Sunday, April 10, 2011

Cinta Dahulu dan Selamanya 4

BAB 4

Azzam berpusing ke kanan dan kiri. Rimas tidurnya diganggu. Tangan Nadia menepuk tubuhnya menyuruh dia mengangkat telefon. Bimbang tidur anak mereka terganggu. Perlahan-lahan butang hijau ditekannya.

“Assalamualaikum, abang.” Terdengar suara tergaga-gagap dihujung talian.

“Waalaikumsalam. Dah sampai ke? Kenapa telefon malam-malam ni?” Azzam berkata dengan suara yang serak dan garau kerana tidur.

“Abang, Afin ada hal nak cakap ni. Tapi abang bertenang dulu.” Syafina mencari kekuatan.

“Kau tak apa-apa ke? Jangan kejutkan abang pagi-pagi buta ni.” Azzam bersuara . Terkejut mendengar kata-kata adiknya itu. Dadanya sedikit berombak. Matanya masih digenyeh-genyeh menahan kantuknya.

“Abang..” Syafina menarik nafas. Azzam menunggu tutur seterusnya.

“Afin nak kahwin.” Terdengar suara menjerit dihujung talian. Fahim turut mendengar suara bakal abang iparnya itu.

“Astaghfirullah-al-azim. Apa yang kau merepek ni!” Marah Azzam. Isterinya yang nyenyak tidur itu pun terjaga. Lampu diatas meja dinyalakan. Azzam bingkas bangun berjalan merapati tingkap.

“Kau kena tangkap basah ke?” Soal Azzam lagi garang.

“Abang dengar dulu. Afin tak buat semua tu. Demi Allah abang.” Ujar Syafina meyakinkan abangnya. Azzam masih lagi memarahinya dihujung sana.

Fahim cuba memegang tangan Syafina. Cuba memberi kekuatan kepada gadis dihadapannya. Syafina tidak tahu bagaimana ingin memberitahu Azzam. Wajah Fahim dipandang meminta bantuan.

Fahim mula memainkan peranan apabila terdengar suara Azzam makin keras memarahi Syafina di talian. Telefon ditelinga Syafina diambilnya.

“Assalamualaikum.” Fahim memberi salam.

“Apa yang kau buat pada adik aku?” Soal Azzam keras mendengar suara lelaki dihujung talian. Marah betul dia sekiranya adiknya itu dipengapakan.

“Saya Fahim. Saya nak minta izin abang untuk mengambil Syafina sebagai isteri saya. Saya ikhlas.” Ujar Fahim lembut. Syafina terpempan mendengar pengakuan Fahim. Dia terharu.

“Abang Azzam dengar dulu. Demi Allah saya tak buat apa-apa pada Syafina.” Balas Fahim mempertahankan diri apabila mendengar suara amarah Azzam.

“Saya Fahim lelaki yang datang waktu ambil Syafina dirumah tadi.” Syafina hanya mendengar suara Fahim.

“Apa rancangan kau? Kau nak bawak adik aku kahwin lari ke?” Azzam bertanya lagi. Kalau lelaki itu dihadapan matanya, ingin sahaja ditumbuk wajah itu. Berani membuat onar kepada adiknya. Afin memang melampau! Kata hatinya.

 “Tak bang. Demi Allah saya tiada niat apa-apa. Saya tak pernah apa-apakan Syafina. Saya ikhlas nak ambil dia sebagai isteri saya.” Azzam menarik nafas mendengar kata-kata Fahim. Dia cuba bertenang.

“Kami pun tak tahu dengan perkara ni semua. Panjang ceritanya. Harap abang dapat datang esok. Kami akan terangkan kepada abang esok.” Azzam hanya mendengar butir bicara Fahim. Dadanya yang berombak tadi mula perlahan. Dia cuba bertenang.

“Macam nilah. Saya harap abang dapat datang ke rumah saya esok. Tolonglah. Tolong walikan dan wakilkan Syafina. Saya merayu pada abang.” Ujar Fahim yakin. Azzam mula yakin dengan kata-kata lelaki itu. Syafina hanya diam membatu.

“Baiklah saya akan cuba datang esok. Tolong jangan langsungkan apa-apa sebelum saya sampai.” Azzam mula berlembut. Tutur katanya kini mula tidak sekasar tadi.

“Terima kasih bang. Kami akan tunggu.” Fahim tersenyum. Wajah Fahim ceria. Telefon diserah ke tangan bakal isterinya itu.

“Abang Afin nak cakap.” Syafina mengambilnya lalu diletak ke telinga.

“Demi Allah abang Afin tak buat apa-apa dengan dia. Abang datang dulu esok. Afin akan cerita esok.” Fahim mendengar kata yang keluar dari bibir Syafina. Sayang benar Azzam kepada adiknya itu. Dia berjanji dengan dirinya untuk menjaga Syafina sebaik mungkin.

“Waalaikumsalam.” Syafina mengakhiri perbualan.

Fahim memandang dalam anak mata Syafina. Syafina hanya tertunduk malu. Tiba-tiba Faja datang ke arah mereka. Fahim berlalu. Segan dengan adiknya itu. Faja memegang kemas jemari Syafina.

Syafina dan Faja berlalu ke bilik. Faja menyuruh Syafina tidur. Dia tahu temannya tentu sangat letih. Kasihan dia melihat wajah duka Syafina. Matanya terpejam perlahan-lahan.

Mata Syafina masih segar. Fikirannya kusut. Pening dengan perkara yang terjadi dan yang bakal terjadi. Tidak disangkanya dirinya akan menjadi isteri seseorang dalam usia yang muda. Walaubagaimanapun, hati kecilnya tersenyum gembira. Tidak disangka lelaki yang dicintainya sekian lama bakal dikahwininya. Cintanya akan terbalas nanti. Hatinya gembira bukan kepalang. Lenanya dibuai mimpi indah sehingga ke pagi. Mimpi menjadi isteri kepada lelaki bernama Fahim. Syafina tersenyum dalam tidurnya.







No comments:

Post a Comment