut kalau tu Is. Tu menunjukkan kita tak redha dengan takdir ALLAH. Kita buka jalan syaitan untuk menyesatkan kita. Jangan cakap kau, aku pun menyesal juga dengan apa yang dah berlaku. Tapi sebagai hamba-Nya, kita harus yakin dengan setiap ketentuannya pasti ada hikmah disebaliknya.


Is, kalau nak diikutkan... Aku yang lebih teruk dari kau dulu. Aku tahu dosa yang aku buat mungkin tak terampun. Apa yang aku boleh buat sekarang ni berdoa dan memohon supaya ALLAH ampunkan aku. Aku redha Is kalau ALLAH bayar cash kat aku atas dunia ni. Aku memang deserve  balasan-Nya. Dan aku harap sangat-sangat taubat aku diterima ALLAH.” Panjang lebar kata-kata Izzat.


“Tak semua yang kita nak kita akan dapat di dunia ni Is.” Sambungnya lagi. Izzat menarik nafasnya dalam-dalam. Penyesalan atas perbuatan lalu sentiasa menghantuinya. Mungkin juga Iskandar pun begitu.


Iskandar diam. Satu-satu bicara Izzat meresap ke dalam otak dan terus ke lubuk hatinya yang paling dalam. Dia akui setiap kebenaran kata-kata Izzat itu.


Kenapalah dia tidak setabah sahabatnya itu. Baru diuji sedikit sudah melatah begini. Iskandar diam merenungi diri. Banyak yang dia perlu perbetulkan. Wajahnya diraup sekali lalu. Fikirannya sedikit tenang berbanding tadi.


“Ada apa-apa yang kau nak cerita dengan aku?” Soal Izzat setelah sekian lama. Iskandar tersentap. Izzat seakan memahami gelojak hatinya.


“Aku sebenarnya malu dengan kau Zat.” Iskandar tertunduk merenung lantai.


“Is, kau dengan aku dah macam adik beradik. Kalau kau selesa nak bercerita dengan aku, aku sedia dengar.” Izzat lembut berkata. Ketegangan antara mereka sudah dibuangnya jauh-jauh. Tiada sebarang sebab untuk dia dan Iskandar menjauh.


“Is, kau masih marahkan parents kau?” Izzat bertanya. Sudah dua hari dia memikirkan perkara itu.


Diam Iskandar menjawab soalan itu.


“Aku sebagai kawan sekadar nak ingatkan kau Is. Takde niat aku nak kata kau buruk, aku ni mulia ke apa.” Izzat memulakan mukadimahnya. Iskandar hanya tunduk mendengar.


“Darjat ibu bapa tu tinggi Is. Sebagai anak, berdosa kita simpan kemarahan atau dendam buat mak ayah kita. Mungkin kau tak dapat terima bila mereka kahwinkan kau dengan Zaira. Itu pandangan dari sisi kau Is. Mungkin mak ayah kau nampak manfaat disebalik perkahwinan kau. Takde seorang pun mak ayah dalam dunia ni sanggup rosakkan hidup anak dia.


Mungkin mak ayah kau nampak ini yang terbaik buat kau. Atau sudah jodoh kau dengan Zaira yang dah tertulis di Luh Mahfuz. Kita manusia hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang tentukan segalanya. Kau jangan sesekali lupa tu Is.” Izzat mengambil nafas.


“Kalau aku terlupa, tolong ingatkan aku. Kita sama-sama peringatkan diri kita Is.” Tin minuman diatas meja diambil dan diteguknya.


“Kau baliklah Is jumpa mak ayah kau. Minta ampun dengan diorang. Tak salah kalau kita rendahkan ego kita. Diorang tu mak bapak, martabat diorang lebih tinggi.” Izzat menasihati.


“Aku tahu Zat. Insya-ALLAH aku akan buat tu.” Iskandar masih merenung lantai. Izzat membiarkan sunyi menyelubungi antara mereka. Member ruang untuk Iskandar memikirkan kata-katanya.


“Is, pasal Zaira...” Izzat terhenti. Iskandar mengangkat wajah membalas renungan mata sahabatnya.


“Cuba beri peluang pada hati kau dan Zaira... Aku tahu aku tak patut masuk campur.” Izzat menekan kata-katanya. Tidak mahu Iskandar menyangka dia menyibuk hal rumah tangga mereka.


Iskandar mengangguk lemah. Dalam hati masih berperang sesama sendiri. Dia mula terbayangkan Zaira bila Izzat menyebut nama itu. Kejadian dibilik gadis itu tadi mula terlayang dimata.


‘Astaghfirullah al-azim.’ Iskandar beristighfar didalam hati. Dia tidak boleh melayan bisikan syaitan itu. Hatinya masih berbelah bagi samada mahu berkongsi dengan Izzat atau tidak tentang perkara tadi.


“Zat....” Iskandar terhenti. Izzat menunggu. Dahi Iskandar dilihat berkerut-kerut seperti sedang berfikir.


“Takde apalah.” Iskandar menoktahkan bicara. Rasanya, biarlah perkara tadi menjadi rahsia antara dirinya dan Zaira.


“It’s okay Is. Take your time.” Izzat mengerti. Pasti Iskandar masih belum bersedia mahu bercerita. Biarlah dahulu. Sampai masa nanti pasti dia tahu juga dari mulut lelaki itu. Detik hati Izzat.


“Kau dah makan Is?” Soal Izzat menutup cerita hati mereka.


“Belum.” Sepatah Iskandar membalas.


“Kalau macam tu kau tunggu sini dulu. Aku pergi masak kejap, special untuk kau. Makan sini ye?” Izzat beriak ceria.


“Betul ni Zat?” Iskandar buat-buat terkejut.


“Apa pulak tak betulnya. Tengok orang beb.” Izzat sudah boleh berlawak seperti biasa.


“Kalau macam tu aku tunggu. Masak sedap-sedap okay.” Iskandar senyum. Izzat membalasnya sebelum bangkit berlalu ke dapur. Bersedia menyediakan makan malam buat mereka berdua.


“Zat... Nak aku tolong ke?” Iskandar melaung dari tempatnya. Sudah lima belas minit Izzat didapur.


“No thanks. Another 45 minutes siaplah.”


“Okay then.” Balas Iskandar kembali. Remote control Astro dicapai. Dia ralit menekan-nekan mencari rancangan yang menarik untuk ditonton.


Terasa lapang sikit kepala dan dadanya. Alhamdulillah Izzat sudah memaafkannya. Kata-kata nasihat dari sahabatnya tadi bermain dikepala. Dia mengambil kesempatan berseorangan begitu untuk berfikir. Saranan supaya dia meminta maaf daripada umi dan papa insya-ALLAH dia akan buat dalam masa terdekat ni. Tapi pasal Zaira dia tidak tahu. Dia tidak mahu memikirkannya lagi.


Kejadian dibilik tidur Zaira tadi mula terlayang dimata. Dia tidak sangka dia boleh hilang kawalan bila melihat tubuh Zaira tadi. Keadaan Zaira benar-benar menggoda imannya. Dia tidak mampu berhenti untuk terus mendekat pada gadis itu tadi.


Memikirkan yang Zaira halal buatnya, menyebabkan nafsunya mampu merajai akal fikirannya. Walau macam mana pun Zaira menolak, dia tetap ingin mendapatkan haknya yang satu itu. Namun segala-galanya lenyap pergi tatkala dia mendengar nama Fadhli.


Siapa Fadhli dalam hidup Zaira? Dia terkejut sebenarnya tadi semasa Zaira menyebut nama lelaki itu. Ada satu perasaan halus yang menjentik tangkai hati. Membuatkan keinginan membuak-buaknya mati. Cemburukah dia? Dia akui dadanya bergetar bila nama lelaki itu terluncur dari bibir isterinya.


“Is, kau tidur ke?” Tubuh Iskandar tersentak apabila terasa bahunya ditepuk. Wajahnya semakin terpinga-pinga melihat tubuh Izzat sudah berdiri ditepinya dengan apron yang masih terikat ditubuh.


“Aku panggil kau dari tadi...” Izzat pelik melihat reaksi Iskandar.


“Hah ye ke? Kau dah siap masak ke?” Iskandar tayang muka terkejut.


“Dah siap. Tapi aku nak mandi kejap. Takpe ke kau tunggu?” Tanya Izzat sambil merungkai tali apron.


“Eh, mandilah dulu. Aku takde hal.” Iskandar menggeleng.


“Okay. Bagi aku lima belas minit.” Iskandar mengangguk. Izzat menghilang didapur sebentar untuk meletak apron. Selepas itu dia terus masuk ke bilik tidurnya.


Lima belas minit kemudiannya mereka sudah duduk dimeja makan. Menghadap masakan Izzat lewat petang itu. Izzat menyenduk nasi untuk Iskandar dan dirinya. Kemudian mereka sama-sama menadah tangan dan mengaminkan doa yang dibaca oleh Izzat.


“Jemput makan Is. Kalau tak sedap buat tak tahu je. Sedap, puji okay.” Izzat berseloroh.


Iskandar mencebir dan menjeling. Tangannya mula menceduk lauk ikan merah masak sweet sour ke dalam pinggan. Diikuti oleh Izzat pula selepas itu. Perlahan-lahan Iskandar menyuap ke dalam mulut suapan pertama . Izzat menanti.


“Macam mana?” Soal Izzat melihat jari Iskandar sudah mahu menyuap suapan kedua.
Iskandar menunjukkan tangan tanda sabar. Dia mengunyah lagi. Saja dilambat-lambatkan mahu menambahkan lagi resah Izzat yang masih menunggu.


“Perghh... Memang superb. Sedap macam dulu. Tak pernah berubah.” Puji Iskandar ikhlas. Izzat tersenyum bangga.


“Biasalah. Kalau aku tak jadi lecturer, mesti aku dah jadi chef terkemuka sekarang ni.” Izzat bangga sendiri.


“Ceh!” Cebir Iskandar. Kemudian meletus ketawa diantara mereka.


Iskandar akui masakan Izzat memang sedap. Sejak belajar dulu memang Izzat selalu menunjukkan skill memasaknya di rumah sewa mereka. Asal hari tiada kelas, mereka serumah akan berkumpul di rumah untuk menikmati air tangan Izzat.


“Bertuah siapa yang jadi bini kau Zat.” Iskandar berkata dengan sisa tawanya.


“Eh mana boleh. Kalau aku kahwin bini aku lah yang kena masak. Jemu jugak aku kalau makan masakan sendiri je hari-hari.” Izzat membalas.


“Takdelah hari-hari beb. Kalau bini kau takde dekat rumah, dia tak payah susah-susah fikir kau kebulur ke apa dekat rumah. Dia dah tahu kau pandai masak, senang hati dia nak tinggalkan kau.” Kata Iskandar.


“Beb, jangan beb. Susah aku nanti dapat bini camtu.” Seloroh Izzat. Mereka tergelak lagi dengan senda gurau antara mereka.


Maghrib itu mereka berjemaah bersama-sama dengan diimamkan oleh Izzat. Selepas jemaah Maghrib, mereka melakukan solat sunat Rawatib secara berasingan.


Sejuk hati Iskandar mengaminkan doa yang dibaca oleh sahabatnya itu. Bergetar jiwanya tatkala mendengar bait-bait doa yang lirih dipohon Izzat. Begitu sayu dan menggigit perasaan. Senggang waktu antara Isyak itu digunakan sebaik-baiknya oleh kedua lelaki ini dengan membaca Al-Quran.


Iskandar beruntung mempunyai kawan yang sering mengingatkan dirinya kepada mengingati ALLAH. Memang sudah agak lama dia tidak menyentuh kalam ALLAH itu. Dia sebak dengan kealpaan diri. Allahu Akbar! Maha Besar ALLAH.


Waktu Isyak juga mereka turut melakukan solat sunat dahulu sebelum mengerjakan fardhu Isyak. Kali ini Iskandar pula yang menjadi imamnya. Lapang rasa hati dan keserabutan kepala yang membekam jiwa. Iskandar rasa bersyukur. Alhamdulillah.


"Zat..." Panggil Iskandar sewaktu melipat sejadah. Izzat berpaling memandang empunya suara.


"Malam ni aku nak tidur sini boleh?" Soal Iskandar dengan wajah penuh kegusaran.


"Hurm, boleh. Takde masalah." Izzat tersenyum menjawab. Hati Iskandar lega.


"Zaira macam mana?" Soal Izzat pula penuh hati-hati.


"Takpe kot. Dia pun perlukan ruang untuk bersendiri waktu ni." Jawab Iskandar bersama pandangan mata yang jauh membawa rahsia.


Izzat diam mencerna. Ada makna disebalik kata kawannya itu. Dan dia pasti Iskandar masih belum bersedia mahu berkongsi. Dia menepuk bahu kawannya itu sambil tersenyum.


“Tidur jelas dekat sini Is.” Iskandar sekadar mengangguk.


Malam itu, Iskandar tidur beralaskan toto dilantai bilik tidur Izzat. Malas dia mahu tidur dibilik tetamu bersebelahan dengan kamar kawannya. Hari ini rasa ingin berteman pula.


"Takpe ke kau tidur bawah?" Izzat menyoal dari atas katil. Serba salah dengan permintaan Iskandar tadi. Tetamu dibiarkan tidur dilantai pula. Tidak sedap rasanya.


"Takpe Zat. Kau ni macam tak biasa." Balas Iskandar berselang seli dengan tawa kecil.


"Okaylah. Kalau kau tak selesa kau boleh naik sebelah aku ni atau pergi je dekat mana-mana bilik yang kau suka." Bersungguh kata-kata Izzat.


"Hurm." Gumam Iskandar halus. Izzat menggeleng kecil. Lampu kaki disebelah katilnya dipadam. Dia berbaring dan menarik comforter sehingga menutup paras dada.


Dalam waktu yang sama, di tempat tidur yang berlainan, Iskandar, Izzat dan Zaira masih celik memikirkan pelbagai perkara. Antara mereka tidak tahu yang mana terlena dulu. Yang pasti malam yang gelita bakal merangkak pergi bersama kenangan hari semalam untuk digantikan dengan ceria sang matahari pagi keesokannya.

4 comments:

  1. siannye nasib zaira dr kecik edup mcm tu..smp bile iskandar asyik nak menuduh zaira seorang pelacur??cube la selidik dan kenal zaira dgn lebih rapat..tentu iskandar akan nampak diri zaira yg sebenar..jgn asyik duk kusut je mcm tu..suspen sgt td..ingatkan zaira dah kena ngap dgn suami die..ehehee..gud job,writer..hope sgt2 zaira akan temui kebahagiaan dgn iskandar..

    ReplyDelete
  2. kesiannya, mak zaira kena mcm tu. hurm zaira plk hampir kena gan sepupu dia eh?
    hope akan ada berlaku sesuatu yang membuatkan zaira menghilangkan diri or hilang ingatan. time tu agaknya br la iskandar sedar diri.n insaf.
    nice one adden!

    ReplyDelete
  3. ksian kt zaira..Is nie pn xnk insaf2 lgi ke??ble la dye nk bbaik ngn wife dye nie..

    ReplyDelete
  4. bila nak keluarkan buku ni... x sabar2 tunggu cerita seterusnya...

    ReplyDelete