Sunday, January 15, 2012

Cinta Dahulu Dan Selamanya 16

BAB 16

“Jemput masuk Fahim…” Azzam memberi laluan kepada adik iparnya itu untuk melangkah masuk ke dalam rumahnya. Fahim penuh tertib menghulur salam dan tunduk mencium tangan abang iparnya itu. Syafina dibelakang turut menuruti. 

“Fin naik atas kejap nak letak beg.” Syafina tunduk mencium tangan kakak iparnya pula. Nadia yang sedang mendukung Faril senyum dan mengangguk. Sempat Syafina mencubit pipi anak buahnya itu sebelum lari memanjat tangga.

“Duduklah Fahim..”

“Terima kasih bang.” Fahim senyum sambil melabuhkan punggung disofa berangkai dua. Nadia berlalu ke dapur untuk menyediakan minuman. Faril ditinggalkan bersama suaminya. 

Syafina yang baru sampai di anak tangga terakhir membuang pandang ke ruang tamu. Kelibat kakak iparnya tiada disitu. Mungkin sudah didapur. Pantas kakinya laju dibawa ke dapur untuk membantu kakak iparnya itu.

“Kak Nadia buat air apa?” Soal Syafina berbisik. 

“Sarsi, okay tak?” Syafina mengangguk mengiakan soalan Nadia.

“Afin dengan Fahim dah makan?” Soal Nadia sambil mengacau air sarsi didalam jug.

“Dah tadi. Singgah makan dekat kedai je. Afin masuk dalam kuali eh nugget ni. Minyak dah panas.” Syafina meneruskan niatnya apabila Nadia mengangguk memberitahu.

“Afin dengan Fahim macam mana?” Nadia memulakan soalan berunsurkan peribadi.

Okay je.” Syafina bersahaja menjawab. Dalam hati sudah berdebar-debar apabila kakak iparnya itu bertanyakan hal rumah tangganya.

“Baguslah kalau okay. Akak dengan abang Azzam pun doakan yang terbaik untuk Afin suami isteri.” Nadia senyum menoleh ke arah adik iparnya. Syafina turut membalas senyuman itu. Dia tidak tahu hendak berkata apa.

So apa rancangan korang berdua lepas ni? Fahim tak nak tukar kerja kat KL ke?” Tanya Nadia lagi.

“Afin pun tak tahu kak. Maybe lepas Afin habis study baru settlekan hal kami berdua. Lagipun dia baru je kerja kat Ipoh tu. Biar jelah dia kerja kat sana dulu.”

“Eh takpe ke sorang sana sorang sini?”

“Boleh je kak. Sebelum ni kan boleh je…”

“Habis kalau Afin mengandung nanti macam mana?”

“Er…” Syafina terkedu apabila dibangkitkan isu itu. Ah, nak bagitahu ke plan aku dengan Fahim kat kak Nadia ni? Syafina berfikir.

“Er, yang tu Afin tak fikir lagi. Lagipun Fahim dah setuju nak biar Afin habiskan degree dulu…” Syafina beralasan.

“Lah macam tu pulak?” Nadia seakan tidak berpuas hati. Nampaknya lambatlah Faril nak dapat sepupu.

“Lambat lagilah nampak gayanya akak nak timang anak buah…” Nadia berkata sambil membantu Syafina mengangkat ketulan nugget yang sudah garing ke dalam piring.

“Tunggu kak Nadia bagi adik dua tiga orang dululah kat Faril..” Syafina berseloroh. Tersungging senyuman dihujung bibirnya.

“Ish, lama sangat tu. Kesian dekat Fahim tu tunggu lama-lama.” Nadia menghadiahkan cubitan pada pinggang adik iparnya itu. Tak kuat mana kerana Syafina tergelak saja selepas itu. Mereka berdua ketawa perlahan.

“Tak fikir lagilah kak. Tengoklah dulu macam mana..” Syafina seriuskan kembali wajahnya.

“Ikut kamu berdualah macam mana. Janji Afin bahagia.. Kalau Afin happy, akak dengan abang Azzam pun happy..” Nadia memicit lembut pipi adik iparnya itu.

Thanks kak..” Mereka berbalas senyuman buat seketika.

Syafina sudah mengangkat nugget yang digoreng kali ke dua ke dalam pinggan. Nadia mengaturkannya di atas talam bersama jug air dan empat biji gelas.

“Afin tolong angkat ni ye…” Pinta Nadia lembut.

“Baik kak..” Syafina mengangguk. Talam yang sudah sedia diangkat dan dia berjalan ke ruang tamu untuk menghidangkannya. Nadia mengekor dengan sebekas bekas air basuh tangan.

“Jemput makan ye..” Nadia bersuara ramah kepada birasnya.

Fahim senyum. Matanya memerhati si isteri yang sedang menuang air ke dalam gelas. Nadia dan Azzam yang perasan tingkah Fahim, tersenyum sesama mereka. Dalam hati rasa gembira melihat hubungan pasangan pengantin baru itu yang nampak elok sahaja.

“Awak nak mandi?” Tanya Syafina sewaktu mereka berdua sudah didalam bilik tidur milik Syafina.

“Kejap lagilah. Nak rest kejap.” Fahim menolak. Tubuhnya digeliatkan menghilangkan rasa sengal memandu jauh tadi. Kemudian dia merebahkan tubuh diatas tilam. Kaki dibiar terjuntai ke bawah.

“Nak mandi, ni tuala.” Syafina meletakkan sehelai tuala bersih yang masih berlipat diatas katil.

“Hurm..” Terdengar Fahim menggumam halus. Letih benar nampaknya. Syafina malas mengganggu. Dia berlalu ke bilik air bersama pakaian baru. Ingin menyegarkan diri yang terasa melekit.

Usai mandi Syafina melangkah keluar dari bilik air dengan tubuh yang lengkap berpakaian. Dia lihat tubuh Fahim sudah hilang dari atas katil. ‘Ke mana pulak perginya?’ Detik hatinya. Kepala yang masih basah dikeringkan dengan hujung tuala. Kelibat Fahim masih dicari dengan anak matanya.

Sedang dia menyisir rambut didepan meja solek, dia ternampak tubuh Fahim dibalkoni melalui biasan cermin. Syafina meratakan bedak BabyJohnsonpula pada wajahnya. Dalam hati masih terfikir-fikir apa yang Fahim buat disitu. Tadi cakap nak berehat. Selesai mengemaskan diri, Syafina menapak mendekati tubuh suaminya dibalkoni.

“Awak tak nak mandi ke?” Soal Syafina yang masih dimuka pintu gelongsor.

Fahim tidak membalas. Dia diam saja. Tubuh isterinya dikerling dengan hujung mata. Menikmati angin petang yang begitu mendamaikan.

“Sinilah sayang…” Fahim memanggil Syafina agar merapatinya. Syafina memberanikan diri. Dia berdiri disebelah Fahim dengan jarak dua kaki menjauhi.

“Cantikkan suasana petang ni.” Fahim menarik nafas. Menikmati desir angin petang yang menghembus. Syafina disisi mengangguk setuju.

“Dah pukul berapa sayang?” Fahim berpaling ke sisi. Tubuhnya dirapatkan dengan tubuh isterinya.

“Pukul tiga setengah dah. Awak tak nak mandi ke? Nak solat lagi..” Syafina berlagak selamba. Cuba menyembunyikan debar didada apabila merasa bahang tubuh Fahim dekat dengannya.

“Awak dah mandi? Wangi…” Tanya Fahim dalam nada berbisik. Matanya dipejam seolah menikmati kewangian rambut isterinya. Tangan kirinya mula membelai lembut rambut Syafina yang masih basah. Syafina yang mula rasa tidak selesa menjarakkan diri.

“Pergilah mandi. Lepas ni kita pergi dekat tasik Putrajaya nak?” Syafina cepat mengutarakan cadangan. Ingin bebas dari suasana yang cuba ditimbulkan Fahim tadi.

“Yelah.” Jawab Fahim lemah sebelum berlalu masuk ke dalam. Dia mencapai tuala bersih yang diletakkan isterinya tadi di atas katil lalu bergerak ke pintu bilik air.

Tampak riak Fahim yang kecewa. Syafina menghela nafas lega bila Fahim sudah mengangkat kaki untuk masuk ke dalam. Tubuh lelaki itu dihantar dengan pandangan. Dia masih mematung disitu menikmati tiupan angin yang menampar wajahnya. Terasa nyaman sekali. 

‘Petang ni bawak Faril sekalilah ke tasik. Dah lama tak lepak sana.’ Desis hati Syafina membayangkan suasana damai yang akan dirasanya sebentar lagi.

+++++++++++++++++++++++

“Sini saya dukung Faril.” Syafina menghulurkan tangan kepada Faril. Anak saudaranya itu sudah bergerak-gerak kedua tangannya minta diambil. Fahim membiarkan tubuh Faril bertukar tangan.

“Awak selalu datang sini ke?” Fahim memulakan bicara. Dia hanya mengikut seiringan langkah Syafina menyusur di laluan pejalan kaki. Tasik yang tenang luas terbentang didepan mata.

“A’ah. Saya suka datang sini. Tenang je dekat sini.” Syafina membalas sambil tersenyum. Wajahnya tampak begitu asyik menikmati kedamaian hembusan angin petang yang menampar wajah. Anak saudaranya dalam dukungan turut diagah riang.

“Selalu datang dengan siapa?” Tanya Fahim lagi. Ingin menyelami hidup isterinya sebelum ini.

“Tengoklah. Kadang-kadang sorang je. Tak pun dengan abang Azzam dan kak Nadia.” Mereka sudah sampai di sebuah pondok ditepi tasik yang seakan jeti kecil.

“Datang sini dengan apa?” Tanya fahim lagi. Tubuhnya dibiar tersandar pada tiang pondok. Syafina duduk dibangku yang tersedia.

“Naik keretalah. Kadang-kadang cycling…” Maklum Syafina lagi. 

Cycling? Sorang-sorang?” Nada Fahim seakan tidak percaya.

“Yelah cycling. Ingat saya tak pandai ke?” Balas Syafina.

“Taklah. Saya tahu awak pandai, tapi confuse sikit. Larat ke awak cycling sampai sini dari rumah abang Azzam tu?” Nada Fahim berbaur sindiran.

“Eh tengok kakilah. Ingat saya lembik ke?” Syafina menguatkan suara. Geram bila Fahim seolah memperlekehkannya.

“Mana saya tahu awak lembik ke tak. Tak try pun lagi…” Kata fahim sambil tersenyum. Syafina mengerutkan dahi. Tidak memahami maksud suaminya itu.

Melihat senyuman nakal yang tak kering dibibir Fahim membuatkan Syafina terkedu. Kini dia faham maksud ‘tak try’ Fahim tadi. Habis memerah wajah Syafina selepas itu. Cis boleh pulak dia buat bergurau macam tu. Eee, benci! Gerutu Syafina dalam hati. Anak matanya dilarikan dari terus ditatap oleh sepasang mata milik Fahim.

“Awak cycling sorang-sorang ke?” Fahim mengalih topik perbualan. Hujung bibirnya masih menyimpul senyum.

“Tak. Dengan kawan.” Jawab Syafina dengan lagak selamba. Dia mengagah Faril yang diletakkan disebelahnya bagi menghilangkan debar didada. Terkekek si kecil itu ketawa.

“Kawan? Lelaki ke perempuan?” Dahi Fahim berkerut semasa mengajukan soalan.

“Lelakilah. Mana ada kawan-kawan perempuan yang mak ayah diorang nak bagi cycling sampai sini…” Balas Syafina selamba. Matanya masih tidak beralih dari memandang wajah Faril.

“Habis abang Azzam bagi pulak?” Nada Fahim semakin serius. Dia tidak puas hati abang iparnya boleh membenarkan Syafina berbasikal dengan lelaki.

“Bagilah.” Syafina masih tidak menyedari bunga-bunga amarah yang berputik dihati Fahim.
Fahim merenung tajam wajah isterinya itu. Dia geram. Kenapa Syafina begitu mudah percayakan kawan-kawan lelakinya? Tidak takutkah gadis itu? Tidakkah dia memikirkan sebrang kemungkinan yang boleh terjadi. Fahim menarik nafas dalam-dalam.

“Awak berdua je dengan budak lelaki itu?” Syafina mengalihkan anak mata ke wajah Fahim demi mendengarkan soalan lelaki itu. Sudah kedengaran lain macam bentuk soalannya. Cemburukah dia?

‘Hehe, ada peluang nak kenakan balik ni. Tadi dia buat aku malu ye.’ Timbul niat nakal dihati Syafina.

“Yelah berdua. Kami tukar-tukar. Dia bonceng saya, saya bonceng dia.” Hati Syafina menyimpul senyum.

What?” Terjerit Fahim. Kali ini dia tidak dapat bersabar lagi. Syafina memang melampau. Siap bonceng-membonceng lagi! Bentak hatinya. Berdetak pantas jantungnya menahan rasa cemburu yang membuak didada.

“Dia takde basikal sendiri ke? Yang awak pun tak boleh ke naik basikal sendiri?” Jerkah Fahim tidak puas hati. Makin menyemarakkan kemarahannya bila Syafina hanya tersenyum saja. Tidak nampakkah gadis itu yang dia sedang marah ni?

“Saya penatlah nak kayuh sorang…” Syafina masih ingin mengusik.

“Awak, awak sedar tak apa yang awak buat tu?” Soal Fahim dengan suara tertahan. Dia tegak berdiri menghadap Syafina yang sedang duduk.

“Buat apa? Salah ke saya naik basikal?” Syafina berpura-pura tidak mengerti.

Fahim menjegilkan mata. Dadanya terasa ditekan kuat. Bagai dihempap batu. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus keluar. Dia cuba mententeramkan hati yang sudah bercelaru rentak iramanya.

Hati Syafina menggeletek hebat. Lucu melihat riak si suami yang menahan diri. Menahan api cemburunya barangkali.

“Awak tak ingat apa yang pernah jadi dekat awak dulu? Tak serik lagi? Semuanya sebab basikal kan? Semua tu tak jadi kalau awak tu tak degil!” Fahim melontarkan kemarahan. Habis diungkit kejadian dulu yang hampir memalitkan kenangan hitam dalam hidup Syafina.
Syafina tergamam. Otaknya mula mengitar masa lalu. Andainyalah Fahim tidak ada pada masa itu, tidak tahu apa yang bakal terjadi padanya. Kepalanya tergeleng perlahan.

“Jangan sebut lagi pasal hal tu. Saya tak nak ingat lagi.” Ujar Syafina dengan nada tegas.

“Saya bukan nak ungkit balik. Saya cuma nak ingatkan awak supaya jaga diri. Awak tak boleh suka hati je buat macam tu. Bukan semua orang dalam dunia ni kita boleh percaya. Saya tak nak apa-apa jadi pada awak.” Fahim cuba memujuk. Terkejut dia mendengar nada Syafina tadi. Macam marah sangat. Dia tidak menjangka riak gadis itu akan begitu. Dia cuma meluahkan rasa cemburunya sahaja tadi. Entah bagaimana dia boleh tergelincir mengungkit kisah lama.

“Cukup Fahim. Tolong jangan sebut lagi. Saya tahu saya bernasib baik masa tu sebab awak ada.” Fahim terkesima mendengarnya. Bukan itu maksud dia.

“Afin, saya tak bermaksud macam tu.” Fahim cuba membetulkan semula. Wajah Syafina sudah bertukar mendung. Argh, kenapa mulut aku macam ni. Baru nak berbaik-baik dengan dia.

“Fin, please pandang saya kejap.” Fahim duduk disebelah isterinya itu. Bahu gadis itu diraih agar mendepaninya. Syafina mengelak. Dia megangkat tubuh Faril lalu dipangkunya.

“Fin, pandang saya.” Tangan Fahim mencapai dagu Syafina pula. Penuh keterpaksaan Syafina memalingkan wajah menghadap wajah suaminya. Namun bebola matanya tetap dilarikan dari bersabung pandang dengan mata redup Fahim.

“Saya tak bermaksud macam apa yang Afin fikirkan tadi.” Lembut Fahim memujuk.

“Apa yang saya fikirkan?” Syafina masih terasa hati.

“Tu, yang awak cakap tu.”

“Apa yang saya cakap?” Dalih Syafina.

Fahim mengeluh.

“Saya minta maaf. Awak tak bernasib baik pun masa tu. Tapi ALLAH yang utuskan saya nak tolong awak masa tu.” Fahim menggenggam tangan Syafina yang sedang memeluk erat tubuh Faril.

“Dahlah Fahim. Saya ni memang tak tahu dek untung. Orang dah menolong tapi masih tak berterima kasih. Masih degil, masih tak serik nak naik basikal lagi kan…” Syafina menarik tangannya lantas berdiri.

“Sayang apa ni…” Fahim turut berdiri. Belum sempat dia berbuat apa-apa, tiba-tiba suara Faril nyaring menangis.

“Syhh sayang kenapa ni? Mak Su tak marah Faril lah sayang…” Pujuk Syafina. Tubuh anak saudaranya itu ditepuk perlahan. Dia berjalan meninggalkan pondok itu. Selebihnya mahu menjauhkan diri dari Fahim. Dia kecil hati dan merajuk dengan suaminya itu.

“Sayang…” Jerit Fahim sambil mengejar. 

Bahu Syafina dipautnya erat. Syafina cuba mengelak namun Fahim juga tidak mahu mengalah. “I’m sorry sayang…” Ucap Fahim menoleh ke sisi.

Syafina menjuihkan bibir. ‘Ada hati nak pujuk aku, sayang…sayang. Tolonglah!’ Terkumat-kumat bibirnya mengata Fahim. Menyampah dia.

Fahim bertindak merampas tubuh Faril dari pegangan isterinya. Anak kecil itu terus senyap dalam dukungan Pak Sunya.

‘Eeee… Faril pun nak sebelahkan Pak Su tu? Pergilah. Jangan kawan dengan Mak Su dah!’ Bebel Syafina dalam hati. Pantas kakinya berpatah ke belakang dan menonong berjalan meninggalkan suaminya dan anak saudaranya itu.

“Tengok Mak Su Faril tu sayang. Merajuk dengan Pak Su pulak.” Fahim bersuara kuat. Sengaja mahu Syafina mendengarnya. Dia gelihati dengan rajuk isterinya itu. Memang satu perkembangan yang tidak diduga. Segera dia mengejar langkah Syafina yang makin menjauh.

Tiba-tiba Syafina menghentikan langkahnya. Dia berpaling dan menanti Fahim untuk sampai dihadapannya. Fahim sengaja melambatkan jalan. Berpura-pura mengagah Faril. Syafina yang melihat dari jauh mencebir bibr.

“Saya nak balik.” Kata Syafina tegas saat Fahim sudah berdiri dihadapannya.

“Awal lagilah sayang. Faril pun tak puas lagi nak main.” Fahim tidak mempedulikan kata-kata isterinya. Dia seronok melayan Faril dalam dukungan.

“Dah nak Maghriblah. Saya nak balik.” Eee megada nak panggil sayang tu kenapa? Saja je kan dia ni! Gerutu Syafina dalam hati. Geram dengan keselambaan suaminya itu.

“Sayang jomlah kita bergambar dulu dekat tepi sana tu.” Fahim menarik tangan isterinya supaya mengikut langkahnya semula ke pondok tadi.

“Nak bergambar apanya awak ni. Ish mengadalah. Baliklah.” Syafina tetap membantah. Lengannya cuba dirungkai dari pegangan Fahim.

“Sayang, dengar…” Fahim buat muka serius. Telinganya didekatkan pada bibir Faril.

“Anak buah saya ni cakap dia nak bergambar kenangan dekat sini dulu dengan Pak Su and Mak Su dia…” Kata Fahim setelah beberapa saat dia tayang muka berkerut konon cuba memahami bahasa Faril.

“Awak ni!” Marah Syafina. Fikirnya tadi apalah yang didengar Fahim. Rupa-rupanya nak berlawak dengan aku. Tak tahu pulak laki aku ni ada sense of humor. Bisik hati Syafina.
Syafina ketawa perlahan.

“Eh Faril. Tengok, ada orang tu ketawalah.” Usik Fahim. Faril yang seakan memahami turut ketawa perlahan. Ketiga-tiga mereka ketawa riang akhirnya.

Selepas berposing untuk beberapa gambar, mereka terus pulang ke rumah Azzam. Faril tertidur didada Syafina. Keletihan agaknya bermain-main tadi. 

“Lepas ni saya tak izinkan awak naik basikal lagi.” Kata Fahim semasa dalam kereta.
“Eh kenapa pulak?” Syafina kaget mendengarnya.

“Saya cakap tak boleh, tak bolehlah.” Tegas Fahim berkata.

“Apa awak ni. Tiba-tiba pulak tak bagi saya naik basikal. Salah ke naik basikal tu?” Kemarahan yang surut tadi mula memuncak kembali.

“Memang salah. Salah kalau awak naik sorang atau dengan orang lain, saya tak benarkan. Saya cuma benarkan awak naik basikal tapi itu pun hanya dengan saya je.” Balas Fahim bersama senyuman yang tersungging dibibir. Melopong Syafina mendengarnya.

“Tutup mulut tu sayang. Masuk lalat nanti.” Tegur Fahim selamba.

“Awak ni. Eeeeee!” Kuat suara Syafina. Akibatnya tubuh Faril bergerak-gerak tanda tidak selesa.

“Terjaga dah anak tu. Awak ni kan…” Ucap Fahim tanpa ada rasa bersalah langsung. Syafina terus membungkam. Memuncung bibirnya kegeraman. Fahim pula asyik tersneyum sinis padanya.

‘Takpe tengoklah nanti. Saya kenakan awak balik.’ Tekad Syafina dalam hati.

Ketika azan berkumandang baru mereka tiba diperkarangan rumah. Terus mereka masuk untuk membersihkan diri dan berjemaan.

+++++++++++++++++++++++++++++++

So apa plan kamu lepas ni?” Azzam yang mengambil tempat di sofa satu tempat duduk menyoal adik iparnya itu. Isteri dan adiknya masih mengemas di dapur.

“Saya ingat dalam setahun ni stay dulu dekat Ipoh. Lagipun dekat sana baru je start keja. Maybe lepas tu nak try minta kerja dekat sinilah. Perancangannya nak pindah KL lepas Afin grade nanti.” Terang Fahim. Azaam hanya mengangguk.

“Pasal korang dua pulak macam mana? Takpe ke jauh-jauh macam ni?” Soal Azzam lagi.

“Saya dah bincang dengan Afin pasal ni. Dia pun tengah study sekarang ni, saya tak nak ganggu konsentrasi dia.” Balas Fahim.

“Habis kalau mengandung nanti macam mana?”

“Er, pasal tu kitorang dah rancang tak nak mengandung lagi sampai Afin tamat belajar.” Fahim malu-malu menuturkannya.

“Oh macam tu pulak. Ikut koranglah macam mana. Abang takde halangan. Korang berdua dah boleh putuskan sendiri jalan hidup korang macam mana. Cuma abang harap, Fahim jagalah adik abang tu elok-elok. Dia tu nampak je diam macam tu, sebenarnya bukan macam tu pun perangai dia. Malas sikit Afin tu. Kamu tegurlah mana-mana yang patut dia tu. Abang boleh berharap dengan kamu je lepas ni untuk tengok-tengokkan dia.” Ujar Azzam panjang lebar.

“InsyaALLAH bang. Saya janji akan jaga Afin.” Janji Fahim sepenuh hati.

“Abang. Pasal duit belanja Afin lepas ni abang tak payahlah bagi dekat dia. Biar saya yang uruskan.” Pinta Fahim.

“Er… Abang tak kisah pasal hal tu. Lagipun dia sorang je ahli keluarga abang. Yang mana abang boleh tolong, abang tolong. Kamu pun baru je mul kerja kan…” Azzam serba salah. Tidak mahu dia membiarkan Fahim rasa terbeban. Sudahlah adik iparnya itu baru sahaja bekerja.

“Tak bang. Saya takde masalah. InsyaALLAH saya boleh tanggung Afin. Abang tak perlulah bagi tiap-tiap bulan dekat dia. Nanti makin besar kepala pulak isteri saya tu. Abang bagi dia duit, saya bagi dia duit. Berjoli pulak dia nanti.” Fahim berseloroh.

“Betul jugak tu kan. Bukan boleh percaya sangat si Afin ni…” Tercetus bunga ketawa dari bibir keduanya.

“Ehem… Ehem… Amboi gelak sakan nampak. Abang kutuk Afin ya?” Sergah Syafina yang baru melangkah dari dapur bersama dulang minuman ditangan. 

“Afin tanya abang mana satu ni?” Azzam mengusik.

“Abanglah. Siapa lagi abang Afin?” Syafina masih tidak menangkap maksud abangnya. Dia duduk ditepi meja menuang air teh panas ke dalam cawan.

“Afin cakap dengan abang rupanya? Abang ingat Afin cakap dengan suami Afin. Maknanya panggilan untuk Fahim ni lagi speciallah ye? Afin panggil Fahim baby ye?” Meleret hujung bicara Azzam mahu mengusik.

“Ish apa abang ni!” Marah Syafina. Terasa merah mukanya. Fahim pula terus-terusan merenung tunak wajah isterinya itu. Makin dia galak memerhati apabila kedua pipi isterinya itu sudah bertukar kemerahan.

“Apa yang specialnya bang?” Sampuk Nadia yang baru keluar dari dapur.

“Ni ha, Afin ni. Panggil Fahim baby. Manja tu…” Sakat Azzam. Nadia tergelak kecil. 

“Mana ada kak. Abang tu suka sangat nak mengusik orang.” Bantah Syafina keras. Pipinya usah dikata. Sudah merah bagai biji saga.

“Eleh, dah blushing tu betullah tu kan…” Usik Azzam lagi. Syafina memandang Fahim dengan pandangan meminta pertolongan.

“Betullah tu kan sayang. Dah memang sayang panggil baby ni baby, nak malu apa.” Selamba Fahim berkata. Hujung bibirnya tersungging segaris senyuman.

Melopong Syafina mendengarnya. Makin galak Azzam dan Nadia mentertawakannya. Malah Faril yang duduk dikarpet dengan mainannya turut ketawa sambil bertepuk tangan. Makin gamat ruang tamu dengan ketawa mereka berempat menggelakkan Syafina. Syafina dengan wajah geram berlalu ke dapur. Malu gila!

Rasa mahu disorok saja wajahnya. Di luar mash terdengar ketawa mengusik mereka. Syafina mengipas wajahnya dengan jarinya. Eee geram betul dengan abang Azzam ni. Yang Fahim ni pun nak kena. Selamba dia je berbaby-baby. Tahun bila entah aku panggil dia baby. Eee geli tau! Gerutu Syafina kegeraman.

“Tak elok kutuk suami belakang-belakang tau.”

“Ish, terperanjat orang je!” Marah Syafina. Diurut dadanya yang terperanjat dengan sergahan lembut Fahim yang kedengaran rapat ditelinganya tadi. Bila masa Fahim masuk ke dapur pun dia tidak sedar.

Fahim menyandar di cabinet dapur, bersebelahan dengan isterinya itu. Direnung lembut wajah Syafina yang masih nampak marah. 

“Apa tengok-tengok?” Tanya Syafina garang. Fahim tergelak. Syafina sudah pandai menunjukkan diri sebenarnya. Sudah tidak malu-malu seperti diawal perkahwinan mereka dulu. Satu perkembangan positif dan Fahim senang dengannya.

“Isteri saya ni…” Fahim berjeda. Kedua tangan memeluk tubuh. Anak matanya merenung dalam bebola mata Syafina.

“Cantik bila marah…” Perlahan Fahim menyambung.

“Pergilah sana, orang nak buat kerja ni.” Syafina berpaling berniat menutup rasa gugupnya itu. Berdua-duaan dengan Fahim sentiasa membuatkan hatinya berdebar-debar. Entah sampai bila dia mampu bertahan. Mujur sahaja mereka tidak tinggal berdua.

“Sembanglah dengan saya dulu. Abang Azzam yang suruh saya ke sini.” Fahim menarik lengan Syafina. Tubuh isterinya dirapatkan pada dadanya.

“Ish nak sembang apa-apa. Kejap-kejap lagi pun boleh sembang.” Syafina melarikan matanya.

“Kejap lagi tu bila sayang?” Mendayu suara Fahim. Sengaja dia mahu menggoda. Juntaian rambut yang terlepas diselitkan dibelakang telingan isterinya itu.

“Kejap lagi. dekat bilik punboleh bersembang. Saya nak kemas dapur ni kejap.” Balas Syafina tegas.

“Dekat bilik? Dekat bilik bukan kita nak tidur ke? Ke sayang ada plan tak nak bagi baby tidur ni…” Fahim mula menyakat. Sengaja dibahasakan dirinya baby.

“Ish tak senonohlah awak ni!” Kuat Syafina menampar dada suaminya.

“Aduh, sakitlah sayang ni…” Adu Fahim dengan gaya manja.

“Betullah dekat bilik nak tidur. Sayang tuyang fikir bukan-bukan. Saya tak cakap apa pun.” Fahim membela diri.

“Eeee, mengada tau awak ni. Dah pergi keluar. Duduk dekat depan, pergi minum air yang saya buat tu.” Syafina mula menolak tubuh Fahim supaya keluar dari dapur.

“Air tu panas lagilah sayang. Melecur lidah baby nanti…” Meremang bulu roma Syafina mendengar rengekan mengada suaminya itu. Rasa hendak saja dihempuk Fahim dengan talam ni. Syafina mengacah untuk membaling talam.

“Garang betul sayang ni!” Omel Fahim sebelum dia melangkah laju meninggalkan dapur. Syafina tersneyum kecil.tahu pun takut. Desis hatinya perlahan. 

Syafina mula membasuh jug membancuh air teh tadi. Tak banyak pun yang tinggal. Semua sudah dilakukannya tadi bersama Nadia. Sengaja dia melarikan diri. Kalau duduk dekat depan tu, conferm kena usik dengan abang Azzam.

Malam itu tepat pukul 10.30 malam, Azzam dan Nadia sudah berlalu ke bilik mereka bersama Faril yang sudah terlena dipangkuan mamanya. Tinggal Syafina berdua sahaja dengan suaminya di ruang tamu.

“Jom tidur sayang. Abang penantlah.” Fahim memaut bahu Syafina yang duduk disebelahnya itu.

“Awak pergilah tidur. Saya nak tengok TV.” Dalih Syafina. Tangan Fahim dibahu ditolak jatuh. Rasa lain macam pulak.

“Tadi kan sayang ajak saya bersembang dekat bilik. Jomlah kita masuk bilik…” Fahim berbisik perlahan. Sengaja dilunakkan suaranya.

“Nak sembang apa tengah malam ni. Pergilah naik tidur.” Tolak Syafina. Makin bertambah debaran hatinya kala itu.

“Jomlah kita naik sekali.” Sekali lagi Fahim meraih bahu isterinya.

“Fahim.” Syafina terloncat dari duduknya. Dia sudah terpacak berdiri dihadapan suaminya. Fahim agak terpinga-pienga sebentar.

“Tak sabar nampaknya sayang ni…” Fahim senyum mengusik.

“Jangan nak mengada. Dah jom cepat naik. Geli-gelemanlah saya awak ni.” Sungut Syafina dengan bibir memuncung tajam.

“Hehehe..Alright sayang. Baby can’t wait also…” Fahim ketawa kecil. Remote TV ditekan laju dan dia bangkit berdiri disebelah isterinya.

“Jom.” Bahu Syafina ditarik rapat ke sisinya dan mereka seiringan berjalan untuk naik ke bilik. Syafina cemberutkan muka. Memang mengada betul laki aku ni. Tak sangka pulak perangai dia macam ni.

Good night sayang. Assalamualaikum.” Fahim berbarng menghadap tubuh isterinya disebelah.

“Waalaikumussalam.” Balas Syafina. Comforter ditarik rapat hingga ke dada. Bimbang saja Fahim akan bertindak bukan-bukan nanti. Namun dia percayakan suaminya itu. Sebelum ini pun, di Ipoh tiada apa-apa pun yang berlaku padanya saat mereka tidur sebilik dan sekatil macam ni.

‘Tawakal jelah Fin.’ Bisik Syafina dengan mata terpejam rapat.

Malam itu mereka berdua tidur di atas katil dengan bantal golek menjadi sempadan ditengah-tengah.



*Kepada yang merindukan Fahim dan Afin, here bab 16. sorry la ambil masa yang amat lama untuk sambungannya. enjoy and thank you kerana sudi membaca..Assalamualaikum dan selamat pagi...*
~L.O.V.E & F.A.I.T.H~

ad_dEen