*Asalamualaikum..hai everyone..ni edit sikit...masuk bab 5 & 6..yang 5 tu salah ye..okay enjoy ye...jgn rindukan BBM...tgh menyiapkan ni..sorry ye...BBM stop dulu..enjoy la ALDB ni..love u alls...*
~L.O.V.E & F.A.I.T.H~
ad_dEen
++++++++++++++++++++++++++++
BAB 5
Adrian
melangkah dengan segak masuk ke dalam lif. Dia perasan beberapa pasang
mata yang tertoleh ke arahnya. Hati
terasa kembang dengan sendiri. Bangga dengan pesona yang dimilikinya itu. Ya,
dirinya lengkap dengan pakej lelaki idaman yang diimpikan oleh kebanyakan
golongan wanita. Namun sayangnya, hatinya sampai sekarang masih tidak terlekat
pada sesiapa pun. Entah apa yang dia cari dalam usia begini. Dia sendiri tidak
memahami dirinya itu.
“Tingg!”
Pintu lif terbuka di tingkat 10. Cepat Adrian memboloskan diri. Langkahnya
diatur tenang mencari DNS Holding yang diterajui oleh sepupunya, Janson Wong
atau nama Islamnya Amirul Fatah Abdullah.
Sepupunya
yang muda enam tahun darinya itu juga sudah pun berumah tangga. Dia ni yang dah
genap 32 sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi.
Hish!
Akal mula menolak asakan soalan yang bertandang mencuit-cuit tangkai hati.
Ditepis segala persoalan yang menyesakkan dada itu. Dia kembali ke alam
realiti.
Sedari
tadi dirinya menjadi perhatian mata-mata manusia yang berpapasan. Tak kira
lelaki atau perempuan. Naik segan pula jadi perhatian begitu. Adrian menekan
butang loceng pada luar pintu DNS Holding. Penyambut tetamu dibalik dinding
kaca itu tersenyum ke arahnya menjemputnya masuk. Adrian membalas. Kakinya
melangkah masuh bila pintu cermin itu terbuka luas.
Dia
mendekat pada meja penyambut tetamu yang setia dengan senyuman menawan sedari
tadi. Gadis Melayu yang bertudung ala-ala Hana Tajima itu disapanya mesra.
“Hello, good afternoon Sara.”
“Good afternoon Mr. Adrian.” Balas Sara
tersipu malu. Refleksnya laju begitu bila terpandangkan wajah kacak Adrian.
Walaupun merupakan salah seorang pemegang saham dalam DNS Holding, Adrian
memang jarang benar hendak menampakkan diri di situ. Itu yang membuatkan Sara
jadi segan hendak menyapa mesra majikannya itu.
“Mr.
Amirul Fatah?” Soal Adrian.
“He’s waiting for you inside.” Maklum
Sara. Adrian tersenyum.
“Anyway, nice look Sara. You look sweet.” Puji Adrian sebelum
berlalu. Perasaan Sara melayang-layang mendengarkan pujian dari lelaki pujaan
Malaya itu. Dia tahu kebanyakan wanita di DNS Holding, mahupun dibangunan
Menara Park itu terlalu memuja
Adrian.
Berpusu-pusu
pekerja wanita mengerumini kaunter penyambut tetamu. Riuh mulut mereka
bertanyakan Sara apa yang lelaki idaman Malaya itu katakan. Mendengarkan cerita
Sara, semua cemburu dan iri hati. Bertuahlah Sara dapat bercakap dengan Adrian.
Untungnyalah jadi penyambut tetamu!
Adrian
mengetuk perlahan daun pintu yang tertera nama Amirul Fatah Abdullah. Mendengar
arahan masuk dari dalam, tombol pintu dipulas sebelum dia memboloskan diri ke
dalam.
“Adrian!”
Terjerit Amirul Fatah menerima kedatangan sepupunya itu. Dia terus bangun
berdiri ingin mendapatkan Adrian.
“Syhhh! Don’t
say my name that loud. Do you know how your girl's staff adores me?” Adrian
memberi amaran. Kata-kata Adrian itu membuatkan bibir Amirul Fatah meletuskan
tawa tanpa tertahan.
“Hello my big brother. How are you?” Mereka berpelukan erat.
Melepaskan rasa rindu setelah agak lama tidak bertemu.
“I’m good. You? How about Ana and Adam?”
Soal Arian pula mengenai isteri dan anak lelaki sepupunya itu.
“We’re fine. Come have a seat.” Amirul
Fatah menarik kerusi buat Adrian. Kemudian dia melabuhkan punggungnya pula pada
kerusi miliknya.
“So, why you ask me to come over?” Adrian
terus ke tajuk utama. Dia datang pun kerana menerima panggilan Amirul Fatah dua
hari lepas untuk datang ke mari. Katanya, ada perkara penting yang hendak
dibincangkan.
“Be patient young man. Wanna some drink?”
Soal Amirul Fatah dengan lagak tenang. Adrian teranggguk kecil.
“Black
coffee please. Thank you.” Pinta
Adrian. Amirul Fatah memberi isyarat tunggu pada Adrian. Kemudian dia mencapai
gagang mahu menginterkom setiausahanya diluar.
“Make one black coffee and tea. Thank you.”
Selepas itu gagang telefon diletak semula.
“So,
how’s MG?” Tanya Amirul Fatah.
“Doing
well.” Balas Adrian bersahaja.
“Hurm...
Did you heard something weird?” Tanya
Amirul Fatah lagi. Tajuk perbualan cuba dibawa ke topik sebenar. Tetapi harus
perlahan-lahan dan berhati-hati. Bimbang dengan penerimaan sepupunya itu nanti.
“What?” Soal Adrian dengan dahi berkerut.
Dia cuba menajamkan pendengaran. Mengamati samada ada bunyi-bunyi pelik yang
terhasil.
“Not that la.” Amirul Fatah ketawa
perlahan. Kelakar melihat riak Adrian yang cuba mengamati bunyi disekeliling
mereka.
“Don’t you hear anything? Rumors about DNS?” Soal Amirul Fatah
dengan lebih spesifik.
“Oh…
hurm, about what? I don’t know anything. Is there something happen?” Amirul
Fatah mengangguk kecil.
“Something bad or good?” Tanya Adrian
lagi.
“Huhh…”
Keluhan dari bibir Amirul Fatah menjawab sendiri persoalan yang ditimbulkan
tadi. Air muka Amirul Fatah juga sudah berubah keruh.
“What’s happen Janson?” Soal Adrian penuh
minat. Sepupunya itu masih selesa dipanggil dengan nama asalnya. Sedari mereka
kecil memang nama itu yang dipanggilnya, agak kekok untuk membuat penukaran.
Mujur juga sepupunya itu tidak kisah.
“I don’t know. Someone tries to destroy you.”
“What
do you mean?” Wajah Adrian berubah cuak.
“Last
month, DNS had an emergency meeting of the board directors. Some
shareholders agreed to dismiss you as CEO, Ad!" Tekan Amirul Fatah.
"I
think we should ask Mr. Adrian Wong to resign. He is doing nothing to
this company!" Terimbau keadaan gamat bilik mesyuarat Lembaga Pengarah
pagi itu dengan perkara yang dibangkitkan oleh seorang pemegang saham DNS
Holding.
Amirul
Fatah dan bapanya, Andrew Wong berpandangan. Jelas perasaan terkejut mereka
dengan kenyataan berani oleh Mr. Francis Ordery itu. Dia merupakan
pemegang 10% saham syarikat.
"What
do you mean Mr. Francis? Everyone knew he was one of the largest
shareholders in the DNS Holdings. So, this matter should not be raised
here!" Andrew Wong bersuara lantang.
"Yes, my father was right!" Amirul
Fatah bangun, turut menyokong kata-kata bapanya itu.
"We don't care about the share that he
owned. He as CEO should always be in the company to carry out his duties!"
Lantang suara seorang lagi Lembaga Pengarah menidakkan kata-kata Andrew
Wong dan Amirul Fatah. Suasana menjadi gamat. Masing-masing mula berbisik
sesama sendiri.
Amirul
Fatah sudah tidak senang duduk. Dia sendiri tidak menyangka mesyuarat tergempar
itu membincangkan tentang jawatan CEO yang dipegang oleh Adrian Wong. Sepupunya
itu merupakan pemegang saham DNS sebanyak 25%. Dirinya juga merupakan pemegang
saham yang sama banyak dengan sepupunya itu menjadikan mereka berdua pemegang
saham terbanyak di DNS Holding. Manakala saham bapa mereka yang sama banyak
iaitu 5% seorang menjadikan keluarga mereka merupakan pemegang saham terbesar
di syarikat tinggalan mendiang datuknya itu.
Langsung
dia tidak menyangka perkara ini telah dibangkitkan oleh Lembaga Pengarah. Dia
pasti ada seseorang yang menjadi dalang kepada tercetusnya perkara ini. Dan
orang itu pastinya berniat ingin menjatuhkan sepupunya itu. Perkara ini tidak
harus dibiarkan. Dia harus memastikan perniagaan warisan keluarganya itu tetap
berdiri kukuh. Sia-sia sahaja penat jerih mendiang datuknya mengusahakan DNS
Holding seandainya syarikat ini jatuh suatu hari nanti.
"It's
okay Janson." Melayang pergi imbasan memori di layar mata Amirul Fatah
mendengar suara tenang sepupunya.
"They
were right, indeed. I never do my job right?" Adrian sudah ketawa
kecil. Dia menyandar tenang pada kerusi. Ingatkan apalah tadi. Ingat ada orang
cuba nak bunuh aku. Detik hatinya.
"Ad,
this is serious okay!" Bentak Amirul Fatah. Boleh pula Adrian ni
buat selamba saja.
"This
company is our family legacy, Ad. What do you want to answer to Kong
Kong if DNS were destroyed?" Tukas Amirul Fatah dengan
mengaitkan dengan nama mendiang datuk mereka. Mendiang datuk mereka itu senang
dipanggil Kong Kong.
"Come
on Janson. I still have MG and you also still have other
business right? So, no need to worry okay." Adrian masih menarik senyum.
Wah,
selamba badak sungguh dia ni. Ingat senang-senang macam tu? Kalau rezeki ni
ALLAH kata nak tarik balik, sekelip mata je Dia boleh tarik tau! Sungut Amirul
Fatah. Sekadar dalam hati. Kalau dia cakap dengan si Adrian ni, bukannya lelaki
itu faham.
"Ad,
please... Be serious!" Amirul Fatah kedutkan dahi. Nadanya
separuh merayu mengharapkan pengertian Adrian.
"Okay,
okay. I'm serious now. So, what is your plan?" Adrian tegakkan kembali
tubuhnya. Mengalah juga dia dengan tenungan redup adik sepupunya itu. Masak
juga nanti nak menjawab dengan Ah Kong dekat 'sana' nanti. Hish!
"I
think you should often come to office this time." Sudah lama Amirul
Fatah memikirkannya. Daddynya juga turut menyokong cadangannya itu dalam
perbincangan mereka sebelum ini.
"Janson,
I'm busy at MG okay. I can't..." Rayu Adrian. Sudahlah datang ke
DNS ni jadi tumpuan mata orang je. Kalau hari-hari dia muncul kat sini,
silap-silap ada yang datang offer diri nanti. Hish, rimas!
"Ad,
please. You have to. For your own sake and for our late Kong kong!"
Tegas Amirul Fatah. Suara dilunakkan untuk meraih simpati abang sepupunya itu.
Sengaja digunakan nama mendiang datuk mereka.
'Man,
dia guna nama Kong Kong pulak!' Hati Adrian serba salah jadinya. Arghh!
"Please
Ad..." Rayu Amirul fatah lagi. Adrian masih berdiam. Masih menimbal
dalam fikirannya.
"But
I cannot sure that I will always be here." Adrian cuba berdiplomasi.
"It's
okay Ad. As long as you come, it is more than enough." Wajah Amirul Fatah bercahaya.
"But
still, you can just call me if anything right? I do not need to come
what?" Adrian masih cuba menolak. Bukan sengaja. Tetapi dia
benar-benar rimas dengan renungan-renungan menggoda yang diterimanya. Sudahlah
office Damy berhampiran saja. Nanti mesti gadis itu akan sering datang
mencarinya.
'Hurm
fikir-fikir pasal si Damy ni, nak lagi ke dia cari aku lepas apa yang dah
berlaku dekat Chili's dulu? Apa khabar 'tunang express' aku hari tu
kan?' Sempat Adrian berkhayal.
"Adrian!"
Terjegil mata Amirul Fatah. Boleh lagi dia nak menolak tu. Ingat perkara ni
main-main ke.
"Er,
okay. I'll come!" Adrian berkata tegas apabila terlihatkan saja
renungan tajam sepupunya itu.
"So,
daddy and I have decided. We will hire someone as your P.A." Amirul
Fatah bersuara tenang setelah mendengar keputusan Adrian. Perkara ini juga
perlu mereka dibincangkan.
"What?"
Adrian terkejut.
"Because
you will rarely be here, so we need an assistant to help you in your duties."
Terang Amirul Fatah.
"Girl
or boy?" Tanya Adrian sepatah. Dalam hati dia sudah dapat menjangkakan
pilihan Amirul Fatah.
"I
prefer girl."
See? Right
isn't it?
"Hurm,
I can't say anything right? You've decided already..." Tubuhnya
kembali dijatuhkan menyandar. Ni yang lemah ni kalau dah P.A dia perempuan.
Dekat MG pun perempuan. Letihlah layan kerenah diorang ni. Sungut Adrian dalam
hati.
"Ad,
you know how women's work right?" Adrian memang tidak dapat
menyangkal pendapat Amirul Fatah itu. Kepalanya terangguk lemah.
"I
have several candidates. Want to see their resume?" Amirul Fatah sudah
beralih ke belakang ingin mengambil resume-resume
yang diterimanya dikabinet belakang.
"No
Janson, it's okay. You decide yourself." Adrian menolak.
"Ad,
she will work with you. I think you should choose by yourself..."
Tak naklah dia yang memandai-mandai. Yang nak kan pembantu dia, bukan aku.
"I
trust you Janson." Adrian memberi kata putus. Dia malas nak fikir.
Dahlah masih terkejut dengan berita kena masuk DNS. Biarlah Janson yang pilih
siapa yang akan jadi pembantunya itu.
"Hurm,
okey la." Amirul fatah mengalah. Mereka terdiam buat seketika.
"I'm
hungry Janson. You have lunch?" Soal Adrian.
"Not
yet." Balas Amirul Fatah.
"Then,
let's go for lunch!" Adrian teruja.
"Wait,
I want make a call for a while." Amirul Fatah memberi isyarat
menunggu.
"Then,
I'll wait outside." Adrian sudah bangun. Dari tunggu dia
bercakap-cakap tu, baik pergi layang borak dengan Sara kejap. Sejuk sikit mata
ni memandang.
Amirul
Fatah mengangguk saja. Langkah Adrian dihantar dengan pandangan mata.
Gagang
telefon dicapai. Resume seorang gadis dipegangnya. Nombor telefon yang
tertera ditekan pada butang telefon.
Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk permukaan meja sambil menunggu panggilannya
bersambung.
++++++++++++++++++++++++++++++
"Opocot
abah kau!" Latah Dina yang terperanjat dengan deringan tiba-tiba
telefonnya.
"Hish,
kus semangat aku!" Bebelnya perlahan. Dada digosok. Dahlah tekak ni perit
je tersedak-sedak tadi. Siapalah yang senang hati duk sebut-sebut nama aku tadi
ni. Mengutuk tak habis-habis. Tak boleh ke nak tengok aku duduk senang
sikit. Bebel Dina lagi dalam hati.
"Eherm,
eherm..." Dia berdeham kecil membetulkan suara sebelum menekan butang
hijau.
"Hello."
"Waalaikumussalam."
"Ye
saya."
"Oh,
really?"
"Okey,
okey."
"I'll
come this Monday."
"Thank
you Sir."
"Oh,
sorry. Thank you Mr. Fatah."
"Waalaikumussalam."
Butang merah ditekan. Handphonenya itu dicium berkali-kali. Dia sudah
terloncat-loncat keriangan diatas sofa milik mamanya itu.
"Mama!!!"
Jerit Dina lantang.
"Astaghfirullah
al-azim!" Mama yang terkocoh-kocoh belari anak dari biliknya mengurut dada
melihat kelakuan anak daranya yang dah tak serupa orang. Dah serupa orang utan.
Terkinja-kinja macam beruk!
"Kamu
ni kenapa adik?" Soal mama kuat. Kakinya dibawa merapati ruang tamu.
"Mama!
Mama!" Dina melompat turun. Tubuh mama yang masih berbalut telekung
dipeluk erat.
"Kenapanya
ni?" Soal mama lagi yang langsung tak tahu hujung pangkal cerita. Tubuh
anaknya itu diregangkan dari tubuhnya.
"Adik
dapat call suruh datang interview tadi!" Beritahu Dina
dengan penuh terujanya.
"Lah
ye ke? Mama ingat apa la tadi. Baru call suruh datang interview, dah excited macam apa." Sungut mama tayang muka geram. Ingat
apalah yang anaknya duk happy sangat
ni.
"Mama
ni!" Dina tarik muncung. Reaksi mama langsung tak excited macam
dia.
"Eh
merajuk pulak. Ye la, ye la. Anak mama dapat panggil interview. Syukur
ya Tuhan." Mama menadah tangan sebelum meraup wajahnya.
Dina
tergelak kecil sebelum mencebirkan bibir. Berlakon lebih-lebih pulak mama ni!
"Okey
what? Takkan nak suruh mama terloncat-loncat macam kamu?" Soal mama
sinis.
"Hehe...
Excited ma..." Dina tayang tanda peace. Baru perasan tindakan luar kawalnya tadi yang terover.
"Gembira,
gembira jugak. Tapi jangan lupa tunjukkan rasa syukur kita. Dah pergi solat
cepat." Arah mama tegas. Dina mengangguk. Akur dengan kata-kata mamanya
itu.
Ya,
semua ini datangnya dari ALLAH kan? Kepada Dia lah kita harus nyatakan rasa
syukur kita.
Asar itu,
lama Dina bertafakur diatas sejadah. Dipanjatkan doa supaya lancar urusan interviewnya
nanti. Dia berharap sangat kali ini berjayalah dia untuk menyandang jawatan
sebagai pekerja. Bukan lagi penganggur bertauliah!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
BAB 6
“Hai sorry guys, korang dah lama sampai?”
Dina menegur dua kawannya yang sedia duduk di meja disuatu sudut dalam Restoran
KFC dalam pusat membeli-belah Times Square itu.
“Not really, duduklah.” Jemput Effa
sambil menarik kerusi disebelahnya.
“Happy semacam je ni, kenapa Nana? Ada
berita baik ke?” Zeen bertanya selepas Dina mengambil tempat.
“Guess what?” Dina mengulum senyum.
Ketara sungguh wajah gembiranya pada mata kedua sahabatnya itu.
“Kau nak
kahwin?” Teka Effa selamba.
“Cait!”
Marah Dina. Dijeling dengan ekor mata wajah Effa yang menayang sengih.
“Then what? Kau dapat boyfriend?” Teka Zeen pula dengan wajah
teruja.
“Korang
rasa ciri-ciri gembira dekat muka aku ni nampak macam aku dapat ‘laki’ ke?”
Soal Dina sinis dengan kedua tangan diangkat membuat tanda pembuka kata semasa
menekan perkataan ‘laki’.
“Hehehe…
Rileks la Nana. Teka je pun kan…” Zeen tersengih. Dina hadiahkan jelingan kali
terakhir sebelum ikut tersengih memandang wajah dua sahabatnya itu.
“Aku
dapat interview!” Beritahu Dina
dengan nada keterujaan terlampau. Agak kuat ton lontaran suaranya itu
menyebabkan beberapa pelanggan disekeliling tertoleh ke arah meja mereka.
“Aku
dapat interview!” Maklum Dina sekali
lagi. kali ini dengan nada yang perlahan seolah berbisik saja.
“Kitorang
dengarlah!” Balas Zeen dan Effa serentak. Mata sudah menghadiahkan jelingan
buat Dina yang tersengih-sengih itu.
“Kali ni
dekat mana pulak?” Soal Zeen setelah seketika.
“Dekat area KLCC. Jalan Yap Kwan Seng.”
Mulut
Zeen dan Effa sudah membentuk ‘O’.
“Eh,
apa-apa pun jom order makan dulu. Aku
lapar gila ni.” Dina menggosok perutnya. Wajah meraih simpati ditayang buat
pandangan sahabat-sahabatnya itu.
“Zeen
belanja kan?” Sambung Dina lagi selepas itu.
“Yelah.
Jom cepat!” Dengus Zeen. Dia bangun dan didiikuti oleh Dina.
“Kau
jaga meja. Kau nak makan apa?” Zeen memberi arahan pada Effa yang belum sempat
mengangkat punggung.
“Dinner plate satu!” Jawab Effa dengan
riangnya. Yes, ada orang nak belanja.
Sorak hatinya kuat.
Sepuluh
minit kemudian, Dina dan Zeen kembali ke meja mereka dengan dua buah talam
ditangan.
“Here we go, our lunch!” Zeen tersenyum
sambil meletak talam diatas meja.
“Yeay!”
Effa menepuk tangan. Dina hanya tergeleng dengan kerenah kawan-kawannya itu.
Ada sahaja gelagat mereka yang boleh mencetuskan gelihati dijiwa. Kejap-kejap
serius, kejap-kejap macam tengah lakon komedi. Kejap-kejap boleh bertukar jadi
Neng Yatimah yang glamour dengan
gelaran Pelakon Air Mata. Ragam yang pelbagai itulah yang membuatkan jalinan
persahabatan mereka begitu utuh. Ini baru mereka bertiga, belum masuk yang lagi
tiga berangkai tu.
“Yang
kau tersengih-sengih ni kenapa pulak?” Dina mengaduh bila terasa tamparan kuat
mengena lengannya. Digosok perlahan lengannya itu.
“Aku nak
happy pun salah ke?” Dina
memuncungkan bibir tanda protes akan tindakan Zeen tadi.
“Tak
salah pun, tapi share la dengan
kitorang.” Zeen tarik senyum. Hati Dina ni perlu diambil semula. Kejap lagi tak
pasal-pasal je kena baling selipar.
Zeen
menjenguk ke bawah meja. Huh nasib baik dia tak pakai selipar hari ni. Tapi
sandal tu nampak macam keras je. Kalau kena kepala tu, mahu biul aku seminggu.
Detik hatinya perlahan.
“Kau
tengok apa bawah meja tu Zeen?” Tegur Effa. Pelik melihat kepala Zeen yang
tergeleng-geleng sambil memerhati bawah meja.
“Takde
apa. Jom makan. Lapar ni.” Zeen senyum.
“Jom!”
Masing-masing menarik pinggan hidangan masing-masing supaya mendekat. Selepas
membaca doa makan, mereka senyap menikmati hidangan ayam goreng KFC yang masih
panas didalam pinggan.
“Nana,
sambung balik cerita kau dapat interview
tu.” Zeen memulakan perbualan. Hujung jari-jemari kanannya dijilat. Betullah tagline KFC, sedap hingga menjilat
jari! Hey, tidak benar semua tu. Kan Sunnah Nabi, jilat hujung jari sesudah
makan. Sebabnya, disitulah tersimpannya zat-zat atau bahan kimia yang dapat
memudahkan penghadaman makanan yang masuk ke perut kita. Ingat tu!
Berbalik
semula pada cerita interview Dina!
“Aku
dapat interview dekat company kawan abang aku.” Dina tersenyum
suka.
“Wah
tahniah beb!” Effa menghulurkan tangan.
“Thanks!”
“Tapi
kan ni kerja jadi secretary. Bukan surveyor…” Dina mengeluh berat.
“Takpe
la dulu. Kerja je dulu. Nak buat macam mana rezeki nak jadi surveyor tak sampai lagi. daripada
menganggur je kan…” Effa memujuk.
“Itulah,
babah dengan abang aku pun cakap macam tu. aku pun kesian jugak dekat babah
dengan mama aku tu. mesti diorang tak senang hati fikir pasal aku.” Akui Dina
penuh rasa kesal.
“It’s okay Nana. Ada la rezeki kau tu
nanti.” Zeen menggosok perlahan tangan sahabatnya itu yang berada diatas meja.
“Ye la.”
Sahut Dina masih lemah nada suaranya.
“Chill la sikit beb. Kata Ladies Day hari ni. Tak nak la
sedih-sedih…” Effa berkata.
“Sorry
beb. Thanks tau!” Dina kembali
tersenyum.
“No worries babe!” Balas Zeen. Bibir
ketiga-tiga mereka lebat dengan senyuman.
“Kali ni
jangan sembur pulak interviewer tu.”
Zeen memberi peringatan. Sengaja mengusik.
“Ye la
makcik!” Balas Dina sambil mencubit kuat pipi kawannya itu. Menyeringai
kesakitan Zeen dicubit begitu. Maka bermulalah aksi-aksi berbalas tamparan dan
cubitan antara mereka berdua. Effa disitu, tayang muka selamba sambil menyedut F&N Strawberrynya.
“Dah
habis dah?” Effa bertanya sambil mata silih berganti memandang wajah dua
sahabatnya itu. Jam ditangan dikerling. Baru seminit berlalu aksi ‘bercakaran’
dua kawannya itu.
“Tak!”
Balas Dina dan Zeen serentak. Kedua-duanya sudah berpeluk tubuh. Mata
masing-masing tak lepas menghadiahkan jelingan antara satu sama lain.
“Dah,
dah. Kita bukan tengah buat shooting
aksi Wrestiling dekat sini. Sekarang
ni baik kita blah. Cakap nak tengok wayang tadi kan?” Effa bersuara tegas.
“Jomlah
dulu. Orang ramai dah pandang ni.” Zeen mengangkat punggung.
“Srrrrppp….”
Dina sempat menyedut minumannya hingga titisan terakhir sebelum dia ikut bangun
mengikut langkah dua sahabatnya itu.
“Eh,
kita lepak dulu dekat bangku tu. Cerita tak habis lagi ni.” Dina menarik tangan
Zeen dan Effa untuk duduk disebuah bangku panjang yang kosong. Keduanya
bersetuju. Kaki dibuka luas bimbang bangku itu diduduki oleh manusia lain
nanti.
“Hah,
selamat!” Hela Effa kelegaan. Ruangan legar pusat membeli-belah Times Square
itu sudah sesak dengan manusia pelbaga ragam.
“Bila
kau interviewnya Nana?” Zeen
menyambung sesi perbualan mereka yang tertangguh akibat pergaduhan kecil di
Restoran KFC tadi.
“Ni
Isnin ni. Semalam diorang call suruh attend interview Isnin ni.” Balas Dina
pendek.
“Okey… good… luck…” Satu-satu Zeen menyebut.
“Hurm,
apa cerita yang kau nak cerita haritu?” Dina menepuk kuat bahu Zeen bila
kepalanya mula teringatkan perbualan mereka berdua dalam telefon beberapa hari
yang lalu.
“Hah?
Oh… yang tu…” Balas Zeen seperti tidak beremosi. Dia masih tidak dapat
menangkap maksud Dina yang sebenar.
“Oh yang
tu!” Ulang Zeen semula. Kini wajahnya sudah bertukar bersemangat gila.
Mengingtakan wajah Badrul bosnya itu, terus menggelegak hatinya.
“That Mister ‘Bad’ Guy!” Tekan Zeen pada
berkataan Bad.
“Hahaha!”
Dina tertawa kecil mendengar gelaran yang dimuntahkan oleh bibir Zeen itu. Effa
disisi sedikit terpinga-pinga. Apa dia slow
sangat ni?
“Apa ni
korang? Siapa Mister Bad Guy?” Soal
Effa ingin tahu. Berkerut-kerut dahinya.
“Ni si
bos kawan kita ni. Selamba je dia panggil Bad Guy. Dengar dek Encik Badrul
kesayangan kau tu baru tahu!” Dina menjegilkan anak mata. Saja ingin menakutkan
Zeen yang sedia penakut itu.
“Ish choi mulut tu!” Spontan Zeen terus
menampar kuat lengan Dina. Matanya meliar sekeliling. Bimbang juga kalau
buatnya betul-betul si Badrul tu menjelma depan mata. Tak ke naya. Silap-silap
kena buang kerja. Ish, minta simpang la! Omel hati Zeen perlahan.
“Tahu
takut!” Sakat Dina lagi.
“Kenapanya
dengan bos kau tu Zeen?” Soal Effa. Dari tadi dia yang musykil sendiri. Sabar
jelah dengan member dua orang ni!
“Takde,
ada sorang mamat dekat tempat kerja aku tu. Dia macam tak puas hati je dengan
aku. Dah la baru masuk, kerek pulak tu. Macam dia dah kerja lama sangat kat
situ. Menyampah aku!” Sungut Zeen penuh perasaan. Tangan-tangannya ikut
terangkat menggambarkan ketidak puasan hatinya itu.
“Mamat
tu siapa?” Effa masih lambat.
“Si
Badrul tu la!” Sebut Zeen dan Dina serentak. Kedua-duanya menghadiahkan
jelingan buat santapan mata Effa.
Zeen
mendengus kasar. Dari tadi orang duk sebut, dia melayang ke mana? Geram juga
orang tengah mood nak meluah
perasaan, kacau dengan soalan dia yang entah apa-apa tu. Hish! Rungut hatinya
lagi.
“Oh
Badrul. Cakaplah awal-awal…” Effa tayang barisan gigi. Bukan salah aku pun.
Diorang ni yang bersembang tak kena gaya. Tadi mula-mula sebut Mister Bad Guy. Lepas tu Encik Badrul, then tukar pulak mamat. Kalau korang pun mesti blurr
macam aku kan?
“Maksudnya
Badrul tu bos kau Zeen?” Tanya Effa lagi untuk kepastian.
“Hurm.”
Angguk Zeen mengiakan.
“So bos kau ni baru je kerja dekat office kau tu? Bos tahap apa dia tu?”
Tanya Dina pula.
“Dia Project Manager baru. Aku kerja bawah
dia untuk projek baru syarikat tu.” Maklum Zeen dengan muncung ke depan. Mahu
tak masam muka, kalau ingat muka si Badrul tu. Muka je harap handsome, tapi perangai macamlah dia CEO
dekat situ. Menyampah!
“Handsome tak dia?” Soalan dari bibir
Effa membuatkan Zeen tersedak tertelan liur sendiri. Budak ni macam ada kuasa
psikik pula dapat baca fikiran aku. Desis hatinya. Kepalanya dianggukkan
perlahan menjawab pertanyaan Effa tadi.
“Umur?”
“Around 30 kot…”
“Married or bachelor?”
“Bachelor.”
Eh
kejap-kejap. Apsal diorang tanya soalan-soalan macam ni? Gaya macam nak mencari
jodoh je. Zeen menoleh ke kiri dan kanan. Berkerut dahinya melihat Effa dan
Dina yang seolah berkhayal. Mata keduanya pandang ke atas. Tangan berpeluk
tubuh. Jari telunjuk terletak didagu dan diketuk perlahan disitu. Er, kenapa macam
ternampak-nampak je apa yang diorang duk fikir ni. Don’t say…
“Hurm, handsome, young and bachelor…” Dina
mengetuk-ngetuk jari telunjuk didagu.
“I think he likes you!”
“Uhukk,
uhukkk!” Zeen terbatuk-batuk. Aduh perit tekak tersedak air liur ni. Terkejut
betul dia mendengar luahan mulut Effa itu.
Dengan
mata yang membulat dia berkata, “Badrul suka aku?” Jari telunjuk ditunjuk pada
tubuh sendiri. Anggukan dari kepala Dina dan Effa yang bagai burung belatuk
mencetuskan ketawa dari bibir Zeen.
Sungguh
kelakar telahan sahabat-sahabat aku ni. Skru diorang ni longgar agaknya sampai
boleh fikir macam tu. Zeen menggeleng perlahan. Gelihati mendengar pendapat
keduanya.
“Kau
gelak kenapa?” Effa menampar kuat bahunya membuatkan dia menjeling tajam pada
gadis itu. Kalau ye pun janganlah nak tabuh-tabuh aku. Kiri kanan nak naik
tangan, patah riuk la badan aku ni. Sungut hatinya kegeraman.
“Korang
ni buat lawak ke apa?” Soal Zeen keras. Bahunya digosok lagi. uish pedih betul
tapak tangan si Effa ni.
“Habis
kau rasa kenapa dia bereaksi macam tu?” Tanya Effa pula.
“Sebab
dia tak suka aku la! Don’t you get it?
Dia bagi aku macam-macam kerja… dia bersungut dengan kerja aku… komen sana,
komen sini… itu suka apa ke benda? Cait!!” Lepas Zeen penuh perasaan.
Dina dan
Effa terdiam. Mereka berpandangan sesama sendiri. Hurm…
“Hah!”
Dina bersuara tiba-tiba selepas agak lama keheningan membelenggu mereka
bertiga.
“Apa
dia?” Soal Effa pantas. Teruja melihat Dina yang seakan mendapat idea bernas.
Bagai ternampak-nampak mentol bercahaya saja diatas kepala sahabatnya itu.
“Why not kau cuba mengorat dia…” Cadang
Dina dengan bibir meleret senyum.
“Hoi!
Apa punya bernaslah idea kau ni. Aku ni berstatus single not available. Mana aku nak campak si Edlin tu?” Marah Zeen dengan
idea luar alam Dina tu. Grrr, bikin bara hati je.
“Lah
bukan suruh kau mengorat betul-betul. Test
je dia, sebab aku yakin dia memang suka kau.” Dina bersungguh memberi
penjelasan.
“Nak test-test apanya?” Zeen masih bengang.
“Zeen,
betullah. Aku pun rasa si Badrul tu suka dekat kau. Sebab tu dia buat kau macam
tu.” Effa turut menyokong pandangan Dina.
“Habis
kalau dia suka kau nak suruh aku buat apa?” Soal Zeen dengan dada yang
berombak.
“Kau tease dia balik.”
“What?” Terjerit Zeen dibuatnya.
“Senyap
la sikit.” Effa menekup perlahan mulut Zeen yang melopong.
“Eh,
korang ni dah gila ke apa?” Zeen menepis kuat tangan Effa. Bulat matanya
memandang kedua-dua wajah sahabat dari zaman universitinya itu.
“Zeen
dengar la dulu!” Marah Dina pula. Tak menyabar betullah budak ni!
“Hah apa.
Cuba cakap dengan aku.” Zeen berpeluk tubuh. Disabarkan hatinya yang membuat marathon setempat tadi.
“Kau
cuba uji dia. Tengok betul tak apa yang kitorang cakap ni…”
“Cakap
apa?” Pintas Zeen laju.
“Ish,
cuba sabar. Kau uji dia. Aku rasa, tanggapan first kitorang tadi tu betul. Test
dia nak tengok betul atau tidak.” Sambung Dina.
“Nak test macam mana?” Zeen mula berminat
dengan perbincangan tiga serangkai mereka ini.
“Macam
ni…” Dina terus menyambung sambil ditokok tambah oleh Effa menambah rencah
dalam setiap cadangannya. Sekejap-sekejap mereka bertiga ketawa,
sekejap-sekejap mereka berlagak serius pula. Adakala mereka berbalah mulut
pula. Hampir empat puluh lima minit mereka melepak disitu bersembang itu ini.
“Kau tak
rasa kejam ke buat macam tu?” Zeen soal semula semasa mereka melangkah untuk ke
panggung wayang pula.
“Rileks
la. Try la dulu. Kita cuma nak
dapatkan kepastiannya. Kalau salah pun, dia mesti tak perasan punya.” Effa
memberi kata semangat. Dalam hati, dia sendiri gusar dengan cadangan-cadangan
yang diketengahkan oleh Dina. Gila-gila betul otak sahabat mereka itu.
“Come on la babes. Nothing to worry okay.” Dina merangkul bahu Zeen rapat ke
tubuhnya. Dia tersengih menayang barisan gigi yang tersusun cantik.
“Hurm ye
la…” Balas Zeen akhirnya.
Ah
biarlah dengan Encik Badrul tu. Esok-esok fikir. Hari ni, aku nak enjoy!
Semangat diseru untuk diri sendiri. Persoalan tentang agenda Encik Badrul
ditolak ke tepi. Lengan Effa dan Dina dipeluk erat. Mereka berjalan seiringan
penuh keriangan ke kauner tiket panggung wayang.
“Mak
ramainya orang!” Bisik Zeen pada telinga Dina.
“Beratur
je la. Alang-alang dah sampai sini. Takkan nak berputih mata. Dah la ada orang
nak belanja…” Dina meleretkan bicara. Senyuman sinis sudah tersungging
dibibirnya.
“Kau bab
orang belanja langsung tak nak lepaskan!” Zeen mencubit lengan Dina. Tak kuat
pun. Cubit-cubit sayang je.
“Sakit
tau!” Dengus Dina smabil menggosok kulit tangannya. Agak merah bekas cubitan
kawannya itu.
“Nak
tengok wayang ke tak ni?” Ugut Zeen bila Dina sudah mengangkat tangan berniat
mahu membalas.
Dina
mendengus kuat. Mujurlah orang tu yang nak belanja. Tak apa, ada lori ada bas,
lain hari aku balas!!
Sepanjang
hari itu, mereka bertiga menghabiskan masa bersama dengan riangnya. Kali ini
sengaja mereka kelar bertiga. Sekali sekala nak juga Ladies Day. Asyik-asyik nak berenam je, tak best jugak kan. Nak sembang hal-hal perempuan pun tak senang.
Dalam
hati masing-masing terkenang wajah ketiga-tiga sahabat lelaki mereka yang lain
yang ditinggalkan tanpa pesan. Zeen juga langsung tidak menjawab panggilan yang
dibuat oleh Edlin sedari tadi. Hanya satu pesanan ringkas yang dikirim buat si
buah hati mengatakan dia tersangat sibuk hari ni. Ada sedikit rasa bersalah
yang timbul memikirkan apa yang bakal dibuatnya nanti. Harap-harap hatinya
biarlah tetap pada Edlin.
Hari ni
hanya milik mereka bertiga.
Zeen,
Effa dan Dina!
yeay..jadi PA Adrian.suka lettew si Dina nie.hehehe
ReplyDeletetq aalia shahira..
ReplyDeletehurm wait 4 the next ok..
gud gud..dina jd pa adrian...hehe
ReplyDeletenape lame x update????so sad..
salam anonymous...
Deletemaaf sebab dah lama tak post entry baru..sangat2 sibuk kebelakangan ini...
insyaALLAH bla ada masa akan saya post entry baru...
segala yang buruk datang dari saya, yang baik itu datangnya dari Dia..
maaf sekali lagi..
~L.O.V.E & F.A.I.T.H~
ad_dEen