Monday, October 31, 2011

Cinta Dahulu dan Selamanya 14 & 15

BAB 14

"Assalamualaikum." Maya sudah mengukir senyuman lebar setelah beriringan langkah dengan Syafina.

"Waalaikumussalam." Syafina membalas senyuman itu.

Maya masih menjeling-jeling. Menghadiahkan pandangan yang penuh seribu persoalan. Syafina yang mengerti buat tak tahu. Dia tetap mengorak langkah untuk ke kafeteria. Dari petang semalam dia sampai dari Perak, baru petang ini dia bertemu dengan Maya.

"Amboi sombong betul." Maya mencuit bahu temannya itu. Syafina buat wajah selamba. Dia hanya tersenyum tanpa bersuara.

"Oi cik kak. Senyum ada makna ke ni?" Maya mengusik. Bibirnya sudah tersenyum nakal. 

Syafina yang berjalan tadi terus berhenti. Dia berpaling ke sisi mengadap wajah Maya. Lalu senyuman yang selebar-lebarmya dihadiahkan buat sahabatnya itu. . Maya kaget seketika. Tidak mengerti makna senyuman itu. Selepas beberapa saat, Syafina mula bergerak semula.

"Er, Afin!" Maya mula mengejar semula tubuh sahabatnya itu yang sudah hampir lenyap dengan lautan pelajar yang singgah dikafeteria tersebut.

Syafina masih seperti tadi. Langsung tidak menghiraukan Maya. Maya mula putus asa. Dia lalu turut membontoti sahabatnya itu yang sedang beratur untuk menapaw nasi dan lauk-pauk. Syafina hanya tergelak kecil dalam diam.

"Afin." Maya lelah mengejar langkah kaki Syafina yang dirasakan sangat luar biasa laju pada hari ni.

'Minah ni naik semput aku kejar dia. Mentang-mentang dia pakai seluar, aku pakai baju kurung. Buang tebiat ke apa dia ni. Tak pernah aktif sampai macam ni. Geram betul.' Mulut Maya mengomel kecil. Langkahnya dipercepatkan. Syafina yang sekali sekala menoleh menahan gelak melihat Maya yang termengah-mengah.

"Ya, kau kena diet." Syafina melaung dari depan. Matanya dihadiahkan dengan seketul penumbuk yang ditunjukkan oleh temannya itu. Makin galak dia mentertawakan Maya.

"Cepatlah Ya. Terhegeh-hegeh. Naik tangga pun takde stamina." Ejek Syafna lagi yang sudah berada diatas. Lagi satu tingkat untuk sampai ke biliknya.

"Hoi kau minum kacip Fatimah ke yang kuat semacam ni? Pandai laki kau ye." Maya melaung kuat. Membalas usikan Syafina.

"Hei, merepek!" Syafina terkejut dengan telahan Maya yang mengarut itu. Memerah sudah pipinya.

"Hahahaha..." Maya ketawa melihat wajah Syafina yang sudah bertukar. Kakinya akhirnya sampai jua disisi sahabatnya itu. Nafasnya ditarik dan dihembus berkali-kali menghilangkan keletihan.

"Aku penat...." Tersekat Maya berkata dengan nafas yang pendek. Syafina tergelak. Mereka bergerak ke bilik Syafina beriringan.

Selesai mereka makan, Syafina menyibukkan diri pula mengangkat pakaiannya dijemuran. Maya yang dari tadi sesak pelbagai persoalan dimindanya mula rasa tidak puas hati bila tidak langsung dihiraukan oleh sahabatnya itu. Masa makan tadi, semasa dia bertanya pandai gadis itu lari dari topik yang dibangkitnya.

“Fin, sudahlah tu. Kau tak penat ke dari tadi tak berhenti buat kerja.” Maya sudah melabuhkan punggungnya dibirai katil Syafina. Syafina tergelak kecil mendengar rungutan sahabatnya itu. dia masih buat tidak tahu.

“Kuat semacam betul kau ni ye. Langsung tak penat. Apalah yang hubby kau bagi makan ye? Ubat kuat jenama apa?” Suara Maya sudah berbaur sindiran dan gurauan. Geram juga tidak langsung dilayan.

“Maya kau ni… tak penat ke dari tadi asyik bercakap je?” Syafina mengambil tempat disebelah Maya bersama pakaiannya yang sudah kering. 

“Cuba kau stop jap. Tengok aku ni.” Maya menampar tangan Syafina yang ligat melipat pakaian.

“Aaa.. Aku dah tengok ni.” Sengaja Syafina menjegilkan anak mata memandang tepat wajah Maya.

“Ish dia ni kan.” Maya menghadiahkan cubitan pada lengan sahabatnya itu. Menyeringai Syafina dibuatnya. Lengannya digosok perlahan menghilangkan rasa sengal dengan perbuatan Maya tadi.

“Sakit tau.” Syafina sudah menampakkan muncungnya.

“Makin hari aku tengok kau ni kan Fin, makin pelik.” Maya memberi komen jujur akan perubahan Syafina.

“Pelik apanya?” Syafina tetap meneruskan lipatannya.

“Yelah. Semacam je aku tengok kau ni. Makin manjalah. Kira boleh cakap macam nilah. Lepas kau balik dari Ipoh ni, kau memang dah nampak lain sangat.” Ujar Maya lagi mengenai pendapatnya.

“Ada-ada jelah kau ni. Apa yang lainnya?” Syafina tergelak dengan komen rakannya itu.

“Kau macam orang yang tengah bercinta.” Maya menunduk mencari wajah Syafina. 

“Aaa.. betullah tekaan aku.” Maya tergelak melihat reaksi malu-malu sahabatnya itu.

“Korang dah ehem-ehem ke?” Maya menyoal ingin tahu. Suaranya diperlahankan.

“Ish, mana adalah!” Nafi Syafina. Wajahnya kelihatan memerah dengan telahan Maya. Semakin galak Maya mentertawakannya.

“Kalau dah pun bukan salah pun kan…” Usik Maya lagi. Kali ini Syafina menghadiahkan cubitan pada lengan sahabatnya itu. Maya mengaduh perlahan sebelum ketawa kuat. Mereka tergelak bersama.

“Patutlah langsung diam je..” Ujar Maya lagi. 

“Ish, dahlah. Janganlah usik aku. Takde apa-apa pun tau. Kau jangan nak buat spekulasi.” Syafina bangun mendekat ke almari pula. Dia cuba melarikan diri dari tajuk perbualan mereka.

“Tak payah nak malu-malulah Fin.” Maya mencebir kecil. Sengaja mahu mengusik. Syafina hanya diam dibalik pintu almari.

“Fin, bila kau nak bawak aku jumpa hubby kau tu? Teringin aku nak tengok muka dia..” Maya meminta.

“Kan dah tengok gambar.” 

“Tak best. Aku nak face to face. Nak jugak tahu orang yang dah curi hati kau bertahun-tahun dah ni..”

“InsyaALLAH Ya kalau ada rezeki. Nanti aku kenalkan korang.” Bibir Syafina tersenyum sendiri. Dia sudah selesai menyusun pakaian. 

“Assalamualaikum.” Wajah Liza yang terpacul dimuka pintu menghentikan bicara Syafina dan Maya. Masing-masing memandang ke arah Liza.

“Waalaikumussalam.” Jawab Syafina dan Maya serentak.

“Awal balik hari ni Liza.” Syafina menyoal.

“Kelas cancel hari ni. Huh, penatnya.” Liza berbaring dikatilnya.

“Biasalah Liza. Hidup as student ni.” Maya berbasi-basi.

“Dah makan?” Soal Liza. Syafina membiarkan mereka berdua berbual.

“Dah. Kenyang dah ni. Liza?”

“Dah jugak. Baru lepas makan dengan Ziffan.”

Maya tersengih kecil sambil terangguk. Liza memejamkan mata. Menyedari yang Liza mahu berehat, Maya meminta untuk pamet ke biliknya.

“Aku naik dululah Fin.” Maya mengambil beg dan buku-bukunya diatas meja belajar Syafina.
“Eh, awal lagi.” Syafina ingin menahan.

“Aku nak solat, mandi semua dulu. Lepas tu nak membuta kejap. Penat ni.” Maya sudah diambang pintu.

“Yelah. Solat dulu baru tidur.” Syafina meleretkan bicara.

“Kau pun sama. Bye Liza.” Maya kuatkan suara diakhir ayat mahu Liza mendengar. Selepas itu dia terus berjalan untuk ke biliknya.

Syafina bersila diatas katilnya. Handphonenya yang dari tadi tidak disentuh, diambil dari bawah bantal. Tiada apa-apa. Mesti Fahim sibuk sampai langsung tidak menghantar apa-apa message kepadanya.

Syafina menyandar tubuhnya pada dinding. Hendak mandi, baru sahaja makan. Nanti buncit pula. Duduk sekejap dululah. Kejap lagi mandi. Syafina berkira-kira. Matanya terkebil-kebil seketika sebelum dia tanpa sedar sudah terlena disitu.

++++++++++++++++++++++++++++

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Mamai Syafina menjawab panggilan telefon. Ditelek dirinya yang sudah berbaring diatas katil. Bila masa pun tak tahu.

“Sayang buat apa tu?” Soalan Fahim diamati oleh Syafina. Skrin telefon dilihat untuk mendapat kepastian.

“Astarghfirullah al-azim!” Tersentak Fahim dihujung sana mendengar suara kuat isterinya.
“Kenapa ni?” Tanya Fahim kalut.

“Saya tak solat lagi. Saya nak solat dulu. Cakap nanti. Okay, bye.” Syafina terus menekan butang merah pada telefonnya. Dia bingkas mencapai tuala dan berjalan laju ke bilik air. 

Fahim termangu-mangu seketika. Telefon ditangan direnung lagi. Tak lama kemudian tergaris senyuman dibibirnya memikirkan kekalutan tadi. Tak sangka isterinya seorang yang kelibut begitu.

Dia merenung jam dipergelangan tangan. Patutlah kalut sahaja, sudah pukul 3.45 petang. Fahim menyimpan semula handphone ke dalam poket seluarnya. Dia ke pantri untuk membancuh kopi. Niatnya tadi hendak berbual dengan Syafina bagi menghilangkan kantuknya. Terbantut pula hasratnya itu.

Usai solat Zohor, Syafina duduk ditikar sejadah menanti Asar. Liza dilihat masih terbaring diatas katil. Namun matanya sudah terbuka. 

“Kenapa kalut-kalut tadi Fin?” Liza menyoal. Dia tersedar tadi semasa Syafina masih bercakap dalam telefon. Suara kuat Syafina mengejutkannya.

“Eh, sorry buat Liza terjaga.” Syafina meminta maaf. Rasa bersalah menebal dihati.

“Takde apalah. Cuma Liza ingat Afin kenapa tadi.” Liza melemparkan senyum. Syafina lega.

“Afin tak sedar tertidur tadi. Takut terlepas Zohor je tadi.” 

“Oh..” Liza hanya mengangguk. 

“Liza nak mandi kejap.” Dia bingkas bangun dan mencapai tuala serta kelengkapan mandinya. Syafina hanya memerhati sehingga rakan sebiliknya itu hilang dibalik pintu.

Syafina mencapai handphonenya diatas katil. Teringat panggilan Fahim tadi yang terpaksa diputuskan. Dia menekan-nekan butang keypad untuk menghantar message.

+ Sorry terpaksa letak cpt2 tadi. + Fahim senyum dikerusinya tatkala membaca pesanan ringkas dari isterinya itu.

+ It’s ok. Dah solat ni? +

+ Dah.. tgh tunggu Asar. Knp call td? +

+ Saje.. Miss u..

Syafina tidak membalas salam rindu dari suaminya itu. Dibiarkan message itu buat seketika. Bibirnya tersenyum-senyum seorang diri. Kedengaran suara azan berkumandang. Syafina menaip semula message.

+ Dah azan. Sy solat dulu. Bye, take care. Salam. +

Fahim tersenyum geli hati. Sudah mengangak yang Syafina akan melarikan diri begitu. Fahim menyimpan semula handphonennya ke dalam kocek seluar. Air kopi yang masih berasap diatas meja dicicipnya cermat. Masih panas.

++++++++++++++++++++++


BAB 15

“Maya, minggu ni aku balik rumah abang Azzam.” Syafina memberitahu Maya selepas kelas Management tamat. Tangan Syafina masih sibuk mengemas buku-bukunya.

“Eh, tiap-tiap minggu hilang.” Terhenti tangan Maya yang sedang menyalin nota dipapan putih.

“Hehe, sorrylah sayang. Aku rindu dekat Faril.” Syafina tayang gigi. 

Maya menarik muncungnya. Baru dia nak ajak kawannya itu bershopping di Times Square. Dah takde kawan dia hendak ajak teman. Bukan tiada, dia malas keluar dengan kawan-kawan yang lain kalau tiada Syafina.

Hanya Syafina yang jujur memberi pendapat kalau dia menyoal tentang barang yang hendak dibeli. Tak kiralah baju ke, kasut ke.. Malah beli sebatang pen pun sama. Kalau kawan-kawan yang lain tu cakap semua cantik. Semua padan. Semua kena. Padahal dalam hati kata macam-macam.

“Aku baru nak ajak teman shopping.” Maya memuncungkan bibir.

“Ye ke? Kira nak belanjalah ni? Oh ruginya.” Syafina buat muka menyesal yang ala-ala kucing siam tak dapat makan.

“Eee, bab free laju je.” Maya menampar perlahan lengan Syafina. Itu yang dia suka sangat berkawan dengan Syafina. Gadis itu selalu ceria dengan kata-katanya.

“Minggu depanlah kita keluar sama. Minggu ni aku dah janji dengan abang Azzam.” Syafina serius kembali. Dalam hatinya mengutuk perbuatannya yang menipu kawan baik sendiri.

Dia bukan sengaja mahu menipu. Kalau dia cerita yang Fahim ada bersama, pasti dikata kaw-kaw. Dia tak tahan nak pakai blusher semulajadi setiap masa dengan usikan nakal Maya. Huhu…

Sorry my dear terpaksa tipu kau.’ Luah Syafina sekadar dalam hati.

“Hurm yelah. Tapi minggu depan kau belanja okay.” Maya meluruskan jari telunjuk dihadapan wajah. 

“Ceh, ada udang disebalik mee!” Syafina berpura-pura bersuara garang. Tak lama selepas itu, terhambur ketawa kecil dari bibir mereka. 

Tertunduk-tunduk Maya menekan perut melihat gaya marah Syafina. Tak padan langsung muka innocent macam tu nak marah-marah. Tak sesuai… Getus Maya dalam hati.

“Eh, Ya jomlah. Dah pukul 10.30 pagi ni. Kejap lagi kelas dekat blok OM pulak.” Syafina sudah berdiri kalut.

“Eh, aah. Jom cepat.” Maya sempat mengilas jam ditangan. Pantas mereka menarik beg dan berlari-lari anak keluar dewan untuk masuk kelas Business Administration pula. Kelas mereka hari Rabu ni begitu pack sekali.

“Afin.” Suara seseorang yang memanggil membuatkan tubuh Syafina dan Maya berhenti berjalan. Mereka berdua menoleh serentak ke belakang mencari pemilik suara itu.

Senyuman Iqmal menghiasi pandangan mata. Syafina dan Maya memandang sama sendiri berbahasa isyarat antara keduanya. Yang pasti mereka berdua tidak senang dengan kemunculan Iqmal.

“Lajunya jalan.” Iqmal sudah berdiri disebelah Syafina. Bibirnya terhias dengan senyuman. Maya dah buat muka meluat. Tak tahu ke yang kau nak kacau tu bini orang? Gerutu hatinya kegeraman.

“Kitorang nak cepat ni. Kelas dah nak mula.” Maya menarik lengan Syafina agar mengikutnya. 

“Eh, sekalilah.” Iqmal mengejar. Dia seiringan disebelah Syafina.

Sekali-sekala Syafina menoleh ke sisi memandang wajah Iqmal. Tangannya masih tidak dilepaskan oleh Maya. Iqmal pula berusaha menyamai langkah kaki kedua gadis itu. Geram juga dia dengan Maya yang seolah cuba menjauhkan Syafina darinya.

Lima minit berjalan, mereka sudah sampai dipintu depan dewan kuliah. Maya menonong menarik tangan Syafina ke kerusi kosong diantara pelajar-pelajar perempuan. Mujur sahaja tinggal dua kerusi disitu. Tak dapatlah Iqmal nak menyertai mereka.

Iqmal mendengus kecil. Tak sempat dia nak panggil Syafina dan Maya supaya duduk dengannya, kedua gadisi tu sudah duduk dibarisan ketiga yang sudah penuh. ‘Kacau betul Maya ni.’ Iqmal membentak dalam hati.

Dia berjalan dengan wajah masam ke arah sekumpulan pelajar lelaki dibarisan kerusi ke enam. Teman-temannya disitu sudah tersenyum dan melambai kepadanya.

“Kau kenapa Mal?” Soal Kasyaf melihat wajah cemberut sahabatnya itu.

“Aku bengang dengan Maya tu.” Beritahu Iqmal perlahan. Tidak mahu didengar oleh teman-teman mereka yang lain.

“Oh, still tak dapat lagi ke awek tu?” Kasyaf memandang seketika ke arah Syafina dan Maya. Dia sudah mengetahui cerita antara Iqmal dan Syafina. Yang dia pelik sampai sekarang sahabatnya itu tidak berjaya menawan hati gadis pemalu bernama Syafina itu.

Iqmal mendengus kasar. Mujur sahaja dia ada tempat untuk berkongsi cerita. Matanya menjeling sekilas pada barisan ketiga. Syafina sedang menoleh ke arahnya. Hati Iqmal sedikit sejuk apabila Syafina memberi senyuman kepadanya.

Kasyaf yang perasan hanya menggeleng kecil. Entah bila kisah cinta kawannya itu akan bersemi. Ingin sekali dia mengenali Syafina yang menjadi pujaan Iqmal itu.

Selang beberapa minit, dewan kuliah yang hingar-bingar tadi menjadi senyap tiba-tiba apabila seorang pensyarah lelaki segak menapak ke dewan kuliah.

“Kelas, sila tuliskan attendant.” Arah Encik Mukhriz selaku pensyarah mata pelajaran Business Administration. Kertas attendant diserahkannya pada pelajar yang duduk paling dekat dengannya.

Selepas itu kelas pun bermula tanpa terdengar suara-suara pelajar yang tidak menumpu perhatian. Tidak ada seorang pelajar pun yang berani kerana mereka sudah maklum dengan kegarangan pensyarah mereka yang bernama Mukhriz Hamzah ini.

“Okay class…. We stop here first. Don’t forget to submit this assignment on Wednesday.” Suara Encik Mukhriz kedengaran lantang melalui speaker.

Terdengar keluhan semua pelajar bila mendengar tarikh penghantaran assignment yang hanya tinggal seminggu lagi. Semua tak puas hati kerana terlalu cepat.

Why?” Soal Encik Mukhriz.

“Mintak extend sir…” Terdengar suara seorang pelajar lelaki barisan paling belakang melaung.

Extend lagi? Kali ni kamu semua nak berapa lama lagi tempoh?” Soal Encik Mukhriz sinis. Sudah maak benar dengan kerenah pelajar-pelajarnya yang suka meminta dipanjangkan tempoh submission.
 
On next Wednesday..” Tambah pelajar lelaki itu lagi.

“Ya..” Kedengaran suara-suara pelajar yang lain mula bersahut menyatakan ya sebagai persetujuan. Encik Mukhriz berdehem. Dewan kuliah senyap kembali. 

“Kalau macam tu, saya bagi tempoh dua minggu untuk siapkan assignment. Make sure semua report ada atas meja saya hari rabu 5 Oktober, tepat pukul 10.00 pagi ada atas meja saya. No excuse!” Tegas Encik Mukhriz tidak mahu memberi muka.

Soseh-soseh antara pelajar kedengaran. Mungkin saja ada yang tidak berpuas hati, atau mungkin saja tengah merancang sesama mereka mahu siapkan bersama.

Until then, see you on next Wednesday.” Encik Mukhriz menamatkan kelas dengan bicara penutupnya. 

Selepas sahaja bayang pensyarah lelaki itu hilang dari pintu utama, dewan kuliah gamat kembali dengan suara-suara pelajar yang mula berasakan mahu keluar dari situ memandangkan ada pelajar diluar yang sudah menanti untuk menggunakan dewan kuliah itu pula.

Syafina dan Maya juga sudah mengangkat beg masing-masing. Mereka turut beratur untuk keluar dari pintu dewan kuliah.

“Huh, tak bernafas aku.” Dengus Maya selepas berjaya keluar. Syafina disisi hanya tergelak kecil.

“Jomlah, aku dahagalah Ya. Kita pergi minum-minum kejap.” Syafina memaut lengan sahabatnya itu. 

“Jom, aku pun haus gila ni.” Mereka beriringan ke kafe berdekatan untuk membasahkan tekak yang kering. 

Setelah mengambil tempat bersama sepiring kuih-muih dan gelas minuman masing-masing, Syafina mengarahkan Maya supaya membaca doa makan. Maya hanya mengangguk sebelum menadah tangan. 

“Jom makan.” Maya berkata teruja setelah mengaminkan doa.

“Hai, assalamualaikum.” Belum sempat Maya menggigit karipap pusing ditangannya, terdengar suara seorang lelaki memberi salam.

Maya dan Syafina sama-sama menoleh. Dalam hati Maya sudah menggerutu kegeraman melihat wajah Iqmal dan Kasyaf yang sedang berdiri sambil tersengih disebelah mereka.

“Saya duduk sini ye.” Iqmal terus duduk disebelah Syafina tanpa mendapat keizinan dulu. Kasyaf yang menemannya, terpaksa mengambil tempat di sebelah Maya. Dia perasan gadis itu menjelingnya.

Syafina dan Maya berpandangan dan hati mereka berbicara melalui bahasa tubuh dan kononnnya secara telepati. 

‘Apa diorang buat dekat sini?’ 

‘Takkan nak halau?’

‘Bencilah!’

‘Biarlah, kejap je kot. Kita makan cepat-cepat.’

Maya menjeling sekilas wajah Iqmal yang tersengih-sengih disebelah sahabatnya. Kenapalah lelaki ni susah sangat. Tak faham ke yang Afin tu dah tolak banyak kali. Yang Afin ni pun gatal nak berahsia. Kan dah susah macam ni! Omel Maya didalam hati sambil menggigit karipap ditangan dengan gaya rakus.

“Jemput makan Mal, Kasy.” Syafina berbasi-basi dengan tetamu tak diundangnya itu. Dia sendiri rasa tidak selesa dengan kehadiran Iqmal dan Kasyaf.

Thanks. Kasy belilah air.” Iqmal mengarahkan Kasyaf supaya membeli air untuk mereka.
“Duit mana?” Minta Kasyaf tanpa rasa bersalah.

‘Cet, mamat ni. Jagalah air muka aku sikit.’ Sungut Iqmal dalam hati. Bibirnya mencebir sebelum menyeluk poket belakangnya mengeluarkan beg duit. Sekeping duit kertas RM 5 dihulurkan pada Kasyaf.

Kasyaf mengambilnya dengan senyuman yang melebar ke telinga. Dia terus bangun dan bergerak ke deretan gerai untuk membuat pesanan.

“Tak makan nasi ke tengah hari ni Fin?” Iqmal memulakan perbualannya dengan gadis yang dirinduinya itu.

“Kejap lagi kot. Tak lapar lagi.” Jawab Syafina sambil menyedut air Horlicks aisnya.

“Mal pun tak lapar lagi. Tengah hari ni kita makan sekali boleh?” Iqmal senyum. Syafina sudah memandang Maya dengan pandangan meminta bantuan.

It’s okay Mal. Tengah hari ni kitorang nak pergi library.” Maya yang hafam terus mencelah.

“Mal ikutlah kalau macam tu? By the way, assignment Encik Mukhriz kita tak siapkan lagi kan?” Iqmal berkata sambil memandang wajah Syafina dan Maya berselang seli. 

Akhirnya Syafina mengangguk lemah sebagai jawapan. Maya didepannya mula menjegilkan mata. Kaki Syafina dibawah meja dikuisnya dengan kakinya.

‘Kenapa setuju?’

‘Habis nak cakap apa?’

‘Ishh!’

Mata mereka sekali lagi berbicara.

“Minggu lepas Afin balik rumah abang Azzam ke? Tak nampak pun dekat kolej?” Teguran Iqmal menghentikan bicara senyap antara Syafina dan Maya.

“Hah?” Syafina tidak berapa dengar.

“Hujung minggu lepas, tak nampak awak dekat kolej pun. Balik rumah abang Azzam ke?” Soal Iqmal sekali lagi. Dia juga mengenali satu-satunya abang Syafina. Sejak belajar di UiTM lagi mereka telah dipertemukan.

“Minggu lepas?” Syafina pamer wajah blur.

“Oh, haah.” Syafina baru dapat menangkap. Dia mengangguk laju. Kalau Iqmal tahu dia balik ke rumah suaminya di Ipoh, macam manalah penerimaan lelaki itu.

Bukan dia tidak faham perasaan Iqmal terhadapnya. Sejak mereka belajar di UiTM dulu Iqmal pernah meluahkannya. Cuma Syafina yang meminta masa kerana masih belum bersedia. Bukan tak bersedia, dia memang tak nak kerana hatiya sudah terikat dengan satu nama. Hanya Fahim yang ditunggunya walau lelaki itu tidak pernah tahu perasaannya.

Suasana senyap itu terganggu dengan kedatangan Kasyaf yang riuh mulutnya. “Panjang gila beratur nak bayar.” Rungut Kasyaf sambil meletak dua gelas air dan sepiring kuih diatas meja.

“Biasalah bro tengah hari macam ni.” Iqmal mengambil gelas minumannya. Entah sudah berbismillah atau belum, terus disedutnya straw yang tercacah didalam gelas. Lega tekaknya yang kehausan.

“Hujung minggu ni kita keluar nak?” Cadang Iqmal tiba-tiba.

“Kau nak join tak Kasy? Apa kata kita keluar empat orang, mesti best kan?” Iqmal sudah tersenyum gembira dengan rancangannya sendiri. Manakala Maya dan Syafina sama-sama terpinga-pinga.

“Er, Iqmal. Minggu ni saya balik rumah abang Azzamlah.” Kata-kata Syafina sudah membuatkan muka ceria Iqmal tadi berubah. 

“Minggu lepas kan dah balik?” Soal Iqmal tidak puas hati.

“Eh, Afin memang tiap-tiap minggu balik sana. Kan Fin?” Maya cuba menyelamatkan Syafina. Syafina memberi respon dengan mengangguk laju.

“Tapi….” Kata-kata Iqmal terhenti. Dia memandang wajah Kasyaf yang asyik dengan kuih donatnya meminta simpati dari sahabatnya itu pula untuk cuba memujuk.

Girls, apa salahnya kalau sekali-sekala kita hangout sama-sama…” Bicara Kasyaf dengan mulut yang masih mengunyah. Iqmal ceria kembali. Dia terangguk menyetujui kata-kata Kasyaf.

“Alah boringlah keluar dengan korang.” Maya memuncungkan bibir.

Best apa. Belum cuba belum tahu.” Kasyaf mencabar Maya. Gadis itu menghadiahkan pandangan meluat kepadanya.

“Huh, tak hinginlah!” Dengus Maya bersama jelingan tajam buat lelaki disebelahnya itu.

“Eh, Fin. Jomlah kita blah. Aku makin hotlah duduk sini lama-lama.” Maya menggantungkan begnya ke bahu. Berura-ura mahu meninggalkan kafe.

“Maya, duduklah dulu.” Iqmal cuba menahan gadis itu yang sudah menarik lengan gadis pujaannya. Tak sempat dia nak bersembang panjang.

“Kitorang nak pergi librarylah.” Maya menoleh seketika sebelum terus berlalu bersama Syafina disebelahnya.

Syafina yang tertoleh ke arah dua lelaki itu ditarik laju oleh Maya. Geram dia kerana Syafina masih mahu melayan lelaki itu walaupun terang-terangan Iqmal cuba mengayatnya. Mengingatkan Kasyaf yang menjengkelkan, menambahkan lagi rasa geramnya.

You better make a move.” Sinis Maya berkata disebelah telinga kawannya itu. Syafina tegakkan kepala ke depan semula. Langkah mereka berdua kembali seringan.

“Aku hangin betullah dengan si Maya tu!” Bentak Iqmal kasar melihat tubuh dua wanita itu berlalu pergi. Ingin mengejar, rasa macam orang bodoh pula.

“Sabar bro. Merpati tu, bukan burung biasa.” Komen Kasyaf sambil menyedut limau aisnya. Iqmal mendengus kasar. Matanya merenung kejauhan memikirkan sesuatu.

“Kau tak nak ke kuih ni? Kalau tak nak aku habiskan…” Bicara Kasyaf menghentikan lamunan Iqmal. Cepat-cepat dia menyambar kuih donat yang hanya tinggal satu sebelum sempat Kasyaf mengambilnya.

Kasyaf tergelak kecil sambil menggeleng perlahan. Kadang-kadang dia tidak faham dengan perangai kawannya yang seorang ni. Selalu serius je. Ada masa sekali-sekala sahaja dia bertukar kelakar. Hai pening kepala aku. Getus hati Kasyaf dalam diam.

“Cepatlah jom balik.” Suara Iqmal sudah bertukar serius.

“Minum bagi habis dulu. Jangan membazir..” Lembut sahaja Kasyaf membalas. Dah datang balik dah perangai serius dia. Ish dia ni kan..

“Cepatlah sikit. Pukul berapa dah ni.” Gesa Iqmal lagi. Dia masih tidak berpuas hati dengan Maya. Kalaulah Maya tu lelaki mahu saja dia kenakan cukup-cukup. Menyibuk sahaja.

“Yelah, kejap.” Kasyaf menyedut laju baki air liamu aisnya. Berkerut dahinya menahan kesejukan. 

“Jom blah.” Kasyaf sudah mencapai begnya dan berdiri. Iqma turut mengekor temannya yang sudah mahu berjalan meninggalkan kafeteria.

Mereka seiringan berjalan menuju ke kolej. Sepanjang perjalanan Iqmal hanya mendiamkan diri. Namun benaknya bekerja keras memikirkan cara untuk cuba mendekati Syafina lagi. Walau apa pun, dia akan cuba memenangi hati wanita yang sudah mencuri hatinya itu. Itu tekadnya.


*Sorry dah lama tak post story CDDS ni. Hope anda semua enjoy. Bukan apa bz nak menyiapkan BBM..Doa-doakan saya ye.. Please leaves some comment. TQ very much..*

~L.O.V.E & F.A.I.T.H ~
ad_dEen









Bahagia Bukan Milikku 18

BAB 18

“Hello…” Dalam mamai-mamai Iskandar menekapkan handphonenya pada telinga.

“Iskandar Tuah!” Tempikan dari hujung talian membuatkan mata Iskandar membesar. Handphone dijarakkan dari telinga untuk melihat siapa yang membuat panggilan. Dahinya berkerut melihat nama yang dikenalinya itu. Kenapa pulak dah ni?

“Erk, kenapa ni?” Soal Iskandar terpinga-pinga.

“Kau balik sekarang!” Tengking Aryuni lagi. Turun naik nafasnya menahan marah.

“Apa ni kak? Balik mana? Bisinglah kak Yuni ni orang nak tidur!” Dengus Iskandar kerimasan. Dahlah tidurnya diganggu begitu.

“Kau balik sekarang rumah kau. Akak ada dekat sini!” Balas Aryuni tegas sebelum menamatkan panggilan. Matanya masih tajam memandang Zaira yang tertunduk dihadapannya.

Iskandar terkejut beruk mendengar kata-kata akhir kakaknya itu. Matanya terjegil luas. Otaknya sudah dapat menagkap maksud kata-kata kakaknya tadi. Jika kakaknya marah-marah begini, pasti kakaknya sudah tahu akan rahsia yang disoroknya selama ini. Terkocoh-kocoh Iskandar bangun dari baringannya.

Dia mencapai seluar jeans yang tersangkut dipenyidai dan menyarungnya. Kemudian, katil Izzat didekati mahu mengejutkan lelaki itu.

“Zat…” Izzat membuka mata apabila terasa kakinya digoyang berkali-kali.

“Kau nak ke mana ni?” Soal Izzat terpinga-pinga melihat Iskandar yang sedang bersiap dihadapannya. Dia bangkit dan duduk diatas tilam.

“Aku kena balik sekarang.” Balas Iskandar tegas.

“Kenapa? Ada apa-apa jadi dekat Zaira ke?” Tanya Izzat.

“Kakak aku ada dekat rumah. Sorry aku tak sempat kemas semua ni.” Iskandar menunjuk pada tempat tidurnya yang berselerakan. Resah suaranya.

“Takpe kau pergilah balik.” Izzat membalas dengan tangannya menggaru kepala yang masih mamai. Iskandar mengangguk. Izzat mengekor langkah Iskandar yang keluar dari bilik.

Izzat membukakan pintu dan grille buat sahabatnya. “Apa-apa call aku.” Pesan Izzat semasa Iskandar menyarung kasutnya.

“Aku pergi dulu. Thanks Zat.” Iskandar menepuk bahu Izzat perlahan. Izzat membalas dengan anggukan. Kemudian, Iskandar terus berjalan laju menuju ke lif untuk ke tempat parkir keretanya.

Dalam kepalanya sudah bermacam andaian yang bermain diminda. Adakah Zaira akan dipengapakan oleh Aryuni? Iskandar resah sendiri. Dia memecut laju keretanya selepas menghidupkan enjin kereta.

Izzat yang separa sedar tadi mula dapat berfikir dengan waras. Jika kakaknya ada dirumahnya, bermakna kakak Iskandar sudah tahu pasal Zaira lah? Izzat mula kalut dengan telahannya itu. Hatinya akhirnya mengiakan, setuju dengan andaiannya itu. Dia menutup semula pintu rumahnya. Selepas itu dia menapak ke bilik tidurnya semula.

Mata yang mengantuk tadi mula segar bugar. Jarum jam diatas meja kecil tepi katilnya dipandang. Sudah pukul 6.25 pagi. Baik dia pergi bersolat dulu. Izzat berjalan ke penyidai mencapai tuala mandinya, lalu dia bergerak ke bilik mandi mahu membersihkan diri. Dalam hati berdoa yang Iskandar baik-baik sahaja dirumahnya.

Pemanduan Iskandar laju membelah jalan raya yang masih lengang. Degup jantungnya usah dikata. Seperti mahu tercabut sahaja. Dia ingin cepat sampai ke rumahnya. Memikirkan pelbagai perkara yang mungkin sedang berlaku antara kakak dan isterinya itu.

'Zaira tak apa-apakah?' Ada suara dari hatinya yang paling dalam berbisik. Kebimbangan memikirkan isterinya itu. Namun dia cuba menidakkan suara itu.

Pedal minyak ditekan rapat ke permukaan lantai kereta. Kedinginan embun pagi masih tidak mampu menyejukkan tubuhnya yang mula berpeluh kecil.

Tak sampai lima belas minit, Iskandar sudah memarkir C-RV ditempat parkir khas miliknya. Keluar sahaja dari kereta, dia terus berlari anak menuju ke pintu lif. Punat naik ditekan berkali-kali berharap yang pintu itu segera terbuka untuk membawanya ke atas.

"Cepatlah!" Keras suara Iskandar memarahi objek tidak bernyawa itu. Rasa lambat sahaja lif bergerak turun dari tingkat lima belas itu.

Terbuka sahaja pintu lif, dia terus menerkam masuk dan menekan butang tingkat sepuluh. Dia resah menanti pintu lif terbuka.

"Ting!" Iskandar terus berlari anak keluar. Kunci rumah dalam poket digagaunya. Sampai dihadapan rumah, dia segera memasukkan anak kunci pada mangga dan pagar grille. Dia masuk dan membuka pula pintu kayu. Pintu grille dikunci semula.

Selepas itu dia terus menapak ke dalam rumah dari celah pintu kayu yang sudah ditolaknya tadi. Langkah kaki terhenti dan matanya terpaku memandang pada Aryuni yang sedang duduk disofa. Zaira pula berdiri ditepi dengan wajah kecut. Kedua-dua gadis dihadapannya itu sedang memandangnya kini.

"Apa semua ni Is?" Soal Aryuni tenang. Tangannya masih kemas memeluk tubuh diatas sofa. Renungan matanya pada wajah adiknya tetap tajam menikam.

Iskandar menelan liur kelatnya. Dia menoleh ke belakang dan merapatkan semula daun pintu yang masih ternganga. Kemudian dia berpaling semula mahu menghadap dan berdepan dengan kakaknya.

Perlahan-lahan Iskandar mendekat pada sofa. Kakinya berhenti pada sofa berangkai dua. Kedua tangannya diletakkan pada kepala sofa yang membelakanginya itu. Wajah Aryuni dan Zaira dipandang bersilih ganti.

"Kak, kita solat dulu. Dah nak pukul tujuh ni." Iskandar menjeling sekilas pada jam yang tergantung didinding.

"Hurm." Gumam Aryuni perlahan. Dia ikut menjeling pada jarum jam.

"Kak Yuni, telekung akak Is bagi dia pinjam. Takpe ke?" Iskandar menoleh seketika pada wajah kakaknya.

Mula-mula Aryuni buat muka terkejut. Pandai-pandai pula Iskandar bagi barangnya kepada orang lain. Namun selepas memikirkannya semula, dia mengendurkan semula raut wajahnya. Apa salahnya jika gadis itu guna untuk buat sembahyang. Dapat juga dia pahala. Getus hati Aryuni.

"Pergilah solat dulu. Akak tunggu sini." Aryuni memberi arahan memandangkan dia masih dalam tempoh cuti. Seketika kelibat Iskandar dan Zaira sudah hilang dibalik pintu bilik yang berlainan.

Aryuni mula rasa pelik apabila mendengar bunyi dua daun pintu yang ditutup serentak. Bukan tadi perempuan tu mengaku isteri Iskandar ke?

Sepuluh minit kemudian, Zaira melangkah semula ke ruang tamu. Iskandar sudah pun berada disitu bersama kakaknya. Zaira cuba bertenang menahan debar didada.

Iskandar sudah mengambil tempat bertentangan dengan Aryuni. Dia menyandarkan tubuh pada sofa berangkai dua yang diduduknya. Manakala Zaira berdiri seperti tadi saat sebelum Iskandar sampai. Kepalanya menunduk ke bawah sambil kedua tangannya meramas jemarinya.

Now tell me everything.” Ucap Aryuni tegas.

Iskandar memandang wajah Zaira buat seketika. Terbetik rasa kasihan melihat wajah luluh gadis itu. Namun segera dinyahkan dari pangkal hati bila egonya menang dengan bisikan syaitan yang tak henti-henti. Nafas panjang ditarik dan dilepaskannya perlahan.

“She’s my wife.” Senafas Iskandar berbicara. Wajah kakaknya dipandang tepat. Bersabung pandang kedua beradik itu yang diperhatikan oleh Zaira ditempatnya berdiri.

“Apa semua ni Is? Kau cakap apa ni?” Tangan Aryuni sudah tidak memeluk tubuh lagi. Dahinya mengedut. Kedua tangannya didepa luas dengan kasar. Kepalanya ditoleh pada wajah Zaira sebelum memandang wajah Iskandar semula.

“Is dah kahwin atas permintaan umi dengan papa.” Suara dingin Iskandar mula bercerita. Makin bertambah kerutan didahi Aryuni.

“Kau kena tangkap basah?” Aryuni menebak. Zaira dan Iskandar masing-masing terperanjat dengan soalan dari bibir Aryuni itu. Memang tepat!

“Jadi betullah korang kena tangkap basah?” Aryuni menyimpul sendiri bila melihat reaksi Iskandar dan Zaira yang seolah mengiakan pertanyaannya. Biar betul? Astarghfirullah al-azim! Detik hatinya tidak percaya.

It’s accidentally happened.” Iskandar menghembuskan nafas beratnya. Berat hati mahu bercerita. Aryuni mendiamkan diri. Dia cuba bertenang setenang mungkin. Tidak mahu melenting tiba-tiba. Pasti ada penjelasan disebalik semua ini.

“Malam tu Is nak balik rumah ni macam biasa….” Iskandar memulakan ceritanya. Aryuni tekun mendengar. Zaira juga hanya menjadi pendengar dan pemerhati sedari tadi. Walaupun dia subjek utama, namun dia terasa seperti orang asing saat ini.

“Malam bila kau nikah?” Sampuk Aryuni.

“Malam genap umur Is 28 tahun.” Wajah Iskandar tiada riak. Dingin sahaja. Aryuni hanya mengangguk.

“Lepas tu?” Aryuni mengisyaratkan supaya Iskandar meneruskan ceritanya.

Dengan terpaksa, Iskandar menyambung lagi kisah yang telah berlaku malam hari jadinya itu. Sekali-sekala anak matanya mencari wajah Zaira yang berdiri. Bila mata mereka bertemu pandang, cepat-cepat Zaira melarikan anak matanya. Begitulah setiap kali.

“Kenapa kau setuju jugak?” Soal Aryuni sangsi. Tidak percaya yang semudah itu Iskandar akan menurut kata-kata umi dan papa mereka. Dia kenal sangat dengan sifat keras kepala lelaki itu macam mana.

Look kak Yuni. I don’t have a choice to say no!” Balas Iskandar keras. Berkerut dahinya menuturkan ayat itu.

“Kenapa pulak tak? Ini soal masa depan kau? Kau berhak tentukan sendiri!” Bidas Aryuni pula. Geram pula hatinya memikirkan kesanggupan umi dan papanya menikahkan Iskandar dengan gadis yang tidak dikenali itu. Wajah Zaira dipandang geram.

“Itu umi kak Yuni. Siapa Is nak melawan cakap umi? Cakap papa?” Sayu suara Iskandar berkata. Wajahnya tertunduk merenung karpet bulu yang dipijaknya.

 Aryuni terdiam lama. Benar cakap Iskandar, siapa mereka mahu melawan cakap kedua ibu bapa yang telah melahir dan membesarkan mereka? Allahuakbar! Aryuni tersedar dengan keterlajakannya tadi.

Dalam diam Zaira mengkagumi keperibadian suaminya itu. Seorang anak yang taat. Tapi sayang, kerana dia lelaki itu telah jauh dari kedua ibu bapanya. Jiwanya semakin kuat merasa bersalah.

"Jadi penerimaan kau macam mana?" Soal Aryuni semula setelah agak lama mereka mendiamkan diri tadi. Kasihan juga dia melihat wajah kusut Iskandar. Patutlah sejak kebelakangan ini, lelaki itu nampak terbeban sahaja. Ajak balik rumah pun ada saja alasannya. Fikir Aryuni sendirian.

"Is tak tahu." Iskandar meraup wajahnya ke belakang bersama keluhan berat yang dilepaskan.

Tiba-tiba Iskandar kalut mengangkat wajahnya. Jam dipergelangan tangannya ditelek. Terkejut melihat waktu yang sudah menjangkau hampir pukul lapan pagi. Dia perlu bersiap sekarang ke tempat kerja.

"Kak Yuni, kita stop pasal ni. Harap akak dapat rahsiakan perkara ni dari adik-beradik kita. Is tak nak siapa-siapa pun tahu." Iskandar berkata sambil berdiri.

"Kak Yuni tak habis lagi ni Is!" Aryuni menekan ayatnya. Cepat pula Iskandar mahu melarikan diri.

"Dah pukul 8.00 pagi kak. Is nak pergi kerja. Kak Yuni pun nak pergi kerja kan?" Soal Iskandar lagak tenang. Bukan sengaja dia nak lari, tapi memang hakikat dia perlu bersiap sekarang.

Aryuni berpaling pada jam bulat yang tergantung didinding. Baru menyedari kebenaran kata-kata adiknya itu. Alamak, dia perlu masuk klinik awal hari ni memandangkan biliknya masih tidak dikemas elok semalam. Dia juga ikut berdiri.

Iskandar menapak terus ke bilik tidurnya bila melihat Aryuni juga sudah bangun dariduduknya. Pasti saja dia kalut kerana waktu sudah lewat benar. Iskandar terus berjalan laju ke bilik air dalam biliknya mahu mandi.

Tak sampai sepuluh minit dia sudah siap. Dengan hanya bertuala, dia melangkah keluar dari bilik air terus ke meja solek. Botol deodorant Nivea Man disembur ke bawah lengannya. Selepas itu, rambutnya disapu dengan gel dan disikat rapi. Selesai mengemas diri, dia mendapatkan almari baju.

Sehelai kemeja berwarna putih diambil dan disarung ke tubuh. Mujur sahaja sudah berseterika. Sehelai seluar slack hitam yang tergantung diambil dan disarung ke kaki. Selesai mengemaskan pakaian, deretan necktie pelbagai warna dalam suatu ruang dalam almari dibelek.

Iskandar mengambil necktie berwarna biru gelap berjalur warna emas dan dibelitkan ditengkuknya. Dia bergerak ke cermin meja solek semula mahu merapikan diri. Selepas berpuas hati dia terus mencapai briefcase diatas meja kerjanya. Laju kakinya melangkah keluar bilik.

Zaira sedang menuang air ke dalam cawan dimeja makan semasa dia berjalan ke ruang tamu. Aryuni masih dibiliknya nampaknya. Iskandar menapak terus ke meja bila dia sudah meletakkan briefcasenya diatas sofa. Dia duduk dikepala meja. Zaira cepat-cepat menyapu peanut butter pada sekeping roti dan diletakkan didalam piring dihadapan suaminya.

Iskandar hanya membaca doa didalam hati dan laju dia menyuap roti tadi ke dalam mulut. Dalam hati sempat dia memuji Zaira yang sempat menyediakan sarapan buatnya.

"Nak roti lagi encik?" Soal Zaira yang masih berdiri. Iskandar cepat-cepat menggeleng.

"Pergi ambil stoking dalam bilik." Arah Iskandar. Zaira mengangguk dan pantas berlalu.

Dia bertembung dengan Aryuni dilaluan ke bilik tidur Iskandar. Kakak suaminya itu hanya memandang tajam ke arahnya. Dia jadi takut untuk menegur.

"Kak, jemput sarapan." Suara Zaira sedikit bergetar.

"Hurm." Aryuni hanya menggumam dengan wajah dingin.

Zaira pantas berlalu ke bilik untuk menyempurnakan tugasannya tadi. Dalam hati sempat mengomel akan kedinginan kakak iparnya yang persis dengan Iskandar.

Aryuni sempat menjeling ke belakang memerhati gerak-geri Zaira sebelum gadis itu menghilang dibalik pintu kamar adiknya. Niat hatinya yang mahu menjenguk bilik bacaan tadi terbantut bila melihat Zaira yang melangkah ke bilik tidur Iskandar. Andaian pertamanya tadi berjaya disangkal dengan keadaan itu.

"Makan kak." Jemput Iskandar apabila berpaling ke belakang melihat tubuh kakaknya yang sedang berjalan.

"Sorrylah sarapan tak seberapa." Kata Iskandar saat Aryuni sudah menarik kerusi mahu duduk. Riak muka kakaknya itu masih seperti tadi. Tegang sahaja.

"Hari-hari bini kau bagi makan roti macam ni je ke?" Soal Aryuni sinis.

"Takdelah kak.  Biasa ada bihun goreng ke, nasi goreng ke... Hari ni dia tak sempat." Nafi Iskandar. Aryuni hanya diam sebelum menyambut huluran roti yang disapu dengan peanut butter oleh adiknya.

Hati Iskandar berdetak laju. Dia berharap yang Aryuni tidak terkesan dengan penipuan yang sedang dilakukannya. Tidak tahu kenapa dia mahu berselindung mengenai kedinginan perkahwinannya itu dari pengetahuan kakaknya.

"Kenapa Zaira solat dekat bilik bacaan tadi?" Aryuni masih ingin mendengar jawapan pasti.

"Oh, tadi kan Subuh dah nak habis." Iskandar pantas menjawab bila alasan itu yang melintas dibenaknya. Aryuni terdiam lama sebelum mengangguk. Iskandar kembali menarik nafas lega.

Iskandar dan Aryuni sama-sama berpaling bila mendengar derap langkah kaki yang sedang berjalan.

"Letak dekat beg tu." Iskandar cepat memberi arahan bila matanya dan Zaira bertautan. Zaira mengangguk dan mengikut apa yang disuruh.

"Okaylah kak. Is dah lambat dah ni." Iskandar segera bangun selepas meneguk habis air milo dalam cawannya. Dia berjalan pantas ke sofa.

Matanya sempat menghantar isyarat pada Zaira yang berdiri disofa supaya tidak bersuara. Walaupun tidak mengerti kenapa, Zaira hanya turutkan sahaja. Dia tiada kuasa untuk bersuara.

"Akak tak nak pergi klinik ke?" Iskandar menegur Aryuni sedang dia duduk menyarung stoking dikaki.

"Akak pun nak gerak dah ni." Rengus Aryuni sebelum menolak kerusi kuat ke belakang tanda protes. Menghalau pula adiknya itu.

Aryuni bergerak ke pintu utama. Iskandar mengisyaratkan kepada Zaira supaya mengambil briefcasenya. Seperti tadi, dia masih terpinga-pinga akan tujuan Iskandar berkelakuan begitu. Namun dia ikutkan sahaja. Dia mengekor langkah Iskandar ke pintu rumah yang sudah dibuka oleh Aryuni.

"Kak Yuni jangan singgah rumah Is ye malam ni." Kata Iskandar.

"Kenapa pulak?" Aryuni menjegilkan biji mata.

"Malam ni Is ada plan dengan Zaira." Iskandar berpura-pura meleretkan senyum memandang wajah isterinya.

Tanda tanya dibenak Zaira makin bertimpa-timpa. Dia makin pelik dengan suaminya itu. Kenapa pulak dah ni?

Aryuni mencebikkan bibir. Matanya menjeling sekilas melihat senyuman mesra adiknya itu buat isterinya. Nampak bahagia sahaja adiknya itu. Mungkin benarlah tindakan umi dan papa menjodohkan mereka. Desisi hatinya dalam diam.

"Semalam kenapa kau tak balik?" Soal Aryuni keras bila teringatkan ketiadaan lelaki itu tadi. Mungkin adiknya itu sedang menipu. Hatinya masih sangsi.

"Er, malam tadi kitorang gaduh sikit." Iskandar tertunduk bila berkata begitu. Zaira pula semakin keliru.

"Sebab tulah Is nak pujuk balik isteri Is malam ni." Iskandar mengangkat wajah dan tersenyum. Spontan tangannya menarik bahu Zaira rapat pada tubuhnya. Pandangan penuh tanda tanya diwajah isterinya dibalas dengan senyuman yang melebar.

Aryuni yang memerhati dari tadi mula mengangguk. Rasa was-wasnya tadi semakin berlalu pergi melihat senyuman dibibir Iskandar. Dia berpuas hati dengan jawapan Iskandar.

"Jomlah kak. Is dah lambat sangat ni." Iskandar mengerling jam ditangan yang sudah terarah pukul 8.15 pagi. Lewatlah dia ke pejabat nanti ni.

Iskandar mencapai kasut kulit hitamnya didalam almari kasut. Dia menyarungnya pantas. Aryuni juga sudah berdiri diluar grille dengan handbagnya.

"Kunci rumah elok-elok." Pesan Iskandar semasa mengambil briefcase ditangan Zaira. Isterinya tu hanya mengangguk.

Iskandar menjeling sekilas pada Aryuni yang masih memerhati. Dia menghulurkan tangan kepada Zaira. Mahu memantapkan lagi lakonan yang sedang dimainkannya. Zaira teragak-agak mahu menyambut.

Iskandar menjegilkan anak mata menyuruh Zaira menyalami tangannya. Lambat-lambat Zaira bersalam dan tunduk mencium tangan suami dalam genggamannya itu. Hatinya berdebar kencang dengan sentuhan yang bermakna itu.

"Bye, assalamualaikum." Iskandar melambai selepas menarik grille rapat semula. Zaira hanya memandang dan mengangguk kecil melihat dua tubuh manusia itu berlalu ke lif.

Tangannya terketar-ketar mengunci pintu grille. Getaran didadanya yang kuat tadi semakin berkurangan sesudah mengunci pintu rumah. Dia menyandar pada pintu yang tertutup rapat itu. Tangan kanannya diletakkan didada kiri.

Kenapa suaminya itu bersikap pelik tadi? Apa yang dia cuba buat? Sentuhan tadi, tak pernah dia mencium tangan lelaki itu sejak bergelar isteri. Astarghfirullah al-azim. Perasaan Zaira semakin bertindih dengan kejadian-kejadian yang menimpanya. Apa tujuan lelaki itu sebenarnya? Dalam fikirannya terbayang peristiwa petang semalam. Sesak otaknya dengan pelbagai persoalan.

Dalam pada masa yang sama, hatinya benar-benar tersentuh dengan layanan Iskandar tadi terhadapnya. Mungkin benar Iskandar sudah membuka ruang buat dirinya? Terima kasih ya ALLAH atas rasa ini. Doa Zaira perlahan. Dadanya ditekan kuat. Benarkah perasaannya ini?

Bibir Zaira makin melebarkan senyuman dengan telahannya itu. Agak lama juga dia berdiri disitu baru dia tersedar kembali dari menungannya. Mungkin lelaki itu sudah mahu menerimanya sebagai isteri. Rasa syukur tidak terhingga terbit didalam dada walaupun semuanya berlaku tiba-tiba.

Zaira tersenyum riang dengan andaian yang melakar dibenaknya. Dia berjalan ke meja makan. Kerusi yang biasa diduduknya ditarik. Teko air yang masih panas diangkat dan dia menuang milo ke dalam cawan kosong. 

Zaira mengambil sekeping roti Gardenia didalam plastik. Dia mencelup roti yang dicarik ke dalam cawan sebelum menyuapkannya ke dalam mulut. Pagi itu terasa indah sekali membayangkan 'plan' yang disebut oleh suaminya tadi. Apa yang dirancangkan oleh suaminya itu ye? Benaknya mula membayangkan yang indah-indah antara dia dan Iskandar. Hari itu, senyumannya tak lekang dari bibir menanti kepulangan Iskandar dari kerja.