Sunday, March 11, 2012

Antara Langit dan Bumi...1


*Assalamualaikum w.b.t... hai everyones...mesti korang semua rindukan is and zaira kan? sorry ye, dukacitanya saya disini mengumumkan post untuk BBM dihentikan setakat ini sahaja. saya dalam proses menyiapkan manuskrip yang tinggal tak banyak sangat lagi ni. insyaALLAH dalam masa terdekat ni akan ada berita gembira. dan untuk itu, apa kata dari korang meroyan duk nantikan is dan zaira..baca karya baru ni, Antara Langit dan Bumi... Hope enjoy...ALDB ni sket je br siap..so, kalo xde n3 br faham2 je la..saya sibuk ok.. CDDS pn tgh cari2 masa nk sambung..hope enjoy...and tq for ur alls supports..


BAB 1

“Adik!”

“Adik, siap ke belum?” Suara mama menjerit dari ruang makan menyebabkan Dina menjadi makin gelabah.

Kelam kabut dia mencalitkan gincu pada bibirnya. Selepas berpuas hati dengan penampilan dirinya, Dina laju mencapai beg tangan diatas tilam dan berlari laju keluar dari bilik.

“Mama, Dina dah lambat.” Jerit Dina sambil berlari. Mama hanya menggeleng melihat tingkah anak daranya itu.

“Berapa kali mama cakap, nak pergi interview tu bangun awal pagi." Mama sempat membebel sambil mengikut langkah Dina ke meja makan.

“Pelan-pelan makan tu.” Tegur mama melihat kegelojohan Dina menyumbat nasi goreng masakannya ke dalam mulut. Dina tidak menghiraukan. Dia terus menyudu nasi goreng ke dalam mulut dengan rakus. Sekali-sekala teh suam disebelah dicicipnya.

“Ingat pesan mama. Jangan nak tunjuk emosi sangat depan interviewer tu. Kamu tu pantang betul kalau orang nak jolok sikit. Ni dah berapa kali interview dah kena reject. Mama tak tahulah nak cakap apa dengan kamu.” Mama sempat memberi petua.

‘Wah berspeaking pulak dengan aku mama ni.’ Desis Dina.

“Ye mama. Orang lambat dah ni.” Dina berkata dengan mulut yang penuh dengan sesuap nasi goreng.

“Cakap baik-baik depan interviewer tu. Senyum manis-manis.” Pesan mama lagi saat Dina berlari ke arah pintu. Pantas Dina menyarungkan kasut sarung berwarna hitam setinggi satu setengah inci yang dibelinya semalam.

“Okay mama adik pergi dulu. Assalamualaikum.” Lantas Dina mencapai jari jemari mama dan dicium lembut. Mama menghadiahkan pula ciuman di kedua belah pipinya.

“Jalan baik-baik. Apa-apa telefon mama.” Jerit mama sambil melambai kepada Dina yang sudah menghilang dibalik pintu pagar. Mama menggeleng kepala sebelum menutup pintu rumah. Dia kemudiannya ke meja makan semula untuk mengemas.

Dina berlari menuju ke stesen LRT Bandar Tun Razak dari rumahnya di Jalan Ikhlas. Hampir sepuluh minit selepas itu dia termengah di atas kerusi dalam LRT. Mujur sempat dia mengejar LRT yang baru hendak menutup pintu. Sampai di stesen Bukit Jalil dia turun tergesa-gesa dan berjalan laju ke tempat menunggu teksi. Lima minit kemudian, sebuah teksi lalu. Cepat-cepat Dina menahannya. Teksi terus bergerak laju menuju ke destinasi yang diberitahu Dina.

“Cepat sikit uncle. Saya dah lambat ni.” Dina menggesa lelaki cina yang sedang memandu.

“Sabar amoi. Lu mau pigi kirja ka amoi?” Soal lelaki cina itu dengan dialek bahasa Melayu pasarnya.

“Yalah uncle. Saya sudah lambat ma. Mau pigi interview.” Dina turut berbahasa dengan dialek yang sama. Mahu tergeliat juga lidahnya.

“Oh, saya kasi cepat bawak ar. Lu standby ar belakang sana.” Lelaki cina itu berkata. Selepas itu, dia terus menekan pedal minyak dan keretanya dibawa mencelah diantara kenderaan-kenderaan yang lain yang berada diatas jalan raya.

Dina memaut kerusi dihadapannya seerat mungkin. Takut juga dia dengan cara pemanduan pemandu teksi tersebut. Dah macam Hamilton berlumba dekat litar F1 sahaja.

Lu manyak takut ar?” Sempat lelaki cina itu mengusik. Dina langsung tidak bersuara. Dia hanya mengangguk laju mengiakan kata-kata lelaki cina itu.

“Okey, sulah sampai. Tengok saya bawak manyak cepat wo. Sama itu macam Micheal Shumicher.” Lelaki cina tersebut menekan brek di hadapan pagar utama MG Properties Berhad. Berdesit bunyi tayar akibat geselan dengan jalan tar.

“Aduh.” Dina mengaduh dan menggosok kepalanya yang tersondol pada belakang kerusi dihadapannya. ‘Nasib baik lembut. Kalau tak biul aku.’ Gumam Dina halus.

Jam dipergelangan tangan diteleknya. ‘Nasib baik. Masih ada lima minit sebelum pukul 10.00 pagi. Ngam-ngam sampai. Memang laju gilalah uncle ni bawak.’ Dina berkata didalam hati.

Belapa uncle?” Soal Dina sambil membuka beg tangannya untuk mengeluarkan duit.

“Sebab lu hari ni mau pigi interbiu, saya kasi diskaun. RM 7.00 saja amoi.” Lelaki cina itu tersengih kepada Dina.

‘Mak aih biar betul uncle ni. Wah rezeki aku betul. Terima kasih banyak-banyak uncle.’ Hati Dina sudah melonjak girang.

Manyak terima kasih uncle. Uncle memang baik hati.” Dina tersenyum lebar. Duit tujuh ringgit dihulurkan kepada lelaki cina itu.

Good luck amoi. Lu buat baik-baik ar.” Sempat lelaki cina itu berkata sebelum Dina menutup pintu kereta. Dina melambai kepada teksi tersebut hingga hilang dari pandangannya.

Dina berpusing bersedia untuk melangkah masuk ke bangunan MG Properties yang setinggi lima tingkat itu. Dengan perasaan teruja dan gembira, Dina menadah tangan ke langit untuk berdoa.

“Alhamdulillah ya ALLAH kau murahkan rezeki aku. Tolong aku ya ALLAH. Permudahkanlah urusan aku hari ni. Bagilah aku dapat kerja ni. Amin.” Dina meraup mukanya. Dengan lafaz bismillah, Dina melangkah masuk ke pintu pagar dengan perasaan berdebar-debar.

Pengawal keselamatan yang menjaga dipintu pagar membawa Dina masuk ke dalam bangunan. Penyambut tetamu Cina yang berada dikaunter menyuruh Dina duduk dahulu sebelum sesi temuduga berjalan.

“Cik, mana candidates yang lain? “ Soal Dina kehairanan melihat hanya dia seorang yang menunggu. Adakah dia terlambat?

“Oh, setiap calon, lain-lain masa cik.” Beritahu gadis penyambut tetamu itu dengan senyuman. Dina hanya mengangguk.

Gadis itu mempersilakan Dina duduk di sofa. Sambil menunggu, Dina membelek-belek majalah yang tersusun dirak. Sebuah majalah Time yang terpampang gambar lelaki cina menarik perhatiannya.

‘Muda, bujang kacak, bergaya dan kaya. Tapi sayang… Non-Muslim.’ Kata Dina perlahan. Tangannya terus menyelak majalah itu tanpa perasaan.

Sedang dia enak membelek majalah di lobi pejabat MG Properties, tiba-tiba terdengar deruan kereta masuk melalui pintu pagar. Gelagat penyambut tetamu yang kelam-kabut mencuit hati. Dengan muka gelabah, gadis cina itu sempat mencalitkan gincu merah dibibirnya dan bersedia berdiri dimejanya dengan wajah yang terhias senyuman manis. Dina menyimpan tawanya melihat kelakuan gadis itu.

Tidak sampai dua minit, pintu utama MG Properties terbuka dan melangkah dua orang lelaki berkot dan berspek mata hitam mengiringi seorang lelaki cina dibelakang mereka.

Good morning Mr. Adrian.” Terdengar suara gadis penyambut tetamu tadi menyapa. Dina dari jauh hanya memerhati.

Tiba-tiba lelaki cina yang tinggi dan kacak yang di panggil Mr. Adrian itu menoleh ke arahnya. Selepas itu lelaki itu bercakap-cakap dengan gadis penyambut tetamu dalam nada yang perlahan. Sekali-sekala mereka berdua tertoleh ke arahnya. Dina melemparkan senyum. Pasti mereka berdua sedang bercakap tentang dirinya.

Selepas itu, Mr. Adrian menghilang ke dalam perut lif. Dua lelaki yang mengiringinya tadi melangkah keluar dan berdiri diluar pintu utama MG Properties lagak seperti bodyguard. Dina mengeluh kecil. Majalah ditangannya tadi dipandang semula dan dia menyusun semula ke rak.

Dina menarik kembali majalah tadi dalam keadaan kelam kabut. Matanya terarah tepat pada kulit majalah yang terpampang wajah lelaki cina yang pada pengamatannya, dia tidak tersalah lihat.

‘Ini bukan lelaki tadi ke? Dia bos syarikat ni ke?’ Gumam Dina. Tangannya laju menyelak helaian muka surat yang memaparkan kisah muka depan majalah Time itu.

Gosh, dia bos MG Properties ni.’ Mulut Dina ternganga sedikit selepas membaca sekali lalu cerita mengenai lelaki bernama Adrian Wong itu.

Miss Faradina Amza.” Panggilan dari suara gadis penyambut tetamu menyedarkan Dina.

Your time now.” Kata gadis itu yang sudah berdiri dihadapan lif. Cepat-cepat Dina meletakkan semula majalah tadi ditempatnya dan berjalan laju merapati lif.

“Er, cik. Yang tadi tu Mr. Adrian Wong ke? Pemilik MG Properties ni?” Tanya Dina dengan muka ingin tahu.

Yes Miss. This way please.” Gadis penyambut tetamu itu sopan mempersilakan Dina melangkah ke dalam lif.

Someone waiting for you upstairs. She will show you the way. Good luck Miss.” Ramah gadis penyambut tetamu itu memberitahu. Tangannya sudah menekan butang tingkat lima sebelum dia melangkah keluar semula dari pintu lif.

Who will be the interviewer Miss?” Soal Dina dengan wajah takut. Dia memang berdebar saat ini.

The boss.” Pintu lif sudah tertutup rapat. Dina terpana mendengar jawapan gadis itu. ‘Mati aku. Macam mana ni. Takutnya. Ya ALLAH tolong aku.’ Doa Dina didalam hati.

Sebaik sahaja terbuka pintu lif, wajah seorang perempuan cina yang memegang satu fail ditangan menyambut dirinya dengan senyuman dan ucapan.

Welcome Miss Faradina Amza.” Ramah gadis itu tersenyum. Dina turut membalas. Mereka bersalam seketika.

I’m Mary. Follow me please.” Mary mempersilakan Dina untuk mengikut langkah kakinya.

Mary meletakkan kad excess pada scanner pintu masuk. Terus sahaja pintu lutsinar itu terbuka untuk membenarkan Mary dan Dina melaluinya. Dina kagum. Wajah terpegunnya tidak dapat diselindungkan melihat seluruh ruangan dihadapannya.

"Miss Fara.." Mary memanggil.

"Just call me Dina." Cepat Dina membetulkan. Mary tersenyum.

"Okay Miss Dina. You wait here first. So, would you like some coffee or tea?" Mary ramah bertanya.

"No thanks." Penuh hemah Dina menolak. Selepas berbalas senyuman, Mary meninggalkan Dina seorangan diruang yang rehat yang penuh eksklusif itu. Mata Dina terus meliar ke sekitar ruang. Tidak puas rasanya melihat dekorasi ruangan yang cukup indah itu.

'Memang sungguh elegen. Kena sangat dengan boss dia.' Gumam Dina halus. Tubuhnya selesa menyandar pada sofa lembut berkain baldu merah itu. Seronok kalau tidur ni. Dina memejamkan mata sejenak.

"Miss Dina.." Suara seseorang memanggil. Kelam-kabut Dina membetulkan duduknya.

"Are you ready? Can we start now?" Mary menyoal.

Dina menarik nafas dalam lalu dihembusnya perlahan. Beg tangannya diselongkar untuk mencari bedak compact. Selepas meratakan bedak pada wajahnya, Dina berdiri dengan gaya yang penuh yakin.

"I'm ready." Dina bersuara yakin. Mary mengarah supaya mengikutnya.

Mereka berjalan melepasi dua pintu lagi. Kedua-dua pintu perlu menggunakan kad excess. Kekaguman Dina terserlah kembali.

"Here we go. Good luck Miss Dina." Mary memberi kata semangat. Dina mengangguk yakin.
Mary sudah meninggalkan Dina dihadapan pintu bilik yang tertulis nama 'Adrian Wong, Managing Director.' Dina menelan liur sebelum mengetuk pintu bilik itu.

Selepas mendengar arahan masuk dari orang didalam, Dina terus memulas tombol pintu dengan cermat dan melangkah masuk dengan lagak tenang. Hatinya yang berdebar, hanya ALLAH yang tahu.

"Good morning Mr. Adrian." Dina mempamerkan senyuman.

"How do you know my name?" Soal Adrian dengan wajah tenang.

"Er, from your door Sir. Dina terus menjawab. Adrian buat wajah pelik.

"Oh..” Akhirnya dia terangguk dan tergelak sendiri selepas menyedari dipintu biliknya tertera dengan jelas nama dan jawatannya di MG Properties ini.

"Okay, you may sit Miss Faradina Amza Amri." Jemput Adrian ramah.

~L.O.V.E & F.A.I.T.H~

ad_dEen

7 comments:

  1. hehe tu bukan dukacita tu, mmg happy klo dpt pegang novel sebijik kat tgn.hehe good luck, sy doakan addeen cepat2 siapkan ya.
    langit n bumi! tajuk wallllah, hebatttttttt.unik2.

    ReplyDelete
  2. alalalla..nak lagi..cam best ja novel baru nih~~

    ReplyDelete
  3. best2,grenti jap lagi adrian msk islam n fall in love gan dina kan?nama dah dekat2 tu.hehe.npk bos ni sporting jgak.
    n grenti dpt keja tu,hari bertuah dina ya,sebab pakcik teksi tu pun dah bagi diskaun kat dina. hehe.
    Someone wait for you upstairs- some'one'(satu) jadi kena letak 's' kat blkg kata kerja wait 'Someone waits for you upstairs'. @ lagi ngam klo guna 'Someone waiting for you upstairs'
    'Please come' er klo tukar 'this way please' or follow me, please'.
    We are ready. Can we start now?- are you ready, can we start now?
    sorry klo rasa nyampah gan sy, hehe jgn marah ya addeen.senyum selalu.
    kasi pjg sikit lg blh...sikit je lagi...rasa cam tak puas baca.

    ReplyDelete
  4. wow!! terasa nk lagilah addeen.. hehe nak lagi tau! best2!! hilang sikit rindu pada BBM. :)

    ReplyDelete
  5. k, need to wait for the novel to come out..la, lama tak lagi cik penulis?..anyway..keep up on your writing & I'm always support you...cayok!!

    ReplyDelete
  6. besttt....nk lg......:)

    ReplyDelete