Monday, November 14, 2011

Bahagia Bukan Milikku 20

BAB 20

Iskandar masih termenung dikerusinya. Jam ditangan sudah melewati pukul 11.30 pagi. Masih banyak waktu sebelum waktu rehat tengah hari.Clientnya baru sahaja pulang tanpa sempat dia belanja makan tengah hari.

Dia masih selesa duduk-duduk di sebuah meja di Starbucks di tingkat bawah pusat membeli-belah Alamanda. Diluar sahaja kelihatan dia santai, namun dalam hati hanya dia dan ALLAH yang mengetahui. Betapa gundah hatinya memikirkan kejadian di rumah pagi tadi.

Teringat dia akan perbualannya dengan clientnya, Deborah Tan. Mujur sahaja wanita itu memahami.

"Are you okay Mr. Iskandar?" Suara Deborah dihadapannya itu menyedarkan kembali lamunannya.

"Yes, I'm fine." Iskandar tersentak. Tangannya mengambil fail yang terbuka diatas meja. Ingin kembali fokus pada perbincangan mereka yang tergendala tadi apabila pelayan menghantar minuman yang dipesan.

"Okay.." Deborah kurang yakin. Namun diteruskan juga temujanji mereka memandangkan perbicaraan kes ini akan berlangsung di mahkamah tiga minggu sahaja lagi. Satu tempoh yang amat singkat.

Iskandar kembali mencatat penerangan-penerangan dari wanita Cina yang dalam lingkungan pertengahan umur tiga puluh itu. Dia kelihatan khusyuk dengan pen ditangannya.

Sesekali bicara Deborah terhenti ingin menyedut Ice Caramel Macchiato yang dipesannya. Senggang waktu hening antara mereka itu membuatkan fikiran Iskandar kembali mengingati Zaira dan Aryuni.

"Kau betul ke dah terima bini kau tu?" Aryuni menyoal semasa mereka berdua dalam perut lif.

"Maksud kak Yuni?" Iskandar bimbang Aryuni terbau akan tembelangnya.

"Yelah kahwin cara kau ni, kau dah sepenuh hati terima dia?" 

"Sepenuh hati tu belum lagilah. Masih banyak waktu kak..." Iskandar lega.

"Siapa nama bini kau tu?"

"Zaira.."
"Nama penuhlah!" Aryuni merengus. Yang itu aku pun tahu.

"Er, Zaira Zalika." Sebutan Iskandar sedikit gagap bila cuba memutarkan kembali ingatannya pada nama penuh isterinya itu yang baru sekali sahaja disebutnya.

"Hurm, cantik." 

Iskandar terkejut mendengar pujian ringkas kakaknya itu. 'Dia puji Zaira cantik? Really? Ah taklah, kak Yuni puji nama dia cantik.' Iskandar cuba menyedapkan hati.

"Berapa umur si Zaira tu?" Aryuni mula membiasakan lidahnya menyebut nama isteri adiknya itu. Tidak menggelarnya 'bini kau' yang kedengaran agak kasar itu.

'Jika Iskandar bahagia, apa salahnya dia tumpang gembira!' Bisik hatinya perlahan.

"Huh?" 

"Zaira tu, berapa umur dia? Akak tengok macam muda je lagi. Jangan cakap kau kahwin budak sekolah pulak." Aryuni menekan kata-katanya.

"Er..." Iskandar gugup. Berbelah bagi samada mahu merahsiakan ataupun tidak.

"Kau kenapa?" Aryuni menoleh pada adiknya itu.

"Ting!" Pintu lif terbuka di ruang parkir.

Iskandar langsung tidak menjawab soalan kakaknya tadi. Dia kelihatan tergesa-gesa mahu mendapatkan keretanya. Aryuni yang tidak berpuas hati mengekor langkah Iskandar yang kian laju.

"Kau tak jawab lagi soalan akak tadi Is." Aryuni persoalkan kembali setelah mereka berdiri dipintu CR-V hitam Iskandar.

"Apa dia?" Iskandar buat-buat tanya.

"Zaira tu, umur dia berapa?" 

"Lapan belas." Jawab Iskandar senada. Dia malas mahu mengelak lagi.

"Biar betu Is?" Mata Aryuni membulat tidak percaya.

"Yelah, betullah tu. Apa yang tak betulnya." Iskandar menolak sedikit tubuh kakaknya yang menghalang pintu. Dia membuka pintu belakang dan meletak briefcase yang dibawanya.

"Dia baru lepas sekolah?" Aryuni soal lagi untuk kepastian.

"Ye, 18 kak. Eighteen." Iskandar menggerakkan jarinya melukis angka '18' diudara.

"Er.." Aryuni hilang bicara.

"Okaylah kak. Is pergi dulu, dah lambat sangat ni." Iskandar membuka pintu ditempat memandu. Bersedia mahu berangkat ke pejabatnya.

"Jalan dulu kak Yuni, assalamualaikum." Iskandar menarik tangan kakaknya untuk bersalam. Gadis itu masih kelihatan kaku apabila Iskandar sudah menutup pintu keretanya. Enjin kereta dihidupkan.

"Akak menung apa lagi tu?" Aryuni tersedar. Matanya memandang pada wajah Iskandar yang sedang merenungnya.

"Hati-hati drive tu." Aryuni berpesan.

"Bye kak." Iskandar kembali menaikkan cermin tingkap CR-V. Kemudian, dia terus memecut meninggalkan kotak parkir yang bertanda dengan nombor plat keretanya.

Aryuni mendekat pada keretanya selepas CR-V Iskandar menderu meninggalkan kepulan asap. Selepas itu, Honda Jazznya bergerak meninggalkan kondominium itu menuju ke kliniknya yang tidak jauh dari situ. Dalam benaknya masih sarat memikirkan tentang adik dan adik iparnya itu.

"Mr. Iskandar." Deborah menggoyangkan tangan Iskandar yang berada diatas meja.

Lelaki itu benar-benar terkejut dengan sentuhan pada lengannya. Terus dihambat pergi lamunan panjangnya tadi. Hilang sudah wajah kakaknya dari pelupuk mata. Didepannya kini jelas kelihatan wajah Deborah Tan yang nampak terpinga-pinga.

"Are you with me?" Soal Deborah lagi.

"Er, kita dekat mana tadi?" Iskandar sedikit tergagap.

"Mr. Iskandar, is there anything that bothering you this moment?" Deborah Tan mengeluh pendek. Matanya memandang tepat wajah terkulat-kulat Iskandar.

"I'm really-really sorry ma'am. It won't happen again, I promise." Iskandar memohon. Sebelah tangannya diangkat seperti membaca ikrar. Dia rasa benar-benar bersalah.

“Hurm.” Deborah menyandar pada kerusinya. Tangannya bersilang memeluk tubuh.

You don’t look okay Mr. Iskandar.” Deborah berkata dengan wajah yang agak tegang.

Iskandar makin resah. Mungkin sahaja wanita itu bengang dengannya diatas sikap tidak acuhnya dengan perbincangan yang sedang berjalan. Rasa bersalah menebal didalam jiwa. 

I’m truly sorry. Let’s continue our discussion.” Iskandar  benar-benar ingin fokus kini. Buku catatan diatas meja ditarik mendekat dan tangan kanannya sudah memegang sebatang pen. Bersedia mencatat setiap butir bicara clientnya itu.

Deborah masih menyandar dikerusinya. Matanya masih tidak lepas dari memandang wajah Iskandar.

Mr. Iskandar, I think we should stop here first.” Deborah berkata tenang.

Muka Iskandar berubah terkejut. ‘Oh, apa yang aku dah buat ni. Ni semua sebab kau Zaira. Sebab kau aku hilang fokus macam ni. Shit!’ Hati Iskandar membentak marah. Tidak semena-mena dia menyalahkan Zaira pula.

Please ma’am..I’m reallly sorry..” Wajah Iskandar bertukar riak. Benar-benar terkilan kerana tidak dimaafkan. Makin menebal rasa bersalahnya.

No, it’s okay Mr. Iskandar. You don’t look comfortable now.” Deborah bangkit dari menyandar.

But…” 

It’s okay. I understand your situation. We’ll discuss about this later. Take your time.” Deborah meyakinkan Iskandar. Dia kasihan dengan Iskandar. Mungkin sahaja lelaki itu sedang tertekan, atau ada perkara lain yang menjadi keutamaannya. 

I really don’t mean it.” Iskandar menundukkan kepala.

It’s nothing Mr. Iskandar. Beside, I’m the one who should say sorry. Tiba-tiba je nak buat temujanji hari ni.” Deborah cuba menenangkan hati Iskandar.

Ya betul juga, fikir Iskandar. Sedang dia dalam perjalanan ke pejabat tadi, tiba-tiba mendapat panggilan dari wanita itu untuk berjumpa di Alamanda. Dia bersetuju memandangkan dia memang agak malas mahu berada di pejabat. Selepas kata sepakat diambil, dia singgah di pejabat dulu untuk mengambil beberapa dokumen sebelum memandu semula ke Putrajaya.

Tidak sampai satu jam temujanji mereka, Deborah sudah meminta diri.

So, tomorrow we’ll meet at my office at 10.00 a.m.” Deborah mengesahkan sekali lagi.

Yes, I’ll be there on time. By the way, thank you so much. I really appreciate that.” Iskandar bersungguh menyatakan rasa terima kasihnya. 

No biggies. See you tomorrow. Try to solve your problems and don’t push yourself too much. Bye then.” Deborah sempat memberi pesanan sebelum dia bangkit berlalu meninggalkan ruang Starbucks yang masih lengang. Iskandar menghantar wanita itu dengan sorotan mata sehingga tubuh wanita yang berskirt paras lutut itu hilang dari pandangan.

Iskandar menghela nafas berat. Kocek seluarnya diseluk dan mengeluarkan satu kotak merah. Sebatang objek putih dikeluarkan dari kotak itu sebelum dikepitkan dicelahan bibirnya. Dia menyalakan rokok Dunhill itu dengan lighter yang diambilnya dari poket kemeja. Lalu disedut dalam-dalam objek putih itu sebelum melepaskan kepulan asap ke udara. Kemudian berkali-kali dia melakukan perkara yang sama sehingga deringan telefon yang membingit mengganggunya.

Hello, assalamualaikum.” Iskandar menjawab lemah. Sempat bibirnya berdesis sebelum mengangkat panggilan itu tadi.

“Waalaikumussalam. Kau dekat mana ni?” Tanya suara dihujung talian.

“Alamanda.”

“Ah, jauhnya. Baru nak ajak lunch sama.” Suara Izzat merendah.

“Nak belanja ke?” Iskandar menyakat.

“Cett!” Iskandar balas dengan gelak yang agak kuat.

“Takpelah, lain kalilah jumpa.” Izzat berkata selepas ketawa Iskandar reda.

“Ada hal penting ke?” Iskandar menonyoh puntung rokoknya ke dalam ashtray diatas meja.

“Takdelah. Saja, rindu dekat kau. Haha!” Izzat pula gelak besar selepas berkata begitu.

“Mereng kau ni tau tak.” Iskandar membalas geram.

“Mereng-mereng pun bukan orang lain, kawan kau jugak..” Izzat meleretkan bicara.

“Kau smoke ke tu?” Izzat bertanya bila terdengar bunyi hembusan dicorong speaker.

“Eh, mana ada!” Cepat Iskandar menyangkal.

“Ni bila nak berhenti ni? Haritu cakap nak berhenti.” Suara Izzat meninggi.

“Alah, nanti aku stoplah..” Iskandar jawab acuh tak acuh.

“Hish dia ni..” Sungut Izzat. Iskandar hanya diam mendengar. Batang rokok kedua yang dihisapnya itu disedut dalam-dalam.

Okaylah Is, jumpa lain kali. Petang ni macam biasa nak tak?” Izzat bertanya.

“Hurm, petang ni malaslah. Esoklah kita main.” Iskandar memang agak malas mahu bermain tenis petang nanti. 

“Okaylah. Jumpa Jumaat ni kat court biasa.” Izzat bersetuju.

“Eh, chow dulu. Ada kerja sikit. Assalamualaikum.” Izzat sudah mahu menamatkan perbualan.

“Okay, waalaikumussalam.” Balas Iskandar. Butang merah ditekan. Handphonenya diletakkan semula ke atas meja.

Dia masih berfikir-fikir mahu buat apa lepas ni. Perutnya berkeriuk kecil. Agak lapar memandangkan pagi tadi dia hanya menjamah beberapa keping roti Gardenia. Selepas menghabiskan sedutan rokok kedua, Iskandar bangkit berlalu meninggalkan restoran Starbucks. Dia ingin mengisi perutnya yang lapar dengan masakan Melayu yang mampu mengecur liurnya.

++++++++++++++++++++++++++

Petang itu, Iskandar memandu semula ke Jalan Raja Laut untuk ke Hanum, Francis & Co. selepas bertawaf sekitar jalan-jalan pusat Bandar tanpa arah tujuan. Tepat pukul 3.45 petang dia sampai ke pejabatnya.

“Eh, masuk office balik Encik Is?” Asyikin menyoal bila melihat lelaki itu masuk dengan menjinjit segala macam fail dan briefcase ditangan.

“Hurm..” Iskandar hanya mengangguk sebelum berlalu ke biliknya.

Di dalam bilik, dia membuka sebuah fail kes yang sedang dikendalikannya. Kes langgar lari yang dia sukarela ambil alih dari Khairil haritu.

Tak lama kemudian, Iskandar mula khusyuk dengan kerja-kerjanya. Buat seketika, segala masalah yang baru melanda lenyap dari benaknya dengan kesibukannya membuat pelbagai research untuk memenagi kes yang diwakilinya itu semasa perbicaraan nanti.

Iskandar menelengkan kepalanya ke kiri dan kanan. Sudah terasa lenguh-lenguh lehernya itu. agak lama dia hanya memandang monitor diatas meja dan kemudian tunduk mencatat maklumat penting dalam buku catatannya. Dia meregangkan pula otot lengannya yang kebas. Tubuhnya disandarkan seketika ke kerusi sambil memejam mata. 

Ketukan dipintu menyentakkan Iskandar yang hampir terlena. Dia mengarahkan masuk selepas membetulkan duduknya.

“Ada apa Syikin?” Soal Iskandar melihat Asyikin terjengul dimuka pintu.

“Encik Is tak nak balik lagi ke?” Asyikin menyoal. Iskandar mengerutkan dahi. Matanya cepat beralih ke bahagian bawah kanan monitor. 

“Dah pukul 6.30 petang? Biar betul!” Mata Iskandar membulat.

“Saya ingat Encik Is dah balik tadi. Dah lewat ni.” Asyikin masih memegang tombol pintu.

“Awak balik lambat juga ke?” Soal Iskandar kepada gadis itu.

“Nak balik dah. Saya pelik tengok bilik Encik Is masih menyala, tu yang saya jenguk. Semua orang dah balik.”

“Hurm, kejap lagi saya baliklah. Ada sikit lagi nak habiskan ni.” Iskandar berkata lemah.

Okaylah, kalau macam tu saya balik dulu Encik Is.Take care, assalamualaikum.” Ucap Asyikin. Iskandar mengangguk. Gadis itu menarik rapat semula bilik Iskandar sebelum dia berlalu mahu pulang.

Iskandar bangun berdiri. Solat Asar belum ditunaikannya lagi. Hampir terlupa. Dia bergerak keluar menuju ke ruangan surau. Jika Asyikin tidak menjengah tadi, pasti sahaja dia terlepas. Mujur sahaja Zohor tadi dia singgah di masjid sebelum datang ke pejabat.

Sepuluh minit kemudian, Iskandar meraup wajahnya mengaminkan doa. Dia masih duduk berteleku diatas sejadah. Mahu menunggu disitu sahaja sehingga Maghrib tiba. Tinggal beberapa minit sahaja lagi.

Duduk-duduk begitu, Iskandar mula teringat kata-katanya pagi tadi kepada Zaira. Apa agaknya yang isterinya itu fikir bila dia sebut tentang ‘plan’. Jangan perempuan tu ingat betul sudah omongannya tadi. Dia cuma mahu Aryuni tidak singgah lagi di kondominiumnya itu, sebab itu dia berkata begitu.

“Huhh..” Iskandar mengeluh perlahan.

Dia melihat jam ditangan. Maghrib sudah pun masuk. Tanpa berlengah, Iskandar mula berdiri mahu menunaikan solat Maghribnya. Selepas ini bolehlah dia meneruskan kerjanya semula.

Usai solat, Iskandar balik ke biliknya semula. Tubuhnya segar kembali. Dia kembali bersemangat untuk meneruskan kerjanya semula. Sekali lagi dia hanyut dengan keasyikannya mengiapkan tugas-tugasnya yang masih berlambak tidak disiapkan.

+++++++++++++++++++++++++++

Zaira kelihatan begitu sibuk didapur. Sekali-sekala dia menyeka dahinya yang dibasahi peluh. Sambil-sambil itu dia mengerling ke arah jam dinding yang dirasakan amat lambat berdetik. Bibirnya dari tadi tidak henti tersenyum sendiri.

Sekejap-kejap dia memotong sesuatu di meja diruang tengah dapur itu, sekejap-sekejap dia meluru ke dapur gas mengacau sesuatu diatas api. Keadaan dapur juga kelihatan agak tidak terurus. Semuanya berlaku kerana disebabkan oleh kata-kata Iskandar sebelum meninggalkan rumah tadi.

Zaira tersenyum lagi. Dalam hati berbunga riang. Matanya kembali terarah ke jam bulat didinding. Ingin segera masa berlalu supaya hatinya tidak sekencang ini berdebar-debar menantikan Iskandar pulang. Tidak sabar dia dengan ‘plan’ Iskandar buat mereka berdua.

Dia segera menyudahkan kerja-kerjanya didapur memandangkan waktu Maghrib hampir sahaja tiba-tiba. Takut juga segala persiapannya tidak menjadi andaikata Iskandar pulang awal hari ini. Selesai memadamkan api dapur, dia bergerak ke bilik air untuk berwudhu. Baik bersolat dulu sebelum apa-apa.

Sepuluh minit kemudian, Zaira menapak semula ke dapur. Terkejut juga dia melihat dapur yang telah disepahkannya. Tidak sangka sampai begitu sekali dikerjakannya. Teruja benar nampaknya. Zaira mula membersihkan ruang dapur yang berselerakan. Segala periuk belanga yang digunakannya dibersihkan sebaik-baiknya.

Zaira mempercepatkan lagi kerja-kerjanya apabila melihat jarum jam yang sudah menginjak hampir pukul 8.00 malam. Dia harus cepat. Lauk-pauk yang dimasak tadi dihidang cantik  diatas meja. Setelah berpuas hati, dia menutup meja dengan tudung saji.

Kemudian dia bergerak ke bilik berniat membersihkan diri. Serabai benar keadaannya tika itu. Mujur sahaja Iskandar masih belum pulang. Kalau tak, mungkin sahaja lelaki itu terkejut beruk melihatnya.

Setengah jam kemudian, Zaira melangkah semula ke ruang hadapan. Solat Isyak juga sudah dikerjakannya sekali. Sekarang, waktu menanti kepulangan Iskandar. Jantungnya kembali berdebar-debar.

Jika Iskandar ada plan, dia juga ada plan sendiri buat suaminya itu. Entah apa yang merasuknya, dia tergerak hati mahu memasak sesuatu yang istimewa buat suaminya itu. Berani betul dia. Dia buat semua ni semata-mata ingin segalanya menjadi lebih istimewa. Zaira masih berdebar memandang ke pintu dari sofa yang diduduknya.Bila-bila masa sahaja lelaki itu akan muncul. Semakin masa melewati, semakin kuat debaran dihatinya itu. Bibirnya sedari pagi tadi tidak henti melebarkan senyum manis.

Seharian dia memikirkan akan kelogikan tindakannya itu. Berkali-kali dia berdoa memohon kepada ALLAH. Selepas mengerjakan solat Asar tadi, otaknya masih tidak berhenti berfikir. Antara percaya dengan tidak sahaja dengan layanan baik Iskandar tadi sebelum pergi kerja. Memikirkan kelainan layanan itu, Zaira menolak segala bisikan-bisikan hatinya yang sangsi dengan perubahan mendadak Iskandar. Setelah ditimbang tara, akhirnya dia membuat keputusan. Dan hasilnya apa yang sedang terhidang diatas meja sekarang dan apa yang dibuatnya sekarang, menanti Iskandar pulang.

Waktu semakin berlalu. Zaira makin keresahan dengan penantiannya. Buat seketika dia merasakan akan ketidakwajaran keputusannya itu. Entah sahaja Iskandar sekadar bermanis mulut tadi mahu menyelindung duduk perkara sebenar dari pengetahuan kakak iparnya. Benarkah begitu?

Kepala Zaira semakin diasak dengan pelbagai persoalan dan andaian. Hatinya sudah berbolak-balik. ‘Arghh kenapa ini semua yang berlaku. Aku baru sahaja ingin mengecap bahagia.’ Bentak hatinya.

+++++++++++++++++++++++++++++

Iskandar membuka perlahan-lahan grille rumahnya. Selepas menyimpan kasut didalam almari, dia membuka pintu kayu dengan penuh hati-hati. Cahaya lampu yang masih menerangi ruang rumah menimbulkan tanda Tanya dibenak Iskandar.

‘Dah pukul sebelas lebih takkan tak tidur lagi?’ Hati Iskandar bertanya.
Mata Iskandar tertancap pada tubuh Zaira yang terbaring disofa orennya. Perlahan-lahan dia menutup daun pintu semula dan memulas punat kunci. Dengan berhati-hati dia melangkah mendekati tubuh Zaira.

‘Tidur rupanya.’ Bisik Iskandar melihat tubuh Zaira yang kaku dengan mata terpejam.

‘Apsal pulak dia tidur dekat sini? Tunggu aku balik? Impossible.’ Iskandar menggeleng tidak percaya.

Iskandar membuang pandang kearah meja makan. Tudung saji yang tertekup elok diatas meja menggamit perhatiannya. Masih dengan langkah yang perlahan, dia berjalan ke meja makan. Tudung saji diangkat cermat tidak mahu menimbulkan sebarang bunyi.

Mata Iskandar hampir membulat melihat hidangan yang tersedia. Kelat dirasakan liur yang ditelannya. ‘Zaira masak semua ni?’ Soal hatinya. 

Tubuh Zaira yang enak tidur dipandang tidak berkelip dari meja. Cuba menafsir tujuan gadis itu menyediakan hidangan makan malam sedemikian rupa. Kecur juga liurnya melihat pelbagai menu yang terhidang.

Tak lama, Iskandar mengeluh perlahan. Pasti gadis itu percaya akan apa yang dikatakannya pagi tadi. Iskandar menapak ke suis lampu. DIa memadamkan lampu yang menerangi ruang tamu dan dapur. Hanya lampu di meja makan yang dibiar terpasang. Perlahan-lahan dia mendeat pada Zaira yang masih tidak sedar akan kepulangannya.

Wajah gadis itu diperhati dalam-dalam. Semakin lama dipandang, semakin dia terbuai dengan suara halus yang berbisik dihatinya. 

‘Kau cantik.’ Bibir Iskandar tersenyum kecil. Dia setuju dengan pendapat kakaknya.

Iskandar tiba-tiba tersedar. Dia cepat-cepat menggeleng. Tak waras ke apa aku ni? Dia menapak ke belakang menjauhi sofa.

‘Tak mungkin! Dia tak layak untuk aku angkat dia sebagai isteri?’ Hati Iskandar membentak. Demi ALLAH dia tidak percaya akan rasa yang baru menjentik jiwa.

Segera Iskandar berlalu ke bilik tidurnya. Tidak mahu termakan dengan suara hati yang sudah pandai melawan tuan badannya sendiri. Sampai dibilik dia terus menghempaskan tubuhnya diatas tilam. Matanya dipejamkan cuba memadamkan wajah Zaira dengan kegelapan yang tercipta dibalik matanya dan dengan bilik yang tak bercahaya.

Damn!” Jerit Iskandar dengan suara tertahan. Wajahnya diraup kasar berulang kali.

++++++++++++++++++++++++++

Zaira memisat-misat matanya. Dia pejam celik matanya buat seketika memerhati keadaan sekeliling. Apa yang berlaku ni? Soal hatinya.

Dia baru teringat. Semalam dia menanti Iskandar. Ahh, sudah pukul berapa ni? Pantas Zaira bingkas bangun dan matanya ditalakan pada jam didinding. Dari kesamaran cahaya lampu pada meja makan dia dapat melihat jarum jam yang menunjuk pada nombor. Sudah pukul 2.30 pagi?

“Macam mana aku boleh tertidur ni? Ish!” Marahnya pada diri sendiri.

Zaira tersedar bila mengamati ruang tamu dan dapur yang gelap. Iskandar pasti sudah pulang. ‘Kenapa dia tak kejutkan aku?’ Zaira tertanya.

Matanya dibiar lama berlabuh pada laluan selebar lima kaki ke bilik tidur. Dia terkaku berdiri. Setelah agak lama dia tersenyum sendiri akhirnya. Kakinya dibawa pula ke meja makan. Tudung saji diangkat dan diletakkan ke tepi. Kali ini senyumnya bertukar ketawa kecil. Dia gelakkan kepada diri sendiri.

Pinggan mangkuk yang terisi masakan-masakannya petang tadi dibawa ke kabinet dapur. Zaira mengasingkannya ke dalam tupperware dan dia simpan kesemuanya ke dalam peti ais. Setelah itu, dia membasuh segala pinggan mangkuk kotor didalam sinki. Meja makan juga sudah dibersihkannya. Dilap sebersihnya tidak tinggal sebarang kuah yang tertumpah pun disitu. Kini ianya kosong tanpa apa-apa pun. Tudung saji disangkut didinding bahagian dapur basah. 

Perlahan-lahan dia merapati dinding. Lampu dimeja makan dipadamkan. Suasana menjadi gelap tiba-tiba. Hanya diterangi cahaya samar dari koridor luar. Dengan langkah yang longlai Zaira menapak ke bilik tidurnya. Dia membentang toto ke lantai selepas menutup pintu bilik tadi.

Selepas menyediakan tempat tidur, dia memadam semula lampu yang menerangi biliknya itu. Tubuhnya didudukkan diatas toto yang terbentang. Tangannya sedikit menggeletar mencapai bantal yang selama ini menjadi alas kepalanya berbaring. Bantal itu dirapatkan ke dada. 

Air mata yang sejak tadi ditahan sudah menodai pipinya kini. Zaira menekupkan mukanya pada bantal. Pelukan pada bantal diperketakan lagi. Dia menghamburkan segala tangisnya disitu bersendirian. Tahulah kini yang bicara Iskandar pagi tadi tiada makna apa-apa. Hanya dia yang perasan sendiri. Kenapalah dia terlalu bodoh mempercayainya.

Zaira menjatuhkan tubuhnya atas toto. Wajahnya masih tiak dilarikan dari permukaan bantal. Esakannya masih kedengaran disitu. Puas dia cuba menahan, namun air matanya masih degil. Tetap mahu keluar walau berkali-kali dia memarahi hatinya. Lenjun sudah bantalnya dengan air mata.

Ya ALLAH kau kuatkanlah aku. Andai aku tidak layak untuk rasa yang telah Kau campakkan ke dalam jiwaku, ambillah semula dan jauhkanlah ia dariku. Sesungguhnya aku insan lemah yang miskin lagi naïf untuk mengenalinya.

13 comments:

  1. kesiannye kat zaira.. harap2 nnt is akan sedar ape yg dia lakukan pada zaira..
    cepatlah is jatuh cinta kat zaira..
    writer next entry please :)

    ReplyDelete
  2. kesian zaira...sedih dia, is tk sedar ke yg zaira tu baek???masih tak cukp lagi ke bukti yg membolehkan is tahu bahawa zaira aka isteri dia tu baek???...(ambillah semula dan jauhkan ia dariku..)

    ReplyDelete
  3. ala kesiannye awak zaira..naifnya awak..xpe lepas ni xpayah peduli pasal is lagi..buat-buat tak tahu sudah la...ishk..iskh..

    ReplyDelete
  4. kesiannya zaira.huhuhu.tak payah la peduli sgt kat is tu. wat bengkak hati je. buat penyakit dtg je klo dok pendam perasaan mcm tu.
    next..next...next nak lagi...hehehe..rasa tak sabar2 nak tau ni. apa lagi yg bakal berlaku ya.

    ReplyDelete
  5. mantop la kak, time part zaira menangis tue, btul3x mcm realiti ni, pernah berlaku, terkejut juga time membacanya..hehe tahniah kak..

    ReplyDelete
  6. nak lagi cepatlah sambung.. aduhai kesiannya Zaira
    tabahkanlah hatimu Zaira. Mesti ada hikmah di
    sebalik ape yg terjadikan?

    ReplyDelete
  7. kesiannya kat zaira...kenapa la is nie...apa pun kita tunggu next en3...x sabar rasanya...gud job to Addeen...

    ReplyDelete
  8. siannye kat zaira.. is ni xde sikit ke perasaan suka kat zaira nie.. :'(
    addeen... tolong la post entry cepat sikit... lame sangat nak tunggu skali seminggu.. next3...

    ReplyDelete
  9. ciannye zaira..pasni cube zaira plk jgn layan sgt si is ni..jual mahal sikit zaira..asyik zaira je yg mengalah..is ni ego, sj je nak jauhkan perasaan die dr zaira, kan?

    ReplyDelete
  10. pity zaira..smp bile is nak ego??smp fendi klr dan cr zaira utk balas dendam ke??come on la is!!b a real man.haha~~

    ReplyDelete
  11. jahatt nyaaaa is ! Aigooo . Siku laju laju kangg

    -,-

    ReplyDelete
  12. kak tajuk ni ckp *bahagia bukan milikku* betul ke zaira x bahagia langsung?? sedihnya.. klu boleh tukar tjuk .. zairah mesti bhgia.... !!!

    ReplyDelete
  13. kak...cepat la sambung entry nie..
    xsabar nak tau citer selanjutnye..
    bagi la is tu berubah.. sian kat zaira, rupenye zaira syok sendiri je dgn 'plan' si is tu.. is tu pon satu...bukan nak jage hati zaira langsung...
    next!!!

    ReplyDelete