*Salam...apa khabar semua? Maaf dah lama tak post entry baru.. melalui cuti yg panjang dan hari-hari yang tersangat sibuk kebelakangan ni. Maaf semua.. buat melepas rindu, layan ALDB 7 ni ye..thanks sudi menjengah.. have a nice day everyone... =)
~L.O.V.E & F.A.I.T.H~
ad_dEen
BAB 7
“Abang,
bawak motor tu nanti elok-elok.” Mama berpesan pada anak sulungnya yang sedang
mengunyah bihun goreng buatannya sebagai sarapan mereka sekeluarga pagi itu.
Hanya Fidyatul yang tiada dimeja makan. Mungkin tengah membungkang tidur
agaknya. Maklumlah, waktu persekolahannya bermula pukul 12.30 tengah hari
nanti. Dia punyai banyak masa untuk berlengah-lengah lagi.
“Iye ma…”
Balas Falihin dengan mulut yang masih penuh.
“Adik
nanti jangan nak cakap lancang-lancang pulak. Kawal diri, kawal hati tu.” Mama
menurunkan pesanan buat anak keduanya pula.
“Ye ma,
kali ni adik kawal diri.” Ucap Dina pula yang baru mencicip Horlicks kesukaannya.
“Baca
doa banyak-banyak. Istighfar banyak-banyak.” Sambung mama lagi. Masih resah
hati ibunya itu mengenangkan berita dukacita yang sering diterima oleh anak
keduanya itu. Dia benar-benar berharap yang rezeki Faradina ada di syarikat
sahabat anak sulungnya itu.
“Ma,
bah. Kitorang gerak dulu. Dah lambat ni.” Suara Falihin menyedarkan kembali
fikiran mama yang jauh melayang.
“Elok-elok
bang, dik. Apa-apa call mama.” Pesan
mama menyambut huluran salam dari kedua anaknya itu.
“Pergi
dulu. Doakan adik ye mama, babah.” Dina memohon restu babahnya pula.
“Ingat
pesan mama tu.” Babah menjeling sekilas wajah isterinya. Dia tahu rawan hati
isterinya itu.
“Baik
bah. Adik dengan abang pergi dulu. Assalamualaikum.” Dina mendapatkan Falihin
yang sudah mendahuluinya dimuka pintu. Tubuh mama ikut mengekor dari belakang.
Babah hanya menghantar pemergian kedua anaknya dengan pandangan. Matanya
kembali tertancap pada helaian surat khabar ditangan.
“Bye mama, assalamualaikum!” Jerit Dina
melawan bunyi deruman Aprilla milik abangnya itu. Pinggang abangnya dipeluk
erat. Rasa tidak begitu selesa apabila dia perlu tertonggek membonceng
dibelakang abangnya. Sempat hatinya mengutuk motor kesayangan abangnya itu.
“Elok-elok
abang, adik!” Mama menjerit. Lambaian tangan Dina dibalas. Dititipkan doa
diangin lalu buat bekalan anaknya itu.
Falihin
terus memecut laju motor berkuasa tingginya itu membelah kesesakan lalu lintas.
Jalan masih agak lengang memandangkan jam masih menunjukkan pukul 7.00 pagi.
Jalan di Pusat Bandaraya nanti pasti saja sesak. Mujurlah naik motor sahaja.
Boleh saja menyelit-nyelit.
Falihin
memberhentikan motosikalnya dipetak parkir. Helmet dikepala dtanggalkan sebelum
dia turut membantu menanggalkan helmet dikepala adiknya. Dina sedikit pelik
dengan ke’daringan’ abangnya itu.
‘Apa
mimpi pulak nak bukakan helmet aku ni? Tadi dekat rumah takde pulak nak tolong
pakaikan!’ Omel hatinya.
“Abang
ni kenapa?” Soal Dina tanpa dapat berselindung lagi. Geram juga, bila
terperasankan beberapa pasang mata yang menoleh ke arah mereka. Mungkin ada
diantara mereka lelaki yang masih bujang. Jatuhlah saham dia, tak boleh nak
mengorat nanti.
“Diamlah
dik. Orang nak tolong pun tak nak bagi ke?” Bebel Falihin. Wajah cuba dicontrol macho.
“Hish
buang tebiat!” Dengus Dina. Beg tangan dikepit erat sebelum dia menonong ke
depan.
“Eh
adik, tunggu la dulu.” Terjerit Falihin memanggil adinya. Ish orang ada benda
nak cakap ni, suka hati dia je jalan dulu.
“Apa?”
Muncung bibir Dina. Kaki terpaksa dibawa kembali menghadap wajah abangnya.
“Abang
nak mintak tolong ni…” Falihin melembutkan nada suara.
“Ni
tiba-tiba bahasakan diri ‘abang’ ni apa kes?” Kening Dina bercantum. Terasa
seram sejuk pula mendengar lenggok bahasa abangnya itu. Selalunya abangnya itu
hanya membahasakan dirinya abang bila didepan orang tua mereka atau
adik-beradik yang lain. Kalau berdua sahaja selalu ber-aku-kau je. Ni sudah
pelik ni.
“Kejap
lagi kau jangan panggil kau-kau dekat abang tau. Kau bahasakan diri kau Nana,
jangan adik.” Falihin menjalankan agenda.
“Kenapa?!”
Serius Dina terkejut dengan permintaan abangnya itu. Apa ke halnya pulak abang
dia ni minta benda luar alam ni??
“Please, abang nak act dekat kawan abang tu kejap…” Rayu Falihin.
“Act apa??”
“Senang
cerita la. Abang nak adik berlakon jadi awek abang kejap.” Falihin
berterus-terang.
“Apa ke
halnya pulak? Kau ni gila ke bang?” Makin bertambah kerutan didahi Dina.
“Ala, please
la dik. Abang nak action sikit dengan kawan abang tu… yang abang ada
awek cantik…” Perlahan sahaja hujung ayat dari bibir Falihin.
“Apa dia
bang? Adik tak dengar?” Dina bertanya semula. Dalam hati dah segar-bugar
kembangnya. Mahu taknya, ingat senang ke nak dengar pujian dari mulut abangnya
tu? Dia cakap aku cantik kot!
Falihin
mengetap bibir. Dia sudah perasan senyuman yang tersungging dihujung bibir
adiknya itu. Haish, mujurlah aku tengah nak acting
depan aku punya kawan. Kalau tak jangan harap aku nak mengaku kau tu cantik
dik!
“Apa
abang cakap tadi bang? Tak berapa nak clear
la.” Ulang Dina. Telinga sengaja didekatkan pada abangnya.
“Ye la,
adik abang seorang ni cantik! Puas hati?” Dengus Falihin. Jelingan dihadiahkan
buat tatapan Dina yang sudah riak mendengar pujian dari mulutnya itu.
“Kalau
adik tolong, apa adik dapat?” Dina mendapat idea bernas. Bila lagi nak paw abang seorang dia ni kaw-kaw.
‘Cis, ni
yang aku malas mintak tolong dengan budak ni. Ada je agenda tersembunyi dia.
Hish, Fid. Kenapa la kau tak lahir sebelum kakak sengal kau ni dik oi!’ Omel
hati Falihin. Kalau minta tolong Fidyatul ni, confermlah adik bongsu dia tu tak minta apa-apa.
“Abang
bawak kau jalan-jalan naik motor besar abang ni.” Falihin tayang sengih sambil
menepuk seat motosikalnya itu.
Dina
mencebir. Ingat aku aku hadap sangat nak naik motor dia tu. Dahlah
tertonggek-tonggek je bontot naik motor dia tu. Buat jatuh saham je. Nanti tak
jadi orang nak mengorat aku.
“Please la dik…” Rayu Falihin lagi.
Terpaksalah. Sedari tadi Dina tidak memberi kata putus.
“Okey,
adik boleh tolong. Tapi adik tak nak naik motor!” Tegas Dina.
“Okey,
adik mintak la apa saja pun. Akan abang tunaikan…” Falihin terpaksa mengalah
walaupun dalam hati meronta-ronta nak memarahi adiknya itu. Namun kerana sebuah
janji yang sudah dibuatnya, terpaksalah dia buat semua ni.
“Adik
nak handphone…” Falihin menarik nafas
lega. Senang saja tu nak tunaikan.
“Galaxy
Note!” Jatuh rahang Falihin mendengar permintaan adiknya itu. Ini melampau ni,
melampau!
“Abang
nak adik tolong ke tak ni?” Dina menjungkit-jungkitkan kening bila
terpandangkan wajah menyinga abangnya itu. Pasti saja nak membantah
permintaannya tadi.
“Ye la,
adik kena tolong.” Falihin kendurkan kembali wajah. Arghhh, terseksa batin aku deal dengan budak sengal ni.
“Good, kalau macam tu boleh kita start acting?” Dina tersenyum ceria.
Lantas lengan kanan abangnya itu dipaut mesra.
Falihin
mengangguk. Keduanya memulakan langkah masuk ke dalam bangunan blok A Menara
Park di Megan Avenue II itu.
++++++++++++++++++++++++++++++
Dihadapan
pintu DNS Holding ditingkat 10, Falihin menyuruh Dina tunduk menyalami
tangannya. Dari jauh dia sudah dapat mengecam tubuh sahabatnya, Amirul Fatah
Abdullah atau nama asalnya Janson Chong yang sedang menghampiri mereka.
Amirul
Fatah sedikit terkejut melihat tubuh sahabatnya bersama seorang gadis. Wajah
gadis itu masih tidak jelas kelihatan kerana gadis itu membelakangi tubuhnya.
Dari jauh dia sudah tersengih kecil. Jadi benarlah yang Falihin memang sudah
mempunyai kekasih hati. Dia tergeleng kecil mengingatkan perbualan mereka
minggu sudah. Namun ada kemusykilan yang timbul melihat perlakuan mereka berdua
tadi.
Ah,
mungkin saja dia tersalah pandang.
“Hai,
Amza. Assalamualaikum.” Amirul Fatah menghulur tangan untuk berjabat dengan
sahabatnya itu. Sengihan penuh makna dilemparkan pada sahabatnya itu.
“Waalaikumussalam
Mir. Kenalkan Nana, my special.”
Falihin menjongket kening penuh bangga.
“Sayang,
meet my friend. Amirul Fatah
Abdullah.” Falihin mengenyit mata ke arah adiknya. Rasa nak muntah hijau sahaja
Dina mendengar perkataan sayang buat dirinya itu. Memang luar alam!
Dina
sedikit terpinga-pinga memandang wajah lelaki yang diperkenalkan oleh abangnya
itu. Tak silap nama dia tadi Amirul Fatah Abdullah. Tapi ni kenapa Chinese look ni? Tadi bukan siap bagi
salam ke tadi? Wajah Falihin dipandang dengan penuh tanda-tanya.
“Oh,
Amir ni saudara baru. Dah tiga tahun dia peluk Islam.” Barulah Dina terangguk
faham mendengar penjelasan abangnya itu.
“So, this is the girl yang you recommend
kerja dengan I?” Soal Amirul Fatah
terus.
“Yup. She's
the one." Falihin tersenyum bangga.
"Mir,
you take care of her. I trust you!”
Sengaja Falihin menekan ayat akhirnya. Biar si Amirul Fatah ni tak cuba-cuba
nak menggatal pula dengan adiknya. Tak nak dia adiknya itu menjadi isteri
nombor dua.
“Don’t worry Amza.” Amirul Fatah ketawa perlahan. Lucu melihat wajah Falihin.
Sayang sangat dekat awek dia. Aku dah ada binilah!
“Okay, I leave her to you. So, aku gerak dulu la Mir, nanti lewat
pulak masuk office.” Falihin meminta
diri. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi.
‘Ceh aku
ingat abang ni tadi dengan kawan dia perangai dua alam. Naik meremang bulu roma
dengar diorang duk ber’I’ ‘you’.
Rupa-rupanya ‘aku’ ‘kau’ jugak. Haish la. Tapi serius handsome kawan
abang ni. Nak mengorat boleh?’ Bibir Dina berbuah senyuman kecil dengan
angan-angannya.
“Na,
abang pergi dulu. You take care okay.
Apa-apa hal call abang.” Pesan
Falihin penuh roamantik. Sekali lagi Dina rasa nak termuntah. Kali ni warna
oren!
“Okey
bang. Abang pun bawak motor elok-elok. Sayanggggg abang…” Dina melunakkan
suara. Haruslah kalau nak memantapkan lakonan mereka dua beradik.
“Okey,
sayang Na jugak.” Falihin mengenyit sebelah mata. Wajahnya didekatkan pada
wajah adiknya. Dina kelihatan panik seketika dengan tindakan abangnya itu.
Falihin memberi isyarat mata supaya memejamkan mata. Diikutkan juga walaupun
takut sebenarnya.
Tiba-tiba
Dina terasa dahinya hangat. Terjegil terus bebola matanya. Sekali lagi Falihin
menghadiahkan kenyitan.
“Bye Mir.” Falihin melangkah meninggalkan
mereka berdua disitu.
Dina
masih terpinga-pinga. Tidak menjangkakan langsung yang lakonan abangnya akan
masuk sampai cium-mencium pula. Sumpah balik ni kena mandi wajib!
Amirul
Fatah yang agak terkesima melihat pasangan kekasih dihadapannya itu mula
tersedar. “Er, miss. Please come in.” Jemput Amirul Fatah
ramah sambil membukakan pintu buat kekasih hati kawannya itu.
“Thanks!” Dina tertunduk malu sebelum
melangkah masuk. Sunggulah dia malu sebab perbuatan luar alam abangnya tadi
sudah menjadi santapan mata lelaki kacak disebelahnya itu. Melepas!
Amirul
Fatah masih terkejut. Tidak menyangka yang Falihin sampai boleh berciuman
dengan kekasihnya. Bukankah mereka itu bukan muhrim? Atas tiket apa yang
membenarkan mereka bersentuhan begitu? Amirul Fatah masih tidak mempercayainya
sedangkan dia kenal benar dengan sahabatnya yang merupakan orang yang paling
banyak membantunya memeluk agama Islam dulu.
“Er,
Encik Amir.” Panggilan gadis disebelahnya menyedarkan dirinya. Terus dia
tertoleh mencari wajah itu.
“Ladies dekat mana ya?” Soal Dina
perlahan. Rasa segan masih menebal.
“Oh
sana.” Tunjuk Amirul Fatah pada suatu sudut. Dina mengangguk sebelum meminta
pamit. Sementara itu Amirul Fatah meninggalkan pesan pada setiausahanya sebelum
dia berlalu ke biliknya.
+++++++++++++++++++++++++++
“Good morning Mr. Adrian.” Sara menyapa
mesra lelaki kacak yang baru saja melepasi pintu kaca DNS Holding.
“Morning Sara. How are you today?” Balas Adrian. Kakinya dipaku sebentar dihadapan
kaunter.
“Just fine, like usual.” Sengih Sara
malu-malu. Paluan jantung usah dikata. Kalau hari-hari begini, pasti saja yang
dia akan didiagnos menghidap penyakit jantung tahap kronik. Terbaukan haruman
yang dipakai oleh lelaki dihadapannya itu, menambahkan lagi getaran pada organ
pembekal darahnya.
“Really? But you don’t seem like usual today…” Adrian berjeda. Sara segera
mengangkat muka yang tertunduk-tunduk memandang jari-jemarinya tadi. Anak
matanya dan anak mata Adrian bertautan. Berdebar-debar menanti bicara lanjut
dari bibir pemuda cina dihadapannya.
“You look different. Really, you look more
beautiful than usual. Seriously!” Adrian mengangkat tangan kanan separa
telinga. Benar-benar memaksudkan kata-katanya.
“Er, no la Mr. Adrian. There’s nothing
different on me.” Segan Sara membalas. Suaranya sudah tenggelam timbul
sewaktu bercakap.
“I really mean it Sara.” Adrian tersenyum
manis. Benar-benar mencairkan hati Sara.
“Okay, I need to go now.” Adrian mengilas
jam ditangan.
“Have a nice day Sara, see ya!” Adrian meminta diri. Sempat dia hadiahkan kenyitan pada
Sara sebelum berlalu.
Sara
mengurut dada. Senyuman yang tergarit dibibir semakin lebar dan semakin lebar.
Hilang sahaja tubuh Adrian dari pandangan, dia duduk menyandar dikerusinya.
Senyuman masih tidak lekang dari wajah. Tangan kanan dilekap didada. Bahagianya
rasa macam ni. Like heaven!
Dina
berbual seketika dengan seorang gadis yang ingin dikenali dengan panggilan
Zella. Zella merupakan setiausaha kepada Amirul Fatah. Baru dia tahu Amirul
Fatah adalah orang yang sama yang menelefonnya tempoh hari. Tapi kenapa abang
panggil dia Amir? Hurm, biarlah. Apa aku sibuk.
Melalui
Zella, Dina cuba mendapatkan sedikit tip-tip dan nasihat untuk ditemuduga
sebentar lagi. Mujur sahaja Zella itu seorang peramah. Dia tidak lokek untuk
berkongsi pengalaman dengan Dina yang mungkin saja akan menjadi rakan
sekerjanya nanti.
Benak
Dina sudah berangan-rangan. Nama Zella sudah disenaraikannya sebagai rakan
pejabat yang sekepala. Haish, interview
belum lagi berangan dah lebih. Macamlah conferm
dapat kerja! Marah akal Dina pada kata hatinya.
“By the way Dina, good luck okay.” Zella menghulurkan tangan.
“Thank you so much Zella.” Sambut Dina
dengan lapang dada.
“I think we can be a good friend.” Ucap
Zella lagi.
“I think so Zella!” Dina setuju
sangat-sangat dengan pendapat rakan barunya itu.
Perbualan
mereka terganggu dengan deringan telefon diatas meja Zella.
“Yes Mr. Fatah.”
“Aha, she’s with me now.”
“He’s here already.”
“I saw him right now.”
Dina
yang mendengar tertoleh ke arah sorotan mata Zella. Sedari tadi dia mendengar
perbualan dari sebelah Zella. Siapa ‘he’
yang dimaksudkan turut menjadi tanda tanya benaknya.
Dina
melopong melihat lelaki yang sedang berjalan ke arahnya itu. Eh tak, tak.
Lelaki tampan yang sedang berjalan ke arah Zella. Aku bukan orang penting,
kenapa pulak dia nak datang ke arah aku! Sempat lagi hatinya bertelagah sesama
sendiri.
“Gulp!”
Kuat bunyi liur yang ditelannya, sehingga dirinya sendiri dapat mendengarnya.
Renungan
itu, renungan itu begitu tajam dan menikam! Kenapa dia boleh ada dekat sini
pulak?
“Morning Zella.” Sapa Adrian bersama
senyuman. Matanya kembali dikalih ke kanan. Merenung wajah gugup yang sedari
tadi berdiri disitu.
‘What is she doing here?’ Soal hatinya.
‘Nana cool Nana! Dia bukan ada kena mengena
dengan kau, yang kau nak takut kenapa.’ Dina memberi semangat kepada dirinya
sendiri. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus keluar. Wajah didongak
penuh bergaya. Dengan penuh keyakinannya, jelingan dihadiahkan buat pandangan
lelaki cina yang sedari tadi asyik merenungnya tajam.
‘Yeah, that’s right Nana. Macam tu la!’
Dina rasa bersemangat semula. Sokongan padu dari hati sendiri benar-benar memberi
keyakinan yang tinggi pada dirinya.
‘What are you looking for? Am I too pretty?’ Pandangan mata
menghantar isyarat bahasa kepada Adrian.
“Hah, sorry? My Yehyeh more beautiful okay!’
Jelingan mata Adrian membalas. Kedua tangan sudah memaut tubuh.
‘Oh really? Do I look care?’ Sinis Dina menjeling balas.
‘Like I care a ‘thing’ like you?’ Adrian
menjongket sebelah bibir.
‘What?!!’ Mata Dina membulat. Cis, memang
mulut takde insuran amrad sorang ni. Tak habis-habis nak menyakitkan hati aku.
Kau kena nanti. Kau kena nanti!
“Excuse me!” Zella menguatkan suara.
Sedari tadi dia memanggil, namun dua tubuh dihadapannya itu langsung tidak
menyahut. Asyik merenung antara satu sama lain dengan ekspresi muka yang
tegang. Begitu khusyuk seolah berbual melalui deria keenam mereka.
“What?!” Serentak Dina dan Adrian
bertanya. Keras nada kedua-duanya.
“Mr. Fatah is waiting for you inside.
Please Mr. Adrian, Miss Dina.” Tekan Zella keras. Namun
rasa hormat masih dipamerkan. Tangan kanannya lembut mempersilakan keduanya
untuk masuk ke dalam bilik ketuanya.
“Tak
pasal-pasal nak marah aku. Apa masalah entah.” Bebel Zella dalam nada perlahan
sejurus tubuh Adrian dan Dina hilang dari pandangan.
“Please have a seat Miss Dina… Ad…”
Amirul Fatah menjemput kedua tetamunya itu duduk dikerusi dihadapannya.
“Thanks Sir.” Ucap Dina sebelum
melabuhkan duduk. Adrian juga melakukan perkara yang sama.
“So, are you guys ready?” Soalan dari
bibir Amirul Fatah membuatkan Dina dan Adrian berpandangan. Jelas kelihatan
garis kedut didahi keduanya.
“Adrian,
meet our first candidates. Miss Faradina Amza.” Amirul Fatah
memperkenalkan Dina kepada Adrian.
“Are you serious Janson?!” Adrian sedikit
terjerit. Dilontarkan soalan penuh kesinisan. Malah dengan sengaja anak mata
membuat imbasan ke atas Dina dari atas hingga ke bawah.
“What’s wrong Ad?” Tanya Amirul Fatah
pelik.
‘Yeah, what’s wrong?’ Hati Dina juga menyoal.
Apahal pulak nak menyibuk. Suka hati aku la!
“Er, nothing…” Adrian kendurkan kembali
wajah. Jelingan tajam dilemparkan pada Dina yang tayang muka tidak puas hati.
“And Miss Fara…” Amirul Fatah menyambun
kembali perbualan yang terganggu tadi.
“Call me Dina.” Cepat Dina memintas.
Amirul Fatah tersenyum dan mengangguk.
“Miss Dina, this is Mr. Adrian Wong...”
“Yeah I know…” Balas Dina dengan nada kebosanan.
Sengaja beriak begitu. Rasakan, tadi menyombing dengan aku.
“Sorry?” Ulang Amirul Fatah.
“Adrian
Wong isn’t it? I know him already…” Dina masih berwajah selamba. Dijeling sekilas
wajah Adrian yang sedari tadi merenung dirinya.
“Oh really? How do you guys know each other hah? Ad?” Amirul Fatah berkalih-kalih
memandang wajah sepupunya dan Dina. Sungguh dia sangat teruja mendengarkan
perkara itu. Tidak menyangka Adrian ada berkenalan dengan gadis Melayu. Kalau
jodoh si Ad ni dengan orang Melayu mesti best.
Aku ada la geng. Senyuman jelas terukir diwajahnya bila angannya terlayar
diruang mata.
“Oh, it was a long story. Just forget about it. So, can we just start the interview?”
Dina menukar topik perbualan mereka.
“Oh, okay. Sorry. Hurm wait for second okay.” Amirul Fatah melekapkan gagang telefon
ditelinga.
“Zella, the meeting room setup already?” Soa
Amirul Fatah ditalian.
“Okay, thanks Zella. Please come in.” Ucap Amirul Fatah. Gagang telefon diletak
kembali.
“Tok!
Tok!” Kepala Amirul Fatah, Adrian dan Dina serentak tertoleh ke muka pintu.
“Mr. Fatah…” Zella menjenguk dimuka
pintu.
“Show them the room Zella.” Arah Amirul
Fatah kepada setiausahanya.
“Miss Dina, Mr. Adrian. Please come this
way.” Zella terus memainkan peranan. Dina membontoti langkah Zella keluar
dari bilik milik COO DNS Holding itu. Adrian masih menunggu Amirul Fatah yang
sedang mengemas mejanya. Ada perkara yang harus mereka bincangkan berdua.
Dina
kebosanan. Dari tadi skrip yang dihafalnya sejak tiga hari yang lalu langsung
tidak melekat dikepala. Rasa bebal sahaja otaknya sekarang ini. Semua yang
dirancangnya sebelum hari interview
ini berantakan sama sekali. Semuanya gara-gara kemunculan Adrian. Arghhh, apa
kena mengena mamat amrad tu dengan DNS Holding ni?
Sepuluh
minit sudah berlalu. Tadi baru sekejap Zella hantarkan minuman buat dia. Mana Mr. Fatah ni? Apa yang lama sangat ni?
Hish… Entah-entah amrad tu dah cerita buruk pasal aku tak? Entah-entah Mr. Fatah tak jadi nak interview aku tak??
Mama help!! Dina sudah menggelabah beruk dengan
andaian-andaian benaknya itu. Peluh mula merenik didahi. Bilik mesyuarat yang
tadi rasa dingin kini sudah panas bagai di padang pasir. Anak matanya tidak
lepas memandang daun pintu. Berharap yang pintu itu bakal terkuak dengan
kemunculan wajah tersenyum Mr. Fatah.
Dap,
dup, dap! Jantung berdetak kencang.
“Tok!
Tok! Tok!” Bunyi ketukan dipintu hampir memuatkan Dina melatah. Mujur sempat
ditenangkan hati yang menggelabah. Amirul Fatah masuk bersama senyuman manis
yang terukir dibibir. Dina bangun berdiri menyambut bakal ketuanya itu dengan
hormat. Senyuman turut dilemparkan kepada lelaki segak itu. Hati kembali
beralun tenang melihat senyuman itu. Andaian-andaian buruk tadi dipangkah satu
persatu.
Langkah
kaki seseorang dibelakang Amirul Fatah mematikan senyuman yang berukir indah
dibibir Dina. Adrian melemparkan pandangan sinis kepadanya. Tiba-tiba Dina
terasa down kembali.
“Okay, please have a seat both of you. We are
going to start.” Amirul Fatah bersuara setelah melihat drama bisu dan
tegang antara Dina dan sepupunya. Sepertinya ada sesuatu diantara mereka.
“Hmmm…
Adrian menggumam pendek sebelum menarik kerusi. Dina kembali duduk dikerusinya
tadi setentang dengan Adrian.
“Okay,
are you ready Miss Dina?” Mata kembali terarah pada wajah Amirul Fatah dikepala
meja. Kepala diangguk kecil bersama semangat yang diseru buat diri sendiri.
Bibir mengukir senyum.
Setengah
jam berlalu, perbualan mereka terhenti. Dina diarahkan duduk dihujung meja
panjang itu setentang dengan Amirul Fatah. Adrian dan Amirul Fatah berbincang
dengan nada yang amat perlahan. Sangat sukar untuk Dina mengesan butir bicara
mereka. Sekali-sekala dia mencuri pandang ke arah mereka namun dia dihadiahkan
pandangan tajam dari anak mata Adrian. Dan ketika Amirul Fatah berpandangan
dengannya, senyuman terbias dibibir membalas senyuman kecil lelaki itu.
‘Huh,
kerek sangat kau ni Adrian Wong. Menyampah pula aku tengok. Sibuk mengalahkan
COO tu, macamlah company ni kau yang
punya!’ Kutuk Dina dalam hati. Tangan masih ralit menyelak majalah bahasa Inggeris
yang dicapainya dari atas meja. Langsung dia tidak berminat membaca, sekadar
diselak sambil lalu.
“Eherm,
eherm…” Dina mengangkat kepala tatkala terdengar suara deheman itu.
“Please come closer Miss Dina…” Amirul
Fatah lembut memanggil.
‘Haish,
sejuknya hati kalau dia jadi laki aku ni…’ Detik hati Dina sendiri. Dia bangun
mendapatkan kerusi yang didudukinya tadi semasa ditemuduga.
Temuduga
yang berlangsung selama setengah jam itu akhirnya mencapai satu kata sepakat.
Minta-mintalah sebelahkan aku. Doa Dina.
“Okay, Miss Dina. We’ve discussed already, and…”
Amirul Fatah berjeda. Dia tersenyum-senyum memandang Adrian dan Dina silih
berganti. Dina jadi tidak sabar pula untuk mendengar. Manakala Adrian tayang
muka tidak berperasaan.
“Congratulation. Welcome to DNS
Holding.” Ucap Amirul Fatah bersama
senyuman yang melebar.
Dina terkesima
sebentar. Kejap, aku tak salah dengar tadi kan?
“Pardon?” Kata Dina.
“Awak
diterima bekerja disini Cik Dina. Tahniah!” Ucap Amirul Fatah sekali lagi dalam
bahasa Melayu.
“Really?” Masih sukar Dina menerimanya.
“Are you deaf?” Soalan dingin yang
menyapa telinga membuatkan kepala Dina berkalih memandang pada wajah yang
melontarkan soalan tidak berperikemanusiaan tadi. Matanya mencerlung tajam pada
wajah selamba Adrian.
“Ad!”
Amirul Fatah bersuara memberi amaran kepada sepupunya. Dina mengeluh perlahan.
Mujrulah ada abang handsome ni tau. Kalau tak kau memang dah selamat kena
kunyah dengan aku.
“Eherm…”
Dina berdeham kecil. Sempat dihadiahkan jelingan tajam pada wajah tegang Adrian
dikerusi.
“So, when can I start Mr. Fatah?” Soal
Dina penuh teruja. Tidak lupa bibirnya mengukir senyuman. Otomatik saja bila
berpandangan dengan Amirul Fatah. Kalau dengan mamat amrad tu, tak lalu nak
pandang pun.
“As soon as possible. Maybe tomorrow if you
are ready…” Amirul Fatah berpandangan dengan Adrian. Berharap sepupunya itu
bersetuju.
“No, she have to come tomorrow!” Adrian
memintas tegas. Eh, selamba badak je Janson ni nak bagi muka dekat budak ni.
Mana boleh!
Jelingan
tajam dihadiahkan pada Dina. Gadis itu juga tidak mengalah, turut membalas
jelinganyan.
‘Eh
sibuklah kau.’ Bentak hati Dina dengan celahan Adrian tadi.
“So, Miss
Dina. Let me introduce you, Mr. Adrian Ferdinanz Wong…” Amirul Fatah
bersuara menghalau ketegangan suasan yang menyapa.
‘Eh
kenapa nak kena kenalkan mamat ni dekat aku. Aku dah kenal dia la…’ Dina tayang
wajah kebosanan.
“Start tomorrow, you wil work under him.
He is your boss now.” Amirul Fatah menyambung.
Dina
mengangguk kecil.
‘Eh wait!’ Dina kembali tersedar. Wajah
cuak + menggelabah ditayang pada Amirul Fatah. Adrian yang melihat menarik
senyuman sinis. Kelakar melihat tingkah Dina yang terkejut melampau tu.
‘Serve you right. Bukan nak pay attention masa orang bercakap.
Sekarang baru nak menggelabah beruk.’ Kutuk Adrian dalam hati.
“I’m sorry Mr. Fatah. Can you please repeat?” Pinta Dina
dengan hati berdebar-debar. Harap-haraplah dia tersalah dengar.
“Mr. Adrian Ferdinanz Wong. He is your boss. You’re now his secretary.” Dengan wajah terpinga-pinga Amirul Fatah
mengulangnya. Pelik dengan reaksi dua manusia bersamanya itu. Yang seorang cuak
nak mampus, yang seorang senyum mengalahkan menang loteri. Rasa musykil mula
timbul dihati berkenaan hubungan mereka berdua.
“Er, is everthing alright?” Tanya Amirul
Fatah melihat kelakuan Adrian dan Dina yang berpandangan sesame sendiri.
Mak!
Kerja dengan amrad ni? Mama, help!!
“Who is he?” Soal Dina masih tidak puas
hati. Kenapa pulak aku nak kena kerja dengan dia. Office dia dekat Bukit Jalil
sana.
“He is our CEO in DNS Holding.” Maklum Amirul Fatah tanpa mengetahui apa-apa.
“What?!” Dina tidak dapat meneymbunyikan
perasaan terkejutnya.
“What’s wrong with that Miss Dina?”
Amirul Fatah bertanya pelik. Keningnya bertaut rapat.
“Er…”
Dina menjeling sekilas wajah Adrian yang duduk berhadapannya itu. Dapat dikesan
riak bangga dan bongkak diwajah itu. Dina menelan liur. Pergh, kelat!
“Do you have problem with that?” Adrian
bersuara. Tenang sahaja nada suaranya.
“Er, no. There is no problem at all.” Cepat
Dina menggeleng. Senyuman terbit dibibir bagi meyakinkan dua lelaki yang sedang
memandangnya itu.
“So, you
can come tomorrow morning Miss Dina. Again…” Amirul Fatah bangun berdiri.
Dina pantas berbuat perkara yang sama.
“Congratulation again and welcome to DNS
Holding.” Ucap Amirul Fatah ramah.
“Janson…”
Panggil Adrian perlahan.
Dina
hanya memerhati kedua lelaki yang sedang berbisik itu.
“Please excuse us for a while."
“Oh, sure.” Dina mengangguk. Tubuhnya
dijarakkan sedikit dari situ. Dia kembali ke kerusi di hujung meja seperti
tadi.
“Are you serious?!” Hampir gugur jantung
Dina mendengar kelantangan suara Amirul Fatah yang tiba-tiba itu. Terlepas
majalah yang dipegangnya ke lantai.
“Er, sorry Miss Dina…” Amirul Fatah
tersengih. Dina hanya menggeleng.
‘Hish
kus semangat aku. Apalah yang diorang duk berbisik-bisik tu. Macam perempuan
pulak kecohnya. Hish, ni yang buat aku berdebar ni. Hurm, macam mana si amrad tu boleh jadi CEO company ni. Kan abang cakap ni company kawan dia. Hish confius…’ Kepala Dina tertanya-tanya
sendiri.
Sepuluh
minit berlalu, Dina kembali dipanggil untuk mendekat.
“So, Miss
Dina. I guess I need to congrates to you
twice…” Amirul Fatah tersenyum-senyum berpandangan dengan Adrian.
“I’m sorry?” Dina kepelikan.
“The guy just now yang hantar you tu abang you kan?” Amirul Fatah tersenyum bertanya.
“Er…”
Alamak, kantoi pulak. Macam mana Mr.
Fatah ni boleh tahu pulak ni. Ala sorry
la bang. Terpaksa mengaku. Dina mengangguk kecil menjawab pertanyaan Amirul
Fatah itu.
“Macam
mana I boleh tak perasan nama both of you sama, Falihin Amza Amri and
Faradina Amza Amri. Serious, I memang tak perasan tadi…”Amirul Fatah
bersuara lagi sambil memegang resume milik Dina.
“How do you know Mr. Fatah?” Soal Dina
ingin tahu.
“Thanks to your fiance. He told me just now.”
Amirul Fatah menjeling Adrian dengan senyuman mekar.
“So, Miss
Dina. Double congratulations to you. No
wonder la korang berdua ni nampak weird
je.” Amirul Fatah ketawa perlahan sambil menjabat tangan Adrian.
Dina
diam tak berkata apa. Masih terpinga-pinga dengan situasi yang sedang
berlangsung.
“See, I
told you. She still want to pretend...” Terdengar jelas dipendengaran Dina
bisikan Adrian pada Amirul Fatah itu. Kedua-duanya tergelak kecil.
“Er, did I misheard Mr. Fatah?” Tanya Dina
yang masih blur.
“It’s okay Miss Dina. We keep it between us. I promise to keep it
as secret until both of you want to reveal it.” Amirul Fatah menggoyangkan
tangan tanda jangan risau.
“Well, we will become a family after this Miss Dina.Welcome to Wong’s families…”
Amirul Fatah mendepang tangan memberi ucap selamat datangnya. Makin membuatkan
Dina terpinga-pinga macam orang bodoh.
“Er, me and Adrian are cousin. So, we’re family…”
Terang Amirul Fatah melihat wajah berkerut Dina.
“Miss Dina, don’t tell your brother first. Let
me talk to him. Pandai dia menipu I.
tak sangka betul. Patutlah boleh bercium sakan tadi.” Amirul Fatah masih teruja
dengan berita yang baru dikhabarkan padanya tadi oleh Adrian. Wajah penuh tanda
tanya Dina langsung tidak dihiraukannya.
“Mr. Fatah…” Panggil Dina.
“What do you mean?” Tanya Dina dengan
wajah yang bagai hendak menangis. Dia cukup tidak suka berada dalam situasi blur begitu. Sungguh dia tidak faham
akan kelakuan dua lelaki dihadapannya itu.
“It’s okay honey. Janson, please excuse us.” Adrian menyampuk
perlahan.
“Oh, okay. See you tomorrow Miss Dina. Ad, don’t over okay.” Pesan Amirul Fatah
sebelum berlalu. Adrian hanya tergelak kecil.
Adrian
kembali berpaling menghadap wajah Dina. Riak gadis itu yang seperti ingin
menangis menggeletek hatinya. Nampak begitu innocent.
Geram pulak bila lihat lama-lama. Detik hati Adrian.
“What do you both talking about just now?”
Soal Dina ingin tahu.
“Honey, don’t you get it? Janson was
congratulated us just now.” Balas Adrian bersahaja.
“For what?”
“For our engagement honey…” Meleret
bicara Adrian. Tidak terlupa senyuman dihujung bibirnya.
“What?” Terjerit Dina dibuatnya.
“Don’t you remember honey? This ring?” Adrian cuba menyentuh jari
manis Dina yang tersarung cincin disitu. Cepat-cepat Dina melarikan tangan.
“Bila
masa I bertunang dengan you? What
did you told Mr. Fatah hah?” Dina mula keberangan setelah dapat mencerna
maksud Adrian.
“Syhhh, low down your voice honey. You want all
staffs heard us?” Adrian mengingatkan.
“Don’t you ever call me honey okay!”
Bentak Dina geram.
“Why
not? We’re getting married isn’t it?” Adrian masih berlagak selamba. Rasa nak
hamburkan tawa saja melihat wajah kaget dan cuak gadis dihadapannya itu.
“Nonsense! Apa yang you dah bagitahu Mr.
Fatah hah? You ni tak malu ke?” Jerit
Dina marah.
“What do you think…” Adrian senyum
sumbing. Tangan dipautkan ke tubuh. Muka sinis habis membalas pandangan Dina.
Baru rasa puas dapat kenakan gadis yang bakal menjadi P.A nya esok.
“Secretary is just like a wife isn’t it?”
Giat Adrian lagi.
“Are you crazy? What the hell are you talking about hah?!” Lantang suara Dina
menghamburkan kata. Memang gila amrad seorang ni!
“I’m not crazy. I’m telling you the truth.
We’re engaged. Now you become my secretary. Wah, what a simple life. No need to sign a marriage certificate…” Adrian
senyum sumbing lagi.
“You!” Dina mencerlung tajam pada wajah
Adrian. Kecil besar-kecil besar je dia lihat ‘apek’ depannya itu.
“Now,
let’s celebrate our sweet relationship.” Adrian merungkai tangan. Punggung
yang dilabuh diatas meja tadi diangkat ingin merapati Dina.
“Hey!”
Cepat Dina mengelak ketika lengan milik Adrian itu hampir jatuh diatas bahunya.
“What?” Soal Adrian tanpa sedikit rasa
bersalah.
“You let other guy kissed you, and why I cannot touch you?” Adrian
menjegilkan anak mata. Rasa tercabar ego lelakinya.
“He is my brother okay!” Dina membela diri.
“Hey, it’s nothing to do with you!” Jerkah
Dina bila tersedar akan keterlanjuan katanya tadi. Kenapa pula dia hendak
membela diri pula dihadapan lelaki tak tahu malu ni.
“You, what
you said just now. We’re engaged?
Are you crazy?!” Marah Dina lagi.
tubuh dijauhkan dari Adrian yang seperti ingin mendekat.
“It’s true right? You confessed it before…” Adrian tenang memberi jawapan. Tubuhnya sekali
lagi cuba didekatkan pada Dina yang melarikan diri.
“Stay away. What are you trying to do?” Larang Dina bila melihat Adrian masih
cuba mendekatinya.
“I want to kiss you…” Adrian gelak jahat.
Dia makin mendekatkan diri dengan kedua tangan didepang seolah ingin memeluk
gadis dihadapannya itu.
“Makkkk!!”
Jerit Dina sambil menutup mata. Sebelah tangannya tanpa sedar naik melayang ke
udara.
“Pang!”
Kedua-duanya sama-sama terdiam. Dina melihat tapak tangannya yang terasa pedih.
Kemudian matanya beralih pada wajah Adrian yang memerah.
“You slapped me?” Tengking Adrian
meninggi. Pipi kanan yang terasa pijar diraba. Berbahang mukanya terasa.
“Serve you right!” Balas Dina sebelum
menendang kelangkang Adrian.
“Arghh!”
Adrian yang tidak bersedia senak menerima tendangan dari kaki setiausahanya
itu. Tertunduk dia menahan sakit.
“Beware Faradina Amza!” Jerit Adrian
marah.Dina terus berlari ke pintu meninggalkan Adrian yang tertunduk menahan
sakit.
Terus dia
berjalan keluar menuju ke pintu utama. Tidak mahu bertembung dengan Amirul
Fatah. Lain pula ceritanya nanti. Tak pasal-pasal nanti dipecat pula. Bibirnya
tersenyum puas setelah berjaya meloloskan diri.
“Padan
muka. Lain kali kurang ajar lagi dengan aku! Kalau tak fikir nak jaga air muka
abang, jangan harap aku nak datang kerja esok!” Bebel Dina dalam lif.
Seketika
hatinya terasa cuak tiba-tiba. Buatnya lelaki tadi ambil tindakan yang lebih
teruk kepadanya macam mana? Buatnya dia rogol kau?
“Eh no, no.
Dia takkan buat macam tu! Sepupu dia kan ada.” Nafi Dina. Kepala tergeleng
perlahan.
‘Ya
ALLAH pelihara maruah ku ya ALLAH.’ Doa Dina perlahan dengan perasan bersalah
yang mula menjalar dalam hati.
Harap-harap
esok, lelaki itu berubah laku. Janganlah dia buat apa-apa pada aku.