BAB 16
“Jemput
masuk Fahim…” Azzam memberi laluan kepada adik iparnya itu untuk melangkah
masuk ke dalam rumahnya. Fahim penuh tertib menghulur salam dan tunduk mencium
tangan abang iparnya itu. Syafina dibelakang turut menuruti.
“Fin
naik atas kejap nak letak beg.” Syafina tunduk mencium tangan kakak iparnya
pula. Nadia yang sedang mendukung Faril senyum dan mengangguk. Sempat Syafina
mencubit pipi anak buahnya itu sebelum lari memanjat tangga.
“Duduklah
Fahim..”
“Terima
kasih bang.” Fahim senyum sambil melabuhkan punggung disofa berangkai dua.
Nadia berlalu ke dapur untuk menyediakan minuman. Faril ditinggalkan bersama
suaminya.
Syafina
yang baru sampai di anak tangga terakhir membuang pandang ke ruang tamu.
Kelibat kakak iparnya tiada disitu. Mungkin sudah didapur. Pantas kakinya laju
dibawa ke dapur untuk membantu kakak iparnya itu.
“Kak
Nadia buat air apa?” Soal Syafina berbisik.
“Sarsi, okay tak?” Syafina mengangguk mengiakan
soalan Nadia.
“Afin
dengan Fahim dah makan?” Soal Nadia sambil mengacau air sarsi didalam jug.
“Dah
tadi. Singgah makan dekat kedai je. Afin masuk dalam kuali eh nugget ni. Minyak dah panas.” Syafina
meneruskan niatnya apabila Nadia mengangguk memberitahu.
“Afin
dengan Fahim macam mana?” Nadia memulakan soalan berunsurkan peribadi.
“Okay je.” Syafina bersahaja menjawab.
Dalam hati sudah berdebar-debar apabila kakak iparnya itu bertanyakan hal rumah
tangganya.
“Baguslah
kalau okay. Akak dengan abang Azzam
pun doakan yang terbaik untuk Afin suami isteri.” Nadia senyum menoleh ke arah
adik iparnya. Syafina turut membalas senyuman itu. Dia tidak tahu hendak
berkata apa.
“So apa rancangan korang berdua lepas ni?
Fahim tak nak tukar kerja kat KL ke?” Tanya Nadia lagi.
“Afin
pun tak tahu kak. Maybe lepas Afin
habis study baru settlekan hal kami berdua. Lagipun dia baru je kerja kat Ipoh tu.
Biar jelah dia kerja kat sana dulu.”
“Eh
takpe ke sorang sana sorang sini?”
“Boleh
je kak. Sebelum ni kan boleh je…”
“Habis
kalau Afin mengandung nanti macam mana?”
“Er…”
Syafina terkedu apabila dibangkitkan isu itu. Ah, nak bagitahu ke plan aku dengan Fahim kat kak Nadia ni?
Syafina berfikir.
“Er,
yang tu Afin tak fikir lagi. Lagipun Fahim dah setuju nak biar Afin habiskan degree dulu…” Syafina beralasan.
“Lah
macam tu pulak?” Nadia seakan tidak berpuas hati. Nampaknya lambatlah Faril nak
dapat sepupu.
“Lambat
lagilah nampak gayanya akak nak timang anak buah…” Nadia berkata sambil
membantu Syafina mengangkat ketulan nugget
yang sudah garing ke dalam piring.
“Tunggu
kak Nadia bagi adik dua tiga orang dululah kat Faril..” Syafina berseloroh.
Tersungging senyuman dihujung bibirnya.
“Ish,
lama sangat tu. Kesian dekat Fahim tu tunggu lama-lama.” Nadia menghadiahkan
cubitan pada pinggang adik iparnya itu. Tak kuat mana kerana Syafina tergelak
saja selepas itu. Mereka berdua ketawa perlahan.
“Tak
fikir lagilah kak. Tengoklah dulu macam mana..” Syafina seriuskan kembali
wajahnya.
“Ikut
kamu berdualah macam mana. Janji Afin bahagia.. Kalau Afin happy, akak dengan abang Azzam pun happy..” Nadia memicit lembut pipi adik iparnya itu.
“Thanks kak..” Mereka berbalas senyuman
buat seketika.
Syafina
sudah mengangkat nugget yang digoreng
kali ke dua ke dalam pinggan. Nadia mengaturkannya di atas talam bersama jug air dan empat biji gelas.
“Afin
tolong angkat ni ye…” Pinta Nadia lembut.
“Baik
kak..” Syafina mengangguk. Talam yang sudah sedia diangkat dan dia berjalan ke
ruang tamu untuk menghidangkannya. Nadia mengekor dengan sebekas bekas air
basuh tangan.
“Jemput
makan ye..” Nadia bersuara ramah kepada birasnya.
Fahim
senyum. Matanya memerhati si isteri yang sedang menuang air ke dalam gelas.
Nadia dan Azzam yang perasan tingkah Fahim, tersenyum sesama mereka. Dalam hati
rasa gembira melihat hubungan pasangan pengantin baru itu yang nampak elok
sahaja.
“Awak nak mandi?” Tanya Syafina sewaktu mereka
berdua sudah didalam bilik tidur milik Syafina.
“Kejap
lagilah. Nak rest kejap.” Fahim
menolak. Tubuhnya digeliatkan menghilangkan rasa sengal memandu jauh tadi.
Kemudian dia merebahkan tubuh diatas tilam. Kaki dibiar terjuntai ke bawah.
“Nak
mandi, ni tuala.” Syafina meletakkan sehelai tuala bersih yang masih berlipat
diatas katil.
“Hurm..”
Terdengar Fahim menggumam halus. Letih benar nampaknya. Syafina malas
mengganggu. Dia berlalu ke bilik air bersama pakaian baru. Ingin menyegarkan
diri yang terasa melekit.
Usai
mandi Syafina melangkah keluar dari bilik air dengan tubuh yang lengkap
berpakaian. Dia lihat tubuh Fahim sudah hilang dari atas katil. ‘Ke mana pulak
perginya?’ Detik hatinya. Kepala yang masih basah dikeringkan dengan hujung
tuala. Kelibat Fahim masih dicari dengan anak matanya.
Sedang
dia menyisir rambut didepan meja solek, dia ternampak tubuh Fahim dibalkoni
melalui biasan cermin. Syafina meratakan bedak BabyJohnsonpula pada wajahnya.
Dalam hati masih terfikir-fikir apa yang Fahim buat disitu. Tadi cakap nak
berehat. Selesai mengemaskan diri, Syafina menapak mendekati tubuh suaminya
dibalkoni.
“Awak
tak nak mandi ke?” Soal Syafina yang masih dimuka pintu gelongsor.
Fahim
tidak membalas. Dia diam saja. Tubuh isterinya dikerling dengan hujung mata.
Menikmati angin petang yang begitu mendamaikan.
“Sinilah
sayang…” Fahim memanggil Syafina agar merapatinya. Syafina memberanikan diri.
Dia berdiri disebelah Fahim dengan jarak dua kaki menjauhi.
“Cantikkan
suasana petang ni.” Fahim menarik nafas. Menikmati desir angin petang yang
menghembus. Syafina disisi mengangguk setuju.
“Dah
pukul berapa sayang?” Fahim berpaling ke sisi. Tubuhnya dirapatkan dengan tubuh
isterinya.
“Pukul
tiga setengah dah. Awak tak nak mandi ke? Nak solat lagi..” Syafina berlagak
selamba. Cuba menyembunyikan debar didada apabila merasa bahang tubuh Fahim
dekat dengannya.
“Awak
dah mandi? Wangi…” Tanya Fahim dalam nada berbisik. Matanya dipejam seolah menikmati
kewangian rambut isterinya. Tangan kirinya mula membelai lembut rambut Syafina
yang masih basah. Syafina yang mula rasa tidak selesa menjarakkan diri.
“Pergilah
mandi. Lepas ni kita pergi dekat tasik Putrajaya nak?” Syafina cepat
mengutarakan cadangan. Ingin bebas dari suasana yang cuba ditimbulkan Fahim
tadi.
“Yelah.”
Jawab Fahim lemah sebelum berlalu masuk ke dalam. Dia mencapai tuala bersih
yang diletakkan isterinya tadi di atas katil lalu bergerak ke pintu bilik air.
Tampak
riak Fahim yang kecewa. Syafina menghela nafas lega bila Fahim sudah mengangkat
kaki untuk masuk ke dalam. Tubuh lelaki itu dihantar dengan pandangan. Dia
masih mematung disitu menikmati tiupan angin yang menampar wajahnya. Terasa
nyaman sekali.
‘Petang
ni bawak Faril sekalilah ke tasik. Dah lama tak lepak sana.’ Desis hati Syafina
membayangkan suasana damai yang akan dirasanya sebentar lagi.
+++++++++++++++++++++++
“Sini
saya dukung Faril.” Syafina menghulurkan tangan kepada Faril. Anak saudaranya
itu sudah bergerak-gerak kedua tangannya minta diambil. Fahim membiarkan tubuh
Faril bertukar tangan.
“Awak
selalu datang sini ke?” Fahim memulakan bicara. Dia hanya mengikut seiringan
langkah Syafina menyusur di laluan pejalan kaki. Tasik yang tenang luas
terbentang didepan mata.
“A’ah.
Saya suka datang sini. Tenang je dekat sini.” Syafina membalas sambil
tersenyum. Wajahnya tampak begitu asyik menikmati kedamaian hembusan angin
petang yang menampar wajah. Anak saudaranya dalam dukungan turut diagah riang.
“Selalu
datang dengan siapa?” Tanya Fahim lagi. Ingin menyelami hidup isterinya sebelum
ini.
“Tengoklah.
Kadang-kadang sorang je. Tak pun dengan abang Azzam dan kak Nadia.” Mereka
sudah sampai di sebuah pondok ditepi tasik yang seakan jeti kecil.
“Datang
sini dengan apa?” Tanya fahim lagi. Tubuhnya dibiar tersandar pada tiang
pondok. Syafina duduk dibangku yang tersedia.
“Naik
keretalah. Kadang-kadang cycling…”
Maklum Syafina lagi.
“Cycling? Sorang-sorang?” Nada Fahim
seakan tidak percaya.
“Yelah cycling. Ingat saya tak pandai ke?”
Balas Syafina.
“Taklah.
Saya tahu awak pandai, tapi confuse
sikit. Larat ke awak cycling sampai
sini dari rumah abang Azzam tu?” Nada Fahim berbaur sindiran.
“Eh
tengok kakilah. Ingat saya lembik ke?” Syafina menguatkan suara. Geram bila
Fahim seolah memperlekehkannya.
“Mana
saya tahu awak lembik ke tak. Tak try
pun lagi…” Kata fahim sambil tersenyum. Syafina mengerutkan dahi. Tidak
memahami maksud suaminya itu.
Melihat
senyuman nakal yang tak kering dibibir Fahim membuatkan Syafina terkedu. Kini
dia faham maksud ‘tak try’ Fahim
tadi. Habis memerah wajah Syafina selepas itu. Cis boleh pulak dia buat
bergurau macam tu. Eee, benci! Gerutu Syafina dalam hati. Anak matanya
dilarikan dari terus ditatap oleh sepasang mata milik Fahim.
“Awak cycling sorang-sorang ke?” Fahim
mengalih topik perbualan. Hujung bibirnya masih menyimpul senyum.
“Tak.
Dengan kawan.” Jawab Syafina dengan lagak selamba. Dia mengagah Faril yang
diletakkan disebelahnya bagi menghilangkan debar didada. Terkekek si kecil itu
ketawa.
“Kawan?
Lelaki ke perempuan?” Dahi Fahim berkerut semasa mengajukan soalan.
“Lelakilah.
Mana ada kawan-kawan perempuan yang mak ayah diorang nak bagi cycling sampai sini…” Balas Syafina
selamba. Matanya masih tidak beralih dari memandang wajah Faril.
“Habis
abang Azzam bagi pulak?” Nada Fahim semakin serius. Dia tidak puas hati abang
iparnya boleh membenarkan Syafina berbasikal dengan lelaki.
“Bagilah.”
Syafina masih tidak menyedari bunga-bunga amarah yang berputik dihati Fahim.
Fahim
merenung tajam wajah isterinya itu. Dia geram. Kenapa Syafina begitu mudah
percayakan kawan-kawan lelakinya? Tidak takutkah gadis itu? Tidakkah dia
memikirkan sebrang kemungkinan yang boleh terjadi. Fahim menarik nafas
dalam-dalam.
“Awak
berdua je dengan budak lelaki itu?” Syafina mengalihkan anak mata ke wajah
Fahim demi mendengarkan soalan lelaki itu. Sudah kedengaran lain macam bentuk
soalannya. Cemburukah dia?
‘Hehe,
ada peluang nak kenakan balik ni. Tadi dia buat aku malu ye.’ Timbul niat nakal
dihati Syafina.
“Yelah
berdua. Kami tukar-tukar. Dia bonceng saya, saya bonceng dia.” Hati Syafina
menyimpul senyum.
“What?” Terjerit Fahim. Kali ini dia
tidak dapat bersabar lagi. Syafina memang melampau. Siap bonceng-membonceng
lagi! Bentak hatinya. Berdetak pantas jantungnya menahan rasa cemburu yang
membuak didada.
“Dia
takde basikal sendiri ke? Yang awak pun tak boleh ke naik basikal sendiri?”
Jerkah Fahim tidak puas hati. Makin menyemarakkan kemarahannya bila Syafina
hanya tersenyum saja. Tidak nampakkah gadis itu yang dia sedang marah ni?
“Saya
penatlah nak kayuh sorang…” Syafina masih ingin mengusik.
“Awak,
awak sedar tak apa yang awak buat tu?” Soal Fahim dengan suara tertahan. Dia
tegak berdiri menghadap Syafina yang sedang duduk.
Fahim
menjegilkan mata. Dadanya terasa ditekan kuat. Bagai dihempap batu. Nafas
ditarik dalam-dalam sebelum dihembus keluar. Dia cuba mententeramkan hati yang sudah
bercelaru rentak iramanya.
Hati
Syafina menggeletek hebat. Lucu melihat riak si suami yang menahan diri.
Menahan api cemburunya barangkali.
“Awak
tak ingat apa yang pernah jadi dekat awak dulu? Tak serik lagi? Semuanya sebab
basikal kan? Semua tu tak jadi kalau awak tu tak degil!” Fahim melontarkan
kemarahan. Habis diungkit kejadian dulu yang hampir memalitkan kenangan hitam
dalam hidup Syafina.
Syafina
tergamam. Otaknya mula mengitar masa lalu. Andainyalah Fahim tidak ada pada
masa itu, tidak tahu apa yang bakal terjadi padanya. Kepalanya tergeleng
perlahan.
“Jangan
sebut lagi pasal hal tu. Saya tak nak ingat lagi.” Ujar Syafina dengan nada
tegas.
“Saya
bukan nak ungkit balik. Saya cuma nak ingatkan awak supaya jaga diri. Awak tak
boleh suka hati je buat macam tu. Bukan semua orang dalam dunia ni kita boleh percaya.
Saya tak nak apa-apa jadi pada awak.” Fahim cuba memujuk. Terkejut dia
mendengar nada Syafina tadi. Macam marah sangat. Dia tidak menjangka riak gadis
itu akan begitu. Dia cuma meluahkan rasa cemburunya sahaja tadi. Entah
bagaimana dia boleh tergelincir mengungkit kisah lama.
“Cukup
Fahim. Tolong jangan sebut lagi. Saya tahu saya bernasib baik masa tu sebab
awak ada.” Fahim terkesima mendengarnya. Bukan itu maksud dia.
“Afin,
saya tak bermaksud macam tu.” Fahim cuba membetulkan semula. Wajah Syafina
sudah bertukar mendung. Argh, kenapa mulut aku macam ni. Baru nak berbaik-baik
dengan dia.
“Fin, please pandang saya kejap.” Fahim duduk
disebelah isterinya itu. Bahu gadis itu diraih agar mendepaninya. Syafina
mengelak. Dia megangkat tubuh Faril lalu dipangkunya.
“Fin,
pandang saya.” Tangan Fahim mencapai dagu Syafina pula. Penuh keterpaksaan
Syafina memalingkan wajah menghadap wajah suaminya. Namun bebola matanya tetap
dilarikan dari bersabung pandang dengan mata redup Fahim.
“Saya
tak bermaksud macam apa yang Afin fikirkan tadi.” Lembut Fahim memujuk.
“Apa
yang saya fikirkan?” Syafina masih terasa hati.
“Tu,
yang awak cakap tu.”
“Apa
yang saya cakap?” Dalih Syafina.
Fahim
mengeluh.
“Saya
minta maaf. Awak tak bernasib baik pun masa tu. Tapi ALLAH yang utuskan saya
nak tolong awak masa tu.” Fahim menggenggam tangan Syafina yang sedang memeluk
erat tubuh Faril.
“Dahlah
Fahim. Saya ni memang tak tahu dek untung. Orang dah menolong tapi masih tak
berterima kasih. Masih degil, masih tak serik nak naik basikal lagi kan…” Syafina
menarik tangannya lantas berdiri.
“Sayang
apa ni…” Fahim turut berdiri. Belum sempat dia berbuat apa-apa, tiba-tiba suara
Faril nyaring menangis.
“Syhh
sayang kenapa ni? Mak Su tak marah Faril lah sayang…” Pujuk Syafina. Tubuh anak
saudaranya itu ditepuk perlahan. Dia berjalan meninggalkan pondok itu.
Selebihnya mahu menjauhkan diri dari Fahim. Dia kecil hati dan merajuk dengan
suaminya itu.
“Sayang…”
Jerit Fahim sambil mengejar.
Bahu
Syafina dipautnya erat. Syafina cuba mengelak namun Fahim juga tidak mahu
mengalah. “I’m sorry sayang…” Ucap
Fahim menoleh ke sisi.
Syafina
menjuihkan bibir. ‘Ada hati nak pujuk aku, sayang…sayang. Tolonglah!’
Terkumat-kumat bibirnya mengata Fahim. Menyampah dia.
Fahim
bertindak merampas tubuh Faril dari pegangan isterinya. Anak kecil itu terus
senyap dalam dukungan Pak Sunya.
‘Eeee…
Faril pun nak sebelahkan Pak Su tu? Pergilah. Jangan kawan dengan Mak Su dah!’
Bebel Syafina dalam hati. Pantas kakinya berpatah ke belakang dan menonong berjalan
meninggalkan suaminya dan anak saudaranya itu.
“Tengok
Mak Su Faril tu sayang. Merajuk dengan Pak Su pulak.” Fahim bersuara kuat.
Sengaja mahu Syafina mendengarnya. Dia gelihati dengan rajuk isterinya itu.
Memang satu perkembangan yang tidak diduga. Segera dia mengejar langkah Syafina
yang makin menjauh.
Tiba-tiba
Syafina menghentikan langkahnya. Dia berpaling dan menanti Fahim untuk sampai
dihadapannya. Fahim sengaja melambatkan jalan. Berpura-pura mengagah Faril.
Syafina yang melihat dari jauh mencebir bibr.
“Saya
nak balik.” Kata Syafina tegas saat Fahim sudah berdiri dihadapannya.
“Awal
lagilah sayang. Faril pun tak puas lagi nak main.” Fahim tidak mempedulikan
kata-kata isterinya. Dia seronok melayan Faril dalam dukungan.
“Dah nak
Maghriblah. Saya nak balik.” Eee megada nak panggil sayang tu kenapa? Saja je
kan dia ni! Gerutu Syafina dalam hati. Geram dengan keselambaan suaminya itu.
“Sayang
jomlah kita bergambar dulu dekat tepi sana tu.” Fahim menarik tangan isterinya
supaya mengikut langkahnya semula ke pondok tadi.
“Nak
bergambar apanya awak ni. Ish mengadalah. Baliklah.” Syafina tetap membantah.
Lengannya cuba dirungkai dari pegangan Fahim.
“Sayang,
dengar…” Fahim buat muka serius. Telinganya didekatkan pada bibir Faril.
“Anak
buah saya ni cakap dia nak bergambar kenangan dekat sini dulu dengan Pak Su and Mak Su dia…” Kata Fahim setelah
beberapa saat dia tayang muka berkerut konon cuba memahami bahasa Faril.
“Awak
ni!” Marah Syafina. Fikirnya tadi apalah yang didengar Fahim. Rupa-rupanya nak
berlawak dengan aku. Tak tahu pulak laki aku ni ada sense of humor. Bisik hati Syafina.
Syafina
ketawa perlahan.
“Eh
Faril. Tengok, ada orang tu ketawalah.” Usik Fahim. Faril yang seakan memahami
turut ketawa perlahan. Ketiga-tiga mereka ketawa riang akhirnya.
Selepas
berposing untuk beberapa gambar,
mereka terus pulang ke rumah Azzam. Faril tertidur didada Syafina. Keletihan
agaknya bermain-main tadi.
“Lepas
ni saya tak izinkan awak naik basikal lagi.” Kata Fahim semasa dalam kereta.
“Eh
kenapa pulak?” Syafina kaget mendengarnya.
“Saya
cakap tak boleh, tak bolehlah.” Tegas Fahim berkata.
“Apa
awak ni. Tiba-tiba pulak tak bagi saya naik basikal. Salah ke naik basikal tu?”
Kemarahan yang surut tadi mula memuncak kembali.
“Memang
salah. Salah kalau awak naik sorang atau dengan orang lain, saya tak benarkan. Saya
cuma benarkan awak naik basikal tapi itu pun hanya dengan saya je.” Balas Fahim
bersama senyuman yang tersungging dibibir. Melopong Syafina mendengarnya.
“Tutup
mulut tu sayang. Masuk lalat nanti.” Tegur Fahim selamba.
“Awak
ni. Eeeeee!” Kuat suara Syafina. Akibatnya tubuh Faril bergerak-gerak tanda
tidak selesa.
“Terjaga
dah anak tu. Awak ni kan…” Ucap Fahim tanpa ada rasa bersalah langsung. Syafina
terus membungkam. Memuncung bibirnya kegeraman. Fahim pula asyik tersneyum
sinis padanya.
‘Takpe
tengoklah nanti. Saya kenakan awak balik.’ Tekad Syafina dalam hati.
Ketika
azan berkumandang baru mereka tiba diperkarangan rumah. Terus mereka masuk
untuk membersihkan diri dan berjemaan.
+++++++++++++++++++++++++++++++
“So apa plan kamu lepas ni?” Azzam yang mengambil tempat di sofa satu
tempat duduk menyoal adik iparnya itu. Isteri dan adiknya masih mengemas di
dapur.
“Saya
ingat dalam setahun ni stay dulu
dekat Ipoh. Lagipun dekat sana baru je start
keja. Maybe lepas tu nak try minta kerja dekat sinilah.
Perancangannya nak pindah KL lepas Afin grade
nanti.” Terang Fahim. Azaam hanya mengangguk.
“Pasal
korang dua pulak macam mana? Takpe ke jauh-jauh macam ni?” Soal Azzam lagi.
“Saya
dah bincang dengan Afin pasal ni. Dia pun tengah study sekarang ni, saya tak nak ganggu konsentrasi dia.” Balas
Fahim.
“Habis
kalau mengandung nanti macam mana?”
“Er,
pasal tu kitorang dah rancang tak nak mengandung lagi sampai Afin tamat
belajar.” Fahim malu-malu menuturkannya.
“Oh
macam tu pulak. Ikut koranglah macam mana. Abang takde halangan. Korang berdua
dah boleh putuskan sendiri jalan hidup korang macam mana. Cuma abang harap,
Fahim jagalah adik abang tu elok-elok. Dia tu nampak je diam macam tu,
sebenarnya bukan macam tu pun perangai dia. Malas sikit Afin tu. Kamu tegurlah
mana-mana yang patut dia tu. Abang boleh berharap dengan kamu je lepas ni untuk
tengok-tengokkan dia.” Ujar Azzam panjang lebar.
“InsyaALLAH
bang. Saya janji akan jaga Afin.” Janji Fahim sepenuh hati.
“Abang.
Pasal duit belanja Afin lepas ni abang tak payahlah bagi dekat dia. Biar saya
yang uruskan.” Pinta Fahim.
“Er…
Abang tak kisah pasal hal tu. Lagipun dia sorang je ahli keluarga abang. Yang
mana abang boleh tolong, abang tolong. Kamu pun baru je mul kerja kan…” Azzam
serba salah. Tidak mahu dia membiarkan Fahim rasa terbeban. Sudahlah adik
iparnya itu baru sahaja bekerja.
“Tak
bang. Saya takde masalah. InsyaALLAH saya boleh tanggung Afin. Abang tak
perlulah bagi tiap-tiap bulan dekat dia. Nanti makin besar kepala pulak isteri
saya tu. Abang bagi dia duit, saya bagi dia duit. Berjoli pulak dia nanti.”
Fahim berseloroh.
“Betul
jugak tu kan. Bukan boleh percaya sangat si Afin ni…” Tercetus bunga ketawa
dari bibir keduanya.
“Ehem…
Ehem… Amboi gelak sakan nampak. Abang kutuk Afin ya?” Sergah Syafina yang baru
melangkah dari dapur bersama dulang minuman ditangan.
“Afin
tanya abang mana satu ni?” Azzam mengusik.
“Abanglah.
Siapa lagi abang Afin?” Syafina masih tidak menangkap maksud abangnya. Dia
duduk ditepi meja menuang air teh panas ke dalam cawan.
“Afin
cakap dengan abang rupanya? Abang ingat Afin cakap dengan suami Afin. Maknanya
panggilan untuk Fahim ni lagi speciallah
ye? Afin panggil Fahim baby ye?”
Meleret hujung bicara Azzam mahu mengusik.
“Ish apa
abang ni!” Marah Syafina. Terasa merah mukanya. Fahim pula terus-terusan
merenung tunak wajah isterinya itu. Makin dia galak memerhati apabila kedua
pipi isterinya itu sudah bertukar kemerahan.
“Apa
yang specialnya bang?” Sampuk Nadia
yang baru keluar dari dapur.
“Ni ha,
Afin ni. Panggil Fahim baby. Manja
tu…” Sakat Azzam. Nadia tergelak kecil.
“Mana
ada kak. Abang tu suka sangat nak mengusik orang.” Bantah Syafina keras.
Pipinya usah dikata. Sudah merah bagai biji saga.
“Eleh,
dah blushing tu betullah tu kan…”
Usik Azzam lagi. Syafina memandang Fahim dengan pandangan meminta pertolongan.
“Betullah
tu kan sayang. Dah memang sayang panggil baby
ni baby, nak malu apa.” Selamba Fahim
berkata. Hujung bibirnya tersungging segaris senyuman.
Melopong
Syafina mendengarnya. Makin galak Azzam dan Nadia mentertawakannya. Malah Faril
yang duduk dikarpet dengan mainannya turut ketawa sambil bertepuk tangan. Makin
gamat ruang tamu dengan ketawa mereka berempat menggelakkan Syafina. Syafina
dengan wajah geram berlalu ke dapur. Malu gila!
Rasa
mahu disorok saja wajahnya. Di luar mash terdengar ketawa mengusik mereka.
Syafina mengipas wajahnya dengan jarinya. Eee geram betul dengan abang Azzam
ni. Yang Fahim ni pun nak kena. Selamba dia je berbaby-baby. Tahun bila entah aku panggil dia baby. Eee geli tau! Gerutu Syafina kegeraman.
“Tak
elok kutuk suami belakang-belakang tau.”
“Ish,
terperanjat orang je!” Marah Syafina. Diurut dadanya yang terperanjat dengan
sergahan lembut Fahim yang kedengaran rapat ditelinganya tadi. Bila masa Fahim
masuk ke dapur pun dia tidak sedar.
Fahim
menyandar di cabinet dapur, bersebelahan dengan isterinya itu. Direnung lembut
wajah Syafina yang masih nampak marah.
“Apa
tengok-tengok?” Tanya Syafina garang. Fahim tergelak. Syafina sudah pandai menunjukkan
diri sebenarnya. Sudah tidak malu-malu seperti diawal perkahwinan mereka dulu.
Satu perkembangan positif dan Fahim senang dengannya.
“Isteri
saya ni…” Fahim berjeda. Kedua tangan memeluk tubuh. Anak matanya merenung
dalam bebola mata Syafina.
“Cantik
bila marah…” Perlahan Fahim menyambung.
“Pergilah
sana, orang nak buat kerja ni.” Syafina berpaling berniat menutup rasa gugupnya
itu. Berdua-duaan dengan Fahim sentiasa membuatkan hatinya berdebar-debar.
Entah sampai bila dia mampu bertahan. Mujur sahaja mereka tidak tinggal berdua.
“Sembanglah
dengan saya dulu. Abang Azzam yang suruh saya ke sini.” Fahim menarik lengan
Syafina. Tubuh isterinya dirapatkan pada dadanya.
“Ish nak
sembang apa-apa. Kejap-kejap lagi pun boleh sembang.” Syafina melarikan matanya.
“Kejap
lagi tu bila sayang?” Mendayu suara Fahim. Sengaja dia mahu menggoda. Juntaian
rambut yang terlepas diselitkan dibelakang telingan isterinya itu.
“Kejap
lagi. dekat bilik punboleh bersembang. Saya nak kemas dapur ni kejap.” Balas
Syafina tegas.
“Dekat
bilik? Dekat bilik bukan kita nak tidur ke? Ke sayang ada plan tak nak bagi baby
tidur ni…” Fahim mula menyakat. Sengaja dibahasakan dirinya baby.
“Ish tak
senonohlah awak ni!” Kuat Syafina menampar dada suaminya.
“Aduh,
sakitlah sayang ni…” Adu Fahim dengan gaya manja.
“Betullah
dekat bilik nak tidur. Sayang tuyang fikir bukan-bukan. Saya tak cakap apa
pun.” Fahim membela diri.
“Eeee,
mengada tau awak ni. Dah pergi keluar. Duduk dekat depan, pergi minum air yang
saya buat tu.” Syafina mula menolak tubuh Fahim supaya keluar dari dapur.
“Air tu
panas lagilah sayang. Melecur lidah baby nanti…”
Meremang bulu roma Syafina mendengar rengekan mengada suaminya itu. Rasa hendak
saja dihempuk Fahim dengan talam ni. Syafina mengacah untuk membaling talam.
“Garang
betul sayang ni!” Omel Fahim sebelum dia melangkah laju meninggalkan dapur.
Syafina tersneyum kecil.tahu pun takut. Desis hatinya perlahan.
Syafina
mula membasuh jug membancuh air teh
tadi. Tak banyak pun yang tinggal. Semua sudah dilakukannya tadi bersama Nadia.
Sengaja dia melarikan diri. Kalau duduk dekat depan tu, conferm kena usik dengan abang Azzam.
Malam
itu tepat pukul 10.30 malam, Azzam dan Nadia sudah berlalu ke bilik mereka
bersama Faril yang sudah terlena dipangkuan mamanya. Tinggal Syafina berdua
sahaja dengan suaminya di ruang tamu.
“Jom
tidur sayang. Abang penantlah.” Fahim memaut bahu Syafina yang duduk disebelahnya
itu.
“Awak
pergilah tidur. Saya nak tengok TV.” Dalih Syafina. Tangan Fahim dibahu ditolak
jatuh. Rasa lain macam pulak.
“Tadi
kan sayang ajak saya bersembang dekat bilik. Jomlah kita masuk bilik…” Fahim
berbisik perlahan. Sengaja dilunakkan suaranya.
“Nak
sembang apa tengah malam ni. Pergilah naik tidur.” Tolak Syafina. Makin
bertambah debaran hatinya kala itu.
“Jomlah
kita naik sekali.” Sekali lagi Fahim meraih bahu isterinya.
“Fahim.”
Syafina terloncat dari duduknya. Dia sudah terpacak berdiri dihadapan suaminya.
Fahim agak terpinga-pienga sebentar.
“Tak
sabar nampaknya sayang ni…” Fahim senyum mengusik.
“Jangan
nak mengada. Dah jom cepat naik. Geli-gelemanlah saya awak ni.” Sungut Syafina
dengan bibir memuncung tajam.
“Hehehe..Alright sayang. Baby can’t wait also…” Fahim ketawa kecil. Remote TV ditekan laju
dan dia bangkit berdiri disebelah isterinya.
“Jom.” Bahu
Syafina ditarik rapat ke sisinya dan mereka seiringan berjalan untuk naik ke
bilik. Syafina cemberutkan muka. Memang mengada betul laki aku ni. Tak sangka
pulak perangai dia macam ni.
“Good night sayang. Assalamualaikum.”
Fahim berbarng menghadap tubuh isterinya disebelah.
“Waalaikumussalam.”
Balas Syafina. Comforter ditarik
rapat hingga ke dada. Bimbang saja Fahim akan bertindak bukan-bukan nanti.
Namun dia percayakan suaminya itu. Sebelum ini pun, di Ipoh tiada apa-apa pun
yang berlaku padanya saat mereka tidur sebilik dan sekatil macam ni.
‘Tawakal
jelah Fin.’ Bisik Syafina dengan mata terpejam rapat.
Malam
itu mereka berdua tidur di atas katil dengan bantal golek menjadi sempadan
ditengah-tengah.
*Kepada yang merindukan Fahim dan Afin, here bab 16. sorry la ambil masa yang amat lama untuk sambungannya. enjoy and thank you kerana sudi membaca..Assalamualaikum dan selamat pagi...*
~L.O.V.E & F.A.I.T.H~
ad_dEen