Friday, August 12, 2011

Cinta Dahulu dan Selamanya 12

BAB 12

Syafina menuruni tangga bas Plusliner KL-Ipoh dengan senyuman mekar. Alhamdulillah dia selamat sampai ke negeri kelahirannya itu. Kemudian matanya meliar memandang sekeliling. Handphone ditangan mula mendail nombor milik suaminya.

“Assalamualaikum. Awak dekat mana?” Tanya Syafina.

“Waalaikumussalam. Ni dekat teksi-teksi ni. Nampak tak?” Fahim berkata. Tangannya diangkat melambai ke  arah Syafina. Dari jauh dia sudah dapat mengecam isterinya itu.

“Oh, nampak. Okay tunggu kejap.” Syafina sudah dapat menangkap kedudukan Fahim. Butang merah ditekan. Dia pantas berjalan untuk mendapatkan suaminya yang sudah menanti.

Syafina tunduk menyalami tangan suaminya. Fahim membantu memasukkan beg yang dibawa oleh isterinya itu ke dalam bonet. Satu beg sandang dan satu beg pakaian yang tidak sebesar mana. Kemudian mereka terus lenyap didalam kereta untuk pulang ke rumah keluarga Fahim.

“Siapa ada dekat rumah?” Soal Syafina.

“Ada mak, ayah dengan Fana.” Fahim menoleh seketika isteri disisi.

“Fana balik?” Syafina senyum gembira. Seronok juga ada adik iparnya itu. Tidaklah dia sunyi nanti.

“A’ah. Biasalah hujung minggu macam ni. Fana tu mana nak jauh dengan ayah.” Fahim tersenyum memberitahu perihal adik bongsunya itu.

Syafina hanya mengangguk. Dia sudah tahu benar dengan perangai adik bongsu Faja yang manja tu. Teringat dia cerita Faja dulu mengenai Fana yang menangis tak henti-henti ketika mahu dihantar ke sekolah tadika dulu. Syafina tergelak kecil.

“Gelak kenapa pulak tu?” Fahim menyoal apabila terdengar ketawa halus isterinya.

“Tak, ingat perangai Fana kecil-kecil dulu. Kelakar.” Syafina masih senyum. Fahim juga mengukir senyum. 

“Awak, kita singgah mana-mana kejap. Beli buah ke apa.” Syafina berkata tiba-tiba. Jemarinya spontan memegang lengan Fahim.

“Eh, nak buat apa? Dekat rumah tu banyak dah.” Fahim menoleh sekilas wajah isterinya. Dahinya dikerutkan. Tangan isterinya masih melekap pada lengannya. Hatinya tersenyum gembira. Pasti isterinya masih tidak perasan dengan tindakan spontannya itu.

“Takdelah. Rasa macam tak best pulak datang tak bawa apa-apa.” Syafina mengeluh kecil.

“Takde apalah. Bukan rumah orang lain pun.” Fahim sedikit ketawa.

“Tapi…” Wajah Syafina berubah mendung. Segan pula dia bertandang ke rumah mertua tanpa membawa apa-apa.

“Mak tu sikit pun tak kisah. Awak janganlah risau.” Fahim cuba memujuk.

“Kita singgahlah kejap.” Kini Syafina seolah merayu. Kedua tangannya dipaut pada lengan suaminya. Fahim menoleh pada lengannya seketika.

Cepat-cepat Syafina mengalih tangan apabila tersedar akan tindakan spontannya itu. Pipinya terasa berbahang. ‘Aduh malunya. Macam mana aku boleh pegang dia ni.’ Desis Syafina kecil.

“Okaylah. Kita singgah kejap dekat Billion depan ni. Okay?” Fahim menyoal. Dia hampir menghamburkan ketawa melihat gelagat Syafina yang resah dikerusinya. Mungkin malu dengan tindakannya tadi.

Syafina hanya mengangguk. Dia tidak berani bersuara lagi.

Syafina menggumam marah. Geram dengan tindakan Fahim membayar harga barangan yang diambilnya. ‘Aku yang nak beli dia pulak sibuk bayar. Kalau macam ni baik tak payah beli. Sama jugak bukan dari aku.’ Omel Syafina lagi. Mulutnya tetap memuncung masuk ke dalam kereta.

“Awak ni, dah macam mulut itik saya tengok.” Fahim sengaja mengusik. Dia tahu isterinya marahkannya.

“Sama je kan kalau saya yang bayar. Awak tu belajar lagi.” Fahim masih bersuara walaupun tiada respon dari Syafina.

“Mengadalah awak ni.” Syafina berkata geram. Fahim lega akhirnya Syafina mahu bercakap juga.

“Okay, lain kali saya tak buat lagi.” Fahim mengangkat kedua tangannya tanda menyerah. Gelihati juga dengan rajukan isterinya itu. Ish, entah bila lagi dia dapat rasakannya. Syafina menjeling.

“Boleh kita gerak sekarang?” Fahim menyoal. Enjin kereta sudah lama dihidupkan.

“Jalan jelah.” Syafina bersuara garang. Fahim tergelak sebelum menekan pedal minyak. Kereta meluncur laju menuju ke rumah Encik Faizal di Taman Rapat Setia.

“Okay kita dah sampai.” Sepuluh minit kemudian Fahim sudah berhenti didepan pagar rumahnya. Syafina membetulkan tudungnya dari cermin sisi.

“Afin tolong bukak pagar kejap.” Lembut Fahim meminta. Pantas Syafina melangkah keluar dan menolak pagar rumah. Selepas ditutup semula dia terus ke bonet kereta untuk mengeluarkan barang-barangnya.

Fahim mengambil beg pakaian isterinya itu. Matanya dienung tajam pada isterinya itu memberitahu agar gadis itu patuh pada arahannya. Syafina mengeluh kecil. Beg plastik yang terisi buah-buahan yang dibeli tadi diambilnya dari seat belakang.

“Kak Afin!” Tiba-tiba suara Fana terjerit didepan pintu rumah. Syafina tersenyum memerhati adik iparnya itu.

Fana sudah tunduk menyalami tangannya. Fahim yang memerhati hanya tersenyum. Muncul wajah Puan Izzati pula dimuka pintu.

“Assalamualaikum mak.” Syafina mendapatkan ibu mertuanya. Tangan wanita itu dicium lembut.

“Pukul berapa sampai tadi?” Soal Puan Izzati ramah.

“Baru je tadi.” Balas Syafina. Mereka berjalan masuk ke dalam rumah. Fahim meletakkan beg Syafina ke dalam biliknya.

“Ni Afin ada beli buah untuk mak.” Syafina mengunjukkan plastik tadi kepada ibu mertuanya.

“Ish susah-susah je. Dalam peti ais tu dah berlambak buah tak makan. Bukan ada orang dalam rumah ni.” Puan Izzati berkata. Kemudian dia memanggil Fana menyuruh anak bongsunya itu menyimpan buah tadi ke dalam peti ais.

“Ayah mana mak?” Soal Syafina setelah menyedari tiada ayah mertuanya itu dalam rumah. Mereka duduk diruang tamu.

“Sekolah. Tak balik lagi. Ada aktiviti koku hari ni.” Puan Izzati memberitahu gerangan suaminya yang menjadi Penolong Kanan di Sekolah Anderson. Syafina hanya mengangguk.

“Fin dah makan?” Soal Puan Izzati.

“Belum.” Syafina menggeleng.

“Fana.” Laung Puan Izzati.

“Ni ajak Kak Afin kamu ni makan. Kamu pergilah makan ye Afin. Tengoklah apa ada dekat dapur tu. Mak nak pergi solat kejap.” Puan Izzati sudah bangun dari duduknya.

“Along, ajak isteri kamu ni makan.” Puan Izzati memandang pada wajah anak sulungnya pula.

“Ye mak. Nanti along suruh menantu mak ni makan biar jadi gemuk sikit.” Fahim mengusik. Puan Izzati hanya tertawa kecil sebelum bergerak ke bilik air.

“Jom sayang makan. Saya lapar ni.” Fahim memandang wajah Syafina.

“Eh awak ni. Jangan nak  mengada. Malu je dengar dekat mak nanti.” Syafina menjegilkan mata kepada suaminya. Selamba sahaja Fahim memanggilnya sayang didalam rumah itu.

“Biarlah mak dengar. Apa nak malunya. Kita suami isteri.” Fahim tidak mahu mengalah. Syafina hanya mampu menggeleng.

“Cepatlah sayang. Saya lapar ni. Dari tadi tak makan tau sebab nak tunggu awak.” Fahim merengek kecil. Perutnya dipegang dengan wajah mencuka.

Syafina menghadiahkan jelingan tajam buat suaminya itu. Dia bangun mahu bergerak ke dapur. Fahim mengekor dengan sengih yang tak lekang dari bibir. Semasa melintasi ruang rehat yang menempatkan televisyen, Syafina memanggil Fana untuk makan bersama.

“Fana, jom makan.” Syafina memanggil adik iparnya itu.

“Fana dah kenyang kak. Akak pergilah makan dengan along.” Fana menolak. Dia sudah makan tadi bersama Puan Izzati.

“Okay.” Syafina mengangguk.

“Fana, kamu pergi buat kerja sekolah kamu. Mengadap tv je tahu.” Fahim yang dari tadi hanya diam, bersuara pula pada adiknya.

“Dengkilah along ni. Kejap lagi orang buatlah.” Fana memuncungkan bibir. 

“Awak ni, biarlah dia.” Syafina memukul kecil lengan suaminya. Fahim mengaduh kecil.

“Fana tu mana boleh bagi muka. Nanti manja terlebih tau.” Fahim berkata tegas pada isterinya. 

“Biarlah dia. Dia kan baru sampai. Awak ni nak makan ke tak?” Syafina pula bertegas dengan Fahim. Perlakuan mereka berdua menimbulkan kegeraman dihati Fana.

“Along dengan kak Afin ni kacaulah. Pergilah makan. Orang nak tengok tv pun tak senang.” Fana mencelah perbalahan suami isteri itu. 

Fahim menjegilkan anak matanya kepada adiknya itu. Syafina tergelak kecil. Lantas kakinya dibawa melangkah meninggalkan ruang rehat. Fahim sempat memberi amaran pada adiknya itu sebelum berlalu. Fana ketawa kecil seorang diri.

+++++++++++++++++++++++++++++

“Assalamualaikum, Kak Afin.” Suara Faja dihujung talian kedengaran resah.

“Waalaikumussalam. Kenapa ni Faja? Bunyi kalut je.” Syafina bertanya lembut.
Bimbang juga dia mendengar suara adik iparnya itu. Semalam malam baru sahaja dia dan mertuanya bersembang mengenai Faja. Panjang umur, hari ini gadis itu sudah menelefonnya.

“Kak Afin, Hazima ada call akak tak?” Soal Faja kalut mengenai kawan satu sekolah mereka itu. Dulu mereka bertiga, Faja, Syafina dan Hazima memang rapat disekolah. Hubungan itu masih kekal hingga sekarang.

“Kenapa Zima nak call akak? Takde pun.” Syafina mula curiga.

“Kak….” Faja berjeda.

“Faja minta maaf. Faja terlupa.” Lirih Faja bersuara.

“Apa dia Faja? Akak tak fahamlah.” Tumpuan Syafina pada laptopnya sudah terganggu. Terhenti tangannya menaip laporan dalam Microsoft Word. Dia ingin mendengar penjelasan Faja.

“Faja terbagi tahu dekat Zima pasal akak dengan along.” Lirih suara Faja.

“Apa?” Syafina sedikit terjerit. Cepat-cepat dikendurkan suaranya.

“Maknanya Zima dah tahu pasal akak dengan along?” Soal Syafina perlahan. Hatinya sudah laju mengepam darah.

“Hurm…” Faja mengangguk dihujung talian. Syafina mengeluh lemah. Habislah kalau Zima dah tahu, pasti kena berleter lepas ni.

“Faja bagitahu macam mana?” Soal Syafina ingin tahu.

“Tadi Zima call.” Kata Faja perlahan. 

Syafina menggigit hujung bibir. Nak buat macam mana perkara dah terjadi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Sekarang ni apa alasan nak cakap dengan Zima. Kena fikir ni. Getus hati Syafina.

“Dah Zima tu tengah merajuk dengan akak la tu?” Tanya Syafina lagi.

“I guess so… Tapi akak jangan risau, Faja dah cakap dengan Zima jangan cerita dekat siapa-siapa pasal ni.” Balas faja dengan nada bersalah. Cuba membetulkan ketelanjurannya semula.

“Takpelah. Nanti akak cakap dengan Zima. Faja pun lepas ni tolong jangan bocor dekat siapa-siapa dah tau.” Pesan Syafina tegas.

“Okay-okay Kak Afin. Orang zip mulut ni.” Ceria suara Faja. Lega sahabatnya itu mahu memaafkannya.

“Sorry tau Kak Afin.” Pohon Faja sekali lagi.

“Yelah. Faja dekat mana tu? Tak balik Ipoh?” Syafina menukar topic perbualan.

“Dekat kampus. Minggu ni busylah. Maybe minggu depan baliklah.” Balas Faja.

“Oh, akak dekat Ipoh ni. Fana pun ada balik ni.” Beritahu Syafina ceria.

“Balik Ipoh? Kenapa tak cakap dengan Faja? Boleh Faja balik sekali.” Terjerit suara Faja ditalian.

“Mana akak tahu. Ni pun last minute punya tiket tau.” Ujar Syafina.

“Eh, along tak ambil?” Tanya Faja.

“Jauhlah adik sayang oi. Akak naik bas je.” 

“Erm jealousnya. Mesti mak masak sedap-sedap kan?” Cemburu Faja terluah dari suaranya.

“Hehe, mestilah. Jangan jealous.” Syafina ketawa kecil. Sengaja mahu membakar perasaan adik iparnya itu.

“Fana tu tiap-tiap minggu nak balik rumah. Geram betul.” Bentak Faja perlahan.

“Samalah awak tu pun kan.” Sindir Syafina. Bukan dia tak tahu perangai Faja. Dua kali lima dengan yang bongsu ni. Faja hanya ketawa.

“Ajim tak balik ke?” Soal Faja mengenai adik lelakinya, Fazim.

“Tak, mak cakap tengah nak exam tu.” Faja terangguk mendengar jawapan kakak iparnya itu.

“Kak Afin, nanti pesan dekat fana suruh dia kemas bilik. Asal Faja balik je mesti bilik tu bersepah. Geram betul.” Faja berkata geram.

“Biarlah dia. Dia kecil lagi.” Syafina membela.

“Kecil akak cakap? Dah besar panjang tu kecil lagi? Ishh..” Faja bersuara jelik. Tak kuasa dia nak bagi muka pada adik bongsunya itu.

“Dengkilah Faja ni. Sama je macam along tu.” Syafina memprotes.

“Kak, dengan Fana tu tak boleh bagi muka. Manja sangat.” Tukas Faja lagi.

“Sama je ayat dengan along. Copy paste.” Sampuk Syafina. Teringat kata-kata suaminya semalam memarahi Fana.

“Akak ni kan… Jangan biar Fana tu buli akak. Tak larat nak layan nanti.” Faja masih tidak puas hati.

“Sudahlah Ja. Biarkanlah dia. Ayah pun tak kisah dengan Fana tu.” Balas Syafina lembut.

“Kak Afin ni sama je dengan ayah. Manjakan sangat dengan Fana tu.” Faja bersuara geram.

“Biarlah. Dengki sangat dengan adik tu.” Syafina membantah.

“Tak dengki pun. Mak semua mana? Akak buat apa tu? Tak dengar suara along pun?” Soal Faja bertalu-talu.

“Satu-satulah Faja..” Potong Syafina. Faja tersengih.

“Nak cakap dengan mak ke?” Soal Syafina pula.

“Takpelah. Nanti malam Faja call mak.” Jawab Faja.

“Okay.” Balas Syafina.

“Along mana?” Tanya Faja lagi.

“Keluar kejap dengan mak dan ayah. Tinggal akak dengan Fana je ni.” Beritahu Syafina.

“Oh, okaylah Kak Afin, Faja nak pergi mandi ni. Kirim salam dekat semua tau. Kak Afin honeymoon dengan along puas-puas eh dekat rumah tu. Cepat-cepat bagi anak buah dekat orang nanti.” Usik Faja.

“Hei, nak kena Faja ni.” Melenting Syafina mendengar kata-kata adik iparnya.

“Hehe, jangan marah kak. Okay see you. Assalamualaikum.” Faja tergelak kuat sebelum cepat-cepat menamatkan talian. Bengkak telinga nanti dimarahai oleh Syafina.

Geram Syafina masih tidak habis. Ada-ada sahaja kawannya itu mahu mengusik. Kemudian, Syafina tergelak kecil mengingatkan permintaan Faja tadi. Anak buah? Lambat lagilah Faja oi. 

Selepas itu, dia meneruskan semula mengadap laptopnya. Assignment harus segera disiapkan memandangkan esok sudah mahu pulang semula ke kampus. Mujur dia sudah membeli tiket pergi balik. Tak perlu terkejar-kejar mahu keluar hari ni.

‘Ni nak jawab apa dengan Zima ni? Mesti kejap lagi dia call. Satu lagi masalah.’ Hati Syafina berbisik mengingatkan akan sahabatnya yang sudah mengetahui akan perkahwinannya dengan Fahim. Satu nafas berat dihembus perlahan.

“Panjang umur, tak sampai lima minit dah call.” Kata Syafina perlahan apabila mendapat panggilan dari sahabatnya itu.

“Hello…” Syafina cuba bersuara ceria.

“Afin!! Sampai hati kau. Putus kawan.” Belum apa-apa Hazima sudah menjerit lantang. Syafina menjarakkan handphone dari telinganya.

“Assalamualaikum Zima…” Ucap Syafina lembut.

“Waalaikumussalam.” Tegang sahaja suara Hazima.

“Dah, aku dah tahu salah aku. Jangan serang lagi. Aku takde perisai ni.” Rintih Syafina dibuat-buat.

“Tahu pun. Sekarang ni explain cepat. Nak luruh jantung aku tadi dengar cerita Faja.” Kata Hazima tegas. 

“Yelah-yelah. Kau prepare dulu takut kali ni tercabut betul-betul jantung kau tu.” Seloroh Syafina.

“Mengadalah.” Balas Hazima garang.

“Okay I explain.” Cepat sahaja Syafina menyambung.

Hampir setengah jam mereka berbual di telefon. Habis segala peristiwa perkahwinan Syafina dan Fahim diceritakan satu-satu kepada sahabatnya itu. Tekun Hazima mendengar. Terkedu juga dia mendengar kisah sahabatnya itu. Tidak disangka-sangka betul. Hazima juga memberi ucapan takziah diatas pemergian Nek Wan. Dia baru tahu tadi selepas diberitahu oleh Faja.

“Alhamdulillah kau dapat juga kahwin dengan along.” Hazima berkata ceria.

“Entahlah Zima.” Syafina menjungkit bahu. 

“Kau patut gembira Fin. Kau kan suka along dari dulu lagi.” Kata Hazima.

“Memanglah, tapi betul ke dia jodoh aku?” Syafina berkata perlahan. Takut Fana terdengar pula. Tadi dia lihat gadis itu masih tidur didepan tv.

Hazima merupakan orang pertama yang tahu akan perasaannya itu terhadap Fahim. Dia sudah khabarkan kepada Hazima sejak mereka bersekolah lagi. Sejak perasaan cinta itu hadir dalam hatinya buat lelaki bernama Fahim.

“Kita memang tak tahu Fin. Tapi kau kena usaha untuk hadirkan rasa cinta tu antara korang berdua.” Hazima memberi nasihat.

“Aku tahu. InsyaALLAH aku akan cuba.” Balas Syafina lemah.

“Jodoh tak akan datang kalau kita tak usaha Fin. Kau sendiri pun tahu. Apa-apa pun aku sebagai seorang kawan doakan yang terbaik untuk masa depan kau. InsyaALLAH ramai yang menyokong kau.” Tutur Hazima memberi semangat.

“Aku cuba Zima.” Syafina membalas. Kemudian mereka terdiam seketika memberi ruang kepada Syafina melayan fikirannya.

“Ni bila boleh bagi anak buah dekat aku ni?” Soal Hazima selepas itu.

“Lambat lagilah. Aku tengah study lagi ni.” Syafina cuba menceriakan suaranya. Dia tidak mahu Hazima memikirkan yang dia bersedih. Ya, dia tidak sepatutnya bersedih.

“Alah, kalau study pun bukan tak boleh bahagi-bahagi masa dengan anak. Orang lain ramainya yang beranak pinak masih nak study lagi.” Hazima membidas.

“Weh, ingat jaga anak macam jaga anak kucing ke? Susah tahu tak. Aku tak terfikir lagi pasal anak ni. Lagipun Fahim pun dah setuju untuk steady dulu.” Bankang Syafina.

“Aiceh, yelah. Sekarang bolehlah. Takut lama-lama nanti susah nak menahan.” Usik Hazima bersama tawa galak.

“Ish kau ni.” Syafina berkata geram.

“Fin, macam mana malam pertama?” Hazima masih ingin mengusik.

“Eh, tak malu ke kau tanya macam ni?” Soal Syafina kuat. Pipinya sudah merah menahan malu. Mujur Hazima bukan didepan mata.

“Sharelah, kau kan dah berpengalaman.” Giat Hazima lagi.

“Eee, gatallah kau ni. Kalau kau nak tahu, nak rasa, kau kahwinlah.” Syafina juga turut mengusik. Sahabatnya itu bukan boleh dilayan sangat. Sejak dari sekolah topik-topik sensored macam ni selalu dibuat main. Geram jadinya.

“Mentang-mentanglah dah rasa…” Hazima bersuara. Berpura-pura jauh hati.
“Hei mana adalah.” Syafina menafikan. Eh, hal rumah tangga mana boleh diceritakan pada orang luar.

Mengingatkan itu, Syafina tidak jadi untuk menafikan sekeras-kerasnya. Biarlah apa yng Hazima ingin fikirkan. Dia jadi malu sendiri memikirkan malam pertama yang dibayangkan Hazima. Macam manalah agaknya nanti ye? Huhu…

“Hoi, kau mengelamun ingat first night kau ke?” Suara Hazima menyedarkan Syafina. Pipinya terasa membahang. Macam mana dia boleh fikirkan tentang itu. Syafina menampar kecil pipinya.

“Dahlah Zima. Bercakap dengan kau ni asyik nak merepek je.” Syafina cuba menutup perasaan malunya dengan lagak tenang.

“Eleh, malulah tu.” Usik Hazima lagi.

“Dahlah, aku banyak kerja nak buat ni.” Syafina mencipta alasan. Kalau diberitahu yang dia berada di Ipoh ni, pasti berdesing telinga ni kena usikan nakal si Hazima ni. Baik jangan beritahu. Bisik fikirannya.

“Yelah Puan Syafina Hazlan.” Terdengar kekekan ketawa Hazima.

“Benci tau!” Bentak Syafina ala-ala manja.

“Okaylah sayang. Kirim salam dekat along nanti ye. Bye, assalamualaikum.” Hazima meleretkan senyumnya.

“Jangan beritahu sesiapa pasal ni okay. Bye, waalaikumussalam.” Balas Syafina. Selepas mendengar persetujuan Hazima, terus butang merah ditekan. Handphonenya diletakkan kembali diatas meja. 

Matanya difokuskan kembali mengadap laptop. Ingin segera menyiapkan kerja yang tergendala. Sudah selesai masalah dengan Hazima. Lega rasanya. Telinga yang terasa panas akibat perbualan panjang tadi digosok perlahan. 

“Bengkak telinga kalau hari-hari macam ni.” Omel Syafina perlahan. Dia meneruskan semula menekan butang keyboard pada laptopnya.