Sunday, October 16, 2011

Akan datang dalam BBM

*********************

“Tolonglah lepaskan saya abang Rostam.” Zafirah merayu abang iparnya itu supaya melepaskan dirinya. 

“Kau diam!” Rostam menempik dengan wajah bengis. Dia menarik pergelangan tangan adik iparnya itu dengan kuat.

“Tolong mak Zaira. Tolong saya kak..” Air mata Zafirah berjuraian laju memandang wajah kakaknya Zaleha dan anaknya Zaira disudut dinding.
 
Zaleha hanya menggeleng. Dia tidak mampu buat apa-apa. Tubuhnya sakit-sakit dipukul oleh Rostam tadi semasa dia cuba menyelamatkan Zafirah. Zaira disisinya hanya menangis kuat. Sedih melihat keadaan ibunya dan makciknya yang dikasari oleh pakciknya.

“Lepaskan saya!” Zafirah masih cuba melepaskan diri. Dia terduduk melawan daya tarikan dari tangan Rostam. Dia tidak rela diperlakukan begitu.

“Hei, kenapa kau ni tak faham bahasa sangat hah?” Suara Rostam kuat menengking. Tangannya sudah kuat mendarat pada pipi kanan Zafirah. Sakit hatinya bila adik iparnya itu melawan begitu sekali.

Zafirah terjelopok ke lantai akibat tamparan itu. Dia meraung-raung meminta tolong. Tangannya menggawang ke arah Zaleha yang terbaring diatas lantai bersama Zaira disebelah wanita itu.

“Tolong saya kak…” Rintih Zafirah lagi. Zaira yang melihat hanya mampu menangis. Dia tidak mampu menolong ibunya itu. Dengan tubuh kecilnya apalah yang dia boleh buat. Hendak melawan tubuh pakciknya yang empat kali ganda lebih besar darinya.

Mujurlah Zaleha melindungi tubuhnya tadi saat pakcik Rostam mahu memukulnya. Akibatnya Zaleha yang menjadi habuan sepakan kaki pakcik rostam. Gerun dia melihat keadaan itu. Wajah sedih ibunya dipandang penuh simpati.

“Ikut aku. Lepas ni kau akan jadi kaya kau tahu tak!” Rostam menarik sekali lagi tangan Zafirah. Tarikan kali ini berjaya mendorong tubuh Zafirah mengikut gerakannya.

Zafirah sudah lemah. Dia tidak mampu melawan lagi kudrat Rostam. Tubuhnya diseret oleh Rostam melalui daun pintu yang terbuka luas.

“Korang tengok apa?” Rostam menjerkah penghuni dan pengunjung rumah tumpangan itu yang sedang berkerumun memerhati drama keluarganya itu.

Ada yang hanya berbalut tuala, ada yang hanya berboxer dan ada yang hanya bertutup dengan gebar. Mereka hanya memandang tanpa melakukan apa-apa. Tiada seorang pun yang sudi menghulurkan tangan untuk membantu wanita malang yang diheret oleh lelaki bernama Rostam itu.

Siapa yang berani dengan Rostam? Siapa yang tak kenal dengan lelaki bengis itu? Semua warga kota mengenali Rostam yang menguasai Lorong Changkat yang penuh dengan debu-debu kotor itu.

*********************


* Sabar ye... Nanti boleh baca penuh.. Huhu...*

~L.O.V.E & F.A.I.T.H~
ad_dEen

No comments:

Post a Comment