*Salam guys, sorry lambat posting..bz terlajak ni...enjoy..rindukan BBM ye? maafla BBM stop dlu sbb nk fokus menaip manuskrip. Do enjoy ok...TQVM for ur supports! LOL =)
~L.O.V.E & F.A.I.T.H~
ad_dEen
BAB 4
"Hello, good morning. Is this Alpha
Enterprise?”
“May I speak to your manager please?”
"I'm Faradina Amza. I had faxed and emailed
my resume to your office before this. Is there any vacancy at your office?"
“Okay,
thank you. You can call me if you
have vacancy. Bye then.”
Wajah
Dina berubah keruh. Seketika dia kembali mencapai handphone yang dicampak disofa sebelahnya. Ligat tangan menekan
nombor untuk mendail nombor yang diambilnya dalam ruangan iklaneka jawatan
kosong dalam akhbar Berita Harian.
“Hello, good morning. Is this Arkimaju
Berhad?”
“I’m Faradina Amza. Regarding to your advertisement in the newspaper, I would like to be
the member of this company.”
“Sorry?”
“But… Hello?
Hello? Hello?”
“Arghhh.
Boleh kau hang up!”
Mama
yang sedang memasak di dapur segera mendekati ruang tamu. Dari tadi dia
terdengar Dina seperti berbual-bual dengan seseorang. Tatkala mendengar anaknya
itu terjerit ‘hello, hello’ terus dia
angkat kaki untuk melihat apa yang berlaku.
“Apa
yang duk ter’hello-hello’nya dik?
Kamu cakap dengan siapa?” Soal mama ingin tahu.
“Dia
boleh hang up ma? Adik tak habis
cakap lagi dengan dia.” Luah Dina geram.
“Siapa?”
“Adik call tanya kerja kosong, lepas tu dia
cakap dia tak pernah buat iklan.”
“Mana
dapat nombor office tu?”
“Ni
dalam paper ni. Ada iklan dalam paper ni boleh dia kata takde. Geram
betul!” Marah Dina sambil menggugah surat khabar ditangan ke arah mama.
“Jangan
percaya la iklan kat paper tu.
Bukannya betul.”
“Takde
la, bukan dia tak boleh cakap elok-elok. Terus letak tu kenapa. Bukan adik nak
mintak hutang dengan dia pun.” Dengus Dina.
“Agaknya
dia berhutang kot, tu takut nak jawab.” Mama membuat telahan.
“Hurm…”
Gumam Dina perlahan.
'Kenapa la susah sangat nak dapat kerja ni? Bad luck ke aku ni? Ish tak baik! Dah empat bulan menganggur lepas grade. Tu belum kira yang lepas belajar. Campur-campur dah lapan bulan. Waaaaaaaaa, nak kerja jugak. Nak jugak macam orang lain ada duit sendiri. Sobb sobbb...' Hati Dina berkeluh-kesah mengenang nasibnya sebagai penganggur.
Tamat belajar bulan enam tahun lepas, sampai sekarang dia masih duduk menanam buah anggur di rumah. Sekarang dah nak masuk Februari 2012 pun dia masih bergelar penganggur 'bertauliah'. Apalah nasib...
“Mama
dah siap masak ke? Adik lapar la…” Soal Dina setelah seketika sambil menayang
muka comel.
“Kamu
jangan nak mengada ye. Tunggu adik dengan babah kamu tu dulu baru boleh makan!”
Marah mama sambil bercekak pinggang.
“Alah…”
Dina tarik muncung.
‘Dahlah
cari kerja tak dapat, makan pun tak dapat. Hari ni saja dah berapa orang aku call, semua hampeh. Dah tahu tak nak
ambil pekerja, buat iklan tu kenapa. Habiskan credit aku je!’ Terkumat-kamit mulut Dina membebel dalam hati.
“Kamu
tak payah duduk buat muka ketat dekat situ. Masuk dapur tolong mama ni!” Laung
mama yang sudah pun berdiri di ambang pintu dapur.
“Ye ma.”
Sahut Dina lemah. Kemudian dia bangkit menapak ke dapur seperti yang diarahkan
oleh mama tersayangnya itu.
Tengah
hari itu, Falihin turut pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Mimipi apa entah
abangnya itu hendak makan di rumah. Selalu tu jangan haraplah. Fikir Dina
sambil menyenduk nasi buat ahli keluarganya itu.
Cuma
seorang saja yang tiada bersama mereka saat ini. Anak ketiga mama dan babah,
Firhan Amza. Adiknya itu sedang melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Kuala
Nerang, kedah. Terbit senyuman kecil dibibirnya mengingatkan keakraban mereka
satu keluarga. Sudah lama mereka berenam
tidak makan bersama. Kali terakhir sebulan yang lalu ketika Firhan pulang ke
rumah. Rindu pula pada adik lelakinya yang seorang itu.
"Kau
senyum-senyum ni kenapa dik?" Teguran seseorang menyedarkan dirinya yang
khayal mengelamun.
"Dari
tadi banyak ni je kau isi nasi dalam pinggan aku?" Sinis Falihin bertanya.
"Tak
cukup ke? Ha, nah...." Dina menambah tiga senduk lagi ke dalam pinggan
abangnya itu.
'Ha
ambik kau. Tak cukup lagi, satu periuk ni aku sumbat dalam mulut tu karang!'
Ngomel Dina.
"Mama
tengok adik ni main nasi ma." Falihin mengadu pada mamanya.
"Adik,
abang. Depan rezeki ni cuba elok-elok sikit perangai. Tak sudah-sudah nak
bergomolnya!" Mata mama mencerlung pada wajah anak teruna dan daranya itu.
"Ye
ma. Sorry.." Jawab mereka
serentak. Babah dan Fidyatul yang melihat hanya menggelengkan kepala.
"Sudah
tu. Duduk semua. Abang, baca doa." Arah babah yang sudah sedia menadah
tangan dikepala meja. Falihin mengangguk sebelum mengimamkan bacaan doa makan
tengah hari itu.
Selepas
habis makan, Falihin beredar dengan motor Aprillanya ke tempat kerjanya semula.
Manakalan Fidyatul mengikut babah untuk dihantar ke sekolah sebelum abah ke
tempat kerjanya. Tinggallah mama dan Dina berdua di rumah.
"Adik!"
Dina yang baru hendak terkatup matanya di ruang tamu tersedar semula.
"Ye
ma..." Sahutnya malas. Mengantuk.
"Kamu
tolong angkat baju dekat ampaian. Hari nak hujan dah ni." Laung mama lagi
dari arah dapur.
"Okey
ma." Dengan malas Dina bangun melangkah keluar rumah dengan bakul yang
diambilnya ditepi TV.
Bakul
pakaian kering itu dibawa masuk ke biliknya. Dia mahu melipat di dalam bilik
saja. Seorang diri waktu begini, bosan hendak melayan TV. Kalau ada adiknya,
seronok la juga. Boleh dibuli adiknya itu supaya melipat pakaian.
Sedang
dia ralit melipat pakaian di dalam bilik tidurnya, kedengaran alunan muzik
Insya Allah nyanyian Maher Zain menandakan ada panggilan masuk. Segera Dina
mencapai handphone yang terdampar di
atas tilam queen yang dikongsinya
bersama Fidyatul.
"Waalaikumussalam..."
Salam yang dihulur disambut lemah olehnya.
"Tak
buat apa, lipat baju..." Balasnya lagi menjawab soalan orang disana.
“Nana…”
Dina pelik mendengar suara mendayu Zeen menyeru namanya. Kenapa pulak dah ni?”
“Kau ni
kenapa Zeen? Gaduh dengan Edlin?” Tebaknya tiba-tiba. Hanya itu sahaja yang
difikirkannya bila Zeen dalam mod mahu mengadu domba.
“Tak
la!”
“Habis?”
“Aku
penat la kat office ni…”
“Biasa la
kerja.”
“Memang
la, tapi bos aku ni. Benci aku!”
“Kenapa
pulak?”
“Dia
bagi aku banyak kerja.”
“Freshie mesti la banyak kerja.”
“Tapi si
Badrul ni lain. Kejap-kejap panggil aku. Kata ini salah, itu salah. Macam mana
aku nak siapkan kerja dah tiap masa dia nak panggil aku!”
‘Oh
Badrul nama bos dia.’ Dina mula membayangkan bagaimana wajah lelaki yang
bernama Badrul itu.
“Kau
dengar tak ni?” Keras suara Zeen bila tidak mendengar reaksi dari sahabatnya
itu.
“Eh, apa
dia?” Dina sedikit menggelabah. Sempat pula aku termenung. Haish!
“Orang
tengah nak mengadu ni dia buat endah tak endah je!” Sungut Zeen.
“Dengarlah.
Aku tengah bayangkan rupa bos kau si Badrul tu je.”
‘Sempat
lagi tu!’ Cebir Zeen.
“Mesti
kepala dia botak tengah kan. Dah beruban…ada misai melentik…hidung dia penyek…”
Dina menerangkan wajah Badrul yang dibayangkannya.
“Hoi,
hoi hoi! Bila masa pulak dia botak tengah bagai tu?” Marah Zeen.
“Habis
tu?”
“Muda
lagilah si Badrul ni. Kacak je, tapi perangai… astarghfirullah al-azim!”
“Oh,
salah la aku teka tadi tu erk? Hehe…” Dina tersengih.
“Beb
malam ni keluar beb. Aku tension ni!”
Zeen bersuara semula.
“Malam
ni? Ish mana boleh. Kau ingat mak aku tu nak bagi keluar malam?”
“Dengan
aku kan?”
“Takdenya
dia bagi. Kau tu nak kerja esok. Conferm
dia kata aku yang sengaja gatal nak menyusahkan kau.”
“Ish
Acik Imah ni. Tak sporting betul la.”
Sungut Zeen pula mengenai mama sahabatnya itu.
“Tahu
pun.” Dina mengiakan.
“Kalau
macam tu Sabtu ni la kita keluar. Tengok wayang dengan geng.” Suara Zeen
berubah ceria pula.
“Tengok
wayang? Fulus takde meh.” Dina bersuara lemah.
“Aku
belanja la!”
“Betul
ni? Hehe, sayang kau.”
“Cit!”
Bibir Zeen mendecit kecil. Kalau bab orang belanja laju je dia. Sambungnya
dalam hati.
“Eherm,
eherm! Cik Zeen Iqmal, masa kerja awak dengan handphone ke?” Hampir melatah Zeen mendengar suara yang berkata tegas
ditepi telinganya itu. Mujur sahaja handphone
ditangan tidak terlepas jatuh.
“Eh
siapa tu Zeen?” Dina yang turut mendengar suara garau lelaki itu bertanya.
“Oh, okay Mr. Chong. I get it now. Thank you so much.” Zeen yang ingin menutup
kesalahan, berpura-pura seolah berbual dengan client syarikat mereka.
“Hoi, Mr. Chong apa pulak kau ni?” Dina
terpinga-pinga sebentar. Tidak faham dengan lakonan yang dimainkan oleh
sahabatnya itu.
“Okay Mr. Chong, I call you back later. Thanks
again. Bye!” Zeen menekan suaranya. Selepas mengucapkan bye, terus butang merah ditekan.
“Mr. Chong Encik Badrul. Saya discuss dengan dia pasal projek dekat
Jalan Kerja Air Lama tu.” Ucap Zeen tersipu-sipu sambil menunjuk pada handphone ditangan.
“Continue your work!” Ucap Badrul tegas
dengan kedua tangan dibelakang. Wajah sengaja ditunjuk garang.
“Okay Sir!” Sambut Zeen dan terus menfokuskan
mata pada skrin desktopnya. Melihat Zeen
yang kembali meneruskan kerja, Badrul meneruskan langkahnya semula mengawasi
pekerja-pekerjanya melakukan kerja.
Sementara
itu, Dina menggeleng sendirian selepas suara Zeen lenyap dari handphone. Dia tergeleng perlahan kerana
baru memahami drama sebabak yang baru dilakonkan oleh sahabatnya itu tadi.
“Macam
mana la rupa si Badrul tu. Nak juga aku kenal. Hehe…” Dia ketawa gelihati
membayangkan wajah Badrul yang dilakar difikirannya tadi. Tangannya kembali
meneruskan kerja melipat kain yang tergendala gara-gara panggilan Zeen tadi.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Dik,
nah.” Falihin mengunjuk sehelai kertas pada Dina yang sedang leka menonton TV
disebelah babah.
Dari
tadi ahli keluarganya itu begitu khusyuk menonton TV selepas menjamu makan
malam. Hanya dia yang melekap di bilik menyiapkan sedikit kerja yang tidak
sempat disiapkannya di pejabat tadi. Memandangkan esok ada mesyuarat dan dia
dikehendaki membentang laporan kewangan syarikat, terpaksalah dia membawa
pulang kerjanya ke rumah. Sebagai seorang ketua dibahagian Finance, sudah
menjadi tanggungjawabnya memastikan laporan kewangan bulanan syarikat tempatnya
bekerja memaparkan maklumat yang tepat dan terperinci.
Falihin menggeliat
kecil. Kemudian dia mengambil tempat di sofa satu tempat duduk, turut menyertai
ahli keluarganya itu yang seronok menonton tayangan cerita P.Ramlee di TV2.
“Apa ni
bang?” Soal Dina kehairanan.
“Baca
la.” Balas Falihin senada. Dina mula membaca aksara-aksara yang tertera diatas
kertas putih bersiaz A3 itu.
“Eh
bang!” Panggil Dina teruja.
“Mana
kau dapat ni bang?” Soal Dina lagi sambil tersenyum. Dia mengunjuk pula kertas
itu kepada babah disebelahnya.
“Apa tu
bah?” Mama menjenguk ingin turut membaca.
“Kalau
kau berminat kau bagitahu. Diorang nak pakai orang cepat tu.” Falihin berkata.
“Eh dik.
Ni dia offer jawatan secretary. Kamu kan belajar ukur bahan,
lari bidang dah ni.” Mama tidak puas hati.
“Apa
salahnya pun mamanya.” Babah menjungkit kening pada isteri disebelahnya itu.
“Takde
la bah. Si adik tu belajar bidang lain, nak kerja bidang lain. Pandai ke dia.”
Jujur mama berkata.
“Tambah-tambah
dia tu nak jadi secretary, alamat
baru sehari kerja dah kena berhenti.” Wah berbisa sungguh kata-kata mama ni.
“Adik boleh
belajar la ma.” Dina membela diri. Tercabar rasanya diperlekehkan begitu oleh
mama sendiri. Jangan pandang anakmu ini sebelah mata ma. Akan adik buktikan
nanti!
“Takde
kerja lain ke bang?” Mama memandang Falihin.
“Itu
kawan abang punya company ma. Dia mintak abang tanyakan. Dah adik tak kerja
lagi ni, tu tanya dia. Salah seorang director
company kawan abang tu nak pakai secretary.”
Terang Falihin panjang lebar. Fidyatul disitu hanya menjadi pemerhati senyap. Mendengar
sambil lalu sahaja kerana matanya lebih terarah pada cerita Seniman Bujang
Lapuk yang bertayangan.
“Mintak
je la dik. Mana tahu rezeki kamu dekat situ.” Babah menyokong.
“Esok
kau bagi resume kau dik.” Pinta
Falihin selepas abah memberi persetujuan.
“Sekarang
jugak adik bagi!” Dina terus berlari ke biliknya selepas berkata begitu.
Tidak
lama kemudian dia kembali ke ruang tamu bersama sampul surat bersaiz A4
ditangan. Dihulurkan pada abangnya itu sampul surat yang mengandungi resume miliknya.
“Nanti
kalau dapat kerja tu jangan lupa berterima kasih dekat kawan abang tu.” Pesan babah.
“Baik
bah.”
“Bahagian
abang pun jangan lupa.” Falihin mengangkat-angkat keningnya.
“Wekkk!”
Dina membalas dengan jeliran lidah.
“Bah,
kenapa dibenarkan budak tu kerja secretary?”
Rupa-rupanya mama masih tidak bersetuju.
“Takpe
la ma buat sementara waktu ni. Kalau dia tak kerja awak sibuk membebel dekat
dia. Ni dia nak kerja awak tak bagi pulak.” Perli babah sedas pada mama.
Dina
tersenyum berpandangan dengan babah. Seronok bila babahnya menyokong begitu. Mujur
la ada babah. Kalau tak sekarang ni, silap-silap dia dah dikahwinkan oleh mama.
Huhu mintak dijauhkan! Doa Dina dalam hati.
“Ish
awak ni! Tak pernahnya nak menyokong saya.” Sungut mama sambil menghadiahkan
cubitan kecil pada lengan suaminya itu.
“Sakit
la awak ni ma oi.” Babah tarik muka masam. Lengan yang perit digosokk laju. Falihin
dan Dina tersengih melihat tingkah kedua orang tua mereka itu.
“Awak
tu!” Mama mendengus.
“Syhhh, part best ni.” Fidyatul yang membisu
sejak tadi tiba-tiba bersuara. Jari telunjuk diletakkan dibibirnya. Sengaja dia
mencelah perbalahan mama dan babahnya itu. Orang tengah nak layan cerita lawak
ni ada part gaduh-gaduh pulak dekat
sebelah. Kacau je.
“Amboi
kamu ni. Pergi study!” Mama menjeling wajah anak bongsuna itu kegeraman.
“Ma
senyap ma…” Dina pula menegur mamanya. Dia, Falihin, babah dan Fidyatul
kelihatan begitu fokus menatap kaca TV.
“Hahahaha!”
Ketawa keempat-empat mereka terhambur ke udara. Mama yang tidak berpuas hati
membuat muka. Boleh diorang buat tak tahu dekat aku ni.
Dina
beria-ria menekan perut menghamburkan gelaknya.
‘Beria bebenor
gelaknya. Apa yang kelakarnya entah.’ Sungut mama dalam hati dengan loghat
Paritnya. Matanya ditala pada TV untuk sama-sama memahami jalan cerita yang
sedang bertayangan.
Seketika kemudia, dia turut tergelak dengan
telatah Sudin yang membuat senaman diberanda apabila dia hampir tertangkap dengan
mak Ani dengan bunyi ketukan botol kicapnya. Kelima-lima mereka bergelak sakan
diruang tamu teres satu tingkat itu.
Salam Addeen..best..dah lama tunggu akhirnya ada en3 baru....tapi kenapa pendek Addeen tak puas..baru baca dah habis..hihihi...
ReplyDeleteciter nih best. thanks ek.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesecretary siapakah...Adrian ka? hehehe...main tembak jer
ReplyDelete