Monday, March 12, 2012

Antara Langit dan Bumi... 2


Assalamualaikum..ok ni bab 2 ALDB...jangan tanya knp sy x reply komen..ni post yg baru pun curi2 je jenguk blog ni..huhu..kalo de masa sy reply ye..enjoy..to miss yong, bantuan anda sgt dihargai..toce2...tqvm!! ok luv alls...BBM insyaALLAH x lama lg..doakan..amin~



BAB 2

Falihin yang sedang membelek Aprilia RSV4nya di garaj memaku pandangan pada wajah masam adiknya yang sedang melangkah masuk.

"Apa pandang orang?" Marah Dina pada abangnya. Dia terus menonong masuk ke dalam rumah.

'Aik, aku tak cakap apa pun kena marah? Tu conferm tak luluslah tu muka gaya katak mati kena lenggek.' Bebel hati Falihin. Dia turut bangun melangkah masuk ke dalam rumah.

Dina terus menjatuhkan tubuhnya diatas sofa sebelah babahnya. Babah yang sedang membaca surat khabar agak terkejut dengan kepulangan tiba-tiba anaknya itu.

'Dengan muka masam dan tidak memberi salam. Apa nak jadilah budak zaman sekarang.' Babah menggeleng perlahan. Dia kembali menekur pada lembaran kertas ditangan.

“Macam mana interview tadi dik?” Soal Falihin Amza yang turut mengamblil tempat disofa bertentangan babah dan adiknya.

“Terus kena reject.” Dengan muka masam Dina memberitahu.

“Terus reject?” Soal Falihin tidak percaya. Babah mengalihkan perhatian semula kepada anak keduanya itu.

“Arghh..” Dina mengeluh kuat. Beg tangan dibahunya dicampak ke tepi. Wajah tension ditayangkan.

“Aku tak fahamlah dik. Kena reject apa? Cuba cerita betul-betul?” Falihin masih tidak mengerti. Pelik juga. Takkan baru interview terus reject? Biasa bukan ada stage pemilihan dulu ke? Takkan langsung tak bagi masa?

“Malaslah cerita. Buat sakit hati orang je.” Dina mendengus. Sibuk pula abangnya ini ingin mengambil tahu.

“Tak, takkan terus ditolak? Diorang tak cakap lagi seminggu diorang call ke apa?” Beria Falihin menyoal.

“Tak. Dia cakap ‘Sorry, I cannot offer you this job.’ Puas hati?” Soal Dina geram sambil mengajuk semula kata-kata Adrian Wong tadi. Sakit hatinya mengingatkan kisah dibilik interview tadi.

Please have a seat Miss Fara..." Jemput Adrian ramah.

"Just call me Dina." Potong Dina cepat. Dia lebih selesa dipanggil Dina oleh orang luar. Jika dengan ahli keluarganya, nama manja 'adik 'yang digunakan dan dikalangan teman rapatnya dia lebih suka menggelar dirinya Nana.

Adrian senyum. Dina melabuhkan punggungnya pada kerusi berhadapan dengan Adrian. Beg tangannya diletakkan dibawah, tepi kerusi. Fail segala sijil yang pernah dimilikinya sejak dibangku sekolah hingga zaman universiti dipangkunya kemas diatas riba. Dina cuba menyelesakan dirinya. Segala panduan etika temubual yang dibacanya semalam cuba dipraktikkan sebaik mungkin.

"So Miss Dina. Can you introduce yourself?" Adrian memulakan mukadimahnya.

"Okay, let me start." Dina menarik nafas dalam. Adrian mengangguk.

"My name is Faradina Amza Binti Amri. I'm 24 years old. A fresh graduate from UTM Skudai in Quantity Survey. I am an independent person ..... Bla... Bla... Bla...." Panjang lebar Dina berceloteh berkenaan dirinya.

Sampai part zaman sekolah menengah Dina, Adrian sudah menyampuk.

"Miss Dina, let's make it short. So, why do you want this job?" Soal Adrian bersahaja. Kalau dia tidak menyampuk, agaknya gadis dihadapannya kini akan menyambung sampai ke cerita masa dia lahir pulak nanti. Huhu...

I want to fulfill my dream to become a professional woman’s surveyor in Malaysia. So, before I achieve my target, I have to search an experience as much as I can so that I can make my dream come true.” Dina menarik nafas semula.

‘Ah bantailah. Aku pun tak tahu nak bagi alasan apa. Takde pulak buku panduan semalam ajar macam mana kalau kena tanya soalan macam ni. Ish, mintak-mintak dia terima.’ Hati Dina berbisik. Peluh renek sudah memercik didahinya.

Adrian tersenyum. Agak kagum dia dengan kebolehan berbahasa Inggeris gadis dihadapannya itu. Malah gadis itu juga kelihatan berani dan yakin dengan setiap kata-katanya.

Wow, so impressed. I like this girl.’ Kata Adrian didalam hati.

So, you don’t know Mandarin?” Soal Adrian sambil melihat resume milik gadis dihadapannya itu. Dina menggeleng.

Cantonese?” Geleng Dina lagi.

Tiong Hua?”

No Sir. I only know Bahasa and English. That’s all.” Tekan Dina penuh keyakinan.

"But you do took a Mandarin class right?" Soal Adrian sambil mata menelek transkrip ijazah Dina yang jelas tertera GPA untuk subjek Mandarin yang sekadar cukup-cukup makan.

"Yes I did, but I do not really capture." Dina tertunduk merenung tangan sendiri.

Adrian mengangguk. 'Hurm.. It's quiet difficult to take her.' Keluh Adrian perlahan.

"Where did you get these certificates?" Soal Adrian sambil menyelak helaian sijil milik Dina.

"From my secondary school sir." Dina senyum.

Tangan Adrian terhenti pada helaian sijil yang menarik perhatiannya. Satu sijil penghargaan dari sebuah sekolah yang pernah dimasukinya dulu.

"What about this?" Soal Adrian ingin tahu.

"It's written there. I got it from a competition that I've entered at Sek. Men. Keb. Alam Megah." Terang Dina.

 "You studied there?" Adrian menyoal penuh teruja. Wajah Dina direnungnya tepat.

"Nope Sir." Dina menggeleng. Wajah pelik dipamerkan dihadapan lelaki itu. ‘Aik, tadi aku dah bagitahu aku masuk sekolah mana. Dia ni tak pay attention langsung.’ Kutuk Dina didalam hati.

"Oh I see." Adrian mengangguk. Matanya masih galak merenung helaian sijil itu. Tiba-tiba terasa rindu pada sekolah menengah yang dimasukinya dari tingkatan satu sehingga tingkatan dua itu sebelum dia berpindah ke Kanada mengikut keluarganya. Kenangan di sekolah itu mula melayang dimata.

"But Sir, why do you ask?" Soal Dina ingin tahu. Perlakuan Adrian yang merenung lama sijil miliknya itu membuat dia curiga akan lelaki itu.

"No, it just reminds me with my old memories. I've entered this school before." Adrian tergelak kecil. Termalu sendiri kerana ralit termenung dihadapan Dina tadi.

"Oh.." Mulut Dina membulat. Tak sangka lelaki dihadapannya itu pernah bersekolah disitu.
"In what year Sir?" Dina bertanya.

"Erm... About in the 90's. Let's get back to our topic." Adrian cepat-cepat menukar cerita. Tidak sepatutnya dia terlalu ramah dengan calon yang seorang ni.

"Oh, yes Sir." Dina tersedar atas ketelanjurannya yang terlalu banyak bertanya pada Adrian. Mereka mula meneruskan temuduga yang tergendala seketika tadi. Kali ini keyakinan Dina makin bertambah.

"So..." Adrian berjeda. Dina mula terasa panas punggung. Berdebar-debar dadanya ingin mendengar kata-kata Adrian yang selanjutnya.

Dia memang berharap sangat yang dia akan ditawarkan dengan jawatan Surveyor itu. Sudah hampir tiga bulan dia mencari kerja diserata Kuala Lumpur ini.

"Miss Faradina Amza..." Adrian berhenti seketika. Dina menarik nafas dalam sebelum dilepaskan perlahan. Cuba bertenang mendengar keputusan lelaki Cina dihadapannya.

"From our early conversation, I don't think I can offer you this job." Adrian menyandar perlahan dikerusinya. Wajah Dina dipandang. Dina terkejut mendengar kata-kata lelaki itu.

"I hope you won't be upset. Maybe it's not your fate to be here. So, good luck and all the best. Hope you success in the future." Adrian sudah menegak semula. Suaranya kedengaran tegas berbicara.

"But Sir....." Dina tak mampu meneruskan kata-kata. Harapan yang menggunung tinggi tadi terus jatuh menyembah bumi. Wajahnya sudah berubah kecewa.

"But… Why Sir?" Dina bertanya. Matanya terasa bergenang.

"It's not that you are not good enough. You just don't have your luck here." Adrian cuba menenangkan hati gadis dihadapannya itu.

"Sir, how come you can easily rejected me?" Soal Dina penuh perasaan. Tidak pernah dia hadiri temuduga yang terus memberi kata putus sebelum membuat penilaian. Dia tidak puas hati.

I’m the interviewer. The decision is in my hand.” Tenang Adrian membalas.

“Huh!” Dengus Dina. Terlalu bongkak kelakuan lelaki dihadapannya itu.

Okay, tell me why I’ve been rejected? Even the candidates still queuing?” Soal Dina. Kepanasan hatinya cuba ditahan mengingatkan pesan mamanya tadi.

Adrian duduk semula. Wajah Dina yang seperti harimau itu dipandang. Rasa ingin menghamburkan ketawa saja. Cepat betul gadis ini melatah. Fikirnya.

“I need a candidate that has an experience.” Jawab Adrian tenang. Dia menyandar pada kerusi sambil memusingkan pen parker dijarinya.

So, what will happen to all graduates out there if the employers have this attitude?” Serang Dina tegas. Dia masih cuba mengawal diri mengingatkan temuduga yang acapkali gagal kerana sikap tidak sabarnya itu.

I really like this girl. Brave.’ Komen Adrian dalam hati melihat ketegasan dan keberanian Dina menyuarakan pendapatnya.

If all the employers need an experienced worker, what will happen to people like me? Will continue to be unemployed?” Tekan Dina lagi.

Miss Faradina Amza. I think you misunderstand my words.” Adrian sedikit tergelak dengan reaksi menyinga gadis Melayu dihadapannya. Dina hanya menjeling.

So, why don’t you go thoroughly all the candidates first, and then make your choice?” Pandai-pandai pula Dina memberi arahan. Berani betul dia.

I can’t offer you this job because I need a multilingual person. My business, deal with many countries outside, and mostly from Hong Kong, China and so on.” Wajah Adrian sudah kelihatan tegas kini.

And you, don’t even know Mandarin or what so over. So how can I choose you?” Soal Adrian dengan wajah yang memerah. Geram pula dia diperlekehkan begitu oleh gadis muda dihadapannya itu. Apa yang dia tahu soal perniagaan?

I will try to master it.” Dina tetap melemparkan renungan tajam buat pemuda Cina itu.

Please Miss Dina. I really don’t have any words to say. Please accept, that I really cannot offer you this job. That’s all. Maybe your luck is out there that better than here. So, have a nice day and best of luck.” Adrian mula berdiri ingin berjabat tangan dengan Dina.

You are rude young man.” Dina menolak kuat kerusi ke belakang. Tangannya turut dihentakkan diatas meja Adrian. Adrian sedikit tersentak dengan perlakuan Dina. Dia cuba berlagak selamba.

I hope I won’t see your face again!” Dina mengambil kasar begnya dilantai dan terus berlalu ke pintu. Selepas menghadiahkan jelingan maut, pintu bilik Adrian dihempasnya kasar.

“Tak ada manners punya mamat sepet. Siap kau, kau tak tahu lagi kehebatan aku. Silap besarlah kau reject aku.” Sambil menunggu lif terbuka, Dina mengomel seorang diri.

Miss Dina, is everything alright?” Dina sedikit terkejut disapa tiba-tiba oleh Mary. Dadanya yang berdetak laju diurut perlahan.

Nothing.” Wajah Dina masam mencuka.

But I heard the door being slammed Wajah Mary penuh kerisauan.

“Oh, ask your boss. I want to ask you something…” Dina memandang wajah Mary bila terfikirkan sesuatu.

Your boss didn’t married yet right?” Mary mengangguk mengiakan soalan Dina.

Tell him that no one would like to be his bride. Send my regards to him.” Dina berwajah sinis semasa berkata. Wajah Mary berubah. Dia benar-benar terkejut dengan keselambaan Dina. Tidak pernah ada sesiapa pun sebelum ini yang pernah berkata begitu pada majikannya.

See ya.” Mulut Mary masih terlopong saat Dina sudah menghilangkan diri didalam lif.

+++++++++++++++++++++++++++++

“Hoi dik! Orang tengah cakap dengan kau ni.” Falihin menepuk kuat paha adik perempuannya itu. Boleh pulak dia buat tak tahu babah tengah cakap dengan dia.

“Sakitlah abang ni. Apa dia?” Dina menjegilkan mata pada Falihin. Paha yang pedih digosok kuat.

“Kau tu. Babah cakap dengan kau tu… Yang kau lepas ke mana dah? Laut Cina Selatan?” Tukas Falihin.

Dina mengalih mata dari wajah Falihin. Sempat dia menjeling abangnya yang seorang tu. Wajahnya yang tegang tadi mula dilembutkan melihat wajah babah yang berkerut melihat tingkah dia dua beradik.

“Ada apa bah?” Soal Dina sopan. Falihin disebelah mencebik bibir mendengar nada lembut adiknya itu. Kalau cakap dengan orang tua pandai nak berlembut. Dengan aku, haram!

“Adik cakap tadi orang tu terus reject adik. Betul ke?” Dina menarik nafas panjang. Dia mengangguk mengiakan kata-kata babah.

“Apa bos tu langsung tak bagi tempoh seminggu dua?” Tanya babah lagi ingin tahu. Pelik juga dia proses temuduga anaknya itu. Masakan boleh beri keputusan kala itu juga.

“Tak bah. Adik pun tak fahamlah dia tu. Padahal ada ramai lagi orang datang interview lepas adik. Sedap je dia main reject macam tu je.” Dina buat muka tak puas hati. Terbayang wajah Adrian dimata. Rasa nak cekik-cekik je lelaki cina tu.

“Padan muka kamu tu dik.” Suara mama tiba-tiba mencelah. Dina, Falihin dan babah berkerut dahi memandang wajah mama yang langsung tiada rasa bersalah berkata begitu.

“Awak tengoklah perangai anak awak tu babahnya. Cuba cakap dah berapa interview dia pergi yang dia buat perangai elok-elok depan interviewer tu?” Tanya mama sinis.

Dina menggigit lidah. Aiseyman, mama dah start nak membebel. Adus, kenapalah susah sangat aku nak dapat kerja ni.

Falihin dah pandang semacam wajah adiknya itu. Babah pula dah angkat-angkat kening tengok dia. Aiya, apa nak kelentong ni.

“Bukan salah adik. Orang tu yang takde manner. Bukan tak boleh cakap baik-baik.” Dina mempertahankan diri. Pandangan mama mencerlung padanya. Dina tersengih kecil.

“Orang penatlah. Nak masuk bilik dulu nak rehat.” Dina sudah angkat punggung. Berkira-kira mahu menyelinap ke dalam bilik tidurnya.

“Tengoklah perangai anak awak tu. Entah bilalah dia nak dapat kerja kalau terus macam tu.” Mama dah start dah pasang speaker.

Dina terus mengunci pintu bilik dari dalam. Dia tersandar pada pintu.

“Kamu ni dik kalau dapat kahwin dengan lelaki kaya takpe kalau tak kerja. Dapat laki kerja toreh getah, hah merasalah kamu macam mana.” Mama melaung kuat dari luar.

Dina mencebirkan bibir. Tangannya digerakkan macam mulut mama. Membebel macam murai tercabut ekor. Terjengket-jengket Dina melangkah ke katil. Beg tangannya tadi dicampak ke tepi. Dia mendepangkan tangan. Perlahan-lahan tubuhnya dijatuhkan mencium permukaan tilam.

“Ahhh, nikmatnya tidur.” Gumam Dina disebalik bantal.

“Hah kau bang tak reti nak pergi solat?” Bebelan mama sudah beralih pada anak sulungnya pula. Mangsa pertama dah hilang, carilah mangsa kedua.

‘Ah masak. Aku pulak yang kena ni. Siap kau dik.’ Hati Falihin mendongkol geram.

“Hehe… Nak pergilah ni ma.” Falihin tayang sengih tidak bersalahnya.

“Jangan cakap banyak. Pergi cepat. Dari tadi tak nak sembahyang awal-awal. Dah nak habis waktu baru terhegeh-hegeh. Dari tadi sibuk membelek motor dia tu je!” Bebel mama lagi tanpa belas kasihan. Babah hanya menggeleng dengan kerenah isterinya itu. Dia dah tak kuasa nak membantah. Silap-silap dirinya yang akan dibebel balik.

‘Huh baik aku lari dulu. Hish tak penat ke mulut mama tu tak habis-habis nak membebel.’ Sungut Falihin dalam hati. Kakinya tetap dibawa ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Memang sudah lewat benar Asarnya itu.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Salam dari luar rumah menghentikan bebelan mama buat seketika. Terjengul wajah anak bongsu mama dan babah dengan muka keletihan dimuka pintu.

“Baru balik Fid?” Soal mama garang.

Fidyatul Amza yang baru pulang dari sekolah tercengang-cengang dengan api kemarahan mamanya yang terlampias padanya.

‘Apsal aku pulak yang kena ni? Ni mesti ada orang yang dah buat mama marah.’ Tukas Fidyatul dalam hati.

“Cepat mandi. Kejap lagi sorang-sorang berebut bilik air.” Marah mama lagi.

“Ye ma.” Fidyatul menurut. Kalau dia melawan alamatnya memang kena bebellah sepanjang malam. Lebih baik diam je.

Falihin yang melintas ruang tamu dengan wajah yang basah mengangkat ibu jari kepada adik bongsunya itu tanda mengejek. Puas hati dia gadis itu turut kena sama. Fidyatul yang masih tidak membuka stokin menjegil geram pada abangnya itu.

Cepat-cepat Falihin berlari ke biliknya bila perasan mata mama sedang memerhatinya dengan ekor mata. Cabut!

Babah yang dari tadi menjadi pemerhati senyap tergelak kecil. Seronok pula dia memikirkan kemeriahan keluarganya itu. Agaknya keluarga orang lain mesti tak semeriah keluarganya yang pelbagai ragam itu.

“Eh gelak sorang-sorang ni kenapa babahnya?” Mama menyoal pelik melihat suaminya tersenyum-senyum. Kena sampuk ke apa laki aku ni?

Fidyatul sudah menghilang ke bilik tidur yang dikongsi dengan satu-satu kakaknya, Faradina Amza. Dia memulas tombol. Alamak berkunci pulak. Ni mesti tengah membuta kak Na ni. Rungut Fidyatul.

Tangan Fidyatul laju mengetuk pintu biliknya. Nama kakaknya turut dilaung dari luar. Tapi dengan nada perlahan. Dia bimbang mamanya mendengar. Habis dengan dia-dia pun kena leter kejap lagi.

Fidyatul mula mengetap bibir. Susah pulak kakak dia ni nak bangun. Ish geram betul lah.
“Tu kenapa tu Fid?” Aiseh kan dah kantoi. Fidyatul mengetap giginya bila terdengar suara mama kuat bertanya.

“Takde apa ma.” Balas Fidyatul. Tangannya masih mengetuk permukaan pintu kayu yang tertutup rapat.

“Kak, kau ni cepatlah bangun.” Omel Fidyatul depan pintu. Geram pulak dia.

“Apa lagi tu Fid?” Panggil mama lagi.

Fidyatul menggerutu dalam hati. Nasib kau lah kak. Dia berjalan dengan muka cemberut ke ruang tamu. Wajah mama yang masam dipandangnya.

“Akak tu tak buka pintu.” Adu Fidyatul.

“Budak bertuah ni. Dia boleh tidur pulak nak Maghrib ni.” Mama dah start balik laung speaker pecah. Fidyatul membisu ditepi kusyen bersebelahan babah. Wajah babahnya dipandang meminta simpati.

Mama sudah mengorak langkah ke bilik anak daranya. Habislah kau Faradina Amza!

“Adik!”

“Bangun dik!”

“Faradina Amza, kamu bangun sekarang!” Jerit mama dari luar. Tangannya tak henti-henti mengetuk permukaan pintu.

'Mahu pecah pintu tu kalau sepuluh tahun lagi kena gegar macam tu. Tapi ada kemungkinan besar sempat kot tengok pintut u bersepai. Aku baru sepuluh tahun, tahun ni. Ada sepuluh tahun lagi nak hidup dekat rumah ni dengan mama. Hadoi lah.' Sempat hati Fidyatul mengomel.

Dina menenyeh tubir matanya. Tangannya menutup mulut yang menguap. Apa pulak bising-bising kat luar ni? Dia masih terpinga-pinga. Menganggu tidur betullah diorang ni. Bebel Dina seorang diri.

‘Eh, tidur? Aku tidur petang? Tu bukan suara mama ke? Mampus!’ Dina bingkas bangun dari katil dengan muka pucat. Dia membetulkan duduk bajunya. Ke hulur ke hilir dia mencari idea untuk menyelamatkan diri. Pintu masih gedegung-gedegang berbunyi.

Dia terfikirkan sesuatu. Bibirnya tersenyum kecil. Hati-hati Dina mencapai Al-Quran diatas rak dengan berlapikkan tuala kecil lalu diletakkan diatas katil. Tudung yang dikeromot didalam bakul pakaian kotor tadi diambil lalu disarungkan ke kepala. Daun pintu masih bergoyang dengan paluan mama. Selepas berpuas hati, Dina mendekat pada pintu. Perlahan dia membuka pintu seluas-luasnya.

“Kamu baru bangun..” Mama tak sempat habiskan ayat. Terkedu dia melihat Dina yang masih bertudung. Aik?

“Kenapa ma? Orang tengah mengaji tadi.” Lembut tutur Dina berniat mahu menyejukkan hati mamanya yang tengah marah. Mama menjenguk ke dalam bilik. Ada Al-Quran atas katil. betullah tu.

“Kalau ye pun bukalah pintu ni. Adik tu nak masuk bilik.” Suara mama sudah kendur. Sejuk rasa hatinya mendengar pengakuan anak keduanya tadi.

Dina sudah menguntum senyum didalam hati. Yes! Yes! Berjaya. Mama menoleh ke ruang tamu.

“Kakak kamu dah buka pintu ni. Pergi cepat mandi.” Suara mama keras memberi arahan.

Fidyatul menunduk hormat seraya menapak ke bilik. Mama beralih dari menghalang dipintu. Dia hanya melihat tubuh dua anaknya itu didalam bilik. Dia bergerak ke ruang tamu semula.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Dia pelik. Bukan ke si Dina tu tengah cuti? Macam mana dia boleh mengaji pulak? Oh, pandai anak aku ni ye. Hati mama yang sejuk tadi mula membahang semula.

“Faradina Amza!” Nyaring mama menjerit nama anak bertuahnya itu. Dina di dalam bilik bagai kera tergigit cili. Kantoi! Dia berpandangan dengan adiknya. Fidyatul menghadiahkan pandangan ‘kau buat apa lagi ni kak’ padanya. Dina menggigit hujung lidah.

“Kamu tipu mama dik?” Tempik mama dihadapan pintu bilik. Dina membuat tanda peace pada mamanya itu. Bibirnya tersenyum sambil kepala tergeleng-geleng takut.

Mama tidak menunggu lama, terus mengarahkan kaki ke arah Dina. Fidyatul mengambil kesempatan itu untuk berlari keluar. Dia tidak sanggup. Kejap lagi dengan dia-dia jugak yang akan jadi mangsa.

“Tak ma..” Dina masih cuba melarikan diri. Wajah mama garang bak singa yang ingin melahapnya.

“Babah!” Terdengar jeritan kuat dari mulut Dina apabila dia mendapat hadiah cubitan diperut oleh mamanya itu.

“Babah kesian kak Na.” Fidyatul memaut tangan babahnya meminta bantuan babahnya itu supaya menyelamatkan kakaknya.

Babah tergeleng. Dia mendengus kasar sebelum bangkit dari duduknya. Kakinya turut dibawa ke bilik kedua anak daranya.

“Sudahlah tu mamanya. Sampai sakit-sakit budak tu awak kerjakan.” Babah meninggikan suara memarahi mama.

Di ruang tamu Falihin terpinga-pinga memandang Fidyatul. Dia tertanya-tanya akan kekecohan yang terjadi. “Kenapa Fid?”

“Saya geram betul dengan budak bertuah ni. Boleh dia mainkan saya macam ni babahnya.” Tangan mama beralih pula memiat telinga Dina.

“Sakit ma…” Dina merintih. Tangan mamanya cuba ditolak dari melekat pada tubuhnya.

“Dahlah tu. Maghrib dah ni. Malu dekat jiran-jiran dengar suara awak tu.” Babah menekan lagi suaranya. Simpati dia melihat wajah Dina. Sampai nak menagis budak tu dikerjakan isterinya.

“Awak tu bela sangat budak-budak ni. Mana tak perangai diorang ni melampau macam ni!” Mama mendengus marah. Tangannya sudah menjauh dari tubuh Dina.

“Sekali lagi kamu buat macam ni siap kamu.” Mama memberi amaran. Dina mengangguk laju takut diberi hadiah istimewa lagi.

Mama berlalu meninggalkan bilik anak daranya itu. Semasa berselisih dengan babah dimuka pintu, sempat mama hadiahkan jelingan tajam pada babah. Tak puas hatilah tu. Falihin dan Fidyatul yang rancak bercerita terdiam seketika ketika mama melintasi mereka.

“Kamu pergi mandi cepat Fid.” Sempat mama berpesan kepada anak bongsunya. Fidyatul hanya mengangguk.

Falihin dan Fidyatul bergerak ke bilik tidur yang dihuni oleh Dina dan Fidyatul. Ingin melihat keadaan Dina sekarang. Samada sudah hilang kaki ke tangan ke atau kepala.

“Tu la kau dik. Dengan mama tu kau nak buat main.” Falihin membebel tatkala melihat babah sedang menelek telinga merah adiknya.

“Berani betul akak ni.” Tambah Fidyatul pula.

“Hah yang kau tunggu apa lagi? Pergi cepat mandi.” Falihin mengerling Fidyatul disebelah yang masih sibuk disitu. Terkocoh-kocoh Fidyatul mendekati almari pakaian. Setelah mengambil baju dan tuala, dia terus berlalu ke bilik air untuk mandi.

“Lain kali jangan nak buat perangai gila tu.” Babah menasihati. Dina mengesat hujung matanya. Tumpah juga air matanya tadi sebab menahan kesakitan. Bibirnya mencebik macam budak cengeng.Falihin yang melihat dari atas katil terkekek-kekek menggelakkan adiknya.

“Diam la bang.” Dina memarahi abangnya itu. Macam biasa, Falihin buat endah tak endah sahaja amarannya itu. Ketawa sinis masih terkeluar dari mulut abangnya itu.

“Sudah la tu bang.” Babah merungut. Falihin terdiam semula. Tak pasal-pasal kena dengan babah pula. Babah pun boleh tahan garang.

Teringat dia sewaktu kecil-kecil dulu. Masa tu mereka sekeluarga pulang beraya di kampung opah belah mama di Parit, Perak.

Dulu kecil-kecil dia memang nakal sangat. Geng-geng nakal dia masa kecil mestilah sepupu sepapat lelakinya yang lain. Yang perempuan cuma Dina yang nak bergeng sama. Sepupu-sepupu perempuan semua tak nak join diorang sebab selalu kena buli dan dah kena warning dengan opah supaya jangan ikut kalau sepupu-sepupu lelaki ajak bermain.

Bila dah kena marah dengan opah sebab menyakat diorang, terpaksa la Falihin mencari mangsa baru. Maka, Dina la yang jadi mangsa bulian mereka sebab hanya adiknya itu yang ada.

Sebab menyakat adiknya yang seorang tu lah dia ingat lagi belakang tubuhnya yang berbirat penangan tali pinggang babah. Itulah pertama kali dan kali terakhir dia tengok babah mengamuk.

Mahu taknya. Dina sampai lemas dalam sungai belakang rumah opahnya itu. Lepas tu, dia memang taubat nak menyakat lebih-lebih pada budak-budak perempuan. Si Dina tu sampai trauma kalau nampak air. Tak kiralah air sungai ke, laut ke, kolam ke... Senang cakap semua yang ada unsur-unsur boleh berenanglah dia trauma. Nasib baik sekarang trauma Dina dah tak teruk mana.

Sadis betul keadaan dia ketika itu. Selak dan biru muka dia lepas kena tibai dengan babah. Sebulan belakang dia berbirat. Opah sampai ikut mereka sekeluarga balik Kuala Lumpur sebab nak merawat sakit cucunya itu. Kesian dengan cucunya yang seorang ni. Huhu….

“Kau keluarl la bang.” Dina menolak bahu abangnya itu. Melayang pergi lamunannya tadi. Matanya terkebil-kebil memandang sekeliling. Bila masa babah keluar?

“Kau jangan nak buat taik mata balik.” Falihin memberi peringatan. Kemudian dia terus berlalu keluar meninggalkan kamar adik perempuannya itu.

~L.O.V.E & F.A.I.T.H~

ad_dEen

Sunday, March 11, 2012

Antara Langit dan Bumi...1


*Assalamualaikum w.b.t... hai everyones...mesti korang semua rindukan is and zaira kan? sorry ye, dukacitanya saya disini mengumumkan post untuk BBM dihentikan setakat ini sahaja. saya dalam proses menyiapkan manuskrip yang tinggal tak banyak sangat lagi ni. insyaALLAH dalam masa terdekat ni akan ada berita gembira. dan untuk itu, apa kata dari korang meroyan duk nantikan is dan zaira..baca karya baru ni, Antara Langit dan Bumi... Hope enjoy...ALDB ni sket je br siap..so, kalo xde n3 br faham2 je la..saya sibuk ok.. CDDS pn tgh cari2 masa nk sambung..hope enjoy...and tq for ur alls supports..


BAB 1

“Adik!”

“Adik, siap ke belum?” Suara mama menjerit dari ruang makan menyebabkan Dina menjadi makin gelabah.

Kelam kabut dia mencalitkan gincu pada bibirnya. Selepas berpuas hati dengan penampilan dirinya, Dina laju mencapai beg tangan diatas tilam dan berlari laju keluar dari bilik.

“Mama, Dina dah lambat.” Jerit Dina sambil berlari. Mama hanya menggeleng melihat tingkah anak daranya itu.

“Berapa kali mama cakap, nak pergi interview tu bangun awal pagi." Mama sempat membebel sambil mengikut langkah Dina ke meja makan.

“Pelan-pelan makan tu.” Tegur mama melihat kegelojohan Dina menyumbat nasi goreng masakannya ke dalam mulut. Dina tidak menghiraukan. Dia terus menyudu nasi goreng ke dalam mulut dengan rakus. Sekali-sekala teh suam disebelah dicicipnya.

“Ingat pesan mama. Jangan nak tunjuk emosi sangat depan interviewer tu. Kamu tu pantang betul kalau orang nak jolok sikit. Ni dah berapa kali interview dah kena reject. Mama tak tahulah nak cakap apa dengan kamu.” Mama sempat memberi petua.

‘Wah berspeaking pulak dengan aku mama ni.’ Desis Dina.

“Ye mama. Orang lambat dah ni.” Dina berkata dengan mulut yang penuh dengan sesuap nasi goreng.

“Cakap baik-baik depan interviewer tu. Senyum manis-manis.” Pesan mama lagi saat Dina berlari ke arah pintu. Pantas Dina menyarungkan kasut sarung berwarna hitam setinggi satu setengah inci yang dibelinya semalam.

“Okay mama adik pergi dulu. Assalamualaikum.” Lantas Dina mencapai jari jemari mama dan dicium lembut. Mama menghadiahkan pula ciuman di kedua belah pipinya.

“Jalan baik-baik. Apa-apa telefon mama.” Jerit mama sambil melambai kepada Dina yang sudah menghilang dibalik pintu pagar. Mama menggeleng kepala sebelum menutup pintu rumah. Dia kemudiannya ke meja makan semula untuk mengemas.

Dina berlari menuju ke stesen LRT Bandar Tun Razak dari rumahnya di Jalan Ikhlas. Hampir sepuluh minit selepas itu dia termengah di atas kerusi dalam LRT. Mujur sempat dia mengejar LRT yang baru hendak menutup pintu. Sampai di stesen Bukit Jalil dia turun tergesa-gesa dan berjalan laju ke tempat menunggu teksi. Lima minit kemudian, sebuah teksi lalu. Cepat-cepat Dina menahannya. Teksi terus bergerak laju menuju ke destinasi yang diberitahu Dina.

“Cepat sikit uncle. Saya dah lambat ni.” Dina menggesa lelaki cina yang sedang memandu.

“Sabar amoi. Lu mau pigi kirja ka amoi?” Soal lelaki cina itu dengan dialek bahasa Melayu pasarnya.

“Yalah uncle. Saya sudah lambat ma. Mau pigi interview.” Dina turut berbahasa dengan dialek yang sama. Mahu tergeliat juga lidahnya.

“Oh, saya kasi cepat bawak ar. Lu standby ar belakang sana.” Lelaki cina itu berkata. Selepas itu, dia terus menekan pedal minyak dan keretanya dibawa mencelah diantara kenderaan-kenderaan yang lain yang berada diatas jalan raya.

Dina memaut kerusi dihadapannya seerat mungkin. Takut juga dia dengan cara pemanduan pemandu teksi tersebut. Dah macam Hamilton berlumba dekat litar F1 sahaja.

Lu manyak takut ar?” Sempat lelaki cina itu mengusik. Dina langsung tidak bersuara. Dia hanya mengangguk laju mengiakan kata-kata lelaki cina itu.

“Okey, sulah sampai. Tengok saya bawak manyak cepat wo. Sama itu macam Micheal Shumicher.” Lelaki cina tersebut menekan brek di hadapan pagar utama MG Properties Berhad. Berdesit bunyi tayar akibat geselan dengan jalan tar.

“Aduh.” Dina mengaduh dan menggosok kepalanya yang tersondol pada belakang kerusi dihadapannya. ‘Nasib baik lembut. Kalau tak biul aku.’ Gumam Dina halus.

Jam dipergelangan tangan diteleknya. ‘Nasib baik. Masih ada lima minit sebelum pukul 10.00 pagi. Ngam-ngam sampai. Memang laju gilalah uncle ni bawak.’ Dina berkata didalam hati.

Belapa uncle?” Soal Dina sambil membuka beg tangannya untuk mengeluarkan duit.

“Sebab lu hari ni mau pigi interbiu, saya kasi diskaun. RM 7.00 saja amoi.” Lelaki cina itu tersengih kepada Dina.

‘Mak aih biar betul uncle ni. Wah rezeki aku betul. Terima kasih banyak-banyak uncle.’ Hati Dina sudah melonjak girang.

Manyak terima kasih uncle. Uncle memang baik hati.” Dina tersenyum lebar. Duit tujuh ringgit dihulurkan kepada lelaki cina itu.

Good luck amoi. Lu buat baik-baik ar.” Sempat lelaki cina itu berkata sebelum Dina menutup pintu kereta. Dina melambai kepada teksi tersebut hingga hilang dari pandangannya.

Dina berpusing bersedia untuk melangkah masuk ke bangunan MG Properties yang setinggi lima tingkat itu. Dengan perasaan teruja dan gembira, Dina menadah tangan ke langit untuk berdoa.

“Alhamdulillah ya ALLAH kau murahkan rezeki aku. Tolong aku ya ALLAH. Permudahkanlah urusan aku hari ni. Bagilah aku dapat kerja ni. Amin.” Dina meraup mukanya. Dengan lafaz bismillah, Dina melangkah masuk ke pintu pagar dengan perasaan berdebar-debar.

Pengawal keselamatan yang menjaga dipintu pagar membawa Dina masuk ke dalam bangunan. Penyambut tetamu Cina yang berada dikaunter menyuruh Dina duduk dahulu sebelum sesi temuduga berjalan.

“Cik, mana candidates yang lain? “ Soal Dina kehairanan melihat hanya dia seorang yang menunggu. Adakah dia terlambat?

“Oh, setiap calon, lain-lain masa cik.” Beritahu gadis penyambut tetamu itu dengan senyuman. Dina hanya mengangguk.

Gadis itu mempersilakan Dina duduk di sofa. Sambil menunggu, Dina membelek-belek majalah yang tersusun dirak. Sebuah majalah Time yang terpampang gambar lelaki cina menarik perhatiannya.

‘Muda, bujang kacak, bergaya dan kaya. Tapi sayang… Non-Muslim.’ Kata Dina perlahan. Tangannya terus menyelak majalah itu tanpa perasaan.

Sedang dia enak membelek majalah di lobi pejabat MG Properties, tiba-tiba terdengar deruan kereta masuk melalui pintu pagar. Gelagat penyambut tetamu yang kelam-kabut mencuit hati. Dengan muka gelabah, gadis cina itu sempat mencalitkan gincu merah dibibirnya dan bersedia berdiri dimejanya dengan wajah yang terhias senyuman manis. Dina menyimpan tawanya melihat kelakuan gadis itu.

Tidak sampai dua minit, pintu utama MG Properties terbuka dan melangkah dua orang lelaki berkot dan berspek mata hitam mengiringi seorang lelaki cina dibelakang mereka.

Good morning Mr. Adrian.” Terdengar suara gadis penyambut tetamu tadi menyapa. Dina dari jauh hanya memerhati.

Tiba-tiba lelaki cina yang tinggi dan kacak yang di panggil Mr. Adrian itu menoleh ke arahnya. Selepas itu lelaki itu bercakap-cakap dengan gadis penyambut tetamu dalam nada yang perlahan. Sekali-sekala mereka berdua tertoleh ke arahnya. Dina melemparkan senyum. Pasti mereka berdua sedang bercakap tentang dirinya.

Selepas itu, Mr. Adrian menghilang ke dalam perut lif. Dua lelaki yang mengiringinya tadi melangkah keluar dan berdiri diluar pintu utama MG Properties lagak seperti bodyguard. Dina mengeluh kecil. Majalah ditangannya tadi dipandang semula dan dia menyusun semula ke rak.

Dina menarik kembali majalah tadi dalam keadaan kelam kabut. Matanya terarah tepat pada kulit majalah yang terpampang wajah lelaki cina yang pada pengamatannya, dia tidak tersalah lihat.

‘Ini bukan lelaki tadi ke? Dia bos syarikat ni ke?’ Gumam Dina. Tangannya laju menyelak helaian muka surat yang memaparkan kisah muka depan majalah Time itu.

Gosh, dia bos MG Properties ni.’ Mulut Dina ternganga sedikit selepas membaca sekali lalu cerita mengenai lelaki bernama Adrian Wong itu.

Miss Faradina Amza.” Panggilan dari suara gadis penyambut tetamu menyedarkan Dina.

Your time now.” Kata gadis itu yang sudah berdiri dihadapan lif. Cepat-cepat Dina meletakkan semula majalah tadi ditempatnya dan berjalan laju merapati lif.

“Er, cik. Yang tadi tu Mr. Adrian Wong ke? Pemilik MG Properties ni?” Tanya Dina dengan muka ingin tahu.

Yes Miss. This way please.” Gadis penyambut tetamu itu sopan mempersilakan Dina melangkah ke dalam lif.

Someone waiting for you upstairs. She will show you the way. Good luck Miss.” Ramah gadis penyambut tetamu itu memberitahu. Tangannya sudah menekan butang tingkat lima sebelum dia melangkah keluar semula dari pintu lif.

Who will be the interviewer Miss?” Soal Dina dengan wajah takut. Dia memang berdebar saat ini.

The boss.” Pintu lif sudah tertutup rapat. Dina terpana mendengar jawapan gadis itu. ‘Mati aku. Macam mana ni. Takutnya. Ya ALLAH tolong aku.’ Doa Dina didalam hati.

Sebaik sahaja terbuka pintu lif, wajah seorang perempuan cina yang memegang satu fail ditangan menyambut dirinya dengan senyuman dan ucapan.

Welcome Miss Faradina Amza.” Ramah gadis itu tersenyum. Dina turut membalas. Mereka bersalam seketika.

I’m Mary. Follow me please.” Mary mempersilakan Dina untuk mengikut langkah kakinya.

Mary meletakkan kad excess pada scanner pintu masuk. Terus sahaja pintu lutsinar itu terbuka untuk membenarkan Mary dan Dina melaluinya. Dina kagum. Wajah terpegunnya tidak dapat diselindungkan melihat seluruh ruangan dihadapannya.

"Miss Fara.." Mary memanggil.

"Just call me Dina." Cepat Dina membetulkan. Mary tersenyum.

"Okay Miss Dina. You wait here first. So, would you like some coffee or tea?" Mary ramah bertanya.

"No thanks." Penuh hemah Dina menolak. Selepas berbalas senyuman, Mary meninggalkan Dina seorangan diruang yang rehat yang penuh eksklusif itu. Mata Dina terus meliar ke sekitar ruang. Tidak puas rasanya melihat dekorasi ruangan yang cukup indah itu.

'Memang sungguh elegen. Kena sangat dengan boss dia.' Gumam Dina halus. Tubuhnya selesa menyandar pada sofa lembut berkain baldu merah itu. Seronok kalau tidur ni. Dina memejamkan mata sejenak.

"Miss Dina.." Suara seseorang memanggil. Kelam-kabut Dina membetulkan duduknya.

"Are you ready? Can we start now?" Mary menyoal.

Dina menarik nafas dalam lalu dihembusnya perlahan. Beg tangannya diselongkar untuk mencari bedak compact. Selepas meratakan bedak pada wajahnya, Dina berdiri dengan gaya yang penuh yakin.

"I'm ready." Dina bersuara yakin. Mary mengarah supaya mengikutnya.

Mereka berjalan melepasi dua pintu lagi. Kedua-dua pintu perlu menggunakan kad excess. Kekaguman Dina terserlah kembali.

"Here we go. Good luck Miss Dina." Mary memberi kata semangat. Dina mengangguk yakin.
Mary sudah meninggalkan Dina dihadapan pintu bilik yang tertulis nama 'Adrian Wong, Managing Director.' Dina menelan liur sebelum mengetuk pintu bilik itu.

Selepas mendengar arahan masuk dari orang didalam, Dina terus memulas tombol pintu dengan cermat dan melangkah masuk dengan lagak tenang. Hatinya yang berdebar, hanya ALLAH yang tahu.

"Good morning Mr. Adrian." Dina mempamerkan senyuman.

"How do you know my name?" Soal Adrian dengan wajah tenang.

"Er, from your door Sir. Dina terus menjawab. Adrian buat wajah pelik.

"Oh..” Akhirnya dia terangguk dan tergelak sendiri selepas menyedari dipintu biliknya tertera dengan jelas nama dan jawatannya di MG Properties ini.

"Okay, you may sit Miss Faradina Amza Amri." Jemput Adrian ramah.

~L.O.V.E & F.A.I.T.H~

ad_dEen

Sunday, January 15, 2012

Cinta Dahulu Dan Selamanya 16

BAB 16

“Jemput masuk Fahim…” Azzam memberi laluan kepada adik iparnya itu untuk melangkah masuk ke dalam rumahnya. Fahim penuh tertib menghulur salam dan tunduk mencium tangan abang iparnya itu. Syafina dibelakang turut menuruti. 

“Fin naik atas kejap nak letak beg.” Syafina tunduk mencium tangan kakak iparnya pula. Nadia yang sedang mendukung Faril senyum dan mengangguk. Sempat Syafina mencubit pipi anak buahnya itu sebelum lari memanjat tangga.

“Duduklah Fahim..”

“Terima kasih bang.” Fahim senyum sambil melabuhkan punggung disofa berangkai dua. Nadia berlalu ke dapur untuk menyediakan minuman. Faril ditinggalkan bersama suaminya. 

Syafina yang baru sampai di anak tangga terakhir membuang pandang ke ruang tamu. Kelibat kakak iparnya tiada disitu. Mungkin sudah didapur. Pantas kakinya laju dibawa ke dapur untuk membantu kakak iparnya itu.

“Kak Nadia buat air apa?” Soal Syafina berbisik. 

“Sarsi, okay tak?” Syafina mengangguk mengiakan soalan Nadia.

“Afin dengan Fahim dah makan?” Soal Nadia sambil mengacau air sarsi didalam jug.

“Dah tadi. Singgah makan dekat kedai je. Afin masuk dalam kuali eh nugget ni. Minyak dah panas.” Syafina meneruskan niatnya apabila Nadia mengangguk memberitahu.

“Afin dengan Fahim macam mana?” Nadia memulakan soalan berunsurkan peribadi.

Okay je.” Syafina bersahaja menjawab. Dalam hati sudah berdebar-debar apabila kakak iparnya itu bertanyakan hal rumah tangganya.

“Baguslah kalau okay. Akak dengan abang Azzam pun doakan yang terbaik untuk Afin suami isteri.” Nadia senyum menoleh ke arah adik iparnya. Syafina turut membalas senyuman itu. Dia tidak tahu hendak berkata apa.

So apa rancangan korang berdua lepas ni? Fahim tak nak tukar kerja kat KL ke?” Tanya Nadia lagi.

“Afin pun tak tahu kak. Maybe lepas Afin habis study baru settlekan hal kami berdua. Lagipun dia baru je kerja kat Ipoh tu. Biar jelah dia kerja kat sana dulu.”

“Eh takpe ke sorang sana sorang sini?”

“Boleh je kak. Sebelum ni kan boleh je…”

“Habis kalau Afin mengandung nanti macam mana?”

“Er…” Syafina terkedu apabila dibangkitkan isu itu. Ah, nak bagitahu ke plan aku dengan Fahim kat kak Nadia ni? Syafina berfikir.

“Er, yang tu Afin tak fikir lagi. Lagipun Fahim dah setuju nak biar Afin habiskan degree dulu…” Syafina beralasan.

“Lah macam tu pulak?” Nadia seakan tidak berpuas hati. Nampaknya lambatlah Faril nak dapat sepupu.

“Lambat lagilah nampak gayanya akak nak timang anak buah…” Nadia berkata sambil membantu Syafina mengangkat ketulan nugget yang sudah garing ke dalam piring.

“Tunggu kak Nadia bagi adik dua tiga orang dululah kat Faril..” Syafina berseloroh. Tersungging senyuman dihujung bibirnya.

“Ish, lama sangat tu. Kesian dekat Fahim tu tunggu lama-lama.” Nadia menghadiahkan cubitan pada pinggang adik iparnya itu. Tak kuat mana kerana Syafina tergelak saja selepas itu. Mereka berdua ketawa perlahan.

“Tak fikir lagilah kak. Tengoklah dulu macam mana..” Syafina seriuskan kembali wajahnya.

“Ikut kamu berdualah macam mana. Janji Afin bahagia.. Kalau Afin happy, akak dengan abang Azzam pun happy..” Nadia memicit lembut pipi adik iparnya itu.

Thanks kak..” Mereka berbalas senyuman buat seketika.

Syafina sudah mengangkat nugget yang digoreng kali ke dua ke dalam pinggan. Nadia mengaturkannya di atas talam bersama jug air dan empat biji gelas.

“Afin tolong angkat ni ye…” Pinta Nadia lembut.

“Baik kak..” Syafina mengangguk. Talam yang sudah sedia diangkat dan dia berjalan ke ruang tamu untuk menghidangkannya. Nadia mengekor dengan sebekas bekas air basuh tangan.

“Jemput makan ye..” Nadia bersuara ramah kepada birasnya.

Fahim senyum. Matanya memerhati si isteri yang sedang menuang air ke dalam gelas. Nadia dan Azzam yang perasan tingkah Fahim, tersenyum sesama mereka. Dalam hati rasa gembira melihat hubungan pasangan pengantin baru itu yang nampak elok sahaja.

“Awak nak mandi?” Tanya Syafina sewaktu mereka berdua sudah didalam bilik tidur milik Syafina.

“Kejap lagilah. Nak rest kejap.” Fahim menolak. Tubuhnya digeliatkan menghilangkan rasa sengal memandu jauh tadi. Kemudian dia merebahkan tubuh diatas tilam. Kaki dibiar terjuntai ke bawah.

“Nak mandi, ni tuala.” Syafina meletakkan sehelai tuala bersih yang masih berlipat diatas katil.

“Hurm..” Terdengar Fahim menggumam halus. Letih benar nampaknya. Syafina malas mengganggu. Dia berlalu ke bilik air bersama pakaian baru. Ingin menyegarkan diri yang terasa melekit.

Usai mandi Syafina melangkah keluar dari bilik air dengan tubuh yang lengkap berpakaian. Dia lihat tubuh Fahim sudah hilang dari atas katil. ‘Ke mana pulak perginya?’ Detik hatinya. Kepala yang masih basah dikeringkan dengan hujung tuala. Kelibat Fahim masih dicari dengan anak matanya.

Sedang dia menyisir rambut didepan meja solek, dia ternampak tubuh Fahim dibalkoni melalui biasan cermin. Syafina meratakan bedak BabyJohnsonpula pada wajahnya. Dalam hati masih terfikir-fikir apa yang Fahim buat disitu. Tadi cakap nak berehat. Selesai mengemaskan diri, Syafina menapak mendekati tubuh suaminya dibalkoni.

“Awak tak nak mandi ke?” Soal Syafina yang masih dimuka pintu gelongsor.

Fahim tidak membalas. Dia diam saja. Tubuh isterinya dikerling dengan hujung mata. Menikmati angin petang yang begitu mendamaikan.

“Sinilah sayang…” Fahim memanggil Syafina agar merapatinya. Syafina memberanikan diri. Dia berdiri disebelah Fahim dengan jarak dua kaki menjauhi.

“Cantikkan suasana petang ni.” Fahim menarik nafas. Menikmati desir angin petang yang menghembus. Syafina disisi mengangguk setuju.

“Dah pukul berapa sayang?” Fahim berpaling ke sisi. Tubuhnya dirapatkan dengan tubuh isterinya.

“Pukul tiga setengah dah. Awak tak nak mandi ke? Nak solat lagi..” Syafina berlagak selamba. Cuba menyembunyikan debar didada apabila merasa bahang tubuh Fahim dekat dengannya.

“Awak dah mandi? Wangi…” Tanya Fahim dalam nada berbisik. Matanya dipejam seolah menikmati kewangian rambut isterinya. Tangan kirinya mula membelai lembut rambut Syafina yang masih basah. Syafina yang mula rasa tidak selesa menjarakkan diri.

“Pergilah mandi. Lepas ni kita pergi dekat tasik Putrajaya nak?” Syafina cepat mengutarakan cadangan. Ingin bebas dari suasana yang cuba ditimbulkan Fahim tadi.

“Yelah.” Jawab Fahim lemah sebelum berlalu masuk ke dalam. Dia mencapai tuala bersih yang diletakkan isterinya tadi di atas katil lalu bergerak ke pintu bilik air.

Tampak riak Fahim yang kecewa. Syafina menghela nafas lega bila Fahim sudah mengangkat kaki untuk masuk ke dalam. Tubuh lelaki itu dihantar dengan pandangan. Dia masih mematung disitu menikmati tiupan angin yang menampar wajahnya. Terasa nyaman sekali. 

‘Petang ni bawak Faril sekalilah ke tasik. Dah lama tak lepak sana.’ Desis hati Syafina membayangkan suasana damai yang akan dirasanya sebentar lagi.

+++++++++++++++++++++++

“Sini saya dukung Faril.” Syafina menghulurkan tangan kepada Faril. Anak saudaranya itu sudah bergerak-gerak kedua tangannya minta diambil. Fahim membiarkan tubuh Faril bertukar tangan.

“Awak selalu datang sini ke?” Fahim memulakan bicara. Dia hanya mengikut seiringan langkah Syafina menyusur di laluan pejalan kaki. Tasik yang tenang luas terbentang didepan mata.

“A’ah. Saya suka datang sini. Tenang je dekat sini.” Syafina membalas sambil tersenyum. Wajahnya tampak begitu asyik menikmati kedamaian hembusan angin petang yang menampar wajah. Anak saudaranya dalam dukungan turut diagah riang.

“Selalu datang dengan siapa?” Tanya Fahim lagi. Ingin menyelami hidup isterinya sebelum ini.

“Tengoklah. Kadang-kadang sorang je. Tak pun dengan abang Azzam dan kak Nadia.” Mereka sudah sampai di sebuah pondok ditepi tasik yang seakan jeti kecil.

“Datang sini dengan apa?” Tanya fahim lagi. Tubuhnya dibiar tersandar pada tiang pondok. Syafina duduk dibangku yang tersedia.

“Naik keretalah. Kadang-kadang cycling…” Maklum Syafina lagi. 

Cycling? Sorang-sorang?” Nada Fahim seakan tidak percaya.

“Yelah cycling. Ingat saya tak pandai ke?” Balas Syafina.

“Taklah. Saya tahu awak pandai, tapi confuse sikit. Larat ke awak cycling sampai sini dari rumah abang Azzam tu?” Nada Fahim berbaur sindiran.

“Eh tengok kakilah. Ingat saya lembik ke?” Syafina menguatkan suara. Geram bila Fahim seolah memperlekehkannya.

“Mana saya tahu awak lembik ke tak. Tak try pun lagi…” Kata fahim sambil tersenyum. Syafina mengerutkan dahi. Tidak memahami maksud suaminya itu.

Melihat senyuman nakal yang tak kering dibibir Fahim membuatkan Syafina terkedu. Kini dia faham maksud ‘tak try’ Fahim tadi. Habis memerah wajah Syafina selepas itu. Cis boleh pulak dia buat bergurau macam tu. Eee, benci! Gerutu Syafina dalam hati. Anak matanya dilarikan dari terus ditatap oleh sepasang mata milik Fahim.

“Awak cycling sorang-sorang ke?” Fahim mengalih topik perbualan. Hujung bibirnya masih menyimpul senyum.

“Tak. Dengan kawan.” Jawab Syafina dengan lagak selamba. Dia mengagah Faril yang diletakkan disebelahnya bagi menghilangkan debar didada. Terkekek si kecil itu ketawa.

“Kawan? Lelaki ke perempuan?” Dahi Fahim berkerut semasa mengajukan soalan.

“Lelakilah. Mana ada kawan-kawan perempuan yang mak ayah diorang nak bagi cycling sampai sini…” Balas Syafina selamba. Matanya masih tidak beralih dari memandang wajah Faril.

“Habis abang Azzam bagi pulak?” Nada Fahim semakin serius. Dia tidak puas hati abang iparnya boleh membenarkan Syafina berbasikal dengan lelaki.

“Bagilah.” Syafina masih tidak menyedari bunga-bunga amarah yang berputik dihati Fahim.
Fahim merenung tajam wajah isterinya itu. Dia geram. Kenapa Syafina begitu mudah percayakan kawan-kawan lelakinya? Tidak takutkah gadis itu? Tidakkah dia memikirkan sebrang kemungkinan yang boleh terjadi. Fahim menarik nafas dalam-dalam.

“Awak berdua je dengan budak lelaki itu?” Syafina mengalihkan anak mata ke wajah Fahim demi mendengarkan soalan lelaki itu. Sudah kedengaran lain macam bentuk soalannya. Cemburukah dia?

‘Hehe, ada peluang nak kenakan balik ni. Tadi dia buat aku malu ye.’ Timbul niat nakal dihati Syafina.

“Yelah berdua. Kami tukar-tukar. Dia bonceng saya, saya bonceng dia.” Hati Syafina menyimpul senyum.

What?” Terjerit Fahim. Kali ini dia tidak dapat bersabar lagi. Syafina memang melampau. Siap bonceng-membonceng lagi! Bentak hatinya. Berdetak pantas jantungnya menahan rasa cemburu yang membuak didada.

“Dia takde basikal sendiri ke? Yang awak pun tak boleh ke naik basikal sendiri?” Jerkah Fahim tidak puas hati. Makin menyemarakkan kemarahannya bila Syafina hanya tersenyum saja. Tidak nampakkah gadis itu yang dia sedang marah ni?

“Saya penatlah nak kayuh sorang…” Syafina masih ingin mengusik.

“Awak, awak sedar tak apa yang awak buat tu?” Soal Fahim dengan suara tertahan. Dia tegak berdiri menghadap Syafina yang sedang duduk.

“Buat apa? Salah ke saya naik basikal?” Syafina berpura-pura tidak mengerti.

Fahim menjegilkan mata. Dadanya terasa ditekan kuat. Bagai dihempap batu. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus keluar. Dia cuba mententeramkan hati yang sudah bercelaru rentak iramanya.

Hati Syafina menggeletek hebat. Lucu melihat riak si suami yang menahan diri. Menahan api cemburunya barangkali.

“Awak tak ingat apa yang pernah jadi dekat awak dulu? Tak serik lagi? Semuanya sebab basikal kan? Semua tu tak jadi kalau awak tu tak degil!” Fahim melontarkan kemarahan. Habis diungkit kejadian dulu yang hampir memalitkan kenangan hitam dalam hidup Syafina.
Syafina tergamam. Otaknya mula mengitar masa lalu. Andainyalah Fahim tidak ada pada masa itu, tidak tahu apa yang bakal terjadi padanya. Kepalanya tergeleng perlahan.

“Jangan sebut lagi pasal hal tu. Saya tak nak ingat lagi.” Ujar Syafina dengan nada tegas.

“Saya bukan nak ungkit balik. Saya cuma nak ingatkan awak supaya jaga diri. Awak tak boleh suka hati je buat macam tu. Bukan semua orang dalam dunia ni kita boleh percaya. Saya tak nak apa-apa jadi pada awak.” Fahim cuba memujuk. Terkejut dia mendengar nada Syafina tadi. Macam marah sangat. Dia tidak menjangka riak gadis itu akan begitu. Dia cuma meluahkan rasa cemburunya sahaja tadi. Entah bagaimana dia boleh tergelincir mengungkit kisah lama.

“Cukup Fahim. Tolong jangan sebut lagi. Saya tahu saya bernasib baik masa tu sebab awak ada.” Fahim terkesima mendengarnya. Bukan itu maksud dia.

“Afin, saya tak bermaksud macam tu.” Fahim cuba membetulkan semula. Wajah Syafina sudah bertukar mendung. Argh, kenapa mulut aku macam ni. Baru nak berbaik-baik dengan dia.

“Fin, please pandang saya kejap.” Fahim duduk disebelah isterinya itu. Bahu gadis itu diraih agar mendepaninya. Syafina mengelak. Dia megangkat tubuh Faril lalu dipangkunya.

“Fin, pandang saya.” Tangan Fahim mencapai dagu Syafina pula. Penuh keterpaksaan Syafina memalingkan wajah menghadap wajah suaminya. Namun bebola matanya tetap dilarikan dari bersabung pandang dengan mata redup Fahim.

“Saya tak bermaksud macam apa yang Afin fikirkan tadi.” Lembut Fahim memujuk.

“Apa yang saya fikirkan?” Syafina masih terasa hati.

“Tu, yang awak cakap tu.”

“Apa yang saya cakap?” Dalih Syafina.

Fahim mengeluh.

“Saya minta maaf. Awak tak bernasib baik pun masa tu. Tapi ALLAH yang utuskan saya nak tolong awak masa tu.” Fahim menggenggam tangan Syafina yang sedang memeluk erat tubuh Faril.

“Dahlah Fahim. Saya ni memang tak tahu dek untung. Orang dah menolong tapi masih tak berterima kasih. Masih degil, masih tak serik nak naik basikal lagi kan…” Syafina menarik tangannya lantas berdiri.

“Sayang apa ni…” Fahim turut berdiri. Belum sempat dia berbuat apa-apa, tiba-tiba suara Faril nyaring menangis.

“Syhh sayang kenapa ni? Mak Su tak marah Faril lah sayang…” Pujuk Syafina. Tubuh anak saudaranya itu ditepuk perlahan. Dia berjalan meninggalkan pondok itu. Selebihnya mahu menjauhkan diri dari Fahim. Dia kecil hati dan merajuk dengan suaminya itu.

“Sayang…” Jerit Fahim sambil mengejar. 

Bahu Syafina dipautnya erat. Syafina cuba mengelak namun Fahim juga tidak mahu mengalah. “I’m sorry sayang…” Ucap Fahim menoleh ke sisi.

Syafina menjuihkan bibir. ‘Ada hati nak pujuk aku, sayang…sayang. Tolonglah!’ Terkumat-kumat bibirnya mengata Fahim. Menyampah dia.

Fahim bertindak merampas tubuh Faril dari pegangan isterinya. Anak kecil itu terus senyap dalam dukungan Pak Sunya.

‘Eeee… Faril pun nak sebelahkan Pak Su tu? Pergilah. Jangan kawan dengan Mak Su dah!’ Bebel Syafina dalam hati. Pantas kakinya berpatah ke belakang dan menonong berjalan meninggalkan suaminya dan anak saudaranya itu.

“Tengok Mak Su Faril tu sayang. Merajuk dengan Pak Su pulak.” Fahim bersuara kuat. Sengaja mahu Syafina mendengarnya. Dia gelihati dengan rajuk isterinya itu. Memang satu perkembangan yang tidak diduga. Segera dia mengejar langkah Syafina yang makin menjauh.

Tiba-tiba Syafina menghentikan langkahnya. Dia berpaling dan menanti Fahim untuk sampai dihadapannya. Fahim sengaja melambatkan jalan. Berpura-pura mengagah Faril. Syafina yang melihat dari jauh mencebir bibr.

“Saya nak balik.” Kata Syafina tegas saat Fahim sudah berdiri dihadapannya.

“Awal lagilah sayang. Faril pun tak puas lagi nak main.” Fahim tidak mempedulikan kata-kata isterinya. Dia seronok melayan Faril dalam dukungan.

“Dah nak Maghriblah. Saya nak balik.” Eee megada nak panggil sayang tu kenapa? Saja je kan dia ni! Gerutu Syafina dalam hati. Geram dengan keselambaan suaminya itu.

“Sayang jomlah kita bergambar dulu dekat tepi sana tu.” Fahim menarik tangan isterinya supaya mengikut langkahnya semula ke pondok tadi.

“Nak bergambar apanya awak ni. Ish mengadalah. Baliklah.” Syafina tetap membantah. Lengannya cuba dirungkai dari pegangan Fahim.

“Sayang, dengar…” Fahim buat muka serius. Telinganya didekatkan pada bibir Faril.

“Anak buah saya ni cakap dia nak bergambar kenangan dekat sini dulu dengan Pak Su and Mak Su dia…” Kata Fahim setelah beberapa saat dia tayang muka berkerut konon cuba memahami bahasa Faril.

“Awak ni!” Marah Syafina. Fikirnya tadi apalah yang didengar Fahim. Rupa-rupanya nak berlawak dengan aku. Tak tahu pulak laki aku ni ada sense of humor. Bisik hati Syafina.
Syafina ketawa perlahan.

“Eh Faril. Tengok, ada orang tu ketawalah.” Usik Fahim. Faril yang seakan memahami turut ketawa perlahan. Ketiga-tiga mereka ketawa riang akhirnya.

Selepas berposing untuk beberapa gambar, mereka terus pulang ke rumah Azzam. Faril tertidur didada Syafina. Keletihan agaknya bermain-main tadi. 

“Lepas ni saya tak izinkan awak naik basikal lagi.” Kata Fahim semasa dalam kereta.
“Eh kenapa pulak?” Syafina kaget mendengarnya.

“Saya cakap tak boleh, tak bolehlah.” Tegas Fahim berkata.

“Apa awak ni. Tiba-tiba pulak tak bagi saya naik basikal. Salah ke naik basikal tu?” Kemarahan yang surut tadi mula memuncak kembali.

“Memang salah. Salah kalau awak naik sorang atau dengan orang lain, saya tak benarkan. Saya cuma benarkan awak naik basikal tapi itu pun hanya dengan saya je.” Balas Fahim bersama senyuman yang tersungging dibibir. Melopong Syafina mendengarnya.

“Tutup mulut tu sayang. Masuk lalat nanti.” Tegur Fahim selamba.

“Awak ni. Eeeeee!” Kuat suara Syafina. Akibatnya tubuh Faril bergerak-gerak tanda tidak selesa.

“Terjaga dah anak tu. Awak ni kan…” Ucap Fahim tanpa ada rasa bersalah langsung. Syafina terus membungkam. Memuncung bibirnya kegeraman. Fahim pula asyik tersneyum sinis padanya.

‘Takpe tengoklah nanti. Saya kenakan awak balik.’ Tekad Syafina dalam hati.

Ketika azan berkumandang baru mereka tiba diperkarangan rumah. Terus mereka masuk untuk membersihkan diri dan berjemaan.

+++++++++++++++++++++++++++++++

So apa plan kamu lepas ni?” Azzam yang mengambil tempat di sofa satu tempat duduk menyoal adik iparnya itu. Isteri dan adiknya masih mengemas di dapur.

“Saya ingat dalam setahun ni stay dulu dekat Ipoh. Lagipun dekat sana baru je start keja. Maybe lepas tu nak try minta kerja dekat sinilah. Perancangannya nak pindah KL lepas Afin grade nanti.” Terang Fahim. Azaam hanya mengangguk.

“Pasal korang dua pulak macam mana? Takpe ke jauh-jauh macam ni?” Soal Azzam lagi.

“Saya dah bincang dengan Afin pasal ni. Dia pun tengah study sekarang ni, saya tak nak ganggu konsentrasi dia.” Balas Fahim.

“Habis kalau mengandung nanti macam mana?”

“Er, pasal tu kitorang dah rancang tak nak mengandung lagi sampai Afin tamat belajar.” Fahim malu-malu menuturkannya.

“Oh macam tu pulak. Ikut koranglah macam mana. Abang takde halangan. Korang berdua dah boleh putuskan sendiri jalan hidup korang macam mana. Cuma abang harap, Fahim jagalah adik abang tu elok-elok. Dia tu nampak je diam macam tu, sebenarnya bukan macam tu pun perangai dia. Malas sikit Afin tu. Kamu tegurlah mana-mana yang patut dia tu. Abang boleh berharap dengan kamu je lepas ni untuk tengok-tengokkan dia.” Ujar Azzam panjang lebar.

“InsyaALLAH bang. Saya janji akan jaga Afin.” Janji Fahim sepenuh hati.

“Abang. Pasal duit belanja Afin lepas ni abang tak payahlah bagi dekat dia. Biar saya yang uruskan.” Pinta Fahim.

“Er… Abang tak kisah pasal hal tu. Lagipun dia sorang je ahli keluarga abang. Yang mana abang boleh tolong, abang tolong. Kamu pun baru je mul kerja kan…” Azzam serba salah. Tidak mahu dia membiarkan Fahim rasa terbeban. Sudahlah adik iparnya itu baru sahaja bekerja.

“Tak bang. Saya takde masalah. InsyaALLAH saya boleh tanggung Afin. Abang tak perlulah bagi tiap-tiap bulan dekat dia. Nanti makin besar kepala pulak isteri saya tu. Abang bagi dia duit, saya bagi dia duit. Berjoli pulak dia nanti.” Fahim berseloroh.

“Betul jugak tu kan. Bukan boleh percaya sangat si Afin ni…” Tercetus bunga ketawa dari bibir keduanya.

“Ehem… Ehem… Amboi gelak sakan nampak. Abang kutuk Afin ya?” Sergah Syafina yang baru melangkah dari dapur bersama dulang minuman ditangan. 

“Afin tanya abang mana satu ni?” Azzam mengusik.

“Abanglah. Siapa lagi abang Afin?” Syafina masih tidak menangkap maksud abangnya. Dia duduk ditepi meja menuang air teh panas ke dalam cawan.

“Afin cakap dengan abang rupanya? Abang ingat Afin cakap dengan suami Afin. Maknanya panggilan untuk Fahim ni lagi speciallah ye? Afin panggil Fahim baby ye?” Meleret hujung bicara Azzam mahu mengusik.

“Ish apa abang ni!” Marah Syafina. Terasa merah mukanya. Fahim pula terus-terusan merenung tunak wajah isterinya itu. Makin dia galak memerhati apabila kedua pipi isterinya itu sudah bertukar kemerahan.

“Apa yang specialnya bang?” Sampuk Nadia yang baru keluar dari dapur.

“Ni ha, Afin ni. Panggil Fahim baby. Manja tu…” Sakat Azzam. Nadia tergelak kecil. 

“Mana ada kak. Abang tu suka sangat nak mengusik orang.” Bantah Syafina keras. Pipinya usah dikata. Sudah merah bagai biji saga.

“Eleh, dah blushing tu betullah tu kan…” Usik Azzam lagi. Syafina memandang Fahim dengan pandangan meminta pertolongan.

“Betullah tu kan sayang. Dah memang sayang panggil baby ni baby, nak malu apa.” Selamba Fahim berkata. Hujung bibirnya tersungging segaris senyuman.

Melopong Syafina mendengarnya. Makin galak Azzam dan Nadia mentertawakannya. Malah Faril yang duduk dikarpet dengan mainannya turut ketawa sambil bertepuk tangan. Makin gamat ruang tamu dengan ketawa mereka berempat menggelakkan Syafina. Syafina dengan wajah geram berlalu ke dapur. Malu gila!

Rasa mahu disorok saja wajahnya. Di luar mash terdengar ketawa mengusik mereka. Syafina mengipas wajahnya dengan jarinya. Eee geram betul dengan abang Azzam ni. Yang Fahim ni pun nak kena. Selamba dia je berbaby-baby. Tahun bila entah aku panggil dia baby. Eee geli tau! Gerutu Syafina kegeraman.

“Tak elok kutuk suami belakang-belakang tau.”

“Ish, terperanjat orang je!” Marah Syafina. Diurut dadanya yang terperanjat dengan sergahan lembut Fahim yang kedengaran rapat ditelinganya tadi. Bila masa Fahim masuk ke dapur pun dia tidak sedar.

Fahim menyandar di cabinet dapur, bersebelahan dengan isterinya itu. Direnung lembut wajah Syafina yang masih nampak marah. 

“Apa tengok-tengok?” Tanya Syafina garang. Fahim tergelak. Syafina sudah pandai menunjukkan diri sebenarnya. Sudah tidak malu-malu seperti diawal perkahwinan mereka dulu. Satu perkembangan positif dan Fahim senang dengannya.

“Isteri saya ni…” Fahim berjeda. Kedua tangan memeluk tubuh. Anak matanya merenung dalam bebola mata Syafina.

“Cantik bila marah…” Perlahan Fahim menyambung.

“Pergilah sana, orang nak buat kerja ni.” Syafina berpaling berniat menutup rasa gugupnya itu. Berdua-duaan dengan Fahim sentiasa membuatkan hatinya berdebar-debar. Entah sampai bila dia mampu bertahan. Mujur sahaja mereka tidak tinggal berdua.

“Sembanglah dengan saya dulu. Abang Azzam yang suruh saya ke sini.” Fahim menarik lengan Syafina. Tubuh isterinya dirapatkan pada dadanya.

“Ish nak sembang apa-apa. Kejap-kejap lagi pun boleh sembang.” Syafina melarikan matanya.

“Kejap lagi tu bila sayang?” Mendayu suara Fahim. Sengaja dia mahu menggoda. Juntaian rambut yang terlepas diselitkan dibelakang telingan isterinya itu.

“Kejap lagi. dekat bilik punboleh bersembang. Saya nak kemas dapur ni kejap.” Balas Syafina tegas.

“Dekat bilik? Dekat bilik bukan kita nak tidur ke? Ke sayang ada plan tak nak bagi baby tidur ni…” Fahim mula menyakat. Sengaja dibahasakan dirinya baby.

“Ish tak senonohlah awak ni!” Kuat Syafina menampar dada suaminya.

“Aduh, sakitlah sayang ni…” Adu Fahim dengan gaya manja.

“Betullah dekat bilik nak tidur. Sayang tuyang fikir bukan-bukan. Saya tak cakap apa pun.” Fahim membela diri.

“Eeee, mengada tau awak ni. Dah pergi keluar. Duduk dekat depan, pergi minum air yang saya buat tu.” Syafina mula menolak tubuh Fahim supaya keluar dari dapur.

“Air tu panas lagilah sayang. Melecur lidah baby nanti…” Meremang bulu roma Syafina mendengar rengekan mengada suaminya itu. Rasa hendak saja dihempuk Fahim dengan talam ni. Syafina mengacah untuk membaling talam.

“Garang betul sayang ni!” Omel Fahim sebelum dia melangkah laju meninggalkan dapur. Syafina tersneyum kecil.tahu pun takut. Desis hatinya perlahan. 

Syafina mula membasuh jug membancuh air teh tadi. Tak banyak pun yang tinggal. Semua sudah dilakukannya tadi bersama Nadia. Sengaja dia melarikan diri. Kalau duduk dekat depan tu, conferm kena usik dengan abang Azzam.

Malam itu tepat pukul 10.30 malam, Azzam dan Nadia sudah berlalu ke bilik mereka bersama Faril yang sudah terlena dipangkuan mamanya. Tinggal Syafina berdua sahaja dengan suaminya di ruang tamu.

“Jom tidur sayang. Abang penantlah.” Fahim memaut bahu Syafina yang duduk disebelahnya itu.

“Awak pergilah tidur. Saya nak tengok TV.” Dalih Syafina. Tangan Fahim dibahu ditolak jatuh. Rasa lain macam pulak.

“Tadi kan sayang ajak saya bersembang dekat bilik. Jomlah kita masuk bilik…” Fahim berbisik perlahan. Sengaja dilunakkan suaranya.

“Nak sembang apa tengah malam ni. Pergilah naik tidur.” Tolak Syafina. Makin bertambah debaran hatinya kala itu.

“Jomlah kita naik sekali.” Sekali lagi Fahim meraih bahu isterinya.

“Fahim.” Syafina terloncat dari duduknya. Dia sudah terpacak berdiri dihadapan suaminya. Fahim agak terpinga-pienga sebentar.

“Tak sabar nampaknya sayang ni…” Fahim senyum mengusik.

“Jangan nak mengada. Dah jom cepat naik. Geli-gelemanlah saya awak ni.” Sungut Syafina dengan bibir memuncung tajam.

“Hehehe..Alright sayang. Baby can’t wait also…” Fahim ketawa kecil. Remote TV ditekan laju dan dia bangkit berdiri disebelah isterinya.

“Jom.” Bahu Syafina ditarik rapat ke sisinya dan mereka seiringan berjalan untuk naik ke bilik. Syafina cemberutkan muka. Memang mengada betul laki aku ni. Tak sangka pulak perangai dia macam ni.

Good night sayang. Assalamualaikum.” Fahim berbarng menghadap tubuh isterinya disebelah.

“Waalaikumussalam.” Balas Syafina. Comforter ditarik rapat hingga ke dada. Bimbang saja Fahim akan bertindak bukan-bukan nanti. Namun dia percayakan suaminya itu. Sebelum ini pun, di Ipoh tiada apa-apa pun yang berlaku padanya saat mereka tidur sebilik dan sekatil macam ni.

‘Tawakal jelah Fin.’ Bisik Syafina dengan mata terpejam rapat.

Malam itu mereka berdua tidur di atas katil dengan bantal golek menjadi sempadan ditengah-tengah.



*Kepada yang merindukan Fahim dan Afin, here bab 16. sorry la ambil masa yang amat lama untuk sambungannya. enjoy and thank you kerana sudi membaca..Assalamualaikum dan selamat pagi...*
~L.O.V.E & F.A.I.T.H~

ad_dEen