Saturday, April 9, 2011

Cinta Dahulu dan Selamanya 1

BAB 1

Seperti hari-hari biasa, Syafina menjaga anak saudaranya yang baru berusia 2 tahun itu semasa abang dan kakak iparnya keluar bekerja. Faril menangis lantang kerana diapers yang dipakainya telah lenjun.

Syafina bergegas ke bilik yang menempatkan katil bayi itu. Tubuh Faril diangkat lalu dibawa ke bilik air. Anak saudaranya itu dimandikan. Selepas itu dia menyuakan susu yang telah siap dibancuh ke mulut kecil itu. Faril senyap sambil menyonyot botol susu.

Setelah seketika Faril telah lena semula. Syafina berlalu ke biliknya. Dia baru sahaja menamatkan pengajian diplomanya. Sekarang dia menunggu panggilan untuk menyambung pengajiannya ke peringkat ijazah pula.
Sementara itu, dia tinggal di rumah satu-satu adik-beradiknya iaitu abangnya, Azzam bagi menghabiskan cutinya. Syafina merebahkan tubuhnya diatas katil. Keletihan melayan kerenah anak buahnya tadi terasa kini. Perlahan-lahan matanya terpejam rapat.

Deringan telefon bimbitnya diatas meja mengganggu lenanya. Malas dia mengangkat telefon itu. Namun deringannya tidak berhenti. Dengan malas Syafina menyambut panggilan.

“Hello, assalamualaikum.” Syafina memberi salam. Terdengar suara dihujung talian menyambut salamnya. Belum sempat dia tanya siapa gerangan disana, bertalu-talu suara dihujung talian berkata-kata.

“Afin, aku ni Faja. Kau dekat mana? Aku ada hal penting ni.” Kedengaran suara dihujung talianyang sedikit kalut.

“Oh, kau Faja. Satu-satu Ja, kelam-kabut sangat ni kenapa? Mimpi apa kau telefon aku ni? Lama aku tak dengar cerita kau.” Syafina berkata lembut. Terperanjat dengan panggilan teman yang sudah lama terputus hubungan itu.

“Afin, sekarang aku takde masa nak cakap semua tu. Kau kena datang rumah aku sekarang. Penting.” Faja memotong. Dia bertambah kalut.

“Eh, kenapa ni? Kau ada masalah ke?” Soal Syafina pelik.

“Afin kau dengar baik-baik. Nek Wan tenat. Dia nak jumpa kau. Kau boleh datang rumah aku tak sekarang? Nek Wan mintak sangat untuk jumpa kau ni.” Cerita Faja. Syafina terkejut mendengar perkahabaran itu.

“Ye ke? Tapi aku ada dekat rumah abang aku sekarang. Dekat KL.” Syafina berkata.

“Takpe kau bagi alamat kau. Aku pergi ambil kau sekarang. Tolong Afin. Kabulkan permintaan terakhir Nek Wan.” Rayu Faja. Tanpa banyak soal Syafina memberi alamat rumah abangnya. 

“Aku letak dulu Afin. Nanti kita jumpa aku cerita dengan kau. Apa-apa hal kita sms. Assalamualaikum.” Faja mengakhiri perbualan. Salam itu disambut perlahan oleh Syafina. Dia terkejut. Pelik kenapa tiba-tiba Nek Wan mahu berjumpanya.

Matanya yang mengantuk tadi segar-bugar kini. Syafina bergegas ke bilik air membasuh muka. Dia masih memikirkan kaka-kata Faja tadi. Tanpa berlengah dia mengemaskan beberapa helai baju untuk dibawa bersama nanti. 

Syafina turun ke ruang tamu. Kepulangan abang dan kakak iparnya ditunggu. Tidak keruan dia. Jarum jam dirasakan sungguh lambat bergerak.

Tepat pukul 6.00 petang, Azzam dan Nadia sampai dirumah. Syafina sedang bermain dengan Faril diruang tamu. Faril yang mendengar bunyi kereta melonjak-lonjak keriangan. Apabila dia melihat wajah papanya, tangannya diagah ke atas, meminta didukung. Azzam mengambil tubuh Faril lalu merebahkan tubuhnya di sofa.

“Anak papa tak tidur hari ni.” Azzam berkata. Perut Faril digeleteknya. Faril tergelak kegelian.

“Abang, Afin ada benda nak cakap ni.” Ujar Syafina lembut memulakan perbualan. Azzam pelik mendengarnya. Jarang adiknya itu bersikap begitu dengannya. Nadia yang berlalu ke dapur menyediakan minuman tadi telah datang ke ruang tamu. Dia menjemput suami dan adik iparnya itu minum.

“Hmm apanya. Lain macam je bunyi.” Kata Azzam sambil tangannya masih memangku Faril. Nadia mengambil Faril dari pegangan suaminya. Memberi ruang kepada dua beradik itu berbicara. Dia hanya menjadi pendengar.

“Kejap lagi kawan Afin dari Perak nak datang. Dia nak bawa Afin balik rumah kejap. Ada hal penting.” Kata Afin lembut.

“Perak? Siapa?” Tanya Azzam menginginkan kepastian.

“Abang pernah datang dulu rumah dia. Yang Afin cerita Afin rapat dengan Nek Wan tu. Itulah dia.” Kata Syafina cuba mengembalikan ingatan abangnya mengenai teman sekolahnya dahulu. Azzam hanya mengangguk. Kurang pasti sebenarnya.

“Yang sampai nak ikut balik rumah dia kenapa?” Soal Azzam lagi. Bimbang juga adiknya itu pergi ke mana-mana diluar pengetahuannya.

“Afin sendiri pun kurang pasti. Kata kawan Afin tu Nek Wan tenat. Dia mintak nak jumpa Afin kali terakhir.” Afin tertunduk bimbang abangnya marah.

“Hmm, pelik je bunyi. Sampai kawan kau nanti abang nak jumpa dia.” Kata Azzam. Afin hanya mengangguk. Mereka menikmati air teh yang sudah hampir sejuk diatas meja.

Kira-kira pukul 8.30 malam, sebuah kereta Waja berhenti di hadapan pagar rumah Azzam. Nadia menyambut kedatangan tetamunya itu. Mereka dijemput duduk di ruang tamu sebelum Nadia berlalu ke dapur bagi menyediakan minuman.

Azzam yang baru selesai menunaikan solat Isyak bergegas turun apabila mendengar bunyi deruman kereta tadi. Dia bersalam dengan lelaki dihadapannya itu. Gadis disebelah lelaki itu dipandang. Dia seakan pernah melihat wajah itu. Mereka bersembang seketika sambil menanti Syafina.

“Bertolak pukul berapa tadi dari perak?” Azzam bertanya memulakan bicara.

“Pukul 5.00 tadi bang.” Jawab Faja. Nadia datang bersama dulang ditangan. Dia menjemput tetamunya minum. Azzam menyuruh isterinya memanggil Syafina.

“Afin, buat apa? Kawan Afin dah datang tu.” Kata Nadia kepada adik iparnya itu. Syafina dilihatnya sedang membuka almari baju.

“Kejap kak, kejap lagi Afin turun.” Kata Afin. Tubuhnya tidak berganjak disebalik pintu almari. Nadia berlalu turun sambil mengelek anaknya.

Nadia mengambil tempat disebelah suaminya. Mereka berempat bersembang-sembang seketika. Bertanya mengenai hal yang menyebabkan Syafina ingin dibawa pulang bersama.

“Kawan Afin ni yang ni ya, apa nama ya?” Soal Azzam memandang kepada Faja.

“Panggil Faja je. Ni abang saya Fahim.” Fajaratul Husna yang senang dipanggil Faja itu memperkenalkan diri serta abangnya.

“Kenapanya yang nak kena bawa Afin ke rumah tu. Abang pun tak faham sangat ni.” Ujar Azzam.

“Macam ni bang. Nenek kami, Nek Wan tengah tenat sekarang ni dekat rumah. Dia minta kami carikan Afin. Dia nak jumpa sebelum dia meninggal. Kami ikutkan saja sebab itu permintaan terakhirnya.” Panjang lebar Faja bercerita. Azzam dan Nadia mengangguk kecil tanda faham.

“Kami harap abang dan kakak benarkan kami bawak Afin ke Perak. Kami janji nanti kami akan hantarnya semula ke sini.” Faja menambah lagi meminta sendiri kebenaran daripada abang sahabatnya itu. Azzam dan Nadia mengangguk setuju.

Faja meminta untuk bermain dengan Faril. Nadia menghulurkan anaknya kepada tetamunya itu. Faril hanya tergelak suka kerana dirinya didukung. Mungkin disangkanya dia akan dibawa berjalan-jalan.

Syafina bergegas turun sambil membawa beg kecil yang berisi baju-bajunya. Sampai dianak tangga terakhir matanya sangat terkejut memandang lelaki disebelah temannya. Fahim! Getus Syafina perlahan. Hatinya berdegup kencang. Sudah sekian lama lelaki itu tidak dilihatnya. Lelaki yang dirinduinya itu.

Faja yang melihattubuh temannya itu berlari ke arah Syafina. Faril sudah diberikan kepada Nadia tadi. Tubuh Syafina diraih Faja dalam pelukannya. Mereka berjabat mesra bertanya khabar. Sudah lama mereka tidak bersua. Sudah empat tahun.

Fahim hanya memandang Syafina. Gadis itu sudah banyak perubahan sekarang. Hatinya turut bergetar. Gadis itu juga sering mengganggu tidurnya selama ini. Dia rindukan wajah lembut itu. Fahim perasan Syafina tertunduk seolah melarikan matanya sewaktu mereka bertentangan.

Selepas mereka bersalaman dengan Azzam dan Nadia, mereka pun berlalu masuk ke perut kereta Waja diluar. Syafina mencium pipi mulus Faril sebelum pergi.

“Faril jangan nakal, nanti Mak Su balik ye.” Kata Syafina lembut sambil mencubit kecil pipi anak buahnya itu. Faril mengagah tangannya meminta Syafina mendukungnya.

Apabila Syafina berlalu, kedengaran tangisan Farli. Azzam memujuknya menghulurkan mainan Faril bagi menarik perhatian Faril daripada sedih dengan pemergian Mak Sunya.

Mereka berbalas lambaian sebelum berlalu. Azzam dan Nadia menghantar pemergian mereka sehingga hilang dari pandangan.

Didalam kereta, Faja dan Syafina bercerita panjang. Membuka cerita perihal diri masing-masing. Terdengar suara gelak mereka apabila ada perkara yang mencuit hati.

Fahim yang memandu mencuri-curi pandang wajah Syafina melalui cermin pandang belakang. Syafina perasan perbuatan lelaki itu. Dia melarikan matanya apabila mata mereka bertentangan. Masing-masing menyimpan rindu yang membusung didada.

Faja sudah terlena dikerusinya. Syafina memandang keluar tingkap. Matanya tidak boleh lelap. Kisah zaman sekolahnya dahulu terimbau. Satu-persatu terlayang dihadapan matanya kini.

“Afin jom pergi rumah aku.” Ajak Faja suatu hari. Sahabatnya itu mahu diperkenalkan kepada keluarganya. Sewaktu itu mereka berada di Tingkatan Tiga.

“Alah kenapa? Aku tak bagi tahu Mak Long aku lagilah.” Syafina cuba menolak. Bimbang Mak Long memarahinya.

Syafina tinggal di rumah Mak Longnya di Perak ketika itu. Ibu bapanya sudah meninggal dunia. Abangnya baru memulakan kerja di Kuala Lumpur sebagai pensyarah di Universiti Malaya.Keluarga Mak Longnyalah yang bertanggungjawab ke atasnya ketika itu. Lagi pun dia dan abangnya tiada saudara mara lain selain mereka.

“Takpe kejap je. Bukan jauh. Kejap lagi ayah aku ambil. Kita naik kereta. Lepas tu ayah aku hantarlah kau balik.” Faja cuba lagi memujuk sahabatnya itu. Ketika itu mereka berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan, Ipoh menghadiri kelas tambahan. Lama Syafina berfikir sebelum mengangguk setuju.

Okey sekejap je tau.” Syafina memberi amaran. Faja mengangkat sebelah tangannya dan kepalanya bergerak turun naik laju. Mereka senyum.

Encik Faizal, ayah Faja sampai dengan kereta Proton Saga selepas beberapa ketika. Faja menarik tangan sahabatnya mengajak masuk ke dalam kereta. Syafina hanya menurut.

“Ayah, ni kawan Faja, Afin. Afin ikut kita balik rumah kejap boleh ayah?”Faja bertanya kepada ayahnya. Syafina memberi salam kepada Encik Faizal. Mereka berbalas senyuman.

“Kenapa pulak tak bolehnya.” Kata Encik Faizal. Keretanya di pandu ke rumah yang terletak di Taman Rapat Setia. Encik Faizal bertanya perihal Syafina.

“Afin ni duduk mana?” Soal Encik Faizal memulakan bicara.

“Dekat Ipoh Jaya. Duduk dengan family mak cik.” 

“Kenapa tak duduk dengan mak ayah?” Soal Encik Faizal.

“Mak dengan ayah dah takde. Accident dua tahun lepas.” Beritahu Syafina.

“Maaf ya, pak cik tak tahu.” Kata Encik Faizal bimbang mengguris hati teman anaknya itu.

“Takpe pak cik.” Balas Syafina sambil tertunduk. Hatinya sedikit sayu. Mereka kemudiannya hanya berdiam diri didalam kereta.

Sampai di rumah Faja, Syafina diperkenalkan kepada seluruh ahli keluarga Faja. Sewaktu itu adik-beradik Faja semua ada dirumah.

Selepas bersalaman dengan ibu Faja, Puan Izzati dan nenek Faja yang ingin dipanggil Nek Wan itu, Syafina dibawa masuk oleh Faja ke dalam biliknya. Adik-adik Faja mengekori mereka.

“Ni adik aku Fana dengan Fazim. Salam kakak cepat. Panggil Kak Afin tau.” Faja mengarahkan adik-adiknya bersalaman dengan Syafina. Syafina menyambutnya dengan mesra.

“Nama penuh diorang apa?” Soal Syafina kepada Faja.

“Yang ni Fanani Nirha yang ni Fazim Azmi.” Jawab Faja pula.

“Adik-beradik kau ada berapa orang?” Tanya Syafina mengenai keluarga temannya itu.

“Ada empat orang. Yang tadi tengok tv tu along aku. Fahim Asyraf nama dia.” Jawab Faja.

“Oh, dia buat apa sekarang?” Soal Syafina lagi ingin tahu.

“Dia Form 5. Sekolah dekat MRSM Balik Pulau. Fana ni baru darjah 1. Fazim darjah 4. Diorang sekolah dekat S.R.K. Seri Ampang.” Beritahu Faja panjang lebar.

Mereka bersembang-sembang sambil bermain dengan Fana dan Fazim. Gembira benar mereka. Apabila hari hampir petang, Syafina meminta diri untuk pulang. 

Faja memberitahu ayahnya supaya menghantar Syafina pulang ke rumahnya. Encik Faizal bersiap-siap. Fana dan Fazim juga teruja ingin ikut bersama. Mereka sangat senang bersama teman kakak mereka itu.

Sebelum pergi, Syafina bersalaman dengan Puan Izzati dan Nek Wan. Dirinya dijemput bertandang lagi ke rumah.

“Nanti datanglah lagi. Tak sempat Nek Wan nak kenal dengan kamu.” Ujar Nek Wan.

“InsyaALLAH Nek Wan kalau Faja ni nak bawa saya datang.” Ujar Syafina sambil mengusik sahabatnya.
“Eh mestilah aku ajak. Nak tidur sini pun takpe. Aku lagi suka.” Jawab Faja. Tangannya mencuit pinggang Syafina.

“Yelah  Kak Afin. Datang lah lagi. Fana suka main dengan Kak Afin.” Beritahu pulak Fana.

“Hehe, InsyaALLAH.” Mereka berbalas lambaian sebelum kereta yang dipandu Encik Faizal hilang dari pandangan.

Sejak dari itu, Syafina selalu bertandang ke rumah Faja. Dia senang dengan keluarga temannya itu. Mereka menerimanya seperti ahli keluarga sendiri. Keluarga Faja pun sudah sangat mengenali Syafina.

Syafina juga semakin rapat dengan Nek Wan. Menurut Faja, Nek Wan sudah banyak berubah semenjak kedatangannya. Dia sering bertanya mengenai Syafina kepada Faja. Seandai Syafina tidak datang ke rumah, Nek Wan menyuruhnya menjemput Syafina dirumahnya.

Nek Wan sangat menyukai Syafina. Syafina seperti membawa kegembiraan ke rumah anak menantunya itu. Mereka sering masak bersama. Pelbagai jenis masakan diajarnya kepada Syafina. Syafina juga seorang yang ringan tangan. Sering dia menolong mengemas rumah itu. Dapur dicucinya sehingga berkilat. Lantai disapunya tanpa ada sedikit habuk. Nek Wan menganggap Syafina seperti cucunya sendiri.

Syafina juga sering bermalam dirumah temannya itu. Rumah itu ibarat rumahnya sendiri. Dia bersyukur kehadirannya disenangi keluarga temannya itu. Hubungan mereka sangat rapat dan teman-teman disekolahnya sering mengusik dia dan Faja adalah pasangan kembar.

No comments:

Post a Comment