Sunday, April 10, 2011

Cinta Dahulu dan Selamanya 7

BAB 7


Tinggal seminggu sahaja lagi semester pertama Syafina di UKM, Bangi akan bermula. Hampir dua minggu dia menghabiskan cuti semesternya bersama suami dan keluarga mertuanya. Petang itu ketika membantu Fana menyiapkan kerja sekolahnya dia mendapat panggilan dari sahabat karibnya, Maya ketika mengambil diploma di UiTM, Shah Alam dulu. Mereka juga akan sama-sama meneruskan pengajian peringkat ijazah di UKM nanti.


“What?” Syafina menjauhkan telefon dari telinganya. Sakit gegendang telinganya mendengar jeritan Maya dihujung sana.


“Kau biar betul Fin? Kau tipu aku kan? Fin sekarang bukan 1 April yang kau nak main-mainkan aku ni.” Suara Maya resah di talian. Tidak mahu mempercayai perkara yang baru diberitahu oleh Syafina tadi.


“Masya ALLAH. Aku tak tipu Ya. Betul.” Syafina meyakinkan Maya sekali lagi.


“Fin kalau betul, sampai hati kau tak jemput aku jadi pengapit kau.” Maya mengalah. Cuba mempercayai cerita Syafina.


“Sorry Maya. Aku pun tak sangka boleh kahwin macam ni. Tapi aku tak buat apa-apa majlis pun lagi, macam mana kau nak jadi pengapit.” Syafina tergelak kecil.


“Aku serius ni. Sampai hati tak jemput kenduri kau!” Maya bersuara sedikit kuat.


“Okay-okay kalau buat majlis nanti aku jemput kau ya.” Syafina memujuk lembut.


“Okay, aku nak jadi orang pertama.” Maya tersengih ditalian. Syafina mengangguk setuju.


“Ya, can you do me a favour?” Syafina bertanya selepas seketika bergelak ditalian.


“Lain macam je.” Maya berprasangka.


“Please. Kau tolong jangan bagitahu sesiapa pun pasal aku dah kahwin tau. Promise me?” Syafina menagih persetujuan Maya.


“Oh, kau nak berlagak single available lagilah ni?” Maya cuba memprovok.


“Ya. Benda ni masih terlalu awal untuk kami. Aku kan masih belajar dan dia pun baru je kerja. Aku tak nak perkara ni membebankan dia.” Terang Syafina.


“Hurm, it’s up to you dear. I’ll keep it between you and me. Trust me.” Ujar Maya pula.


“Thanks. I know I can trust you. Love you.” Syafina bersyukur Maya memahaminya.


“Dah..jangan nak start buat ayat touching pulak. Sekeh kang. Ni macam mana ni? Tinggal seminggu je lagi nak mendaftar?” Maya sudah beralih topik.


“Erm tu aku fikir ni. Barang-barang banyak tak beli lagi.” Kata Syafina.


“Eh nanti suami baru kau tu hantar ye? Boleh kenalkan dekat aku ye.” Maya berkata teruja.


“Abang Azzam yang hantarlah. Aku tak nak menyusahkan dialah.” Balas Syafina.


“Tak salah pun kalau suami sendiri nak hantar isteri dia. Tanggungjawab dia. Atau kau takut Iqmal nampak kau dengan suami kau?” Duga Maya.


“Merepek. Dari dulu aku cakap aku dengan Iqmal takde apa-apa.” Tekan Syafina.


“Sampai dia boleh sambung degree dekat universiti yang sama? Atau kau yang tak sedar dia sukakan kau?” Hujah Maya lagi.


“Aku tak boleh nak halang dia sukakan aku atau tak sama macam dia tak boleh halang aku untuk tidak sukakan dia. Perasaan ni hak ALLAH dan aku akan cuba pertahankan perasaan aku ni untuk yang berhak.” Jawapan Syafina panjang lebar menenggelamkan terus suara Maya. Seketika mereka berdiam diri.


“Bermakna sekarang dia yang berhak?” Soal Maya.


“Erm.. aku boleh katakan ya untuk soalan kau tu.” Syafina ragu-ragu dengan jawapannya sendiri.


“Baguslah kalau macam tu Afin. Setiap apa yang kau lakukan aku akan sentiasa sokong kau. Aku doakan supaya kau menjadi isteri yang baik untuk dia begitu jugak sebaliknya.”


“Thanks Maya. Kaulah kawan aku dunia akhirat. Moga Allah kekalkan hubungan kita ni.” Ujar Syafina sayu.


“InsyaALLAH dear. Aku pun sayang kau. Ni dah kahwin ni jangan pulak lupa aku yang masih dara ni. Haha...” Ketawa Maya dengan ayatnya sendiri.


“Ish, kau ni ada-ada jelah. Ni satu lagi nak mintak tolong kau ni. Kau ni macam tau-tau je aku duk ingatkan kau tadi, terus je kau telefon kan.” Syafina memberitahu.


“Eleh ayat bodek sebelum minta tolong. Tak heran. Hurm, cakaplah apa yang kau nak aku tolong ni?” Maya sengaja mengusik.


“Aku ikhlas sampai hati cakap aku macam tu. Takpelah merajuk dah.” Syafina berpura-pura berjauh hati.


“Erm, pandailah dia nak merajuk sekarang. Yelah abang sayang ada nak tolong pujukkan. Aku ni apa jelah kan. Melukut tepi gantang je.” Maya pula bersuara jauh hati.


“Maya. Ish, ni yang malas cakap kat dia ni.” Syafina terjerit kecil dengan usikan Maya. Geram dia dilayan begitu.


“Hehe..tak..tak..Alah orang nak usik sikit dah pandai merajuk pulak ye.” Maya mengalah.


“Ha tau takutkan.” Balas Syafina.


“Erm nak minta tolong apa ni?” Maya sudah ke topik asal. Agak lama dia bersembang dengan Syafina ditalian. Naik panas telinganya.


“Ya, kau tolong message abang Azzam minta dia call aku kejap.” Pinta Syafina.


“Lah handphone kau?” Tanya Maya pelik.


“Takde kredit.” Kata Syafina.


“Laki kau punya phone tak boleh guna?” Maya sengaja menyakat.


“Segan.” Pendek jawapan Syafina.


“Gedik!” Balas Maya.


“Ya, ingat telefon abang Azzam.” Sebelum menamatkan panggilan, sempat Syafina mengingatkan sahabatnya itu. Abang Azzam sudah kenal rapat dengan kawannya itu. Kawannya itu sering bertandang tidur dengannya di rumah abangnya. Seperti keadaannya dulu dengan Faja.


Tidak sampai sepuluh minit selepas itu, Syafina mendapat panggilan daripada abangnya pula. Syafina tersenyum senang.


“Assalamualaikum.” Syafina memberi salam. Terdengar suara garau Azzam menjawab salamnya dihujung sana.


“Afin sihat?” Tanya Azzam gembira.


“Alhamdulillah sihat. Abang? Kak Nadia dengan Faril? Afin rindulah dengan Faril.” Syafina bersuara sedikit sayu.


“Nanti Afin datanglah rumah abang main dengan Faril.” Pujuk Azzam.


“Abang, nanti macam mana masuk UKM? Tinggal seminggu je lagi. Afin balik sana lusa ya?” Syafina menfokus kepada tujuan utamanya kini.


“Eh, Afin dah tanya Fahim ke?” Azzam sedikit kaget.


“Belum. Dia tak cakap apa pun. Afin malas nak ganggu. Banyak barang Afin tak beli lagi ni. Takut tak sempat pula nanti.” Syafina sudah mencongak perkara yang harus dibuatnya didalam kepala.


“Erm takpelah. Nanti abang telefon balik.”Kata Azzam. Takut untuk membuat keputusan kerana adiknya itu sudah berkahwin. Kalau dia buat keputusan sendiri apa pula kata adik iparnya itu nanti.


“Bang, topupkan untuk Afin. RM 30 ya. Afin takde kredit ni.” Syafina tersenyum meminta. Tanpa sedar Fahim sudah pulang dari pejabatnya. Telinganya dapat menangkap kata-kata isterinya itu yang sedang berbual di telefon.


“Okay. Thanks. Sayang abang. Assalamualaikum. Kirim salam dekat Kak Nadia. Peluk cium Faril untuk Afin. Bye.” Syafina berpesan sebelum menamatkan panggilan. Fahim berpura-pura mahu membuka kasut dimuka pintu sedangkan kasutnya sudah lama terletak di rak.


Syafina sedikit terkejut melihat Fahim yang sudah berada dipintu. Betul-betul dua meter dengannya yang berada di sofa ruang hadapan rumah. Aduh macam mana boleh tak perasan along dah balik ni. Wajah Fahim sedikit tegang. Syafina kecut melihat air muka suaminya itu. Kenapa pulak tu?


Fahim menonong laju masuk ke bilik tidur mereka. Dia tidak menghadiahkan senyuman manis buat isterinya itu seperti selalu. Syafina juga tidak sempat menyalami tangan Fahim. Dengan tanda tanya, Syafina mengekor langkah Fahim lambat-lambat.


“Along  nak air?” Soal Syafina. Fahim menggeleng. Baju kemeja yang tersarung ditubuhnya dibuka rakus. Menunjuk protes terhadap isterinya itu.


“Er, kalau macam tu along rehatlah dulu.” Syafina sudah berkira-kira hendak keluar dari bilik itu, tiba-tiba terasa tangannya dipegang kejap oleh Fahim. Syafina menoleh mencari wajah suaminya itu. Terkejut dengan perlakuan Faim itu.


“Afin cakap dengan siapa tadi?” Wajah Fahim tegang ketika menyoal.


“Er, abang Azzam telefon tadi.” Beritahu Syafina.


“Afin minta apa dengan abang Azzam tadi?” Masih keras pertanyaan Fahim.


“Takde apa-apa.” Khuatir Syafina menjawab.


“Jangan tipu!” Tingi nada Fahim. Tangannya kemas menggenggam kuat lengan isterinya. Syafina mula takut dengan perubahan lelaki dihadapannya itu.


“Abang tak suka Afin minta duit dengan abang Azzam. Abang ni kan suami Afin, tak boleh ke cakap dengan abang sendiri?” Tegang muka Fahim berkata.


“Er, saya...saya...saya minta maaf.” Syafina terketar menjawab. Kepalanya tertunduk kesal.


“Lain kali apa-apa terus cakap dengan abang. Abang tak suka Afin buat macam tu.” Syafina mengangguk. Jemarinya cuba merungkai pegangan Fahim. Fahim tersedar lalu melepaskan pegangannya. Fahim duduk dibirai katil. Syafina hanya berdiri memerhati perlakuan Fahim. Wajah lelaki itu sudah tidak setegang tadi.


“Seminggu lagi Afin dah nak masuk UKM kan?” Tanya Fahim tenang. Syafina hanya mengangguk.


“Kalau macam tu hari Rabu ni kita pergi beli barang, Sabtu kita pergi KL.” Kata Fahim. Syafina tunduk mendengar rancangan Fahim. Takut dia untuk membantah.


“Afin daftar hari Ahad kan?” Tanya Fahim lembut. Syafina masih seperti tadi hanya mengangguk. Fahim sedikit terasa bersalah melihatkan reaksi Syafina. Tentu gadis itu takut dengannya tadi.


“Afin, duduk sini. Afin ni dengar tak apa yang abang cakap? Dari tadi mengangguk je. Dah hilang suara?” Fahim memanggil gadis itu duduk disebelahnya. Syafina mengangkat wajah memandang Fahim. Lelaki itu menepuk tilam mengajak dia duduk disitu. Perlahan Syafina mendekat.


“Abang minta maaf marah Afin tadi.” Kata Fahim selepas membiarkan isterinya melabuhkan punggung disebelahnya. Syafina hanya menggeleng.


“Tengok dia geleng pulak. Tadi mengangguk je macam burung belatuk.” Fahim cuba berjenaka. Syafina menggigit bibir. Malu disakat begitu. Fahim mencuit manja hidung comel isterinya.


“Tak sudi maafkan abang ke?” Tanya Fahim. Tangan lelaki itu sudah mula mencari jemari-jemari Syafina lalu digenggam kemas. Sekali-sekala diusap perlahan menambahkan lagi keresahan dihati Syafina.


“Hurm, Afin nak hukum abang ke diam macam ni? Janganlah macam ni sayang..” Suara Fahim sudah berubah rentak. Romantis sekali dipendengaran Syafina. Syafina makin berdebar. Matanya masih tidak diangkat dari memandang hujung jari kakinya yang sedang menguis-nguis karpet dilantai.


“Pandang abang sayang.” Pinta Fahim perlahan namun masih tidak diendahkan oleh Syafina.


“Sayang...” Syafina sedikit terkejut. Meremang bulu tengkuknya. Suara Fahim sangat dekat tadi dicuping telinganya membuatkan dia kegelian. Laju wajahnya diangkat ingin menjarakkan diri.


Cupp..melekap kemas bibir Fahim dipipi Syafina. Kedua-duanya statik buat beberapa saat. Merona merah pipi gadis itu selepas apa yang berlaku. Fahim tersenyum lebar menatap wajah isterinya.


Bercampur baur perasaan Syafina. Tangannya masih melekap dipipi memegang bekas ciuman suaminya tadi. Malu, marah, geram, tapi rasa suka pun ada. Tak terkata dia jadinya. Tiba-tiba Syafina bangun dari tempat duduknya ingin berlalu.


“Sayang...sorry!” Pantas tangan Fahim menangkap lengan isterinya. Wajahnya sedikit terkilan dengan reaksi isterinya tadi. Baru je nak beromantik isterinya itu sudah mahu melarikan diri. Bukannya aku gelojoh-gelojoh pun tadi. Hish tak fahamlah. Fahim merungut didalam hati. Mungkin Syafina masih belum bersedia. Biarlah aku mengalah dulu. Fahim mengalah.


“Dah nak maghrib, saya pergi mandi dulu.” Syafina cuba melarikan matanya dari tatapan Fahim. Dengan terpaksa, Fahim melepaskan isterinya berlalu. Selepas itu tubuhnya dihenyakkan diatas katil. Tersenyum-senyum dia mengingatkan detik ciumannya tadi.

No comments:

Post a Comment