Friday, September 23, 2011

Cinta Dahulu dan Selamanya 13

BAB 13

“Awak dah beli tiket balik kan?” Soal Fahim semasa sedang menyisir rambutnya dicermin.

“Dah.” Syafina yang mengemas beg pakaiannya diatas katil menjawab sepatah.

“Pukul berapa?” Soal Fahim. Tubuhnya sudah berpaling berdepan dengan isterinya. Punggungnya disandarkan pada bucu meja solek.

“Pukul 2.00 petang.” Fahim mengangguk mendengar jawapan isterinya. Kemudian dia menapak mendekati isterinya itu.

“Awak, kejap lagi kita pergi kubur boleh?” Pinta Syafina semasa Fahim melabuhkan punggungnya dibirai katil.

“Er, kubur siapa?” Soal Fahim. Suaranya sedikit bergetar.

“Kubur arwah mak dengan ayah.” Syafina berhenti.

“Lepas tu tengok kubur Nek Wan sekali.” Sambungnya lagi.

“Er, okay.” Fahim mengangguk. Mereka berbalas senyuman. Syafina meneruskan kerjanya. Dia membiarkan sahaja Fahim memerhatikannya.

“Sayang, minggu depan awak balik lagi boleh?” Soal Fahim setelah lama berdiam diri.

“Ha?” Soal Syafina terkejut.

“Awak balik Ipoh. Boleh tak?” Tanya Fahim lagi.

“Err, mana boleh.” Syafina gugup.

“Kenapa?” Fahim memandang anak mata isterinya itu.

“Minggu depan saya nak pergi rumah abang Azzam. Dah lama tak balik sana. Rindu dengan Faril.” Beritahu Syafina.

“Saya ni pun rindu dekat awak. Bolehlah balik. Lepas tu minggu lagi satu kita pergi rumah abang Azzam sama-sama.” Fahim lembut memujuk. Tangannya sudah menyentuh tangan Syafina.

“Er..” Syafina menelan liur yang terasa kelat. Gugup dia bila disentuh begitu oleh suaminya. Matanya jatuh pada jemari Fahim yang lembut mengusap tangannya.

“Tapi saya dah cakap dengan abang Azzam nak datang minggu depan. Tak bestlah kalau cancel.” Syafina mencipta alasan. Tangannya beralih menarik beg baju. Sengaja mahu menjauhkan pegangan Fahim.

"Kalau macam tu saya pergi sanalah." Fahim sudah tersenyum sendiri dengan rancangannya.

"Er..." Syafina sudah kehabisan idea. Dia tiada alasan untuk menolak kini. Dia tiada hak untuk berkata tidak. Syafina menggigit hujung bibirnya dengan kepala yang tertunduk.

"So, awak tak kisahlah saya pergi sana?" Fahim menyentuh lembut jemari isterinya. Anak mata isterinya itu dicari.
Syafina mengangkat kepala. Kepalanya sekali lagi menunduk apabila direnung lembut oleh Fahim. Bibirnya masih rapat terkunci.

"Betul ni Afin tak kisah?" Soal Fahim lagi. Syafina menggeleng.

"So, that's mean Afin takde halangan saya pergi sana?" Fahim semakin galak tersenyum.

"Kita dah ada keputusanlah memandangkan awak tak cakap apa-apa." Fahim masih cuba memancing isterinya menyuarakan sesuatu. Dia tahu isterinya tidak sepenuh hati bersetuju dengan rancangannya itu.

Sengaja dia mahu bermain tarik tali dengan isterinya itu. Suka dia mengusik gadis itu. Lembut dagu Syafina dipaut dengan jarinya. Anak mata isterinya itu dicari dan ditatap lembut.

"Betul Afin takde bantahan? Saya masih bagi talian hayat ni?" Fahim masih ingin mengusik.

"Kalau itu dah kata awak..." Syafina bersuara akhirnya. Fahim senyum makin lebar. Hatinya sudah berbunga riang.

"Okay. We've decide already." Fahim senyum menawan. Syafina hanya diam. Tangannya ligat semula menyusun pakaian ke dalam begnya.
Fahim bangun dari katil. Tidak mahu mengganggu ketenangan hati isterinya itu. Biarlah dulu Syafina bertenang. Dia pasti dalam hati Syafina sekarang ni berperang menahan rasa dengan cadangannya tadi. Hehe, biarkan dulu.

"Okaylah. Saya keluar dulu. Nak pergi kubur nanti cakap ye." Fahim sempat berpesan sebelum meninggalkan ruang bilik. Syafina hanya mengangguk.
Hilang sahaja kelibat Fahim, Syafina melepaskan keluhan berat.

“Kenapalah dia suka buat aku tersepit macam ni. Sesak nafas tau.” Syafina bermonolog sendiri. Tangannya sudah terhenti menyusun pakaian. Segalanya sudah selesai. Dia ingin mandi dahulu kerana kejap lagi nak pergi melawat kubur pula.

Tuala yang tersangkut dipenyidai ditarik dan pakaian untuk dipakai selepas mandi dibawa sama ke bilik air. Semasa melintas ruang tengah yang menempatkan televisyen, Syafina tertunduk malu apabila dihadiahi senyuman nakal oleh suaminya yang sedang menonton tv.

“Eeei buat muka miang macam tu. Nampak dekat Fana tadi buat malu je.” Syafina mengomel saat sudah berada didalam bilik air. Naik panas wajahnya diserbu darah merah.

Syafina membasahkan tubuhnya dengan air shower bagi menghilangkan bahang panas yang menyerbu wajahnya tadi. Lima belas minit kemudian, dia sudah siap dan terus melangkah ke bilik tidur semula setelah siap berpakaian.

Saat sedang menyikat rambut, terdengar pintu bilik tidurnya dibuka dari luar. Syafina menoleh mencari gerangan yang membuka pintu.

“Dah siap nak pergi kubur?” Fahim menyoal sambil terus menapak masuk ke bilik. Syafina mengangguk sebagai balasan.

Fahim hanya memerhati isterinya bersiap. Syafina pula terasa malu direnung begitu. Namun dia cuba berwajah selamba. Selepas itu mereka beriringan melangkah keluar. Ruang tengah menjadi sasaran langkah kaki.

“Mak, ayah. Kami nak ke kubur kejap.” Fahim memberitahu Puan Izzati yang sedang menonton bersama Encik Faizal dan Fana.

“Oh, kamu bawak sekali air mawar dalam almari depan tu.” Fahim dan Syafina mengangguk mendengar arahan Puan Izzati.

“Kami pergi dulu, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Lima belas minit memandu, akhirnya Proton Waja milik Encik Faizal berhenti dikawasan perkuburan Islam Gunung Rapat dimana jenazah arwah mak dan abahnya disemadikan. Malah, arwah Nek Wan juga disemadikan disini. Syafina cuba mengawal perasaan sayu yang mula bertapak dihati.

“Jom.” Fahim melempar senyum. Syafina mengangguk. Nafasnya ditarik dalam sebelum melepaskannya.

‘Assalamualaikum ya ahli kubur.’ Ucap Syafina didalam hati. Fahim juga begitu.
Mereka berdua sudah berdiri tegak disebelah kubur ibu bapa Syafina. Fahim sudah duduk mencangkung sambil menarik rumput-rumput yang mula tumbuh meliar diatas kubur. Syafina membentang tikar kecil yang dibawanya tadi. Setelah itu, mereka sama-sama melabuhkan duduk diatas tikar itu.

‘Mak, abah. Afin datang hari ni. Afin datang dengan suami Afin. Nama dia Fahim. Maaf sebab Afin dah lama tak datang melawat mak dengan abah. Afin sihat mak. Abang Azzam pun sihat. Cucu mak dan abah pun Alhamdulillah sihat. Mak, abah. Doakan untuk Afin. Afin sekarang dah jadi isteri orang. Afin sebenarnya takut. Afin takut tak dapat jalankan tanggungjawab Afin dengan baik.’ Syafina berbisik didalam hati seolah berbicara dengan kedua orang tuanya. Batu nisan yang tertegak disentuhnya perlahan.

Fahim disebelah hanya diam memerhati. Air mata yang bergenang dipelupuk mata isterinya membuatkan hatinya turut sayu. Ini kali kedua dia melawat kubur arwah kedua mertuanya itu. Pertama kali dulu bersama kedua buah keluarga selepas pengebumian jenazah arwah Nek Wan. Al-Fatihah disedekahkan buat kedua mertua yang tidak sempat dikenalinya itu. Fahim meraup mukanya perlahan.

“Kita baca Yassin sama-sama ya.” Lamunan Syafina terhenti mendengar suara lembut Fahim. Dia mengangguk. Huluran naskhah Yassin oleh Fahim disambutnya.

Selepas itu kedengaran suara Syafina dan Fahim bersatu diudara mengalunkan ayat suci milik ALLAH. Lembut sekali alunan mereka. Syafina berkali-kali menyeka air matanya yang mengalir. Kesayuan yang mencengkam ditambah dengan satu rasa yang menghimpit jiwanya mendengar bacaan Fahim yang penuh tertib dan merdu. Jiwanya lapang sekali.

Usai membaca Yassin, Syafina mengaminkan patah-patah doa yang dibaca oleh Fahim. Dalam diam, dia mengkagumi suami yang hampir dua bulan dinikahinya itu.

Selepas kedua-duanya menyirami kubur arwah Amirah dan Hazlan dengan air mawar, mereka bergerak ke kubur Nek Wan pula yang terletak selang dua baris.

‘Nek Wan, Afin datang ni. Afin datang dengan cucu Nek Wan, suami Afin. Nek Wan tenang dekat sana ye. InsyaALLAH kami akan hidup baik-baik dekat sini. Itu janji Afin Nek Wan. Afin akan cuba menjaga perhubungan ini.’ Syafina berbisik perlahan didalam hati. Matanya bergenang dengan air mata.

Syafina ikut duduk ditepi kubur. Fahim melarangnya untuk membentang tikar. Jari-jari Syafina turut mengikut gerak tangan suaminya yang sedang mencabut rumput-rumput disekitar kubur.

Fahim menadah tangan. Beberapa surah pendek dibacakan buat roh Nek Wan. Doa yang dibaca diaminkan dengan khusyuk oleh Syafina. Selepas itu mereka menjirus air mawar yang masih berbaki diatas pusara Nek Wan. Masing-masing diam melayani fikiran sendiri.

“Jomlah.” Fahim memecahkan lamunan. Dia sudah tegak berdiri menghulurkan tangan kepada isterinya.

Syafina mendongak. Wajah suaminya diperhati dalam-dalam. Dia masih berbelah lagi samada mahu menyambut atau tidak huluran tangan suaminya itu. Akhirnya hatinya sebulat suara untuk turut menghulurkan tangan.

Saat tangan mereka bersentuhan, Fahim menarik lembut tubuh isterinya untuk berdiri. Senyuman ikhlas dari bibir Fahim membuatkan Syafina tertunduk malu. Dia melarikan pandangan dari terus menjadi tatapan mata redup suaminya itu.

“Kenapa pipi awak merah? Panas ye?” Fahim sengaja mengusik.
Syafina yang bertambah malu, terus berjalan laju menonong ke depan. Semakin merah pipinya berbahang. Entah apa silapnya, botol air mawar yang sudah kosong terjatuh dari pegangannya. Sempat dia menoleh ke belakang semasa tunduk mengutip. Sekali lagi senyuman nakal dari suaminya membuatkan dia tidak tentu arah. Laju dia menapak ke kereta.

Fahim yang memerhati dari belakang tergelak kecil melihat tingkah kelam-kabut isterinya itu. Comel betul wajah malu-malu isterinya itu semasa berpandangan tadi.

‘Hai… Sampai bilalah aku boleh bertahan.’ Getus hati kecilnya. Langkah kakinya dipercepatkan memandangkan terik matahari terasa makin membakar kulit.

++++++++++++++++++++++++

“Fin, sempat makan dulu kan?” Soal Puan Izzati semasa Syafina melangkah ke dapur pulang dari melawat kubur tadi. Saat itu jam baru menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.

“Sempat mak. Tiket bas pukul 2.00 petang nanti.” Balas Syafina. Tangannya ringan membantu ibu mertuanya mengacau masakan diatas api.

“Mak masak apa? Sedapnya bau.” Puji Syafina ikhlas.

“Masak lemak udang. Kegemaran Fahim tu.” Puan Izzati tersenyum.

“Afin nak belajar boleh?”

“Eh, apa pulak tak boleh? Nanti senanglah bila Afin nak masak untuk suami Afin tu.” Puan Izzati sudah senyum mengusik. Syafina malu. Terkelu lidahnya untuk membalas. Bukan niatnya begitu tadi. Tapi kalau dia nak cakap tak, apa pula yang akan Puan Izzati fikir nanti. Biarkan sajalah.

“Er, mak nak Afin tolong apa-apa tak?” Syafina mula bergerak ke meja. Buat-buat sibuk.

“Afin tolong goreng sayur sawi boleh?” Syafina mengangguk.

“Afin tolong potong-potong ya.”

“Ye mak.” Syafina pantas menarik kerusi dari meja.
Dia dan mula mencarik-carik daun sawi dari batangnya. Selesai memotong, dibawa ke sinki untuk membersihkannya. Selepas itu, bawang putih dan kecil pula dikupas kulitnya. Ikan bilis juga disiang. Selesai sahaja, dia bangkit semula dari kerusi. Dia sudah bersedia untuk menggoreng pula.

“Afin pakai dapur ni ye.” Puan Izzati memberi sedikit laluan kepada menantunya itu sambil tangannya tetap mengacau lemak udang didalam periuk. Masih belum dimasukkan udang lagi.
Mereka berdua sama-sama sibuk dengan masakan masing-masing. Aroma tumisan bawang dan ikan bilis semerbak ke udara. Wangi.

Setengah jam kemudian, Syafina dan Puan Izzati sudah selesai dengan kerja-kerja memasak. Mereka berdua sama-sama mengemas dapur yang agak berselerakan. Kemudian, mereka sama-sama menghidang makanan diatas meja makan.

“Afin, pergilah panggil semua. Dah siap ni.” Puan Izzati menyuruh menantunya memanggil semua ahli keluarga untuk makan.

“Baik mak.” Syafina berlalu ke depan mencari Fahim, Encik Faizal dan Fana.

“Ayah, Fana, jom makan. Semua dah sedia.” Syafina menegur Encik Faizal dan Fana yang khusyuk menonton tv diruang tengah.

“Along mana ayah?” Kelibat suaminya dicari.

“Entah, dekat luar kot.” Jawab Fana yang sudah bangun dari duduknya. Syafina menghantar dengan ekor mata tubuh keluarga suaminya itu yang menapak ke dapur.
Syafina menjengah ke ruang garaj. Kelibat Fahim tiada disitu. ‘Mungkin dia tidur kot.’ Pantas dia melangkah ke bilik tidur mereka.

“Betullah tekaan aku tadi.” Syafina berkata perlahan melihat tubuh Fahim yang terbaring diatas katil.

“Fahim..” Panggil Syafina perlahan.

“Fahim, bangun. Makan tengah hari. Mak dah panggil.” Gerak Syafina lagi. Tubuh Fahim bergerak sedikit.

“Fahim, bangun.” Syafina mengeraskan sedikit suara. Kali ini Fahimmula mencelikkan mata.

“Pukul berapa dah ni?” Serak suara Fahim bertanya.

“Pukul 1.00 petang dah. Jom bangun. Mak panggil makan.” Syafina sudah bergerak ke pintu.
Fahim mula bingkas bangun. Dia berlalu ke bilik air untuk membasuh muka. Selepas itu, dia ikut menyertai yang lain yang sudah duduk dimeja makan. Syafina mengisi nasi ke dalam pinggan suaminya pula.

“Along, kamu bacalah doa makan.” Ujar Encik Faizal yang sudah sedia menadah tangan. Puan Izzati dan Fana juga sama.
Fahim mengangguk sebelum mengangkat tangan. Selesai mengaminkan doa, mereka sama-sama mula menjamah hidangan makan tengah hari yang disediakan oleh Syafina dan Puan Izzati.

Senyap sahaja mereka. Sekali sekala sahaja ada suara apabila ada yang meminta menyudukan lauk kerana tak sampai. Dua pinggan Fahim makan tengah hari tu penangan sayur sawi yang ditumis isterinya. Itupun diberitahu oleh Puan Izzati.

+++++++++++++++++++++++++++++

"Afin balik dulu mak, ayah." Syafina tunduk menyalami tangan kedua mertuanya.

"Baik-baik bawak tu along." Pesan Puan Izzati pada anak sulungnya. Lelaki itu hanya mengangguk.

"Ayah nak hantar Fana pukul berapa?" Soal Fahim.

"Kejap lagilah. Kamu tengoklah adik kamu tu. Barang apa pun tak kemas lagi." Encik Faizal menyindir anak bongsunya.

"Kejap lagi mak lah yang jadi mangsa tu." Puan Izzati turut menyindir. Masing-masing sedang mengetawakan Fana kini yang sudah bermuncung panjang.

"Dengar tu Fana. Pergi kemas barang kamu sendiri." Fahim seronok menggiat adiknya itu.

"Dengki tau along ni. Kejap lagi orang buatlah." Fana menjeling wajah alongnya.

"Dahlah tu long nak mengusik adik tu. Karang terlepas pula bas Afin tu. Pergilah cepat." Encik Faizal sudah bersuara tegas. Fana yang terasa terbela menghadiahkan senyuman mengejek pada alongnya. Fahim hanya mencebir.

"Study elok-elok tau Fana. Kak Faja pesan dia suruh Fana kemas bilik sebelum balik." Syafina berbisik pada telinga adik iparnya itu sewaktu mereka bersalaman.

"Biarlah dengan Kak Faja tu. Haha.." Fana hanya gelak mendengarnya.

"Okaylah. Jaga diri elok-elok." Syafina mencubit pipi Fana. Terjerit gadis itu.

"Balik dulu mak, ayah. Assalamualaikum." Syafina sudah masuk ke kereta.
Puan Izzati, Encik Faizal dan Fana melambai sehingga kereta hilang dari pandangan. Selepas itu mereka semua masuk ke rumah semula.

Lima belas minit selepas itu, Fahim dan Syafina sudah sampai di stesen bas Medan Gopeng. Selepas memarkir kereta, mereka berjalan seirigan ke terminal. Masih ada lima belas minit sebelum pukul 2.00 petang. Mujur Syafina sudah bersolat Zuhur dirumah tadi. Tak perlulah dia terkejar-kejar.

"Tu dia bas kan." Fahim menunjuk pada bas yang sudah berada di platform. Syafina ikut memandang pada tiket yang dipegang oleh Fahim.

"Betullah tu." Syafina mengiyakan berdasarkan no bas yang tercatat pada tiket.

"Nak beli apa-apa tak?" Soal Fahim memandang pada deretan kedai disebelah kanan mereka.

"Tak naklah. Nak beli air mineral je." Syafina berlalu ke kedai terdekat. Dia mencapai botol mineral sejuk didalam peti. Semasa ke kaunter, Fahim sudah mendahuluinya. Terpaksa dia mengalah membiarkan Fahim membayarnya.

Kemudian mereka berjalan ke arah bas yang akan membawa Syafina ke Kuala Lumpur. Fahim turut sama naik. Ingin memastikan Syafina selesa dengan tempatnya. Selepas meletakkan beg dikerusinya, mereka berdua melangkah turun semula.

"Jaga diri elok-elok. Minggu depan saya datang sana." Fahim berpesan.

"Tak boleh tukar tarikh ke?" Syafina cuba berkompromi. Dia segan sebenarnya mahu pulang ke rumah abang Azzam bersama Fahim.

"Eh, sebelum ni cakap tak apa." Fahim mengerutkan dahi.

"Hehe, kalau tak boleh tak apa." Syafina tersengih. Takde alasan nak diberi.
Fahim mengeluarkan dompetnya dari poket belakang seluar. Syafina sudah mengagak tujuan suaminya itu. Sebelum sempat Fahim mengeluarkan duitnya Syafina sudah menahan dengan tangannya.

"Tak payahlah. Duit saya masih ada lagi." Tangan Syafina memegang tangan Fahim yang sudah membuka dompetnya.

"Ni kan tanggungjawab saya."

"Dah banyak dah awak bagi. Duit yang haritu pun tak habis lagi. Awak simpanlah."

"Tak naklah macam tu. Saya kena juga bagi dekat awak."

"Awak simpan sajalah. Bagi dekat mak dan ayah ke." Syafina masih tidak mahu menerima.

"Ambillah sayang. Bahagian mak dengan ayah saya dah bagi. Ni bahagian awak." Fahim masih berkeras.

"Awak, saya tak nak susahkan awak." Syafina cuba meraih simpati suaminya itu.

"Saya tak pernah rasa susah pun. Dah awak ambil jelah duit ni. Kalau tak nak guna, simpan saja untuk masa depan nanti. Untuk anak-anak kita nanti ke." Fahim sudah mengeluarkan  beberapa keping not RM50. Sempat juga tu dia mengusik isterinya.

"Awak.." Syafina mati kata-kata.Akhirnya dia mengalah juga apabila perasaan malu menguasai diri dengan senyuman nakal suaminya itu.

"Study elok-elok tau sayang. Saya sayang awak." Fahim berbisik perlahan ditelinga kanan isterinya.

Untuk mengelak Fahim menyedari wajahnya yang memerah, Syafina pantas tunduk mencium tangan Fahim yang dalam genggamannya. Agak lama dia menunduk cuba menghilangkan debar didada.

"Dahlah tu sayang." Giat Fahim lagi.

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Syafina melepaskan tangan Fahim. Dia buru-buru memanjat tangga bas. Fahim hanya tergelak kecil.

Fahim masih melambai saat bas yang dinaiki Syafina sudah bergerak mahu meninggalkan platform. Syafina turut membalas lambaian suaminya itu.

Syafina membuka peti masuk handphonenya. Ini pasti Fahim. Tak sampai beberapa minit sudah message dia ni. Syafina meneka sendiri.

+ You look cute in red. + Dia tersenyum dengan tekaan tepatnya.

+ In red? Saya tak pakai apa-apa yang berwarna merah pun. + Syafina membalas. Pelik juga dia. Dirinya dipandang atas bawah. Takde warna merah pun.

+ Your cheeks. + Balasan message Fahim itu membuatkan pipinya bertambah merah.

+ Now your become more red. Like chillis. So cute. + Seketika kemudian message lain menyusul.

Syafina tersenyum kecil dengan kerenah suaminya itu. Ada saja mahu mengusik dia. Dia sendiri tidak tahu mengapa sifat malunya itu tidak pernah berubah sejak dulu. Pipinya ditampar perlahan.

+ Dah jangan mengarut. Pergilah balik. Drive careful. Saya nak tidur ni. + Syafina sudah mahu menutup bicara. Makin dilayan, makin dia malu sendiri. Kenapalah suaminya itu romantik sangat. Seram jadinya.

+ Okay. Dream me okay. =) + Syafina menyimpan semula handphonenya ke dalam poket seluar.

Dia mula memejamkan mata. Mengantuk pula mata ni memandangkan semalam dia tidur agak lewat bagi menyiapkan tugasannya. Hampir pukul 3.00 pagi baru dia tidur. Malam itu dia ditemani Fahim walaupun lelaki itu sudah tidur diatas sofa. Syafina senyum mengingatkannya.