Wednesday, November 9, 2011

Bahagia Bukan Milikku 19

BAB 19


“Baru bangun Tun…” Puan Zannah tersenyum menegur adik perempuannya yang baru turun dari bilik.


“Dah lama kak. Tadi saja rehat-rehatkan badan dekat bilik.” Puan Zaiton turut membalas senyuman kakaknya itu. Dia merapat pada wanita itu yang sedang duduk dikerusi malas di anjung rumah dengan sebuah buku ditangan.


“Akak dah sarapan ke ni?” Soal Puan Zaiton sambil memeluk bahu kakaknya itu dari belakang. Dia adik beradik memang manja begini sejak kecil lagi. Tambahan kakaknya itu sudah tiada sesiapa, dengan dia sekeluargalah tempat bermanja.


“Baru je tadi. Syah tak turun lagi?” Soal Puan Zannah sambil menarik adiknya supaya duduk dikerusi disebelahnya. Puan Zaiton menurut.


“Pagi-pagi tadi dah keluar berjogging. Kejap lagi baliklah tu.”


“Akak tak nampak pulak dia tadi.”


“Dia keluar awal sikit tadi.” Puan Zannah mengangguk-angguk kecil. Tangannya kembali menyelak helaian buku ditangannya.


“Hah, akak terlupa nak bagitahu….” Puan Zannah menutup kembali buku tadi. Matanya tepat merenung wajah adiknya itu.


“Semalam Yuni call cakap dia tak balik rumah.”


“Dia tak balik rumah? Habis dia tidur mana?” Puan Zaiton jelas terkejut dengan perkhabaran itu. Membulat bola matanya. Dia ingat anak daranya itu sudah keluar bekerja.


“Dia ke rumah Iskandar semalam, bermalam di sana. Jangan risaulah.” Puan Zannah menepuk perlahan lengan adiknya. Cuba menghilangkan resah dihati ibu itu.


“Erk.. rumah Iskandar?” Wajah Puan Zaiton berubah mendadak.


“Kenapa ni Tun? Bukan tak biasa si Yuni tidur di sana kan?” Puan Zannah pelik dengan reaksi Puan Zaiton.


“Er, takdelah…” Puan Zaiton tersedar. Cepat-cepat dia pamerkan muka bersahaja.


Puan Zannah menghela nafas lega. Tangannya kembali membuka lembaran buku ‘Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa’ yang baru berapa muka surat dibacanya. Cermin matanya yang melorot dihujung hidung dibetulkan kembali. Kemudian dia menyandar enak dikerusi mahu meneruskan bacaannya.


Puan Zaiton yang melihat sedari tadi mula membuang pandang ke laman rumahnya yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Namun fikirannya tidak disitu. Kepalanya ligat memikirkan tentang kemungkinan Aryuni sudah mengetahui tentang status Iskandar.


Gelisah jiwanya tidak terkata. Mungkin sahaja Iskandar akan lebih membenci dirinya dan suami kerana tidak menghalang Aryuni bertandang ke rumahnya. Sewaktu Iskandar datang ke rumah semasa majlis hari jadinya dulu, bukan dia tidak perasan yang Aryuni seperti mengesyaki sesuatu.


Puan Zaiton menghela nafas panjang. Lepas satu-satu masalah yang menimpa keluarganya. Mengapa semua ini terjadi saat dia sedang berbahagia begini? Timbul persoalan itu dibenaknya tanpa sedar.


“Kenapa ni Tun?” Suara teguran Puan Zannah menghalau lamunannya pergi.
“Ye kak?” Soal Puan Zaiton kembali.


“Tun tu kenapa? Akak tengok macam ada masalah je? Ada apa-apa yang Tun nak share dengan akak?” Soal Puan Zannah lembut.


“Eh, takde apalah kak. Tun baik-baik je.” Puan Zaiton menafikan. Dia mempamerkan senyum bagi melegakan hati satu-satu kakaknya itu.


“Tun tahukan yang akak sentiasa ada disisi Tun?” Puan Zaiton mengangguk.
“Jangan risau kak… Tun okay je.” Puan Zannah senyum akhirnya. Genggaman tangan adiknya itu dibalas kejap.


Puan Zannah kembali menumpu pada buku ditangannya. Puan Zaiton pula meminta diri. Tidak mahu mengganggu pembacaan kakaknya itu.


“Tun ke sana ye kak.” Puan Zaiton meminta pamit. Dia bergerak ke tanaman bunga melur yang sederet ditepi pagar rumah.


Puan Zannah hanya memandang lenggok tubuh adiknya itu. Selepas itu matanya kembali terarah kepada buku ditangan. Dia mahu terus khusyuk dengan bait-bait tulisan ustaz dari Terengganu yang dikaguminya itu.


Encik Habsyah yang baru balik berjogging membuka pintu pagar kecil. Puan Zannah dan Puan Zaiton yang terganggu dengan bunyi yang terhasil sama-sama menoleh ke arah yang sama. Masing-masing menghadiahkan senyuman manis buat tatapan mata.


“Lewat balik hari ni bang..” Puan Zaiton menegur sambil berjalan merapati suaminya itu. Tangannya dihulur mahu menyalami Encik Habsyah.


“Abang jumpa geng dekat taman tadi.” Ucap Encik Habsyah sambil mengusap kepala isterinya yang berbalut kain.


“Jomlah masuk makan bang.” Puan Zaiton menarik lengan suaminya untuk seiringan dengannya melangkah ke dalam rumah. Encik Habsyah menurut.


“Jom sarapan kak.” Encik Habsyah mempelawa kakak iparnya.


“Pergilah Syah. Akak baru makan dengan kak Odah dengan Suti tadi.” Tolak Puan Zannah berbahasa.


“Saya masuk dulu kak.” Encik Habsyah mengangguk sebelum menghilang ke dalam rumah.


Puan Zaiton lantas menarik laju tangan suaminya ke dapur. Encik Habsyah pelik dengan telatah isterinya itu. Melihat keresahan yang terpancar diwajah wanita itu menambahkan gundah didadanya. Kenapa pulak dah ni?


“Kenapa ni Tun?” Soal Encik Habsyah setelah dia diarahkan duduk oleh isterinya.


Puan Zaiton tidak menjawab. Mak Odah dan Sutinah yang baru hendak berjalan masuk ke dapur terhenti bila ditegur.


“Takpelah kak Odah, Suti. Pergilah ke depan, biar saya buat.” Mak Odah dan Sutinah senyum dan mengangguk. Kemudian tubuh dua pembantu rumah itu menghilang entah ke mana.


“Hah, kenapanya ni Tun? Boleh bercerita sekarang?” Sergah Encik Habsyah.


Puan Zaiton mengisyaratkan tangan dibibirnya supaya Encik Habsyah memperlahankan suara. Dahi Encik Habsyah berkerut. Namun diikutkan sahaja kata isterinya itu.


"Aryuni..." Bisik Puan Zaiton.


"Kenapa dengan budak Yuni tu?" Tidak sabar Encik Habsyah.


"Semalam dia tidur rumah Iskandar." Wajah Puan Zaiton berubah mendung.


"Jadi kenapanya?" Encik Habsyah masih tidak menangkap maksud kata-kata isterinya itu.


"Abang..." Puan Zaiton meneran suaranya dengan harapan suaminya itu akan ingat.


"Iskandar.. Zaira.. Yuni pasti dah tahu pasal diorang." Tekan Puan Zaiton dengan nada tertahan.


Encik Habsyah terlopong. Baru teringat akan rahsia mereka berempat. Ah, sudah! Wajah Encik Habsyah sudah kalut. Puan Zaiton juga sama.


"Mana Tun tahu?"


"Kakak yang bagitahu tadi. Yuni call kakak semalam."


"Jadi macam mana ni?" Soal Puan Zaton inginkan kepastian.


"Macam mana apa?" Encik Habsyah dah kebuntuan.


"Mesti Yuni balik tanya nanti." Tekan Puan Zaiton lagi. Geram pula dengan suaminya itu. Ingatkan boleh tolong selesaikan masalah. Terkumat-kamit bibir Puan Zaiton membebel dalam hati.


"Nak buat macam mana, benda dah jadi."


"Hah, senangnya cakap...." Puan Zaiton meleretkan bicara. Encik Habsyah menjungkitkan kening.


"Is mesti tambah marah pada kita nanti." Puan Zaiton sudah tidak senang duduk. Encik Habsyah pula terus hilang rasa laparnya. Masing-masing mula berfikir bagaimana mahu meleraikan kekusutan yang berlaku.


"Kita tunggu jelah apa kata budak-budak tu nanti." Lama terdiam baru Encik Habsyah menyuarakan pendapatnya. Sekali lagi sepi mengulit antara mereka.


"Abang..." Panggil Puan Zaiton perlahan. Encik Habsyah memandang dengan ekor mata wajah isteri disebelahnya itu.


"Kenapalah semua jadi bercelaru macam ni? Kalau saya tak paksa Is, mesti perkara ni tak jadi macam ni kan?" Puan Zaiton menyalahkan diri.


"Tun, sudahlah tu. Janganlah cakap macam tu." Encik Habsyah berpaling mencari wajah isterinya.


"Saya tak tergamak nak seksa hidup anak kita macam tu bang." Suara Puan Zaiton sudah bertukar sayu. Bergenang tubir matanya dengan air mata.


"Abang tahu Tun.. Sudahlah tu, jangan menyalahkan diri sendiri." Encik Habsyah mengusap bahu isterinya perlahan. Cuba memujuk ibu kepada anak-anaknya itu.


"Saya cuma nak membela nasib Zaira je bang. Saya rasa dia teraniaya. Salah ke apa yang saya buat?" Rintih Puan Zaiton perlahan. Wajahnya sudah ditekup dengan kedua tapak tangannya. Lebat air mata mengalir dipipi.


"Tun, dengar sini..." Encik Habsyah menarik bahu Puan Zaiton supaya mengadapnya. Kedua tangan yang menekup muka itu ditarik dan digenggam erat. Sayu hati melihat wajah basah isterinya itu.


"Tun percayakan takdir ALLAH kan? Abang percaya setiap apa yan terjadi pasti ada hikmah. Abang percaya, ALLAH yang menggerakkan hati Tun malam tu meminta Is menikah." Tenang Encik Habsyah memberi penerangan.


"Tapi Is tak redha bang..." Menitis kembali ar mata dipipi. Kuat tangannya membalas genggaman suami.


"ALLAH itu Maha Kaya Tun. Aturan Dia dah cukup cantik dan tersusun. Tun tak nampak bagaimana ALLAH membuka hati Is untuk bersetuju sedangkan selama ni Is selalu membantah perkara-perkara yang tak disenanginya?" Encik Habsyah bertanya.


Puan Zaiton diam memikir. Benar kata-kata suaminya itu. Iskandar seorang anak yang tegas dengan pendiriannya. Anak muda itu akan bersuara membantah jika dia tidak suka akan sesuatu perkara. Lebih lama Puan Zaiton berfikri, makin dia tidak dapat menyangkal kata-kata suaminya tadi. Ya, semua ni terjadi atas kehendak ALLAH. Siapa mereka untuk menidakkan kuasa ALLAH? Sedangkan mereka hanya mampu merancang, yang menentukan tetap Yang Esa.


Tangisan Puan Zaiton bertukar sendu perlahan. Encik Habsyah meleraikan genggamannya bila melihat isterinya itu sudah nampak tenang semula.


"Kita tak nampak apa yang Dia dah atur untuk kita Tun. Sebagai manusia, kita kena percaya qada' dan qadar ALLAH. Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Tetapkan hati kita supaya tidak tersasar Tun. Jangan cepat melatah dengan ujian yang ALLAH turunkan buat kita." Nasihat Encik Habsyah panjang lebar.


Akhirnya Puan Zaiton mengangguk membenarkan setiap bicara suaminya itu. Dia kagum dengan Encik Habsyah. Ya, dia terlalai dengan emosinya sendiri tadi. Puan Zaiton menatap dalam wajah tenang suaminya itu.


"Terima kasih bang. Tolong ingatkan saya selalu bang." Puan Zaiton memberi pandangan yang mengharap. Encik Habsyah mengangguk dengan tenang.


'Alhamdulillah.' Getus bibir Encik Habsyah perlahan.


"Kita sama-sama tunggu dan lihat macam mana budak-budak tu nanti." Dihadiahkan senyuman ikhlas buat tatapan sisterinya itu.


"Dahlah tu. Abang dah lapar benar ni." Encik Habsyah mengusap perutnya. Menamatkan perbincangan mereka mengenai anak-anak tadi.


"Maaf bang. Abang tunggu kejap, saya siapkan." Puan Zaiton meraup wajahnya menghilangkan air mata yang tersisa. Dia bangun melangkah ke sinki. Wajahnya dibasahkan dibawah pancuran air sinki yang mengalir.


Selepas itu, tangannya ligat mengambil pinggan dan cawan buat suaminya. Dia membancuh air lain kerana air diatas meja sudah pun sejuk. Selepas siap semuanya, dia menghidang dengan tertib buat suaminya itu.


"Jemput makan bang." Puan Zaiton mempelawa.


"Tun tak makan sekali?" Tanya Encik Habsyah melihat isterinya hanya duduk tanpa pinggan didepannya.


"Abang makanlah. Saya tak lapar lagi." Encik Habsyah mengangguk. Dia mengaminkan doa makan yang dibacanya. Selepas itu tangannya mula menyudu mee goreng didalam pinggan ke dalam mulut.


Puan Zaiton memerhati sehingga suaminya itu habis makan. Selepas itu, dia mengemas meja makan dan membasuh segala pinggan mangkuk yang kotor. Mak Odah dan Sutinah ada menjengah ke dapur melarangnya melakukan kerja-kerja membasuh, namun dia teruskan juga. Kedua pembantu rumahnya itu dikerah membuat kerja lain. Jangan diganggu tugas-tugasnya itu. Akhirnya dengan terpaksa, kedua wanita itu terpaksa mengalah dengan majikan mereka yang budiman itu.


++++++++++++++++++++++++++++++++++


Aryuni sampai ke kliniknya pagi itu tepat pukul 8.50 pagi. Dia terlewat dua puluh minit dari rancangannya malam tadi. Semuanya gara-gara peristiwa pagi tadi. Wajahnya berkerut sewaktu melangkah masuk ke dalam klinik.


"Assalamualaikum, selamat pagi doktor." Sapa Anis, pembantu di kliniknya ramah.


"Hurm." Aryuni hanya mengangguk kecil dan menggariskan senyum terpaksa. Tidak dibalas sapaan Anis seperti selalu.


"Doktor tak sihat ke?" Soal Anis prihatin. Hairan dengan sikap majikannya itu.


"No, I'm just fine." Aryuni berdalih dan terus berlalu ke biliknya.


Dia menghenyakkan punggungnya dikerusinya. Moodnya untuk menyusun biliknya pagi itu entah hilang ke mana. Yang dalam fikirannya sekarang sibuk memikirkan akan adiknya, Iskandar Tuah.


Aryuni terus termenung dikerusinya. Langsung tidak sedar masa yang semakin berlalu sehinggalah sahabatnya, juga rakan kongsinya, Ryan datang menegur.


"Hello.." Panggil Ryan lagi dimuka pintu bilik Aryuni. Gadis itu kelihatan masih tidak menyedari kehadirannya.


"Excuse me Doctor Aryuni Mentari." Panggil Ryan lagi. Kali ini lebih kuat. Tangannya masih mengetuk permukaan pintu kayu bilik rakan kongsinya itu.


Aryuni tersedar dalam keadaan terkejut sehingga menyebabkan dia tertolak bekas alat tulis diatas meja ke bawah. Habis berterabur segala isi.


Ryan terus menapak masuk walaupun tidak dipelawa lagi. Dia tunduk membantu Aryuni mengutip barang-barang yang bertaburan dilantai. Selesai saja, Aryuni mempelawanya duduk.


"Are you okay Aryuni?" Soal Ryan dengan riak muka yang resah.


"Yeah, I'm okay." Aryuni berselindung dengan senyum penuh pura-puranya. Ryan menjungkit kening mendengar jawapan sahabatnya itu. Sudah tujuh tahun mereka berkawan, sudah masak benar dia dengan perangai kawan dari zaman universitinya yang satu itu.


"Erm, I don't think so." Ryan menyilangkan kakinya diatas kerusi. Tubuhnya disandar rapat pada belakang kerusi dengan anak mata tepat merenung wajah temannya itu.


"Ah, don't bothered la. Nothing important. So, what's going on?" Aryuni cuba mengalih topik perbualan mereka ketika itu. Masalah peribadi tak perlu dicampur aduk dengan urusan kerja.


Wajahnya difokuskan pada wajah berseri Ryan. Ingin menumpu sepenuh perhatian pada cerita yang akan disampaikan oleh lelaki Cina itu. Pasti ada sesuatu bila doktor muda itu menjengahnya disini pagi-pagi begini.


"Our clinic will be launching another three months." Beritahu Ryan ceria.


"Really? Oh congratulations Ryan!" Teruja Aryuni menepuk tangannya. Dia tumpang gembira atas kejayaan sahabatnya itu.


"Hurm, nanti jangan lupa datang okay. You ajak family you sekali." Ryan membalas senyum lebar Aryuni padanya. Riak wajah Aryuni sudah ceria tersenyum. Hilang sudah wajah mendungnya tadi.


"Now, you become the old Aryuni. You should shine like your name okay. Please smile always Yuni.." Ryan berkata lembut. Aryuni hanya tergelak kecil mendengarnya.


"Ada-ada jelah you ni Ryan." Wajah Aryuni sedikit kemerahan. Malu dengan ayat yang ditutur sahabatnya itu.


"You dah breakfast?" Soal Ryan.


"Hurm, not really. Makan roti je tadi." Aryuni sengetkan bibirnya.


"Nah, jom breakfast. I belanja." Ryan sudah tersenyum. Dia tegakkan badan dari menyandar. Wajahnya mempamer riak penuh mengharap.


"Kalau you cakap nak belanja takkan I nak tolak pulak. Hehe.." Aryuni meleretkan senyumnya. Akhirnya pecah ketawa antara mereka.


"You ni memang. Kalau bab orang yang belanja laju je kan." Ryan berseloroh. Dia sudah bangun dari kerusinya.


"You ni janganlah buruk sangka dengan I. Tak baik tau. I ni baik okay. Lain kali turn I pulak belanja ye." Aryuni ikut berdiri dengan handbag dibahunya mengikut langkah Ryan yang sudah sampai di pintu.


"Yelah." Ryan hanya tergelak. Mereka seiringan melangkah untuk keluar dari klinik. Masih bergurau senda antara mereka.


"Eh, Anis. We all nak keluar breakfast. You nak join ke?" Ryan menegur pekerjanya yang berada di meja kaunter.


"Come join us Anis." Aryuni juga lembut mempelawa.


"Takpelah doktor. Saya dah sarapan tadi sebelum sampai. Lain kali jelah." Anis menolak. Memang dia sudah kenyang bersarapan dengan buah hatinya tadi sebelum membuka klinik.


"Kalau macam tu lain kali okay. See you after this." Ryan mengangkat tangan. Aryuni disebelahnya menundukkan sedikit kepala yang turut dibalas oleh pembantunya itu. Kemudian dia seiringan mengikut langkah Ryan keluar dari klinik.


Anis tersenyum senang melihat kedua lelaki dan wanita itu. Dalam hatinya mula membuat andaian tentang hubungan kedua majikannya itu. Kedua mereka nampak sepadan bila bergandingan bersama. Dua-dua doktor, dan yang penting dua-dua bujang.


'Alangkah bagusnya kalau mereka berdua berkahwin. Tapi masalahnya Doktor Ryan tu cina.' Anis menyengetkan bibirnya berfikir.


"Oi Cik Anis. Awak menung apa tu?" Soal seorang lagi kakitangan klinik haiwan itu, Firdaus. Dia pelik melihat tingkah Anis yang menongkat dagu diatas meja.


"Eh, takde apa-apa." Anis yang menggelabah terus menyelak rekod pelanggan diatas meja. Terkejut dijerkah begitu tadi.


"Lawaklah awak ni." Firdaus tergelak kecil melihat reaksi kelam rakan sekerjanya itu.


Anis mencebir. Geram bila diketawakan begitu. Langkah Firdaus yang berlalu ke belakang hanya dihantar dengan jelingan.


Anis tersenyum semula dengan mainan fikirannya. Dia berasa lega melihat wajah ceria doktor Aryuni tadi. Mungkin sahaja gadis itu ada masalah. Kemudian, dia kembali fokus bila loceng berdenting menandakan ada orang yang membuka pintu klinik.


“Selamat pagi.” Anis menegur ramah pada lelaki segak berkemeja biru yang baru melangkah masuk.


“Selamat pagi Anis.” Balas Asrul bersama senyuman manis.


Asrul, pemilik kedai buku diseberang jalan yang sudah menjadi pengunjung rasmi klinik haiwan ini sejak sebulan yang lalu. Tak lain tak bukan datangnya hanya ingin mencari Aryuni.


Doc Yuni ada?” Soal Asrul yang sudah berdiri didepan kaunter.


‘Tepat sekali!’ Desis hati Anis.


“Takdelah Asrul. Baru keluar dengan doktor Ryan tadi.” Anis sudah senyum menyenget.


“Pergi mana?”


Breakfast. Tak tahu dekat mana.” Anis menyibukkan diri dengan buku-buku diatas meja.


Dia pelik dengan lelaki yang seorang ini. Doktor Aryuni tu punya tolak ayat-ayat mengayat dia, dia masih tak jemu nak mengorat. Haish, yang doktor Aryuni ni pun pelik juga. Lelaki depan ni punya segak, handsome, cukup package tapi masih tak berjaya goyangkan hati perempuan dia tu. Agaknya gadis itu tengah steady dengan doktor Ryan tak diam-diam? Hehe, kalau betul apa salahnya. Anis tersenyum kecil dengan fikirannya.


“Takde customer lagi ke Anis?” Soalan Asrul menarik semula fikiran Anis ke alam realiti.


‘Aik bila masa dia duduk dekat situ?’ Anis termangu sekejap melihat Asrul yang sudah enak duduk di sofa putih dihadapannya.


Pandangan Asrul yang terarah ke wajahnya menyedarkannya supaya segera menjawab pertanyaan lelaki itu tadi.


“Takde lagi Asrul. Masih awal lagi.” Anis tersengih kecil menutup malu.



“Tak busy ke dekat kedai?” Soal Anis berbasi-basi. Ada juga teman untuk berborak pagi-pagi ni. Firdaus tentu sahaja sibuk dibelakang dengan binatang-binatang pelanggan mereka.


“Hurm, macam biasa.” Balas Asrul. Matanya tidak dikalih dari membaca tulisan-tulisan didada akhbar Metro ditangannya.


Anis senyap kembali melihat lelaki itu begitu khusyuk dengan bacaannya. Dia kembali menyemak rekod-rekod pelanggan yang membuat temujanji dengan dua doktor haiwan bertauliah di Klinik Veterinar tempatnya mencari rezeki itu.


Tidak sampai lima belas minit kemudian, loceng pintu berbunyi. Anis dan Asrul sama-sama mengarahkan mata pada daun pintu melihat gerangan manusia yang bertandang.


Gelak tawa Aryuni terhenti bila matanya menangkap wajah Asrul yang sedang duduk di sofa. Lelaki itu sudah tersengih ke arahnya.


Morning Asrul.” Ryan sudah mendekat pada Asrul. Asrul berdiri tanda hormat sebelum tangan mereka bertautan erat. Aryuni masih dipintu. Kaget dengan kemunculan Asrul.


“Yuni…” Panggilan Ryan menyedarkannya. Dia cepat-cepat mendekat.


“Dah lama sampai?” Soal Aryuni berbasi-basi.


Not really. Sempatlah habiskan Metro ni.” Asrul tergelak kecil. Cuba menimbulkan lawak antara mereka. Tapi jenaka itu hanya Ryan yang memberi respon. Lelaki Cina itu tersenyum manakala wajah Aryuni jelas kelihatan tegang.


Okay Asrul, Yuni. I masuk dalam dulu.” Ryan meminta diri. Dia berjalan ke kaunter dan matanya memberi isyarat kepada Anis supaya mengikutnya.


Sengaja mahu meninggalkan Aryuni dan Asrul berdua. Dia sudah mengetahui tentang Asrul yang cuba memenangi hati Aryuni sejak sebulan yang lalu melalui Anis. Maklumlah dia agak sibuk dengan urusan pembukaan klinik dengan adiknya mebuatkan dia tiada masa berurusan di klinik haiwannya ini. Segala update cerita disampaikan oleh Anis yang becok ni.


Doc, you tak jealous ke dengan Asrul tu?” Soal Anis perlahan semasa mengikut langkah Ryan ke biliknya namun dapat didengari oleh Aryuni. Aryuni memandang dua tubuh itu dengan dahi berkerut.


“Syhh!” Ryan meletakkan jari telunjuknya dibibir mengarahkan Anis supaya diam. Terjegil matanya mendengar soalan pembantunya itu. Mereka terus hilang dibalik pintu bilik Ryan.


“You busy ke Yuni?” Soal Asrul menarik perhatian Aryuni.


“Apa dia?” Soal Aryuni kembali. Kini dia berjalan untuk ke biliknya pula. Asrul mengekor perlahan langkah gadis itu.


“Kenapa you datang ni?” Soal Aryuni lemah. Dia sebenarnya sudah jelak kerana terpaksa melayan Asrul yang sering bertandang ke kliniknya pagi-pagi begini.


You tak sihat ke?” Soal Asrul yang sudah mengambil tempat dikerusi berhadapan doktor haiwan itu.


I okay je.” Aryuni menjawab malas. Dia berpura-pura sibuk menyelak buku catatan jadual hariannya.


‘Tambah lagi satu masalah. Kenapalah si Asrul ni tak nak faham? Aku tak suka kaulah!’ Omel Aryuni dalam hati. Wajahnya masih mempamerkan riak tegang.


“Habis kenapa dari tadi I tengok muka you tu berkerut je macam asam boi.” Asrul masih cuba untuk membuat Aryuni berbual dengannya. Biarlah apa pun gadis itu buat, dia tetap suka kepadanya.


"Asrul…” Aryuni memandang tepat wajah lelaki dihadapannya. Asrul membalas pandangan itu dengan senyuman menggoda.


You ni memang tak mudah berputus asa kan?” Soal Ayryun sambil tersenyum sinis.


“Hurm, I memang lelaki yang determined dengan apa yang I buat.” Balas Asrul masih mengekalkan senyum menawannya.


Aryuni hanya menggeleng kecil sebelum meneruskan kerjanya. Sengaja mahu membiarkan lelaki itu tertunggu dan merasa bosan.


“Yuni..” Panggil Asrul lembut. Tangannya bermain-main dengan bola kristal kecil diatas meja gadis itu. Aryuni langsung tidak menoleh.


“Yuni..” Masih sama. Aryuni buat-buat tak dengar. Asrul mendengus kecil.


Dia tersenyum semula selepas mendapat idea. Dia memanggil sekali lagi, “Yuni sayang….”


You nak apa?” Aryuni mengangkat wajah melihat Asrul. Wajahnya garang menampar pandangan Asrul yang masih tersenyum-senyum.


“Boleh pun tengok muka I..” Sengih Asrul menampakkan barisan giginya yang teratur.


“Hah, cepat cakap apa benda. I banyak benda nak buat ni. Takde masa nak layan you berbual kosong ni.” Kata Aryuni garang. Matanya tajam memandang wajah Asrul.


“Amboi garangnya…” Komen Asrul berseloroh. Aryuni menjegilkan mata memberi isyarat kepada lelaki dihadapannya yang dia memang memaksudkan kata-katanya tadi.


"Macam mana dengan cadangan I haritu?" Asrul tidak jadi mengusik lebih-lebih. Dengan gadis matahari ni jangan dibuat main.


"Apa?" Aryuni menyoal.


"You ni cepat lupalah. Belum lagi masuk empat puluh..."  Aryuni menghadiahkan pandangan tajam mendengar bicara Asrul itu. Tak sayang mulut mamat ni.


“Hujung minggu ni kita keluar date nak?” Asrul kembali bertanya. Takut juga dia melihat wajah kemerahan Aryuni menahan marah.


“Keluar date? Hello..” Aryuni sebut dengan nada jengkel. Tak kuasa aku nak date dengan kau!


“Kalau bukan official date pun bagilah I jumpa you, boleh kan?” Asrul pandang dengan pandangan mengharap.


“Eh, ni bukan jumpa? Yang tiap-tiap hari you datang sini tu bukan kira jumpa ke?” Soal Aryuni sinis.


“Jumpa macam ni bukan best. I nak keluar makan-makan dengan you. Tengok wayang ke…” Asrul bertanya dengan muka tak malu walaupun dia dah tahu apa jawapan Aryuni.


“Bosanlah I setiap hari nak mengadap muka you. Dahlah waktu kerja you ganggu I, ni waktu cuti pun you nak I tengok muka you?” Aryuni membalas dengan memek muka sekali. Untuk orang lain pasti terasa dengan kata-kata Aryuni. Tapi bagi Asrul dia rela diperlekehkan bagi memenangi hati gadis muda itu.


“Yuni, tak boleh ke you bagi I peluang?” Pinta Asrul dengan pandangan redup. Sudah bertukar mood romantika pula lelaki muda ni.


“Apa you ni?” Aryuni memasamkan muka. Tidak suka topik perbualan mereka saat ini.


“Buruk sangat ke I ni sampai you langsung tak terbuka hati nak berkawan dengan I?" Soal Asrul lagi. Wajahnya nampak sugul kini.


“Asrul, kita ni bukan kawan ke?” Aryuni cuba berlagak bersahaja walaupun jantungnya kini berdetak laju. Sungguh, dia tak pandai nak melayan orang yang nak berjiwang karat dengannya.


I bukan nak berkawan biasa-biasa dengan you. I nak kita lebih daripada kawan.” Asrul menekan kata-katanya. Hampir melompat jantung Aryuni mendengar luahan lelaki tampan didepannya itu.


“Kalau boleh I nak jadikan you sebagai isteri I, ibu kepada anak-anak I nanti.” Tambah Asrul lagi penuh keyakinan.


Aryuni diam tak terkata. Dalam hatinya hanya ALLAH yang tahu bergemuruh dadanya laksana petir dilangit dan betapa jantungnya berlari laju sekencang kuda berlari.


Tiba-tiba ketukan dipintu mengganggu suasana. Asrul dan Aryuni sama-sama memandang pada muka pintu yang sudah terjongol wajah Anis disitu.


Doc, Puan Joyce dah sampai.” Anis terus memberitahu dengan muka selamba.


Aryuni menghela nafas kelegaan. Thanks Anis menyelamatkan keadaan. Sempat hatinya berbicara.


Okay, thanks Anis. Give me another five minutes. Hantar dia ke bilik rawatan terus, nanti saya ke sana.” Anis mengangguk mendengar arahan majikannya itu. Selepas itu dia menutup semula pintu bilik tersebut.


I’m sorry Asrul. I have patient now.” Aryuni menolak kerusi ke belakang dan berdiri. Bersedia untuk ke bilik rawatan yang sudah dinanti pesakitnya.


“Hurm..” Gumam Asrul perlahan. Riaknya kelihatan betul-betul kecewa.


So about this weekend, can you make it?” Soal Asrul masih mengharap.


Let me think first. You come tomorrow, I’ll tell you how.” Aryuni memberi jawapan selamat. Kalau tidak, bertambah kecewa pula lelaki ni nanti. Simpati juga dia melihat wajah sugul Asrul yang tak jemu merayunya.


Wajah Asrul ceria kembali. Rasa macam tak percaya. Ada bunga-bunga positif dari kata-kata Aryuni tadi.


“Betul ni?” Soal Asrul teruja sampai terberdiri.


“Yelah. Esok you datang. Sekarang ni I ada kerja nak buat.” Aryuni menekan sedikit suaranya.


Thanks Yuni. Esok pagi-pagi I sampai. I harap sangat-sangat, please give me a chance.” Lirih suara Asrul dengan pandangan yang bisa menusuk jiwa gadis-gadis yang memandangnya. Tapi tidak si bunga yang bernama Aryuni Mentari.


“Hurm..” Aryuni hanya menggumam.


“Dah you pergilah balik.” Aryuni mula menaikkan suara bila Asrul masih tercegat dihadapannya dengan senyum yang melebar.


“Eh, okay. I keluar dulu. Assalamualaikum.” Asrul tersedar. Lantas dia melangkah keluar dari bilik Aryuni.


Aryuni hanya mengeleng kecil. Salam lelaki itu dijawab dalam hati. Dia mengambil kot putih labuhnya yang tersangkut dipenyangkut disudut dinding lalu disarungkan ke tubuh langsingnya. Tangannya disarung dengan sarung tangan getah yang baru. Fail rekod laporan milik pesakitnya dibawa bersama ke bilik rawatan.

*Komen-komen sikit kawan-kawan...TQ...TQ buat Yong Jiao Xiu atas teguran..ni bahagian yg dah diedit balik..*

~L.O.V.E & F.A.I.T.H~
ad_dEen

6 comments:

  1. sorri 2 say, tp n3 kali ni agak boring sikit..

    ReplyDelete
  2. nak taw kisah is dgn zaira..bile is nak berubah jd baik sikit dgn zaira?

    ReplyDelete
  3. alahai writer.. kenapa xde cite pasal is ngn zaira... puas saye tunggu seminggu utk tau cite diaorang..
    writer nnt kasi entry pasal is ngn zaira panjang2 okey :)

    ReplyDelete
  4. hohoho ryan gan aryuni ke? or asrul? rasa mcm menyampah je gan asrul tu. er hehehe. kira berjaya la addean wat cter. hurm suka ryan gan aryuni. kot la ryan masuk islam secara senyap. mana tau kan(request ni sebnrnya).
    ada typo error utk: breakfirst-breakfast.
    determination patut guna determined sebab kata sifat(adjective).
    angle-sudut,rasanya addean nak guna angel-malaikat kan.
    klo letak if...tambah je -will come again.

    ReplyDelete
  5. betul2~nape takde ceta sal is dan zaira kak?next entry kasi ceta pasal is dan zaira panjang2 ek...owkay:)

    ReplyDelete
  6. Saya suka sangat dengan e-novel awak nie...bila ianya nak diterbitkan...sentiasa menyokong awak dan BBM...teruskan berkarya...

    ReplyDelete