Saturday, September 22, 2012

Cinta Dahulu dan Selamanya 17


BAB 17

Syafina merenung dada langit yang hitam pekat. Didada langit yang terbentang luas, terlakar wajah Fahim disitu bersama senyuman manisnya. Syafina mengeluh perlahan. Bagai terngiang-ngiang lagi luahan Fahim malam tadi semasa mereka bermalam di rumah abang Azzam.

“Sayang, I really love you.” Luah Fahim sewaktu mereka berbual dibalkoni malam itu.

Don’t you love me sayang?” Soal Fahim.

“Fahim, hubungan kita ni baru je lagi. Jangan paksa diri awak…” Nafi Syafina walaupun dia turut merasa perasaan yang sama.

Ya, dia memang sangat cintakan Fahim. Bukan baru bertapak perasaannya itu terhadap suaminya itu. Perasaan itu sudah lama. Tapi Fahim, dia tidak tahu perasaan lelaki itu. Dia tidak mahu lelaki itu mengatakan cinta hanya kerana rasa tanggungjawabnya yang sudah bergelar suami. Dia tidak mahu lelaki itu mengahwininya hanya kerana permintaan arwah Nek Wan yang harus dituruti.

“Saya betul-betul maksudkannya sayang…” Fahim mencapai jemari Syafina dan digenggam erat.

“Bukan baru perasaan saya ni pada awak Afin. Dah lama sayang. Lama sangat…” Tunak Fahim merenung anak mata Syafina.

“Fahim…” Syafina kehilangan kata. Dia nampak keluhuran cinta Fahim dari bebola matanya. Lelaki itu tidak menipu.

I do like you from the very first time my eyes lies on you…” Fahim membuka rahsia hatinya. Mungkin sudah sampai masanya untuk dia meluahkan perasaannya pada isterinya itu.

“Saya cintakan awak Syafina. Really love you…” Lunak suara Fahim menuturkannya. Matanya semakin redup merenung ke dalam anak mata isterinya itu.

Wajah Fahim semakin mendekat. Syafina seolah terpukau. Langsung tidak berkutik. Sepasang mata miliknya terus terpesona dalam renungan cinta suaminya. Sewaktu bibir Fahim makin dekat dan ingin menyentuh bibirnya, Syafina lekas tersedar.

“Fahim!” Kedua tapak tangan melekat pada dada bidang suaminya itu. Tubuh tegap itu ditolak menjauh. Paluan jantungnya sudah tidak sekata.

“Fahim, perjalanan kita masih jauh.” Syafina bertutur tegas. Cuba menahan getar dan mengatur semula nafas yang berterabur.

“Sayang…” Fahim kecewa. Baru tadi dia nampak cinta Syafina buatnya. Kenapa gadis itu menolak? Dia cuba meraih semula jemari isterinya itu. Pantas gadis itu mengelak.

“Fahim, we had another four years to go. Remember?” Syafina menguatkan hati untuk terus menafikan perasaannya.

“Tak salah untuk kita berkasih-sayang Afin…” Fahim membalas. Kaki dibawa setapak untuk mara ke arah Syafina bila gadis itu menapak beberapa tapak ke belakang.

“Lagipun kita sama-sama dah halal…” Tenang Fahim menambah. Anak mata terus mengawasi tubuh isterinya itu yang kelihatan makin keresahan dengan jarak yang dia cuba lenyapkan. Entah kenapa dia mahu terus membawa tubuh isterinya itu ke dalam pelukan.

Please Fahim. Kita dah bincang pasal ni dan kita dah ada peretujuan pun. Please…” Rayu Syafina bila Fahim masih berdegil. Tubuhnya semakin merapat ke dinding mengelak dari Fahim yang semakin menghampiri.

“Fahim please,jangan dekat dengan saya!” Larang Syafina tegas bila dia sudah tidak punyai ruang untuk menghindari. Fahim mengeluh berat. Kakinya kembali menapak beberapa tapak ke belakang. Terkesan melihat wajah pucat Syafina yang seolah takut akan dirinya.

“Awak tak cintakan saya ke Afin? Don’t you feel the same?” Tanya Fahim untuk kepastian.

“Fahim please…” Syafina mengelak dari menjawabnya. Sungguh saya cintakan awak Fahim. Tapi saya tak boleh… Jerit hati Syafina.

“Boleh tak kita jangan bincang pasal ni lagi? Please Fahim…” Rayu Syafina.

“Biarlah masa yang menentukan…” Tutur Syafina perlahan tatkala Fahim membawa tubuhnya ke dalam semula bersama wajah yang kecewa.

“Fin, aku nak tanya sesuatu boleh?” Tersentak Syafina dari lamunan panjangnya.

“Apa dia?” Balas Syafina. Dia kembali menapak merapati katil. Tubuh Maya yang enak berbaring ditepuk perlahan menyuruh gadis itu menganjak untuk memberi ruang pada dirinya.

“Kau dengan Fahim ni bila nak berbaik? Boleh kau bagitahu aku kenapa kau tak nak hidup like husband and wife dengan laki kau tu?” Soal Maya ingin tahu.

Sejujurnya dia masih tidak percaya dengan alasan yang diberikan Syafina dulu. Masakan begitu sedangkan Syafina sendiri sudah mengaku padanya yang dia menyayangi Fahim sejak dulu lagi. Dan ternyata sahabatnya itu tidak bertepuk sebelah tangan. Terbukti Fahim turut cintakannya. Pasti ada sebab lain.Fikir Maya.

“Eh macam yang aku cakap hari tu lah. Aku kan muda lagi. Takkan baru twentyfirst dah nak bergelar mummy...” Syafina tergelak dengan luahan katanya sendiri.

Don’t try to fool me Syafina.” Maya mencerlung tajam wajah sahabatnya.

“Erk!” Kelat air muka Syafina melihat wajah tegang sahabat baiknya itu.

“Betullah aku cakap… Mana ada sebab lain…” Syafina sudah tergagap.

‘Hah kan. Aku kenal sangat si Afin ni. Mesti ada sebab lain.’ Desis hati Maya melihat kegugupan Syafina. Walaupun usia perkenalan mereka baru mencecah tiga tahun, tetapi dia sudah masak benar dengan perangai gadis itu. Bagaimana saat dia menipu, bagaimana dia saat dia sedih, gembira dan sebagainya. Mudah saja Maya mahu membacanya.

Still tak nak bagitahu aku sebab apa?” Maya menyinsing lengan baju. Lagak ala-ala gangster mahu memukul Syafina. Tubuhnya kian meapat pada Syafina.

“Eh Maya, apa ni!” Syafina mengengsot ke belakang. Kalau cara serangan yang ini dia memang mengaku kalah. Lelah dia dikerjakan Maya nanti.

“Baik kau cakap kau nak bagitahu ke tak!” Maya memberi amaran.

“Takde apa-apalah. Kenapa kau tak nak percaya ni?” Syafina cuba menepis jemari Maya yang semakin mendekat pada tubuhnya.

“Makkkkkkkk!” Spontan Syafina menjerit nyaring tatkala jari-jemari Maya sudah melata disegenap pinggangnya. Dia memang tidak dapat menahan kegelian.

“Ya, please stop!” Larang Syafina. Tangan Maya cuba ditolaknya menjauh.

“Baik kau cakap!” Ugut Maya lagi. Kini tangannya beralih ke bahagian leher Syafina pula. Makin menggelinjang gadis itu diatas katil kerana kegelian.

“Maya… tolong…” Rayu Syafina setengah nyawa. Berair-air matanya menghambur ketawa. Rasa nak menangis pun ada.

“Baik kau cakap apa sebabnya.” Maya masih menggeletek pinggang dan leher Syafina semahu-mahunya.

“Aaa… sakit…” Rintih Syafina perlahan. Dia memegang bahagian dadanya.

“Eh kenapa ni Fin?” Maya berhenti menggeletek. Terkejut melihat Syafina yang mengaduh kesakitan sambil memegang bahagian dada. Cuak juga dia jika terjadi apa-apa pada Syafina.

“Sakit tau!” Dengus Syafina.

“Er, tapi aku geletek pinggang. Kenapa pulak dada kau yang sakit?” Maya tayang muka pelik.

Maya kaget bila perasan yang Syafina sudah pun mengalirkan air mata.

“Fin, sorry kalau buat kau sakit sangat. Kat mana sakit tu meh aku tengok…” Pujuk Maya lembut.

“Sebab nilah sebenarnya aku tak nak Fahim rapat dengan aku sangat…” Tiba-tiba Syafina bersuara lemah.

“Er, maksud kau?”

“Aku dah nak mati Ya. Mati!” Tekan Syafina sambil menekan dadanya.

Membuntang mata Maya mendengar kata-kata sahabatnya itu. Apa maksud Afin dia dah nak mati?

“Fin, apa kau cakap ni?” Berdebar-debar jantung Maya.

I’m dying Maya…” Rintih Syafina lagi.

Listen, Syafina. Apa kau cakap ni? I don’t get it.” Maya memaut bahu rakannya itu supaya setentang dengannya. Syafina tertunduk sayu. Air matanya makin lebat menuruni pipi.

“Fin, terus-terang dengan aku Fin. Kau cakap separuh-separuh macam ni aku tak faham. Please…” Pujuk Maya lagi.

“Aku… aku sakit Maya.” Tepat Syafina merenung anak mata Maya.

“Sakit apa?”

Syafina menggeleng. Gelengan kepalanya itu makin membuakkan perasaan ingin tahu Maya. Gadis itu menggesa lagi.

Tell me Fin. Kau sakit apa? Kau jangan buat aku macam ni Fin!” Maya sudah tidak sabar.

“Aku… I think I have a cancer…” Lambat-lambat Syafina berkata. Ternganga Maya mendengarnya.

Wait… Kau rasa kau ada kanser?” Tanya Maya sangsi. Baru perasan dengan perkataan ‘think’ yang disebut Syafina tadi.. Kepala Syafina mengangguk mengiyakan.

“Kau biar betul Fin?” Maya masih tidak percaya.

“Aku selalu sakit dekat sini.” Syafina meletak jari telunjuk pada bahagian dada kirinya itu. Air mata yang berlelehan tadi dikesat dengan belakang tapak tangan.

“Kau pasti ke Fin?” Soal Maya lagi.

“Maksud kau…” Ayat Maya tergantung. Tidak berani dia meneruskan telahannya itu.

“Er… aku rasa aku ada breast cancer.” Serentak itu Syafina meletak tangan didadanya.

Seriously?” Bulat mata Maya. Syafina mengangguk kecil. Pandangannya kembali dijatuhkan ke bawah. Merenung jemarinya yang kembali bertaut.

“Kau dah buat checkup?” Soal Maya.

Gelengan dikepala Syafina sedikit melegakan hatinya. Itu baru tekaan Syafina. Belum dibuat pengesahan yang sahih lagi.

“Itu kau rasa Afin. Kau tak tahu betul atau ke tak lagi!” Dengus Maya.

“Aku takut Ya…”

“Takut apa?”

“Aku takut nak jumpa doktor. Kalau betul aku ada kanser macam mana Ya?” Air mata yang sudah berhenti tadi seakan mahu melebat kembali dimata.

 “Itulah sebabnya kena buat checkup.” Tekan Maya.

“Aku takut…”

“Kalau tak ada?”

That’s my pray…”

“Let say kalau benda tu memang langsung tak ada? Kau tak kesian ke dekat Fahim? Biar dia terus terseksa, macam tu?” Syafina mengangkat muka. Dipandang wajah sahabatnya itu dengan dahi berkerut. Lambat-lambat dia bertanya.

“Apa maksud kau Ya?”

“Selama mana kau nak seksa batin dia Fin? Dia lelaki Fin, suami kau. Ada… Better kau pergi check dengan doktor.” Tekan Maya tegas.

“Kalau betul aku ada kanser macam mana Ya?” Rintih Syafina meminta simpati sahabatnya itu.

“Yang penting check dulu. Kalau ya, kita ikhtiar nak ubat macam mana. Jangan berputus asa sedangkan ALLAH bentangkan macam-macam cara untuk kita usaha.” Ulah Maya beserta tazkirahnya.

“Kalau kau takut biar aku teman kau jumpa doktor. Kalau betul kanser, kau tak boleh lengah-lengahkan macam ni. Kena berubat sebelum terlambat Fin. Jangan risau, aku ada dengan kau.” Maya memberi semangat.

Lambat-lambat Syafina mengangguk tanda setuju. Ya, dia tidak seharusnya lemah begini sedangkan dia masih belum pasti dengan penyakitnya itu. Entah-entah itu hanya andaiannya sahaja. Kasihan Fahim terseksa dengan meminta persetujuan yang bukan-bukan dari lelaki itu diawal pernikahan mereka dulu.

“Kau teman aku ye Maya.” Anggukan ikhlas sahabatnya itu dibalas dengan memberi pelukan hangat. Terharu dia dengan sifat ambil berat Maya itu. Syukur!

+++++++++++++++++++++++++++++

“Kau ready Fin?” Soal Maya yang beriringan berjalan dengan Syafina dikaki lima Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia itu. Dua minggu sebelum itu Syafina sudah membuat temujanji di sebuah klinik kerajaan untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital.

“Aku ready Ya.” Genggaman tangannya pada jemari Maya diperkemaskan. Berharap kehangatan tangan sahabatnya itu dapat mengalirkan sedikit semangat buatnya yang berdebar-debar didalam.

Don’t worry, aku ada dengan kau.” Maya mengusap lembut belakang Syafina. Mereka berbalas pandangan. Syafina mengangguk setuju. Langkah kaki diteruskan sehingga mereka sampai di hadapan papan tanda yang bertulis ‘Selamat Datang ke Pusat Pakar UKM (UKM Specialist Centre)’.

“Jom!” Ucap Maya sambil menarik tangan sahabatnya itu masuk ke dalam. Mereka berjalan ke kaunter untuk mengesahkan kehadiran.

“Cik duduk dulu ya.” Syafina dan Maya mengangguk. Mereka berbalas senyuman dengan gadis dikaunter tersebut sebelum berlalu ke kerusi yang tersedia.

Lima belas minit menunggu, kini nama Syafina sudah pun dipanggil. Syafina memaut jemari Maya dalam genggaman.

It’s okay. Takde apa.” Maya memberi kata-kata perangsang. Dia turut menggenggam jemari sahabatnya itu. Terasa kesejukan dan gigilan dari tangan Syafina. Pasti gementar gadis itu.

“Pergilah. Aku ada dekat sini.” Maya menolak tubuh Syafina supaya bangun.

“Cik Syafina Binti Hazlan.” Sekali lagi gadis di kaunter tadi memanggil namanya. Selepas berbalas pandangan dengan Maya, Syafina bangun mendapatkan jururawat yang sudah menunggunya dihadapan pintu bilik rawatan.

Dengan bacaan bismillah, Syafina mengorak langkah masuk ke bilik rawatan tersebut. Sempat dia berpaling mencari wajah Maya. Senyuman diwajah sahabatnya itu seakan memberi kekuatan kepadanya. Syafina menarik nafasnya dalam-dalam sebelum dihembus keluar.

Hampir empat puluh lima minit kemudian, Syafina melangkah keluar dari bilik doktor yang merawatnya bersama seorang jururawat. Maya segera menghampiri sahabatnya itu yang masih serius berbicara dengan jururawat wanita itu.

So, how is it Fin?” Soal Maya selepas jururawat itu meminta diri.

Not sure yet Maya. Nak kena diagnose dulu. Tapi…” Kata-kata Syafina terhenti. Terngiang-ngiang ditelinga kata-kata Doktor Asymah yang memeriksanya tadi.

“Kenapa Fin?” Tanya Maya tatkala melihat gelengan dikepala Syafina. Resah dia menanti jawapan gadis itu. Minta-mintalah semuanya baik saja.

“Doktor cakap kemungkinan ada something dekat situ. Samada minor ketumbuhan atau kanserlah.” Luah Syafina perlahan.

“Fin!” Maya menekup mulutnya.

“Takpe Maya. Aku dah sedia dengan semua ni.” Maya meyakinkan dirinya sendiri. Dia berpusing ke hadapan. Ingin terus menapak untuk meninggalkan hospital itu.

“Fin…” Panggil Maya semasa mereka berada didalam perut teksi untuk balik semula ke UKM.
“Hurm.” Balas Syafina tanpa mengalih pandang dari menebar pandangan ke luar.

“Tak nak bagi tahu Fahim ke pasal ni?” Soal Maya lagi.

“Tak naklah. Aku tak nak dia tahu!” Tegas Syafina.

“Abang Azzam?”
Syafina menggeleng laju. Dia tidak mahu perkara ini diketahui oleh sesiapa pun.

“Maya, janji dengan aku jangan bagitahu sesiapa ye?” Syafina menggenggam kemas jari-jemari sahabatnya itu. Mengharapkan sokongan dan persetujuan daripadanya. Maya mengangguk lemah. Apa-apa pun dia tidak boleh memandai sendiri bila tuan punya diri tetap tidak mahu menghebahkannya.

Syafina kembali mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Hatinya terasa sayu. Bagaimana Fahim nanti? Dia bukan isteri yang sempurna buat lelaki itu. Ya ALLAH Kau tunjukkanlah jalan buatku.

++++++++++++++++++++++++++

“Afin…”

“Afin, bangun…” Tidur Syafina terganggu.

“Hmm…” Berkerut dahi Syafina saat membuka mata.

Sorry ganggu Afin tidur. Ni handphone Afin ni dari tadi berbunyi.” Liza menghulurkan telefon milik Syafina yang ditinggalkan gadis itu diatas meja. Sedari tadi berbunyi tanpa henti. Mula-mula dibiarkan saja. Namun memikirkan kemungkinan ada perkara penting oleh pemanggil, segera dia mengejutkan Syafina dari lenanya.

“Oh, thanks Liza.” Syafina menyambutnya. Dia bangun dari baringan. Sebelum menekan butang hijau, dia berdeham membetulkan kantung suara.

Hello, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Sayang, are you alright?” Terjah Fahim setelah menjawab salam. Kedengaran gusar nada suaranya.

“Er, saya okey je. Kenapa ni awak?” Soal Syafina kehairanan.

“Lega saya. Saya ingatkan apa jadi dekat awak. Dari tadi saya call awak tak jawab. Risau saya.” Fahim bersuara kelegaan.

Sorry saya tertidur.”

It’s okay. Sayang, sayang betul tak apa-apa kan?”

“Er,kenapa?” Pelik Syafina mendengar pertanyaan suaminya itu.

“Hati saya ni dari tadi rasa tak sedap. Awak betul tak apa-apa kan? Nak saya ke sana ke?” Tanya Fahim.

“Eh tak payahlah. Saya okey, takde apa-apa.” Tegah Syafina.

“Tak tahulah sayang. Dari tadi hati ni gelisah je. Orang tua-tua cakap, kalau hati resah macam ni mungkin sesuatu yang buruk nak berlaku.”

“Astaghfirullah al-azim. Mengarutlah. Janganlah fikir macam tu. Tak ada apa-apa. Istighfar banyak-banyak.” Nasihat Syafina.

“Ye saya tahu. Saya risau sangat tadi. Lepas dengar suara sayang ni, baru rasa lega sikit hati.” Fahim tersenyum kecil.

“Jangan fikir bukan-bukanlah. Tak ada apa-apa. Awak jangan risau okey.”

“Okey sayang…” Balas Fahim bersama senyuman yang makin melebar. Kurang sudah kegelisahannya sejak awal pagi tadi.

Syafina kegugupan dihujung talian. Sejak sesi luahan perasaan oleh Fahim, lelaki itu kerap kali memanggil dirinya sayang. Hendak ditegah, dia tahu Fahim berhak apa saja. Sudahnya, dia terpaksa menahan getaran hati setiap kali mendengar panggilan manja suaminya itu terhadapnya.

“Sayang tak ada kelas ke hari ni?” Soal Fahim mengubah tajuk perbualan mereka.

“Hah?” Tersedar Syafina dari lamunannya.

 “Fikirkan apa tu? Saya tengah bercakap dengan awak ni pun masih fikirkan tentang saya lagi?” Fahim memulakan usikan.

“Eh, mana ada!” Syafina terjerit kecil. Namun seketika tersedar, lekas dia menutup mulut.

“Awak tanya apa tadi? Saya tengok Liza tadi…” Syafina mencipta dalih. Dalam hati puas dia memarahi dirinya.

“Sayang ni… makin saya kenal, makin saya jatuh hati…” Fahim ketawa kecil ditalian.

“Apa awak tanya tadi?” Syafina mendatarkan nada suara. Suaminya itu bukan boleh diberi peluang untuk mengusik. Sampai ke sudah tidak berhenti.

“Comel betul sayang ni…” Fahim ketawa lagi. Syafina hanya mampu menggigit bibir. Terpaksa menahan telinga. Mujurlah bukan depan mata.

“Kalau tak ada apa-apa saya letak dulu…” Syafina semakin bertegas.

“Okey, okey…” Fahim mengalah. Syafina tersenyum kemenangan.

“Tak ada kelas ke petang ni?”

“Tak ada. Ganti next week. Lect ada emergency tadi.”

“Oh… Lama tidur hari ni? Dari tadi saya call tak berangkat.”

“Er sorrylah. Hari ni penat sikit.”

“Penat? Afin buat apa penat? Janganlah buat kerja berat-berat. Afin tu dahlah badan tu kering je. Suruh makan banyak tak nak. Cuba makan tu biar banyak sikit.”

“Eh, bila masa saya kering. Suka hati awak je.” Bidas Syafina. Geram bila Fahim sesuka hati mengatanya.

“Betullah. Saya ni suami awak, saya tahulah. Dari rambut sampai ke kaki saya dah tengok. Cuma tak tengok yang sensored-sensored je lagi. So, saya tahulah tubuh awak tu macam mana. Macam orang tak cukup makan je. Kerempeng.” Balas Fahim bersahaja.

“Awaklah kerempeng. Badan saya ni okey je. Mata awak tu spero sebenarnya.” Balas Syafina garang. Panas rasa hatinya diprovok begitu.

“Amboi-amboi, sedapnya cakap mata kita spero. Dah memang ternyata yang Afin tu kerempenglah.” Fahim juga tidak mahu mengalah. Seronok pula berlawan mulut dengan isterinya itu.

Sudahlah isterinya sudah jarang mahu bercakap dengannya sejak luahan hatinya dua minggu yang lalu. Bukan senang nak bercakap panjang-panjang macam ni. Baik jangan dilepaskan peluang.

“Saya tuan badan, saya lebih tahulah badan saya. Awak tu yang kerempeng, Dah macam hantu jerangkung.” Syafina semakin berani melontarkan ayat pedas.

“Eh sorry sikit. Badan saya ni tough okey. Stamina tinggi. Kalau awak nak suruh pusing padang bola sepuluh round pun saya okey je.”

“Bwekkk, perasan. Tough apa macam tu.” Syafina mencebir.

“Nak saya buktikan ke? Okey, hujung minggu ni saya ke sana. Kita try satu round. Tengok siapa yang tewas dulu. Amacam?”

“Takde masa saya nak berlawan pusing padang dengan awak. Larilah awak sorang-sorang.” Syafina mendengus kuat.

“Siapa cakap nak berlawan lari keliling padang? Orang cakap fight atas katillah. Kita dua je…” Fahim menyeringai nakal.

“Ish, apa awak ni!” Marah Syafina bila menyedari dirinya sekali lagi dipermainkan. Naik merah wajahnya menahan rasa malu yang tiba-tiba menerpa.

“Apa? Betul apa saya cakap? Saya nak buktikan je pada awak ke’tough’an saya. Tak cuba awak tak percaya.”

“Eeee, jangan merepeklah. Malaslah cakap dengan awak ni. Suka cakap bukan-bukan!” Tegas Syafina membalas.

“Sayang ni marah-marah pulak ni kenapa? Datang bulan eh?” Sakat Fahim lagi.

“Eeeee… menyampahlah layan dia ni. Dah saya nak letak. Pergi buat kerja tu. Mengulor je tahu. Assalamualaikum!” Terus Syafina menamatkan perbualan. Wajahnya dikipas dengan lima jari tangan kanannya.

‘Huh, suka melalut benda-benda macam tu. Orang bawah umurlah!’Omel Syafina dalam hati memarahi Fahim.

“Bercakap dengan pakwe ke Afin?”

“Erk?” Baru Syafina tersedar yang dia tidak berseroangan dibiliknya itu.

“Takdelah. Bukan pakwe…” Syafina menggeleng.

“Ala Afin ni. Tak nak mengaku pulak. Takpe Liza faham.” Liza tersengih lebar.

“Bukanlah Liza. Bukan pakwe, si jantung hati je.” Syafina tersenyum malu.

“Cewahhhh, jiwang karat juga Afin ni ye.” Kedua mereka sama-sama tergelak selepas itu.
Syafina menghela nafas perlahan. Terngiang perbualan awal bersama Fahim tadi. Apakah suaminya itu mendapat petanda? Maaf Fahim, saya terpaksa rahsiakan dari awak tentang hal ni. Saya kena pastikan dulu kesahihannya. Maafkan saya…

Syafina merebahkan kembali tubuhnya diatas tilam. Sekali lagi dia terlelap bersama fikiran yang berat memikirkan tentang masalahnya. Tekaan Fahim tadi mengenai haidnya juga tepat. Disebabkan itu dia masih bermalasan diatas katil. Jarum jam juga baru menujukkan pukul tiga. Entah kenapa, tubuhnya terasa letih benar. Mungkin kesan dari pemeriksaan yang dilakukannya awal pagi tadi.


* do enjoy JJK’s lover…sorry lama senyap…peace no war *

~L.O.V.E & F.A.I.T.H ~

Sunday, May 27, 2012

Antara Langit dan Bumi... 7


*Salam...apa khabar semua? Maaf dah lama tak post entry baru.. melalui cuti yg panjang dan hari-hari yang tersangat sibuk kebelakangan ni. Maaf semua.. buat melepas rindu, layan ALDB 7 ni ye..thanks sudi menjengah.. have a nice day everyone... =)

~L.O.V.E & F.A.I.T.H~

ad_dEen


BAB 7

“Abang, bawak motor tu nanti elok-elok.” Mama berpesan pada anak sulungnya yang sedang mengunyah bihun goreng buatannya sebagai sarapan mereka sekeluarga pagi itu. Hanya Fidyatul yang tiada dimeja makan. Mungkin tengah membungkang tidur agaknya. Maklumlah, waktu persekolahannya bermula pukul 12.30 tengah hari nanti. Dia punyai banyak masa untuk berlengah-lengah lagi.

“Iye ma…” Balas Falihin dengan mulut yang masih penuh.

“Adik nanti jangan nak cakap lancang-lancang pulak. Kawal diri, kawal hati tu.” Mama menurunkan pesanan buat anak keduanya pula.

“Ye ma, kali ni adik kawal diri.” Ucap Dina pula yang baru mencicip Horlicks kesukaannya.

“Baca doa banyak-banyak. Istighfar banyak-banyak.” Sambung mama lagi. Masih resah hati ibunya itu mengenangkan berita dukacita yang sering diterima oleh anak keduanya itu. Dia benar-benar berharap yang rezeki Faradina ada di syarikat sahabat anak sulungnya itu.

“Ma, bah. Kitorang gerak dulu. Dah lambat ni.” Suara Falihin menyedarkan kembali fikiran mama yang jauh melayang.

“Elok-elok bang, dik. Apa-apa call mama.” Pesan mama menyambut huluran salam dari kedua anaknya itu.

“Pergi dulu. Doakan adik ye mama, babah.” Dina memohon restu babahnya pula.

“Ingat pesan mama tu.” Babah menjeling sekilas wajah isterinya. Dia tahu rawan hati isterinya itu.

“Baik bah. Adik dengan abang pergi dulu. Assalamualaikum.” Dina mendapatkan Falihin yang sudah mendahuluinya dimuka pintu. Tubuh mama ikut mengekor dari belakang. Babah hanya menghantar pemergian kedua anaknya dengan pandangan. Matanya kembali tertancap pada helaian surat khabar ditangan.

Bye mama, assalamualaikum!” Jerit Dina melawan bunyi deruman Aprilla milik abangnya itu. Pinggang abangnya dipeluk erat. Rasa tidak begitu selesa apabila dia perlu tertonggek membonceng dibelakang abangnya. Sempat hatinya mengutuk motor kesayangan abangnya itu.

“Elok-elok abang, adik!” Mama menjerit. Lambaian tangan Dina dibalas. Dititipkan doa diangin lalu buat bekalan anaknya itu.

Falihin terus memecut laju motor berkuasa tingginya itu membelah kesesakan lalu lintas. Jalan masih agak lengang memandangkan jam masih menunjukkan pukul 7.00 pagi. Jalan di Pusat Bandaraya nanti pasti saja sesak. Mujurlah naik motor sahaja. Boleh saja menyelit-nyelit.

Falihin memberhentikan motosikalnya dipetak parkir. Helmet dikepala dtanggalkan sebelum dia turut membantu menanggalkan helmet dikepala adiknya. Dina sedikit pelik dengan ke’daringan’ abangnya itu.

‘Apa mimpi pulak nak bukakan helmet aku ni? Tadi dekat rumah takde pulak nak tolong pakaikan!’ Omel hatinya.

“Abang ni kenapa?” Soal Dina tanpa dapat berselindung lagi. Geram juga, bila terperasankan beberapa pasang mata yang menoleh ke arah mereka. Mungkin ada diantara mereka lelaki yang masih bujang. Jatuhlah saham dia, tak boleh nak mengorat nanti.

“Diamlah dik. Orang nak tolong pun tak nak bagi ke?” Bebel Falihin. Wajah cuba dicontrol macho.

“Hish buang tebiat!” Dengus Dina. Beg tangan dikepit erat sebelum dia menonong ke depan.

“Eh adik, tunggu la dulu.” Terjerit Falihin memanggil adinya. Ish orang ada benda nak cakap ni, suka hati dia je jalan dulu.

“Apa?” Muncung bibir Dina. Kaki terpaksa dibawa kembali menghadap wajah abangnya.
“Abang nak mintak tolong ni…” Falihin melembutkan nada suara.

“Ni tiba-tiba bahasakan diri ‘abang’ ni apa kes?” Kening Dina bercantum. Terasa seram sejuk pula mendengar lenggok bahasa abangnya itu. Selalunya abangnya itu hanya membahasakan dirinya abang bila didepan orang tua mereka atau adik-beradik yang lain. Kalau berdua sahaja selalu ber-aku-kau je. Ni sudah pelik ni.

“Kejap lagi kau jangan panggil kau-kau dekat abang tau. Kau bahasakan diri kau Nana, jangan adik.” Falihin menjalankan agenda.

“Kenapa?!” Serius Dina terkejut dengan permintaan abangnya itu. Apa ke halnya pulak abang dia ni minta benda luar alam ni??

Please, abang nak act dekat kawan abang tu kejap…” Rayu Falihin.

Act apa??”

“Senang cerita la. Abang nak adik berlakon jadi awek abang kejap.” Falihin berterus-terang.

“Apa ke halnya pulak? Kau ni gila ke bang?” Makin bertambah kerutan didahi Dina.

“Ala, please la dik. Abang nak action sikit dengan kawan abang tu… yang abang ada awek cantik…” Perlahan sahaja hujung ayat dari bibir Falihin.

“Apa dia bang? Adik tak dengar?” Dina bertanya semula. Dalam hati dah segar-bugar kembangnya. Mahu taknya, ingat senang ke nak dengar pujian dari mulut abangnya tu? Dia cakap aku cantik kot!

Falihin mengetap bibir. Dia sudah perasan senyuman yang tersungging dihujung bibir adiknya itu. Haish, mujurlah aku tengah nak acting depan aku punya kawan. Kalau tak jangan harap aku nak mengaku kau tu cantik dik!

“Apa abang cakap tadi bang? Tak berapa nak clear la.” Ulang Dina. Telinga sengaja didekatkan pada abangnya.

“Ye la, adik abang seorang ni cantik! Puas hati?” Dengus Falihin. Jelingan dihadiahkan buat tatapan Dina yang sudah riak mendengar pujian dari mulutnya itu.

“Kalau adik tolong, apa adik dapat?” Dina mendapat idea bernas. Bila lagi nak paw abang seorang dia ni kaw-kaw.

‘Cis, ni yang aku malas mintak tolong dengan budak ni. Ada je agenda tersembunyi dia. Hish, Fid. Kenapa la kau tak lahir sebelum kakak sengal kau ni dik oi!’ Omel hati Falihin. Kalau minta tolong Fidyatul ni, confermlah adik bongsu dia tu tak minta apa-apa.

“Abang bawak kau jalan-jalan naik motor besar abang ni.” Falihin tayang sengih sambil menepuk seat motosikalnya itu.

Dina mencebir. Ingat aku aku hadap sangat nak naik motor dia tu. Dahlah tertonggek-tonggek je bontot naik motor dia tu. Buat jatuh saham je. Nanti tak jadi orang nak mengorat aku.

Please la dik…” Rayu Falihin lagi. Terpaksalah. Sedari tadi Dina tidak memberi kata putus.

“Okey, adik boleh tolong. Tapi adik tak nak naik motor!” Tegas Dina.

“Okey, adik mintak la apa saja pun. Akan abang tunaikan…” Falihin terpaksa mengalah walaupun dalam hati meronta-ronta nak memarahi adiknya itu. Namun kerana sebuah janji yang sudah dibuatnya, terpaksalah dia buat semua ni.

“Adik nak handphone…” Falihin menarik nafas lega. Senang saja tu nak tunaikan.

“Galaxy Note!” Jatuh rahang Falihin mendengar permintaan adiknya itu. Ini melampau ni, melampau!

“Abang nak adik tolong ke tak ni?” Dina menjungkit-jungkitkan kening bila terpandangkan wajah menyinga abangnya itu. Pasti saja nak membantah permintaannya tadi.

“Ye la, adik kena tolong.” Falihin kendurkan kembali wajah. Arghhh, terseksa batin aku deal dengan budak sengal ni.

Good, kalau macam tu boleh kita start acting?” Dina tersenyum ceria. Lantas lengan kanan abangnya itu dipaut mesra.

Falihin mengangguk. Keduanya memulakan langkah masuk ke dalam bangunan blok A Menara Park di Megan Avenue II itu.

++++++++++++++++++++++++++++++

Dihadapan pintu DNS Holding ditingkat 10, Falihin menyuruh Dina tunduk menyalami tangannya. Dari jauh dia sudah dapat mengecam tubuh sahabatnya, Amirul Fatah Abdullah atau nama asalnya Janson Chong yang sedang menghampiri mereka.

Amirul Fatah sedikit terkejut melihat tubuh sahabatnya bersama seorang gadis. Wajah gadis itu masih tidak jelas kelihatan kerana gadis itu membelakangi tubuhnya. Dari jauh dia sudah tersengih kecil. Jadi benarlah yang Falihin memang sudah mempunyai kekasih hati. Dia tergeleng kecil mengingatkan perbualan mereka minggu sudah. Namun ada kemusykilan yang timbul melihat perlakuan mereka berdua tadi.

Ah, mungkin saja dia tersalah pandang.

“Hai, Amza. Assalamualaikum.” Amirul Fatah menghulur tangan untuk berjabat dengan sahabatnya itu. Sengihan penuh makna dilemparkan pada sahabatnya itu.

“Waalaikumussalam Mir. Kenalkan Nana, my special.” Falihin menjongket kening penuh bangga.

“Sayang, meet my friend. Amirul Fatah Abdullah.” Falihin mengenyit mata ke arah adiknya. Rasa nak muntah hijau sahaja Dina mendengar perkataan sayang buat dirinya itu. Memang luar alam!

Dina sedikit terpinga-pinga memandang wajah lelaki yang diperkenalkan oleh abangnya itu. Tak silap nama dia tadi Amirul Fatah Abdullah. Tapi ni kenapa Chinese look ni? Tadi bukan siap bagi salam ke tadi? Wajah Falihin dipandang dengan penuh tanda-tanya.

“Oh, Amir ni saudara baru. Dah tiga tahun dia peluk Islam.” Barulah Dina terangguk faham mendengar penjelasan abangnya itu.

So, this is the girl yang you recommend kerja dengan I?” Soal Amirul Fatah terus.

“Yup. She's the one." Falihin tersenyum bangga.

"Mir, you take care of her. I trust you!” Sengaja Falihin menekan ayat akhirnya. Biar si Amirul Fatah ni tak cuba-cuba nak menggatal pula dengan adiknya. Tak nak dia adiknya itu menjadi isteri nombor dua.

Don’t worry Amza.” Amirul Fatah  ketawa perlahan. Lucu melihat wajah Falihin. Sayang sangat dekat awek dia. Aku dah ada binilah!

Okay, I leave her to you. So, aku gerak dulu la Mir, nanti lewat pulak masuk office.” Falihin meminta diri. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi.

‘Ceh aku ingat abang ni tadi dengan kawan dia perangai dua alam. Naik meremang bulu roma dengar diorang duk ber’I’ ‘you’. Rupa-rupanya ‘aku’ ‘kau’ jugak. Haish la. Tapi serius handsome kawan abang ni. Nak mengorat boleh?’ Bibir Dina berbuah senyuman kecil dengan angan-angannya.

“Na, abang pergi dulu. You take care okay. Apa-apa hal call abang.” Pesan Falihin penuh roamantik. Sekali lagi Dina rasa nak termuntah. Kali ni warna oren!

“Okey bang. Abang pun bawak motor elok-elok. Sayanggggg abang…” Dina melunakkan suara. Haruslah kalau nak memantapkan lakonan mereka dua beradik.

“Okey, sayang Na jugak.” Falihin mengenyit sebelah mata. Wajahnya didekatkan pada wajah adiknya. Dina kelihatan panik seketika dengan tindakan abangnya itu. Falihin memberi isyarat mata supaya memejamkan mata. Diikutkan juga walaupun takut sebenarnya.

Tiba-tiba Dina terasa dahinya hangat. Terjegil terus bebola matanya. Sekali lagi Falihin menghadiahkan kenyitan.

Bye Mir.” Falihin melangkah meninggalkan mereka berdua disitu.

Dina masih terpinga-pinga. Tidak menjangkakan langsung yang lakonan abangnya akan masuk sampai cium-mencium pula. Sumpah balik ni kena mandi wajib!

Amirul Fatah yang agak terkesima melihat pasangan kekasih dihadapannya itu mula tersedar. “Er, miss. Please come in.” Jemput Amirul Fatah ramah sambil membukakan pintu buat kekasih hati kawannya itu.

Thanks!” Dina tertunduk malu sebelum melangkah masuk. Sunggulah dia malu sebab perbuatan luar alam abangnya tadi sudah menjadi santapan mata lelaki kacak disebelahnya itu. Melepas!

Amirul Fatah masih terkejut. Tidak menyangka yang Falihin sampai boleh berciuman dengan kekasihnya. Bukankah mereka itu bukan muhrim? Atas tiket apa yang membenarkan mereka bersentuhan begitu? Amirul Fatah masih tidak mempercayainya sedangkan dia kenal benar dengan sahabatnya yang merupakan orang yang paling banyak membantunya memeluk agama Islam dulu.

“Er, Encik Amir.” Panggilan gadis disebelahnya menyedarkan dirinya. Terus dia tertoleh mencari wajah itu.

Ladies dekat mana ya?” Soal Dina perlahan. Rasa segan masih menebal.

“Oh sana.” Tunjuk Amirul Fatah pada suatu sudut. Dina mengangguk sebelum meminta pamit. Sementara itu Amirul Fatah meninggalkan pesan pada setiausahanya sebelum dia berlalu ke biliknya.

+++++++++++++++++++++++++++

Good morning Mr. Adrian.” Sara menyapa mesra lelaki kacak yang baru saja melepasi pintu kaca DNS Holding.

Morning Sara. How are you today?” Balas Adrian. Kakinya dipaku sebentar dihadapan kaunter.

Just fine, like usual.” Sengih Sara malu-malu. Paluan jantung usah dikata. Kalau hari-hari begini, pasti saja yang dia akan didiagnos menghidap penyakit jantung tahap kronik. Terbaukan haruman yang dipakai oleh lelaki dihadapannya itu, menambahkan lagi getaran pada organ pembekal darahnya.

Really? But you don’t seem like usual today…” Adrian berjeda. Sara segera mengangkat muka yang tertunduk-tunduk memandang jari-jemarinya tadi. Anak matanya dan anak mata Adrian bertautan. Berdebar-debar menanti bicara lanjut dari bibir pemuda cina dihadapannya.

You look different. Really, you look more beautiful than usual. Seriously!” Adrian mengangkat tangan kanan separa telinga. Benar-benar memaksudkan kata-katanya.

“Er, no la Mr. Adrian. There’s nothing different on me.” Segan Sara membalas. Suaranya sudah tenggelam timbul sewaktu bercakap.

I really mean it Sara.” Adrian tersenyum manis. Benar-benar mencairkan hati Sara.
Okay, I need to go now.” Adrian mengilas jam ditangan.

Have a nice day Sara, see ya!” Adrian meminta diri. Sempat dia hadiahkan kenyitan pada Sara sebelum berlalu.

Sara mengurut dada. Senyuman yang tergarit dibibir semakin lebar dan semakin lebar. Hilang sahaja tubuh Adrian dari pandangan, dia duduk menyandar dikerusinya. Senyuman masih tidak lekang dari wajah. Tangan kanan dilekap didada. Bahagianya rasa macam ni. Like heaven!

Dina berbual seketika dengan seorang gadis yang ingin dikenali dengan panggilan Zella. Zella merupakan setiausaha kepada Amirul Fatah. Baru dia tahu Amirul Fatah adalah orang yang sama yang menelefonnya tempoh hari. Tapi kenapa abang panggil dia Amir? Hurm, biarlah. Apa aku sibuk.

Melalui Zella, Dina cuba mendapatkan sedikit tip-tip dan nasihat untuk ditemuduga sebentar lagi. Mujur sahaja Zella itu seorang peramah. Dia tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dengan Dina yang mungkin saja akan menjadi rakan sekerjanya nanti.

Benak Dina sudah berangan-rangan. Nama Zella sudah disenaraikannya sebagai rakan pejabat yang sekepala. Haish, interview belum lagi berangan dah lebih. Macamlah conferm dapat kerja! Marah akal Dina pada kata hatinya.

By the way Dina, good luck okay.” Zella menghulurkan tangan.

Thank you so much Zella.” Sambut Dina dengan lapang dada.

I think we can be a good friend.” Ucap Zella lagi.

I think so Zella!” Dina setuju sangat-sangat dengan pendapat rakan barunya itu.

Perbualan mereka terganggu dengan deringan telefon diatas meja Zella.

Yes Mr. Fatah.”

“Aha, she’s with me now.”

He’s here already.”

I saw him right now.”

Dina yang mendengar tertoleh ke arah sorotan mata Zella. Sedari tadi dia mendengar perbualan dari sebelah Zella. Siapa ‘he’ yang dimaksudkan turut menjadi tanda tanya benaknya.

Dina melopong melihat lelaki yang sedang berjalan ke arahnya itu. Eh tak, tak. Lelaki tampan yang sedang berjalan ke arah Zella. Aku bukan orang penting, kenapa pulak dia nak datang ke arah aku! Sempat lagi hatinya bertelagah sesama sendiri.

“Gulp!” Kuat bunyi liur yang ditelannya, sehingga dirinya sendiri dapat mendengarnya.
Renungan itu, renungan itu begitu tajam dan menikam! Kenapa dia boleh ada dekat sini pulak?

Morning Zella.” Sapa Adrian bersama senyuman. Matanya kembali dikalih ke kanan. Merenung wajah gugup yang sedari tadi berdiri disitu.

What is she doing here?’ Soal hatinya.

‘Nana cool Nana! Dia bukan ada kena mengena dengan kau, yang kau nak takut kenapa.’ Dina memberi semangat kepada dirinya sendiri. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus keluar. Wajah didongak penuh bergaya. Dengan penuh keyakinannya, jelingan dihadiahkan buat pandangan lelaki cina yang sedari tadi asyik merenungnya tajam.

Yeah, that’s right Nana. Macam tu la!’ Dina rasa bersemangat semula. Sokongan padu dari hati sendiri benar-benar memberi keyakinan yang tinggi pada dirinya.

What are you looking for? Am I too pretty?’ Pandangan mata menghantar isyarat bahasa kepada Adrian.

“Hah, sorry? My Yehyeh more beautiful okay!’ Jelingan mata Adrian membalas. Kedua tangan sudah memaut tubuh.

‘Oh really? Do I look care?’ Sinis Dina menjeling balas.

Like I care a ‘thing’ like you?’ Adrian menjongket sebelah bibir.

What?!!’ Mata Dina membulat. Cis, memang mulut takde insuran amrad sorang ni. Tak habis-habis nak menyakitkan hati aku. Kau kena nanti. Kau kena nanti!

Excuse me!” Zella menguatkan suara. Sedari tadi dia memanggil, namun dua tubuh dihadapannya itu langsung tidak menyahut. Asyik merenung antara satu sama lain dengan ekspresi muka yang tegang. Begitu khusyuk seolah berbual melalui deria keenam mereka.

What?!” Serentak Dina dan Adrian bertanya. Keras nada kedua-duanya.

Mr. Fatah is waiting for you inside. Please Mr. Adrian, Miss Dina.” Tekan Zella keras. Namun rasa hormat masih dipamerkan. Tangan kanannya lembut mempersilakan keduanya untuk masuk ke dalam bilik ketuanya.

“Tak pasal-pasal nak marah aku. Apa masalah entah.” Bebel Zella dalam nada perlahan sejurus tubuh Adrian dan Dina hilang dari pandangan.

Please have a seat Miss Dina… Ad…” Amirul Fatah menjemput kedua tetamunya itu duduk dikerusi dihadapannya.

Thanks Sir.” Ucap Dina sebelum melabuhkan duduk. Adrian juga melakukan perkara yang sama.

So, are you guys ready?” Soalan dari bibir Amirul Fatah membuatkan Dina dan Adrian berpandangan. Jelas kelihatan garis kedut didahi keduanya.

“Adrian, meet our first candidates. Miss Faradina Amza.” Amirul Fatah memperkenalkan Dina kepada Adrian.

Are you serious Janson?!” Adrian sedikit terjerit. Dilontarkan soalan penuh kesinisan. Malah dengan sengaja anak mata membuat imbasan ke atas Dina dari atas hingga ke bawah.

What’s wrong Ad?” Tanya Amirul Fatah pelik.

‘Yeah, what’s wrong?’ Hati Dina juga menyoal. Apahal pulak nak menyibuk. Suka hati aku la!

“Er, nothing…” Adrian kendurkan kembali wajah. Jelingan tajam dilemparkan pada Dina yang tayang muka tidak puas hati.

And Miss Fara…” Amirul Fatah menyambun kembali perbualan yang terganggu tadi.

Call me Dina.” Cepat Dina memintas. Amirul Fatah tersenyum dan mengangguk.

Miss Dina, this is Mr. Adrian Wong...

“Yeah I know…” Balas Dina dengan nada kebosanan. Sengaja beriak begitu. Rasakan, tadi menyombing dengan aku.

Sorry?” Ulang Amirul Fatah.

“Adrian Wong isn’t it? I know him already…” Dina masih berwajah selamba. Dijeling sekilas wajah Adrian yang sedari tadi merenung dirinya.

“Oh really? How do you guys know each other hah? Ad?” Amirul Fatah berkalih-kalih memandang wajah sepupunya dan Dina. Sungguh dia sangat teruja mendengarkan perkara itu. Tidak menyangka Adrian ada berkenalan dengan gadis Melayu. Kalau jodoh si Ad ni dengan orang Melayu mesti best. Aku ada la geng. Senyuman jelas terukir diwajahnya bila angannya terlayar diruang mata.

“Oh, it was a long story. Just forget about it. So, can we just start the interview?” Dina menukar topik perbualan mereka.

“Oh, okay. Sorry. Hurm wait for second okay.” Amirul Fatah melekapkan gagang telefon ditelinga.

“Zella, the meeting room setup already?” Soa Amirul Fatah ditalian.

Okay, thanks Zella. Please come in.” Ucap Amirul Fatah. Gagang telefon diletak kembali.

“Tok! Tok!” Kepala Amirul Fatah, Adrian dan Dina serentak tertoleh ke muka pintu.

Mr. Fatah…” Zella menjenguk dimuka pintu.

Show them the room Zella.” Arah Amirul Fatah kepada setiausahanya.

Miss Dina, Mr. Adrian. Please come this way.” Zella terus memainkan peranan. Dina membontoti langkah Zella keluar dari bilik milik COO DNS Holding itu. Adrian masih menunggu Amirul Fatah yang sedang mengemas mejanya. Ada perkara yang harus mereka bincangkan berdua.

Dina kebosanan. Dari tadi skrip yang dihafalnya sejak tiga hari yang lalu langsung tidak melekat dikepala. Rasa bebal sahaja otaknya sekarang ini. Semua yang dirancangnya sebelum hari interview ini berantakan sama sekali. Semuanya gara-gara kemunculan Adrian. Arghhh, apa kena mengena mamat amrad tu dengan DNS Holding ni?

Sepuluh minit sudah berlalu. Tadi baru sekejap Zella hantarkan minuman buat dia. Mana Mr. Fatah ni? Apa yang lama sangat ni? Hish… Entah-entah amrad tu dah cerita buruk pasal aku tak? Entah-entah Mr. Fatah tak jadi nak interview aku tak??

Mama help!! Dina sudah menggelabah beruk dengan andaian-andaian benaknya itu. Peluh mula merenik didahi. Bilik mesyuarat yang tadi rasa dingin kini sudah panas bagai di padang pasir. Anak matanya tidak lepas memandang daun pintu. Berharap yang pintu itu bakal terkuak dengan kemunculan wajah tersenyum Mr. Fatah.

Dap, dup, dap! Jantung berdetak kencang.

“Tok! Tok! Tok!” Bunyi ketukan dipintu hampir memuatkan Dina melatah. Mujur sempat ditenangkan hati yang menggelabah. Amirul Fatah masuk bersama senyuman manis yang terukir dibibir. Dina bangun berdiri menyambut bakal ketuanya itu dengan hormat. Senyuman turut dilemparkan kepada lelaki segak itu. Hati kembali beralun tenang melihat senyuman itu. Andaian-andaian buruk tadi dipangkah satu persatu.

Langkah kaki seseorang dibelakang Amirul Fatah mematikan senyuman yang berukir indah dibibir Dina. Adrian melemparkan pandangan sinis kepadanya. Tiba-tiba Dina terasa down kembali.

Okay, please have a seat both of you. We are going to start.” Amirul Fatah bersuara setelah melihat drama bisu dan tegang antara Dina dan sepupunya. Sepertinya ada sesuatu diantara mereka.

“Hmmm… Adrian menggumam pendek sebelum menarik kerusi. Dina kembali duduk dikerusinya tadi setentang dengan Adrian.

Okay, are you ready Miss Dina?” Mata kembali terarah pada wajah Amirul Fatah dikepala meja. Kepala diangguk kecil bersama semangat yang diseru buat diri sendiri. Bibir mengukir senyum.

Setengah jam berlalu, perbualan mereka terhenti. Dina diarahkan duduk dihujung meja panjang itu setentang dengan Amirul Fatah. Adrian dan Amirul Fatah berbincang dengan nada yang amat perlahan. Sangat sukar untuk Dina mengesan butir bicara mereka. Sekali-sekala dia mencuri pandang ke arah mereka namun dia dihadiahkan pandangan tajam dari anak mata Adrian. Dan ketika Amirul Fatah berpandangan dengannya, senyuman terbias dibibir membalas senyuman kecil lelaki itu.

‘Huh, kerek sangat kau ni Adrian Wong. Menyampah pula aku tengok. Sibuk mengalahkan COO tu, macamlah company ni kau yang punya!’ Kutuk Dina dalam hati. Tangan masih ralit menyelak majalah bahasa Inggeris yang dicapainya dari atas meja. Langsung dia tidak berminat membaca, sekadar diselak sambil lalu.

“Eherm, eherm…” Dina mengangkat kepala tatkala terdengar suara deheman itu.

Please come closer Miss Dina…” Amirul Fatah lembut memanggil.

‘Haish, sejuknya hati kalau dia jadi laki aku ni…’ Detik hati Dina sendiri. Dia bangun mendapatkan kerusi yang didudukinya tadi semasa ditemuduga.

Temuduga yang berlangsung selama setengah jam itu akhirnya mencapai satu kata sepakat. Minta-mintalah sebelahkan aku. Doa Dina.

Okay, Miss Dina. We’ve discussed already, and…” Amirul Fatah berjeda. Dia tersenyum-senyum memandang Adrian dan Dina silih berganti. Dina jadi tidak sabar pula untuk mendengar. Manakala Adrian tayang muka tidak berperasaan.

Congratulation. Welcome to DNS Holding.”  Ucap Amirul Fatah bersama senyuman yang melebar.

Dina terkesima sebentar. Kejap, aku tak salah dengar tadi kan?

Pardon?” Kata Dina.

“Awak diterima bekerja disini Cik Dina. Tahniah!” Ucap Amirul Fatah sekali lagi dalam bahasa Melayu.

Really?” Masih sukar Dina menerimanya.

Are you deaf?” Soalan dingin yang menyapa telinga membuatkan kepala Dina berkalih memandang pada wajah yang melontarkan soalan tidak berperikemanusiaan tadi. Matanya mencerlung tajam pada wajah selamba Adrian.

“Ad!” Amirul Fatah bersuara memberi amaran kepada sepupunya. Dina mengeluh perlahan. Mujrulah ada abang handsome ni tau. Kalau tak kau memang dah selamat kena kunyah dengan aku.

“Eherm…” Dina berdeham kecil. Sempat dihadiahkan jelingan tajam pada wajah tegang Adrian dikerusi.

So, when can I start Mr. Fatah?” Soal Dina penuh teruja. Tidak lupa bibirnya mengukir senyuman. Otomatik saja bila berpandangan dengan Amirul Fatah. Kalau dengan mamat amrad tu, tak lalu nak pandang pun.

As soon as possible. Maybe tomorrow if you are ready…” Amirul Fatah berpandangan dengan Adrian. Berharap sepupunya itu bersetuju.

No, she have to come tomorrow!” Adrian memintas tegas. Eh, selamba badak je Janson ni nak bagi muka dekat budak ni. Mana boleh!

Jelingan tajam dihadiahkan pada Dina. Gadis itu juga tidak mengalah, turut membalas jelinganyan.

‘Eh sibuklah kau.’ Bentak hati Dina dengan celahan Adrian tadi.

So, Miss Dina. Let me introduce you, Mr. Adrian Ferdinanz Wong…” Amirul Fatah bersuara menghalau ketegangan suasan yang menyapa.

‘Eh kenapa nak kena kenalkan mamat ni dekat aku. Aku dah kenal dia la…’ Dina tayang wajah kebosanan.

Start tomorrow, you wil work under him. He is your boss now.” Amirul Fatah menyambung.

Dina mengangguk kecil.

‘Eh wait!’ Dina kembali tersedar. Wajah cuak + menggelabah ditayang pada Amirul Fatah. Adrian yang melihat menarik senyuman sinis. Kelakar melihat tingkah Dina yang terkejut melampau tu.

Serve you right. Bukan nak pay attention masa orang bercakap. Sekarang baru nak menggelabah beruk.’ Kutuk Adrian dalam hati.

I’m sorry Mr. Fatah. Can you please repeat?” Pinta Dina dengan hati berdebar-debar. Harap-haraplah dia tersalah dengar.

Mr. Adrian Ferdinanz Wong. He is your boss. You’re now his secretary.” Dengan wajah terpinga-pinga Amirul Fatah mengulangnya. Pelik dengan reaksi dua manusia bersamanya itu. Yang seorang cuak nak mampus, yang seorang senyum mengalahkan menang loteri. Rasa musykil mula timbul dihati berkenaan hubungan mereka berdua.

“Er, is everthing alright?” Tanya Amirul Fatah melihat kelakuan Adrian dan Dina yang berpandangan sesame sendiri.

Mak! Kerja dengan amrad ni? Mama, help!!

Who is he?” Soal Dina masih tidak puas hati. Kenapa pulak aku nak kena kerja dengan dia. Office dia dekat Bukit Jalil sana.

He is our CEO in DNS Holding.” Maklum Amirul Fatah tanpa mengetahui apa-apa.

What?!” Dina tidak dapat meneymbunyikan perasaan terkejutnya.

What’s wrong with that Miss Dina?” Amirul Fatah bertanya pelik. Keningnya bertaut rapat.

“Er…” Dina menjeling sekilas wajah Adrian yang duduk berhadapannya itu. Dapat dikesan riak bangga dan bongkak diwajah itu. Dina menelan liur. Pergh, kelat!

Do you have problem with that?” Adrian bersuara. Tenang sahaja nada suaranya.

“Er, no. There is no problem at all.” Cepat Dina menggeleng. Senyuman terbit dibibir bagi meyakinkan dua lelaki yang sedang memandangnya itu.

So, you can come tomorrow morning Miss Dina. Again…” Amirul Fatah bangun berdiri. Dina pantas berbuat perkara yang sama.

Congratulation again and welcome to DNS Holding.” Ucap Amirul Fatah ramah.

“Janson…” Panggil Adrian perlahan.

Dina hanya memerhati kedua lelaki yang sedang berbisik itu.

Please excuse us for a while."

Oh, sure.” Dina mengangguk. Tubuhnya dijarakkan sedikit dari situ. Dia kembali ke kerusi di hujung meja seperti tadi.

Are you serious?!” Hampir gugur jantung Dina mendengar kelantangan suara Amirul Fatah yang tiba-tiba itu. Terlepas majalah yang dipegangnya ke lantai.

“Er, sorry Miss Dina…” Amirul Fatah tersengih. Dina hanya menggeleng.

‘Hish kus semangat aku. Apalah yang diorang duk berbisik-bisik tu. Macam perempuan pulak kecohnya. Hish, ni yang buat aku berdebar ni.  Hurm, macam mana si amrad tu boleh jadi CEO company ni. Kan abang cakap ni company kawan dia. Hish confius…’ Kepala Dina tertanya-tanya sendiri.

Sepuluh minit berlalu, Dina kembali dipanggil untuk mendekat.

So, Miss Dina. I guess I need to congrates to you twice…” Amirul Fatah tersenyum-senyum berpandangan dengan Adrian.

I’m sorry?” Dina kepelikan.

The guy just now yang hantar you tu abang you kan?” Amirul Fatah tersenyum bertanya.

“Er…” Alamak, kantoi pulak. Macam mana Mr. Fatah ni boleh tahu pulak ni. Ala sorry la bang. Terpaksa mengaku. Dina mengangguk kecil menjawab pertanyaan Amirul Fatah itu.

“Macam mana I boleh tak perasan nama both of you sama, Falihin Amza Amri and Faradina Amza Amri. Serious, I memang tak perasan tadi…”Amirul Fatah bersuara lagi sambil memegang resume milik Dina.

How do you know Mr. Fatah?” Soal Dina ingin tahu.

Thanks to your fiance. He told me just now.” Amirul Fatah menjeling Adrian dengan senyuman mekar.

So, Miss Dina. Double congratulations to you. No wonder la korang berdua ni nampak weird je.” Amirul Fatah ketawa perlahan sambil menjabat tangan Adrian.

Dina diam tak berkata apa. Masih terpinga-pinga dengan situasi yang sedang berlangsung.

See, I told you. She still want to pretend...” Terdengar jelas dipendengaran Dina bisikan Adrian pada Amirul Fatah itu. Kedua-duanya tergelak kecil.

“Er, did I misheard Mr. Fatah?” Tanya Dina yang masih blur.

It’s okay Miss Dina. We keep it between us. I promise to keep it as secret until both of you want to reveal it.” Amirul Fatah menggoyangkan tangan tanda jangan risau.

Well, we will become a family after this Miss Dina.Welcome to Wong’s families…” Amirul Fatah mendepang tangan memberi ucap selamat datangnya. Makin membuatkan Dina terpinga-pinga macam orang bodoh.

“Er, me and Adrian are cousin. So, we’re family…” Terang Amirul Fatah melihat wajah berkerut Dina.

Miss Dina, don’t tell your brother first. Let me talk to him. Pandai dia menipu I. tak sangka betul. Patutlah boleh bercium sakan tadi.” Amirul Fatah masih teruja dengan berita yang baru dikhabarkan padanya tadi oleh Adrian. Wajah penuh tanda tanya Dina langsung tidak dihiraukannya.

Mr. Fatah…” Panggil Dina.

What do you mean?” Tanya Dina dengan wajah yang bagai hendak menangis. Dia cukup tidak suka berada dalam situasi blur begitu. Sungguh dia tidak faham akan kelakuan dua lelaki dihadapannya itu.

It’s okay honey. Janson, please excuse us.” Adrian menyampuk perlahan.

“Oh, okay. See you tomorrow Miss Dina. Ad, don’t over okay.” Pesan Amirul Fatah sebelum berlalu. Adrian hanya tergelak kecil.

Adrian kembali berpaling menghadap wajah Dina. Riak gadis itu yang seperti ingin menangis menggeletek hatinya. Nampak begitu innocent. Geram pulak bila lihat lama-lama. Detik hati Adrian.

What do you both talking about just now?” Soal Dina ingin tahu.

Honey, don’t you get it? Janson was congratulated us just now.” Balas Adrian bersahaja.

For what?”

For our engagement honey…” Meleret bicara Adrian. Tidak terlupa senyuman dihujung bibirnya.

What?” Terjerit Dina dibuatnya.

Don’t you remember honey? This ring?” Adrian cuba menyentuh jari manis Dina yang tersarung cincin disitu. Cepat-cepat Dina melarikan tangan.

“Bila masa I bertunang dengan you? What did you told Mr. Fatah hah?” Dina mula keberangan setelah dapat mencerna maksud Adrian.

“Syhhh, low down your voice honey. You want all staffs heard us?” Adrian mengingatkan.
Don’t you ever call me honey okay!” Bentak Dina geram.

Why not? We’re getting married isn’t it?” Adrian masih berlagak selamba. Rasa nak hamburkan tawa saja melihat wajah kaget dan cuak gadis dihadapannya itu.

Nonsense! Apa yang you dah bagitahu Mr. Fatah hah? You ni tak malu ke?” Jerit Dina marah.

What do you think…” Adrian senyum sumbing. Tangan dipautkan ke tubuh. Muka sinis habis membalas pandangan Dina. Baru rasa puas dapat kenakan gadis yang bakal menjadi P.A nya esok.

Secretary is just like a wife isn’t it?” Giat Adrian lagi.

Are you crazy? What the hell are you talking about hah?!” Lantang suara Dina menghamburkan kata. Memang gila amrad seorang ni!

I’m not crazy. I’m telling you the truth. We’re engaged. Now you become my secretary. Wah, what a simple life. No need to sign a marriage certificate…” Adrian senyum sumbing lagi.

You!” Dina mencerlung tajam pada wajah Adrian. Kecil besar-kecil besar je dia lihat ‘apek’ depannya itu.

Now, let’s celebrate our sweet relationship.” Adrian merungkai tangan. Punggung yang dilabuh diatas meja tadi diangkat ingin merapati Dina.

“Hey!” Cepat Dina mengelak ketika lengan milik Adrian itu hampir jatuh diatas bahunya.

What?” Soal Adrian tanpa sedikit rasa bersalah.

You let other guy kissed you, and why I cannot touch you?” Adrian menjegilkan anak mata. Rasa tercabar ego lelakinya.

He is my brother okay!” Dina membela diri.

“Hey, it’s nothing to do with you!” Jerkah Dina bila tersedar akan keterlanjuan katanya tadi. Kenapa pula dia hendak membela diri pula dihadapan lelaki tak tahu malu ni.

You, what you said just now. We’re engaged? Are you crazy?!” Marah Dina lagi. tubuh dijauhkan dari Adrian yang seperti ingin mendekat.

It’s true right? You confessed it before…” Adrian tenang memberi jawapan. Tubuhnya sekali lagi cuba didekatkan pada Dina yang melarikan diri.

Stay away. What are you trying to do?” Larang Dina bila melihat Adrian masih cuba mendekatinya.

I want to kiss you…” Adrian gelak jahat. Dia makin mendekatkan diri dengan kedua tangan didepang seolah ingin memeluk gadis dihadapannya itu.

“Makkkk!!” Jerit Dina sambil menutup mata. Sebelah tangannya tanpa sedar naik melayang ke udara.

“Pang!” Kedua-duanya sama-sama terdiam. Dina melihat tapak tangannya yang terasa pedih. Kemudian matanya beralih pada wajah Adrian yang memerah.

You slapped me?” Tengking Adrian meninggi. Pipi kanan yang terasa pijar diraba. Berbahang mukanya terasa.

Serve you right!” Balas Dina sebelum menendang kelangkang Adrian.

“Arghh!” Adrian yang tidak bersedia senak menerima tendangan dari kaki setiausahanya itu. Tertunduk dia menahan sakit.

Beware Faradina Amza!” Jerit Adrian marah.Dina terus berlari ke pintu meninggalkan Adrian yang tertunduk menahan sakit.

Terus dia berjalan keluar menuju ke pintu utama. Tidak mahu bertembung dengan Amirul Fatah. Lain pula ceritanya nanti. Tak pasal-pasal nanti dipecat pula. Bibirnya tersenyum puas setelah berjaya meloloskan diri.

“Padan muka. Lain kali kurang ajar lagi dengan aku! Kalau tak fikir nak jaga air muka abang, jangan harap aku nak datang kerja esok!” Bebel Dina dalam lif.

Seketika hatinya terasa cuak tiba-tiba. Buatnya lelaki tadi ambil tindakan yang lebih teruk kepadanya macam mana? Buatnya dia rogol kau?

“Eh no, no. Dia takkan buat macam tu! Sepupu dia kan ada.” Nafi Dina. Kepala tergeleng perlahan.

‘Ya ALLAH pelihara maruah ku ya ALLAH.’ Doa Dina perlahan dengan perasan bersalah yang mula menjalar dalam hati.

Harap-harap esok, lelaki itu berubah laku. Janganlah dia buat apa-apa pada aku.