BAB 17
Syafina
merenung dada langit yang hitam pekat. Didada langit yang terbentang luas,
terlakar wajah Fahim disitu bersama senyuman manisnya. Syafina mengeluh
perlahan. Bagai terngiang-ngiang lagi luahan Fahim malam tadi semasa mereka
bermalam di rumah abang Azzam.
“Sayang,
I really love you.” Luah Fahim sewaktu
mereka berbual dibalkoni malam itu.
“Don’t you love me sayang?” Soal Fahim.
“Fahim,
hubungan kita ni baru je lagi. Jangan paksa diri awak…” Nafi Syafina walaupun
dia turut merasa perasaan yang sama.
Ya, dia
memang sangat cintakan Fahim. Bukan baru bertapak perasaannya itu terhadap
suaminya itu. Perasaan itu sudah lama. Tapi Fahim, dia tidak tahu perasaan
lelaki itu. Dia tidak mahu lelaki itu mengatakan cinta hanya kerana rasa
tanggungjawabnya yang sudah bergelar suami. Dia tidak mahu lelaki itu
mengahwininya hanya kerana permintaan arwah Nek Wan yang harus dituruti.
“Saya
betul-betul maksudkannya sayang…” Fahim mencapai jemari Syafina dan digenggam
erat.
“Bukan
baru perasaan saya ni pada awak Afin. Dah lama sayang. Lama sangat…” Tunak
Fahim merenung anak mata Syafina.
“Fahim…”
Syafina kehilangan kata. Dia nampak keluhuran cinta Fahim dari bebola matanya.
Lelaki itu tidak menipu.
“I do like you from the very first time my
eyes lies on you…” Fahim membuka rahsia hatinya. Mungkin sudah sampai
masanya untuk dia meluahkan perasaannya pada isterinya itu.
“Saya
cintakan awak Syafina. Really love you…”
Lunak suara Fahim menuturkannya. Matanya semakin redup merenung ke dalam anak
mata isterinya itu.
Wajah
Fahim semakin mendekat. Syafina seolah terpukau. Langsung tidak berkutik. Sepasang
mata miliknya terus terpesona dalam renungan cinta suaminya. Sewaktu bibir
Fahim makin dekat dan ingin menyentuh bibirnya, Syafina lekas tersedar.
“Fahim!”
Kedua tapak tangan melekat pada dada bidang suaminya itu. Tubuh tegap itu
ditolak menjauh. Paluan jantungnya sudah tidak sekata.
“Fahim,
perjalanan kita masih jauh.” Syafina bertutur tegas. Cuba menahan getar dan mengatur
semula nafas yang berterabur.
“Sayang…”
Fahim kecewa. Baru tadi dia nampak cinta Syafina buatnya. Kenapa gadis itu
menolak? Dia cuba meraih semula jemari isterinya itu. Pantas gadis itu
mengelak.
“Fahim, we had another four years to go. Remember?” Syafina menguatkan hati untuk
terus menafikan perasaannya.
“Tak
salah untuk kita berkasih-sayang Afin…” Fahim membalas. Kaki dibawa setapak
untuk mara ke arah Syafina bila gadis itu menapak beberapa tapak ke belakang.
“Lagipun
kita sama-sama dah halal…” Tenang Fahim menambah. Anak mata terus mengawasi
tubuh isterinya itu yang kelihatan makin keresahan dengan jarak yang dia cuba
lenyapkan. Entah kenapa dia mahu terus membawa tubuh isterinya itu ke dalam
pelukan.
“Please Fahim. Kita dah bincang pasal ni
dan kita dah ada peretujuan pun. Please…”
Rayu Syafina bila Fahim masih berdegil. Tubuhnya semakin merapat ke dinding
mengelak dari Fahim yang semakin menghampiri.
“Fahim please,jangan dekat dengan saya!” Larang
Syafina tegas bila dia sudah tidak punyai ruang untuk menghindari. Fahim
mengeluh berat. Kakinya kembali menapak beberapa tapak ke belakang. Terkesan
melihat wajah pucat Syafina yang seolah takut akan dirinya.
“Awak
tak cintakan saya ke Afin? Don’t you feel
the same?” Tanya Fahim untuk kepastian.
“Fahim please…” Syafina mengelak dari
menjawabnya. Sungguh saya cintakan awak Fahim. Tapi saya tak boleh… Jerit hati
Syafina.
“Boleh
tak kita jangan bincang pasal ni lagi? Please
Fahim…” Rayu Syafina.
“Biarlah
masa yang menentukan…” Tutur Syafina perlahan tatkala Fahim membawa tubuhnya ke
dalam semula bersama wajah yang kecewa.
“Fin,
aku nak tanya sesuatu boleh?” Tersentak Syafina dari lamunan panjangnya.
“Apa
dia?” Balas Syafina. Dia kembali menapak merapati katil. Tubuh Maya yang enak
berbaring ditepuk perlahan menyuruh gadis itu menganjak untuk memberi ruang
pada dirinya.
“Kau
dengan Fahim ni bila nak berbaik? Boleh kau bagitahu aku kenapa kau tak nak
hidup like husband and wife dengan
laki kau tu?” Soal Maya ingin tahu.
Sejujurnya
dia masih tidak percaya dengan alasan yang diberikan Syafina dulu. Masakan
begitu sedangkan Syafina sendiri sudah mengaku padanya yang dia menyayangi
Fahim sejak dulu lagi. Dan ternyata sahabatnya itu tidak bertepuk sebelah
tangan. Terbukti Fahim turut cintakannya. Pasti ada sebab lain.Fikir Maya.
“Eh
macam yang aku cakap hari tu lah. Aku kan muda lagi. Takkan baru twentyfirst dah nak bergelar mummy...” Syafina tergelak dengan luahan
katanya sendiri.
“Don’t try to fool me Syafina.” Maya
mencerlung tajam wajah sahabatnya.
“Erk!”
Kelat air muka Syafina melihat wajah tegang sahabat baiknya itu.
“Betullah
aku cakap… Mana ada sebab lain…” Syafina sudah tergagap.
‘Hah
kan. Aku kenal sangat si Afin ni. Mesti ada sebab lain.’ Desis hati Maya
melihat kegugupan Syafina. Walaupun usia perkenalan mereka baru mencecah tiga
tahun, tetapi dia sudah masak benar dengan perangai gadis itu. Bagaimana saat
dia menipu, bagaimana dia saat dia sedih, gembira dan sebagainya. Mudah saja
Maya mahu membacanya.
“Still tak nak bagitahu aku sebab apa?”
Maya menyinsing lengan baju. Lagak ala-ala gangster mahu memukul Syafina. Tubuhnya
kian meapat pada Syafina.
“Eh
Maya, apa ni!” Syafina mengengsot ke belakang. Kalau cara serangan yang ini dia
memang mengaku kalah. Lelah dia dikerjakan Maya nanti.
“Baik
kau cakap kau nak bagitahu ke tak!” Maya memberi amaran.
“Takde apa-apalah.
Kenapa kau tak nak percaya ni?” Syafina cuba menepis jemari Maya yang semakin
mendekat pada tubuhnya.
“Makkkkkkkk!”
Spontan Syafina menjerit nyaring tatkala jari-jemari Maya sudah melata
disegenap pinggangnya. Dia memang tidak dapat menahan kegelian.
“Ya, please stop!” Larang Syafina. Tangan
Maya cuba ditolaknya menjauh.
“Baik
kau cakap!” Ugut Maya lagi. Kini tangannya beralih ke bahagian leher Syafina
pula. Makin menggelinjang gadis itu diatas katil kerana kegelian.
“Maya… tolong…”
Rayu Syafina setengah nyawa. Berair-air matanya menghambur ketawa. Rasa nak menangis
pun ada.
“Baik
kau cakap apa sebabnya.” Maya masih menggeletek pinggang dan leher Syafina
semahu-mahunya.
“Aaa… sakit…”
Rintih Syafina perlahan. Dia memegang bahagian dadanya.
“Eh
kenapa ni Fin?” Maya berhenti menggeletek. Terkejut melihat Syafina yang
mengaduh kesakitan sambil memegang bahagian dada. Cuak juga dia jika terjadi
apa-apa pada Syafina.
“Sakit
tau!” Dengus Syafina.
“Er,
tapi aku geletek pinggang. Kenapa pulak dada kau yang sakit?” Maya tayang muka
pelik.
Maya
kaget bila perasan yang Syafina sudah pun mengalirkan air mata.
“Fin, sorry kalau buat kau sakit sangat. Kat
mana sakit tu meh aku tengok…” Pujuk Maya lembut.
“Sebab
nilah sebenarnya aku tak nak Fahim rapat dengan aku sangat…” Tiba-tiba Syafina
bersuara lemah.
“Er,
maksud kau?”
“Aku dah
nak mati Ya. Mati!” Tekan Syafina sambil menekan dadanya.
Membuntang
mata Maya mendengar kata-kata sahabatnya itu. Apa maksud Afin dia dah nak mati?
“Fin,
apa kau cakap ni?” Berdebar-debar jantung Maya.
“I’m dying Maya…” Rintih Syafina lagi.
“Listen, Syafina. Apa kau cakap ni? I don’t get it.” Maya memaut bahu
rakannya itu supaya setentang dengannya. Syafina tertunduk sayu. Air matanya
makin lebat menuruni pipi.
“Fin,
terus-terang dengan aku Fin. Kau cakap separuh-separuh macam ni aku tak faham. Please…” Pujuk Maya lagi.
“Aku…
aku sakit Maya.” Tepat Syafina merenung anak mata Maya.
“Sakit
apa?”
Syafina
menggeleng. Gelengan kepalanya itu makin membuakkan perasaan ingin tahu Maya.
Gadis itu menggesa lagi.
“Tell me Fin. Kau sakit apa? Kau jangan
buat aku macam ni Fin!” Maya sudah tidak sabar.
“Aku… I think I have a cancer…” Lambat-lambat
Syafina berkata. Ternganga Maya mendengarnya.
“Wait… Kau rasa kau ada kanser?” Tanya
Maya sangsi. Baru perasan dengan perkataan ‘think’
yang disebut Syafina tadi.. Kepala Syafina mengangguk mengiyakan.
“Kau
biar betul Fin?” Maya masih tidak percaya.
“Aku
selalu sakit dekat sini.” Syafina meletak jari telunjuk pada bahagian dada
kirinya itu. Air mata yang berlelehan tadi dikesat dengan belakang tapak
tangan.
“Kau
pasti ke Fin?” Soal Maya lagi.
“Maksud
kau…” Ayat Maya tergantung. Tidak berani dia meneruskan telahannya itu.
“Er… aku
rasa aku ada breast cancer.” Serentak
itu Syafina meletak tangan didadanya.
“Seriously?” Bulat mata Maya. Syafina
mengangguk kecil. Pandangannya kembali dijatuhkan ke bawah. Merenung jemarinya
yang kembali bertaut.
“Kau dah
buat checkup?” Soal Maya.
Gelengan
dikepala Syafina sedikit melegakan hatinya. Itu baru tekaan Syafina. Belum dibuat
pengesahan yang sahih lagi.
“Itu kau
rasa Afin. Kau tak tahu betul atau ke tak lagi!” Dengus Maya.
“Aku
takut Ya…”
“Takut
apa?”
“Aku
takut nak jumpa doktor. Kalau betul aku ada kanser macam mana Ya?” Air mata
yang sudah berhenti tadi seakan mahu melebat kembali dimata.
“Itulah sebabnya kena buat checkup.” Tekan Maya.
“Aku
takut…”
“Kalau
tak ada?”
“That’s my pray…”
“Let say
kalau benda tu memang langsung tak ada? Kau tak kesian ke dekat Fahim? Biar dia
terus terseksa, macam tu?” Syafina mengangkat muka. Dipandang wajah sahabatnya
itu dengan dahi berkerut. Lambat-lambat dia bertanya.
“Apa
maksud kau Ya?”
“Selama
mana kau nak seksa batin dia Fin? Dia lelaki Fin, suami kau. Ada… Better kau pergi check dengan doktor.” Tekan Maya tegas.
“Kalau
betul aku ada kanser macam mana Ya?” Rintih Syafina meminta simpati sahabatnya
itu.
“Yang
penting check dulu. Kalau ya, kita
ikhtiar nak ubat macam mana. Jangan berputus asa sedangkan ALLAH bentangkan
macam-macam cara untuk kita usaha.” Ulah Maya beserta tazkirahnya.
“Kalau
kau takut biar aku teman kau jumpa doktor. Kalau betul kanser, kau tak boleh
lengah-lengahkan macam ni. Kena berubat sebelum terlambat Fin. Jangan risau,
aku ada dengan kau.” Maya memberi semangat.
Lambat-lambat
Syafina mengangguk tanda setuju. Ya, dia tidak seharusnya lemah begini
sedangkan dia masih belum pasti dengan penyakitnya itu. Entah-entah itu hanya
andaiannya sahaja. Kasihan Fahim terseksa dengan meminta persetujuan yang
bukan-bukan dari lelaki itu diawal pernikahan mereka dulu.
“Kau
teman aku ye Maya.” Anggukan ikhlas sahabatnya itu dibalas dengan memberi
pelukan hangat. Terharu dia dengan sifat ambil berat Maya itu. Syukur!
+++++++++++++++++++++++++++++
“Kau ready Fin?” Soal Maya yang beriringan
berjalan dengan Syafina dikaki lima Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
itu. Dua minggu sebelum itu Syafina sudah membuat temujanji di sebuah klinik
kerajaan untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital.
“Aku ready Ya.” Genggaman tangannya pada
jemari Maya diperkemaskan. Berharap kehangatan tangan sahabatnya itu dapat
mengalirkan sedikit semangat buatnya yang berdebar-debar didalam.
“Don’t worry, aku ada dengan kau.” Maya
mengusap lembut belakang Syafina. Mereka berbalas pandangan. Syafina mengangguk
setuju. Langkah kaki diteruskan sehingga mereka sampai di hadapan papan tanda
yang bertulis ‘Selamat Datang ke Pusat Pakar UKM (UKM Specialist Centre)’.
“Jom!”
Ucap Maya sambil menarik tangan sahabatnya itu masuk ke dalam. Mereka berjalan
ke kaunter untuk mengesahkan kehadiran.
“Cik
duduk dulu ya.” Syafina dan Maya mengangguk. Mereka berbalas senyuman dengan
gadis dikaunter tersebut sebelum berlalu ke kerusi yang tersedia.
Lima
belas minit menunggu, kini nama Syafina sudah pun dipanggil. Syafina memaut
jemari Maya dalam genggaman.
“It’s
okay. Takde apa.” Maya memberi kata-kata perangsang. Dia turut menggenggam
jemari sahabatnya itu. Terasa kesejukan dan gigilan dari tangan Syafina. Pasti
gementar gadis itu.
“Pergilah.
Aku ada dekat sini.” Maya menolak tubuh Syafina supaya bangun.
“Cik
Syafina Binti Hazlan.” Sekali lagi gadis di kaunter tadi memanggil namanya.
Selepas berbalas pandangan dengan Maya, Syafina bangun mendapatkan jururawat
yang sudah menunggunya dihadapan pintu bilik rawatan.
Dengan
bacaan bismillah, Syafina mengorak langkah masuk ke bilik rawatan tersebut.
Sempat dia berpaling mencari wajah Maya. Senyuman diwajah sahabatnya itu seakan
memberi kekuatan kepadanya. Syafina menarik nafasnya dalam-dalam sebelum
dihembus keluar.
Hampir
empat puluh lima minit kemudian, Syafina melangkah keluar dari bilik doktor
yang merawatnya bersama seorang jururawat. Maya segera menghampiri sahabatnya
itu yang masih serius berbicara dengan jururawat wanita itu.
“So, how is it Fin?” Soal Maya selepas
jururawat itu meminta diri.
“Not
sure yet Maya. Nak kena diagnose dulu. Tapi…” Kata-kata Syafina terhenti.
Terngiang-ngiang ditelinga kata-kata Doktor Asymah yang memeriksanya tadi.
“Kenapa
Fin?” Tanya Maya tatkala melihat gelengan dikepala Syafina. Resah dia menanti
jawapan gadis itu. Minta-mintalah semuanya baik saja.
“Doktor
cakap kemungkinan ada something dekat
situ. Samada minor ketumbuhan atau
kanserlah.” Luah Syafina perlahan.
“Fin!”
Maya menekup mulutnya.
“Takpe
Maya. Aku dah sedia dengan semua ni.” Maya meyakinkan dirinya sendiri. Dia
berpusing ke hadapan. Ingin terus menapak untuk meninggalkan hospital itu.
“Fin…”
Panggil Maya semasa mereka berada didalam perut teksi untuk balik semula ke
UKM.
“Hurm.”
Balas Syafina tanpa mengalih pandang dari menebar pandangan ke luar.
“Tak nak
bagi tahu Fahim ke pasal ni?” Soal Maya lagi.
“Tak
naklah. Aku tak nak dia tahu!” Tegas Syafina.
“Abang
Azzam?”
Syafina
menggeleng laju. Dia tidak mahu perkara ini diketahui oleh sesiapa pun.
“Maya,
janji dengan aku jangan bagitahu sesiapa ye?” Syafina menggenggam kemas
jari-jemari sahabatnya itu. Mengharapkan sokongan dan persetujuan daripadanya.
Maya mengangguk lemah. Apa-apa pun dia tidak boleh memandai sendiri bila tuan
punya diri tetap tidak mahu menghebahkannya.
Syafina
kembali mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Hatinya terasa sayu. Bagaimana
Fahim nanti? Dia bukan isteri yang sempurna buat lelaki itu. Ya ALLAH Kau
tunjukkanlah jalan buatku.
++++++++++++++++++++++++++
“Afin…”
“Afin,
bangun…” Tidur Syafina terganggu.
“Hmm…”
Berkerut dahi Syafina saat membuka mata.
“Sorry ganggu Afin tidur. Ni handphone Afin ni dari tadi berbunyi.”
Liza menghulurkan telefon milik Syafina yang ditinggalkan gadis itu diatas
meja. Sedari tadi berbunyi tanpa henti. Mula-mula dibiarkan saja. Namun
memikirkan kemungkinan ada perkara penting oleh pemanggil, segera dia
mengejutkan Syafina dari lenanya.
“Oh, thanks Liza.” Syafina menyambutnya. Dia
bangun dari baringan. Sebelum menekan butang hijau, dia berdeham membetulkan
kantung suara.
“Hello, assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.
Sayang, are you alright?” Terjah
Fahim setelah menjawab salam. Kedengaran gusar nada suaranya.
“Er,
saya okey je. Kenapa ni awak?” Soal Syafina kehairanan.
“Lega
saya. Saya ingatkan apa jadi dekat awak. Dari tadi saya call awak tak jawab. Risau saya.” Fahim bersuara kelegaan.
“Sorry saya tertidur.”
“It’s okay. Sayang, sayang betul tak
apa-apa kan?”
“Er,kenapa?”
Pelik Syafina mendengar pertanyaan suaminya itu.
“Hati
saya ni dari tadi rasa tak sedap. Awak betul tak apa-apa kan? Nak saya ke sana
ke?” Tanya Fahim.
“Eh tak
payahlah. Saya okey, takde apa-apa.” Tegah Syafina.
“Tak
tahulah sayang. Dari tadi hati ni gelisah je. Orang tua-tua cakap, kalau hati
resah macam ni mungkin sesuatu yang buruk nak berlaku.”
“Astaghfirullah
al-azim. Mengarutlah. Janganlah fikir macam tu. Tak ada apa-apa. Istighfar
banyak-banyak.” Nasihat Syafina.
“Ye saya
tahu. Saya risau sangat tadi. Lepas dengar suara sayang ni, baru rasa lega
sikit hati.” Fahim tersenyum kecil.
“Jangan
fikir bukan-bukanlah. Tak ada apa-apa. Awak jangan risau okey.”
“Okey
sayang…” Balas Fahim bersama senyuman yang makin melebar. Kurang sudah
kegelisahannya sejak awal pagi tadi.
Syafina
kegugupan dihujung talian. Sejak sesi luahan perasaan oleh Fahim, lelaki itu
kerap kali memanggil dirinya sayang. Hendak ditegah, dia tahu Fahim berhak apa
saja. Sudahnya, dia terpaksa menahan getaran hati setiap kali mendengar panggilan
manja suaminya itu terhadapnya.
“Sayang
tak ada kelas ke hari ni?” Soal Fahim mengubah tajuk perbualan mereka.
“Hah?”
Tersedar Syafina dari lamunannya.
“Fikirkan apa tu? Saya tengah bercakap dengan
awak ni pun masih fikirkan tentang saya lagi?” Fahim memulakan usikan.
“Eh,
mana ada!” Syafina terjerit kecil. Namun seketika tersedar, lekas dia menutup
mulut.
“Awak
tanya apa tadi? Saya tengok Liza tadi…” Syafina mencipta dalih. Dalam hati puas
dia memarahi dirinya.
“Sayang
ni… makin saya kenal, makin saya jatuh hati…” Fahim ketawa kecil ditalian.
“Apa
awak tanya tadi?” Syafina mendatarkan nada suara. Suaminya itu bukan boleh
diberi peluang untuk mengusik. Sampai ke sudah tidak berhenti.
“Comel
betul sayang ni…” Fahim ketawa lagi. Syafina hanya mampu menggigit bibir. Terpaksa
menahan telinga. Mujurlah bukan depan mata.
“Kalau
tak ada apa-apa saya letak dulu…” Syafina semakin bertegas.
“Okey,
okey…” Fahim mengalah. Syafina tersenyum kemenangan.
“Tak ada
kelas ke petang ni?”
“Tak
ada. Ganti next week. Lect ada emergency tadi.”
“Oh…
Lama tidur hari ni? Dari tadi saya call
tak berangkat.”
“Er sorrylah. Hari ni penat sikit.”
“Penat?
Afin buat apa penat? Janganlah buat kerja berat-berat. Afin tu dahlah badan tu kering
je. Suruh makan banyak tak nak. Cuba makan tu biar banyak sikit.”
“Eh,
bila masa saya kering. Suka hati awak je.” Bidas Syafina. Geram bila Fahim
sesuka hati mengatanya.
“Betullah.
Saya ni suami awak, saya tahulah. Dari rambut sampai ke kaki saya dah tengok.
Cuma tak tengok yang sensored-sensored
je lagi. So, saya tahulah tubuh awak
tu macam mana. Macam orang tak cukup makan je. Kerempeng.” Balas Fahim bersahaja.
“Awaklah
kerempeng. Badan saya ni okey je. Mata awak tu spero sebenarnya.” Balas Syafina garang. Panas rasa hatinya
diprovok begitu.
“Amboi-amboi,
sedapnya cakap mata kita spero. Dah
memang ternyata yang Afin tu kerempenglah.” Fahim juga tidak mahu mengalah.
Seronok pula berlawan mulut dengan isterinya itu.
Sudahlah
isterinya sudah jarang mahu bercakap dengannya sejak luahan hatinya dua minggu
yang lalu. Bukan senang nak bercakap panjang-panjang macam ni. Baik jangan
dilepaskan peluang.
“Saya
tuan badan, saya lebih tahulah badan saya. Awak tu yang kerempeng, Dah macam
hantu jerangkung.” Syafina semakin berani melontarkan ayat pedas.
“Eh sorry sikit. Badan saya ni tough okey. Stamina tinggi. Kalau awak
nak suruh pusing padang bola sepuluh round
pun saya okey je.”
“Bwekkk,
perasan. Tough apa macam tu.” Syafina
mencebir.
“Nak
saya buktikan ke? Okey, hujung minggu ni saya ke sana. Kita try satu round. Tengok siapa yang tewas dulu. Amacam?”
“Takde
masa saya nak berlawan pusing padang dengan awak. Larilah awak sorang-sorang.”
Syafina mendengus kuat.
“Siapa
cakap nak berlawan lari keliling padang? Orang cakap fight atas katillah. Kita dua je…” Fahim menyeringai nakal.
“Ish,
apa awak ni!” Marah Syafina bila menyedari dirinya sekali lagi dipermainkan.
Naik merah wajahnya menahan rasa malu yang tiba-tiba menerpa.
“Apa?
Betul apa saya cakap? Saya nak buktikan je pada awak ke’tough’an saya. Tak cuba awak tak percaya.”
“Eeee,
jangan merepeklah. Malaslah cakap dengan awak ni. Suka cakap bukan-bukan!”
Tegas Syafina membalas.
“Sayang
ni marah-marah pulak ni kenapa? Datang bulan eh?” Sakat Fahim lagi.
“Eeeee…
menyampahlah layan dia ni. Dah saya nak letak. Pergi buat kerja tu. Mengulor je
tahu. Assalamualaikum!” Terus Syafina menamatkan perbualan. Wajahnya dikipas
dengan lima jari tangan kanannya.
‘Huh,
suka melalut benda-benda macam tu. Orang bawah umurlah!’Omel Syafina dalam hati
memarahi Fahim.
“Bercakap
dengan pakwe ke Afin?”
“Erk?”
Baru Syafina tersedar yang dia tidak berseroangan dibiliknya itu.
“Takdelah.
Bukan pakwe…” Syafina menggeleng.
“Ala
Afin ni. Tak nak mengaku pulak. Takpe Liza faham.” Liza tersengih lebar.
“Bukanlah
Liza. Bukan pakwe, si jantung hati je.” Syafina tersenyum malu.
“Cewahhhh,
jiwang karat juga Afin ni ye.” Kedua mereka sama-sama tergelak selepas itu.
Syafina
menghela nafas perlahan. Terngiang perbualan awal bersama Fahim tadi. Apakah
suaminya itu mendapat petanda? Maaf Fahim, saya terpaksa rahsiakan dari awak
tentang hal ni. Saya kena pastikan dulu kesahihannya. Maafkan saya…
Syafina
merebahkan kembali tubuhnya diatas tilam. Sekali lagi dia terlelap bersama
fikiran yang berat memikirkan tentang masalahnya. Tekaan Fahim tadi mengenai
haidnya juga tepat. Disebabkan itu dia masih bermalasan diatas katil. Jarum jam
juga baru menujukkan pukul tiga. Entah kenapa, tubuhnya terasa letih benar.
Mungkin kesan dari pemeriksaan yang dilakukannya awal pagi tadi.
* do
enjoy JJK’s lover…sorry lama senyap…peace no war *
~L.O.V.E
& F.A.I.T.H ~