Thursday, April 21, 2011

Cinta Dahulu dan Selamanya 9


BAB 9

Kini Fahim dan Syafina sedang dalam perjalanan ke UKM. Syafina akan mendaftar di universiti itu tidak lama lagi. Antara keduanya masih membeku sejak keluar rumah tadi. Hanya kedengaran suara halus penyanyi dan celoteh DJ dicorong radio yang menemani kebisuan mereka.

Dalam hati Syafina sudah mula terbit rasa rindu buat keluarganya, terutamanya anak buahnya Faril yang asyik menangis menghantar pemergiannya tadi. Syafina mengukir segaris senyuman tanpa sedar.

Teringat usikan abangnya mengenai perihal anak. Kalau abang Azzam tahu pasal rancangan dia dan Fahim semalam apa katanya nanti. Fikir Syafina. Fikirannya mula menerawang.

"Semua barang dah kemas Afin?" Tanya Azzam.

"Dah." Ringkas Syafina membalas.

"Takde apa-apa yang lupa? Nanti susahkan Fahim pulak nak kena patah balik." Tambah Azzam lagi. Dari tadi Nadia dan Fahim hanya memerhati dua beradik itu bersuara.

"Abang ni, kalau Afin lupa nanti Afin datanglah sini ambil. Abang tak payahlah risau." Syafina mempamerkan sebaris gigi kepada abangnya.

"Abang takut Afin sibuk nanti takde masa nak datang ambil." Azzam serba salah sebenarnya. Hubungannya dengan adiknya itu terasa lain benar kini semenjak gadis itu menikahi Fahim. Dia tidak boleh membenarkan Syafina terlalu rapat dengannya. Takut Fahim terasa hati. Dia sedar kegusarannya tidak bertempat. Manakan dia mampu menghalang kalau Fahim tidak menyukai kerana kuasa suami adiknya itu melebihi kuasanya kini terhadap satu-satu adiknya itu.

"Abang ni macam tak bagi Afin datang sini je." Syafina seakan terperasan dari kata-kata abangnya itu.

"Apa Afin ni. Abang tak cakap macam tu pun. Dah-dah masuk dalam bonet cepat beg-beg tu." Azzam cepat-cepat menamatkan perbualan mereka. Bimbang makin bercelaru nanti.

"Kak Nadia,  tengoklah abang Azzam ni. Macam tak suka Afin ada dekat sini. Saja suruh Afin pergi cepat-cepat." Syafina memuncungkan bibirnya panjang. Sengaja menimbulkan rajuk.

"Isyh mulut dia ni sajakan." Azzam menepuk kuat peha Syafina yang duduk disebelahnya itu. Syafina terjerit kecil. Nadia dan Fahim tersenyum melihat kemesraan adik dan abang itu.

"Sakit tau abang ni. Bengkak peha Afin siap abang!" Syafina tegas memberi amaran kepada Azzam. 

"Eh, tak-tak. Nanti suami Afin pukul abang pulak tengok peha isteri dia ni bengkak. Meh sini abang bagi hilang sakit tu." Azzam sengaja mengusik. Peha adiknya digosok perlahan. 

Syafina menjegilkan kedua matanya memandang Azzam. Mulutnya terdiam tidak seceloteh tadi. Matanya sempat mencuri pandang wajah suaminya. Tersungging senyuman lebar dibibir lelaki itu. Cepat-cepat Syafina menunduk. Nadia sempat mengerling reaksi kedua pasangan dihadapannya itu.

"Abang ni dia pulak yang macam budak-budak." Nadia bersuara cuba menghindarkan perasaan malu adik iparnya itu.

"Kak Nadia nak dukung Faril kejap." Syafina meminta anak buahnya itu dari kakak iparnya. Gembira wajah anak kecil itu apabila tubuhnya berada dalam pelukan Mak Sunya.

Syafina menggeletek tubuh Faril sehingga anak kecil itu tergelak kepenatan. Wajah Faril bertalu-talu dicium oleh Syafina. Semua mata hanya memerhati perlakuan Syafina sambil tersenyum. 

"Dahlah Afin. Pukul berapa dah ni. Nanti lambat pulak nak mendaftar nanti." Azzam menegur adiknya selepas melihat jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 2.00 petang.

"Bukan jauh pun abang ni." Syafina masih mengagah anak buahnya. Terkekek Faril dibuatnya.

"Nanti lambat pulak. Fahim kan nak balik Perak lagi. Kamu nak bertolak pukul berapa Fahim ke Perak?" Mata Azzam beralih ke wajah adik iparnya pula.

"Lepas settle hal Afin saya terus baliklah abang Azzam." Fahim menjawab lembut.

"Tak singgah sini dulu? Tanya Azzam lagi.

"Terus dari sanalah. Senang skit." Jawab Fahim. Azzam menganguk kecil. 

“Sudah-sudah. Kalau seronok nak main dengan budak, Afin cepat-cepatlah mengandung. Lagi best main dengan anak sendiri.” Azzam sengaja mengusik adik kesayangannya itu. Syafina tidak mampu berkata apa. Malu dia disakat begitu.

Faril tak henti-henti menangis semasa Syafina dan Fahim masuk ke kereta. Sayu hati Syafina mengenangkan anak saudaranya itu. Kasihan dia, lepas ni Kak Nadia kena hantar pergi nursery pulak.

“Afin ada apa-apa lagi tak barang nak beli?” Suara Fahim disebelahnya memecahkan lamunannya tentang kisah dirumah tadi. Wajahnya ditoleh memandang suaminya.

“Apa dia?” Syafina bertanya kembali kerana dia kurang jelas dengan pertanyaan Fahim tadi.

“Afin berangan ye?” Fahim sengih mengusik.

“Isyh takdelah. Apa awak tanya tadi?” Syafina menafikan anggapan suaminya itu.

“Ada apa-apa lagi tak barang nak beli. Kita singgah sekejap.” Fahim fokus semula kepada soalannya.

“Takde, kita terus ke sana je.” Syafina menjawab. Fahim hanya mengangguk sebelum keduanya membisukan diri semula.

Selesai urusan mendaftar, Fahim membantu Syafina membawa barang-barangnya ke bilik. Mujur Syafina mendapat bilik di tingkat dua, tidaklah teralu tinggi untuk berulang-alik ke kereta.

Dalam pukul 5.30 petang, barulah Syafina selesai mengemaskan biliknya. Ikut kan hati dia hanya mahu mengemas baju esok sahaja, tetapi terpaksa dia menyudahkannya kerana Fahim berkeras mahu menunggu sehingga dia selesai.

"Dah dekat pukul 6.00 petang ni. Bila awak nak balik?" Syafina bertanya sambil menolah beg berodanya ke tepi almari pakaian. Rakan sebiliknya sudah keluar sejak tadi bersama ahli keluarganya. 

"Tak suka saya ada dekat sini ke?" Fahim sengaja merendahkan suaranya.

"Bukan macam tu. Hari dah lewat. Nanti nak sampai pukul berapa dekat Perak. Esok kerja kan?" Syafina berkata lagi.

"Kejap lagi. Sebelum tu jom kita pergi makan dulu." Fahim berkata sambil berjalan ke pintu bilik.

"Makan? Alah saya dah berpeluh-peluh ni." Syafina mencium bajunya yang dirasakan sudah busuk.

"Bukan ada orang nak peluk awak pun. Ada pun saya sorang je. Saya tak kesah awak busuk pun." Fahim menjawab sambil tersenyum nakal. Syafina menutup debar dadanya dengan beralih ke almari yang sudah tersusun kemas.

"Mengarut. Saya mandi kejap 10 minit." Syafina cepat-cepat berlalu bersama pakaian dan peralatan toiletriesnya. Fahim hanya senyum sambil berbaring di atas tilam yang sudah berbalut cadar rona ungu.

15 minit kemudian Syafina sudah berada di dalam bilik dengan lengkap berpakaian. Fahim yang berbaring tadi sudah duduk di birai katil memerhatikan isterinya bersiap.

"Sekejapnya mandi. Sabun tak ni?" Fahim memecahkan suasana sunyi antara mereka.

"Sabunlah." Syafina menjeling sekilas wajah suaminya. Fahim hanya tergelak kecil.

"Biar saya cium, bau wangi tak." Dengan dua langkah Fahim sudah berada dibelakang Syafina yang sedang membelek wajahnya dicermin. Syafina terkaku tidak sempat untuk berlalu.

"Hurm..wangi isteri saya ni." Fahim memejam mata. Syafina hanya memerhati wajah Fahim yang mendekat dibahunya melalui cermin dihadapannya. 

"Sanalah. Saya nak pakai tudung ni." Syafina cepat-cepat merungkaikan perasaan asyik yang menerpa jiwa mereka itu. Fahim tersenyum kepada wajah Syafina yang terbias dalam cermin.

++++++++++++++++++++++++++++++++

"Afin jaga diri elok-elok dekat sini. Fokus study tu jangan ingat kat saya je." Fahim tersengih kecil semasa bercakap. Syafina cuma diam. Senyuman yang mahu terbit dari bibirnya cuba disembunyikan.

"Nanti apa-apa hal call okay." Fahim masih bercakap. Seolah mahu berada disitu lebih lama.

"Dekat pukul 7.00 p.m dah ni." Syafina mula menggesa suaminya itu supaya pulang.

"Berat hati saya nak lepaskan awak, sayang." Fahm berkata dalam nada perlahan. Wajahnya sedikt sugul.

"Esok kerjakan..." Syafina berjeda. Fahim mengeluh panjang. Jemari Syafina dicapainya lembut. Syafina hanya membiarkan walaupun matanya masih tajam mengawasi agar orang yang dikenalinya terlihat perbuatan mereka itu.

"Jaga diri elok-elok ye. Telefon saya selalu. Oh ya, terlupa pula." Fahim mengambil dompetnya yang terselit dipoket belakang seluarnya.

"Ni buat belanja. Tak cukup telefon bagi tahu." Fahim mengunjuk lima keping not RM50.00 kepada isterinya. Syafina mengerutkan dahi.

"Tak payahlah. Abang Azzam ada bagi dah tadi." Syafina lembut menolak. Dia todak mahu terbeban untuk menanggungnya.

"Ini tanggungjawab saya kan. Please lepas ni tolong jangan minta duit dengan abang Azzam. Kalau awak perlukan apa-apa cakap dengan saya. Awak kan tanggungjawab saya." Fahim berkata tegas. Air mukanya benar-benar menunjukkan dia bermaksud dengan kata-katanya itu.

"Baiklah." Lambat-lambat Syafina menyambut jua huluran wang kertas dari tangan suaminya itu. Fahim tersenyum senang.

"Nanti dah sampai bagitahu. Bawak kereta elok-elok."Syafina berpesan selepas dia menyalami tangan Fahim.

"Okay, take care. I love you." Ucap Fahim ikhlas. Syafina hanya tertunduk mendengar luahan suaminya itu.

Akhirnya kereta Waja yang dipandu Fahim berlalu meninggalkan perkarangan kolej yang didiami Syafina. Hilang sahaja dari pandangan, Syafina segera berlalu ke biliknya. Waktu senja begini tidak elok untuk dia berada di luar.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Fahim sampai di Ipoh pada pukul 10.00 malam. Badan dia begitu penat kerana memandu. Mujur dia sudah bersolat jamak sewaktu singgah di Sungai Buloh tadi. Lepas mandi boleh terus tidur. 

Selesai membersihkan diri Fahim berbaring di atas kati dengan berkain pelikat. Handphone Blackberrynya diambil lalu mencari nombor milik Syafina. Segera ditekan butang hijau unyuk bercakap dengan gadis itu.

"Assalamualaikum." Fahim tersenyum riang.

"Waalaikumussalam. Dah sampai?" Suara Syafina teruja bertanya.

"Dah." Pendek jawapanFahim.

"Mandi belum?Solat?"Syafina bertanya lagi.

"Hurm..dah. Baru lepas mandi. Tadi dah jamak masa berhenti dekat R&R." Jawab Fahim.

"Tidurlah awal. Awak mesti letihkan." Syafina sudah kehabisan ideal untuk berbual. 

"Erm penat juga, Kalau awak ada hilang penat saya..." Fahim sengaja tidak menghabiskan ayatnya. Dia ingin melihat reaksi isterinya.

"Kenapa pulak?" Syafina menyoal seperti tiada apa-apa.

"Erm, awak bokeh urut-urut badan saya. Lagipun kalau tengok awak hilang terus rasa penat." Fahim bersuara dengan suara yang sedikit menggoda. Dia pasti kalau Syafina berada dihadapannya ketika itu, pasti gadis itu hanya mampu tertunduk dan wajahnya berona merah kerana malu. Fahim tersenyum mengingatkan gelagat isterinya itu.

“Hello…” Fahim memanggil bila tiada reaksi dari Syafina.

“Sayang..senyap je..” Panggil Fahim lagi tidak mendengar sahutan isterinya itu.

“Eherm..” Syafina berdehem kecil memberitahu dia masih ditalian.

“Kan dah janji…” Sambung Syafina mengingatkan janji Fahim.

“Sorry, tak boleh control.” Fahim berkata. Terguris senyuman dibibirnya.

“Tidurlah, esok nak kerja. Saya pun nak kena tengok kelas esok.” Syafina sudah mahu menamatkan panggilan.

“Erm, cakaplah lagi. Tak puas saya bercakap dengan awak.” Fahim masih enggan.

“Please, awak penatkan. Tidur ye.” Syafina bersuara memujuk.

“Hurm, okay..” Lambat-lambat Fahim memberi persetujuan.

“Selamat malam. I love you. Tidur mimpi saya. Assalamualaikum.” Fahim memberi ucapan terakhir.

“Waalaikumussalam.” Selesai berkata Syafina terus menekan butang merah. Degupan jantungnya yang berentak kencang tadi mula berirama perlahan. Selimut dikaki ditariknya menyelimuti tubuh hingga ke dada. 

Sebelum matanya terpejam, Syafina tersenyum mengingatkan suaminya. Fahim di Perak juga begitu. Wajah isterinya didalam simpanan telefonnya dicium sebelum dia memejamkan matanya. ‘Mimpi yang indah sayang.’ Seru Fahim perlahan seolah Syafina disebelahnya ketika itu. Selang beberapa minit mata terus kelam tanpa cahaya membawa mereka ke alam mimpi yang indah.

2 comments:

  1. oh my.berdetak laju jantung saya di buat oleh fahim nie..best la citer nie.good job writers :)

    ReplyDelete