*Assalamualaikum..hai everyones..here we go, enjoy the series of ALDB...
BAB 3
“Wassup wassup…” Edlin melambai pada
kawan-kawannya yang sudah menunggu di sebuah meja di dalam Restoran Chilli’s,
KLCC. Tangannya menampar tangan dua lelaki yang sedia menunggu untuk bergive-me five.
“Sorry guys lambat sikit.” Edlin meminta
maaf pada lima wajah dihadapannya itu.
“No worries dude.” Sting atau nama
sebenarnya Fairuz berkata. Opel disebelahnya juga angguk beria.
Tiga
gadis yang berwajah cemberut dari tadi mencebirkan bibir. Geram dengan Edlin
yang memungkiri janji. Kata nak jumpa pukul 11.00 pagi, alih-alih pukul 12.00
tengah hari baru nampak muka. Mahunya tak geram.
“Rilekslah
girls. Macam tak biasa.” Opel
menjungkit kening apabila Effa, Zeen dan Dina menghadiahkan jelingan buatnya
tadi.
“Eh
dahlah tu. Aku sorry sangat-sangat
okey. Tadi mak aku membebel sikit masa nak keluar. Tu yang lambat.” Edlin
merapatkan kedua tapak tangannya dihadapan muka. Dia benar-benar kesal atas
kelewatannya itu.
“Sorry naik lorilah beb. Sekarang ni
kitorang dah lapar. Belanjalah!” Selamba Effa berkata.
“Alamak
beb, jangan kata mintak belanja. Kalau nak tapau sepuluh bekas pun aku on je. Tapi, janganlah kat sini. Berbulu
aku tengah bulan nanti tau.” Edlin tersengih tayang gigi. Minta belas kasihan.
“Heh
blahlah!” Zeen menolak bahu Edlin yang duduk disebelahnya itu. Menyampah dah
dengar janji sekadar janji teman lelakinya itu. Dina dan Effa tergelak kecil
melihat Edlin yang terkulat-kulat kena marah dengan buah hati.
“Dah,
dah. Tak payah nak gaduh-gaduh. Jom kita order
dulu.” Sting kuatkan sedikit suara. Tangannya sudah melambai pada pelayan di kaunter.
Zeen,
Dina dan Effa sudah mampu meregangkan ketegangan kulit muka yang buat aksi
lembu tak dapat susu tadi. Pandai pun diorang ni. Silap-silap kepala tiga ekor
mamat tak bertauliah ni kang yang kena makan.
Mereka
berbual-bual sementara menunggu makanan yang diorder sampai. Opel yang syok menyedut
air Rootbirnya dari tadi memanggil Dina.
“Macam
mana interview kau hari tu?” Soalnya
ingin tahu.
Riak
gembira Dina berubah tiba-tiba. Wajahnya kelat. Edlin, Effa, Zeen, Opel dan
Sting pelik melihat wajah masam sahabat mereka yang seorang ini. Apsal pulak
dah ni?
“Er, aku
ada salah cakap ke?” Tanya Zafril a.k.a
Opel dengan ariak bersalah.
“Jangan
tanyalah beb. Benci aku nak cerita.” Dina mendengus.
“Loh,
kenapanya. Chill la buddy. Story je dekat kitorang.” Effa disebelah Dina memujuk. Nak juga dia
tahu. Sebelum-sebelum ni punya cerita, tak larat dah dia nak menggeleng kepala.
Mungkin ada perubahan untuk interview
kali ni.
Antara
mereka berenam, Dina seorang yang masih menganggur selepas mereka graduate bersama tiga bulan lalu. Nak
kata Dina ni tak okey dengan pointer
dia, tak mungkin. Dina antara pelajar terpintar dalam course mereka dulu. CGPA 3.85 yang tercatat dalam transkrip Ijazah
Sarjana Muda Ukur Bahan miliknya membuktikannnya.
“Bencilah
aku. Apsal hah aku ni susah sangat nak dapat kerja?” Dina bersungut dengan
muncung itiknya.
"Kau
ni memilih sangat tak..." Komen Effa kepada Dina yang mesra dipanggil Nana
antara mereka.
"Taklah!"
Nafi Dina keras.
“Hurm, kau
ni garang sangat la Nana…” Komen Zeen pula. Yelah kalau nak diikutkan perangan
sahabat baik mereka yang seorang ni, memang terkenal dengan sikap melentingnya
itu.
“A’ah
kau ni garang la Nana. Mesti kau marah-marah interviewer tu kan?” Sting menyampuk. Dina terdiam. Betul sangkaan
Sting.
“Er, aku
marah sikit je..” Dina senyum terpaksa sambil merapatkan ibu jari dan
telunjuknya. Sesikit-sikit tu la kononnya.
“Tapi
kalau mengikut historynya, semua interviewer yang kau jumpa mesti dapat
sagu hati dari kau kan?” Edlin buka kitab. Matanya sinis memandang Dina. Wajah
Dina bertukar masam.
“Dah
diorang cakap macam-macam. Mana aku tak marah.” Kata Dina keras. Geram betul
kawan-kawan dia ni. Bukan nak sokong.
“Ce kau cerita. Kali ni macam mana pulak
kau marah dia?” Opel menggoyangkan tangannya dihadapan Dina bagi menarik
perhatian gadis itu.
“Korang
tahu tak dia boleh terus reject aku time-time tu jugak.” Dina memulakan
cerita.
“Ish
biar betul? Tak buat sesi pemilihan dulu ke?” Effa mencelah. Dina menggeleng.
“Dia
bagi alasan sebab aku takde pengalaman. Lepas tu dia nak pakai orang yang multilanguage. Aku sembur la dia lepas
tu.” Sambung Dina lagi.
“Kau
sembur apa?” Zeen pula bertanya.
“Aku
cakap la kalau semua employer cakap
nak orang berpengalaman, habis orang fresh
graduate macam aku ni siapa nak bagi kerja? Nak menganggur je.” Lima kepala
yang mendengar keja-kejap menggeleng, kejap-kejap terangguk mendengar cerita
Dina yang seterusnya.
“Laki ke
perempuan yang interview kau tu?”
Soal Effa selepas semua puas hati dengar cerita Dina.
“Laki.
Cina. Muda lagi..” Dina buat muka.
“Apa position dia dekat situ sampai boleh
terus reject kau tu?” Soal Effa lagi
tak puas hati.
“Tu company dia.” Dina menyedut air selepas
itu.
“Patutlah!”
Jawab kelima-lima mereka serentak. Dina kerut dahi dan muncungkan mulut. Cis
penat aku cerita. Rungutnya dalam hati.
Perbualan
mereka terganggu apabila pelayan datang membawa pesanan mereka. Selepas semua
terhidang diatas meja, Opel mengarahkan Edlin supaya membaca doa makan. Dengan
wajah menyeringai kegeraman, Edlin tetap mengimamkan bacaan doa yang diaminkan
oleh kawan-kawannya.
“Kau
berani betul lawan bigboss.” Sting masih
tidak lari dari topik cerita Dina tadi masa tengah makan.
“Ah,
bukan dia bos aku pun.” Dina pamer riak bersahaja sambil menyumbat potongan steak ke dalam mulutnya.
“Tempat
korang takde kosong ke beb? Bagi la aku masuk.” Dina memandang wajah-wajah sahabatnya
penuh mengharap.
“Takde
beb. Mana ada satu company nak pakai Surveyor muda macam kita ramai-ramai.”
Edlin menjawab bagi pihak mereka.
“A’ah
betul tu.” Sokong Zeen si kekasih hati. Konon sehati sejiwa. Wajah Dina
bertukar keruh. Alamatnya menganggur lagilah aku .
Dina
menekan pisau pada kepingan daging dalam pinggannya kuat-kuat. Diluahkan rasa
tidak puas hatinya disitu. Kasihan steak
itu yang menjadi mangsa.
“Hoi,
tak nak makan bagi aku!” Opel dihujung meja melaung. Dina pandang wajah
sahabatnya itu dengan muka bengang. Kemudian daging yang dipotongnya tadi
dimasukkan ke dalam mulut seperti gaya raksasa sedang melahap daging manusia
dalam cerita dongeng dari Indonesia dalam slot Jom Relaks di TV3.
Matanya
masih memandang tajam pada wajah Opel sambil mengunyah lumat daging dalam
mulutnya. Pandangan amaran diberikan kepada lelaki itu bahawa sekali lagi dia
buka mulut, dia akan kunyah Opel macam tu jugak.
“Yelah,
kau makan je sorang.” Opel mengalah. Dengan Dina ni jangan dibuat main. Garang
terlampau. Aku nak ngorat pun susah. Omelnya sekadar didalam hati sambil menyuap
sepotong steak didepannya.
Edlin,
Effa, Zeen dan Sting yang memerhati dari tadi tergelak kecil sesama mereka.
Lawak melihat wajah terkulat-kulat Opel yang kena jeling. Dina buat muka selamba.
Lepas tu dia hadiahkan pulak jelingan pada mereka pula. Terus ketawa mereka
mati.
‘Tau
takut.’ Getus Dina sambil meneruskan suapannya tanpa apa-apa reaksi.
“Weh
tengok tu geng, lelaki-lelaki amrad.” Tiba-tiba suara Sting kedengaran. Mata
mereka berlima mula mengikut arah sorotan mata Sting. Keenam-enamnya tergamam
memandang tiga lelaki lembut yang baru melangkah masuk ke dalam restoran.
“Hoi,
dah la pandang orang tu. Tergoda ke apa?” Sergahan Dina ditujukan kepada Sting,
Edlin dan Opel yang sedikit terngaga mulut mereka.
Zeen
sudah menampar kuat bahu teman lelakinya. Rahang Edlin ditolak kasar ke atas.
Boleh pula tangkap lentok tengok mat-mat jambu tu. Hish! Gerutu Zeen dalam
hati.
“Mau tak
tergoda beb, korang tengok la dia jalan tadi. Kepit habis. Tengok yang sorang
tu, bontot dia kalah bontot kau Effa.” Opel mengulas.
“Kau nak
mampus agaknya Pel!” Effa yang dah merah padam muka membaling satu kentang
goreng ke arah Opel. Sempat lelaki itu mengelak. Tergelak Opel dengan reaksi
sahabatnya itu.
“Agak-agak
sikit mulut kau tu beb!” Zeen juga turut mencerlung pandang wajah Opel yang
masih sakan ketawa.
“Erk!”
Opel senyap bila anak mata Dina begitu tajam menjelingnya. Huhu, baik aku
senyap. Backup terbaik dia dah
pandang.
"Serious, they look feminine. But still can’t
compare you, my beautiful.” Edlin merenyih senyum kepada Zeen. Tersipu-sipu
gadis itu mendengar pujian buah hati. Opel, Dina, Sting dan Effa dah buat muka
menyampah. Geli!
"Mangkuk!"
Marah Edlin apabila tidak semena-mena belakang kepalanya ditepuk oleh Sting.
Sting buat tanda peace.
"Woi
dah la tu." Dina menaikkan suara bila melihat dua lelaki dihadapannya itu
sudah mula naik tangan masing-masing. Kedua-duanya diam kembali bila
terpandangkan mata tajam Dina.
"Good boy!" Ulas Dina sambil
tersenyum.
+++++++++++++++++++++++++
Adrian
yang sejak tadi duduk dikerusi bar tersenyum-senyum. Kelakar melihat gelagat
enam anak muda yang duduk agak dekat dengannya itu. Yang lebih menarik
perhatiannya untuk menempelkan anak mata pada mereka ialah wajah seorang gadis
yang ditemuinya seminggu yang lalu.
"What are you laughing for?" Damy
yang asyik bercerita disisinya itu mula tidak puas hati. Adrian langsung tidak
memberi perhatian kepada perbualan mereka.
Mata
Damy ikut terarah mengikut anak mata Adrian. Dia mendengus kecil melihat enam
pemuda-pemudi Melayu yang sedang tergelak itu. Meluatnya!
"Who are they?"
"Sorry?" Adrian memandang wajah
Damy.
"Who are they?" Soal Damy lagi
sambil menjuih bibir ke arah meja yang menjadi sasaran mata Adrian sebentar
tadi.
"Hurm, I don't know. They are funny isn't it?"
Adrian menjungkit bahu sambil merenung lagi sisi gadis yang dikenalinya itu.
“I’m talking to you Adrian. Why you don’t pay your attention?” Marah
Damy melihat Adrian masih ralit memandang ke arah remaja-remaja itu.
“I’m really sorry Damy. “ Adrian terus
tidak menghiraukan gadis tinggi lampai disebelahnya itu. Tangannya diangkat
menggamit pelayan.
“Please give a drink to that lady.” Tangan Adrian menunjuk pada Dina yang memakai
selendang putih berbunga-bunga biru kepada pelayan dihadapannya.
“Cola… Thanks…” Sambung Adrian. Pelayan itu
mengangguk sebelum berlalu ke belakang mengambil air yang dipesan.
Sedang
Dina bergelak dengan rakan-rakannya, datang seorang pelayan menghantar segelas
Cola kepadanya. Dina memandang pelik pada pelayan itu.
“For me?” Tanya Dina terkejut.
“Yes, from that gentleman.” Ucap pelayan
itu sambil menunjuk ke satu arah. Mata Dina terarah pada wajah yang
ditunjukkan. Kawan-kawannya dimeja turut mengambil kesempatan untuk mengetahui
siapakah gerangannya.
“Wahhhh….”
Terdengar suara Effa dan Zeen. Mata mereka redup memandang wajah lelaki cina
yang sedang melambai ke arah mereka.
“Bertuahnya
kau Nana amrad tu berminat dengan kau…” Kata Zeen yang masih melambai kepada
Adrian.
Amrad, maksud
spesifiknya yang bersih pipinya daripada bulu (tiada janggut) bagi manusia dan
dahan yang tiada daun bagi tumbuhan.
Pernah kecil-kecil dulu mama memarahinya kerana menggelar lelaki yang
mengalami kekeliruan jantina sebagai 'pondan.' Mama cakap tidak baik memanggil
mereka dengan istilah itu. Lalu mama menyuruhnya memanggil mereka dengan
gelaran 'amrad.' Jadi sampai ke besar
dia terus menggelarkan lelaki-lelaki berwajah 'cantik 'ni sebagai amrad.
Bagi
mereka berenam pula, gelaran amrad itu bukan sahaja untuk golongan lelaki
lembut, tetapi mereka turut mengkategorikan lelaki-lelaki cina yang handsome and charming sebagai amrad
kerana kebanyakan lelaki cina memang
tidak suka menyimpan misai atau janggut.
“Thanks.” Ucap Dina kepada pelayan itu.
Terus dia melangkah ke kaunter semula.
“Siapa
tu Nana?” Soal Zeen. Wajah Effa, Edlin Sting dan Opel ikut mengarah ke wajah
Dina. Menanti jawapan dari Dina.
“Entah.”
Sepatah Dina menjawab. Gelas Cola pemberian Adrian tadi ditolak menjauh.
“Baik
cakap sebelum jadi apa-apa kat kau!” Zeen disebelah memberi amaran keras sambil
memegang lengan Dina. Opel, Sting dan Edlin juga sudah beraksi persis ahli
tinju. Menolak lengan baju ke atas seolah-olah sudah bersedia untuk menyerang
Dina. Muka mereka tak payah dikata, bengis gila.
“Okey…”
Dina angkat kedua tangan ke sisi bahu. Karang tak pasal-pasal restoran ni jadi
medan pertempuran. Budak lima 'ekor' ni bukan boleh kira. Dina menarik nafas
dalam-dalam. Wajah kelima-lima sahabatnya dilihat sudah tidak sabar mendengar
cerita.
“Dia
mamat cina yang aku cakap tadi tu…” Tenang Dina berkata.
“Meaning?” Opel mencelah. Kepala
digaru-garu.
“So dia bos cina yang kau sembur masa interview tu?” Mata Zeen membulat bila
dia dapat menangkap maksud Dina. Sempat Dina menghadiahkan jelingan. Dina
mengangguk kecil sambil menyedut airnya. Yang lain terus ternganga mulutnya.
“What the…” Luah Edlin tanpa menyudahkan
ayatnya. Zeen disebelah menyinggul lengannya.
“Coincident..” Sambung Edlin membetulkan
hujung ayatnya. Semua berwajah lega.
Kalaulah
Edlin tersebut ‘hell’ tadi memang
tamatlah riwayat hidupnya dikerjakan Dina. Pantang bagi gadis itu jika geng
mereka ada yang mencarut sesama sendiri.
“Ahah. I've got an idea!” Tiba-tiba Dina
bersuara sambil memetik jari. Sahabat-sahabatnya mula berpandangan antara
mereka. Dalam hati masing-masing sudah dapat mengagak. Pasti ada benda buruk
yang bakal terjadi.
Belum
sempat mereka menahan, Dina sudah menyambar gelas Cola tadi dan kakinya sudah
bergerak meninggalkan meja.
“Oh man! No
Nana. Don’t do that!” Suara Opel
kedengaran dibelakang namun tidak langsung diendahkan Dina. Dia tersenyum nipis
menghalakan kaki ke arah kerusi bar yang diduduki Adrian.
“Hello darl. Hye sweety…” Dina tayang
senyum menyampah ke arah Adrian dan pasangannya. Damy membalas dengan pandangan
jengkel.
‘How rude this girl.’ Hati Damy mencaci.
‘How brave this girl.’ Manakala hati
Adrian melemparkan pujian.
“What are you doing here honey? What is this about? Are you kidding me?” Soal Dina dengan senyuman sinis. Gelas berisi
Cola tadi diunjuk pada Adrian semasa berbicara.
“What is this Adrian? Who is she?” Damy mula tidak senang
duduk. Lain macam cara gadis dihadapan Adrian itu membahasakan Adrian. Darl? Honey? Is there something
that I don’t know? Hatinya tertanya-tanya.
"I have no idea!" Tercengang Adrian.
Langsung tidak menjangka apa yang terkeluar dari mulut Dina.
"Do you know her?" Kepala Adrian
kembali berpusing ke kiri bila pipinya
ditsrik Damy namun matanya tetap memandang Dina.
“Ar, no Damy. I do not really know her. She’s a friend, like you.” Nafi Adrian
bila Damy memukul bahunya meminta jawapan. Wajah Damy semakin memerah mendengar
pengakuan pujaan hatinya itu.
“What?
Are you serious? Just friend? Oh my goodness, I can’t believe this!”
Dina sudah memulakan drama. Tiba-tiba terlintas dihati ingin mengenakan dua
manusia dihadapannya itu. Hatinya semakin galak tatkala terkesan air muka
wanita cina yang bermakeup tebal
disebelah Adrian yang berubah mendadak. Semakin merah kulit wajah itu macam dah
terlebih blusher.
“Who is she Adrian? I’m asking you!” Damy sudah berdiri tegak mendepani Adrian dengan
bercekak pinggang.
“Wo…Woo…
Wait a minute.” Adrian mula panik
bila dua gadis dihadapannya itu seakan ingin menyerangnya.
“Then what is this ring’s mean Adrian
Wong?” Soal Dina sinis sambil mengunjukkan tangan kirinya. Ada sebentuk cincin
berwarna perak berbatu kecil terselit dijari manisnya.
‘Gasak
kau la amrad tak bertauliah. Mujur la idea cepat datang. Thanks Effa hadiahkan cincin ni!’ Sempat hati Dina berbicara
kelegaan.
“Adrian?”
Damy memeluk tubuh. Matanya mencerlung tajam pada wajah Adrian menginginkan
jawapan. Dina juga sama namun dalam hatinya bergelak sakan tidak seperti Damy
yang dah macam gunung berapi nak meletus.
‘So you wanna play a drama, huh.’ Adrian
sudah tersenyum dalam hati. Tidak menyangka gadis Melayu yang pernah meminta
kerja di syarikatnya dulu seberani begini.
‘You make it easy for me hon.’ Bisik
hatinya lagi melihat wajah merah Damy yang tegak berdiri dikanannya. Senang
sikit nak lepas dari si Damy ni. Asyik mengekor sahaja ke mana dia pergi.
Hendak dihalau takut berkecil hati. Dah bagi hint pun masih buat tak reti. Bebel Adrian dalam hati
“Honey, why did you broked the promise? I told you before I still want to keep it as
a secret.” Akui Adrian dengan wajah bersungguh penuh kesal memandang Dina.
“I’m really sorry Damy. We are engaged. Sorry for not telling you..” Ucap Adrian yang sudah tegak berdiri
disebelah Dina. Sengaja bahunya dirapatkan pada tubuh gadis itu bagi
memantapkan lakonannya.
“Oh gosh. I can’t believe this!” Damy
terus menarik kasar beg tangannya di atas meja kaunter dan berlalu dari situ.
Ingin sahaja dia menjerit pada lelaki yang telah menipunya itu selama ini.
Patutlah Adrian tidak pernah membalas setiap layanannya.
Tipah
tertipu!
Adrian
tersenyum menghantar langkah Damy yang berlalu. Manakala Dina tercengang
disitu. What the heck? Siapa prank siapa ni? Dina masih tidak
berganjak tatkala Adrian duduk semula dikerusinya. Bebola matanya masih
membulat.
“Are you alright honey?” Soal Adrian.
“Siapa honey?” Panggilan Adrian terhadapnya
menyedarkan Dina. Dahinya berkerut menyoal balas pada Adrian. Sesuka hati nak
panggil honey-honey ni. Bila pulak
aku jadi pengeluar honey ni?
“We’re engaged right?” Adrian senyum
sinis. Lagaknya tenang menyedut minumannya.
“Engaged? In you dream!” Wajah Adrian sudah basah. Dina berjalan laju ke
mejanya semula tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.
Adrian
hanya tersenyum dengan ‘sagu hati’ yang diterimanya itu. Tangannya dalam diam memberi
isyarat kepada dua bodyguardnya yang
sudah bergerak mahu mengambil tindakan. Adrian mengelap wajahnya yang dibasahi
Cola yang dibayarnya untuk Dina itu dengan tisu yang diberikan oleh pelayan di
meja kaunter.
“What have you done?” Effa menyoal dengan
wajah tidak percaya kepada Dina. Empat yang lain juga tayang muka terkejut.
“What? I didn’t do anything.” Balas Dina sarkastik.
“My goodness. Poor him Nana!” Keluh Zeen sambil memandang meja kaunter. Kasihan
dia melihat Adrian yang menjadi perhatian para pengunjung akibat tindakan
berani Dina tadi. Malah meja mereka juga turut menjadi tarikan tatapan
pengunjung-pegunjung dalam restoran itu.
Dina
hanya menjongket bahu. Dia menyedut minumannya tanpa ada perasaan bersalah pun.
“Well done Nana. I’m proud of you.” Tiba-tiba Opel bersuara dengan menepuk perlahan
tangannya. Sting juga turut tersenyum menyokong. Mereka mengangkat tangan ke
udara dengan gaya bergive-me five.
“Argh, take it easy okay. I’m joking!” Sting
menggosok kuat lengannya yang menerima cubitan dari Effa tadi.
"What?" Soal Dina bila Zeen, Effa
dan Edlin merenungnya tajam.
"Congratulation Nana!" Zeen berkata
sinis. Effa turut menyorot pandangan jengkel padanya. Tiba-tiba timbul rasa
tidak enak dihati.
"Aku
melampau sangat ke?" Soalan Dina langsung tidak dilayan oleh mereka
berlima. Memang patut dipinggirkan saja Dina
ni.
Dina
tenggelam dalam dunianya sendiri. Tidak dihiraukan lagi lima sahabatnya yang
sedang berbalah sesama sendiri. Timbul juga perasaan bersalah memperlakukan
Adrian sebegitu tadi. Dia perasaan sisi wajahnya masih direnung oleh Adrian.
*Rasa-rasa Dina ni kte patut buat apa kt dia?? grrr je dgn perangai selamba badak dia ni..hehe...love u all..muahhh!!*
~L.O.V.E & F.A.I.T.H~
ad_dEen
berani nya Dina !!
ReplyDeletedia belum bertemu buku dgn ruas..huhu
DeleteDina telah mencemarkan imej muslimah sejati terutama kpd non-muslim. Dah la bertudung...garang mcm tak hengat pulak tu. Adrian tak salah apa pd dia...mmg x patut buat Adrian mcm tu...Sorry emo pulak akak ni...hehehe tp best dan cepat2 sambung
ReplyDeletekak eijan..dia tgh ABC 2..hehe
Deletesalam dik..love d plot n bravo for Dina coz payback time lagi kelass dari masa kat ofis mamat tu..
ReplyDeleteApa ek akan terjadi selepas ni..sebab Dina dengan muka yg tak berdosanya dan selambanya mengenakan mamat Adrian tu..
Terja nak tahu ..what happen next..for Adrian tu payback Dina.. macam tak boleh aja nak kenakan dia kan..
hai kak ida...
Deletextau pe nk ckp la si dina ni...
mak dia pun susah nk handle...
s
Puas hati dgn entry kali nie...
ReplyDeleteBerani betol Dina simbah air coke tu dekat Adrian.
tq atiza...
Delete2 la..nnt la dina ni..hhehe
Apa yg patut kita buat kat Dina yg cute dan nakal tu...buat Dina jatuh cinta jiwang karat kat Adrian tu....kesian Adrian tak pasal2 mandi air coke..hahahaa..best la Addeen..cepat update new en3 ye tak sabar dah ni nak tau apa balasan drp Adrian tu...
ReplyDeletehehe..sbr ye cik... ape nm ye?
Deletehai...
Sangat menarik,tak sabar nak tunggu apa yg akan terjadi kat Dina and Andrian after this...
ReplyDeletetunggu na...
Deletecik... apa nama ye?
wow mmg terlebih berani! n kelako n gempak kengkwn addeen ni. ni best friends la ni ya. hehe sekepala la tu.
ReplyDeletewell dina already cast the spell 'jd tunang' surely gempak nanti. hehe darling ya, hehe jap lagi mmg bakal panggil darling ya dina. hurm, adrian amik dina bekerja gan dia or suh org siasat dina, terus masuk meminang? er tp dia bukan islam kan?huhuhu,tp klo dah bertunang?. ke dia islam dlm diam ke? hehe dah otak terlebih kreatif dah ni. adrian amik dina bekerja n kena tackle or dina dpt job kat tempat kwn adrian....hehe. but it is up to you nak twist cter camne. surely addeen blh buat jadi gempak!
hehe...wahhh kreatif tul miss yong ni...
Deletehurm, apa jd yerk..
tggu na...
hehe
Haha... I love this girl..
ReplyDeletehaha..
Deletei like her 2...
and do like u more!!
muahh
wow...walaupun sikit pelik...hahaha...best!!!
ReplyDelete