Wednesday, May 25, 2011

Cinta Dahulu dan Selamanya 10

BAB 10

Sudah seminggu Syafina menjalani minggu orientasi di UKM. Hari ini merupakan hari terakhir di mana selepas itu dia akan menjalani kehidupan seperti biasa sebagai pelajar kampus. Dan seminggu juga dia sudah tdak berhubung dengan suaminya. Ketiadaan masa yang terluang menyebabkan dia langsung tidak menghubungi lelaki itu.

Petang itu, sesi orientasinya tamat dengan mereka beramai-ramai diraikan dengan jamuan kecil oleh para fasilitator bagi mengalu-alukan kedatangan mereka. Semasa majlis tersebut, Iqmal tak habos-habis cuba mendekatinya. Mujur sahabatnya Maya ada bersama, dapat Maya member helah untuk menjauhkan diri daripada Iqmal.

Syafina terus ke biliknya selepas tamat majlis. Badannya terasa melekit. Segera dia mengambil peralatan untuk mandi. Hampir setengah jam dia mengambil masa di dalam bilik air. Mujur dia tidak boleh bersolat minggu ini, dapatlah dia melengahkan sedikit waktu.

Selesai membersihkan diri, dia berlalu ke ruangan membasuh untuk membasuh pakaiannya yang seminggu tidak berbasuh. Penat betul untuk membasuh baju yang bertimbun itu. Hampir satu jam setengah dia berada di dalam bilik air.

Syafina duduk di atas katil sambil mengelap rambutnya yang basah. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 7.15 malam. Sebentar lagi azan Maghrib akan berkumandang. Rakan sebiliknya sudah tiada di katilnya. Mungkin juga ke bilik air. Syafina mengambil handphonenya yang terdampar dibawah bantal. Dia hanya tersenyum melihat nama orang yang 'missed called' dan menghantar SMS kepadanya.

'Sayang, knp x pickup call? Saya msg pn x berbalas. I missed you a lot.' Syafina tersenyum membaca SMS yang dikirimkan oleh Fahim. Kemudian dia membaca SMS lain pula.

'Fin, r u sleeping? I've called u 20x ok. Reply me when u REALIZE. Nanti nk prgi mkn roger2 aku. Kta mkn sma2.' Syafina tergelak kecil. Pasti Maya bengang dengannya sampai begitu sekali cara dia SMS. Segera dia menelefon sahabatnya itu.

"Hidup lagi kau." Maya menerjah selepas menekan butang hijau pada handphonenya.

"Isy dia ni. Assalamualaikum." Syafina lembut memberi salam.

"Waalaikumussalam." Maya menjawab dingin.

"Marah lagi?" Tersenyum Syafina dihujung talian.

"Tak, dah ambil wudhu." Balas Maya. Tersenyum lega Syafina mendengarnya.

"Tadi aku mandi, lepas tu basuh baju. Tu yang lambat reply kau." Syafina jujur menerangkan perkara sebenar.

"Okay, ingat tidur ke tadi. Tak gayut dengan cik abang pulak?" Maya sengaja bertanya dengan nada sinis.

"Dengan dia nanti-nanti lah. Dengan sayang aku yang ni kena cepat-cepat pujuk." Tergelak Syafina menuturkannya.

"Tu lah. Mandi lagi macam tuan puteri." Maya berkata.

"Yelah. Ampunkan patik Tuanku. Nanti pukul 8.00 kita pergi bersantap ya Tuanku. Turun bilik patik dulu tau." Syafina sengaja berkata begitu untuk mengambil hati sahabatnya itu.

"Gatal. Dah pergi telefon cik abang tu. Merajuk sikit-sikit macam aku ni takpe lah senang nak pujuk. Buat dia merajuk cam si Faril tu padan muka kau." Maya mengusik tentang suami sahabatna itu.

"Kalau rajuk si Faril tu senang je. Aku peluk cium dia terus tak marah dekat Mak Su dia ni." Syafina membalas.

"Gatal. Nak pujuk cik abang dia macam tu lah ye. Erm confirm lah cik abang tu tak marah dah kalau isteri dia pergi peluk cium dia." Usikan Maya membuatkan Syafina terdiam seketika. Aku cakap macam tu ke tadi? Alah tersalah pulak dah kena sakat dengan si Maya ni pulak. Ish. Syafina menggerutu didalam hati.

"Dah lah. Maghrib dah ni. Solat. Turun sini dulu kejap lagi tau." Syafina cepat-cepat mahu menamatkan perbualan. Pantang kalau Maya ni diberi kesempatan untuk mengusik.

"Eleh, takut lah tu. Okay bye." Maya menamatkan perbualan. Syafina hanya tersenyum selepas itu.

Bukaan pintu bilik dari luar mengejutkan Syafina. Tersembul wajah Liza, rakan sebiliknya itu dengan hanya berkemban. Gadis itu mengambil jurusan Ijazah Pengurusan Perniagaan. Sebelum ini dia belajar di sebuah matrikulasi di utara tanah air.

"Dah mandi Fin?" Sapa Liza ramah. Syafina mengangguk sebagai jawapan.

"Pukul 8.00 nanti jom keluar makan dengan Afin dan Maya." Syafina mempelawa gadis itu untuk makan bersamanya.

"Erm tak boleh kot. Liza nak keluar makan dengan Ziffan." Liza tersenyum memberitahu. Syafina sudah tahu mengenai Ziffan, kekasih Liza. Mereka sudah berkawan semenjak dari matrikulasi lagi. Sebab itu mereka menyambung ijazah di universiti yang sama. Senang untuk mereka. Keluarga masing-masing pun sudah tahu hubungan mereka.

"Amboi, dating dengan pakwe ye." Syafina mengusik.

"Maklumlah seminggu ni kena kuarantin. Rindu." Liza tersenyum nakal. Syafina hanya tersenyum.

"Okay lah, lain kali kita makan sama ye." Liza hanya mengangguk. Dia sudah selesai menyarung kain telekung ke tubuhnya, bersedia untuk menunaikan solat Maghrib. Syafina menyiapkan diri untuk keluar bersama Maya nanti.

Tepat pukul 8.00 malam tubuh Maya sudah terpacak dihadapan pintu bilik Syafina. Dia terus memboloskan diri dan bersimpuh diatas katil milik Syafina. Syafina hanya menggeleng melihat perlakuan sahabatnya itu.

"Ya, kenalkan ni roomate aku, Liza. Liza ni Maya." Syafina memperkenalkan kedua mereka. Syafina meneruskan memakai tudungnya sambil membiarkan dua gadis itu berkenal-kenalan.

"Bilik Maya dekat mana?" Tanya Liza ramah.

"Tingkat tiga atas ni. Bilik yang hujung sana." Beritahu Maya sambil tangan turut terangkat.

"Oh, senang lah nak pergi kelas sekali. Best lah korang. Liza ni takde langsung kenal siapa-siapa dekat sini." Liza berkata sayu.

"Eh, Liza lupa ke dengan kesayangan Liza si Ziffan tu? Liza lagi bertuah tau belajar sama-sama dengan kekasih hati." Syafina menyampuk perbualan dua rakannya itu.

"Maksud Liza kawan perempuan lah Fin. Alah nanti lama-lama mesti Afin dengan Maya pun dapat jumpa kekasih kat sini. Siapa tahu." Liza pula cuba mengusik.

"Pandai lah Liza ni. Tapi untuk Afin ni tak boleh dah. Nanti ada yang marah. Kalau Maya takpe." Maya menjeling wajah Syafina. Gadis itu membalas dengan membulatkan anak matanya. Mereka bertiga tergelak besar kemudiannya. Gelihati melihat gaya Syafina yang bercekak pinggang. Muka garang lah tu. Tapi langsung tak takut. Comel je ada.

"Okay Liza, kitorang keluar dulu. Jangan nakal-nakal tau dengan Ziffan." Syafina sengaja berpesan begitu sebelum keluar.

"Eh, Liza tak macam tu tau." Merona merah wajah Liza. Malu diusik begitu.

"Bye Liza." Mereka bertiga berbalas lambaian sebelum tubuh Syafina dan Maya hilang dibalik pintu.

"Liza dah tahu?" Syafina pelik dengan soalan yang idutarakan oleh sahabatnyaitu.

"Tahu apa?" Soal Syafina semula.

"Pasal kau, dengan your hubby." Maya menunjal bahu Syafina dengan jari telunjuk kanannya. Syafina mula teringat.

"Belum, dia tak tahu pun. Kau jangan bocorkan pada sesiapa pulak. Ni antara kita berdua je tau." Syafina mengingatkan sahabatnya itu tentang perjanjian mereka. Maya hanya mengangguk.

Mereka berdua terus berjalan ke kafeteria untuk mengisi perut yang lapar. Sedang mereka leka menjamu, tiba-tiba handphone milik Syafina berbunyi. Nama yang terpapar di skrin telefon membuatkan Syafina kegelisahan.

"Kau kenapa Fin? Angkat je lah call tu." Maya pelik dengan tingkah Syafina.

"Er, macam mana aku nak jawab ni. Aku lupa lah dari tadi." Syafina berkata resah.

"Siapa, cik abang kau?" Tanya Maya ingin tahu. Syafina mengangguk.

"Jawab je lah. Bagitahu dia terus. Merajuk pulak cik abang tu karang." Usul Maya. Tangannya masih khusyuk menyuap bihun tomyam yang dipesan ke dalam mulut. Syafina akur juga. Butang hijau ditekan dan ditekapkan handphone itu ke telinganya.

Pasti Fahim mengamuk dengan dia kerana langsung tidak telefon dan membalas SMS. Nasib lah. Syafina menggumam kecil.

"Assalamualaikum." Lembut Syafina menyapa.

"Waalaikumussalam." Tegas jawapan dari hujung talian.

"Er, sorry tak reply call dengan message. Terlupa sangat-sangat." Syafina berkata lambat-lambat. Bimbang dimarahi Fahim.

"Ingatkan langsung dah tak nak angkat call." Senada sahaja suara Fahim. Syafina menggigit bibir.

"Sorry, tadi nak call tapi tengah waktu Maghrib." Syafina memberitahu.

"Habis, lepas tu takkan tak boleh call. Ingat saya ni tunggul ke?" Jawab Fahim keras.

"Saya terlupa. Sorry, bukan sengaja tak nak call." Suara Syafina mula kedengaran sayu. Kenapa Fahim tak nak faham?

"Bila cakap menjawab. Dah lah seminggu ni langsung takde masa nak call. Itu boleh consider lagi sebab tahu awak sibuk dengan orientasi. Kalau ye pun reply je lah SMS. Kita duk risau apa-apa jadi dekat dia. Tu pun susah ke?" Fahim masih ingin meluahkan perasaan tidak puas hatinya pada isterinya itu.

"Kejap lagi saya telefon awak balik. Saya dekat luar ni." Syafina menahan getar suaranya ketika bercakap. Tidak mahu Fahim perasan yang dia sudah ingin menangis.

"Luar? Malam-malam keluar pergi mana? Kenapa tak cakap dengan saya dulu?" Marah Fahim makin bertambah bila diberitahu begitu.

"Saya kena letak telefon sekarang. Bye assalamualaikum." Syafina pantas menekan butang merah pada handphonenya. Wajah Maya yang sedang merenungnya dipandang dengan wajah sayu.

"Dia marah?" Soalan Maya dibalas dengan anggukan kecil.

"Makan lah dulu. Kejap lagi telefon beritahu dia." Maya cuba menghalau pergi kesayuan pada wajah sahabatnya itu. Syafina mengangguk lalu menyuap nasi goreng Amerika ke dalam mulut. Seleranya sudah mati sejak tadi.

Pinggan Syafina masih berbaki. Maya hanya menggeleng. Selepas membuat bayaran mereka berjalan pulang ke kolej mereka. Syafina langsung tidak bersuara selepas menamatkan talian tadi. Maya mengerti akan keadaan sahabatnya itu. Maya menemani Syafina hingga ke bilik.

"Telefon lah dia." Cadang Maya.

"Aku tak suka dengar dia marah-marah macam tu." Syafina memandang wajah Maya.

"Terang betul-betul pada dia. Baru dia faham. Kalau kau tak nak aku dengar aku boleh naik." Maya sudah berdiri dari birai katil Syafina.

"Duduk lah. Kau stay dengan aku kejap ye." Syafina memegang erat jemari kawannya. Maya mengangguk setuju.

Syafina menarik nafas dalam sebelum mendail nombor handphone suaminya. Berdebar dia menanti reaksi Fahim.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Please beri saya peluang bercakap dulu sebelum awak nak marah-marah."

"Go on."

"Saya habis orieantasi tadi pukul 5.45 petang. Naik bilik je saya terus pergi mandi dan basuh semua kain baju. Settle semua tu dalam pukul 7.15 malam. Bila saya check handphone ada miss called dan message dari awak. Saya nak call balik tapi time tu dah nak Maghrib. Baru nak message, Maya call saya. Lepas bersembang dengan Maya terus saya lupa nak balas message awak. Dan sekarang ni baru saya berpeluang telefon awak. I'm really sorry sebab langsung takde masa nak message atau call awak sebelum ni. Sorry sangat-sangat." Terang Syafina panjang lebar.

Penerangan isterinya itu membuatkan Fahim terdiam untuk 15 saat. Hatinya terasa bersalah kerana cepat melenting marah kepada gadis itu tadi. Dia langsung tidak mahu mendengar pada penjelasan Syafina. Kau bodoh Fahim! Fahim memarahi dirinya dalam hati.

“Afin dah makan?” Lembut suara Fahim bertanya.

“Err, dah.” Syafina pelik dengan perubahan mendadak suaminya itu. Dia fikir Fahim akan terus menghamburkan kata-kata marahnya.

“Afin makan dekat mana?” Syafina mengerutkan dahi dengan sikap Fahim yang berubah. Pelik. Tadi bukan dia tengah marah sangat ke? Fikir Syafina.

“Afin, sayang. Are you still there?” Panggilan Fahim menyedarkan Syafina.

“Erm, saya makan dengan Maya tadi dekat kafeteria.” Cepat-cepat Syafina memberitahu. Bimbang Fahim melenting marah kembali.

“Maya? Siapa tu?” Tanya Fahim lembut. Dia ingin mengenali kawan isterinya itu.

“Kawan satu kos.” Balas Syafina pendek. Malas mahu memberitahu lebih lanjut.

“Saya mintak maaf lagi sekali pasal tak call awak.” Syafina kembali ke topik asal. Dia tidak mahu malam ini berakhir tanpa kemaafan dari suaminya. Berdosa. Buatnya nyawa dia ditarik malam ni? Oh tidak.

“Not your fault. I’m the one who should ask your forgiveness. Saya mintak maaf sebab langsung tak nak dengar penjelasan awak. Terus je nak marah-marah awak. I’m really sorry.” Suara Fahim sayu dihujung talian.

“Kita lupakan je lah pasal ni.” Syafina memutuskan begitu akhirnya. Perkara sudah lepas biar lah berlalu.

“Erm, so macam mana orientasi?” Fahim sudah ceria semula.

“Okay. Penat sikit.” Syafina sudah menarik nafas lega. Dia sudah terlupa akan Maya yang sedang merenungnya.

“Nanti hujung minggu ni saya pergi sana ye?” Fahim bersuara. Sudah rindu untuk menatap wajah isteri kesayangannya itu.

“Eh, tak payah lah. Minggu ni busy sebab kelas dah nak mula.” Syafina resah dengan permintaan Fahim. Bukan dia tidak ingin berjumpa lelaki itu, tapi kalau Fahim datang mesti dia mintak aku tidur dengan dia dekat mana-mana. Tak nak lah. Detik hati Syafina.

“Kelas kan weekdays je. Weekend kita keluar lah jalan-jalan. Saya rindu dekat awak.” Beritahu Fahim dengan lembut.

“Tak payah lah. Saya tak nak awak susah-susah. Macam ni, nanti lagi dua minggu kita jumpa.” Syafina cuba mencari helah.

“Okay, janji?” Fahim percaya dengan kata-kata isterinya itu.

“Err, tengok keadaan dulu kalau takde apa-apa.” Serba salah Syafina untuk menyatakan persetujuan. Namun dalam hati ingin bertemu suami tercinta itu.

“Erm, takde tengok-tengok. Kalau tak tiap-tiap minggu saya datang sana. No excuses.” Fahim bersuara tegas.

“Erm…okay.” Akhirnya Syafina mengalah juga. Fahim tersenyum senang ditalian.

“Okay lah. Saya ada kerja nak buat sikit ni.” Syafina sudah mahu menamatkan talian. Malu dia kepada Maya yang berada bersamanya itu. Baru tersedar kembali sahabatnya itu masih dibiliknya.

“Erm, nanti malam sebelum tidur saya call okay. Jangan tak angkat.” Fahim mengingatkan Syafina.

“Okay, kirim salam dekat mak, ayah dengan adik-adik.” Syafina mengangguk kecil.
“Kiss untuk saya?” Nakal Fahim meminta.

“Assalamualaikum.” Syafina tidak menghiraukan permintaan nakal suaminya itu. Wajahnya sudah berubah merah.

“Kedekut sayang ni. Waalaikumussalam. Take care and love you.” Fahim senyum gembira menamatkan talian. Lapang hatinya kini dapat mendengar suara isterinya. Hampir seminggu dia tidak berkesempatan untuk berbual bersama.

Syafina tersenyum sendirian. Wajah Maya yang sedang galak merenungnya dipandang. Tersipu-sipu malu dia melihat senyuman dibibir Maya.

"So,  dah okay lah ni? Senyum sampai ke telinga." Maya mengusik.

"Erm, dia mintak maaf." Syafina membalas.

"Okay lah tu. Fin, dah lama aku nak tanya pasal ni. Malam ni aku nak kau cerita dari A sampai Z macam mana kau boleh kahwin dengan cik abang kau tu." Maya berwajah serius. Dia ingin mengetahui kisah Syafina dan suaminya itu.

"Erm, tak payah lah." Syafina cuba mengelak.

"Fin, aku kawan kau tau. Sampai hati kau tak nak kongsi dengan aku pasal ni?" Maya seakan merajuk. Sengaja mahu memancing simpati sahabatnya itu.

"Aku bukan apa Ya, malas nak buka cerita lama." Syafina masih berdalih.

"Please, I really want to know. If not, I guess our friendship will last this night." Maya masih mengumpan dengan nada rajuknya.

"Takkan sampai tak nak kawan dah? Ish, aksi terlampau dia ni. Okay lah aku cerita." Terkejut Syafina mendengar ugutan Maya. Akhirnya dia mengalah. Malas mahu mengelak lagi kerana Maya tidak akan pernah berhenti untuk mengorek segala rahsia.

“That’s how we get married.” Syafina mengakhiri ceritanya. Maya terlopong mendengar setiap patah dari bibir sahabatnya itu.

“Tutup lah mulut tu. Masuk lalat nanti.” Syafina menolak dagu Maya rapat. Maya mendengus kecil.

“So, kira korang kahwin ni atas permintaan Nek Wan lah?” Syafina mengangguk.

“Hati kau pulak macam mana?” Maya cuba mengorek rahsia. Takkan semudah itu Syafina mahu bersetuju. Pasti dia pun turut menyukai Fahim dalam diam. Fikir Maya.

“Hati? Maksud kau?” Syafina cuba mengelak.

“Ye lah, hati kau. Apa perasaan kau dekat dia?” Maya merenung tepat wajah sahabatnya yang cuba melarikan pandangannya.

“Cepat lah. Kau nak bagitahu ke tak nak ni?” Maya mula geram apabila Syafina langsung tidak menjawab soalannya.

“Okay, aku terus terang dekat kau sorang je ni. Kau janji dengan aku dunia akhirat yang kau takkan cakap pada sesiapa pun pasal ni.” Syafina telah membuat keputusan untuk berterus terang.

“Okay, aku janji. Ni antara kita dan ALLAH.” Maya mengangkat tangan kanannya seolah berikrar. Syafina tersenyum sebelum memulakan ceritanya.

Sekali sekala Syafina terbatuk kecil sewaktu bercerita. Maya terlalu khusyuk mendengar cerita  yang disampaikan oleh sahabatnya itu. Malam itu, semua rahsia hati Syafina terbongkar dihadapan rakan yang dipercayainya, Maya.

“Ya ALLAH Fin. Tak sangka kau berjodohan dengan lelaki yang kau sayang jugak Fin.” Maya memegang jemari Syafina erat selepas gadis itu selesai bercerita.

“Aku sendiri pun terkejut Ya. Tapi aku tak tahu perasaan dia pada aku sama tak macam yang aku rasa.” Syafina mengeluh kecil.

“Dia ada cakap sayang kau tak?” Maya bertanya.

“Ada, selalu dia cakap I love you lah. Itu lah. Macam-macam lagi.” Jawab Syafina.

“Dah tu betul lah dia sayang kau. Apa nak risau.” Maya menepuk bahu Syafina lembut.

“Tak. Aku tak rasa macam tu. Aku Cuma rasa dia cakap macam tu sebab aku dah jadi wife dia. Aku rasa dia cakap macam tu sebab dia rasa tu tanggungjawab dia.” Luah Syafina.

“Itu kau yang rasa. Cuba kau tanya dia dulu. Aku yakin dia memang cintakan kau.” Maya meyakinkan gadis itu lagi.

“Entah lah Ya. Aku tak pasti.” Keluh Syafina lagi.

“Habis hubungan korang sekarang macam mana?” Maya menyoal semula.

“Erm, aku mintak tempoh untuk kenal hati budi masing-masing dulu.” Jawab Syafina.

“Maksud kau tempoh tu macam mana?” Maya menjugkitkan kening ingin tahu.

“Erm, kitorang cuba kenal diri masing-masing dulu. macam bercinta lah.” Syafina membuat tanda pembuka kata dengan jarinya.

“Kenapa kau cipta jurang Fin? Sepatutnya nil ah masanya kau tunjukkan rasa kau tu pada dia.” Maya tidak puas hati.

“Bukan jurang Ya, tempoh. Aku tak nak nanti satu masa aku yang kecewa bila aku tahu dia tak sayangkan aku.” Tegas Syafina menyuarakan pendapatnya. Terdiam Maya dengan kata-kata itu. Lama dia berfikir.

‘Benar juga kata Afin tu. Tapi tak sangka Afin pernah sukakan seseorang. Patut lah dari dulu dia tidak pernah layan salam perkenalan sesiapa pun, termasuk Iqmal. Kenapa selama ni Afin tak pernah nak ceritakan pada dia? Mungkin dia malu bertepuk sebelah tanga. Tapi sekarang dia tidak perlu risau, mereka berdua sudah sah sebagai suami isteri. Tiada istilah bertepuk sebelah tangan dalam perhubungan mereka itu. Aku yakin Fahim turut cintakan Afin.’ Getus hati Maya.

“Fin, aku rasa Fahim pun cintakan kau. Percaya lah.” Kejap jemari Maya menggenggam jemari sahabatnya itu. Wajah itu dipandang tepat menyalurkan keyakinan dihati yang berbelah bagi itu.

“I don’t know Maya.” Syafina menarik jemarinya. Dia bangun dan berjalan ke tingkap bilik. Maya diam memerhatikannya dari atas katil.

“Percayakan takdir ALLAH Fin. Yakin dengan Dia.” Kata Maya lagi menyuntik semangat.

“InsyaALLAH Ya. Tapi aku benar-benar yakin cinta aku hanya untuk dia. Dulu aku sukakan dia Ya, kini aku sayangkan dia dan selama-lamanya aku akan cintakan dia. Dia suami aku Maya. Dia yang berhak untuk perasaan aku ni.” Luahan hati Syafina itu benar-benar meruntun hati Maya. Lantas tubuh itu dipeluk erat. Maya turut merasa getar perasaan itu.

“Aku yakin dia pun cintakan kau Afin.” Tegas Maya lagi. Syafina hanya mengangguk.

Sudah dua jam mereka bercerita. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Syafina berasa lega. Hatinya lapang bila berkongsi dengan Maya. Sudah bertahun-tahun dia menyimpan perasaan ini seorang diri. Akhirnya beban dijiwanya terlepas juga. Syafina mula bersemangat setelah mendengar pendapat sahabatnya tadi. Ya, dia akan memastikan hubungan dia dengan Fahim bertambah baik. Dia yang inginkan bukan kerana wasiat Nek Wan atau sesiapa. Tekad Syafina yakin.

Syafina mula mengemaskan tempat tidurnya. Mujur baju kurung sudah diseterika sebelum ini. Matanya juga sudah mengantuk kerana dia langsung tidak berehat selepas tamat orientasi tadi. Liza masih belum balik dari berdating.

Sedang dia berbaring, handphonenya bordering menandakan ada panggilan masuk. Tersenyum dia melihat nama suaminya yang tertera di skrin telefon. Syafina berdehem kecil membetulkan suaranya sebelum menekan butang hijau.

“Assalamualaikum.” Sapa Syafina.

“Waalaikumussalam.” Lembut suara Fahim dihujung talian.

“Tak tidur lagi?” Soal Syafina berbasi-basi.

“Erm tengah baring-baring ni. Nak dengar suara awak dulu baru tidur.” Fahim berbisik kecil.

“Boleh tidur dah lah ni.” Syafina cuba berjenaka.

“Eh, nanti dulu.” Fahim melarang. Syafina seolah-olah sudah ingin menamatkan talian.

“Tadi cakap nak dengar suara. Dah dengar dah ni kan. Pergi lah tidur.” Syafina berkata.

Fahim sedikit terkejut. Baru dia sedar Syafina cuba mengusiknya. Fahim kagum dengan perubahan isterinya itu. Syafina sudah mahu bermesra dengannya. Tidak seperti tiga minggu dia disini dulu. Fahim berkata didalam hati. Bibirnya tersenyum dan akhirnya dia tergelak lama dihujung talian.

“Awak gelak gila-gila ni kenapa? Saya bukan buat lawak versi Maharaja Lawak.” Kata-kata Syafina itu menghamburkan ketawa yang makin kuat dari mulut Fahim.

“Tidur lah. Bye.” Syafina mula geram diketawakan begitu.

“Eh, tunggu dulu. Tak puas lagi orang cakap dengan dia dah nak letak telefon.” Fahim mencebir.

“Sapa suruh gelakkan orang.” Syafina menarik muka. Merajuk.

“Sorry. Saya tak gelak dah. Saya bukan apa, tak sangka awak dah pandai bercakap dengan saya. Sebelum ni takde pun macam ni.” Luah Fahim.

“So nak saya diam je lah dengan awak? Okay lepas ni jangan telefon saya dah.” Syafina berpura-pura merajuk. Malu juga bila Fahim menegur perubahannya. Biar lah. Dia memang patut mesra dengan suaminya itu.

“Amboi, sekarang dah pandai nak merajuk-rajuk dengan saya. Manjanya dia.” Fahim cuba mengusik. Geli hatinya Syafina bermesra-mesra begitu. Tapi dia suka cara Syafina begini.

“Okay, fine.” Balas Syafina pendek.

“Alah sayang saya ni. Jangan merajuk-rajuk. Berani betul dia buat gini ye. Ke dalam telefon je macam ni. Nanti bila jumpa senyap je. Malu konon.” Usik Fahim lagi sambil ketawa perlahan.

“Dah lah. Mengantuk dah ni.” Syafina masih dengan nada rajuknya.

“Alolo..pandai ye nak merajuk-rajuk. Cium nanti.” Fahim mengugut.

“Tak malu. Cium lah kalau berani.” Kata Syafina berani.

“Okay nanti saya datang sana siap lah awak.” Fahim tersenyum suka.

Syafina ditalian menepuk mulutnya dua kali. Tersalah cakap pula dia. Macam mana boleh terlepas bab-bab cium pulak ni. Kalau Fahim buat betul-betul nanti macam mana? Ar, nak mengelak macam mana pulak nanti ni. Ish mulut ni, takde insurans.

“Err, awak tak nak tidur lagi ke? Dah pukul 11.15 malam dah ni. Tidur lah. Saya punmengantuk sangat dah ni.” Syafina cuba menukar topik.

“Alasan lah tu. Saya tak kira saya tuntut jugak kiss saya tu nanti.” Fahim masih ingin mengusik. Dia pasti Syafina kalau berhadapan dengannya ketika ini akan cuba melarikan pandangan matanya. Berani dalam telefon je bini aku ni. Meleret senyum Fahim.

“Tidur dulu ye. Mengantuk sangat ni. Good night, assalamualaikum.” Segera Syafina ingin menamatkan talian.

“Okay. Night sayang. Mimpikan saya ye. Love you, waalaikumussalam.” Fahim mengalah juga. Cukup lah untuk malam ni. Perubahan Syafina benar-benar menggembirakan hatinya. Malam ini tidurnya pasti lena.

Syafina memegang pipinya, panas. Wajah Fahim di skrin telefon direnungnya sekali lagi. Beberapa gambar dia dan Fahim berada dalam simpanannya. Itu pun yang dihantar oleh adik iparnya, Faja. Kalau tak, dia memang takde langsung gambar suaminya itu.

Senyuman Syafina berlalu sehingga dia tertidur. Langsiung dia tidak menyedari waktu bila Liza balik. Dalam mimpinya, dia bergelak ketawa dengan Fahim dengan gembira.



2 comments: