Sunday, April 10, 2011

Cinta Dahulu dan Selamanya 8

BAB 8

"Along, saya ada perkara nak bincang dengan along." Syafina mengambil peluang itu ketika mereka berdua berada didalam biliknya di rumah abang Azzam. Tengah hari tadi mereka sudah sampai ke situ. Esok Syafina akan mendaftar di UKM.

"Apa dia sayang?" Fahim yang sedang berdiri dibalkoni berpusing menghadap wajah Syafina.

"Berkenaan kita ni. Saya dah fikir masak-masak sejak malam kita bernikah dulu, dan sekarang saya rasa saya dah ada keputusan." Tutur Syafina tenang.

Fahim tersenyum kecil. Yes, akhirnya. Akhirnya Syafina akan menyatakan persediaannya. Perkara ini yang ditunggu-tunggu sepanjang tiga minggu menjadi suami kepada gadis itu. Ya ALLAH, gembiranya aku. Senyuman Fahim semakin lebar. Tidak sabar jadinya ingin mendengar kenyataan Syafina.

"Saya rasa, elok kita biarkan dulu hubungan kita ni terus macam ni." Perlahan Syafina mengatur bicaranya. Mati senyuman dibibir Fahim. Tidak! Dia tidak sanggup lagi mendengar. Dia dapat menjangkakan maksud kata-kata gadis dihadapannya itu. Jangan sayang. Jangan cakap sayang nak kita terus macam ni. Please! Rintih Fahim.

"Maksud Afin?" Lambat-lambat Fahim bertanya. Didalam hati berdoa semoga Syafina tidak meneruskan niatnya.

"Saya tahu along pun masih terkejut dengan perkahwinan kita ni. Saya sendiri pun begitu." Syafina tergelak sendiri dengan kata-katanya. Fahim tetap diam menanti.

"Jadi, saya rasa kita patut bagi masa pada diri masing-masing. Saya tahu, along mesti ada cita-cita sendiri untuk dicapaikan?" Fahim hanya mengangguk menjawab pertanyaan isterinya. Cita-cita abang tu dah pun tercapai sayang. Hati Fahim bersuara.

"Jadi, saya dah buat keputusan. Saya nak capai impian saya dulu, along pun kejarlah impian along dulu dan dalam tempoh masa tu saya nak kita masih pertahankan hubungan kita ni sama macam sekarang ni." Sambung Syafina lagi.

"Maksud Afin dekat sini, Afin nak kita kekal macam ni?" Soal Fahim lemah. Syafina mengangguk.

"Untuk berapa lama?" Soal Fahim lagi.

"Err, sampai kita sama-sama bersedia." Balas Syafina. Fahim sudah menapak mendekati Syafina.

"Sekarang pun abang dah bersedia. Sejak abang lafazkan nikah lagi abang dah bersedia." Lembut suara Fahim menyapa telinga Syafina. Lelaki itu sudah berdiri betul-betul dihadapan Syafina.

"Tapi kita masih tak mengenali antara satu sama lain." Syafina memandang wajah Fahim. Fahim juga begitu.

"Cubalah buka hati Afin untuk mengenali abang. Abang rasa, cukup tempoh yang abang dah bagi pada Afin untuk terima abang selama tiga minggu ni." Fahim mencapai jemari Syafina lalu dibawa ke bibirnya. Syafina menarik tangannya pantas dan menjarakkan diri. Fahim sedikit tersentak.

"Afin langsung tak pernah cuba dekat dengan abang, macam mana kita nak saling mengenali." Berlipat dahi Fahim. Tertanya-tanya dengan tindakan Syafina tadi.

"Saya masih belajar along. Saya tak nak kita sama-sama menyesal nanti." Syafina menekan setiap bicaranya. Mengharapkan Fahim mengerti yang dia masih belum bersedia.

"Maksud Afin, sekarang ni Afin menyesal?" Fahim berubah riak. Kasar suaranya. Soalan Fahim menggetarkan tubuh Syafina. Bukan itu maksud dia. Kakinya masih menapak ke belakang. Fahim pula tetap cuba mendekatkan diri.

"Aaa..tak..Saya tak bermaksud macam tu. Saya baru 21 tahun along, masih belajar. Along pun baru 24 dan baru nak bina hidup along. Saya tak nak hubungan kita ni jadi beban pada along, pada kita nanti." Panjang lebar Syafina berhujah.

“Afin nak abang dengar cakap Afin, tapi Afin tak nak dengar cakap abang. Mana boleh! Bila masa abang cakap Afin tu beban abang? Afin tu tanggungjawab abang tahu tak?” Marah Fahim lagi.

“Bukan macam tu, saya tahu saya tanggungjawab along. Bukan pada orang lain lagi. Saya cuma nak kita bagi masa pada hubungan kita ni untuk terus berkembang. Saya nak perkahwinan kita nanti ni tak akan jadi peristiwa yang akan kita sesalkan suatu hari nanti.” Tertunduk Syafina. Tidak sangka dia mampu berkata begitu.

"Jadi sekarang ni apa yang Afin mahu." Soal Fahim pula. Hatinya masih geram dengan isterinya itu.

"Err..saya harap kita tak menjalinkan hubungan yang serius dalam tempoh untuk beberapa tahun ni." Sedikit ragu-ragu Syafina menutur bicara.

“Yang serius tu macam mana?” Fahim mula tersenyum nakal. Syafina kaget. Panas mukanya. Apa yang along fikirkan ni?

“Err, hubungan yang tak melibatkan fizikal..” Tertunduk Syafina selepas berkata. Fahim sudah pun menjerat tubuh isterinya. Kaku Syafina diantara dinding dan batang tubuh suaminya. Fahim mengambil jemari isterinya.

“Hubungan yang tak melibatkan fizikal tu yang macam mana? Macam ni?” Fahim membawa tangan Syafina yang dipegangnya ke hadapan wajah gadis itu.

“Ataupun yang macam ni?” Selesai saja berkata, Fahim terus mengucup bibir Syafina dan tubuh gadis itu dipeluk erat dengan tangan sasanya. Syafina kaget seketika. Hampir dia terbuai dengan pelukan hangat lelaki itu.

“Along..along apa ni?” Syafina tersedar. Cepat-cepat Syafina menolak tubuh suaminya dan mejarakkan diri. Fahim masih enggan. Leher gadis itu sudah menerima banyak sentuhan dari bibirnya.

“Along stop it!” Jerit Syafina. Fahim mula tersedar. Dia meraup wajahnya beberapa kali. Syafina merapatkan tubuhnya ke dinding. Timbul perasaan takut terhadap suaminya sendiri. Menyedari Syafina yang seakan ingin menangis, Fahim menjarakkan diri. Dia berlabuh diatas katil membiarkan Syafina merasa selamat disudut dinding.

“Abang minta maaf.” Lembut tutur Fahim. Syafina hanya berdiam. Hampir menitis air matanya kerana perlakuan suaminya tadi. Malu dia ingin memandang wajah Fahim.

“Baiklah, Afin cakap apa yang Afin nak cakap tadi. Dahlah tu abang tak buat lagi.” Fahim cuba memujuk isterinya yang senyap sejak tadi. Syafina mengangkat wajah memandang Fahim.

“Sudahlah tu. Mari kita bincang hal kita. Abang minta maaf okay? Dah duduk sini.” Fahim tersenyum memujuk sambil menepuk tilam disebelahnya. Syafina melangkah, tetapi tubuhnya dihenyakkan di atas sofa di tepi meja solek. Membolehkan mereka bertentangan tetapi dalam jarak yang agak jauh. Tak nak perkara tadi berulang lagi.

“Jadi Afin nak kita terus macam ni tanpa melibatkan hubungan fizikal tu sampai bila?” Kata Fahim. Terasa kelat liur Syafina mendengar bicara Fahim.

“Kalau boleh 7 tahun lagi.” Jawab Syafina.

“Oh.. Macam nilah, Afin pergi ambil pen dengan kertas. Afin senaraikan perkara-perkara yang Afin nak cakap tu.” Lama Fahim berfikir, baru dia berbicara. Syafina bangun mencari kertas dan pensel.

“Okay Afin duduk dulu dekat sana. Tulis je apa yang Afin rasa dekat hati. Take your time, abang tunggu sampai Afin selesai.” Fahim melemparkan senyum manis meyakinkan isterinya. Tanpa berlengah Syafina duduk dikerusi meja solek dan mencoretkan dakwat pen di atas kertas.

“Dah ke sayang? Takpe take your time, abang tunggu.” Fahim berkata apabila Syafina kelihatan tertoleh-toleh memandangnya. Tersenyum Fahim apabila gadis itu langsung tidak memandangnya selepas dia berkata begitu.

Selepas setengah jam, Syafina bangun dari kerusinya dan menyerahkan kertas ditangannya kepada Fahim. Lembut Fahim menyambut dengan senyuman manis. Fahim diam membaca satu-satu tulisan diatas kertas itu. Syafina hanya membatu berdiri ditepi katil. Sekali sekala Fahim tergelak kecil. Syafina menyabarkan hati menunggu reaksi suaminya itu.
  1. Kekalkan hubungan macam ni sampai 7 tahun.
  2. Tempoh 7 tahun untuk kita saling kenal antara satu sama lain.
  3. Tak boleh duduk serumah dalam tempoh 7 tahun tu.
  4. Saya akan tinggal dekat kolej and along boleh terus kerja dekat ipoh.
  5. Saya nak bekerja dan capai cita-cita selepas tamat study.
  6. Rahsiakan hubungan kita dari pengetahuan kawan-kawan untuk tempoh 7 tahun.

“Ini je?” Fahim mendongak memandang wajah Syafina. Gadis itu hanya mengangguk. Tersenyum Fahim.

“Okay, dengar pulak jawapan abang. Ingat jangan nak bantah pula permintaan abang. Abang dah bagi peluang tadi.” Syafina mengerutkan dahi tidak mengerti.

“Okay, abang setuju kita bagi tempoh untuk hubungan kita. Tapi abang bagi tempoh sampai 4 tahun je. Dalam tempoh tu kita akan cuba kenal satu sama lain, dalam erti katanya kita bercinta untuk tempoh 4 tahun tu. Jadi abang boleh luah apa saja yang abang rasa, sayang pun boleh cakap I love you dekat abang.” Fahim berhenti mengambil nafas. Bibirnya tersenyum nakal.

“Tapi…” Syafina ingin membantah.

“Dengar dulu. Jangan nak bantah. Abang dah cakap tadi kan.” Fahim mengingatkan. Syafina mengalah dan berdiam.

“Abang sambung ye, dalam tempoh kita bercinta tu abang boleh buat apa saja macam pegang Afin ke apa-apa je. Tapi abang tak akan tuntut hak abang yang satu tu selagi Afin belum bersedia.” Syafina mengerutkan dahi. Alamak kenapa dia lebih-lebih pulak ni. Getus hati Syafina.

“Abang benarkan Afin tingal dekat kolej. Tapi hujung minggu kena balik Ipoh atau abang akan datang KL. Lepas tu, kalau abang nak jumpa Afin atau apa-apa, tak boleh ada penolakan dekat situ. Raya kita sambut bersama-sama samada di Ipoh atau KL. Yang itu kita tengok keadaan nanti. Pasal kerja, abang izinkan Afin kerja lepas habis study. Abang takkan halang cita-cita Afin.” Diam seketika.

“Pasal perkahwinan kita ni abang minta maaf, abang dah bagitahu semua kawan-kawan abang. Kalau nak rahsiakan dari pengetahuan kawan-kawan sayang boleh. Tapi kawan-kawan sayang kan ada jugak kawan-kawan Faja. Kalau dia dah bagitahu tak boleh salahkan Faja.”

“Okay itu jelah yang Afin nak kan?” Fahim memandang wajah Syafina. Menyudahkan bicaranya.

"Tapi saya tulis dekat situ 7 tahun.” Syafina mula mengeluarkan suara.

“No way. Seven years is too long. Afin nak suruh abang tunggu berapa lama? Masa tu Afin pun dah 28 tahun. Bila kita nak buat anak? 4 tahun muktamad atau takde tempoh langsung. That’s it.” Tegas jawapan Fahim. Syafina hanya mampu menggigit bibir mendengar keputusan suaminya itu.

“So takde benda nak bantah dah?” Fahim menarik tangan gadis itu duduk disisinya. Syafina hanya menurut.

“Boleh tak jangan gunakan panggilan ‘abang’ tu untuk tempoh yang 4 tahun tu?” Syafina mencuba nasib.

“Nope, sayang takde tulis dekat sini pun.” Sengaja Fahim ingin mengusik.

“Taklah. Orang main-main je. Tapi lepas je 4 tahun tu kita buat kenduri. Lepas je kenduri, Afin kena belajar bahasakan diri Afin ‘sayang' dan panggil abang ‘abang’. Opps, I mean saya. Erk macam pelik.” Fahim membuat muka. Syafina mengangguk setuju.

“So takde benda dah kan?” Fahim mula melarikan jemarinya ke bahu Syafina. Kemudian tapak tangannya mengelus bahu itu lembut. Tangannya jatuh melurut ke jemari gadis itu pula. Jemari itu ditaut lalu dikucup lembut. Syafina mula keresahan dengan tindakan suaminya. Tadi kata tak nak tuntut hak dia kalau aku belum bersedia. Apa pulak ni? Gerutu hati Syafina.

“Apa ni along?” Marah Syafina cuba menarik tangannya.

“Aaa..nak abang panggil Afin sayang, baby, darling?” Fahim menggeleng memberi amaran kepada isterinya. Tapak tangannya masih tidak melepaskan jemari lembut isterinya.

“Er, Fahim.. Kita dah setuju kan tak boleh ada physical contact?” Syafina cuba memandang ke anak mata suaminya walaupun perasaan malu masih menebal.

“Erm, tak… Saya cakap saya tak tuntut hak saya je, tapi setakat sentuh, belai, peluk macam ni takde apa-apa kan.” Fahim sengaja melakukan perkara yang dikatakannya kepada Syafina. Dada Syafina semakin sesak.

“Mana boleh macam tu. Kalau macam tu saya tak nak ikut cakap awak. Saya dah cakap tak nak ada physical contact between us." Syafina sudah mula bersuara. Tidak tahu dari mana datang kekuatannya melawan kehendak Fahim.

Fahim memandang dengan mulut sedikit terbuka. Terkejut dengan kata-kata isterinya itu. Tidak lama selepas itu tersungging sengihan di bibirnya.

"Apa senyum-senyum?" Tanya Syafina. Berangin hatinya melihat sengihan dibibir suaminya itu.

"Er, I'm impressed. Ingatkan isteri saya ni pendiam. Saya suka awak macam ni. Ini tak kalau saya bercakap tu senyap je." Sengih Fahim lagi.

"Er, aa...saya nak pergi tandas." Wajah Syafina berubah. Segera dia mencipta alasan untuk beredar. Terkejut juga dia tadi dengan keberaniannya menentang Fahim. Huhu..macam mana ni. Detik Syafina perlahan ketika bergerak ke tandas. Fahim merebahkan tubuhnya ke tilam. Kedua tangannya disilang menampung kepalanya.

'Ingatkan dah berani tadi. Comel betul dia bila buat muka takut-takut tu. Geram. Takpe kita ikut plan yang Afin nak tu. Lepas tu, Afin pulak kena ikut plan abang.' Fahim berbicara perlahan. Bibirnya tidak henti-henti mempamerkan senyuman.






No comments:

Post a Comment