Tuesday, April 24, 2012

Antara Langit dan Bumi... 5 & 6



*Asalamualaikum..hai everyone..ni edit sikit...masuk bab 5 & 6..yang 5 tu salah ye..okay enjoy ye...jgn rindukan BBM...tgh menyiapkan ni..sorry ye...BBM stop dulu..enjoy la ALDB ni..love u alls...*

~L.O.V.E & F.A.I.T.H~

ad_dEen

++++++++++++++++++++++++++++


BAB 5

Adrian melangkah dengan segak masuk ke dalam lif. Dia perasan beberapa pasang mata  yang tertoleh ke arahnya. Hati terasa kembang dengan sendiri. Bangga dengan pesona yang dimilikinya itu. Ya, dirinya lengkap dengan pakej lelaki idaman yang diimpikan oleh kebanyakan golongan wanita. Namun sayangnya, hatinya sampai sekarang masih tidak terlekat pada sesiapa pun. Entah apa yang dia cari dalam usia begini. Dia sendiri tidak memahami dirinya itu.

“Tingg!” Pintu lif terbuka di tingkat 10. Cepat Adrian memboloskan diri. Langkahnya diatur tenang mencari DNS Holding yang diterajui oleh sepupunya, Janson Wong atau nama Islamnya Amirul Fatah Abdullah.

Sepupunya yang muda enam tahun darinya itu juga sudah pun berumah tangga. Dia ni yang dah genap 32 sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi.

Hish! Akal mula menolak asakan soalan yang bertandang mencuit-cuit tangkai hati. Ditepis segala persoalan yang menyesakkan dada itu. Dia kembali ke alam realiti.

Sedari tadi dirinya menjadi perhatian mata-mata manusia yang berpapasan. Tak kira lelaki atau perempuan. Naik segan pula jadi perhatian begitu. Adrian menekan butang loceng pada luar pintu DNS Holding. Penyambut tetamu dibalik dinding kaca itu tersenyum ke arahnya menjemputnya masuk. Adrian membalas. Kakinya melangkah masuh bila pintu cermin itu terbuka luas.

Dia mendekat pada meja penyambut tetamu yang setia dengan senyuman menawan sedari tadi. Gadis Melayu yang bertudung ala-ala Hana Tajima itu disapanya mesra.

“Hello, good afternoon Sara.”

“Good afternoon Mr. Adrian.” Balas Sara tersipu malu. Refleksnya laju begitu bila terpandangkan wajah kacak Adrian. Walaupun merupakan salah seorang pemegang saham dalam DNS Holding, Adrian memang jarang benar hendak menampakkan diri di situ. Itu yang membuatkan Sara jadi segan hendak menyapa mesra majikannya itu.

“Mr. Amirul Fatah?” Soal Adrian.

“He’s waiting for you inside.” Maklum Sara. Adrian tersenyum.

“Anyway, nice look Sara. You look sweet.” Puji Adrian sebelum berlalu. Perasaan Sara melayang-layang mendengarkan pujian dari lelaki pujaan Malaya itu. Dia tahu kebanyakan wanita di DNS Holding, mahupun dibangunan Menara Park itu terlalu memuja Adrian.

Berpusu-pusu pekerja wanita mengerumini kaunter penyambut tetamu. Riuh mulut mereka bertanyakan Sara apa yang lelaki idaman Malaya itu katakan. Mendengarkan cerita Sara, semua cemburu dan iri hati. Bertuahlah Sara dapat bercakap dengan Adrian. Untungnyalah jadi penyambut tetamu!

Adrian mengetuk perlahan daun pintu yang tertera nama Amirul Fatah Abdullah. Mendengar arahan masuk dari dalam, tombol pintu dipulas sebelum dia memboloskan diri ke dalam.

“Adrian!” Terjerit Amirul Fatah menerima kedatangan sepupunya itu. Dia terus bangun berdiri ingin mendapatkan Adrian.

“Syhhh!  Don’t say my name that loud. Do you know how your girl's staff adores me?” Adrian memberi amaran. Kata-kata Adrian itu membuatkan bibir Amirul Fatah meletuskan tawa tanpa tertahan.

“Hello my big brother. How are you?” Mereka berpelukan erat. Melepaskan rasa rindu setelah agak lama tidak bertemu.

“I’m good. You? How about Ana and Adam?” Soal Arian pula mengenai isteri dan anak lelaki sepupunya itu.

“We’re fine. Come have a seat.” Amirul Fatah menarik kerusi buat Adrian. Kemudian dia melabuhkan punggungnya pula pada kerusi miliknya.

“So, why you ask me to come over?” Adrian terus ke tajuk utama. Dia datang pun kerana menerima panggilan Amirul Fatah dua hari lepas untuk datang ke mari. Katanya, ada perkara penting yang hendak dibincangkan.

“Be patient young man. Wanna some drink?” Soal Amirul Fatah dengan lagak tenang. Adrian teranggguk kecil.

“Black coffee please. Thank you.” Pinta Adrian. Amirul Fatah memberi isyarat tunggu pada Adrian. Kemudian dia mencapai gagang mahu menginterkom setiausahanya diluar.

“Make one black coffee and tea. Thank you.” Selepas itu gagang telefon diletak semula.
“So, how’s MG?” Tanya Amirul Fatah.

“Doing well.” Balas Adrian bersahaja.

“Hurm... Did you heard something weird?” Tanya Amirul Fatah lagi. Tajuk perbualan cuba dibawa ke topik sebenar. Tetapi harus perlahan-lahan dan berhati-hati. Bimbang dengan penerimaan sepupunya itu nanti.

“What?” Soal Adrian dengan dahi berkerut. Dia cuba menajamkan pendengaran. Mengamati samada ada bunyi-bunyi pelik yang terhasil.

“Not that la.” Amirul Fatah ketawa perlahan. Kelakar melihat riak Adrian yang cuba mengamati bunyi disekeliling mereka.

“Don’t you hear anything? Rumors about DNS?” Soal Amirul Fatah dengan lebih spesifik.
“Oh… hurm, about what? I don’t know anything. Is there something happen?” Amirul Fatah  mengangguk kecil.

“Something bad or good?” Tanya Adrian lagi.

“Huhh…” Keluhan dari bibir Amirul Fatah menjawab sendiri persoalan yang ditimbulkan tadi. Air muka Amirul Fatah juga sudah berubah keruh.

“What’s happen Janson?” Soal Adrian penuh minat. Sepupunya itu masih selesa dipanggil dengan nama asalnya. Sedari mereka kecil memang nama itu yang dipanggilnya, agak kekok untuk membuat penukaran. Mujur juga sepupunya itu tidak kisah.

“I don’t know. Someone tries to destroy you.”

“What do you mean?” Wajah Adrian berubah cuak.

“Last month, DNS had an emergency meeting of the board directors. Some shareholders agreed to dismiss you as CEO, Ad!" Tekan Amirul Fatah.

"I think we should ask Mr. Adrian Wong to resign. He is doing nothing to this company!" Terimbau keadaan gamat bilik mesyuarat Lembaga Pengarah pagi itu dengan perkara yang dibangkitkan oleh seorang pemegang saham DNS Holding.

Amirul Fatah dan bapanya, Andrew Wong berpandangan. Jelas perasaan terkejut mereka dengan kenyataan berani oleh Mr. Francis Ordery itu. Dia merupakan pemegang 10% saham syarikat.

"What do you mean Mr. Francis? Everyone knew he was one of the largest shareholders in the DNS Holdings. So, this matter should not be raised here!"  Andrew Wong bersuara lantang.

"Yes, my father was right!" Amirul Fatah bangun, turut menyokong kata-kata bapanya itu.

"We don't care about the share that he owned. He as CEO should always be in the company to carry out his duties!" Lantang suara seorang lagi Lembaga Pengarah menidakkan kata-kata Andrew Wong dan Amirul Fatah. Suasana menjadi gamat. Masing-masing mula berbisik sesama sendiri.

Amirul Fatah sudah tidak senang duduk. Dia sendiri tidak menyangka mesyuarat tergempar itu membincangkan tentang jawatan CEO yang dipegang oleh Adrian Wong. Sepupunya itu merupakan pemegang saham DNS sebanyak 25%. Dirinya juga merupakan pemegang saham yang sama banyak dengan sepupunya itu menjadikan mereka berdua pemegang saham terbanyak di DNS Holding. Manakala saham bapa mereka yang sama banyak iaitu 5% seorang menjadikan keluarga mereka merupakan pemegang saham terbesar di syarikat tinggalan mendiang datuknya itu.

Langsung dia tidak menyangka perkara ini telah dibangkitkan oleh Lembaga Pengarah. Dia pasti ada seseorang yang menjadi dalang kepada tercetusnya perkara ini. Dan orang itu pastinya berniat ingin menjatuhkan sepupunya itu. Perkara ini tidak harus dibiarkan. Dia harus memastikan perniagaan warisan keluarganya itu tetap berdiri kukuh. Sia-sia sahaja penat jerih mendiang datuknya mengusahakan DNS Holding seandainya syarikat ini jatuh suatu hari nanti.

"It's okay Janson." Melayang pergi imbasan memori di layar mata Amirul Fatah mendengar suara tenang sepupunya.

"They were right, indeed. I never do my job right?" Adrian sudah ketawa kecil. Dia menyandar tenang pada kerusi. Ingatkan apalah tadi. Ingat ada orang cuba nak bunuh aku. Detik hatinya.

"Ad, this is serious okay!" Bentak Amirul Fatah. Boleh pula Adrian ni buat selamba saja.

"This company is our family legacy, Ad. What do you want to answer to Kong Kong if DNS were destroyed?" Tukas Amirul Fatah dengan mengaitkan dengan nama mendiang datuk mereka. Mendiang datuk mereka itu senang dipanggil Kong Kong.

"Come on Janson. I still have MG and you also still have other business right? So, no need to worry okay."  Adrian masih menarik senyum.

Wah, selamba badak sungguh dia ni. Ingat senang-senang macam tu? Kalau rezeki ni ALLAH kata nak tarik balik, sekelip mata je Dia boleh tarik tau! Sungut Amirul Fatah. Sekadar dalam hati. Kalau dia cakap dengan si Adrian ni, bukannya lelaki itu faham.

"Ad, please... Be serious!" Amirul Fatah kedutkan dahi. Nadanya separuh merayu mengharapkan pengertian Adrian.

"Okay, okay. I'm serious now. So, what is your plan?" Adrian tegakkan kembali tubuhnya. Mengalah juga dia dengan tenungan redup adik sepupunya itu. Masak juga nanti nak menjawab dengan Ah Kong dekat 'sana' nanti. Hish!

"I think you should often come to office this time." Sudah lama Amirul Fatah memikirkannya. Daddynya juga turut menyokong cadangannya itu dalam perbincangan mereka sebelum ini.

"Janson, I'm busy at MG okay. I can't..." Rayu Adrian. Sudahlah datang ke DNS ni jadi tumpuan mata orang je. Kalau hari-hari dia muncul kat sini, silap-silap ada yang datang offer diri nanti. Hish, rimas!

"Ad, please. You have to. For your own sake and for our late Kong kong!" Tegas Amirul Fatah. Suara dilunakkan untuk meraih simpati abang sepupunya itu. Sengaja digunakan nama mendiang datuk mereka.

'Man, dia guna nama Kong Kong pulak!' Hati Adrian serba salah jadinya. Arghh!

"Please Ad..." Rayu Amirul fatah lagi. Adrian masih berdiam. Masih menimbal dalam fikirannya.

"But I cannot sure that I will always be here." Adrian cuba berdiplomasi.

"It's okay Ad. As long as you come, it is more than enough."  Wajah Amirul Fatah bercahaya.

"But still, you can just call me if anything right? I do not need to come what?" Adrian masih cuba menolak. Bukan sengaja. Tetapi dia benar-benar rimas dengan renungan-renungan menggoda yang diterimanya. Sudahlah office Damy berhampiran saja. Nanti mesti gadis itu akan sering datang mencarinya.

'Hurm fikir-fikir pasal si Damy ni, nak lagi ke dia cari aku lepas apa yang dah berlaku dekat Chili's dulu? Apa khabar 'tunang express' aku hari tu kan?' Sempat Adrian berkhayal.

"Adrian!" Terjegil mata Amirul Fatah. Boleh lagi dia nak menolak tu. Ingat perkara ni main-main ke.

"Er, okay. I'll come!" Adrian berkata tegas apabila terlihatkan saja renungan tajam sepupunya itu.

"So, daddy and I have decided. We will hire someone as your P.A." Amirul Fatah bersuara tenang setelah mendengar keputusan Adrian. Perkara ini juga perlu mereka dibincangkan.

"What?" Adrian terkejut.

"Because you will rarely be here, so we need an assistant to help you in your duties." Terang Amirul Fatah.

"Girl or boy?" Tanya Adrian sepatah. Dalam hati dia sudah dapat menjangkakan pilihan Amirul Fatah.

"I prefer girl."

See? Right isn't it?

"Hurm, I can't say anything right? You've decided already..." Tubuhnya kembali dijatuhkan menyandar. Ni yang lemah ni kalau dah P.A dia perempuan. Dekat MG pun perempuan. Letihlah layan kerenah diorang ni. Sungut Adrian dalam hati.

"Ad, you know how women's work right?" Adrian memang tidak dapat menyangkal pendapat Amirul Fatah itu. Kepalanya terangguk lemah.

"I have several candidates. Want to see their resume?" Amirul Fatah sudah beralih ke belakang ingin mengambil resume-resume yang diterimanya dikabinet belakang.

"No Janson, it's okay. You decide yourself." Adrian menolak.

"Ad, she will work with you. I think you should choose by yourself..." Tak naklah dia yang memandai-mandai. Yang nak kan pembantu dia, bukan aku.

"I trust you Janson." Adrian memberi kata putus. Dia malas nak fikir. Dahlah masih terkejut dengan berita kena masuk DNS. Biarlah Janson yang pilih siapa yang akan jadi pembantunya itu.

"Hurm, okey la." Amirul fatah mengalah. Mereka terdiam buat seketika.

"I'm hungry Janson. You have lunch?" Soal Adrian.

"Not yet." Balas Amirul Fatah.

"Then, let's go for lunch!" Adrian teruja.

"Wait, I want make a call for a while." Amirul Fatah memberi isyarat menunggu.

"Then, I'll wait outside." Adrian sudah bangun. Dari tunggu dia bercakap-cakap tu, baik pergi layang borak dengan Sara kejap. Sejuk sikit mata ni memandang.

Amirul Fatah mengangguk saja. Langkah Adrian dihantar dengan pandangan mata.

Gagang telefon dicapai. Resume seorang gadis dipegangnya. Nombor telefon yang tertera   ditekan pada butang telefon. Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk permukaan meja sambil menunggu panggilannya bersambung.

++++++++++++++++++++++++++++++

"Opocot abah kau!" Latah Dina yang terperanjat dengan deringan tiba-tiba telefonnya.

"Hish, kus semangat aku!" Bebelnya perlahan. Dada digosok. Dahlah tekak ni perit je tersedak-sedak tadi. Siapalah yang senang hati duk sebut-sebut nama aku tadi ni. Mengutuk tak habis-habis. Tak boleh ke nak tengok aku duduk senang sikit.  Bebel Dina lagi dalam hati.

"Eherm, eherm..." Dia berdeham kecil membetulkan suara sebelum menekan butang hijau.

"Hello."

"Waalaikumussalam."

"Ye saya."

"Oh, really?"

"Okey, okey."

"I'll come this Monday."

"Thank you Sir."

"Oh, sorry. Thank you Mr. Fatah."

"Waalaikumussalam." Butang merah ditekan. Handphonenya itu dicium berkali-kali. Dia sudah terloncat-loncat keriangan diatas sofa milik mamanya itu.

"Mama!!!" Jerit Dina lantang.

"Astaghfirullah al-azim!" Mama yang terkocoh-kocoh belari anak dari biliknya mengurut dada melihat kelakuan anak daranya yang dah tak serupa orang. Dah serupa orang utan. Terkinja-kinja macam beruk!

"Kamu ni kenapa adik?" Soal mama kuat. Kakinya dibawa merapati ruang tamu.

"Mama! Mama!" Dina melompat turun. Tubuh mama yang masih berbalut telekung dipeluk erat.

"Kenapanya ni?" Soal mama lagi yang langsung tak tahu hujung pangkal cerita. Tubuh anaknya itu diregangkan dari tubuhnya.

"Adik dapat call suruh datang interview tadi!" Beritahu Dina dengan penuh terujanya.

"Lah ye ke? Mama ingat apa la tadi. Baru call suruh datang interview, dah excited macam apa." Sungut mama tayang muka geram. Ingat apalah yang anaknya duk happy sangat ni.

"Mama ni!" Dina tarik muncung. Reaksi mama langsung tak excited macam dia.

"Eh merajuk pulak. Ye la, ye la. Anak mama dapat panggil interview. Syukur ya Tuhan." Mama menadah tangan sebelum meraup wajahnya.

Dina tergelak kecil sebelum mencebirkan bibir. Berlakon lebih-lebih pulak mama ni!

"Okey what? Takkan nak suruh mama terloncat-loncat macam kamu?" Soal mama sinis.

"Hehe... Excited ma..." Dina tayang tanda peace. Baru perasan tindakan luar kawalnya tadi yang terover.

"Gembira, gembira jugak. Tapi jangan lupa tunjukkan rasa syukur kita. Dah pergi solat cepat." Arah mama tegas. Dina mengangguk. Akur dengan kata-kata mamanya itu.

Ya, semua ini datangnya dari ALLAH kan? Kepada Dia lah kita harus nyatakan rasa syukur kita.

Asar itu, lama Dina bertafakur diatas sejadah. Dipanjatkan doa supaya lancar urusan interviewnya nanti. Dia berharap sangat kali ini berjayalah dia untuk menyandang jawatan sebagai pekerja. Bukan lagi penganggur bertauliah! 

 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

BAB 6

“Hai sorry guys, korang dah lama sampai?” Dina menegur dua kawannya yang sedia duduk di meja disuatu sudut dalam Restoran KFC dalam pusat membeli-belah Times Square itu.

“Not really, duduklah.” Jemput Effa sambil menarik kerusi disebelahnya.

“Happy semacam je ni, kenapa Nana? Ada berita baik ke?” Zeen bertanya selepas Dina mengambil tempat.

“Guess what?” Dina mengulum senyum. Ketara sungguh wajah gembiranya pada mata kedua sahabatnya itu.

“Kau nak kahwin?” Teka Effa selamba.

“Cait!” Marah Dina. Dijeling dengan ekor mata wajah Effa yang menayang sengih.

“Then what? Kau dapat boyfriend?” Teka Zeen pula dengan wajah teruja.

“Korang rasa ciri-ciri gembira dekat muka aku ni nampak macam aku dapat ‘laki’ ke?” Soal Dina sinis dengan kedua tangan diangkat membuat tanda pembuka kata semasa menekan perkataan ‘laki’.

“Hehehe… Rileks la Nana. Teka je pun kan…” Zeen tersengih. Dina hadiahkan jelingan kali terakhir sebelum ikut tersengih memandang wajah dua sahabatnya itu.

“Aku dapat interview!” Beritahu Dina dengan nada keterujaan terlampau. Agak kuat ton lontaran suaranya itu menyebabkan beberapa pelanggan disekeliling tertoleh ke arah meja mereka.

“Aku dapat interview!” Maklum Dina sekali lagi. kali ini dengan nada yang perlahan seolah berbisik saja.

“Kitorang dengarlah!” Balas Zeen dan Effa serentak. Mata sudah menghadiahkan jelingan buat Dina yang tersengih-sengih itu.

“Kali ni dekat mana pulak?” Soal Zeen setelah seketika.

“Dekat area KLCC. Jalan Yap Kwan Seng.”

Mulut Zeen dan Effa sudah membentuk ‘O’.

“Eh, apa-apa pun jom order makan dulu. Aku lapar gila ni.” Dina menggosok perutnya. Wajah meraih simpati ditayang buat pandangan sahabat-sahabatnya itu.

“Zeen belanja kan?” Sambung Dina lagi selepas itu.

“Yelah. Jom cepat!” Dengus Zeen. Dia bangun dan didiikuti oleh Dina.

“Kau jaga meja. Kau nak makan apa?” Zeen memberi arahan pada Effa yang belum sempat mengangkat punggung.

“Dinner plate satu!” Jawab Effa dengan riangnya. Yes, ada orang nak belanja. Sorak hatinya kuat.

Sepuluh minit kemudian, Dina dan Zeen kembali ke meja mereka dengan dua buah talam ditangan.

“Here we go, our lunch!” Zeen tersenyum sambil meletak talam diatas meja.

“Yeay!” Effa menepuk tangan. Dina hanya tergeleng dengan kerenah kawan-kawannya itu. Ada sahaja gelagat mereka yang boleh mencetuskan gelihati dijiwa. Kejap-kejap serius, kejap-kejap macam tengah lakon komedi. Kejap-kejap boleh bertukar jadi Neng Yatimah yang glamour dengan gelaran Pelakon Air Mata. Ragam yang pelbagai itulah yang membuatkan jalinan persahabatan mereka begitu utuh. Ini baru mereka bertiga, belum masuk yang lagi tiga berangkai tu.

“Yang kau tersengih-sengih ni kenapa pulak?” Dina mengaduh bila terasa tamparan kuat mengena lengannya. Digosok perlahan lengannya itu.

“Aku nak happy pun salah ke?” Dina memuncungkan bibir tanda protes akan tindakan Zeen tadi.

“Tak salah pun, tapi share la dengan kitorang.” Zeen tarik senyum. Hati Dina ni perlu diambil semula. Kejap lagi tak pasal-pasal je kena baling selipar.

Zeen menjenguk ke bawah meja. Huh nasib baik dia tak pakai selipar hari ni. Tapi sandal tu nampak macam keras je. Kalau kena kepala tu, mahu biul aku seminggu. Detik hatinya perlahan.

“Kau tengok apa bawah meja tu Zeen?” Tegur Effa. Pelik melihat kepala Zeen yang tergeleng-geleng sambil memerhati bawah meja.

“Takde apa. Jom makan. Lapar ni.” Zeen senyum.

“Jom!” Masing-masing menarik pinggan hidangan masing-masing supaya mendekat. Selepas membaca doa makan, mereka senyap menikmati hidangan ayam goreng KFC yang masih panas didalam pinggan.

“Nana, sambung balik cerita kau dapat interview tu.” Zeen memulakan perbualan. Hujung jari-jemari kanannya dijilat. Betullah tagline KFC, sedap hingga menjilat jari! Hey, tidak benar semua tu. Kan Sunnah Nabi, jilat hujung jari sesudah makan. Sebabnya, disitulah tersimpannya zat-zat atau bahan kimia yang dapat memudahkan penghadaman makanan yang masuk ke perut kita. Ingat tu!

Berbalik semula pada cerita interview Dina!

“Aku dapat interview dekat company kawan abang aku.” Dina tersenyum suka.

“Wah tahniah beb!” Effa menghulurkan tangan.

“Thanks!”

“Tapi kan ni kerja jadi secretary. Bukan surveyor…” Dina mengeluh berat.

“Takpe la dulu. Kerja je dulu. Nak buat macam mana rezeki nak jadi surveyor tak sampai lagi. daripada menganggur je kan…” Effa memujuk.

“Itulah, babah dengan abang aku pun cakap macam tu. aku pun kesian jugak dekat babah dengan mama aku tu. mesti diorang tak senang hati fikir pasal aku.” Akui Dina penuh rasa kesal.

“It’s okay Nana. Ada la rezeki kau tu nanti.” Zeen menggosok perlahan tangan sahabatnya itu yang berada diatas meja.

“Ye la.” Sahut Dina masih lemah nada suaranya.

“Chill la sikit beb. Kata Ladies Day hari ni. Tak nak la sedih-sedih…” Effa berkata.

“Sorry beb. Thanks tau!” Dina kembali tersenyum.

“No worries babe!” Balas Zeen. Bibir ketiga-tiga mereka lebat dengan senyuman.

“Kali ni jangan sembur pulak interviewer tu.” Zeen memberi peringatan. Sengaja mengusik.

“Ye la makcik!” Balas Dina sambil mencubit kuat pipi kawannya itu. Menyeringai kesakitan Zeen dicubit begitu. Maka bermulalah aksi-aksi berbalas tamparan dan cubitan antara mereka berdua. Effa disitu, tayang muka selamba sambil menyedut F&N Strawberrynya.

“Dah habis dah?” Effa bertanya sambil mata silih berganti memandang wajah dua sahabatnya itu. Jam ditangan dikerling. Baru seminit berlalu aksi ‘bercakaran’ dua kawannya itu.

“Tak!” Balas Dina dan Zeen serentak. Kedua-duanya sudah berpeluk tubuh. Mata masing-masing tak lepas menghadiahkan jelingan antara satu sama lain.

“Dah, dah. Kita bukan tengah buat shooting aksi Wrestiling dekat sini. Sekarang ni baik kita blah. Cakap nak tengok wayang tadi kan?” Effa bersuara tegas.

“Jomlah dulu. Orang ramai dah pandang ni.” Zeen mengangkat punggung.

“Srrrrppp….” Dina sempat menyedut minumannya hingga titisan terakhir sebelum dia ikut bangun mengikut langkah dua sahabatnya itu.

“Eh, kita lepak dulu dekat bangku tu. Cerita tak habis lagi ni.” Dina menarik tangan Zeen dan Effa untuk duduk disebuah bangku panjang yang kosong. Keduanya bersetuju. Kaki dibuka luas bimbang bangku itu diduduki oleh manusia lain nanti.

“Hah, selamat!” Hela Effa kelegaan. Ruangan legar pusat membeli-belah Times Square itu sudah sesak dengan manusia pelbaga ragam.

“Bila kau interviewnya Nana?” Zeen menyambung sesi perbualan mereka yang tertangguh akibat pergaduhan kecil di Restoran KFC tadi.

“Ni Isnin ni. Semalam diorang call suruh attend interview Isnin ni.” Balas Dina pendek.
“Okey… good… luck…” Satu-satu Zeen menyebut.

“Hurm, apa cerita yang kau nak cerita haritu?” Dina menepuk kuat bahu Zeen bila kepalanya mula teringatkan perbualan mereka berdua dalam telefon beberapa hari yang lalu.

“Hah? Oh… yang tu…” Balas Zeen seperti tidak beremosi. Dia masih tidak dapat menangkap maksud Dina yang sebenar.

“Oh yang tu!” Ulang Zeen semula. Kini wajahnya sudah bertukar bersemangat gila. Mengingtakan wajah Badrul bosnya itu, terus menggelegak hatinya.

“That Mister ‘Bad’ Guy!” Tekan Zeen pada berkataan Bad.

“Hahaha!” Dina tertawa kecil mendengar gelaran yang dimuntahkan oleh bibir Zeen itu. Effa disisi sedikit terpinga-pinga. Apa dia slow sangat ni?

“Apa ni korang? Siapa Mister Bad Guy?” Soal Effa ingin tahu. Berkerut-kerut dahinya.

“Ni si bos kawan kita ni. Selamba je dia panggil Bad Guy. Dengar dek Encik Badrul kesayangan kau tu baru tahu!” Dina menjegilkan anak mata. Saja ingin menakutkan Zeen yang sedia penakut itu.

“Ish choi mulut tu!” Spontan Zeen terus menampar kuat lengan Dina. Matanya meliar sekeliling. Bimbang juga kalau buatnya betul-betul si Badrul tu menjelma depan mata. Tak ke naya. Silap-silap kena buang kerja. Ish, minta simpang la! Omel hati Zeen perlahan.

“Tahu takut!” Sakat Dina lagi.

“Kenapanya dengan bos kau tu Zeen?” Soal Effa. Dari tadi dia yang musykil sendiri. Sabar jelah dengan member dua orang ni!

“Takde, ada sorang mamat dekat tempat kerja aku tu. Dia macam tak puas hati je dengan aku. Dah la baru masuk, kerek pulak tu. Macam dia dah kerja lama sangat kat situ. Menyampah aku!” Sungut Zeen penuh perasaan. Tangan-tangannya ikut terangkat menggambarkan ketidak puasan hatinya itu.

“Mamat tu siapa?” Effa masih lambat.

“Si Badrul tu la!” Sebut Zeen dan Dina serentak. Kedua-duanya menghadiahkan jelingan buat santapan mata Effa.

Zeen mendengus kasar. Dari tadi orang duk sebut, dia melayang ke mana? Geram juga orang tengah mood nak meluah perasaan, kacau dengan soalan dia yang entah apa-apa tu. Hish! Rungut hatinya lagi.

“Oh Badrul. Cakaplah awal-awal…” Effa tayang barisan gigi. Bukan salah aku pun. Diorang ni yang bersembang tak kena gaya. Tadi mula-mula sebut Mister Bad Guy. Lepas tu Encik Badrul, then tukar pulak mamat. Kalau korang pun mesti blurr macam aku kan?

“Maksudnya Badrul tu bos kau Zeen?” Tanya Effa lagi untuk kepastian.

“Hurm.” Angguk Zeen mengiakan.

“So bos kau ni baru je kerja dekat office kau tu? Bos tahap apa dia tu?” Tanya Dina pula.

“Dia Project Manager baru. Aku kerja bawah dia untuk projek baru syarikat tu.” Maklum Zeen dengan muncung ke depan. Mahu tak masam muka, kalau ingat muka si Badrul tu. Muka je harap handsome, tapi perangai macamlah dia CEO dekat situ. Menyampah!

“Handsome tak dia?” Soalan dari bibir Effa membuatkan Zeen tersedak tertelan liur sendiri. Budak ni macam ada kuasa psikik pula dapat baca fikiran aku. Desis hatinya. Kepalanya dianggukkan perlahan menjawab pertanyaan Effa tadi.

“Umur?”

“Around 30 kot…”

“Married or bachelor?”

“Bachelor.”

Eh kejap-kejap. Apsal diorang tanya soalan-soalan macam ni? Gaya macam nak mencari jodoh je. Zeen menoleh ke kiri dan kanan. Berkerut dahinya melihat Effa dan Dina yang seolah berkhayal. Mata keduanya pandang ke atas. Tangan berpeluk tubuh. Jari telunjuk terletak didagu dan diketuk perlahan disitu. Er, kenapa macam ternampak-nampak je apa yang diorang duk fikir ni. Don’t say…

“Hurm, handsome, young and bachelor…” Dina mengetuk-ngetuk jari telunjuk didagu.

“I think he likes you!”

“Uhukk, uhukkk!” Zeen terbatuk-batuk. Aduh perit tekak tersedak air liur ni. Terkejut betul dia mendengar luahan mulut Effa itu.

Dengan mata yang membulat dia berkata, “Badrul suka aku?” Jari telunjuk ditunjuk pada tubuh sendiri. Anggukan dari kepala Dina dan Effa yang bagai burung belatuk mencetuskan ketawa dari bibir Zeen.

Sungguh kelakar telahan sahabat-sahabat aku ni. Skru diorang ni longgar agaknya sampai boleh fikir macam tu. Zeen menggeleng perlahan. Gelihati mendengar pendapat keduanya.

“Kau gelak kenapa?” Effa menampar kuat bahunya membuatkan dia menjeling tajam pada gadis itu. Kalau ye pun janganlah nak tabuh-tabuh aku. Kiri kanan nak naik tangan, patah riuk la badan aku ni. Sungut hatinya kegeraman.

“Korang ni buat lawak ke apa?” Soal Zeen keras. Bahunya digosok lagi. uish pedih betul tapak tangan si Effa ni.

“Habis kau rasa kenapa dia bereaksi macam tu?” Tanya Effa pula.

“Sebab dia tak suka aku la! Don’t you get it? Dia bagi aku macam-macam kerja… dia bersungut dengan kerja aku… komen sana, komen sini… itu suka apa ke benda? Cait!!” Lepas Zeen penuh perasaan.

Dina dan Effa terdiam. Mereka berpandangan sesama sendiri. Hurm…

“Hah!” Dina bersuara tiba-tiba selepas agak lama keheningan membelenggu mereka bertiga.

“Apa dia?” Soal Effa pantas. Teruja melihat Dina yang seakan mendapat idea bernas. Bagai ternampak-nampak mentol bercahaya saja diatas kepala sahabatnya itu.

“Why not kau cuba mengorat dia…” Cadang Dina dengan bibir meleret senyum.

“Hoi! Apa punya bernaslah idea kau ni. Aku ni berstatus single not available. Mana aku nak campak si Edlin tu?” Marah Zeen dengan idea luar alam Dina tu. Grrr, bikin bara hati je.

“Lah bukan suruh kau mengorat betul-betul. Test je dia, sebab aku yakin dia memang suka kau.” Dina bersungguh memberi penjelasan.

“Nak test-test apanya?” Zeen masih bengang.

“Zeen, betullah. Aku pun rasa si Badrul tu suka dekat kau. Sebab tu dia buat kau macam tu.” Effa turut menyokong pandangan Dina.

“Habis kalau dia suka kau nak suruh aku buat apa?” Soal Zeen dengan dada yang berombak.
“Kau tease dia balik.”

“What?” Terjerit Zeen dibuatnya.

“Senyap la sikit.” Effa menekup perlahan mulut Zeen yang melopong.

“Eh, korang ni dah gila ke apa?” Zeen menepis kuat tangan Effa. Bulat matanya memandang kedua-dua wajah sahabat dari zaman universitinya itu.

“Zeen dengar la dulu!” Marah Dina pula. Tak menyabar betullah budak ni!

“Hah apa. Cuba cakap dengan aku.” Zeen berpeluk tubuh. Disabarkan hatinya yang membuat marathon setempat tadi.

“Kau cuba uji dia. Tengok betul tak apa yang kitorang cakap ni…”

“Cakap apa?” Pintas Zeen laju.

“Ish, cuba sabar. Kau uji dia. Aku rasa, tanggapan first kitorang tadi tu betul. Test dia nak tengok betul atau tidak.” Sambung Dina.

“Nak test macam mana?” Zeen mula berminat dengan perbincangan tiga serangkai mereka ini.

“Macam ni…” Dina terus menyambung sambil ditokok tambah oleh Effa menambah rencah dalam setiap cadangannya. Sekejap-sekejap mereka bertiga ketawa, sekejap-sekejap mereka berlagak serius pula. Adakala mereka berbalah mulut pula. Hampir empat puluh lima minit mereka melepak disitu bersembang itu ini.

“Kau tak rasa kejam ke buat macam tu?” Zeen soal semula semasa mereka melangkah untuk ke panggung wayang pula.

“Rileks la. Try la dulu. Kita cuma nak dapatkan kepastiannya. Kalau salah pun, dia mesti tak perasan punya.” Effa memberi kata semangat. Dalam hati, dia sendiri gusar dengan cadangan-cadangan yang diketengahkan oleh Dina. Gila-gila betul otak sahabat mereka itu.

“Come on la babes. Nothing to worry okay.” Dina merangkul bahu Zeen rapat ke tubuhnya. Dia tersengih menayang barisan gigi yang tersusun cantik.

“Hurm ye la…” Balas Zeen akhirnya.

Ah biarlah dengan Encik Badrul tu. Esok-esok fikir. Hari ni, aku nak enjoy! Semangat diseru untuk diri sendiri. Persoalan tentang agenda Encik Badrul ditolak ke tepi. Lengan Effa dan Dina dipeluk erat. Mereka berjalan seiringan penuh keriangan ke kauner tiket panggung wayang.

“Mak ramainya orang!” Bisik Zeen pada telinga Dina.

“Beratur je la. Alang-alang dah sampai sini. Takkan nak berputih mata. Dah la ada orang nak belanja…” Dina meleretkan bicara. Senyuman sinis sudah tersungging dibibirnya.

“Kau bab orang belanja langsung tak nak lepaskan!” Zeen mencubit lengan Dina. Tak kuat pun. Cubit-cubit sayang je.

“Sakit tau!” Dengus Dina smabil menggosok kulit tangannya. Agak merah bekas cubitan kawannya itu.

“Nak tengok wayang ke tak ni?” Ugut Zeen bila Dina sudah mengangkat tangan berniat mahu membalas.

Dina mendengus kuat. Mujurlah orang tu yang nak belanja. Tak apa, ada lori ada bas, lain hari aku balas!!

Sepanjang hari itu, mereka bertiga menghabiskan masa bersama dengan riangnya. Kali ini sengaja mereka kelar bertiga. Sekali sekala nak juga Ladies Day. Asyik-asyik nak berenam je, tak best jugak kan. Nak sembang hal-hal perempuan pun tak senang.

Dalam hati masing-masing terkenang wajah ketiga-tiga sahabat lelaki mereka yang lain yang ditinggalkan tanpa pesan. Zeen juga langsung tidak menjawab panggilan yang dibuat oleh Edlin sedari tadi. Hanya satu pesanan ringkas yang dikirim buat si buah hati mengatakan dia tersangat sibuk hari ni. Ada sedikit rasa bersalah yang timbul memikirkan apa yang bakal dibuatnya nanti. Harap-harap hatinya biarlah tetap pada Edlin.
Hari ni hanya milik mereka bertiga.

Zeen, Effa dan Dina!

Tuesday, March 27, 2012

Antara Langit dan Bumi... 4


*Salam guys, sorry lambat posting..bz terlajak ni...enjoy..rindukan BBM ye? maafla BBM stop dlu sbb nk fokus menaip manuskrip. Do enjoy ok...TQVM for ur supports! LOL =)

~L.O.V.E & F.A.I.T.H~

ad_dEen

BAB 4

"Hello, good morning. Is this Alpha Enterprise?”

“May I speak to your manager please?”

"I'm Faradina Amza. I had faxed and emailed my resume to your office before this. Is there any vacancy at your office?"

“Okay, thank you. You can call me if you have vacancy. Bye then.”

Wajah Dina berubah keruh. Seketika dia kembali mencapai handphone yang dicampak disofa sebelahnya. Ligat tangan menekan nombor untuk mendail nombor yang diambilnya dalam ruangan iklaneka jawatan kosong dalam akhbar Berita Harian.

“Hello, good morning. Is this Arkimaju Berhad?”

“I’m Faradina Amza. Regarding to your advertisement in the newspaper, I would like to be the member of this company.”

“Sorry?”

“But… Hello? Hello? Hello?”

“Arghhh. Boleh kau hang up!”

Mama yang sedang memasak di dapur segera mendekati ruang tamu. Dari tadi dia terdengar Dina seperti berbual-bual dengan seseorang. Tatkala mendengar anaknya itu terjerit ‘hello, hello’ terus dia angkat kaki untuk melihat apa yang berlaku.

“Apa yang duk ter’hello-hello’nya dik? Kamu cakap dengan siapa?” Soal mama ingin tahu.

“Dia boleh hang up ma? Adik tak habis cakap lagi dengan dia.” Luah Dina geram.

“Siapa?”

“Adik call tanya kerja kosong, lepas tu dia cakap dia tak pernah buat iklan.”

“Mana dapat nombor office tu?”

“Ni dalam paper ni. Ada iklan dalam paper ni boleh dia kata takde. Geram betul!” Marah Dina sambil menggugah surat khabar ditangan ke arah mama.

“Jangan percaya la iklan kat paper tu. Bukannya betul.”

“Takde la, bukan dia tak boleh cakap elok-elok. Terus letak tu kenapa. Bukan adik nak mintak hutang dengan dia pun.” Dengus Dina.

“Agaknya dia berhutang kot, tu takut nak jawab.” Mama membuat telahan.

“Hurm…” Gumam Dina perlahan.

'Kenapa la susah sangat nak dapat kerja ni? Bad luck ke aku ni? Ish tak baik! Dah empat bulan menganggur lepas grade. Tu belum kira yang lepas belajar. Campur-campur dah lapan bulan. Waaaaaaaaa, nak kerja jugak. Nak jugak macam orang lain ada duit sendiri. Sobb sobbb...' Hati Dina berkeluh-kesah mengenang nasibnya sebagai penganggur.

Tamat belajar bulan enam tahun lepas, sampai sekarang dia masih duduk menanam buah anggur di rumah. Sekarang dah nak masuk Februari 2012 pun dia masih bergelar penganggur 'bertauliah'. Apalah nasib...

“Mama dah siap masak ke? Adik lapar la…” Soal Dina setelah seketika sambil menayang muka comel.

“Kamu jangan nak mengada ye. Tunggu adik dengan babah kamu tu dulu baru boleh makan!” Marah mama sambil bercekak pinggang.

“Alah…” Dina tarik muncung.

‘Dahlah cari kerja tak dapat, makan pun tak dapat. Hari ni saja dah berapa orang aku call, semua hampeh. Dah tahu tak nak ambil pekerja, buat iklan tu kenapa. Habiskan credit aku je!’ Terkumat-kamit mulut Dina membebel dalam hati.

“Kamu tak payah duduk buat muka ketat dekat situ. Masuk dapur tolong mama ni!” Laung mama yang sudah pun berdiri di ambang pintu dapur.

“Ye ma.” Sahut Dina lemah. Kemudian dia bangkit menapak ke dapur seperti yang diarahkan oleh mama tersayangnya itu.

Tengah hari itu, Falihin turut pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Mimipi apa entah abangnya itu hendak makan di rumah. Selalu tu jangan haraplah. Fikir Dina sambil menyenduk nasi buat ahli keluarganya itu.

Cuma seorang saja yang tiada bersama mereka saat ini. Anak ketiga mama dan babah, Firhan Amza. Adiknya itu sedang melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Kuala Nerang, kedah. Terbit senyuman kecil dibibirnya mengingatkan keakraban mereka satu keluarga. Sudah lama mereka  berenam tidak makan bersama. Kali terakhir sebulan yang lalu ketika Firhan pulang ke rumah. Rindu pula pada adik lelakinya yang seorang itu.

"Kau senyum-senyum ni kenapa dik?" Teguran seseorang menyedarkan dirinya yang khayal mengelamun.

"Dari tadi banyak ni je kau isi nasi dalam pinggan aku?" Sinis Falihin bertanya.

"Tak cukup ke? Ha, nah...." Dina menambah tiga senduk lagi ke dalam pinggan abangnya itu.

'Ha ambik kau. Tak cukup lagi, satu periuk ni aku sumbat dalam mulut tu karang!' Ngomel Dina.

"Mama tengok adik ni main nasi ma." Falihin mengadu pada mamanya.

"Adik, abang. Depan rezeki ni cuba elok-elok sikit perangai. Tak sudah-sudah nak bergomolnya!" Mata mama mencerlung pada wajah anak teruna dan daranya itu.

"Ye ma. Sorry.." Jawab mereka serentak. Babah dan Fidyatul yang melihat hanya menggelengkan kepala.

"Sudah tu. Duduk semua. Abang, baca doa." Arah babah yang sudah sedia menadah tangan dikepala meja. Falihin mengangguk sebelum mengimamkan bacaan doa makan tengah hari itu.

Selepas habis makan, Falihin beredar dengan motor Aprillanya ke tempat kerjanya semula. Manakalan Fidyatul mengikut babah untuk dihantar ke sekolah sebelum abah ke tempat kerjanya. Tinggallah mama dan Dina berdua di rumah.

"Adik!" Dina yang baru hendak terkatup matanya di ruang tamu tersedar semula.

"Ye ma..." Sahutnya malas. Mengantuk.

"Kamu tolong angkat baju dekat ampaian. Hari nak hujan dah ni." Laung mama lagi dari arah dapur.

"Okey ma." Dengan malas Dina bangun melangkah keluar rumah dengan bakul yang diambilnya ditepi TV.

Bakul pakaian kering itu dibawa masuk ke biliknya. Dia mahu melipat di dalam bilik saja. Seorang diri waktu begini, bosan hendak melayan TV. Kalau ada adiknya, seronok la juga. Boleh dibuli adiknya itu supaya melipat pakaian.

Sedang dia ralit melipat pakaian di dalam bilik tidurnya, kedengaran alunan muzik Insya Allah nyanyian Maher Zain menandakan ada panggilan masuk. Segera Dina mencapai handphone yang terdampar di atas tilam queen yang dikongsinya bersama Fidyatul.

"Waalaikumussalam..." Salam yang dihulur disambut lemah olehnya.

"Tak buat apa, lipat baju..." Balasnya lagi menjawab soalan orang disana.

“Nana…” Dina pelik mendengar suara mendayu Zeen menyeru namanya. Kenapa pulak dah ni?”

“Kau ni kenapa Zeen? Gaduh dengan Edlin?” Tebaknya tiba-tiba. Hanya itu sahaja yang difikirkannya bila Zeen dalam mod mahu mengadu domba.

“Tak la!”

“Habis?”

“Aku penat la kat office ni…”

“Biasa la kerja.”

“Memang la, tapi bos aku ni. Benci aku!”

“Kenapa pulak?”

“Dia bagi aku banyak kerja.”

“Freshie mesti la banyak kerja.”

“Tapi si Badrul ni lain. Kejap-kejap panggil aku. Kata ini salah, itu salah. Macam mana aku nak siapkan kerja dah tiap masa dia nak panggil aku!”

‘Oh Badrul nama bos dia.’ Dina mula membayangkan bagaimana wajah lelaki yang bernama Badrul itu.

“Kau dengar tak ni?” Keras suara Zeen bila tidak mendengar reaksi dari sahabatnya itu.

“Eh, apa dia?” Dina sedikit menggelabah. Sempat pula aku termenung. Haish!

“Orang tengah nak mengadu ni dia buat endah tak endah je!” Sungut Zeen.

“Dengarlah. Aku tengah bayangkan rupa bos kau si Badrul tu je.”

‘Sempat lagi tu!’ Cebir Zeen.

“Mesti kepala dia botak tengah kan. Dah beruban…ada misai melentik…hidung dia penyek…” Dina menerangkan wajah Badrul yang dibayangkannya.

“Hoi, hoi hoi! Bila masa pulak dia botak tengah bagai tu?” Marah Zeen.

“Habis tu?”

“Muda lagilah si Badrul ni. Kacak je, tapi perangai… astarghfirullah al-azim!”

“Oh, salah la aku teka tadi tu erk? Hehe…” Dina tersengih.

“Beb malam ni keluar beb. Aku tension ni!” Zeen bersuara semula.

“Malam ni? Ish mana boleh. Kau ingat mak aku tu nak bagi keluar malam?”

“Dengan aku kan?”

“Takdenya dia bagi. Kau tu nak kerja esok. Conferm dia kata aku yang sengaja gatal nak menyusahkan kau.”

“Ish Acik Imah ni. Tak sporting betul la.” Sungut Zeen pula mengenai mama sahabatnya itu.

“Tahu pun.” Dina mengiakan.

“Kalau macam tu Sabtu ni la kita keluar. Tengok wayang dengan geng.” Suara Zeen berubah ceria pula.

“Tengok wayang? Fulus takde meh.” Dina bersuara lemah.

“Aku belanja la!”

“Betul ni? Hehe, sayang kau.”

“Cit!” Bibir Zeen mendecit kecil. Kalau bab orang belanja laju je dia. Sambungnya dalam hati.

“Eherm, eherm! Cik Zeen Iqmal, masa kerja awak dengan handphone ke?” Hampir melatah Zeen mendengar suara yang berkata tegas ditepi telinganya itu. Mujur sahaja handphone ditangan tidak terlepas jatuh.

“Eh siapa tu Zeen?” Dina yang turut mendengar suara garau lelaki itu bertanya.

“Oh, okay Mr. Chong. I get it now. Thank you so much.” Zeen yang ingin menutup kesalahan, berpura-pura seolah berbual dengan client syarikat mereka.

“Hoi, Mr. Chong apa pulak kau ni?” Dina terpinga-pinga sebentar. Tidak faham dengan lakonan yang dimainkan oleh sahabatnya itu.

“Okay Mr. Chong, I call you back later. Thanks again. Bye!” Zeen menekan suaranya. Selepas mengucapkan bye, terus butang merah ditekan.

“Mr. Chong Encik Badrul. Saya discuss dengan dia pasal projek dekat Jalan Kerja Air Lama tu.” Ucap Zeen tersipu-sipu sambil menunjuk pada handphone ditangan.

“Continue your work!” Ucap Badrul tegas dengan kedua tangan dibelakang. Wajah sengaja ditunjuk garang.

“Okay Sir!” Sambut Zeen dan terus menfokuskan mata pada skrin desktopnya. Melihat Zeen yang kembali meneruskan kerja, Badrul meneruskan langkahnya semula mengawasi pekerja-pekerjanya melakukan kerja.

Sementara itu, Dina menggeleng sendirian selepas suara Zeen lenyap dari handphone. Dia tergeleng perlahan kerana baru memahami drama sebabak yang baru dilakonkan oleh sahabatnya itu tadi.

“Macam mana la rupa si Badrul tu. Nak juga aku kenal. Hehe…” Dia ketawa gelihati membayangkan wajah Badrul yang dilakar difikirannya tadi. Tangannya kembali meneruskan kerja melipat kain yang tergendala gara-gara panggilan Zeen tadi.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Dik, nah.” Falihin mengunjuk sehelai kertas pada Dina yang sedang leka menonton TV disebelah babah.

Dari tadi ahli keluarganya itu begitu khusyuk menonton TV selepas menjamu makan malam. Hanya dia yang melekap di bilik menyiapkan sedikit kerja yang tidak sempat disiapkannya di pejabat tadi. Memandangkan esok ada mesyuarat dan dia dikehendaki membentang laporan kewangan syarikat, terpaksalah dia membawa pulang kerjanya ke rumah. Sebagai seorang ketua dibahagian Finance, sudah menjadi tanggungjawabnya memastikan laporan kewangan bulanan syarikat tempatnya bekerja memaparkan maklumat yang tepat dan terperinci.

Falihin menggeliat kecil. Kemudian dia mengambil tempat di sofa satu tempat duduk, turut menyertai ahli keluarganya itu yang seronok menonton tayangan cerita P.Ramlee di TV2.

“Apa ni bang?” Soal Dina kehairanan.

“Baca la.” Balas Falihin senada. Dina mula membaca aksara-aksara yang tertera diatas kertas putih bersiaz A3 itu.

“Eh bang!” Panggil Dina teruja.

“Mana kau dapat ni bang?” Soal Dina lagi sambil tersenyum. Dia mengunjuk pula kertas itu kepada babah disebelahnya.

“Apa tu bah?” Mama menjenguk ingin turut membaca.

“Kalau kau berminat kau bagitahu. Diorang nak pakai orang cepat tu.” Falihin berkata.

“Eh dik. Ni dia offer jawatan secretary. Kamu kan belajar ukur bahan, lari bidang dah ni.” Mama tidak puas hati.

“Apa salahnya pun mamanya.” Babah menjungkit kening pada isteri disebelahnya itu.

“Takde la bah. Si adik tu belajar bidang lain, nak kerja bidang lain. Pandai ke dia.” Jujur mama berkata.

“Tambah-tambah dia tu nak jadi secretary, alamat baru sehari kerja dah kena berhenti.” Wah berbisa sungguh kata-kata mama ni.

“Adik boleh belajar la ma.” Dina membela diri. Tercabar rasanya diperlekehkan begitu oleh mama sendiri. Jangan pandang anakmu ini sebelah mata ma. Akan adik buktikan nanti!

“Takde kerja lain ke bang?” Mama memandang Falihin.

“Itu kawan abang punya company ma. Dia mintak abang tanyakan. Dah adik tak kerja lagi ni, tu tanya dia. Salah seorang director company kawan abang tu nak pakai secretary.” Terang Falihin panjang lebar. Fidyatul disitu hanya menjadi pemerhati senyap. Mendengar sambil lalu sahaja kerana matanya lebih terarah pada cerita Seniman Bujang Lapuk yang bertayangan.

“Mintak je la dik. Mana tahu rezeki kamu dekat situ.” Babah menyokong.

“Esok kau bagi resume kau dik.” Pinta Falihin selepas abah memberi persetujuan.

“Sekarang jugak adik bagi!” Dina terus berlari ke biliknya selepas berkata begitu.

Tidak lama kemudian dia kembali ke ruang tamu bersama sampul surat bersaiz A4 ditangan. Dihulurkan pada abangnya itu sampul surat yang mengandungi resume miliknya.

“Nanti kalau dapat kerja tu jangan lupa berterima kasih dekat kawan abang tu.” Pesan babah.

“Baik bah.”

“Bahagian abang pun jangan lupa.” Falihin mengangkat-angkat keningnya.

“Wekkk!” Dina membalas dengan jeliran lidah.

“Bah, kenapa dibenarkan budak tu kerja secretary?” Rupa-rupanya mama masih tidak bersetuju.

“Takpe la ma buat sementara waktu ni. Kalau dia tak kerja awak sibuk membebel dekat dia. Ni dia nak kerja awak tak bagi pulak.” Perli babah sedas pada mama.

Dina tersenyum berpandangan dengan babah. Seronok bila babahnya menyokong begitu. Mujur la ada babah. Kalau tak sekarang ni, silap-silap dia dah dikahwinkan oleh mama. Huhu mintak dijauhkan! Doa Dina dalam hati.

“Ish awak ni! Tak pernahnya nak menyokong saya.” Sungut mama sambil menghadiahkan cubitan kecil pada lengan suaminya itu.

“Sakit la awak ni ma oi.” Babah tarik muka masam. Lengan yang perit digosokk laju. Falihin dan Dina tersengih melihat tingkah kedua orang tua mereka itu.

“Awak tu!” Mama mendengus.

“Syhhh, part best ni.” Fidyatul yang membisu sejak tadi tiba-tiba bersuara. Jari telunjuk diletakkan dibibirnya. Sengaja dia mencelah perbalahan mama dan babahnya itu. Orang tengah nak layan cerita lawak ni ada part gaduh-gaduh pulak dekat sebelah. Kacau je.

“Amboi kamu ni. Pergi study!” Mama menjeling wajah anak bongsuna itu kegeraman.

“Ma senyap ma…” Dina pula menegur mamanya. Dia, Falihin, babah dan Fidyatul kelihatan begitu fokus menatap kaca TV.

“Hahahaha!” Ketawa keempat-empat mereka terhambur ke udara. Mama yang tidak berpuas hati membuat muka. Boleh diorang buat tak tahu dekat aku ni.

Dina beria-ria menekan perut menghamburkan gelaknya.

‘Beria bebenor gelaknya. Apa yang kelakarnya entah.’ Sungut mama dalam hati dengan loghat Paritnya. Matanya ditala pada TV untuk sama-sama memahami jalan cerita yang sedang bertayangan.

Seketika kemudia, dia turut tergelak dengan telatah Sudin yang membuat senaman diberanda apabila dia hampir tertangkap dengan mak Ani dengan bunyi ketukan botol kicapnya. Kelima-lima mereka bergelak sakan diruang tamu teres satu tingkat itu.