Tuesday, March 27, 2012

Antara Langit dan Bumi... 4


*Salam guys, sorry lambat posting..bz terlajak ni...enjoy..rindukan BBM ye? maafla BBM stop dlu sbb nk fokus menaip manuskrip. Do enjoy ok...TQVM for ur supports! LOL =)

~L.O.V.E & F.A.I.T.H~

ad_dEen

BAB 4

"Hello, good morning. Is this Alpha Enterprise?”

“May I speak to your manager please?

"I'm Faradina Amza. I had faxed and emailed my resume to your office before this. Is there any vacancy at your office?"

Okay, thank you. You can call me if you have vacancy. Bye then.”

Wajah Dina berubah keruh. Seketika dia kembali mencapai handphone yang dicampak disofa sebelahnya. Ligat tangan menekan nombor untuk mendail nombor yang diambilnya dalam ruangan iklaneka jawatan kosong dalam akhbar Berita Harian.

Hello, good morning. Is this Arkimaju Berhad?”

I’m Faradina Amza. Regarding to your advertisement in the newspaper, I would like to be the member of this company.”

Sorry?”

ButHello? Hello? Hello?”

“Arghhh. Boleh kau hang up!”

Mama yang sedang memasak di dapur segera mendekati ruang tamu. Dari tadi dia terdengar Dina seperti berbual-bual dengan seseorang. Tatkala mendengar anaknya itu terjerit ‘hello, hello’ terus dia angkat kaki untuk melihat apa yang berlaku.

“Apa yang duk ter’hello-hello’nya dik? Kamu cakap dengan siapa?” Soal mama ingin tahu.

“Dia boleh hang up ma? Adik tak habis cakap lagi dengan dia.” Luah Dina geram.

“Siapa?”

“Adik call tanya kerja kosong, lepas tu dia cakap dia tak pernah buat iklan.”

“Mana dapat nombor office tu?”

“Ni dalam paper ni. Ada iklan dalam paper ni boleh dia kata takde. Geram betul!” Marah Dina sambil menggugah surat khabar ditangan ke arah mama.

“Jangan percaya la iklan kat paper tu. Bukannya betul.”

“Takde la, bukan dia tak boleh cakap elok-elok. Terus letak tu kenapa. Bukan adik nak mintak hutang dengan dia pun.” Dengus Dina.

“Agaknya dia berhutang kot, tu takut nak jawab.” Mama membuat telahan.

“Hurm…” Gumam Dina perlahan.

'Kenapa la susah sangat nak dapat kerja ni? Bad luck ke aku ni? Ish tak baik! Dah empat bulan menganggur lepas grade. Tu belum kira yang lepas belajar. Campur-campur dah lapan bulan. Waaaaaaaaa, nak kerja jugak. Nak jugak macam orang lain ada duit sendiri. Sobb sobbb...' Hati Dina berkeluh-kesah mengenang nasibnya sebagai penganggur.

Tamat belajar bulan enam tahun lepas, sampai sekarang dia masih duduk menanam buah anggur di rumah. Sekarang dah nak masuk Februari 2012 pun dia masih bergelar penganggur 'bertauliah'. Apalah nasib...

“Mama dah siap masak ke? Adik lapar la…” Soal Dina setelah seketika sambil menayang muka comel.

“Kamu jangan nak mengada ye. Tunggu adik dengan babah kamu tu dulu baru boleh makan!” Marah mama sambil bercekak pinggang.

“Alah…” Dina tarik muncung.

‘Dahlah cari kerja tak dapat, makan pun tak dapat. Hari ni saja dah berapa orang aku call, semua hampeh. Dah tahu tak nak ambil pekerja, buat iklan tu kenapa. Habiskan credit aku je!’ Terkumat-kamit mulut Dina membebel dalam hati.

“Kamu tak payah duduk buat muka ketat dekat situ. Masuk dapur tolong mama ni!” Laung mama yang sudah pun berdiri di ambang pintu dapur.

“Ye ma.” Sahut Dina lemah. Kemudian dia bangkit menapak ke dapur seperti yang diarahkan oleh mama tersayangnya itu.

Tengah hari itu, Falihin turut pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Mimipi apa entah abangnya itu hendak makan di rumah. Selalu tu jangan haraplah. Fikir Dina sambil menyenduk nasi buat ahli keluarganya itu.

Cuma seorang saja yang tiada bersama mereka saat ini. Anak ketiga mama dan babah, Firhan Amza. Adiknya itu sedang melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Kuala Nerang, kedah. Terbit senyuman kecil dibibirnya mengingatkan keakraban mereka satu keluarga. Sudah lama mereka  berenam tidak makan bersama. Kali terakhir sebulan yang lalu ketika Firhan pulang ke rumah. Rindu pula pada adik lelakinya yang seorang itu.

"Kau senyum-senyum ni kenapa dik?" Teguran seseorang menyedarkan dirinya yang khayal mengelamun.

"Dari tadi banyak ni je kau isi nasi dalam pinggan aku?" Sinis Falihin bertanya.

"Tak cukup ke? Ha, nah...." Dina menambah tiga senduk lagi ke dalam pinggan abangnya itu.

'Ha ambik kau. Tak cukup lagi, satu periuk ni aku sumbat dalam mulut tu karang!' Ngomel Dina.

"Mama tengok adik ni main nasi ma." Falihin mengadu pada mamanya.

"Adik, abang. Depan rezeki ni cuba elok-elok sikit perangai. Tak sudah-sudah nak bergomolnya!" Mata mama mencerlung pada wajah anak teruna dan daranya itu.

"Ye ma. Sorry.." Jawab mereka serentak. Babah dan Fidyatul yang melihat hanya menggelengkan kepala.

"Sudah tu. Duduk semua. Abang, baca doa." Arah babah yang sudah sedia menadah tangan dikepala meja. Falihin mengangguk sebelum mengimamkan bacaan doa makan tengah hari itu.

Selepas habis makan, Falihin beredar dengan motor Aprillanya ke tempat kerjanya semula. Manakalan Fidyatul mengikut babah untuk dihantar ke sekolah sebelum abah ke tempat kerjanya. Tinggallah mama dan Dina berdua di rumah.

"Adik!" Dina yang baru hendak terkatup matanya di ruang tamu tersedar semula.

"Ye ma..." Sahutnya malas. Mengantuk.

"Kamu tolong angkat baju dekat ampaian. Hari nak hujan dah ni." Laung mama lagi dari arah dapur.

"Okey ma." Dengan malas Dina bangun melangkah keluar rumah dengan bakul yang diambilnya ditepi TV.

Bakul pakaian kering itu dibawa masuk ke biliknya. Dia mahu melipat di dalam bilik saja. Seorang diri waktu begini, bosan hendak melayan TV. Kalau ada adiknya, seronok la juga. Boleh dibuli adiknya itu supaya melipat pakaian.

Sedang dia ralit melipat pakaian di dalam bilik tidurnya, kedengaran alunan muzik Insya Allah nyanyian Maher Zain menandakan ada panggilan masuk. Segera Dina mencapai handphone yang terdampar di atas tilam queen yang dikongsinya bersama Fidyatul.

"Waalaikumussalam..." Salam yang dihulur disambut lemah olehnya.

"Tak buat apa, lipat baju..." Balasnya lagi menjawab soalan orang disana.

“Nana…” Dina pelik mendengar suara mendayu Zeen menyeru namanya. Kenapa pulak dah ni?”

“Kau ni kenapa Zeen? Gaduh dengan Edlin?” Tebaknya tiba-tiba. Hanya itu sahaja yang difikirkannya bila Zeen dalam mod mahu mengadu domba.

“Tak la!”

“Habis?”

“Aku penat la kat office ni…”

“Biasa la kerja.”

“Memang la, tapi bos aku ni. Benci aku!”

“Kenapa pulak?”

“Dia bagi aku banyak kerja.”

Freshie mesti la banyak kerja.”

“Tapi si Badrul ni lain. Kejap-kejap panggil aku. Kata ini salah, itu salah. Macam mana aku nak siapkan kerja dah tiap masa dia nak panggil aku!”

‘Oh Badrul nama bos dia.’ Dina mula membayangkan bagaimana wajah lelaki yang bernama Badrul itu.

“Kau dengar tak ni?” Keras suara Zeen bila tidak mendengar reaksi dari sahabatnya itu.

“Eh, apa dia?” Dina sedikit menggelabah. Sempat pula aku termenung. Haish!

“Orang tengah nak mengadu ni dia buat endah tak endah je!” Sungut Zeen.

“Dengarlah. Aku tengah bayangkan rupa bos kau si Badrul tu je.”

‘Sempat lagi tu!’ Cebir Zeen.

“Mesti kepala dia botak tengah kan. Dah beruban…ada misai melentik…hidung dia penyek…” Dina menerangkan wajah Badrul yang dibayangkannya.

“Hoi, hoi hoi! Bila masa pulak dia botak tengah bagai tu?” Marah Zeen.

“Habis tu?”

“Muda lagilah si Badrul ni. Kacak je, tapi perangai… astarghfirullah al-azim!”

“Oh, salah la aku teka tadi tu erk? Hehe…” Dina tersengih.

“Beb malam ni keluar beb. Aku tension ni!” Zeen bersuara semula.

“Malam ni? Ish mana boleh. Kau ingat mak aku tu nak bagi keluar malam?”

“Dengan aku kan?”

“Takdenya dia bagi. Kau tu nak kerja esok. Conferm dia kata aku yang sengaja gatal nak menyusahkan kau.”

“Ish Acik Imah ni. Tak sporting betul la.” Sungut Zeen pula mengenai mama sahabatnya itu.

“Tahu pun.” Dina mengiakan.

“Kalau macam tu Sabtu ni la kita keluar. Tengok wayang dengan geng.” Suara Zeen berubah ceria pula.

“Tengok wayang? Fulus takde meh.” Dina bersuara lemah.

“Aku belanja la!”

“Betul ni? Hehe, sayang kau.”

“Cit!” Bibir Zeen mendecit kecil. Kalau bab orang belanja laju je dia. Sambungnya dalam hati.

“Eherm, eherm! Cik Zeen Iqmal, masa kerja awak dengan handphone ke?” Hampir melatah Zeen mendengar suara yang berkata tegas ditepi telinganya itu. Mujur sahaja handphone ditangan tidak terlepas jatuh.

“Eh siapa tu Zeen?” Dina yang turut mendengar suara garau lelaki itu bertanya.

“Oh, okay Mr. Chong. I get it now. Thank you so much.” Zeen yang ingin menutup kesalahan, berpura-pura seolah berbual dengan client syarikat mereka.

“Hoi, Mr. Chong apa pulak kau ni?” Dina terpinga-pinga sebentar. Tidak faham dengan lakonan yang dimainkan oleh sahabatnya itu.

Okay Mr. Chong, I call you back later. Thanks again. Bye!” Zeen menekan suaranya. Selepas mengucapkan bye, terus butang merah ditekan.

Mr. Chong Encik Badrul. Saya discuss dengan dia pasal projek dekat Jalan Kerja Air Lama tu.” Ucap Zeen tersipu-sipu sambil menunjuk pada handphone ditangan.

Continue your work!” Ucap Badrul tegas dengan kedua tangan dibelakang. Wajah sengaja ditunjuk garang.

Okay Sir!” Sambut Zeen dan terus menfokuskan mata pada skrin desktopnya. Melihat Zeen yang kembali meneruskan kerja, Badrul meneruskan langkahnya semula mengawasi pekerja-pekerjanya melakukan kerja.

Sementara itu, Dina menggeleng sendirian selepas suara Zeen lenyap dari handphone. Dia tergeleng perlahan kerana baru memahami drama sebabak yang baru dilakonkan oleh sahabatnya itu tadi.

“Macam mana la rupa si Badrul tu. Nak juga aku kenal. Hehe…” Dia ketawa gelihati membayangkan wajah Badrul yang dilakar difikirannya tadi. Tangannya kembali meneruskan kerja melipat kain yang tergendala gara-gara panggilan Zeen tadi.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Dik, nah.” Falihin mengunjuk sehelai kertas pada Dina yang sedang leka menonton TV disebelah babah.

Dari tadi ahli keluarganya itu begitu khusyuk menonton TV selepas menjamu makan malam. Hanya dia yang melekap di bilik menyiapkan sedikit kerja yang tidak sempat disiapkannya di pejabat tadi. Memandangkan esok ada mesyuarat dan dia dikehendaki membentang laporan kewangan syarikat, terpaksalah dia membawa pulang kerjanya ke rumah. Sebagai seorang ketua dibahagian Finance, sudah menjadi tanggungjawabnya memastikan laporan kewangan bulanan syarikat tempatnya bekerja memaparkan maklumat yang tepat dan terperinci.

Falihin menggeliat kecil. Kemudian dia mengambil tempat di sofa satu tempat duduk, turut menyertai ahli keluarganya itu yang seronok menonton tayangan cerita P.Ramlee di TV2.

“Apa ni bang?” Soal Dina kehairanan.

“Baca la.” Balas Falihin senada. Dina mula membaca aksara-aksara yang tertera diatas kertas putih bersiaz A3 itu.

“Eh bang!” Panggil Dina teruja.

“Mana kau dapat ni bang?” Soal Dina lagi sambil tersenyum. Dia mengunjuk pula kertas itu kepada babah disebelahnya.

“Apa tu bah?” Mama menjenguk ingin turut membaca.

“Kalau kau berminat kau bagitahu. Diorang nak pakai orang cepat tu.” Falihin berkata.

“Eh dik. Ni dia offer jawatan secretary. Kamu kan belajar ukur bahan, lari bidang dah ni.” Mama tidak puas hati.

“Apa salahnya pun mamanya.” Babah menjungkit kening pada isteri disebelahnya itu.

“Takde la bah. Si adik tu belajar bidang lain, nak kerja bidang lain. Pandai ke dia.” Jujur mama berkata.

“Tambah-tambah dia tu nak jadi secretary, alamat baru sehari kerja dah kena berhenti.” Wah berbisa sungguh kata-kata mama ni.

“Adik boleh belajar la ma.” Dina membela diri. Tercabar rasanya diperlekehkan begitu oleh mama sendiri. Jangan pandang anakmu ini sebelah mata ma. Akan adik buktikan nanti!

“Takde kerja lain ke bang?” Mama memandang Falihin.

“Itu kawan abang punya company ma. Dia mintak abang tanyakan. Dah adik tak kerja lagi ni, tu tanya dia. Salah seorang director company kawan abang tu nak pakai secretary.” Terang Falihin panjang lebar. Fidyatul disitu hanya menjadi pemerhati senyap. Mendengar sambil lalu sahaja kerana matanya lebih terarah pada cerita Seniman Bujang Lapuk yang bertayangan.

“Mintak je la dik. Mana tahu rezeki kamu dekat situ.” Babah menyokong.

“Esok kau bagi resume kau dik.” Pinta Falihin selepas abah memberi persetujuan.

“Sekarang jugak adik bagi!” Dina terus berlari ke biliknya selepas berkata begitu.

Tidak lama kemudian dia kembali ke ruang tamu bersama sampul surat bersaiz A4 ditangan. Dihulurkan pada abangnya itu sampul surat yang mengandungi resume miliknya.

“Nanti kalau dapat kerja tu jangan lupa berterima kasih dekat kawan abang tu.” Pesan babah.

“Baik bah.”

“Bahagian abang pun jangan lupa.” Falihin mengangkat-angkat keningnya.

“Wekkk!” Dina membalas dengan jeliran lidah.

“Bah, kenapa dibenarkan budak tu kerja secretary?” Rupa-rupanya mama masih tidak bersetuju.

“Takpe la ma buat sementara waktu ni. Kalau dia tak kerja awak sibuk membebel dekat dia. Ni dia nak kerja awak tak bagi pulak.” Perli babah sedas pada mama.

Dina tersenyum berpandangan dengan babah. Seronok bila babahnya menyokong begitu. Mujur la ada babah. Kalau tak sekarang ni, silap-silap dia dah dikahwinkan oleh mama. Huhu mintak dijauhkan! Doa Dina dalam hati.

“Ish awak ni! Tak pernahnya nak menyokong saya.” Sungut mama sambil menghadiahkan cubitan kecil pada lengan suaminya itu.

“Sakit la awak ni ma oi.” Babah tarik muka masam. Lengan yang perit digosokk laju. Falihin dan Dina tersengih melihat tingkah kedua orang tua mereka itu.

“Awak tu!” Mama mendengus.

“Syhhh, part best ni.” Fidyatul yang membisu sejak tadi tiba-tiba bersuara. Jari telunjuk diletakkan dibibirnya. Sengaja dia mencelah perbalahan mama dan babahnya itu. Orang tengah nak layan cerita lawak ni ada part gaduh-gaduh pulak dekat sebelah. Kacau je.

“Amboi kamu ni. Pergi study!” Mama menjeling wajah anak bongsuna itu kegeraman.

“Ma senyap ma…” Dina pula menegur mamanya. Dia, Falihin, babah dan Fidyatul kelihatan begitu fokus menatap kaca TV.

“Hahahaha!” Ketawa keempat-empat mereka terhambur ke udara. Mama yang tidak berpuas hati membuat muka. Boleh diorang buat tak tahu dekat aku ni.

Dina beria-ria menekan perut menghamburkan gelaknya.

‘Beria bebenor gelaknya. Apa yang kelakarnya entah.’ Sungut mama dalam hati dengan loghat Paritnya. Matanya ditala pada TV untuk sama-sama memahami jalan cerita yang sedang bertayangan.

Seketika kemudia, dia turut tergelak dengan telatah Sudin yang membuat senaman diberanda apabila dia hampir tertangkap dengan mak Ani dengan bunyi ketukan botol kicapnya. Kelima-lima mereka bergelak sakan diruang tamu teres satu tingkat itu.

Wednesday, March 14, 2012

Antara Langit dan Bumi... 3


*Assalamualaikum..hai everyones..here we go, enjoy the series of ALDB...


BAB 3

Wassup wassup…” Edlin melambai pada kawan-kawannya yang sudah menunggu di sebuah meja di dalam Restoran Chilli’s, KLCC. Tangannya menampar tangan dua lelaki yang sedia menunggu untuk bergive-me five.

Sorry guys lambat sikit.” Edlin meminta maaf pada lima wajah dihadapannya itu.

No worries dude.” Sting atau nama sebenarnya Fairuz berkata. Opel disebelahnya juga angguk beria.

Tiga gadis yang berwajah cemberut dari tadi mencebirkan bibir. Geram dengan Edlin yang memungkiri janji. Kata nak jumpa pukul 11.00 pagi, alih-alih pukul 12.00 tengah hari baru nampak muka. Mahunya tak geram.

“Rilekslah girls. Macam tak biasa.” Opel menjungkit kening apabila Effa, Zeen dan Dina menghadiahkan jelingan buatnya tadi.

“Eh dahlah tu. Aku sorry sangat-sangat okey. Tadi mak aku membebel sikit masa nak keluar. Tu yang lambat.” Edlin merapatkan kedua tapak tangannya dihadapan muka. Dia benar-benar kesal atas kelewatannya itu.

Sorry naik lorilah beb. Sekarang ni kitorang dah lapar. Belanjalah!” Selamba Effa berkata.

“Alamak beb, jangan kata mintak belanja. Kalau nak tapau sepuluh bekas pun aku on je. Tapi, janganlah kat sini. Berbulu aku tengah bulan nanti tau.” Edlin tersengih tayang gigi. Minta belas kasihan.

“Heh blahlah!” Zeen menolak bahu Edlin yang duduk disebelahnya itu. Menyampah dah dengar janji sekadar janji teman lelakinya itu. Dina dan Effa tergelak kecil melihat Edlin yang terkulat-kulat kena marah dengan buah hati.

“Dah, dah. Tak payah nak gaduh-gaduh. Jom kita order dulu.” Sting kuatkan sedikit suara. Tangannya sudah melambai pada pelayan di kaunter.

Zeen, Dina dan Effa sudah mampu meregangkan ketegangan kulit muka yang buat aksi lembu tak dapat susu tadi. Pandai pun diorang ni. Silap-silap kepala tiga ekor mamat tak bertauliah ni kang yang kena makan.

Mereka berbual-bual sementara menunggu makanan yang diorder sampai. Opel yang syok menyedut air Rootbirnya dari tadi memanggil Dina.

“Macam mana interview kau hari tu?” Soalnya ingin tahu.

Riak gembira Dina berubah tiba-tiba. Wajahnya kelat. Edlin, Effa, Zeen, Opel dan Sting pelik melihat wajah masam sahabat mereka yang seorang ini. Apsal pulak dah ni?

“Er, aku ada salah cakap ke?” Tanya Zafril a.k.a Opel dengan ariak bersalah.

“Jangan tanyalah beb. Benci aku nak cerita.” Dina mendengus.

“Loh, kenapanya. Chill la buddy. Story je dekat kitorang.” Effa disebelah Dina memujuk. Nak juga dia tahu. Sebelum-sebelum ni punya cerita, tak larat dah dia nak menggeleng kepala. Mungkin ada perubahan untuk interview kali ni.

Antara mereka berenam, Dina seorang yang masih menganggur selepas mereka graduate bersama tiga bulan lalu. Nak kata Dina ni tak okey dengan pointer dia, tak mungkin. Dina antara pelajar terpintar dalam course mereka dulu. CGPA 3.85 yang tercatat dalam transkrip Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan miliknya membuktikannnya.

“Bencilah aku. Apsal hah aku ni susah sangat nak dapat kerja?” Dina bersungut dengan muncung itiknya.

"Kau ni memilih sangat tak..." Komen Effa kepada Dina yang mesra dipanggil Nana antara mereka.

"Taklah!" Nafi Dina keras.

“Hurm, kau ni garang sangat la Nana…” Komen Zeen pula. Yelah kalau nak diikutkan perangan sahabat baik mereka yang seorang ni, memang terkenal dengan sikap melentingnya itu.

“A’ah kau ni garang la Nana. Mesti kau marah-marah interviewer tu kan?” Sting menyampuk. Dina terdiam. Betul sangkaan Sting.

“Er, aku marah sikit je..” Dina senyum terpaksa sambil merapatkan ibu jari dan telunjuknya. Sesikit-sikit tu la kononnya.

“Tapi kalau mengikut historynya, semua interviewer yang kau jumpa mesti dapat sagu hati dari kau kan?” Edlin buka kitab. Matanya sinis memandang Dina. Wajah Dina bertukar masam.

“Dah diorang cakap macam-macam. Mana aku tak marah.” Kata Dina keras. Geram betul kawan-kawan dia ni. Bukan nak sokong.

Ce kau cerita. Kali ni macam mana pulak kau marah dia?” Opel menggoyangkan tangannya dihadapan Dina bagi menarik perhatian gadis itu.

“Korang tahu tak dia boleh terus reject aku time-time tu jugak.” Dina memulakan cerita.

“Ish biar betul? Tak buat sesi pemilihan dulu ke?” Effa mencelah. Dina menggeleng.

“Dia bagi alasan sebab aku takde pengalaman. Lepas tu dia nak pakai orang yang multilanguage. Aku sembur la dia lepas tu.” Sambung Dina lagi.

“Kau sembur apa?” Zeen pula bertanya.

“Aku cakap la kalau semua employer cakap nak orang berpengalaman, habis orang fresh graduate macam aku ni siapa nak bagi kerja? Nak menganggur je.” Lima kepala yang mendengar keja-kejap menggeleng, kejap-kejap terangguk mendengar cerita Dina yang seterusnya.

“Laki ke perempuan yang interview kau tu?” Soal Effa selepas semua puas hati dengar cerita Dina.

“Laki. Cina. Muda lagi..” Dina buat muka.

“Apa position dia dekat situ sampai boleh terus reject kau tu?” Soal Effa lagi tak puas hati.

“Tu company dia.” Dina menyedut air selepas itu.

“Patutlah!” Jawab kelima-lima mereka serentak. Dina kerut dahi dan muncungkan mulut. Cis penat aku cerita. Rungutnya dalam hati.

Perbualan mereka terganggu apabila pelayan datang membawa pesanan mereka. Selepas semua terhidang diatas meja, Opel mengarahkan Edlin supaya membaca doa makan. Dengan wajah menyeringai kegeraman, Edlin tetap mengimamkan bacaan doa yang diaminkan oleh kawan-kawannya.

“Kau berani betul lawan bigboss.” Sting masih tidak lari dari topik cerita Dina tadi masa tengah makan.

“Ah, bukan dia bos aku pun.” Dina pamer riak bersahaja sambil menyumbat potongan steak ke dalam mulutnya.

“Tempat korang takde kosong ke beb? Bagi la aku masuk.” Dina memandang wajah-wajah sahabatnya penuh mengharap.

“Takde beb. Mana ada satu company nak pakai Surveyor muda macam kita ramai-ramai.” Edlin menjawab bagi pihak mereka.

“A’ah betul tu.” Sokong Zeen si kekasih hati. Konon sehati sejiwa. Wajah Dina bertukar keruh. Alamatnya menganggur lagilah aku .

Dina menekan pisau pada kepingan daging dalam pinggannya kuat-kuat. Diluahkan rasa tidak puas hatinya disitu. Kasihan steak itu yang menjadi mangsa.

“Hoi, tak nak makan bagi aku!” Opel dihujung meja melaung. Dina pandang wajah sahabatnya itu dengan muka bengang. Kemudian daging yang dipotongnya tadi dimasukkan ke dalam mulut seperti gaya raksasa sedang melahap daging manusia dalam cerita dongeng dari Indonesia dalam slot Jom Relaks di TV3.

Matanya masih memandang tajam pada wajah Opel sambil mengunyah lumat daging dalam mulutnya. Pandangan amaran diberikan kepada lelaki itu bahawa sekali lagi dia buka mulut, dia akan kunyah Opel macam tu jugak.

“Yelah, kau makan je sorang.” Opel mengalah. Dengan Dina ni jangan dibuat main. Garang terlampau. Aku nak ngorat pun susah. Omelnya sekadar didalam hati sambil menyuap sepotong steak didepannya.

Edlin, Effa, Zeen dan Sting yang memerhati dari tadi tergelak kecil sesama mereka. Lawak melihat wajah terkulat-kulat Opel yang kena jeling. Dina buat muka selamba. Lepas tu dia hadiahkan pulak jelingan pada mereka pula. Terus ketawa mereka mati.

‘Tau takut.’ Getus Dina sambil meneruskan suapannya tanpa apa-apa reaksi.

“Weh tengok tu geng, lelaki-lelaki amrad.” Tiba-tiba suara Sting kedengaran. Mata mereka berlima mula mengikut arah sorotan mata Sting. Keenam-enamnya tergamam memandang tiga lelaki lembut yang baru melangkah masuk ke dalam restoran.

“Hoi, dah la pandang orang tu. Tergoda ke apa?” Sergahan Dina ditujukan kepada Sting, Edlin dan Opel yang sedikit terngaga mulut mereka.

Zeen sudah menampar kuat bahu teman lelakinya. Rahang Edlin ditolak kasar ke atas. Boleh pula tangkap lentok tengok mat-mat jambu tu. Hish! Gerutu Zeen dalam hati.

“Mau tak tergoda beb, korang tengok la dia jalan tadi. Kepit habis. Tengok yang sorang tu, bontot dia kalah bontot kau Effa.” Opel mengulas.

“Kau nak mampus agaknya Pel!” Effa yang dah merah padam muka membaling satu kentang goreng ke arah Opel. Sempat lelaki itu mengelak. Tergelak Opel dengan reaksi sahabatnya itu.

“Agak-agak sikit mulut kau tu beb!” Zeen juga turut mencerlung pandang wajah Opel yang masih sakan ketawa.

“Erk!” Opel senyap bila anak mata Dina begitu tajam menjelingnya. Huhu, baik aku senyap. Backup terbaik dia dah pandang.

"Serious, they look feminine. But still can’t compare you, my beautiful.” Edlin merenyih senyum kepada Zeen. Tersipu-sipu gadis itu mendengar pujian buah hati. Opel, Dina, Sting dan Effa dah buat muka menyampah. Geli!

"Mangkuk!" Marah Edlin apabila tidak semena-mena belakang kepalanya ditepuk oleh Sting. Sting buat tanda peace.

"Woi dah la tu." Dina menaikkan suara bila melihat dua lelaki dihadapannya itu sudah mula naik tangan masing-masing. Kedua-duanya diam kembali bila terpandangkan mata tajam Dina.

"Good boy!" Ulas Dina sambil tersenyum.

+++++++++++++++++++++++++

Adrian yang sejak tadi duduk dikerusi bar tersenyum-senyum. Kelakar melihat gelagat enam anak muda yang duduk agak dekat dengannya itu. Yang lebih menarik perhatiannya untuk menempelkan anak mata pada mereka ialah wajah seorang gadis yang ditemuinya seminggu yang lalu.

"What are you laughing for?" Damy yang asyik bercerita disisinya itu mula tidak puas hati. Adrian langsung tidak memberi perhatian kepada perbualan mereka.

Mata Damy ikut terarah mengikut anak mata Adrian. Dia mendengus kecil melihat enam pemuda-pemudi Melayu yang sedang tergelak itu. Meluatnya!

"Who are they?"

"Sorry?" Adrian memandang wajah Damy.

"Who are they?" Soal Damy lagi sambil menjuih bibir ke arah meja yang menjadi sasaran mata Adrian sebentar tadi.

"Hurm, I don't know. They are funny isn't it?" Adrian menjungkit bahu sambil merenung lagi sisi gadis yang dikenalinya itu.

I’m talking to you Adrian. Why you don’t pay your attention?” Marah Damy melihat Adrian masih ralit memandang ke arah remaja-remaja itu.

I’m really sorry Damy. “ Adrian terus tidak menghiraukan gadis tinggi lampai disebelahnya itu. Tangannya diangkat menggamit pelayan.

Please give a drink to that lady.” Tangan Adrian menunjuk pada Dina yang memakai selendang putih berbunga-bunga biru kepada pelayan dihadapannya.

“Cola… Thanks…” Sambung Adrian. Pelayan itu mengangguk sebelum berlalu ke belakang mengambil air yang dipesan.

Sedang Dina bergelak dengan rakan-rakannya, datang seorang pelayan menghantar segelas Cola kepadanya. Dina memandang pelik pada pelayan itu.

For me?” Tanya Dina terkejut.

Yes, from that gentleman.” Ucap pelayan itu sambil menunjuk ke satu arah. Mata Dina terarah pada wajah yang ditunjukkan. Kawan-kawannya dimeja turut mengambil kesempatan untuk mengetahui siapakah gerangannya.

“Wahhhh….” Terdengar suara Effa dan Zeen. Mata mereka redup memandang wajah lelaki cina yang sedang melambai ke arah mereka.

“Bertuahnya kau Nana amrad tu berminat dengan kau…” Kata Zeen yang masih melambai kepada Adrian.

Amrad, maksud spesifiknya yang bersih pipinya daripada bulu (tiada janggut) bagi manusia dan dahan yang tiada daun bagi tumbuhan.  Pernah kecil-kecil dulu mama memarahinya kerana menggelar lelaki  yang mengalami kekeliruan jantina sebagai 'pondan.' Mama cakap tidak baik memanggil mereka dengan istilah itu. Lalu mama menyuruhnya memanggil mereka dengan gelaran 'amrad.'  Jadi sampai ke besar dia terus menggelarkan lelaki-lelaki berwajah 'cantik 'ni sebagai amrad.

Bagi mereka berenam pula, gelaran amrad itu bukan sahaja untuk golongan lelaki lembut, tetapi mereka turut mengkategorikan lelaki-lelaki cina yang handsome and charming sebagai amrad kerana kebanyakan  lelaki cina memang tidak suka menyimpan misai atau janggut.

Thanks.” Ucap Dina kepada pelayan itu. Terus dia melangkah ke kaunter semula.

“Siapa tu Nana?” Soal Zeen. Wajah Effa, Edlin Sting dan Opel ikut mengarah ke wajah Dina. Menanti jawapan dari Dina.

“Entah.” Sepatah Dina menjawab. Gelas Cola pemberian Adrian tadi ditolak menjauh.

“Baik cakap sebelum jadi apa-apa kat kau!” Zeen disebelah memberi amaran keras sambil memegang lengan Dina. Opel, Sting dan Edlin juga sudah beraksi persis ahli tinju. Menolak lengan baju ke atas seolah-olah sudah bersedia untuk menyerang Dina. Muka mereka tak payah dikata, bengis gila.

“Okey…” Dina angkat kedua tangan ke sisi bahu. Karang tak pasal-pasal restoran ni jadi medan pertempuran. Budak lima 'ekor' ni bukan boleh kira. Dina menarik nafas dalam-dalam. Wajah kelima-lima sahabatnya dilihat sudah tidak sabar mendengar cerita.

“Dia mamat cina yang aku cakap tadi tu…” Tenang Dina berkata.

Meaning?” Opel mencelah. Kepala digaru-garu.

So dia bos cina yang kau sembur masa interview tu?” Mata Zeen membulat bila dia dapat menangkap maksud Dina. Sempat Dina menghadiahkan jelingan. Dina mengangguk kecil sambil menyedut airnya. Yang lain terus ternganga mulutnya.

What the…” Luah Edlin tanpa menyudahkan ayatnya. Zeen disebelah menyinggul lengannya.

Coincident..” Sambung Edlin membetulkan hujung ayatnya. Semua berwajah lega.

Kalaulah Edlin tersebut ‘hell’ tadi memang tamatlah riwayat hidupnya dikerjakan Dina. Pantang bagi gadis itu jika geng mereka ada yang mencarut sesama sendiri.

“Ahah. I've got an idea!” Tiba-tiba Dina bersuara sambil memetik jari. Sahabat-sahabatnya mula berpandangan antara mereka. Dalam hati masing-masing sudah dapat mengagak. Pasti ada benda buruk yang bakal terjadi.

Belum sempat mereka menahan, Dina sudah menyambar gelas Cola tadi dan kakinya sudah bergerak meninggalkan meja.

“Oh man! No Nana. Don’t do that!” Suara Opel kedengaran dibelakang namun tidak langsung diendahkan Dina. Dia tersenyum nipis menghalakan kaki ke arah kerusi bar yang diduduki Adrian.

Hello darl. Hye sweety…” Dina tayang senyum menyampah ke arah Adrian dan pasangannya. Damy membalas dengan pandangan jengkel.

How rude this girl.’ Hati Damy mencaci.

How brave this girl.’ Manakala hati Adrian melemparkan pujian.

What are you doing here honey? What is this about? Are you kidding me?” Soal Dina dengan senyuman sinis. Gelas berisi Cola tadi diunjuk pada Adrian semasa berbicara.

What is this Adrian? Who is she?” Damy mula tidak senang duduk. Lain macam cara gadis dihadapan Adrian itu membahasakan Adrian. Darl? Honey? Is there something that I don’t know? Hatinya tertanya-tanya.

"I have no idea!" Tercengang Adrian. Langsung tidak menjangka apa yang terkeluar dari mulut Dina.

"Do you know her?" Kepala Adrian kembali berpusing ke kiri  bila pipinya ditsrik Damy namun matanya tetap memandang Dina.

“Ar, no Damy. I do not really know her. She’s a friend, like you.” Nafi Adrian bila Damy memukul bahunya meminta jawapan. Wajah Damy semakin memerah mendengar pengakuan pujaan hatinya itu.

What? Are you serious? Just friend? Oh my goodness, I can’t believe this!” Dina sudah memulakan drama. Tiba-tiba terlintas dihati ingin mengenakan dua manusia dihadapannya itu. Hatinya semakin galak tatkala terkesan air muka wanita cina yang bermakeup tebal disebelah Adrian yang berubah mendadak. Semakin merah kulit wajah itu macam dah terlebih blusher.

Who is she Adrian? I’m asking you!” Damy sudah berdiri tegak mendepani Adrian dengan bercekak pinggang.

“Wo…Woo… Wait a minute.” Adrian mula panik bila dua gadis dihadapannya itu seakan ingin menyerangnya.

Then what is this ring’s mean Adrian Wong?” Soal Dina sinis sambil mengunjukkan tangan kirinya. Ada sebentuk cincin berwarna perak berbatu kecil terselit dijari manisnya.

‘Gasak kau la amrad tak bertauliah. Mujur la idea cepat datang. Thanks Effa hadiahkan cincin ni!’ Sempat hati Dina berbicara kelegaan.

“Adrian?” Damy memeluk tubuh. Matanya mencerlung tajam pada wajah Adrian menginginkan jawapan. Dina juga sama namun dalam hatinya bergelak sakan tidak seperti Damy yang dah macam gunung berapi nak meletus.

‘So you wanna play a drama, huh.’ Adrian sudah tersenyum dalam hati. Tidak menyangka gadis Melayu yang pernah meminta kerja di syarikatnya dulu seberani begini.

You make it easy for me hon.’ Bisik hatinya lagi melihat wajah merah Damy yang tegak berdiri dikanannya. Senang sikit nak lepas dari si Damy ni. Asyik mengekor sahaja ke mana dia pergi. Hendak dihalau takut berkecil hati. Dah bagi hint pun masih buat tak reti. Bebel Adrian dalam hati

Honey, why did you broked the promise? I told you before I still want to keep it as a secret.” Akui Adrian dengan wajah bersungguh penuh kesal memandang Dina.

I’m really sorry Damy. We are engaged. Sorry for not telling you..” Ucap Adrian yang sudah tegak berdiri disebelah Dina. Sengaja bahunya dirapatkan pada tubuh gadis itu bagi memantapkan lakonannya.

Oh gosh. I can’t believe this!” Damy terus menarik kasar beg tangannya di atas meja kaunter dan berlalu dari situ. Ingin sahaja dia menjerit pada lelaki yang telah menipunya itu selama ini. Patutlah Adrian tidak pernah membalas setiap layanannya.

Tipah tertipu!

Adrian tersenyum menghantar langkah Damy yang berlalu. Manakala Dina tercengang disitu. What the heck? Siapa prank siapa ni? Dina masih tidak berganjak tatkala Adrian duduk semula dikerusinya. Bebola matanya masih membulat.

Are you alright honey?” Soal Adrian.

“Siapa honey?” Panggilan Adrian terhadapnya menyedarkan Dina. Dahinya berkerut menyoal balas pada Adrian. Sesuka hati nak panggil honey-honey ni. Bila pulak aku jadi pengeluar honey ni?

We’re engaged right?” Adrian senyum sinis. Lagaknya tenang menyedut minumannya.

Engaged? In you dream!” Wajah Adrian sudah basah. Dina berjalan laju ke mejanya semula tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.

Adrian hanya tersenyum dengan ‘sagu hati’ yang diterimanya itu. Tangannya dalam diam memberi isyarat kepada dua bodyguardnya yang sudah bergerak mahu mengambil tindakan. Adrian mengelap wajahnya yang dibasahi Cola yang dibayarnya untuk Dina itu dengan tisu yang diberikan oleh pelayan di meja kaunter.

What have you done?” Effa menyoal dengan wajah tidak percaya kepada Dina. Empat yang lain juga tayang muka terkejut.

What? I didn’t do anything.” Balas Dina sarkastik.

My goodness. Poor him Nana!” Keluh Zeen sambil memandang meja kaunter. Kasihan dia melihat Adrian yang menjadi perhatian para pengunjung akibat tindakan berani Dina tadi. Malah meja mereka juga turut menjadi tarikan tatapan pengunjung-pegunjung dalam restoran itu.

Dina hanya menjongket bahu. Dia menyedut minumannya tanpa ada perasaan bersalah pun.

Well done Nana. I’m proud of you.” Tiba-tiba Opel bersuara dengan menepuk perlahan tangannya. Sting juga turut tersenyum menyokong. Mereka mengangkat tangan ke udara dengan gaya bergive-me five.

“Argh, take it easy okay. I’m joking!” Sting menggosok kuat lengannya yang menerima cubitan dari Effa tadi.

"What?" Soal Dina bila Zeen, Effa dan Edlin merenungnya tajam.

"Congratulation Nana!" Zeen berkata sinis. Effa turut menyorot pandangan jengkel padanya. Tiba-tiba timbul rasa tidak enak dihati.

"Aku melampau sangat ke?" Soalan Dina langsung tidak dilayan oleh mereka berlima.  Memang patut dipinggirkan saja Dina ni.

Dina tenggelam dalam dunianya sendiri. Tidak dihiraukan lagi lima sahabatnya yang sedang berbalah sesama sendiri. Timbul juga perasaan bersalah memperlakukan Adrian sebegitu tadi. Dia perasaan sisi wajahnya masih direnung oleh Adrian.


*Rasa-rasa Dina ni kte patut buat apa kt dia?? grrr je dgn perangai selamba badak dia ni..hehe...love u all..muahhh!!*

~L.O.V.E & F.A.I.T.H~

ad_dEen