BAB 14
"Assalamualaikum."
Maya sudah mengukir senyuman lebar setelah beriringan langkah dengan Syafina.
"Waalaikumussalam."
Syafina membalas senyuman itu.
Maya
masih menjeling-jeling. Menghadiahkan pandangan yang penuh seribu persoalan.
Syafina yang mengerti buat tak tahu. Dia tetap mengorak langkah untuk ke
kafeteria. Dari petang semalam dia sampai dari Perak, baru petang ini dia
bertemu dengan Maya.
"Amboi
sombong betul." Maya mencuit bahu temannya itu. Syafina buat wajah
selamba. Dia hanya tersenyum tanpa bersuara.
"Oi
cik kak. Senyum ada makna ke ni?" Maya mengusik. Bibirnya sudah tersenyum
nakal.
Syafina
yang berjalan tadi terus berhenti. Dia berpaling ke sisi mengadap wajah Maya.
Lalu senyuman yang selebar-lebarmya dihadiahkan buat sahabatnya itu. . Maya
kaget seketika. Tidak mengerti makna senyuman itu. Selepas beberapa saat,
Syafina mula bergerak semula.
"Er,
Afin!" Maya mula mengejar semula tubuh sahabatnya itu yang sudah hampir
lenyap dengan lautan pelajar yang singgah dikafeteria tersebut.
Syafina
masih seperti tadi. Langsung tidak menghiraukan Maya. Maya mula putus asa. Dia
lalu turut membontoti sahabatnya itu yang sedang beratur untuk menapaw nasi dan
lauk-pauk. Syafina hanya tergelak kecil dalam diam.
"Afin."
Maya lelah mengejar langkah kaki Syafina yang dirasakan sangat luar biasa laju
pada hari ni.
'Minah
ni naik semput aku kejar dia. Mentang-mentang dia pakai seluar, aku pakai baju
kurung. Buang tebiat ke apa dia ni. Tak pernah aktif sampai macam ni. Geram
betul.' Mulut Maya mengomel kecil. Langkahnya dipercepatkan. Syafina yang
sekali sekala menoleh menahan gelak melihat Maya yang termengah-mengah.
"Ya,
kau kena diet." Syafina melaung dari depan. Matanya dihadiahkan dengan
seketul penumbuk yang ditunjukkan oleh temannya itu. Makin galak dia
mentertawakan Maya.
"Cepatlah
Ya. Terhegeh-hegeh. Naik tangga pun takde stamina." Ejek Syafna lagi yang
sudah berada diatas. Lagi satu tingkat untuk sampai ke biliknya.
"Hoi
kau minum kacip Fatimah ke yang kuat semacam ni? Pandai laki kau ye." Maya
melaung kuat. Membalas usikan Syafina.
"Hei,
merepek!" Syafina terkejut dengan telahan Maya yang mengarut itu. Memerah
sudah pipinya.
"Hahahaha..."
Maya ketawa melihat wajah Syafina yang sudah bertukar. Kakinya akhirnya sampai
jua disisi sahabatnya itu. Nafasnya ditarik dan dihembus berkali-kali
menghilangkan keletihan.
"Aku
penat...." Tersekat Maya berkata dengan nafas yang pendek. Syafina
tergelak. Mereka bergerak ke bilik Syafina beriringan.
Selesai
mereka makan, Syafina menyibukkan diri pula mengangkat pakaiannya dijemuran.
Maya yang dari tadi sesak pelbagai persoalan dimindanya mula rasa tidak puas
hati bila tidak langsung dihiraukan oleh sahabatnya itu. Masa makan tadi,
semasa dia bertanya pandai gadis itu lari dari topik yang dibangkitnya.
“Fin,
sudahlah tu. Kau tak penat ke dari tadi tak berhenti buat kerja.” Maya sudah
melabuhkan punggungnya dibirai katil Syafina. Syafina tergelak kecil mendengar
rungutan sahabatnya itu. dia masih buat tidak tahu.
“Kuat
semacam betul kau ni ye. Langsung tak penat. Apalah yang hubby kau bagi makan ye? Ubat kuat jenama apa?” Suara Maya sudah
berbaur sindiran dan gurauan. Geram juga tidak langsung dilayan.
“Maya
kau ni… tak penat ke dari tadi asyik bercakap je?” Syafina mengambil tempat
disebelah Maya bersama pakaiannya yang sudah kering.
“Cuba
kau stop jap. Tengok aku ni.” Maya
menampar tangan Syafina yang ligat melipat pakaian.
“Aaa..
Aku dah tengok ni.” Sengaja Syafina menjegilkan anak mata memandang tepat wajah
Maya.
“Ish dia
ni kan.” Maya menghadiahkan cubitan pada lengan sahabatnya itu. Menyeringai
Syafina dibuatnya. Lengannya digosok perlahan menghilangkan rasa sengal dengan
perbuatan Maya tadi.
“Sakit
tau.” Syafina sudah menampakkan muncungnya.
“Makin
hari aku tengok kau ni kan Fin, makin pelik.” Maya memberi komen jujur akan
perubahan Syafina.
“Pelik
apanya?” Syafina tetap meneruskan lipatannya.
“Yelah.
Semacam je aku tengok kau ni. Makin manjalah. Kira boleh cakap macam nilah.
Lepas kau balik dari Ipoh ni, kau memang dah nampak lain sangat.” Ujar Maya
lagi mengenai pendapatnya.
“Ada-ada
jelah kau ni. Apa yang lainnya?” Syafina tergelak dengan komen rakannya itu.
“Kau
macam orang yang tengah bercinta.” Maya menunduk mencari wajah Syafina.
“Aaa..
betullah tekaan aku.” Maya tergelak melihat reaksi malu-malu sahabatnya itu.
“Korang
dah ehem-ehem ke?” Maya menyoal ingin tahu. Suaranya diperlahankan.
“Ish,
mana adalah!” Nafi Syafina. Wajahnya kelihatan memerah dengan telahan Maya.
Semakin galak Maya mentertawakannya.
“Kalau
dah pun bukan salah pun kan…” Usik Maya lagi. Kali ini Syafina menghadiahkan
cubitan pada lengan sahabatnya itu. Maya mengaduh perlahan sebelum ketawa kuat.
Mereka tergelak bersama.
“Patutlah
langsung diam je..” Ujar Maya lagi.
“Ish,
dahlah. Janganlah usik aku. Takde apa-apa pun tau. Kau jangan nak buat
spekulasi.” Syafina bangun mendekat ke almari pula. Dia cuba melarikan diri
dari tajuk perbualan mereka.
“Tak
payah nak malu-malulah Fin.” Maya mencebir kecil. Sengaja mahu mengusik.
Syafina hanya diam dibalik pintu almari.
“Fin,
bila kau nak bawak aku jumpa hubby kau tu? Teringin aku nak tengok muka dia..”
Maya meminta.
“Kan dah
tengok gambar.”
“Tak
best. Aku nak face to face. Nak jugak
tahu orang yang dah curi hati kau bertahun-tahun dah ni..”
“InsyaALLAH
Ya kalau ada rezeki. Nanti aku kenalkan korang.” Bibir Syafina tersenyum
sendiri. Dia sudah selesai menyusun pakaian.
“Assalamualaikum.”
Wajah Liza yang terpacul dimuka pintu menghentikan bicara Syafina dan Maya.
Masing-masing memandang ke arah Liza.
“Waalaikumussalam.”
Jawab Syafina dan Maya serentak.
“Awal
balik hari ni Liza.” Syafina menyoal.
“Kelas cancel hari ni. Huh, penatnya.” Liza
berbaring dikatilnya.
“Biasalah
Liza. Hidup as student ni.” Maya berbasi-basi.
“Dah
makan?” Soal Liza. Syafina membiarkan mereka berdua berbual.
“Dah.
Kenyang dah ni. Liza?”
“Dah
jugak. Baru lepas makan dengan Ziffan.”
Maya
tersengih kecil sambil terangguk. Liza memejamkan mata. Menyedari yang Liza
mahu berehat, Maya meminta untuk pamet ke biliknya.
“Aku
naik dululah Fin.” Maya mengambil beg dan buku-bukunya diatas meja belajar
Syafina.
“Eh,
awal lagi.” Syafina ingin menahan.
“Aku nak
solat, mandi semua dulu. Lepas tu nak membuta kejap. Penat ni.” Maya sudah
diambang pintu.
“Yelah.
Solat dulu baru tidur.” Syafina meleretkan bicara.
“Kau pun
sama. Bye Liza.” Maya kuatkan suara diakhir ayat mahu Liza mendengar. Selepas
itu dia terus berjalan untuk ke biliknya.
Syafina
bersila diatas katilnya. Handphonenya yang dari tadi tidak disentuh, diambil
dari bawah bantal. Tiada apa-apa. Mesti Fahim sibuk sampai langsung tidak menghantar
apa-apa message kepadanya.
Syafina
menyandar tubuhnya pada dinding. Hendak mandi, baru sahaja makan. Nanti buncit
pula. Duduk sekejap dululah. Kejap lagi mandi. Syafina berkira-kira. Matanya
terkebil-kebil seketika sebelum dia tanpa sedar sudah terlena disitu.
++++++++++++++++++++++++++++
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Mamai Syafina menjawab panggilan telefon. Ditelek dirinya yang sudah berbaring
diatas katil. Bila masa pun tak tahu.
“Sayang
buat apa tu?” Soalan Fahim diamati oleh Syafina. Skrin telefon dilihat untuk
mendapat kepastian.
“Astarghfirullah
al-azim!” Tersentak Fahim dihujung sana mendengar suara kuat isterinya.
“Kenapa
ni?” Tanya Fahim kalut.
“Saya
tak solat lagi. Saya nak solat dulu. Cakap nanti. Okay, bye.” Syafina terus menekan butang merah pada telefonnya. Dia
bingkas mencapai tuala dan berjalan laju ke bilik air.
Fahim
termangu-mangu seketika. Telefon ditangan direnung lagi. Tak lama kemudian
tergaris senyuman dibibirnya memikirkan kekalutan tadi. Tak sangka isterinya
seorang yang kelibut begitu.
Dia
merenung jam dipergelangan tangan. Patutlah kalut sahaja, sudah pukul 3.45
petang. Fahim menyimpan semula handphone ke dalam poket seluarnya. Dia ke
pantri untuk membancuh kopi. Niatnya tadi hendak berbual dengan Syafina bagi menghilangkan
kantuknya. Terbantut pula hasratnya itu.
Usai
solat Zohor, Syafina duduk ditikar sejadah menanti Asar. Liza dilihat masih
terbaring diatas katil. Namun matanya sudah terbuka.
“Kenapa
kalut-kalut tadi Fin?” Liza menyoal. Dia tersedar tadi semasa Syafina masih
bercakap dalam telefon. Suara kuat Syafina mengejutkannya.
“Eh,
sorry buat Liza terjaga.” Syafina meminta maaf. Rasa bersalah menebal dihati.
“Takde
apalah. Cuma Liza ingat Afin kenapa tadi.” Liza melemparkan senyum. Syafina
lega.
“Afin
tak sedar tertidur tadi. Takut terlepas Zohor je tadi.”
“Oh..”
Liza hanya mengangguk.
“Liza
nak mandi kejap.” Dia bingkas bangun dan mencapai tuala serta kelengkapan
mandinya. Syafina hanya memerhati sehingga rakan sebiliknya itu hilang dibalik
pintu.
Syafina
mencapai handphonenya diatas katil. Teringat panggilan Fahim tadi yang terpaksa
diputuskan. Dia menekan-nekan butang keypad
untuk menghantar message.
+ Sorry terpaksa letak cpt2 tadi. + Fahim senyum dikerusinya
tatkala membaca pesanan ringkas dari isterinya itu.
+ It’s ok. Dah solat ni? +
+ Dah.. tgh tunggu Asar. Knp call td? +
+ Saje.. Miss u.. +
Syafina
tidak membalas salam rindu dari suaminya itu. Dibiarkan message itu buat seketika. Bibirnya tersenyum-senyum seorang diri.
Kedengaran suara azan berkumandang. Syafina menaip semula message.
+ Dah
azan. Sy solat dulu. Bye, take care. Salam. +
Fahim
tersenyum geli hati. Sudah mengangak yang Syafina akan melarikan diri begitu.
Fahim menyimpan semula handphonennya ke dalam kocek seluar. Air kopi yang masih
berasap diatas meja dicicipnya cermat. Masih panas.
++++++++++++++++++++++
BAB 15
“Maya,
minggu ni aku balik rumah abang Azzam.” Syafina memberitahu Maya selepas kelas Management tamat. Tangan Syafina masih
sibuk mengemas buku-bukunya.
“Eh, tiap-tiap
minggu hilang.” Terhenti tangan Maya yang sedang menyalin nota dipapan putih.
“Hehe, sorrylah sayang. Aku rindu dekat
Faril.” Syafina tayang gigi.
Maya
menarik muncungnya. Baru dia nak ajak kawannya itu bershopping di Times Square.
Dah takde kawan dia hendak ajak teman. Bukan tiada, dia malas keluar dengan
kawan-kawan yang lain kalau tiada Syafina.
Hanya
Syafina yang jujur memberi pendapat kalau dia menyoal tentang barang yang
hendak dibeli. Tak kiralah baju ke, kasut ke.. Malah beli sebatang pen pun
sama. Kalau kawan-kawan yang lain tu cakap semua cantik. Semua padan. Semua
kena. Padahal dalam hati kata macam-macam.
“Aku
baru nak ajak teman shopping.” Maya memuncungkan bibir.
“Ye ke?
Kira nak belanjalah ni? Oh ruginya.” Syafina buat muka menyesal yang ala-ala
kucing siam tak dapat makan.
“Eee,
bab free laju je.” Maya menampar
perlahan lengan Syafina. Itu yang dia suka sangat berkawan dengan Syafina.
Gadis itu selalu ceria dengan kata-katanya.
“Minggu
depanlah kita keluar sama. Minggu ni aku dah janji dengan abang Azzam.” Syafina
serius kembali. Dalam hatinya mengutuk perbuatannya yang menipu kawan baik
sendiri.
Dia
bukan sengaja mahu menipu. Kalau dia cerita yang Fahim ada bersama, pasti
dikata kaw-kaw. Dia tak tahan nak pakai blusher semulajadi setiap masa dengan
usikan nakal Maya. Huhu…
‘Sorry my dear terpaksa tipu kau.’ Luah
Syafina sekadar dalam hati.
“Hurm
yelah. Tapi minggu depan kau belanja okay.” Maya meluruskan jari telunjuk
dihadapan wajah.
“Ceh,
ada udang disebalik mee!” Syafina berpura-pura bersuara garang. Tak lama
selepas itu, terhambur ketawa kecil dari bibir mereka.
Tertunduk-tunduk
Maya menekan perut melihat gaya marah Syafina. Tak padan langsung muka innocent
macam tu nak marah-marah. Tak sesuai… Getus Maya dalam hati.
“Eh, Ya
jomlah. Dah pukul 10.30 pagi ni. Kejap lagi kelas dekat blok OM pulak.” Syafina
sudah berdiri kalut.
“Eh,
aah. Jom cepat.” Maya sempat mengilas jam ditangan. Pantas mereka menarik beg
dan berlari-lari anak keluar dewan untuk masuk kelas Business Administration
pula. Kelas mereka hari Rabu ni begitu pack sekali.
“Afin.”
Suara seseorang yang memanggil membuatkan tubuh Syafina dan Maya berhenti
berjalan. Mereka berdua menoleh serentak ke belakang mencari pemilik suara itu.
Senyuman
Iqmal menghiasi pandangan mata. Syafina dan Maya memandang sama sendiri
berbahasa isyarat antara keduanya. Yang pasti mereka berdua tidak senang dengan
kemunculan Iqmal.
“Lajunya
jalan.” Iqmal sudah berdiri disebelah Syafina. Bibirnya terhias dengan
senyuman. Maya dah buat muka meluat. Tak tahu ke yang kau nak kacau tu bini
orang? Gerutu hatinya kegeraman.
“Kitorang
nak cepat ni. Kelas dah nak mula.” Maya menarik lengan Syafina agar
mengikutnya.
“Eh,
sekalilah.” Iqmal mengejar. Dia seiringan disebelah Syafina.
Sekali-sekala
Syafina menoleh ke sisi memandang wajah Iqmal. Tangannya masih tidak dilepaskan
oleh Maya. Iqmal pula berusaha menyamai langkah kaki kedua gadis itu. Geram
juga dia dengan Maya yang seolah cuba menjauhkan Syafina darinya.
Lima
minit berjalan, mereka sudah sampai dipintu depan dewan kuliah. Maya menonong
menarik tangan Syafina ke kerusi kosong diantara pelajar-pelajar perempuan.
Mujur sahaja tinggal dua kerusi disitu. Tak dapatlah Iqmal nak menyertai
mereka.
Iqmal
mendengus kecil. Tak sempat dia nak panggil Syafina dan Maya supaya duduk
dengannya, kedua gadisi tu sudah duduk dibarisan ketiga yang sudah penuh.
‘Kacau betul Maya ni.’ Iqmal membentak dalam hati.
Dia
berjalan dengan wajah masam ke arah sekumpulan pelajar lelaki dibarisan kerusi
ke enam. Teman-temannya disitu sudah tersenyum dan melambai kepadanya.
“Kau
kenapa Mal?” Soal Kasyaf melihat wajah cemberut sahabatnya itu.
“Aku bengang
dengan Maya tu.” Beritahu Iqmal perlahan. Tidak mahu didengar oleh teman-teman
mereka yang lain.
“Oh, still tak dapat lagi ke awek tu?” Kasyaf
memandang seketika ke arah Syafina dan Maya. Dia sudah mengetahui cerita antara
Iqmal dan Syafina. Yang dia pelik sampai sekarang sahabatnya itu tidak berjaya
menawan hati gadis pemalu bernama Syafina itu.
Iqmal
mendengus kasar. Mujur sahaja dia ada tempat untuk berkongsi cerita. Matanya
menjeling sekilas pada barisan ketiga. Syafina sedang menoleh ke arahnya. Hati
Iqmal sedikit sejuk apabila Syafina memberi senyuman kepadanya.
Kasyaf
yang perasan hanya menggeleng kecil. Entah bila kisah cinta kawannya itu akan
bersemi. Ingin sekali dia mengenali Syafina yang menjadi pujaan Iqmal itu.
Selang
beberapa minit, dewan kuliah yang hingar-bingar tadi menjadi senyap tiba-tiba
apabila seorang pensyarah lelaki segak menapak ke dewan kuliah.
“Kelas,
sila tuliskan attendant.” Arah Encik
Mukhriz selaku pensyarah mata pelajaran Business
Administration. Kertas attendant
diserahkannya pada pelajar yang duduk paling dekat dengannya.
Selepas
itu kelas pun bermula tanpa terdengar suara-suara pelajar yang tidak menumpu
perhatian. Tidak ada seorang pelajar pun yang berani kerana mereka sudah maklum
dengan kegarangan pensyarah mereka yang bernama Mukhriz Hamzah ini.
“Okay
class…. We stop here first. Don’t forget to submit this assignment on
Wednesday.” Suara Encik Mukhriz kedengaran lantang melalui speaker.
Terdengar
keluhan semua pelajar bila mendengar tarikh penghantaran assignment yang hanya
tinggal seminggu lagi. Semua tak puas hati kerana terlalu cepat.
“Why?” Soal Encik Mukhriz.
“Mintak extend sir…” Terdengar suara seorang
pelajar lelaki barisan paling belakang melaung.
“Extend lagi? Kali ni kamu semua nak
berapa lama lagi tempoh?” Soal Encik Mukhriz sinis. Sudah maak benar dengan
kerenah pelajar-pelajarnya yang suka meminta dipanjangkan tempoh submission.
“On next Wednesday..” Tambah pelajar
lelaki itu lagi.
“Ya..”
Kedengaran suara-suara pelajar yang lain mula bersahut menyatakan ya sebagai
persetujuan. Encik Mukhriz berdehem. Dewan kuliah senyap kembali.
“Kalau
macam tu, saya bagi tempoh dua minggu untuk siapkan assignment. Make sure semua report
ada atas meja saya hari rabu 5 Oktober, tepat pukul 10.00 pagi ada atas meja
saya. No excuse!” Tegas Encik Mukhriz
tidak mahu memberi muka.
Soseh-soseh
antara pelajar kedengaran. Mungkin saja ada yang tidak berpuas hati, atau
mungkin saja tengah merancang sesama mereka mahu siapkan bersama.
“Until then, see you on next Wednesday.”
Encik Mukhriz menamatkan kelas dengan bicara penutupnya.
Selepas
sahaja bayang pensyarah lelaki itu hilang dari pintu utama, dewan kuliah gamat
kembali dengan suara-suara pelajar yang mula berasakan mahu keluar dari situ
memandangkan ada pelajar diluar yang sudah menanti untuk menggunakan dewan
kuliah itu pula.
Syafina
dan Maya juga sudah mengangkat beg masing-masing. Mereka turut beratur untuk
keluar dari pintu dewan kuliah.
“Huh,
tak bernafas aku.” Dengus Maya selepas berjaya keluar. Syafina disisi hanya tergelak
kecil.
“Jomlah,
aku dahagalah Ya. Kita pergi minum-minum kejap.” Syafina memaut lengan
sahabatnya itu.
“Jom,
aku pun haus gila ni.” Mereka beriringan ke kafe berdekatan untuk membasahkan
tekak yang kering.
Setelah
mengambil tempat bersama sepiring kuih-muih dan gelas minuman masing-masing,
Syafina mengarahkan Maya supaya membaca doa makan. Maya hanya mengangguk
sebelum menadah tangan.
“Jom
makan.” Maya berkata teruja setelah mengaminkan doa.
“Hai,
assalamualaikum.” Belum sempat Maya menggigit karipap pusing ditangannya,
terdengar suara seorang lelaki memberi salam.
Maya dan
Syafina sama-sama menoleh. Dalam hati Maya sudah menggerutu kegeraman melihat
wajah Iqmal dan Kasyaf yang sedang berdiri sambil tersengih disebelah mereka.
“Saya
duduk sini ye.” Iqmal terus duduk disebelah Syafina tanpa mendapat keizinan
dulu. Kasyaf yang menemannya, terpaksa mengambil tempat di sebelah Maya. Dia
perasan gadis itu menjelingnya.
Syafina
dan Maya berpandangan dan hati mereka berbicara melalui bahasa tubuh dan kononnnya
secara telepati.
‘Apa
diorang buat dekat sini?’
‘Takkan
nak halau?’
‘Bencilah!’
‘Biarlah,
kejap je kot. Kita makan cepat-cepat.’
Maya
menjeling sekilas wajah Iqmal yang tersengih-sengih disebelah sahabatnya.
Kenapalah lelaki ni susah sangat. Tak faham ke yang Afin tu dah tolak banyak
kali. Yang Afin ni pun gatal nak berahsia. Kan dah susah macam ni! Omel Maya
didalam hati sambil menggigit karipap ditangan dengan gaya rakus.
“Jemput
makan Mal, Kasy.” Syafina berbasi-basi dengan tetamu tak diundangnya itu. Dia
sendiri rasa tidak selesa dengan kehadiran Iqmal dan Kasyaf.
“Thanks. Kasy belilah air.” Iqmal
mengarahkan Kasyaf supaya membeli air untuk mereka.
“Duit
mana?” Minta Kasyaf tanpa rasa bersalah.
‘Cet,
mamat ni. Jagalah air muka aku sikit.’ Sungut Iqmal dalam hati. Bibirnya
mencebir sebelum menyeluk poket belakangnya mengeluarkan beg duit. Sekeping
duit kertas RM 5 dihulurkan pada Kasyaf.
Kasyaf
mengambilnya dengan senyuman yang melebar ke telinga. Dia terus bangun dan
bergerak ke deretan gerai untuk membuat pesanan.
“Tak
makan nasi ke tengah hari ni Fin?” Iqmal memulakan perbualannya dengan gadis
yang dirinduinya itu.
“Kejap
lagi kot. Tak lapar lagi.” Jawab Syafina sambil menyedut air Horlicks aisnya.
“Mal pun
tak lapar lagi. Tengah hari ni kita makan sekali boleh?” Iqmal senyum. Syafina
sudah memandang Maya dengan pandangan meminta bantuan.
“It’s okay Mal. Tengah hari ni kitorang
nak pergi library.” Maya yang hafam
terus mencelah.
“Mal
ikutlah kalau macam tu? By the way,
assignment Encik Mukhriz kita tak siapkan lagi kan?” Iqmal berkata sambil
memandang wajah Syafina dan Maya berselang seli.
Akhirnya
Syafina mengangguk lemah sebagai jawapan. Maya didepannya mula menjegilkan
mata. Kaki Syafina dibawah meja dikuisnya dengan kakinya.
‘Kenapa
setuju?’
‘Habis
nak cakap apa?’
‘Ishh!’
Mata
mereka sekali lagi berbicara.
“Minggu
lepas Afin balik rumah abang Azzam ke? Tak nampak pun dekat kolej?” Teguran
Iqmal menghentikan bicara senyap antara Syafina dan Maya.
“Hah?”
Syafina tidak berapa dengar.
“Hujung
minggu lepas, tak nampak awak dekat kolej pun. Balik rumah abang Azzam ke?”
Soal Iqmal sekali lagi. Dia juga mengenali satu-satunya abang Syafina. Sejak
belajar di UiTM lagi mereka telah dipertemukan.
“Minggu
lepas?” Syafina pamer wajah blur.
“Oh,
haah.” Syafina baru dapat menangkap. Dia mengangguk laju. Kalau Iqmal tahu dia
balik ke rumah suaminya di Ipoh, macam manalah penerimaan lelaki itu.
Bukan
dia tidak faham perasaan Iqmal terhadapnya. Sejak mereka belajar di UiTM dulu
Iqmal pernah meluahkannya. Cuma Syafina yang meminta masa kerana masih belum
bersedia. Bukan tak bersedia, dia memang tak nak kerana hatiya sudah terikat
dengan satu nama. Hanya Fahim yang ditunggunya walau lelaki itu tidak pernah
tahu perasaannya.
Suasana
senyap itu terganggu dengan kedatangan Kasyaf yang riuh mulutnya. “Panjang gila
beratur nak bayar.” Rungut Kasyaf sambil meletak dua gelas air dan sepiring
kuih diatas meja.
“Biasalah
bro tengah hari macam ni.” Iqmal
mengambil gelas minumannya. Entah sudah berbismillah atau belum, terus
disedutnya straw yang tercacah didalam gelas. Lega tekaknya yang kehausan.
“Hujung
minggu ni kita keluar nak?” Cadang Iqmal tiba-tiba.
“Kau nak
join tak Kasy? Apa kata kita keluar empat orang, mesti best kan?” Iqmal sudah
tersenyum gembira dengan rancangannya sendiri. Manakala Maya dan Syafina
sama-sama terpinga-pinga.
“Er,
Iqmal. Minggu ni saya balik rumah abang Azzamlah.” Kata-kata Syafina sudah
membuatkan muka ceria Iqmal tadi berubah.
“Minggu
lepas kan dah balik?” Soal Iqmal tidak puas hati.
“Eh,
Afin memang tiap-tiap minggu balik sana. Kan Fin?” Maya cuba menyelamatkan
Syafina. Syafina memberi respon dengan mengangguk laju.
“Tapi….”
Kata-kata Iqmal terhenti. Dia memandang wajah Kasyaf yang asyik dengan kuih
donatnya meminta simpati dari sahabatnya itu pula untuk cuba memujuk.
“Girls, apa salahnya kalau sekali-sekala
kita hangout sama-sama…” Bicara
Kasyaf dengan mulut yang masih mengunyah. Iqmal ceria kembali. Dia terangguk
menyetujui kata-kata Kasyaf.
“Alah
boringlah keluar dengan korang.” Maya memuncungkan bibir.
“Best apa. Belum cuba belum tahu.” Kasyaf
mencabar Maya. Gadis itu menghadiahkan pandangan meluat kepadanya.
“Huh,
tak hinginlah!” Dengus Maya bersama jelingan tajam buat lelaki disebelahnya
itu.
“Eh,
Fin. Jomlah kita blah. Aku makin hotlah
duduk sini lama-lama.” Maya menggantungkan begnya ke bahu. Berura-ura mahu
meninggalkan kafe.
“Maya,
duduklah dulu.” Iqmal cuba menahan gadis itu yang sudah menarik lengan gadis
pujaannya. Tak sempat dia nak bersembang panjang.
“Kitorang
nak pergi librarylah.” Maya menoleh
seketika sebelum terus berlalu bersama Syafina disebelahnya.
Syafina
yang tertoleh ke arah dua lelaki itu ditarik laju oleh Maya. Geram dia kerana
Syafina masih mahu melayan lelaki itu walaupun terang-terangan Iqmal cuba
mengayatnya. Mengingatkan Kasyaf yang menjengkelkan, menambahkan lagi rasa
geramnya.
“You better make a move.” Sinis Maya
berkata disebelah telinga kawannya itu. Syafina tegakkan kepala ke depan
semula. Langkah mereka berdua kembali seringan.
“Aku
hangin betullah dengan si Maya tu!” Bentak Iqmal kasar melihat tubuh dua wanita
itu berlalu pergi. Ingin mengejar, rasa macam orang bodoh pula.
“Sabar bro. Merpati tu, bukan burung biasa.”
Komen Kasyaf sambil menyedut limau aisnya. Iqmal mendengus kasar. Matanya merenung
kejauhan memikirkan sesuatu.
“Kau tak
nak ke kuih ni? Kalau tak nak aku habiskan…” Bicara Kasyaf menghentikan lamunan
Iqmal. Cepat-cepat dia menyambar kuih donat yang hanya tinggal satu sebelum
sempat Kasyaf mengambilnya.
Kasyaf
tergelak kecil sambil menggeleng perlahan. Kadang-kadang dia tidak faham dengan
perangai kawannya yang seorang ni. Selalu serius je. Ada masa sekali-sekala
sahaja dia bertukar kelakar. Hai pening kepala aku. Getus hati Kasyaf dalam
diam.
“Cepatlah
jom balik.” Suara Iqmal sudah bertukar serius.
“Minum
bagi habis dulu. Jangan membazir..” Lembut sahaja Kasyaf membalas. Dah datang
balik dah perangai serius dia. Ish dia ni kan..
“Cepatlah
sikit. Pukul berapa dah ni.” Gesa Iqmal lagi. Dia masih tidak berpuas hati
dengan Maya. Kalaulah Maya tu lelaki mahu saja dia kenakan cukup-cukup.
Menyibuk sahaja.
“Yelah,
kejap.” Kasyaf menyedut laju baki air liamu aisnya. Berkerut dahinya menahan
kesejukan.
“Jom
blah.” Kasyaf sudah mencapai begnya dan berdiri. Iqma turut mengekor temannya
yang sudah mahu berjalan meninggalkan kafeteria.
Mereka
seiringan berjalan menuju ke kolej. Sepanjang perjalanan Iqmal hanya mendiamkan
diri. Namun benaknya bekerja keras memikirkan cara untuk cuba mendekati Syafina
lagi. Walau apa pun, dia akan cuba memenangi hati wanita yang sudah mencuri
hatinya itu. Itu tekadnya.
*Sorry
dah lama tak post story CDDS ni. Hope anda semua enjoy. Bukan apa bz nak
menyiapkan BBM..Doa-doakan saya ye.. Please leaves some comment. TQ very
much..*
~L.O.V.E
& F.A.I.T.H ~
ad_dEen
fin ni duk melayan si mal tu kenape??nti lagi salah paham..
ReplyDeleteafin bgtau je la kat iqmal 2 yg awk 2 dah kawin kan senang.....
ReplyDeletekalu fahim tau mesti jelez
next2..
Fin cuba lah cakap dengan si mal tu.... yang hati Fin dah ada yang punya... x baik bagi harapan pada mal.... takut di salah faham pada pula.... lagi panjang cerita ....
ReplyDeletesemlm bce citer nie..huhuu
ReplyDeletebest..apesal la Fin xnk kasi tau dh kwin kn dh sush..mst kekgi ade slh paham...hish, xnk la gaduh2..