Thursday, July 28, 2011

Cinta Dahulu dan Selamanya 11

BAB 11

“Afin..” Panggil Iqmal sambil cuba mengejar langkah Syafina yang laju.

“Afin..” Syafina masih tidak menoleh.

“Syafina!” Akhirnya Iqmal terpaksa menjerit dengan kuat nama gadis yang dikejarnya itu. Syafina berhenti apabila dirasakan ada beberapa orang yang sedang memandang ke arahnya.

“Afin, kenapa awak ni? Asyik nak mengelak dari saya je. Saya ada buat salah ke?” Iqmal sudah berdiri dihadapan gadis yang berbaju kurung biru dan tudung sedondon itu. Termengah-mengah dia dibuatnya.

“Saya nak cepatlah Iqmal.” Syafina cuba melarikan wajahnya dari direnung oleh pemuda itu.

“Afin, kejaplah. Jom kita pergi minum kejap.” Iqmal menahan.

“Saya nak baliklah. Awak pergilah sendiri.” Syafina berusaha megelak.

“Please, sekejap je. Lepas ni saya hantar awak balik.” Rayu Iqmal lagi.

“Saya ada hal lah. Cakap sekaranglah.” Syafina masih bertegas. Tak faham-faham Iqmal ni.

“Please, saya ada benda nak bincang dengan awak.” Rayu Iqmal lagi bersungguh.

“Okay, sekejap je.” Syafina akur akhirnya.

Dengan langkah yang berat, Syafina mengikut hayunan kaki Iqmal ke sebuah kafe berdekatan. Mereka mengambil tempat di meja yang agak tersorok ke belakang. Tidak mahu terganggu dengan keadaan sekeliling. Takut juga Syafina jika terserempak dengan orang yang dikenalinya. Lain pulak ceritanya nanti.

“Ada apa Iqmal nak jumpa saya ni?” Syafina terus menyoal selepas membuat pesanan kepada pelayan. Dia hanya memesan segelas limau ais untuk menghilangkan dahaga. Wajah Iqmal yang tenang dihadapannya dipandangnya sekilas.

“Awak ni Afin, makin susah saya nak faham sekarang..” Tenang Iqmal menuturkan kata. 

“Saya tak minta awak faham saya. Sekarang ni apa hal mustahak yang sampai awak nak jumpa dengan saya ni? Saya tengah kejar masa ni.” Sedikit tegas nada Syafina. Iqmal masih bereaksi tenang.

“Afin, kita dahlah satu kuliah sekarang. Tapi kenapa susah sangat saya nak jumpa awak sekarang?” Iqmal geram juga dengan tingkah Syafina yang makin menjauhinya. Sewaktu di Uitm dulu elok sahaja mereka berkawan.

“Awak ada life sendiri, saya pun ada life saya sendiri.” Berkerut dahi Syafina saat menuturkannya.

“Memanglah. Tapi dulu kita rapat kan dekat Uitm? Kenapa sekarang Afin nak menjauh dari saya? Tell me why? Saya ada buat salah ke pada awak?” Soal Iqmal semula tidak puas hati.

“Takde apa-apa yang saya nak terangkan.” Syafina sendiri tidak tahu apa yang mahu diterangkan. Mindanya kelu dengan sebarang alasan.

“Habis kenapa awak cuba mengelak dari saya? Saya langsung takde peluang nak bercakap dengan awak sampailah hari ni. Dah dua minggu kita dekat UKM ni. Awak buat macam tak kenal saya je.” Iqmal membebel panjang dengan rasa tidak puas hati.

“Iqmal, kita ni kawan je kan? Takkan 24 jam saya nak kena jumpa awak?” Syafina bersuara geram.

“At least sekali-sekala kita boleh berjumpa kan?” Iqmal merenung lembut wajah gadis yang berjaya mencuri hatinya itu. Syafina sudah banyak berubah. Kenapa ya? Bisik hatinya.

"Mal, kalau dah takde apa-apa saya nak balik." Syafina bangun dari kerusinya berniat ingin pergi dari situ.

"Afin, wait." Iqmal sempat memegang tali beg Syafina. Langkah kaki gadis itu terhenti. Dia mendengus kecil tanda geram. Sudahlah ada beberapa mata yang sedang tertoleh-toleh ke atah mereka.

"Apa lagi Iqmal?" Syafina berpusing semula menghadap wajah Iqmal sambil berdiri.

"Saya hantar awak balik." Iqmal bingkas dari duduknya. Syafina kaku melihat tubuh Iqmal yang sudah lima langkah mendahuluinya.

"Tadi awak cakap nak balikkan?" Soal Iqmal apabila dia berpusing semula. Syafina segera tersedar dan turut melangkah meninggalkan ruang kafe yang semakin ramai pelajar diwaktu tengah hari begini. Iqmal tersenyum kecil.

Syafina cuba melangkah luas. Dia mahu mengelak beriringan dengan Iqmal. Namun Iqmal tetap cuba menyainginya. Lebih kurang tiga blok lagi mereka akan sampai ke kolej Pendeta Zaaba. Iqmal turut tinggal di kolej yang sama. Tapi di blok lelaki.

"Iqmal, dahlah. Jangan ikut saya boleh tak?" Syafina memberhentikan langkahnya dan mencari wajah Iqmal yang sedari tadi mengekornya. Wajah itu dipandang geram.

"Saya pun nak balik kolej saya." Iqmal berkata sambil cuba menahan senyum. Syafina jadi makin menyampah melihat senyuman yang cuba disembunyikan itu.

"Awak jalanlah jauh sikit. Nak dekat dengan saya ni kenapa?" Kata Syafina lagi dengan nada marah.

"Jalan ni takde nama awak pun. Tak menjadi kesalahan kepada saya pun nak guna." Iqmal memprovok Syafina. Sengaja mahu mengusik gadis itu. Sudah lama mereka tidak berbual. Setakat dimarah oleh gadis itu pun dia sanggup untuk melepas rindu.

"Okay fine." Syafina merengus geram. Langkahnya dipercepatkan dari tadi. Iqmal yang bersaing disebelah langsung tidak dihiraukannya. Siulan dari bibir Iqmal yang seolah mengusiknya menambahkan lagi perasaan marah dihati Syafina buat lelaki itu.

Syafina menarik nafas lega. Akhirnya sampai juga dia di kolej kediamannya. Pantas dia mendapatkan tangga untuk naik ke bilk.

"Take care Afin." Ucapan selamat dari bibir Iqmal langsung tidak dihiraukan. Iqmal ketawa kecil melihat Syafina yang berjalan laju memanjat tangga. Tersenyum dia memikirkan telatah gadis itu tadi.

'Haish, kenapa kau buat aku penasaran begini Afin.' Iqmal bermonolog kecil. Kemudian dia melangkah terus ke bloknya untuk berehat dibilik. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya itu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Syafina baru selesai mandi dan membasuh pakaian sewaktu Maya berdiri dihadapan pintu biliknya.

“Kenapa Ya?” Tanya Syafina sewaktu membukakan pintu buat sahabatnya itu.

“Takde apa, saja je. Boringlah lepak dekat bilik. Roomate aku tak balik lagi.” Jawab Maya yang sudah duduk diatas katil Syafina. Bantal kecil berwarna biru milik Syafina berada didalam dakapannya.

“Kau dah mandi ke Maya?” Soal Syafina sambil mengelap rambutnya yang basah.

“Dahlah. Tak nampak rambut aku basah ni?” Kata Maya sambil memegang hujung rambutnya lalu diciumnya. Syafina hanya tergelak.

“Kau dah siapkan assignment yang Encik Zahar bagi?” Soal Syafina yang sudah menyangkut tualanya dipenyidai.

“Tengah buatlah tadi tu. Aku boring tu yang jalan datang sini.” Maya berbaring pula diatas tilam. 

“Jom kita buat sama-sama nak?” Ujar Syafina yang sudah siap mengemaskan diri.

“Kita rehat dululah. Aku mengantuk ni.” Maya malas lagi. Dia mengantuk pula bila ditilam sahabatnya itu. Tadi ketika dia dibilik, tidak pula mahu lelap mata ni. Sekarang cepat pula mengantuknya. Aura tidur betullah bilik Afin ni. Bisik hatinya.

“Okay, kau tidur dulu kejap. Aku nak solat kejap.” Syafina membentang sejadah diatas lantai. Siap dia menyarung telekung, dia terus menunaikan solat Zohor. Maya sudah terlelap diatas katil.

Selesai mengerjakan solat, Syafina menelek jam diatas meja belajarnya. Baru pukul 3.45 petang. Mata pun rasa layu je ni. Maya ni kalau tidur mesti lama punya. Kesian pulak nak kejut dia. Takpelah, aku buat kerja aku dulu. Pukul 4.30 petang nantilah kejut si Maya ni. Syafina bermonolog sendiri.

Syafina mencapai handphonnya diatas meja, menelek mungkin ada message atau miscall semasa dia pergi mandi tadi. Hurm, ada message. Pantas jemarinya menekan butang inbox. Wajah yang bersahaja tadi bertukar masam tatkala membaca kandungan message itu.

+ See u tomorrow at class. U look so beautiful today… =)  +


Message dari Iqmal itu dibuang dari peti inboxnya. Dia jadi menyampah dengan lelaki itu yang tak sudah-sudah mahu mengganggunya. Handphone diletak ke tepi. Syafina mengambil laptop didalam almari. Berniat untuk berinternet seketika.

Syafina membuka akaun facebooknya. Komen-komen beberapa orang rakan dibalas. Selesai mengemaskini akaun facebook, dia menutup semula laptopnya. Jam sudah pun menganjak pukul 4.30 petang. Tak lama lagi Asar akan masuk waktu.

Dia bergerak ke bilik air untuk mengambil wuduk semula. Dia sudah siap dengan telekung. Masih ada waktu. Sementara menunggu azan berkumandang, Syafina membaca beberapa potong ayat dari Surah Al-Kahfi.

Habis sahaja azan, dia terus menunaikan kewajipan kepada ILAHI. Saat dia selesai bersolat, Maya dilihat sudah terjaga dari lenanya. Gadis itu sudah bertukar posisi dari berbaring. Syafina mengaminkan doanya yang baru selesai.

“Pukul berapa dah ni?” Soal Maya yang masih mamai kepada Syafina yang sedang melipat telekung.

“Dekat pukul lima dah.” Jawab Syafina bersahaja.

“Ya ALLAH lamanya aku tidur. Kenapa tak kejut aku Fin?” Mata Maya sudah membulat. Dia bergegas turun dari katil. Tingkah lakunya yang tampak kelam kabut menimbulkan tawa kecil dibibir Syafina.

“Kau kalut-kalut ni nak pergi mana?” Syafina masih tertawa.

“Er, aku nak siapkan kerja.” Maya menggaru-garu kepalanya. Kepalanya masih berpinar kerana bangun mengejut begitu. Yelah, apa benda aku ni? Maya bersoal didalam hati.

“Pergilah basuh muka dulu. Kau ni mimpi apa tadi sampai kalut macam ni? Jangan risau, dekat kolej takde Encik Zahar tu.” Seloroh Syafina. Nama pensyarah untuk subjek History itu sengaja disebut. Siapa tidak kenal pada Encik Zahar yang garang tu. Kalau tugas yang dia berikan tidak diselesaikan pada waktu yang ditetapkan, habislah kena denda.

“Er, aku dekat bilik kau ye ni?” Soal Maya yang masih tergaru-garu.

“Ye Maya, pergilah basuh muka dulu.” Balas Syafina masih dengan ketawa kecil. Dengan wajah yang sedikit berkerut, Maya meninggalkan bilik Syafina untuk ke bilik air.

Syafina duduk dikatil sambil melipat pakaian yang diangkat dari ampaian tadi. Lima minit kemudian, Maya melangkah masuk dengan wajah yang sudah basah. Sahabatnya itu kelihatan segar semula.
“Laplah muka kau dekat tuala tu.” Syafina melirik pada tualanya yang tersangkut dipenyidai.
“Takde tuala baru ke? Gelilah.” Usikan Maya itu menyebabkan Syafina menjegilkan anak mata.

“Jangan nak mengada.” Syafina bersuara marah. Geram betul dengan usikan itu. 

“Hehe…” Maya tersengih. Laju sahaja dia mengelap wajahnya dengan tuala Syafina.

“Liza balik pukul berapa?” Maya menyoal mengenai rakan sebilik Syafina yang masih belum balik.

“Entah, dia cakap hari ni kelas dia sampai pukul 5.00 petang.” Tanang Syafina menjawab. Maya melabuhkan punggungnya pada meja belajar Syafina.

“Fin, aku main internet jap.” Maya meminta izin. Melihat Syafina yang sudah mengangguk, laju Maya menekan punat On pada laptop gadis itu.

Maya mengemaskini akaun facebooknya yang baru sahaja dibukanya tadi dibiliknya. Zaman sekarang ni anak-anak muda memang terlalu addict dengan laman sesawang social network ni. Termasuklah dirinya. Hehe.. Maya tersengih sendiri.

“Fin, laki kau takde facebook?” Maya menyoal tanpa berpaling menghadap wajah Syafina. Kawannya itu sedang menyusun lipatan pakaian tadi ke dalam almari.

“Hurm, entah. Kenapa?” Syafina merapati tubuh Maya diatas kerusi.

“Takdelah. Kalau dia ada facebook boleh kau add. Kenal-kenal dengan dia.” Maya berkata.

“Buat apa? Aku bukan baru bercinta dengan dia. Dia dah jadi laki aku pun.” Syafina menampar lembut bahu Maya. Mengaduh gadis itu.

“Korang tak pernah bercinta kan. Apa lepas kahwin tak boleh bercinta?” Maya menoleh memandang Syafina dibelakangnya.

“Bercinta-cinta dekat facebook ni bukan aku. Aku bukan budak-budak sekolah.” Syafina menjawab selamba.

“Ah kau ni Fin. Complicated sangat fikiran kau tu.” Maya mengalah akhirnya. Segalanya cadangannya ada je bidasan oleh Syafina. Malas dia mahu bertengkar.

“Kau yang nak pening kepala fikir pasal aku ni kenapa? Dahlah. Bila kita nak mula buat assignment ni?” Syafina cuba mengubah topik perbincangan. Soal hati dan perasaannya itu, dia tak perlu dicanangkan sangat pada Maya ni. Haru nanti jadinya.

“Kejaplah. Aku nak chat dengan Iqmal kejap ni.” Maya masih enggan.

“Dia tanya pasal kau Afin.” Maya menyambung.

“Kau tak payah layanlah mamat tu.” Syafina keras bersuara.

“Kenapa kau tak beritahu dia je yang kau dah kahwin? Kan senang tak payah nak main lari-lari macam ni.” Maya bertanya. Geram juga dengan kawannya itu yang mahu merahsiakan perkahwinannya.

“Aku tak naklah kecoh lagi pasal perkahwinan aku.” Syafina mengeluh lemah. Tubuhnya dibaringkan diatas tilam pula.

“Tak nak kecoh macam mana?” Tanya Maya pelik.

“Aku kan baru 21 tahun, dah jadi bini orang. Aku tak nak kawan-kawan kita cakap aku gatal sampai tak sabar-sabar nak kahwin.” Syafina menjawab.

“Eh, Fin kau buat benda baik. Bina masjid, bukan bukan dosa. Yang kau takut dengan anggapan orang tu kenapa?” Maya bertanya garang. 

“Entahlah Ya. Belum masanya lagi. Lagipun Fahim dah setuju pasal ni.” Syafina berkata sambil jarinya bermain-main pada rambutnya.

“Ikut kaulah Fin. Jangan ada cerita lain pulak kemudian hari sudah.” Maya berpesan. Syafina diam tidak menjawab. Memikirkan kebenaran kata-kata sahabatnya itu.

Sedang dia leka termenung, handphone disebelah bantal berdering tanda ada panggilan masuk. Syafina mengambilnya. Wajahnya dimasamkan sedikit saat terlihat nama yang tertera di skrin handphone.

“Hubby kau dah telefon tu. Pergilah bercinta..” Maya memerli kuat. Syafina menyeringai kegeraman sebelum menekan butang hijau pada handphone itu.

“Assalamualaikum.” Sahut Syafina lembut.

“Waalaikumussalam.” Fahim lembut menjawab salam.

“Afin buat apa tu sayang?” Tanya Fahim penuh romantis.

“Tak buat apa. Baring-baring.” Jawab Syafina bersahaja.

“Saya baru nak balik kerja ni. Penat sangat.” Fahim dihujung talian meregangkan sedikit badannya yang terasa sakit. Seharian dia di tapak projek tadi. Kerjaya sebagai seorang jurutera ni memang agak memenatkan. Tambah-tambah yang baru nak mula macam dia.

“Tak balik rumah lagi? Dekat mana ni?” Soal Syafina.

“Dalam kereta.” Balas Fahim.

“Awak okay ke? Macam mana kerja?” Syafina cuba beramah walaupun dia masih rasa kekok untuk berbual dengan suaminya itu.

“Okay. Tadi sehari suntuk dekat site. Langsung takde masa nak call Afin.” Fahim tersenyum senang. Syafina pandai juga mengambil berat soal dirinya.

“So, minggu ni jadi kan nak jumpa? Afin nak balik sini bila?” Soal Fahim mengenai janji gadis itu dua  minggu yang lalu.

“Alamak!” Syafina menepuk dahi. Dia baru teringat apabila Fahim menyebutnya.

“Don’t say that you forgot.” Kata Fahim kalut.

“Sorry.. . Saya memang lupa sangat-sangat pasal tu.” Syafina meminta maaf.

“Kalau macam tu saya datang sana jelah.” Laju Fahim menyusul.

“Eh, tak payah. Takpe esok saya pergi tengok tiket ada ke tak.” Pantas Syafina membantah. Dia tak mahu Fahim datang ke sini. Nanti ada sahaja rancangan lelaki itu mahu tidur sebilik.

“Okay, kalau takde tiket saya akan terus ke sana.” Fahim berkata membuatkan Syafina terkelu tidak tahu membalas. Salah dia juga yang lupa akan janjinya dengan Fahim.

“We’ll see.” Akhirnya terluah lemah dari bibir Syafina. Fahim dihujung talian tersenyum kemenangan.

“Okaylah, saya nak drive balik ni. Nanti malam saya call okay. Bye sweetheart.” Fahim mengakhiri perbualan.

“Assalamualaikum.” Syafina memberi salam.

“Waalaikummusalam. I love you.” Ucap Fahim lembut.

Terus Syafina menekan butang merah. Ucapan sayang Fahim dibalasnya dalam hati sahaja. Pipi Syafina terasa sedikit membahang memikirkan suaminya itu.

“Hah, tu sembang apa tu sampai pipi boleh jadi merah.” Sergahan dari mulut Maya mengejutkan Syafina yang sudah menyandar didinding. Kalut-kalut Syafina meletakkan semula handphone yan g dilekapkan didadanya ke atas tilam. Dia cuba berpura-pura tenang.

“Malu pulak dia.” Maya masih mahu mengusik. Gadis itu ketawa halus melihat gelagat menggelabah Syafina.

“Ya, esok temankan aku pergi Puduraya. Aku nak beli tiket.” Syafina mengaturkan suara.

“Eh, kau nak pergi mana?” Maya bepaling.

“Aku nak balik Ipoh.” Syafina tertunduk. Pasti disakat selepas ini.

“Wah, nak pergi jumpa hubby lah tu.” Maya tersenyum simpul. Syafina menggigit bibir. Kan betul? Ish malunya.

“Nak temankan ke tak?” Syafina cuba bersuara keras.

“Boleh, apa salahnya. Eh, kenapa tak naik dari Putrajaya? Kan lagi dekat?” Maya memberi cadangan.

“Betul jugakkan?” Syafina berfikir.

“Aku minta tolong abang Azzam jelah belikan tiket.” Syafina berkata. Maya mengangguk setuju.

“Kau balik Jumaat nilah?” Maya menyoal. Tangannya masih sebuk dilaptop milik Syafina.

“Yup, sampai ahad ni rasanya.” Syafina membalas tenang.

“Baguslah. Cubalah berbaik-baik dengan dia. Tak rugi pun. Korang dah sah jadi suami isteri pun. Bercinta lepas kahwin ni lagi best tau.” Maya tersenyum.

“Pandai jelah kau ni Maya. Dahlah tu. Kata nak buat assignment tadi.” Syafina sudah bangun dari katil.

“Okay-okay. Sikit lagi. Eh, Liza balik pukul berapa?” Maya mengerling jam pada laptop. Sudah hampir pukul 6.00 petang.

“Kejap lagi sampailah tu. Aku nak pergi tandas kejap.” Syafina membuka pintu biliknya dan berlalu ke tandas.

Balik saja dari tandas, Syafina lihat Liza sudah duduk dibirai katilnya dengan wajah penat. Panjang umur. Baru sebut pasal dia, dah muncul. Omel Syafina didalam hati.

“Baru sampai Liza?” Syafina senyum menyapa. Liza hanya mengangguk.

“Malam ni kita dinner bertiga nak tak?” Syafina mengajak. Rasanya mereka bertiga tidak pernah lagi makan bersama-sama.

“Erm boleh jugak.” Sampuk Maya yang masih tekun dengan Facebooknya.

“A’ah kan.” Liza juga bersetuju.

“Kalau macam tu lepas Maghrib nanti kita pergi makan ye.” Syafina tersenyum senang.

“Liza nak pergi mandi kejap. Banyak baju tak basuh lagi ni. Huhu…” Liza buat muka sedih. Tubuhnya menunduk mengambil pakaian kotor dalam raga yang diletak tepi almari baju.

“Afin pun baru basuh tadi Liza.” Syafina duduk dibirai katilnya.

“Okaylah. Liza pergi mandi dulu.” Liza berlalu dengan barang-barang mandian dan sebaldi baju kotor dikedua-dua tangannya. Syafina menghantar Liza dengan ekor matanya.

“Ni anak dara sorang ni tak habis-habis lagi dengan pakwe dia. Cepat, assignment tak siap lagi ni!” Syafina berkata tegas bagi menyedarkan Maya yang masih leka.

“Okay, baik Puan. Ampunkan saya.” Cepat-cepat Maya menutup akaun Facebooknya. Akhirnya mereka berdua ketawa kecil.

Maya ke biliknya semula untuk mengambil buku-buku dan laptopnya kerana ingin membuat kerja dibilik Syafina. Pakaian dan tudung juga dibawanya bersama. Tak perlu dia terkejar naik ke bilik semula nanti untuk bersiap ke kafeteria. 

Malam itu,tepat pukul 8.00 malam, mereka bertiga bergerak bersama ke kafeteria untuk makan malam. Sepanjang waktu makan, ada sahaja cerita yang mereka kongsi bersama. Riuh meja dengan suara gelak ketawa mereka. Selepas dua jam mereka melepak disana, barulah mereka naik semula ke bilik. Itupun selepas Syafina mengingatkan Maya bahawa assignment Encik Zahar menanti untuk disiapkan.

Liza pula tidak terus naik ke bilik. Ziffan sudah bergerak berdiri ditepi meja mereka ingin berjumpa buah hatinya. Syafina dan Maya menghadiahkan senyuman tanda perkenalan dengan lelaki itu.

Sampai dibilik, Syafina dan Maya terus sebuk dengan buku-buku dan laptop masing-masing. Assignment harus segera disiapkan jika tidak mahu didenda oleh Encik Zahar esoknya. Sehinggalah pukul 1.30 malam, barulah Syafina dan Maya selesai menghabiskan tugasan itu.

Maya yang sudah mengantuk benar terus sahaja tidur dikatil Syafina. Malam itu mereka berdua tidur bersama diatas katil bujang yang hanya muat seorang. Syafina sudah biasa akan keadaan itu. Sewaktu di UiTM dulu pun mereka sering sahaja tidur berdua. 

Sebelum memejamkan mata, Syafina sempat memberi message pada Fahim yang dia sudah ingin tidur. Panggilan Fahim tadi, mereka tidak berbual panjang kerana Syafina sebuk menyiapkan kerjanya. Akhirnya Syafina terlelap tanpa mendapat balasan dari Fahim. Mungkin lelaki itu sudah tertidur.