Assalamualaikum..ok ni bab 2 ALDB...jangan tanya knp sy x reply komen..ni post yg baru pun curi2 je jenguk blog ni..huhu..kalo de masa sy reply ye..enjoy..to miss yong, bantuan anda sgt dihargai..toce2...tqvm!! ok luv alls...BBM insyaALLAH x lama lg..doakan..amin~
BAB 2
Falihin
yang sedang membelek Aprilia RSV4nya di garaj memaku pandangan pada wajah masam
adiknya yang sedang melangkah masuk.
"Apa
pandang orang?" Marah Dina pada abangnya. Dia terus menonong masuk ke
dalam rumah.
'Aik,
aku tak cakap apa pun kena marah? Tu conferm
tak luluslah tu muka gaya katak mati kena lenggek.' Bebel hati Falihin. Dia
turut bangun melangkah masuk ke dalam rumah.
Dina
terus menjatuhkan tubuhnya diatas sofa sebelah babahnya. Babah yang sedang
membaca surat khabar agak terkejut dengan kepulangan tiba-tiba anaknya itu.
'Dengan
muka masam dan tidak memberi salam. Apa nak jadilah budak zaman sekarang.'
Babah menggeleng perlahan. Dia kembali menekur pada lembaran kertas ditangan.
“Macam
mana interview tadi dik?” Soal
Falihin Amza yang turut mengamblil tempat disofa bertentangan babah dan
adiknya.
“Terus
kena reject.” Dengan muka masam Dina
memberitahu.
“Terus reject?” Soal Falihin tidak percaya.
Babah mengalihkan perhatian semula kepada anak keduanya itu.
“Arghh..”
Dina mengeluh kuat. Beg tangan dibahunya dicampak ke tepi. Wajah tension ditayangkan.
“Aku tak
fahamlah dik. Kena reject apa? Cuba
cerita betul-betul?” Falihin masih tidak mengerti. Pelik juga. Takkan baru interview terus reject? Biasa bukan ada stage
pemilihan dulu ke? Takkan langsung tak bagi masa?
“Malaslah
cerita. Buat sakit hati orang je.” Dina mendengus. Sibuk pula abangnya ini
ingin mengambil tahu.
“Tak,
takkan terus ditolak? Diorang tak cakap lagi seminggu diorang call ke apa?” Beria Falihin menyoal.
“Tak.
Dia cakap ‘Sorry, I cannot offer you this
job.’ Puas hati?” Soal Dina geram sambil mengajuk semula kata-kata Adrian
Wong tadi. Sakit hatinya mengingatkan kisah dibilik interview tadi.
“Please have a seat Miss Fara..."
Jemput Adrian ramah.
"Just call me Dina." Potong Dina
cepat. Dia lebih selesa dipanggil Dina oleh orang luar. Jika dengan ahli
keluarganya, nama manja 'adik 'yang digunakan dan dikalangan teman rapatnya dia
lebih suka menggelar dirinya Nana.
Adrian
senyum. Dina melabuhkan punggungnya pada kerusi berhadapan dengan Adrian. Beg
tangannya diletakkan dibawah, tepi kerusi. Fail segala sijil yang pernah dimilikinya
sejak dibangku sekolah hingga zaman universiti dipangkunya kemas diatas riba.
Dina cuba menyelesakan dirinya. Segala panduan etika temubual yang dibacanya
semalam cuba dipraktikkan sebaik mungkin.
"So Miss Dina. Can you introduce yourself?" Adrian memulakan mukadimahnya.
"Okay, let me start." Dina menarik
nafas dalam. Adrian mengangguk.
"My name is Faradina Amza Binti Amri. I'm 24 years old. A fresh graduate from UTM Skudai in Quantity Survey. I am an independent person ..... Bla... Bla...
Bla...." Panjang lebar Dina berceloteh berkenaan dirinya.
Sampai part zaman sekolah menengah Dina, Adrian
sudah menyampuk.
"Miss Dina, let's make it short. So, why do you want this job?" Soal
Adrian bersahaja. Kalau dia tidak menyampuk, agaknya gadis dihadapannya kini
akan menyambung sampai ke cerita masa dia lahir pulak nanti. Huhu...
“I want to fulfill my dream to become a
professional woman’s surveyor in Malaysia. So, before I achieve my target, I have to search an experience as much
as I can so that I can make my dream come true.” Dina menarik nafas semula.
‘Ah
bantailah. Aku pun tak tahu nak bagi alasan apa. Takde pulak buku panduan
semalam ajar macam mana kalau kena tanya soalan macam ni. Ish, mintak-mintak
dia terima.’ Hati Dina berbisik. Peluh renek sudah memercik didahinya.
Adrian
tersenyum. Agak kagum dia dengan kebolehan berbahasa Inggeris gadis
dihadapannya itu. Malah gadis itu juga kelihatan berani dan yakin dengan setiap
kata-katanya.
‘Wow, so impressed. I like this girl.’
Kata Adrian didalam hati.
“So, you don’t know Mandarin?” Soal
Adrian sambil melihat resume milik
gadis dihadapannya itu. Dina menggeleng.
“Cantonese?” Geleng Dina lagi.
“Tiong Hua?”
“No Sir. I only know Bahasa and English. That’s all.” Tekan Dina penuh
keyakinan.
"But you do took a Mandarin class right?" Soal Adrian sambil mata menelek transkrip ijazah Dina yang jelas tertera GPA untuk subjek Mandarin yang sekadar cukup-cukup makan.
"Yes I did, but I do not really capture." Dina tertunduk merenung tangan sendiri.
Adrian
mengangguk. 'Hurm.. It's quiet difficult
to take her.' Keluh Adrian perlahan.
"Where did you get these certificates?"
Soal Adrian sambil menyelak helaian sijil milik Dina.
"From my secondary school sir." Dina
senyum.
Tangan
Adrian terhenti pada helaian sijil yang menarik perhatiannya. Satu sijil
penghargaan dari sebuah sekolah yang pernah dimasukinya dulu.
"What about this?" Soal Adrian ingin
tahu.
"It's written there. I got it from a
competition that I've entered at Sek. Men. Keb. Alam Megah." Terang
Dina.
"You
studied there?" Adrian menyoal penuh teruja. Wajah Dina direnungnya
tepat.
"Nope Sir." Dina menggeleng. Wajah
pelik dipamerkan dihadapan lelaki itu. ‘Aik, tadi aku dah bagitahu aku masuk
sekolah mana. Dia ni tak pay attention
langsung.’ Kutuk Dina didalam hati.
"Oh I see." Adrian mengangguk.
Matanya masih galak merenung helaian sijil itu. Tiba-tiba terasa rindu pada
sekolah menengah yang dimasukinya dari tingkatan satu sehingga tingkatan dua
itu sebelum dia berpindah ke Kanada mengikut keluarganya. Kenangan di sekolah
itu mula melayang dimata.
"But Sir, why do you ask?" Soal Dina
ingin tahu. Perlakuan Adrian yang merenung lama sijil miliknya itu membuat dia
curiga akan lelaki itu.
"No, it just reminds me with my old memories.
I've entered this school before." Adrian tergelak kecil. Termalu
sendiri kerana ralit termenung dihadapan Dina tadi.
"Oh.."
Mulut Dina membulat. Tak sangka lelaki dihadapannya itu pernah bersekolah
disitu.
"In what year Sir?" Dina bertanya.
"Erm... About in the 90's. Let's get back to our topic." Adrian cepat-cepat menukar
cerita. Tidak sepatutnya dia terlalu ramah dengan calon yang seorang ni.
"Oh,
yes Sir." Dina tersedar atas
ketelanjurannya yang terlalu banyak bertanya pada Adrian. Mereka mula
meneruskan temuduga yang tergendala seketika tadi. Kali ini keyakinan Dina
makin bertambah.
"So..." Adrian berjeda. Dina mula
terasa panas punggung. Berdebar-debar dadanya ingin mendengar kata-kata Adrian
yang selanjutnya.
Dia
memang berharap sangat yang dia akan ditawarkan dengan jawatan Surveyor itu. Sudah hampir tiga bulan
dia mencari kerja diserata Kuala Lumpur ini.
"Miss Faradina Amza..." Adrian
berhenti seketika. Dina menarik nafas dalam sebelum dilepaskan perlahan. Cuba
bertenang mendengar keputusan lelaki Cina dihadapannya.
"From our early conversation, I don't think
I can offer you this job." Adrian menyandar perlahan dikerusinya.
Wajah Dina dipandang. Dina terkejut mendengar kata-kata lelaki itu.
"I hope you won't be upset. Maybe it's not
your fate to be here. So, good luck and all the best. Hope you success in the
future." Adrian sudah menegak semula. Suaranya kedengaran tegas
berbicara.
"But Sir....." Dina tak mampu
meneruskan kata-kata. Harapan yang menggunung tinggi tadi terus jatuh menyembah
bumi. Wajahnya sudah berubah kecewa.
"But… Why Sir?" Dina bertanya.
Matanya terasa bergenang.
"It's not that you are not good enough. You
just don't have your luck here." Adrian cuba menenangkan hati gadis
dihadapannya itu.
"Sir, how come you can easily rejected me?"
Soal Dina penuh perasaan. Tidak pernah dia hadiri temuduga yang terus memberi
kata putus sebelum membuat penilaian. Dia tidak puas hati.
“I’m the interviewer. The decision is in my
hand.” Tenang Adrian membalas.
“Huh!”
Dengus Dina. Terlalu bongkak kelakuan lelaki dihadapannya itu.
“Okay, tell me why I’ve been rejected? Even the candidates still queuing?” Soal
Dina. Kepanasan hatinya cuba ditahan mengingatkan pesan mamanya tadi.
Adrian
duduk semula. Wajah Dina yang seperti harimau itu dipandang. Rasa ingin
menghamburkan ketawa saja. Cepat betul gadis ini melatah. Fikirnya.
“I need a candidate that has an experience.” Jawab
Adrian tenang. Dia menyandar pada kerusi sambil memusingkan pen parker
dijarinya.
“So, what will happen to all graduates out
there if the employers have this attitude?” Serang Dina tegas. Dia masih
cuba mengawal diri mengingatkan temuduga yang acapkali gagal kerana sikap tidak
sabarnya itu.
‘I really like this girl. Brave.’ Komen
Adrian dalam hati melihat ketegasan dan keberanian Dina menyuarakan
pendapatnya.
“If all the employers need an experienced
worker, what will happen to people like me? Will continue to be unemployed?”
Tekan Dina lagi.
“Miss Faradina Amza. I think you misunderstand my words.” Adrian sedikit tergelak dengan
reaksi menyinga gadis Melayu dihadapannya. Dina hanya menjeling.
“So, why don’t you go thoroughly all the
candidates first, and then make your choice?” Pandai-pandai pula Dina
memberi arahan. Berani betul dia.
“I can’t offer you this job because I need a
multilingual person. My business, deal with many countries outside, and mostly
from Hong Kong, China and so on.”
Wajah Adrian sudah kelihatan tegas kini.
“And you, don’t even know Mandarin or what so
over. So how can I choose you?” Soal Adrian dengan wajah yang memerah.
Geram pula dia diperlekehkan begitu oleh gadis muda dihadapannya itu. Apa yang
dia tahu soal perniagaan?
“I will try to master it.” Dina tetap
melemparkan renungan tajam buat pemuda Cina itu.
“Please Miss Dina. I really don’t have any words to say. Please accept, that I really
cannot offer you this job. That’s all. Maybe your luck is out there that better
than here. So, have a nice day and best of luck.” Adrian mula berdiri ingin
berjabat tangan dengan Dina.
“You are rude young man.” Dina menolak
kuat kerusi ke belakang. Tangannya turut dihentakkan diatas meja Adrian. Adrian
sedikit tersentak dengan perlakuan Dina. Dia cuba berlagak selamba.
“I hope I won’t see your face again!”
Dina mengambil kasar begnya dilantai dan terus berlalu ke pintu. Selepas
menghadiahkan jelingan maut, pintu bilik Adrian dihempasnya kasar.
“Tak ada
manners punya mamat sepet. Siap kau,
kau tak tahu lagi kehebatan aku. Silap besarlah kau reject aku.” Sambil menunggu lif terbuka, Dina mengomel seorang
diri.
“Miss Dina, is everything alright?” Dina sedikit terkejut disapa tiba-tiba oleh
Mary. Dadanya yang berdetak laju diurut perlahan.
“Nothing.” Wajah Dina masam mencuka.
“But I heard the door being slammed ” Wajah Mary penuh kerisauan.
“Oh, ask your boss. I want to ask you something…”
Dina memandang wajah Mary bila terfikirkan sesuatu.
“Your boss didn’t married yet right?”
Mary mengangguk mengiakan soalan Dina.
“Tell him that no one would like to be his
bride. Send my regards to him.” Dina berwajah sinis semasa berkata. Wajah
Mary berubah. Dia benar-benar terkejut dengan keselambaan Dina. Tidak pernah
ada sesiapa pun sebelum ini yang pernah berkata begitu pada majikannya.
“See ya.” Mulut Mary masih terlopong saat
Dina sudah menghilangkan diri didalam lif.
+++++++++++++++++++++++++++++
“Hoi
dik! Orang tengah cakap dengan kau ni.” Falihin menepuk kuat paha adik
perempuannya itu. Boleh pulak dia buat tak tahu babah tengah cakap dengan dia.
“Sakitlah
abang ni. Apa dia?” Dina menjegilkan mata pada Falihin. Paha yang pedih digosok
kuat.
“Kau tu.
Babah cakap dengan kau tu… Yang kau lepas ke mana dah? Laut Cina Selatan?”
Tukas Falihin.
Dina
mengalih mata dari wajah Falihin. Sempat dia menjeling abangnya yang seorang
tu. Wajahnya yang tegang tadi mula dilembutkan melihat wajah babah yang
berkerut melihat tingkah dia dua beradik.
“Ada apa
bah?” Soal Dina sopan. Falihin disebelah mencebik bibir mendengar nada lembut
adiknya itu. Kalau cakap dengan orang tua pandai nak berlembut. Dengan aku,
haram!
“Adik
cakap tadi orang tu terus reject
adik. Betul ke?” Dina menarik nafas panjang. Dia mengangguk mengiakan kata-kata
babah.
“Apa bos
tu langsung tak bagi tempoh seminggu dua?” Tanya babah lagi ingin tahu. Pelik
juga dia proses temuduga anaknya itu. Masakan boleh beri keputusan kala itu
juga.
“Tak
bah. Adik pun tak fahamlah dia tu. Padahal ada ramai lagi orang datang interview lepas adik. Sedap je dia main reject macam tu je.” Dina buat muka tak
puas hati. Terbayang wajah Adrian dimata. Rasa nak cekik-cekik je lelaki cina
tu.
“Padan
muka kamu tu dik.” Suara mama tiba-tiba mencelah. Dina, Falihin dan babah
berkerut dahi memandang wajah mama yang langsung tiada rasa bersalah berkata
begitu.
“Awak
tengoklah perangai anak awak tu babahnya. Cuba cakap dah berapa interview dia pergi yang dia buat
perangai elok-elok depan interviewer tu?”
Tanya mama sinis.
Dina
menggigit lidah. Aiseyman, mama dah start
nak membebel. Adus, kenapalah susah sangat aku nak dapat kerja ni.
Falihin
dah pandang semacam wajah adiknya itu. Babah pula dah angkat-angkat kening
tengok dia. Aiya, apa nak kelentong ni.
“Bukan
salah adik. Orang tu yang takde manner.
Bukan tak boleh cakap baik-baik.” Dina mempertahankan diri. Pandangan mama
mencerlung padanya. Dina tersengih kecil.
“Orang
penatlah. Nak masuk bilik dulu nak rehat.” Dina sudah angkat punggung.
Berkira-kira mahu menyelinap ke dalam bilik tidurnya.
“Tengoklah
perangai anak awak tu. Entah bilalah dia nak dapat kerja kalau terus macam tu.”
Mama dah start dah pasang speaker.
Dina
terus mengunci pintu bilik dari dalam. Dia tersandar pada pintu.
“Kamu ni
dik kalau dapat kahwin dengan lelaki kaya takpe kalau tak kerja. Dapat laki
kerja toreh getah, hah merasalah kamu macam mana.” Mama melaung kuat dari luar.
Dina
mencebirkan bibir. Tangannya digerakkan macam mulut mama. Membebel macam murai
tercabut ekor. Terjengket-jengket Dina melangkah ke katil. Beg tangannya tadi
dicampak ke tepi. Dia mendepangkan tangan. Perlahan-lahan tubuhnya dijatuhkan
mencium permukaan tilam.
“Ahhh,
nikmatnya tidur.” Gumam Dina disebalik bantal.
“Hah kau
bang tak reti nak pergi solat?” Bebelan mama sudah beralih pada anak sulungnya
pula. Mangsa pertama dah hilang, carilah mangsa kedua.
‘Ah
masak. Aku pulak yang kena ni. Siap kau dik.’ Hati Falihin mendongkol geram.
“Hehe…
Nak pergilah ni ma.” Falihin tayang sengih tidak bersalahnya.
“Jangan
cakap banyak. Pergi cepat. Dari tadi tak nak sembahyang awal-awal. Dah nak
habis waktu baru terhegeh-hegeh. Dari tadi sibuk membelek motor dia tu je!” Bebel mama lagi tanpa belas kasihan. Babah
hanya menggeleng dengan kerenah isterinya itu. Dia dah tak kuasa nak membantah.
Silap-silap dirinya yang akan dibebel balik.
‘Huh
baik aku lari dulu. Hish tak penat ke mulut mama tu tak habis-habis nak
membebel.’ Sungut Falihin dalam hati. Kakinya tetap dibawa ke bilik air untuk
mengambil air sembahyang. Memang sudah lewat benar Asarnya itu.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Salam dari luar rumah menghentikan bebelan mama buat seketika. Terjengul wajah
anak bongsu mama dan babah dengan muka keletihan dimuka pintu.
“Baru
balik Fid?” Soal mama garang.
Fidyatul
Amza yang baru pulang dari sekolah tercengang-cengang dengan api kemarahan
mamanya yang terlampias padanya.
‘Apsal
aku pulak yang kena ni? Ni mesti ada orang yang dah buat mama marah.’ Tukas
Fidyatul dalam hati.
“Cepat
mandi. Kejap lagi sorang-sorang berebut bilik air.” Marah mama lagi.
“Ye ma.”
Fidyatul menurut. Kalau dia melawan alamatnya memang kena bebellah sepanjang
malam. Lebih baik diam je.
Falihin
yang melintas ruang tamu dengan wajah yang basah mengangkat ibu jari kepada
adik bongsunya itu tanda mengejek. Puas hati dia gadis itu turut kena sama.
Fidyatul yang masih tidak membuka stokin menjegil geram pada abangnya itu.
Cepat-cepat
Falihin berlari ke biliknya bila perasan mata mama sedang memerhatinya dengan
ekor mata. Cabut!
Babah
yang dari tadi menjadi pemerhati senyap tergelak kecil. Seronok pula dia
memikirkan kemeriahan keluarganya itu. Agaknya keluarga orang lain mesti tak
semeriah keluarganya yang pelbagai ragam itu.
“Eh
gelak sorang-sorang ni kenapa babahnya?” Mama menyoal pelik melihat suaminya
tersenyum-senyum. Kena sampuk ke apa laki aku ni?
Fidyatul
sudah menghilang ke bilik tidur yang dikongsi dengan satu-satu kakaknya,
Faradina Amza. Dia memulas tombol. Alamak berkunci pulak. Ni mesti tengah
membuta kak Na ni. Rungut Fidyatul.
Tangan
Fidyatul laju mengetuk pintu biliknya. Nama kakaknya turut dilaung dari luar.
Tapi dengan nada perlahan. Dia bimbang mamanya mendengar. Habis dengan dia-dia
pun kena leter kejap lagi.
Fidyatul
mula mengetap bibir. Susah pulak kakak dia ni nak bangun. Ish geram betul lah.
“Tu
kenapa tu Fid?” Aiseh kan dah kantoi. Fidyatul mengetap giginya bila terdengar
suara mama kuat bertanya.
“Takde
apa ma.” Balas Fidyatul. Tangannya masih mengetuk permukaan pintu kayu yang
tertutup rapat.
“Kak,
kau ni cepatlah bangun.” Omel Fidyatul depan pintu. Geram pulak dia.
“Apa
lagi tu Fid?” Panggil mama lagi.
Fidyatul
menggerutu dalam hati. Nasib kau lah kak. Dia berjalan dengan muka cemberut ke
ruang tamu. Wajah mama yang masam dipandangnya.
“Akak tu
tak buka pintu.” Adu Fidyatul.
“Budak
bertuah ni. Dia boleh tidur pulak nak Maghrib ni.” Mama dah start balik laung speaker pecah. Fidyatul membisu ditepi kusyen bersebelahan babah.
Wajah babahnya dipandang meminta simpati.
Mama
sudah mengorak langkah ke bilik anak daranya. Habislah kau Faradina Amza!
“Adik!”
“Bangun
dik!”
“Faradina
Amza, kamu bangun sekarang!” Jerit mama dari luar. Tangannya tak henti-henti
mengetuk permukaan pintu.
'Mahu
pecah pintu tu kalau sepuluh tahun lagi kena gegar macam tu. Tapi ada
kemungkinan besar sempat kot tengok pintut u bersepai. Aku baru sepuluh tahun,
tahun ni. Ada sepuluh tahun lagi nak hidup dekat rumah ni dengan mama. Hadoi
lah.' Sempat hati Fidyatul mengomel.
Dina menenyeh
tubir matanya. Tangannya menutup mulut yang menguap. Apa pulak bising-bising
kat luar ni? Dia masih terpinga-pinga. Menganggu tidur betullah diorang ni.
Bebel Dina seorang diri.
‘Eh,
tidur? Aku tidur petang? Tu bukan suara mama ke? Mampus!’ Dina bingkas bangun
dari katil dengan muka pucat. Dia membetulkan duduk bajunya. Ke hulur ke hilir
dia mencari idea untuk menyelamatkan diri. Pintu masih gedegung-gedegang
berbunyi.
Dia
terfikirkan sesuatu. Bibirnya tersenyum kecil. Hati-hati Dina mencapai Al-Quran
diatas rak dengan berlapikkan tuala kecil lalu diletakkan diatas katil. Tudung
yang dikeromot didalam bakul pakaian kotor tadi diambil lalu disarungkan ke
kepala. Daun pintu masih bergoyang dengan paluan mama. Selepas berpuas hati,
Dina mendekat pada pintu. Perlahan dia membuka pintu seluas-luasnya.
“Kamu
baru bangun..” Mama tak sempat habiskan ayat. Terkedu dia melihat Dina yang
masih bertudung. Aik?
“Kenapa
ma? Orang tengah mengaji tadi.” Lembut tutur Dina berniat mahu menyejukkan hati
mamanya yang tengah marah. Mama menjenguk ke dalam bilik. Ada Al-Quran atas
katil. betullah tu.
“Kalau
ye pun bukalah pintu ni. Adik tu nak masuk bilik.” Suara mama sudah kendur.
Sejuk rasa hatinya mendengar pengakuan anak keduanya tadi.
Dina
sudah menguntum senyum didalam hati. Yes!
Yes! Berjaya. Mama menoleh ke ruang tamu.
“Kakak
kamu dah buka pintu ni. Pergi cepat mandi.” Suara mama keras memberi arahan.
Fidyatul
menunduk hormat seraya menapak ke bilik. Mama beralih dari menghalang dipintu.
Dia hanya melihat tubuh dua anaknya itu didalam bilik. Dia bergerak ke ruang
tamu semula.
Tiba-tiba
dia teringat sesuatu. Dia pelik. Bukan ke si Dina tu tengah cuti? Macam mana
dia boleh mengaji pulak? Oh, pandai anak aku ni ye. Hati mama yang sejuk tadi
mula membahang semula.
“Faradina
Amza!” Nyaring mama menjerit nama anak bertuahnya itu. Dina di dalam bilik bagai
kera tergigit cili. Kantoi! Dia berpandangan dengan adiknya. Fidyatul menghadiahkan
pandangan ‘kau buat apa lagi ni kak’ padanya. Dina menggigit hujung lidah.
“Kamu
tipu mama dik?” Tempik mama dihadapan pintu bilik. Dina membuat tanda peace pada mamanya itu. Bibirnya
tersenyum sambil kepala tergeleng-geleng takut.
Mama
tidak menunggu lama, terus mengarahkan kaki ke arah Dina. Fidyatul mengambil
kesempatan itu untuk berlari keluar. Dia tidak sanggup. Kejap lagi dengan dia-dia
jugak yang akan jadi mangsa.
“Tak
ma..” Dina masih cuba melarikan diri. Wajah mama garang bak singa yang ingin
melahapnya.
“Babah!”
Terdengar jeritan kuat dari mulut Dina apabila dia mendapat hadiah cubitan
diperut oleh mamanya itu.
“Babah
kesian kak Na.” Fidyatul memaut tangan babahnya meminta bantuan babahnya itu
supaya menyelamatkan kakaknya.
Babah
tergeleng. Dia mendengus kasar sebelum bangkit dari duduknya. Kakinya turut
dibawa ke bilik kedua anak daranya.
“Sudahlah
tu mamanya. Sampai sakit-sakit budak tu awak kerjakan.” Babah meninggikan suara
memarahi mama.
Di ruang
tamu Falihin terpinga-pinga memandang Fidyatul. Dia tertanya-tanya akan
kekecohan yang terjadi. “Kenapa Fid?”
“Saya
geram betul dengan budak bertuah ni. Boleh dia mainkan saya macam ni babahnya.”
Tangan mama beralih pula memiat telinga Dina.
“Sakit
ma…” Dina merintih. Tangan mamanya cuba ditolak dari melekat pada tubuhnya.
“Dahlah
tu. Maghrib dah ni. Malu dekat jiran-jiran dengar suara awak tu.” Babah menekan
lagi suaranya. Simpati dia melihat wajah Dina. Sampai nak menagis budak tu
dikerjakan isterinya.
“Awak tu
bela sangat budak-budak ni. Mana tak perangai diorang ni melampau macam ni!”
Mama mendengus marah. Tangannya sudah menjauh dari tubuh Dina.
“Sekali
lagi kamu buat macam ni siap kamu.” Mama memberi amaran. Dina mengangguk laju
takut diberi hadiah istimewa lagi.
Mama
berlalu meninggalkan bilik anak daranya itu. Semasa berselisih dengan babah
dimuka pintu, sempat mama hadiahkan jelingan tajam pada babah. Tak puas hatilah
tu. Falihin dan Fidyatul yang rancak bercerita terdiam seketika ketika mama
melintasi mereka.
“Kamu
pergi mandi cepat Fid.” Sempat mama berpesan kepada anak bongsunya. Fidyatul
hanya mengangguk.
Falihin
dan Fidyatul bergerak ke bilik tidur yang dihuni oleh Dina dan Fidyatul. Ingin
melihat keadaan Dina sekarang. Samada sudah hilang kaki ke tangan ke atau
kepala.
“Tu la
kau dik. Dengan mama tu kau nak buat main.” Falihin membebel tatkala melihat
babah sedang menelek telinga merah adiknya.
“Berani
betul akak ni.” Tambah Fidyatul pula.
“Hah
yang kau tunggu apa lagi? Pergi cepat mandi.” Falihin mengerling Fidyatul
disebelah yang masih sibuk disitu. Terkocoh-kocoh Fidyatul mendekati almari
pakaian. Setelah mengambil baju dan tuala, dia terus berlalu ke bilik air untuk
mandi.
“Lain
kali jangan nak buat perangai gila tu.” Babah menasihati. Dina mengesat hujung
matanya. Tumpah juga air matanya tadi sebab menahan kesakitan. Bibirnya
mencebik macam budak cengeng.Falihin yang melihat dari atas katil
terkekek-kekek menggelakkan adiknya.
“Diam la
bang.” Dina memarahi abangnya itu. Macam biasa, Falihin buat endah tak endah
sahaja amarannya itu. Ketawa sinis masih terkeluar dari mulut abangnya itu.
“Sudah
la tu bang.” Babah merungut. Falihin terdiam semula. Tak pasal-pasal kena
dengan babah pula. Babah pun boleh tahan garang.
Teringat
dia sewaktu kecil-kecil dulu. Masa tu mereka sekeluarga pulang beraya di
kampung opah belah mama di Parit, Perak.
Dulu
kecil-kecil dia memang nakal sangat. Geng-geng
nakal dia masa kecil mestilah sepupu sepapat lelakinya yang lain. Yang
perempuan cuma Dina yang nak bergeng
sama. Sepupu-sepupu perempuan semua tak nak join
diorang sebab selalu kena buli dan dah kena warning dengan opah supaya jangan ikut kalau sepupu-sepupu lelaki
ajak bermain.
Bila dah
kena marah dengan opah sebab menyakat diorang, terpaksa la Falihin mencari
mangsa baru. Maka, Dina la yang jadi mangsa bulian mereka sebab hanya adiknya
itu yang ada.
Sebab
menyakat adiknya yang seorang tu lah dia ingat lagi belakang tubuhnya yang
berbirat penangan tali pinggang babah. Itulah pertama kali dan kali terakhir
dia tengok babah mengamuk.
Mahu
taknya. Dina sampai lemas dalam sungai belakang rumah opahnya itu. Lepas tu,
dia memang taubat nak menyakat lebih-lebih pada budak-budak perempuan. Si Dina
tu sampai trauma kalau nampak air. Tak kiralah air sungai ke, laut ke, kolam
ke... Senang cakap semua yang ada unsur-unsur boleh berenanglah dia trauma.
Nasib baik sekarang trauma Dina dah tak teruk mana.
Sadis
betul keadaan dia ketika itu. Selak dan biru muka dia lepas kena tibai dengan
babah. Sebulan belakang dia berbirat. Opah sampai ikut mereka sekeluarga balik Kuala
Lumpur sebab nak merawat sakit cucunya itu. Kesian dengan cucunya yang seorang
ni. Huhu….
“Kau
keluarl la bang.” Dina menolak bahu abangnya itu. Melayang pergi lamunannya
tadi. Matanya terkebil-kebil memandang sekeliling. Bila masa babah keluar?
“Kau
jangan nak buat taik mata balik.” Falihin memberi peringatan. Kemudian dia
terus berlalu keluar meninggalkan kamar adik perempuannya itu.
~L.O.V.E & F.A.I.T.H~
ad_dEen
salam dik..E3 yg sungguh kelkar giler..
ReplyDeleteWatak garang Dina bila kena reject ngan Adrian empunya perniagaan..sempat kirim salam kat mamat sengal tu ..apalagi..sempat juga memberi takzirah boleh cakap mamat tu tak ada org nak jadi bride laki tu..itu belum kira bertapa poyonya minah tu bila dia boleh bidas kat mamat sengal tu yg ingin mengambil perkerja yg ada experience..!!
Akak suka keluarga Dina ni..sikap garang ibunya..sikap baba yg selalu memihak kat anak ..sikap abang yg suka menyakat dan sifat adik..yg tidak semanja Dina..menampakkan kebahagian seisi rumah ini..
Teruja akak nak tahu..adakah hero citer ni adrian ..dan bagaimana mereka boleh berjumapa semula..cepat sambung ek..dik..
ermmm... teruja nak tahu kisah selanjutnya.....
ReplyDeleteadrian....camne lah reaksi mamat ni... bila dina buat camtu....
glad to hear that.hehe mmg tak sabar2 nak bc buku tu.n siap letak komen special lg.hehe.thanks.@(^_^)@
ReplyDeletehadeh la dina ni, berani gler kot menyembur org haha. igt dia dpt offer tu, rupanya tak, tapi imagine... grenti nti dpt adrian jd laki dia, jilat blk ludah sendiri. nti kena gelak gan adrian pya.haha.
n mak dia,hadeh! lyn anak dara mcm bdk tu kecik lagi plk. mmg la garang gler mak dia tu. tp mmg kelako gan dina ni, blh plk pjg akal menipu.hahaha. best..best..
betul2, tu la prob dlu klo bab mtk keja, grenti nak pengalaman. mmg tu la persoalannya, pastu sapa nak amik yg takde pengalaman ni?sykt yg tak ternama n br wujud la yg tinggal.tu pun klo depa nak.